112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara

2

Click here to load reader

Upload: mat-mohd

Post on 04-Jul-2015

28 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

peranan guru dalam pembangunan negara

TRANSCRIPT

Page 1: 112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara

Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Saban tahun, 16 Mei merupakan hari keramat lagi suci murni kepada warga sekolah, iaitu Hari

Guru di tanah air kita. Sekalung budi dan tahniah serta penghargaan yang setinggi -tingginya

kepada insan yang bergelar sebagai pendidik. Sehubungan dengan itu, setiap sekolah telah

meraikan Hari Guru dengan pelbagai aktiviti seperti mengadakan jamuan, memberikan hadiah

dan mengadakan persembahan kepada guru yang disayangi. Ternyata, setiap warga sekolah

perlu menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap pembangunan individu, bangsa dan

Negara. Hal ini selaras dengan tema Hari Guru 2010, “Guru Pembina Negara Bangsa”.

Walhal, guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Atas

bimbingan guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan lain-lain

lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, “Lahirnya seorang Perdana

Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang

mengajarnya baca dan tulis.” Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Tepuk dada tanya

selera. Dengan kata lain, guru turut menentukan pembangunan negara dengan melahirkan

tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan negara. Iltizam

dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang berketerampilan dan berdaya saing

untuk memartabatkan pembangunan negara sehingga negara kita dapat berdiri sama tinggi,

duduk sama rendah dengan negara maju.

Pada era digital ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai ilmu kepada

putera dan puteri yang berjuang dalam medan ilmu. Dalam zaman ledakan maklumat ini,

pelajar berupaya memperoleh ilmu melalui pelbagai wadah dan wahana, seperti internet, e -

buku, majalah, surat khabar malah televisyen satelit. Ekoran daripada itu, guru perlu

bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu. Mutakhir ini, guru

bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang majornya tetapi juga perlu

menguasai ilmu psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam

pembelajaran dan pemelajaran . Dalam situasi ini, pelajar lebih minat dan beria -ia untuk

mengikuti pelajaran. Sebagai impaknya, guru yang menguasai teknologi maklumat dan

komunikasi dapat membimbing pelajar mencapai akademik yang cemerlang.

Salah satu tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru adalah melahirkan golongan yang

memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita. Hal ini terjadi demikian kerana warga

didik bukan sahaja memberikan ilmu dunia tetapi juga perlu menyampaikan ilmu akhirat

kepada anak buahnya. Pendidikan kerohanian sangat mustahak kepada setiap insan. Guru

perlu sentiasa menyuntikkan nilai-nilai murni kepada pelajar supaya mereka dapat menuju ke

arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh hasutan syaitan. Dengan bimbingan, prihatin,

asuhan dan kasih sayang guru, insan yang bersikap penyayang, bersemangat kental dan

berfikiran terbuka akan bercambah. Jati diri penggerak wawasan. Atas sumbangan guru,

pelajar yang memiliki jati diri dan bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan negara.

Kita perlu mengakui pengorbanan guru dalam melahirkan anak watan yang berguna.

Malangnya, kini banyak pelajar telah dipengarui oleh budaya barat dan hedonisme sehingga

Page 2: 112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara

terbelenggu oleh kemelut sosial . Remaja kita seolah-olah tidak dapat melepaskan diri dalam

kepompong sindrom sosial, seperti melepak, mat rempit, penagihan dadah, dan lain-lain lagi.

Sesungguhnya guru perlu mendukung cita-cita untuk membanteras sindrom sosial dalam

pekarangan sekolah dan masyarakat kita. Rentetan daripada itu, guru perlu sentiasa

bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengetahui kemusykilan pelajarnya . Para pendidik

sentiasa mengorbankan masa dan tenaga untuk memulihkan pelajar yang tersesat di hujung

jalan supaya mereka dapat balik ke pangkal jalan. Secara tidak langsung, guru berupaya

mementuk masyarakat madani dan sakinat. Jasa guru akan sentiasa dikenang dalam sanubari

anak muridnya hingga akhir hayat.

Guru selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Dedikasi

guru dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurilum serta

berakhlak mulia. Guru berkualiti aspirasi negara. Guru yang bertanggungjawab dan amanah

sentisa dihormati oleh rakan sejawatan dan anak murid. Sekalung budi dan sekeping kad Hari

Guru sebagai tanda terima kasih yang tidak terperi kepada semua guru. Jasa dan budi guru

akan sentiasa dikenang. Segala teguran dan kritikan daripada guru semata -mata adalah demi

kebaikan pelajar. Tampaknya, profesion guru semakin mencabar berbanding dengan zaman

silam. Oleh itu guru perlu bersemangat waja diri dan gigih untuk meladeni kerenah pelajar

yang semakin liar. Jangan putus asa dan patah semangat malah perlu sentiasa

menyemarakkan semangat dan motivasi pelajar supaya mereka dapat menjadi insan yang

kamil dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.

Natijahnya, komitmen yang utuh dalam kalangan guru dapat memperkasakan pembangunan

insan yang berkualiti sehingga mencapai visi negara, iaitu 1 Malaysia. Guru cemerlang nega ra

terbilang. Pendidik perlu melengkapkan diri supaya dapat membimbing anak pelajar ke arah

cemerlang. Gemilang dan terbilang. Selamat Hari Guru.