1103 bm_kertas 2

8
SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Ogos 2012 2 ¼ jam Kertas ini mengandungi lapan halaman bercetak © 2012 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2012 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Arahan: 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Sastera Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. FB: 2012 SPM Tips/Notes/Ramalan (Official) Downloaded from www.mystudyguide.net

Upload: zakaria-yaacob

Post on 27-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

soalan percubaan

TRANSCRIPT

Page 1: 1103 BM_Kertas 2

SULIT 1103/2

Bahasa Melayu

Ogos 2012

2 ¼ jam

Kertas ini mengandungi lapan halaman bercetak

© 2012 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2012

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan:

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks

Komponen Sastera Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

FB: 2012 SPM Tips/Notes/Ramalan (Official)

Downloaded from www.mystudyguide.net

Page 2: 1103 BM_Kertas 2

SULIT 2 1103/2

© 2012 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk

meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan kesan-kesan usaha tersebut kepada negara.

Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pelbagai transformasi dilaksanakan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Sri Mohd. Najib

Tun Abdul Razak demi meningkatkan kredibiliti perkhidmatan awam di negara ini. Perkhidmatan

awam yang dianggotai kira-kira 1.2 juta orang kakitangan tidak terkecuali daripada terlibat dalam

transformasi sejajar dengan tuntutan untuk menzahirkan aspirasi kerajaan. Semua penjawat awam

perlu berganding bahu dan berazam untuk merealisasikan aspirasi kerajaan yang mengutamakan

prestasi dan bertunjangkan keutamaan kepada rakyat.

Peranan penjawat awam amat signifikan dalam melaksanakan agenda negara. Teguran sering

dibuat terhadap sikap negatif kakitangan awam yang kurang mesra di kaunter-kaunter apabila

berurusan dengan pelanggan. Keadaan ini berlaku disebabkan sikap segelintir kakitangan awam yang

tidak bertanggungjawab sehingga mencalarkan nama baik penjawat awam. Kakitangan awam perlu

membudayakan kreativiti dan inovasi penjawat awam. Sementara itu, dalam usaha untuk memastikan

setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan mendapat pulangan nilai paling maksimum kepada kerajaan

dan rakyat, amalan nilai untuk wang perlu dilaksanakan. Hal ini demikian kerana, kerajaan telah

berbelanja berjuta-juta ringgit setiap tahun hanya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam.

Yang paling perlu ialah kakitangan awam sendiri perlu melakukan anjakan paradigma untuk

menghadapi cabaran pada masa depan. Pelbagai penyelesaian terbaik demi memartabatkan negara ke

tahap yang lebih tinggi perlu dilaksanakan. Mereka hendaklah bersama-sama memberikan sepenuh

komitmen dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Mereka juga perlu

meningkatkan nilai integriti ketika bertugas. Peningkatan tahap integriti ini amat selari dengan

komitmen kerajaan yang mahu mewujudkan sebuah pentadbiran yang mendahulukan rakyat dan

mengutamakan pencapaian.

Kakitangan awam juga digesa untuk memberikan perkhidmatan yang lebih menjurus kepada

usaha mempermudah dan mempercepat urusan pelanggan tanpa kerenah birokrasi. Sering kali

kedengaran rungutan daripada mulut kebanyakan orang tentang kelewatan penjawat awam

melaksanakan tugas mereka apabila mereka berurusan di pejabat-pejabat kerajaan. Cara ini didapati

berupaya membendung amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam. Ada juga kakitangan awam

yang tidak segan silu meminta bayaran jika orang ramai mahukan urusan mereka dibuat dengan

segera.

Pembaharuan demi pembaharuan yang dilakukan mampu menutup ruang-ruang kosong demi

meningkatkan mutu perkhidmatan awam di negara ini. Hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan daya

saing negara di persada antarabangsa bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Semangat kerja secara

berpasukan juga perlu diterapkan dalam setiap tugas yang dilaksanakan demi mencapai sasaran yang

ditetapkan. Sesungguhnya setiap program yang dilaksanakan menjadi titik tolak yang melakar

perubahan dalam sejarah perkhidmatan awam di negara ini.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Transformasi Pekhidmatan Awam”,

oleh Abd. Kadir Mohd. Ayub,

dalam Dewan Masyarakat, Februari 2012)

FB: 2012 SPM Tips/Notes/Ramalan (Official)

Downloaded from www.mystudyguide.net

Page 3: 1103 BM_Kertas 2

SULIT 3 1103/2

© 2012 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 2: Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda

sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mencalarkan nama baik.

[2 markah]

(ii) Apakah rungutan orang ramai yang sering disuarakan terhadap mutu perkhidmatan awam di

negara ini?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah bentuk ganjaran yang perlu diberikan kepada penjawat awam yang

telah berkhidmat dengan cemerlang?

[4 markah]

FB: 2012 SPM Tips/Notes/Ramalan (Official)

Downloaded from www.mystudyguide.net

Page 4: 1103 BM_Kertas 2

SULIT 4 1103/2

© 2012 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 2(b)–Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

Sekali ini, hati batu Kapten Mamat menjadi lembut benar. Dia tahan melihat mayat Baharum

mati berdarah. Tetapi, tidak sanggup melihat janda dan dua orang anaknya yang tinggal. Wajah dan

tangisan mereka merupakan suatu gambaran dunia yang penuh laknat.

Siapakah tidak terharu melihat anak yang baru kehilangan bapa bertanya mana bapanya?

Siapakah yang tidak kasihan melihat isteri yang baru kehilangan suaminya? Menyaksikan anak dan

isteri yang menanggung duka dan nestapa, suatu penyeksaan bagi Kapten Mamat, tetapi jika sudah

berdepan, dipaksanya menahan segala kemungkinan. Sifatnya yang lemah itu diatasinya dengan

gagah.

“Hari ini terlampau panas,” kata Kapten Mamat membuka mulut.

Isterinya segera menjawab.

“Ya, panas salah, sejuk salah.”

Masnah diam. Anak matanya pudar memberi suatu pengertian yang mengharukan.

Percakapan yang baru lalu didengarinya dengan muka sugul. Rambutnya kusut dan semuanya

membayangkan masa depan yang sangat gelap.

Anak yang menangis tadi didukung oleh anak gadis Kapten Mamat. Tetapi anak Masnah yang

pandai bercakap, bertanya ibunya, “Emak! Oh, emak! Abah ada di sini emak?”

(Dipetik daripada cerpen ‘Penanggungan’ oleh Wijaya Mala

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah dilema atau rasa serba salah yang dihadapi oleh Kapten Mamat?

[2 markah]

(ii) Sekiranya anda berhadapan dengan wanita seperti Masnah, apakah langkah-langkah yang

boleh anda ambil untuk membantunya?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang lain

daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

FB: 2012 SPM Tips/Notes/Ramalan (Official)

Downloaded from www.mystudyguide.net

Page 5: 1103 BM_Kertas 2

SULIT 5 1103/2

© 2012 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan Maliku’l-Nasar di

Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh

segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan

orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, “Hai segala

tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana

ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya.”

Antara mereka yang hadir itu seorang bernama Tun Aria Benong. Tun Aria Benong tiada

mahu Merah Silu dijadikan raja. Ujarnya, “Jikalau ia kita jadikan raja, nescaya anak cucu kita

diperintahnya.”

Megat Iskandar bermuafakat lagi dengan segala orang dan baginda tetap merajakan Merah

Silu, lalu Merah Silu diangkat menjadi raja.

Setelah Merah Silu diangkat menjadi raja, datang Sultan Maliku’l-Nasar ke Rimba Jerun.

Maka berperanglah Merah Silu dengan Sultan Maliku’l-Nasar. Sultan Maliku’l-Nasar berundur ke

sebuah negeri bernama Benua lalu dia bertahan dan berbuat istana. Beberapa lama Sultan Maliku’l-

Nasar duduk dalam negeri itu, pada suatu hari, datang Merah Silu memerangi Sultan Maliku’l-Nasar

lalu Sultan Maliku’l-Nasar undur ke rimbanya. Merah Silu menamakan tempat itu Permata Terjun.

Sultan Maliku’l-Nasar berundur lagi dan sampailah di suatu negeri; dan membuat istana di negeri itu.

(Dipetik daripada ‘Merah Silu’

Dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud ia pun sedia raja.

[2 markah]

(ii) Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Megat Iskandar sebelum mengangkat Merah

Silu sebagai raja?

[3 markah]

(iii) Sekiranya anda Merah Silu, apakah tindakan-tindakan yang akan diambil untuk menangani

tentangan daripada pihak yang memusuhi anda?

[3 markah]

FB: 2012 SPM Tips/Notes/Ramalan (Official)

Downloaded from www.mystudyguide.net

Page 6: 1103 BM_Kertas 2

SULIT 6 1103/2

© 2012 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 2(d) -Petikan Puisi

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

Kecek – (V)

1

seorang pengarah

membuka akaun semasanya

di sebuah bank ternama

tetapi dalam diam

dia mencantum kemiskinan

orang lain

ke dalam amanahnya

yang telah lama pecah.

2

di kampung

seorang petani

membuka akaun kemiskinannya

di ruang kedaifan

dan mengunci sedozen anak-anaknya

di dalam pagar sengsara

tetapi dia tidak pernah mencantum

kekayaan orang lain

ke dalam getirnya

yang sudah lama

berumbi.

3

di pantai

seorang nelayan

membuka akaun sengsaranya

di rahang laut ternganga

dan mengurung sederet anak-anaknya

di bawah pusaran nasib

tetapi dia tidak pernah mengumpul

kesenangan orang lain

ke dalam kegusarannya

yang telah sekian musim berlumut

di papan hidupnya.

4

Tuhan tidak pernah mungkir

mencatatkan setiap angka

dan nilai hitungan paling kecil

ke dalam akaun-Nya

di rumah keadilan.

AWANG ABDULLAH

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan

Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah persamaan antara golongan petani dengan golongan nelayan dalam sajak?

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah penyajak membandingkan keadaan ketiga-tiga

golongan dalam sajaknya?

[4 markah]

(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak “Kecek (V)”.

[3 markah]

FB: 2012 SPM Tips/Notes/Ramalan (Official)

Downloaded from www.mystudyguide.net

Page 7: 1103 BM_Kertas 2

SULIT 7 1103/2

© 2012 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan

maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan

perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i) lama

(ii) berlama-lama

(iii) lama-kelamaan

(iv) jauh

(v) menjauh

(vi) kejauhan

[6 markah]

(b) Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan

susunan isi dalam petikan.

Maria : Pukul berapa awak akan berangkat?

Ahmad : Pukul 3 petang tetapi teksi yang akan menghantar saya ke lapangan terbang

akan tiba sebentar lagi.

Maria : Berhati-hati dalam perjalanan nanti. Pandai-pandailah jaga diri di tempat

orang. Oh, ya! Pasport sudah bawa?

Ahmad : Ada di dalam beg galas.

[6 markah]

(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan

imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih

daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin

petikan itu semula.

Setelah jalan raya dinaiktaraf menjadi lebuh raya, pengguna dapat menikmati berbagai

kemudahan sepanjang perjalanan. Bermula dari Bukit Kayu Hitam hingga Johor Bahru,

pengguna dapat mempergunakan kemudahan yang disediakan di kawasan rehat dan rawat. Di

kawasan rehat dan rawat ini, pengguna dapat beristirehat bagi menghilangkan rasa penat-lelah

di samping menjamu selera di gerai makan yang mampu memenuhkan cita rasa semua kaum.

[6 markah]

FB: 2012 SPM Tips/Notes/Ramalan (Official)

Downloaded from www.mystudyguide.net

Page 8: 1103 BM_Kertas 2

SULIT 8 1103/2

© 2012 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan

satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda

tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan

satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pembentang kertas kerja-kertas kerja perlu mengirimkan biografi ringkas mereka melalui

e-mel.

(ii) Oleh yang demikian, pihak berkuasa wajar bertindak keras terhadap orang yang mencuri

air untuk memastikan masalah air dapat ditangani dengan segera.

(iii) Pengambilan pekerja mengikut jantina di dalam perusahaan itu berdasarkan had yang

ditetapkan oleh syarikat.

[6 markah]

(e) Bina satu perenggan karangan yang menggunakan tiga daripada peribahasa yang

disenaraikan.

Bagai lebah menghimpunkan madu

Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

Genggam bara api biar sampai jadi arang

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

[6 markah]

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) PAPA… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah

(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(vii) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

(viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Dalam sesebuah novel, terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, pilih dua peristiwa yang menarik dan nyatakan

sebab peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda.

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu latar masyarakat yang

dipaparkan dalam setiap novel tersebut.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

FB: 2012 SPM Tips/Notes/Ramalan (Official)

Downloaded from www.mystudyguide.net