117859793-kepimpinan-instruksional

35
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MPF 1523 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL: SATU KAJIAN DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA DI DAERAH KOTA TINGGI Pensyarah : DR. LOKMAN BIN MOHD. TAHIR Disediakan Oleh : HAFSAH BINTI MAD ARIP (801012-01-5884) MOHD JOHAN BIN YAKOM (741102-01-7013)) SITI PATIMAH BINTI MOHAMAD NOR (850318-01-5984) TAJUL ARIFFIN BIN ABDUL RAHIM (710427-01-5647) SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN) 1

Upload: mohd-fauzi-zakaria

Post on 03-Oct-2015

15 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

90

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MPF 1523

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL: SATU KAJIAN DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA DI DAERAH KOTA TINGGI

Pensyarah :DR. LOKMAN BIN MOHD. TAHIR

Disediakan Oleh :HAFSAH BINTI MAD ARIP (801012-01-5884)MOHD JOHAN BIN YAKOM (741102-01-7013)) SITI PATIMAH BINTI MOHAMAD NOR (850318-01-5984)TAJUL ARIFFIN BIN ABDUL RAHIM (710427-01-5647)

SARJANA PENDIDIKAN(PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN)2012

ABSTRAKPengetua merupakan tunjang bagi sebuah sekolah. Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh seseorang pengetua menentukan keberkesanan sesebuah sekolah itu. Merujuk pernyataan berkenaan, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua di dua buah sekolah menengah berasrama di dalam daerah Kota Tinggi. Bagi tujuan kajian, Sekolah Menengah Berasrama A dan Sekolah Menengah Berasrama B dipilih secara rawak di mana sekolah A tergolong dalam kategori Sekolah Berprestasi Tinggi manakala sekolah B adalah Sekolah Berasrama aliran agama. Kajian kuantitatif telah dijalankan menggunakan kaedah soal selidik di dua buah sekolah berkenaan. 25 orang guru daripada sekolah A dan 25 orang guru daripada sekolah B dipilih secara rawak bagi menjawab soal selidik. Dapatan daripada soal selidik menunjukkan bahawa kedua-dua pengetua berkenaan mengamalkan kepimpinan instruksional. Teori-teori di sebalik kepimpinan instruksional ini akan dikupas secara terperinci dan persoalan tentang sejauh mana pengetua berkenaan menjalankan peranan sebagai pemimpin instruksional di sekolah masing-masingturut dibincangkan. Peranan-peranan pemimpin instruksional dibahagikan kepada 5 dimensi seperti dinyatakan dalam Teori Kepimpinan Instruksional Weber (1996). Dapatan yang diperolehi daripada soal selidik berkenaan menunjukkan keutamaan peranan yang dipegang oleh pengetua dua buah sekolah berkenaan.

1.0PENGENALANPengetua atau Guru Besar memainkan peranan yang kompleks untuk memastikan sekolah berjalan dengan berkesan melalui kepimpinannyameneraju warga sekolah ke arah visi atau matlamat yang ingin dicapai. Ini kerana, seseorang pengetua atau Guru Besar adalah pencetus kepada budaya yang diamalkan di sesebuah sekolah. Tindakan-tindakan diambil oleh seseorang pengetua atau Guru Besar mencerminkan gaya kepimpinannya. Berdasarkan analisis yang dinyatakan oleh Ubben, Hughes dan Norris (2007), gaya kepimpinan yang ditonjolkan oleh seorang pengetua atau Guru Besar di sekolah yang baik menunjukkan tahap penglibatan tinggi dalam kerja dan berorientasikan akademik. Gaya kepimpinan berkenaan dikenali sebagai kepimpinan instruksional. Keberkesanan tindakan seseorang pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan kepimpinan instruksional boleh diukur melalui penglibatannya dalam dua proses memimpin iaitu pencapaian matlamat dan kesejahteraan anggota (Robiah Sidin, 2003). Seorang pemimpin instruksional perlu memimpin warga sekolah untuk mencapai matlamat yang ditetapkan selain perlu memastikan bahawa setiap warga sekolah yang terlibat dapat melakukan tugas dalam suasana harmoni, mesra dan tanpa perlu bimbang tentang keperluan asas fisiologi. Seseorang pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan kepimpinan instruksional mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan kerana penekanan dalam pencapaian matlamat dan kebolehan untuk memenuhi kesejahteraan anggota. Salah satu ciri kepimpinan instruksional adalah pemimpin akan menyediakan sumber keperluan organisasi. Di sekolah, seorang pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan kepimpinan instruksional akan menyediakan sumber seperti bahan dan masa bagi keperluan guru. Melalui tindakan tersebut, guru-guru dan staf akan melihat pemimpin mereka sebagai seorang yang prihatin dengan keperluan orang-orang bawahannya dan akan melahirkan rasa hormat dan percaya terhadap pemimpin. Kepercayaan adalah bentuk tertinggi motivasi manusia (Covey, Whitman& England, 2010) dan kemampuan pemimpin untuk meraih kepercayaan daripada orang bawahannya mampu meningkatkan motivasi bekerja. Seorang pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan kepimpinan instruksional dapat menyampaikan satu bentuk rangsangan motivasi kepada guru, murid dan warga sekolah. Motivasi yang tinggi di kalangan guru mampu menjana pencapaian cemerlang di kalangan murid seterusnya meningkatkan pencapaian prestasi sekolah.Selain daripada itu, ciri lain pemimpin instruksional adalah seorang pemimpin yang memberi penekanan dalam memantau pencapaian murid. Pemantauan ini mampu memperbaiki mutu kerja, sikap dan menyelesaikan masalah guru di samping dapat memastikan setiap warga sekolah mematuhi disiplin (Lokman & Mohd Anuar, 2011). Di bawah seorang pemimpin instruksional, sekolah mampu melahirkan murid yang cemerlang kerana peranan utama seorang pemimpin di sekolah adalah sebagai pemimpin kecemerlangan pembelajaran. Seorang pemimpin instruksional sentiasa menjalankan proses bagi meningkatkan prestasi sekolah melalui data, analisis data dan rencana aktiviti intervensi. Bagi setiap kelemahan yang dilihat di sekolah, seorang pemimpin instruksional sentiasa bersedia dengan satu langkah mengatasi masalah tersebut berdasarkan apa yang difikirkan cara paling tepat mengatasi masalah berkenaan. Kemahiran penyeliaan adalah satu ciripenting pemimpin instruksional. Melalui peranan sebagai seorang penyelia, pemimpin instruksional memerhatikan dan memberi tunjuk ajar dalam memperbaiki suasana pembelajaran di sekolah. Pemantauan atau penyeliaan yang dijalankan adalah bagi tujuan menilai keberkesanan pembelajaran dan pengajaran, memberi bimbingan, memberi tunjuk ajar dan dorongan. Ia mampu mempertingkatkan kualiti penyampaian pengajaran guru secara berterusan dan memastikan objektif bilik darjah selaras dengan matlamat sekolah. Pencapaian murid dan sekolah umumnya dapat dipertingkatkan melalui kepimpinan ini.Kepimpinan instruksional secara keseluruhannya adalah satu gaya kepimpinan yang komprehensif dan mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan prestasi sekolah. Melalui kepimpinan instruksional, pengetua atau Guru Besar menjalankan tanggungjawab melalui peranan-peranan yang spesifik sepertimana ditunjukkan dalam pembahagian peranan pemimpin instruksional melalui 5 dimensi dalam Model Kepimpinan Instruksional Weber.

2.0 TEORIModel kepimpinan instruksional Weber (1996) yang diasaskan oleh James Weber yang merupakan seorang pejuang konsep kolaborasi dalam pengurusan dan mengaitkan peranan pemimpin inatruksional di sekolah sebagai penghubung dan peneraju proses pengajaran dan pembelajaran. Weber berpendapat bahawa konsep kolaborasi dalam pengurusan amat penting terutama dalam era perkongsian kepimpinan dan pengurusan di tempat kerja dan keperluan untuk memimpin tanpa terikat dengan struktur organisasi sesebuah sekolah.Weber mengenalpasti lima dimensi dalam merangka kepimpinan instruksional yang diperkenalkannya. Dimensi pertama menurut Weber ialah mendefinisikan misi sekolah. Dalam hal ini menurut beliau pemimpin instruksional mestilah membina secara kolaboratif visi dan matlamat bersama sekolah dengan pihak berkepentingan bagi membincangkan nilai dan harapan bagi sekolah mereka dan bersama-sama menbina visi yang sesuai untuk sesebuah sekolah. Dimensi kedua menurut Weber pula ialah mengurus kurikulum dan pengajaran. Menurutnya lagi, pengurusan kurikulum dan pengajaran mestilah selaras dengan misi sekolah. Di dalam hal ini, sebagai pemimpin instruksional mestilah memiliki ketrampilan bagi membimbing guru-guru di dalam halpengajaran dan pengurusan bilik darjah. Pemimpin instruksional hendaklah memantau amalan bilik darjah dengan misi sekolah dan menyediakan sumber dan sokongan untuk amalan model dan teknik pengajaran terbaik. Selain itu pemimpin mestilah menyokong penggunaan data bagi memacu pengajaran. Pemimpin juga harus mampu membantu guru menggunakan amalan terbaik daripada kajian-kajian semasa dan strategi-strategi pengajaran berkesan. Dimensi yang ketiga menurut Weber ialah menggalakkan iklim pembelajaran yang positif yang melibatkan sikap dan ekspektasi seluruh warga sekolah. Terdapat banyak faktor bagi mempengaruhi pembelajaran murid dan Weber mengatakan bahawa faktor yang terpenting yang mempengaruhi adalah kepercayaan, nilai dan sikap yang dipegang oleh pentadbir, guru dan murid tentang pembelajaran.

Jadual 2.3:Model Kepimpinan Instruksional Weber (1996)

Mendefinisikan Misi SekolahMengurus Kurikulum dan PengajaranMenggalakkan Iklim Pembelajaran yang PositifMemerhati dan Meningkatkan PengajaranMenilai Program Pengajaran

Pemimpin instruksional membina secara kolaboratif visi dan matlamat bersama sekolah dengan pihak berkepentingan (stakeholder)Pemimpin instruksional memantau amalan bilik darjah dengan misi sekolah dan menyediakan sumber dan sokongan untuk amalan model dan teknik pengajaran terbaik serta menyokong usaha penggunaan data bagi memacu pengajaran.Pemimpin instruksional menggalakkan iklim pengajaran yang positif dengan menyampaikan matlamat, menetapkan ekspektasi dan mewujudkan suasana pengajaran yang teratur.Pemimpin instruksional memerhati dan mempertingkatkan pengajaran melalui usaha pencerapan dan mewujudkan peluang-peluang pembangunan profesional.Pemimpin instruksional menyumbang kepada usaha perancangan merekabentuk, mengurus dan menganalisis hasil penilaian yang menilai keberkesanan kurikulum.

Pemimpin instruksional hendaklah menggalakkan suasana pembelajaran yang positif melalui usaha berkongsi matlamat pengajaran, menetapkan harapan pencapaian yang tinggi serta nenetapkan suasana pembelajaran yang teratur dengan ekpektasi disiplin yang jelas. Dimensi yang keempat pula ialah memerhati dan meningkatkan pengajaran. Dimensi ini akan wujud sekiranya pemimpin instruksional membina hubungan saling mempercayai dan saling menghormati staf di bawah mereka. Menurut Weber, pemimpin instruksional menggunakan kaedah memerhati bagi mempertingkatkan pengajaran melalui usaha pencerapan dan mewujudkan peluang-peluang pembangunan profesional. Kesan daripada usaha ini kedua-dua pihak akan mendapat maklumat dan kemahiran berguna yang tidak boleh didapati melalui pembacaan.Dimensi terakhir dalam model Kepimpinan Weber (1996) ialah menilai program pengajaran. Pemimpin instruksional memainkan peranan penting sebagai pencetus dan penyumbang kepada usaha-usaha merancang, mereka bentuk, mentadbir dan menganalisis bentuk-bentuk penilaian bagi menilai keberkesanan kurikulum. Dalam ertikata lain Weber berpendapat bahawa penelitian berterusan terhadap program-program kurikulum membolehkan guru-guru memenuhi keperluan murid secara berkesan sekiranya kajian berterusan dan penambahbaikan ke atas sesuatu program itu dilaksanakan.

3.0 OBJEKTIF

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana amalan kepimpinan instruksional pengetua di sekolah-sekolah menengah berasrama yang sering memperoleh prestasi akademik yang cemerlang, berdasarkan persoalan-persoalan berikut:1. Adakah gaya kepimpinan instruksional diamalkan di 2 sekolah menengah berasrama yang dibuat kajian?2. Apakah gaya kepimpinan instruksional yang paling kerap diamalkan oleh pengetua-pengetua berkenaan? 3. Apakah gaya kepimpinan instruksional yang paling kurang diamalkan oleh pengetua-pengetua berkenaan?

4.0 METODOLOGIRekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan deskriptif untuk menerangkan peristiwa atau keadaan yang sedang berlaku dengan mengambil data dalam satu masa tertentu sahaja dengan menggunakan borang soal selidik.

Dalam kajian ini, amalan kepimpinan yang dikaji ialah kepimpinan instruksional di dua buah sekolah menengah berasrama di daerah Kota Tinggi. Melalui pemerhatian yang dibuat kedua-dua buah sekolah ini mempunyai prestasi akademik yang cemerlang pada setiap tahun. Pengetua di salah satu sekolah menengah berkenaan juga merupakan pengetua cemerlang dan salah satu sekolah berkenaan juga merupakan sekolah berprestasi tinggi.

Dari data statistik hasil soal selidik yang telah dijalankan, kajian ini dapat mengenalpasti adakah kepimpinan instruksional ini diamalkan di dua buah sekolah yang mempunyai prestasi cemerlang dalam akademik dan dapat mengukur sejauhmana peranan-peranan kepimpinan ini diamalkan oleh kedua-dua pengetua berkenaan. Selain daripada itu, kajian ini juga dapat mengukur sejauhmana persepsi guru-guru sekolah berkenaan terhadap peranan-peranan pengetua dalam mengamalkan corak kepimpinan instruksional ini.

Dengan itu, kajian menggunakan 5 dimensi atau domain yang terdapat dalam Model Kepimpinan Instruksional Weber (1996). Item-item soalan yang dibina juga berdasarkan elemen-elemen peranan yang terdapat dalam 5 domain berkenaan. Jadi persoalan peranan-peranan kepimpinan instruksional yang diamalkan tidak terkeluar dari domain-domain berkenaan.

Populasi bagi kedua-dua buah sekolah adalah 60 orang, walaubagaimanapun responden dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah yang melibatkan 25 orang guru dari Sekolah Menengah Berasrama A dan 25 orang guru dari Sekolah Menengah Berasrama B.

5.0 ANALISIS DATAAnalisis kajian ini dibuat berdasarkan hasil dapatan dan jawapan yang diberikan oleh responden dalam soal selidik. Terdapat 5 dimensi yang diutarakan didalam borang soal selidik. Pembinaan item soalan didalam setiap dimensi adalah berdasarkan elemen-elemen yang terdapat didalam 5 dimensi Teori Kepimpinan Instruksional Weber (1996). Dengan itu penerangan dan analisis item dibuat mengikut dimensi.

Jumlah responden yang dikaji ialah seramai 50 orang yang terdiri daripada 25 orang guru dari Sekolah Menengah Berasrama A dan 25 orang guru dari Sekolah Menengah Berasrama B. Semua data mentah yang telah dikumpul daripada responden dianalisis. Sebanyak 50 borang soal selidik telah diedarkan dan semua borang dikembalikan semula setelah diisi dengan lengkap.Analisis kajian adalah berbentuk deskriptif dan inferensi yang menganalisis perbezaan min setiap ciri-ciri pemimpin yang mengamalkan kepimpinan instruksional dikalangan pengetua sekolah berasrama. Penganalisaan data dilakukan secara manual. Analisis ini akan menjawab persoalan kajian iaitu kajian kepimpinan instruksioanal oleh pengetua di dua buah sekolah menengah berasrama.

Didalam setiap dimensi Teori Kepimpinan Instruksional Weber (1996) mengandungi elemen-elemen ataupun peranan-peranan seorang pengetua yang mengamalkangaya kepimpinan instruksional di dalam kepimpinannya. 5 Dimensi tersebut ialah:Dimensi 1: Mendefinisikan Misi SekolahDimensi 2: Mengurus Kurikulum Dan PengajaranDimensi 3: Menggalakkan Iklim Pembelajaran Yang PositifDimensi 4: Memerhati Dan Meningkatkan PengajaranDimensi 5:Menilai Program Pengajaran

Peranan-peranan dalam kepimpinan instruksional dianalisis untuk mengetahui skor min dan sisihan piawai.

Analisis Dimensi 1 : : Mendefinisikan Misi Sekolah

Jadual 5.1 : Skor Peranan Pengetua Mendefinisikan Misi Sekolah

ItemPeranan Sekolah Menengah Berasrama ASekolah Menengah Berasrama B

MinSPMinSP

1Pengetua merangka visi dan matlamat sekolah yang jelas.4.640.4804.2*0.548

2Pengetua menyampaikan visi dan matlamat sekolah yang jelas.4.640.6254.320.470

3Pengetua membina visi dan matlamat sekolah dengan jelas4.600.6324.320.470

4Pengetua membina visi dan matlamat sekolah bersama dengan pihak PIBG dan pihak berkepentingan seperti PPD dan JPN4.28*0.4474.48**0.500

5Pengetua sentiasa memaklumkan tentang visi dan matlamat sekolah kepada pelaja-pelajarnya4.68**0.6164.48**0.500

# Petunjuk: ( ** = skor min tertinggi ; * = skor min terendah )

Rajah 5.1: DIMENSI 1 : Mendefinisikan Misi Sekolah

Daripada analisis yang dibuat, Skor min yang tertinggi untuk Dimensi 1 bagi Sekolah Menengah Berasrama A ialah 4.68 bagi Item 5. Ini menunjukkan pengetua sekolah ini memainkan peranan kepimpinan instruksionalnya dengan sentiasa memaklumkan tentang visi dan misi maklumat sekolah kepada pelajar-pelajarnya. Manakala Sekolah Menengah Berasrama B, item yang mempunyai nilai min tertinggi bagi Dimensi 1 ini ialah Item 4 dan Item 5 dengan nilai min masing-masing 4.48. Bagi Item 4, responden memberikan jawapan sangat bersetuju bahawa pengetua berperanan untuk membina visi dan matlamat sekolah bersama dengan pihak PIBG , PPD dan JPN. Item 5 pula menunjukkan persetujuan responden terhadap peranan pengetua yang sentiasa memaklumkan tentang visi dan matlamat sekolah kepada pelajar-pelajarnya. Jika dilihat, Item 4 dan Item 5 mempunyai nilai min dan sisihan piawai yang sama iaitu 4.48. Ini menjelaskan semua responden sangat bersetuju dengan kedua-dua Item tersebut.Min terendah untuk Dimensi 1 bagi Sekolah Menengah Berasrama A ialah 4.28 bagi Item 4. Ini menunujukkan respoden hanya bersetuju dan ada beberapa responden yang kurang pasti tentang peranan pengetua dalam membina visi dan matlamat sekolah bersama PIBG, PPD dan JPN. Manakala bagi Sekolah Menengah Berasrama B pula, Item 1 mempunyai skor min terendah dengan nilai min 4.2 dimana responden bersetuju dengan peranan pengetua dalam merangka visi dan matlamat sekolah yang jelas danada beberapa responden yang kurang pasti dengan perkara ini. Ini menyebabkan Item ini mendapat skor min terendah berbanding item yang lain.

Analisis Dimensi 2 : Mengurus Kurikulum Dan Pengajaran

Jadual 5.2 : Skor Peranan Pengetua Dalam Mengurus Kurikulum Dan Pengajaran

ItemPeranan Sekolah Menengah Berasrama ASekolah Menengah Berasrama B

MinSPMinSP

6Pengetua menggalakkan pengajaran berkualiti di dalam bilik darjah.4.76**0.5834.40.490

7Pengetua menyelia dan menilai pembelajaran di dalam bilik darjah.4.520.6404.28*0.470

8Pengetua memperuntukkan masa dan melindungi masa pengajaran daripada aktiviti yang mengganggu P&P4.48*0.7554.360.557

9Pengetua menyelaras kurikulum sekolah

4.48*0.7004.440.700

10 Pengetua memantau kemajuan murid

4.60.5664.64**0.480

# Petunjuk: ( ** = skor min tertinggi ; * = skor min terendah )

Rajah 5.2: DIMENSI 2 : Mengurus Kurikulum Dan Pengajaran

Bagi Sekolah Menengah Berasrama A, item yang mempunyai skor min tertinggi dalam Dimensi 2 adalah Item 6 dengan nilai 4.76. Ini menyatakan responden sangat bersetuju bahawa pengetua berperanan dalam menggalakkan pengajaran berkualiti di dalam bilik darjah. Manakala bagi Sekolah Menengah Berasrama B, item yang mempunyai min paling tinggi adalah Item 10 dengan min 4.64 yang menunjukkan responden sangat bersetuju terhadap pengetua yang sentiasa memantau kemajuan murid. Sementara bagi Sekolah Menengah Berasrama A, Item 8 dan Item 9mempunyai nilai min yang paling rendah dengan nilai min masing-masing 4.48. Ini menunjukkan ada sebilangan responden yang kurang pasti dalam item-item ini. Namun responden lain bersetuju dengan item-item ini di mana pengetua berperanan untuk memperuntukkan masa dan melindungi masa pengajaran daripada aktiviti yang mengganggu P&P dan pengetua berperanan dalam menyelaras kurikulum sekoah. Walaubagaimanapun skor min tersebut masih boleh dibezakan dengan sisihan nilai piawai. Manakala bagi Sekolah Menengah Berasrama B,nilai min terendah ialah pada Item 7 dengan min4.28 yang menunujukkan responden bersetuju dengan peranan pengetua yang menyelia dan menilai pembelajaran di dalam bilik darjah. Analisis Dimensi 3 : Menggalakkan Iklim Pembelajaran Yang Positif

Jadual 5.3 : Skor Peranan Pengetua Dalam Menggalakkan Iklim Pembelajaran Yang Positif

ItemPeranan Sekolah Menengah Berasrama ASekolah Menengah Berasrama B

MinSPMinSP

11Pengetua menetapkan target dan memberikan harapan yang positif kepada guru-guru dan pelajar-pelajarnya4.68**0.4704.32*0.469

12Pengetua menetapkan suasana pembelajaran yang teratur dan ekspektasi disiplin yang jelas4.68**0.4704.440.500

13Pengetua menyediakan insentif di atas kejayaan guru-guru dan pelajar-pelajarnya4*0.7484.48**0.574

14Pengetua berusaha meningkatkan komitmen guru pada sekolah dengan mengadakan program perkembangan staf4.440.5744.32*0.616

15Pengetua mendapatkan komitmen semua pihak yang terlibat dalam sesuatu tindakan spesifik untuk meningkatkan pembelajaran murid.4.560.5004.360.624

# Petunjuk: ( ** = skor min tertinggi ; * = skor min terendah )

Rajah 5.3: DIMENSI 3 : Menggalakkan Iklim Pembelajaran Yang Positif

Bagi Sekolah Menengah Berasrama A, Item 11 dan Item 12 yang mempunyai min tertinggi iaitudengan nilai min masing-masing 4.68. Ini menunjukkan responden sangat bersetuju dengan peranan pengetua dalam menetapkan target dan memberikan harapan yang positif kepada guru-guru dan pelajar-pelajarnya bagi Item 11 . Bagi Item 12 pula, responden juga sangat bersetuju dengan pengetua yang menetapkan suasana pembelajaran yang teratur dan ekpektasi disiplin yang jelas. Manakala bagi Sekolah Menengah Berasrama B, Item 13 mempunyai skor min tertinggi dengan nilai min 4.48. Ini menunjukkan responden sangat bersetuju bahawa pengetua menyediakan insentif di atas kejayaan guru-guru dan pelajar-pelajarnya.

Bagi Sekolah Menengah Berasrama A, Item 13 mempunyai nilai min terendah dengan min 4 di mana minoriti responden bersetuju bahawa pengetua menyediakan insentif di atas kejayaan guru-guru dan pelajar-pelajarnya. Manakala bagi Sekolah Menengah Berasrama B, Item 11 dan Item 14 mempunyai skor min terendah dengan nilai min masing-masing ialah 4.32 di mana minoriti responden bersetuju bahawa pengetua menetapkan target dan memberikan harapan yang positif kepada guru-guru dan pelajar-pelajarnya. Bagi Item 14 pula menyatakan responden bersetuju bahawa pengetua berusaha meningkatkan komitmen guru pada sekolah dengan mengadakan program perkembangan staf. Walaupun kedua-dua item ini mempunyai skor min yang sama, namun ianya masih boleh dibezakan dengan nilai sisihan piawai.

Analisis Dimensi 4 : Memerhati dan Meningkatkan Pengajaran

Jadual 5.4 : Skor Peranan Pengetua Dalam Memerhati dan Meningkatkan Pengajaran

ItemPeranan Sekolah Menengah Berasrama ASekolah Menengah Berasrama B

MinSPMinSP

16Pengetua membuat pemerhatian dengan mengadakan aktiviti pencerapan guru dan membuat perbincangan penambahbaikan selepas itu4.60.5664.44**0.500

17Pengetua berkongsi maklumat dan kepakaran profesionalnya demi membantu pembangunan professional guru-gurunya.4.560.7554.360.479

18Pengetua memotivasikan guru-gurunya untuk mengubah kelakuan yang boleh menghalang pembangunan professional mereka serta pembelajaran pelajar.4.68**0.7354.44**0.500

19Pengetua mencadangkan aktiviti pembangunan profesional yang khusus untuk meningkatkan kemampuan profesional orang lain supaya mereka dapat menyumbang kepada kecemerlangan pembelajaran murid.4.52*0.5744.32*1.175

20Pengetua sentiasa berdiskusi bersama guru-guru tentang perkara yang mereka fikirkan adalah kekuatan dan kelemahan serta apakah perkara yang ingin mereka tingkatkan 4.560.6404.44**0.500

# Petunjuk: ( ** = skor min tertinggi ; * = skor min terendah )

Rajah 5.4: DIMENSI 4 : Memerhati Dan Meningkatkan pengajaran

Bagi Sekolah Menengah Berasrama A, Item 18 yang mempunyai min tertinggi iaitu bagi dimensi memerhati dan meningkatkan pengajaran dengan nilai min 4.68. Ini menunjukkan responden sangat bersetuju dengan pengetua yang sentiasa memotivasikan guru-gurunya untuk mengubah kelakuan yang boleh menghalang pembangunan professional mereka serta pembelajaran pelajar. Manakala, bagi Sekolah Menengah Berasrama B, Item yang mempunyai nilai min tertinggi bagiDimensi 4 ini ialah Item 16, Item 18 dan Item 20 dengan nilai min masing-masing 4.44. Bagi Item 16, responden bersetuju bahawa pengetua membuat pemerhatian dengan mengadakan aktiviti pencerapan guru dan membuat perbincangan penambahbaikan selepas itu, Item 18 pula menunjukkan responden sangat bersetujudengan pengetua yang sentiasa memotivasikan guru-gurunya untuk mengubah kelakuan yang boleh menghalang pembangunan professional mereka serta pembelajaran pelajar dan Item 20 pula, menunjukkan pengetua sekolah ini sentiasa berdiskusi bersama-sama guru-guru tentang perkara yang mereka fikirkan adalah kekuatan dan kelemahan serta apakah perkara yang mereka tingkatkan. Ketiga-tiga item ini mempunyai nilai min dan juga nilai sisihan piawaiyang sama,

Bagi analisis nilai skor min terendah untuk dimensi ini, didapati kedua-dua sekolah menengah berasrama dalam kajian ini mempunyai nilai terendah dalam item yang sama iatu Item 19. Nilai skor min bagi Sekolah Menengah Berasrama A ialah 4.52 manakala Sekolah Menengah Berasrama B pula ialah 4.32. Ini menunjukkan minoriti responden dikedua-dua sekolah bersetuju bahawa pengetua mencadangkan aktiviti pembangunan professional yang khusus untuk meningkatkan kemampuan professional orang lain supaya mereka dapat menyumbang kepada kecemerlangan pembelajaran pelajar.

Analisis Dimensi 5 : Menilai Program Pengajaran

Jadual 5.5 : Skor Peranan Pengetua Dalam Menilai Program Pengajaran

ItemPeranan Sekolah Menengah Berasrama ASekolah Menengah Berasrama B

MinSPMinSP

21Pengetua menetapkan target dan memberikan harapan yang positif kepada guru-guru dan pelajar-pelajarnya4.440.4904.36**0.479

22Pengetua menetapkan suasana pembelajaran yang teratur dan ekspektasi disiplin yang jelas4.36*0.6864.28*0.200

23Pengetua menyediakan insentif di atas kejayaan guru-guru dan pelajar-pelajarnya4.480.6404.32*0.469

24Pengetua berusaha meningkatkan komitmen guru pada sekolah dengan mengadakan program perkembangan staf4.480.7004.32*0.469

25Pengetua mendapatkan komitmen semua pihak yang terlibat dalam sesuatu tindakan spesifik untuk meningkatkan pembelajaran murid.4.52**0.7004.36**0.479

# Petunjuk: ( ** = skor min tertinggi ; * = skor min terendah )

Rajah 5.5: DIMENSI 5 : Menilai Program Pengajaran

Min tertinggi Sekolah Menengah Berasrama A adalah pada Item 25 dengan min 4.52 yang menunjukkan responden sangat bersetuju terhadap peranan pengetua dalam memantau kemajuan dan membuat penambahbaikan rancangan dan tindakan-tindakan sekiranya perlu. Sementara, majoriti responden Sekolah Menengah Berasrama B memberikan respon sangat bersetuju pada Item 21 dan Item 25, dengan min tertinggi masing-masing iaitu 4.36. Kedua-dua item ini juga mempunyai nilai sisihan piawai yang sama.

Min terendah bagi Sekolah Menengah Berasrama Aialah pada Item 22 dengan 4.36. Ini menunjukkanresponden bersetuju tentang pengetua mereka yang membuat post motermpada setiap program yang telah dijalankan, namun ada sebilangan responden yang kurang pasti dalam menjawab item ini yang menyebabkan skor min item ini mendapat nilai terendah berbanding item yang lain. Skor min terendah bagi Sekolah Menengah Berasrama Bialah 4.28 pada item yang sama dengan Sekolah Menengah Berasrama A iaitu Item 22.

6.0 PERBINCANGANBerdasarkan analisis data yang telah dibuat, kedua-dua pengetua memainkan peranan dalam mendefinisikan misi sekolah. Di sini, pengetua telah merangka, membina dan menyampaikan visi dan matlamat sekolah dengan jelas. Apa yang lebih penting, pengetua sentiasa memaklumkan visi dan matlamat sekolah kepada pelajar-pelajarnya. Pengetua di kedua-dua sekolah bertanggungjawab membawa seluruh warga sekolah ke arah hala tuju yang sama. Pengetua telah melaksanakan pelbagai aktiviti di mana aktiviti penjelasan matlamat sekolah merupakan aktiviti yang paling kerap dilakukan. Jelasnya,pengetua telah berperanan memastikan semua pihak diberi penjelasan yang secukupnya tentang matlamat sekolah, sesuai dengan kajian Hallinger dan Murphy (1985). Peranan ini dapat memastikan semua pihak memahami, menghayati dan melaksanakan program yang dirancang mengikut kerangka yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun daripada dapatan ini juga menunjukkan pengetua Sekolah Menengah Berasrama B lebih menekankanpembinaan visi dan matlamat sekolah secara bersama dengan pihak PIBG dan pihak berkepentingan seperti PPD dan JPN, berbanding dengan pengetua Sekolah Menengah Berasrama A. Menurut Weber (1996), pemimpin instruksional seharusnya menyediakan peluang kepada pihak berkepentingan bagi bersama-sama menyediakan visi dan matlamat sekolah. Kerjasama ini perlu bagi menghasilkan sesuatu yang jelas dan jujur.Matlamat sekolah yang diterjemahkan melalui pengajaran dalam bilik darjah, kemudian dipantau oleh pengetua dengan menguatkuasakan dasar akademik, memberi sokongan kepada aktiviti pengajaran, menjaga masa pengajaran, serta melakukan pencerapan dan penilaian pengajaran guru, adalah antara penekanan yang diberi oleh kedua-dua pengetua dalam pengurusan kurikulum dan pengajaran. Walaubagaimanapun berdasarkan dapatan, pengetua Sekolah Menengah Berasrama A lebih memberi penekanan kepada menggalakkan pengajaran berkualiti di dalam bilik darjah, pengetua sentiasa memastikan pelaksanaan program pengajaran dalam ruang lingkup kerangka yang telah ditetapkan dan ianya selari dengankajian Smith dan Andrews (1989). Guru-guru mesti menepati masa untuk memulakan dan menamatkan kelas pengajaran masing-masing serta memberi sokongan kepada guru-guru melaksanakan tugas mengikut perancangan yang telah ditetapkan.Berbeza dengan pengetua Sekolah Menengah Berasrama B, dalam dimensi ini penekanan diberi kepada pemantauan kemajuan murid. Dalam hal ini, pengetua telah melakukan pemantauan ke bilik-bilik darjah untuk memastikan murid-murid menggunakan masa pembelajaran untuk belajar dan memperolehi kemahiran. dapatan ini selari dengan pandangan Ginsberg dan Murphy (2002), di mana pengetua perlu mengamalkan pemantauan harian dari bilik darjah ke bilik darjah walaupun telah membuat pencerapan secara formal. Pemantauan ini penting bagi mengawasi kemajuan pelajar untuk pencapaian matlamat sekolah. Dalam dimensi menggalakkan iklim pembelajaran yang positif, pengetua Sekolah Menengah A memberi keutamaan kepada penetapan target, memberi harapan yang positif kepada guru-guru dan pelajar-pelajarnya, serta suasana pembelajaran yang teratur dan ekspektasi disiplin yang jelas. Di sini pengetua sebagai pemimpin instruksional memastikan persekitaran pembelajaran teratur, serius dan berfokus pada visi dan matlamat akademik yang tinggi tetapi realistic dan boleh dicapai. Aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pembangunan dan perkembangan pelajar yang boleh meningkatkan pencapaian akademik mereka, membina iklim sekolah yang positif, memberi motivasi, membina semangat, pemantauan dan penilaian adalah bertujuan untuk peningkatan akademik.Bagi pengetua Sekolah Menengah Berasrama B pula, dalam dimensi ini keutamaan diberi kepada penyediaan intensif kepada kejayaan guru-guru dan pelajar-pelajarnya. Dalam memupuk iklim pembelajaran yang kondusif di sekolah, pengetua telah memberi dorongan dan memotivasikan pelajar dengan menghargai mereka yang menunjukkan peningkatan prestasi akademik. Pendapat Hoy dan Miskel (2001) turut menyatakan tujuan mendorong dan memotivasikan pelajar adalah supaya mereka terus berusaha dengan lebih tekun untuk meningkatkan prestasi akademik.Dalam dimensi 4, kedua-dua pengetua mementingkan motivasi kepada guru-guru untuk mengubah kelakuan yang boleh menghalang pembangunan professional dan pembelajaran pelajar. Penghargaan kepada guru dilakukan dengan memberi peluang kea rah pengiktirafan professional dengan menambah ilmu dan kemahiran yang standing dengan keadaan semasa. Dapatan ini selari dengan pandangan Fullan (2002) yang menyatakan bahawa pembelajaran pelajar yang lebih mendalam memerlukan perubahan kepada guru. Dalam hal ini, pengetua telah menyokong dan memberi kemudahan kepada guru-guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain daripada itu, bagi pengetua Sekolah Menengah Berasrama B penekanan juga diberi kepada aktiviti pencerapan dan perbincangan penambahbaikan serta diskusi bersama guru tentang kekuatan dan kelemahan sesuatu program yang ingin ditingkatkan demi kepentingan pelajar dan peningkatan prestasi akademik.Akhir sekali, dalam dimensi 5 iaitu menilai program pengajaran, kedua-dua pengetua juga memberi keutamaan kepada mendapatkan komitmen sesame pihak yang terlibat untuk meningkatkan pembelajaran murid. Ini penting kerana penelitian berterusan terhadap program-program kurikulum membolehkan guru-guru memenuhi keperluan murid secara berkesan apabila tindakan berterusan dan penambahbaikan dibuat. Selain daripada itu kedua-dua pengetua juga kurang memberi penekanan kepada penetapan suasana pembelajaran yang teratur dan ekspektasi disiplin yang jelas.

7.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan daripada dapatan soal selidik yang telah dianalisis dan perbincangan yang telah dibuat, jelas menunjukkan secara keseluruhannya kedua-dua pengetua melaksanakan kepimpinan instruksional dalam pentadbirannya. Namun begitu, penekanan kepada peranan di dalam dimensi tertentu menunjukkan bahawa terdapat persamaan dan perbezaan ketara di antara amalan instruksional kedua-dua pemimpin sekolah berkenaan. Oleh itu, tidak hairanlah pencapaian akademik kedua-dua sekolah ini berada di tangga yang membanggakan dalam daerah Kota Tinggi. Kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh kedua-dua pengetua ini telah menjadikan sekolah mereka sekolah berkesan dengan penjanaan modal insan yang cemerlang untuk keperluan negara.

RUJUKAN

Abas bin Haji Awang (2006). Kepimpinan Instruksional. Kuala Lumpur: Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Mohammed Zohir Ahmad (2010). Gaya-gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan 31 (ms 3 19). Diambil pada 2011, Dis 10 daripada www.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jpend31_01.pdf

Bahagian Sekolah KPM (2007). Memperkasa Kepimpinan Instruksional Di Sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

EPRD MOE (2001).Education In Malaysia : A Journey To Excellence, 2001. Kuala Lumpur:AG Grafic Sdn Bhd.

Fullan, M. (2002). The Change Leader. Educational Leadership 59 (8): 16-23.

Gerald C. Ubben, Larry W. Hughes & Cynthia J. Norris (2007). The Principal: Creative Leadership for Excellence in School (6th ed.). US: Pearson Education, Inc.

Ginsberg, M.B. & Murphy, D. (2002). How Walkthroughs Open Doors. Educational Leadership 58 (8). 34-36.

Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional management behavior of principals. The Elementary School Journal 86 (2): 217-247.

Hoy, W.K & Miskel, C.G. (2001). Educational Administration: Theory, Research and Practice. (6th ed.). New York: McGraw-Hill, Inc.Harun Mat Isa, Norihan Azizan & Junaidah Abdul Jamil (2002). Kepimpinan Instruksional : Satu Tinjauan Empirikal dalam Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-11 Institut Aminuddin Baki: Hotel Pan Pacific, KLIA.

Hussein Mahmood (1989). A study of principals' perception of their competency needs in instructional leadership. Ph.D thesis, University of Michigan.

Hussien Mahmood (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah (2009). Kepimpinan Instruksional: satu Panduan Praktikal. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Lokman Mohd. Tahir & Mohd. Anuar Abd. Rahman (2011). Orientasi Kepimpinan Pengetua Sekolah. Johor Bahru: Penerbit UTM Press. Robiah Sidin (1994). Pendidikan Di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Robiah Sidin(2003).Teori Pentadbiran Pendidikan: Satu Pengenalan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shahril@Charil Marzuki, Rahimah Ahmad & Hussien Ahmad (2010). Kepimpinan Pengetua Menjana Modal Insan Di Sekolah Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Smith, W.F. & Andrews, R.L. (1989). Instructional Leadership: How Principals Make a Difference. Washington: Association for Supervision and Curriculum Development.

Covey, S.R., Whitman, B. & England, B. (2010). Sukses Setiap Saat (BM Ed.). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 23