1103 · pdf file1103 2 soalan 2 – petikan prosa tradisional [8 markah] baca petikan...

Download 1103 · PDF file1103 2 Soalan 2 – Petikan Prosa Tradisional [8 markah] Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

If you can't read please download the document

Upload: truongdiep

Post on 06-Feb-2018

313 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

  • 1103

    1

    Soalan 1 Petikan Cerpen [9 markah]

    Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    (i) Mengapakah penulis tidak begitu gembira dengan jaket kulit kijang yang dibelinya?

    [2 markah]

    (ii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu diambil oleh kerajaan bagi

    menceriakan industri pelancongan di negara ini. Kemukakan tiga langkah tersebut.

    [3 markah]

    (iii) Jelaskan satu nilai berdasarkan petikan di atas dan satu nilai lain yang terdapat

    daripada keseluruhan petikan. [4 markah]

    Malam terakhir di Istanbul, Kak Chah yang sebilik denganku tidur awal. Pasti kepenatan selepas

    berjalan mengelilingi kota bersejarah itu. Aku menyusun barang-barang yang akan dibawa pulang.

    Tiga buah buku, enam belas baju-T, tujuh kotak manisan lokum, dua kotak teh epal, sepuluh utas

    rantai kunci, lapan bentuk senduk kayu bertulis ayat Al-Quran, empat keping pelekat magnet, tiga utas

    gelang manik, lima buah anak patung Turki, dan sebotol orga. Kesemuanya, tidak menurut jumlah

    aneh yang aku rancangkan. Bermakna, banyak yang tidak akan mendapat cenderamata sekembalinya

    aku dari Turki.

    Sebenarnya duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang (aku

    mengetahuinya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jaket yang terletak di

    atas katil. Aku hanya membayar USD100 kepada Shahmeem. Dia mengurangkan USD20 daripada

    harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.

    Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Memakainya

    pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air. Jika keluar negara, jaket itu cuma

    sesuai dipakai pada musim sejuk.

    Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipat

    sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukanlah sesuatu yang tahan lasak. Kainnya

    mudah carik dan jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.

    (Dipetik daripada cerpen Jaket

    Kulit Kijang dari Istanbul, antologi Jaket

    Kulit Kijang dari Istanbul, DBP)

  • 1103

    2

    Soalan 2 Petikan Prosa Tradisional [8 markah]

    Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

    berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

    (i) Apakah yang ingin dilakukan oleh Patih Gajah Mada? [2 markah]

    (ii) Nyatakan tiga kelebihan yang terdapat pada Laksamana berdasarkan petikan tersebut.

    [3 markah]

    (iii) Pada pendapat anda, apakah keburukan jika pemimpin di sesuatu negara suka

    bertelagah ? [3 markah]

    Maka titah baginda, Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?

    Maka sembah mereka itu, Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana.

    Demi Allah dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas hati patik sekalian memberikan. Masing-masing

    pun memberikan segala hartanya akan Laksamana.

    Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang

    sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir

    miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi

    diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh

    Laksamana.

    Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau

    tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah.

    Beberapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa Kertala Sari

    telah mati dibunuh oleh Laksamana. Maka Patih Gajah Mada pun mencari daya dan upaya hendak

    mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga, sentiasa menyuruh ke gunung

    dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka.

    Demikianlah pekerjaannya

    (Dipetik daripada Prosa Tradisional

    Kepimpinan Melalui Teladan dalam

    antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

    Tingkatan 4)

  • 1103

    3

    Soalan 3 Petikan Sajak [9 markah]

    Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

    menggunakan ayat anda sendiri.

    SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY

    (i) Apakah maksud rangkap keempat sajak di atas ? [2 markah]

    (ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk

    mengurangkan masalah yang akan timbul pada kemudian hari? [3 markah]

    (iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]

    Dalam kebun diriku

    aku tanam saujana rancangan

    untuk memerdekakan warga susahku

    hidup menentang senja dan malam

    Dalam parlimen diriku

    aku bahas isu onak dan enak

    untukku merdekakan warga fikirku

    mengelak hidup dikotak-katikan

    Dalam laut diriku

    ombak gelora menampar pantai aman

    untuk menguji amal dan iman.

    Dalam gergasi diriku

    terpedaya jua oleh permainan si kancil

    namun sempat sedar dan beringat lagi

    Dalam pentas diriku

    aku berlatih menangkis angin

    aku berlatih memunggah awan

    menghayati skrip demi skrip

    yang tak diduga klimaksnya

    Dalam dewan diriku

    aku tak cemas lagi

    oleh kata yang mengekang

    aku tak lemas lagi

    oleh kata yang menyerang

    Aku sibermerdeka sampai

    ke rumah cabaranku

    aku panggil diriku bermesyuarah

    menyokong, berkecuali atau menentang

    aku ambil keputusan

    waktu itu aku kenal batas diri

    untuk tidak mengulangi kekalahan

    Kini, kapal diriku telah berlabuh di

    pangkalan usia

    aku turun darinya menghadapi hidup nyata

    peristiwa datang peristiwa pergi

    bagai siang memanggil malam

    dan siber merdeka terus berkaca

    terus mengalirkan arus ingatan

    elakkan dirimu menjadi sia-sia

    hamparkan dirimu di persada tuhan.

    Abdul Ghaffar Ibrahim

    Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

    Dewan Bahasa dan Pustaka

  • 1103

    4

    Soalan 4 - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

    [30 markah]

    Jawab semua soalan

    (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan

    imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa

    atau nama khas.

    (i) balai raya

    (ii) tunjuk ajar

    (iii) ambil alih

    (iv) kertas kerja

    (v) duit kopi

    (vi) temu bual [6 markah]

    (b) Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

    (i) Adakah Puan Hairun hendak bercuti ke Sabah atau Sarawak?

    (ii) Adik Amalina telah memenangi Anugerah Pelajar Cemerlang dan Anugerah Pelajar

    Contoh di sekolahnya

    (ii) Pengguna yang bijak tidak berbelanja mengikut hawa nafsu. [6 markah]

    (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

    penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi

    setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan

    satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

    (i) Sikap anak lelaki Puan Salmah yang celupar telah mencemari nama baik keluarga

    mereka.

    (ii) Agen insurans itu telah memujuk pelangganya dengan penawaran pelan yang

    menarik.

    (iii) Kontigen olahraga negara akan melepas ke Singapura bagi menyertai Sukan SEA.

    [6 markah]

  • 1103

    5

    (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah

    dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

    Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata

    atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu

    semula.

    (i) Pramusaji itu melayan para penumpang dengan sangat mesra sekali.

    (ii) Para-para peserta diminta bersedia untuk mendengar keputusan yang akan

    dikatakan sebentar lagi.

    (iii) Penjaga di rumah Tan Sri itu tidak menyedari semasa rumah tersebut dimasuki

    pencuri. [6 markah]

    (e) Berikan tiga peribahasa yang bersesuaian dengan peribahasa di bawah.

    (i) Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga.

    (ii) Bagai api dalam sekam

    (iii) Lain padang lain belalang [6 markah]

    Soalan 4 Novel

    [15 markah]

    Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.

    (i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

    (ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif bin Talib

    (iii)