1.0pendhuluan + 2.0 definisi smn tik

8
1.0 PENDAHULUAN Secara umumnya, semantik ialah satu bidang yang terdapat dalam ilmu linguistik yang mengkaji tentang makna sesuatu perkataan, frasa, ayat dan ujaran. Istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu sema yang bermaksud isyarat. Perkataan sema akan menerbitkan kata semainein yang bermaksud bererti. Kemudian semainein diinggeriskan menjadi semantics, dan dalam bahasa Melayu menjadi semantik. Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M. Breal, 1900. Dari segi istilah, semantik merujuk kepada sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa (Kamus Linguistik,1997 dipetik daripada Haji Mohd. Isa bin Abd. Razak, 2003). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semantik membawa maksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, semantik boleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan. Bahasa merupakan satu gelombang suara dan tulisan yang semuanya merujuk kepada satu makna tertentu yang bertindak untuk menyampaikan maklumat atau hasrat. Bunyi ucapan dan coretan tulisan yang merujuk hal tentang makna merupakan sejenis tanda atau sign. Kajian ke atas sistem tanda dikenali sebagai semiotik atau semiologi (Ahmad Mahmood Musanif, 2004). Asasnya, makna sesuatu perkataan diperolehi dengan merujuk kepada maksud sesuatu benda. Contohnya, ‘ini bola , sambil menunjuk ke arah sebiji bola. Makna perkataan bola boleh diperolehi apabila kita melihat sebiji bola. Namun, apabila sesuatu perkataan itu tidak mempunyai benda hendak ditunjuk dan bersifat abstrak, seperti perasaan, maka perkataan tersebut tidak dapat diberikan makna. Oleh itu, timbullah dalam bidang semantik istilah-istilah seperti sinonim, antonim, polisim dan hiponim. Dengan ini, makna sesuatu perkataan boleh diberikan dengan merujuk perkataan- perkataan lain yang mempunyai hubungan dengan sesuatu perkataan yang lain (Adenan bin Ayob, 2007). 1

Upload: xerez-sathish

Post on 03-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0pendhuluan + 2.0 definisi smn tik

1.0 PENDAHULUAN

Secara umumnya, semantik ialah satu bidang yang terdapat dalam ilmu

linguistik yang mengkaji tentang makna sesuatu perkataan, frasa, ayat dan ujaran.

Istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu sema yang bermaksud

isyarat. Perkataan sema akan menerbitkan kata semainein yang bermaksud bererti.

Kemudian semainein diinggeriskan menjadi semantics, dan dalam bahasa Melayu

menjadi semantik. Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M. Breal,

1900. Dari segi istilah, semantik merujuk kepada sistem dan kajian tentang makna

dalam bahasa (Kamus Linguistik,1997 dipetik daripada Haji Mohd. Isa bin Abd. Razak,

2003). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semantik membawa maksud kajian

tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, semantik

boleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan.

Bahasa merupakan satu gelombang suara dan tulisan yang semuanya merujuk

kepada satu makna tertentu yang bertindak untuk menyampaikan maklumat atau

hasrat. Bunyi ucapan dan coretan tulisan yang merujuk hal tentang makna merupakan

sejenis tanda atau sign. Kajian ke atas sistem tanda dikenali sebagai semiotik atau

semiologi (Ahmad Mahmood Musanif, 2004). Asasnya, makna sesuatu perkataan

diperolehi dengan merujuk kepada maksud sesuatu benda. Contohnya, ‘ini bola’, sambil

menunjuk ke arah sebiji bola. Makna perkataan ‘bola’ boleh diperolehi apabila kita

melihat sebiji bola. Namun, apabila sesuatu perkataan itu tidak mempunyai benda

hendak ditunjuk dan bersifat abstrak, seperti perasaan, maka perkataan tersebut tidak

dapat diberikan makna. Oleh itu, timbullah dalam bidang semantik istilah-istilah seperti

sinonim, antonim, polisim dan hiponim. Dengan ini, makna sesuatu perkataan boleh

diberikan dengan merujuk perkataan-perkataan lain yang mempunyai hubungan

dengan sesuatu perkataan yang lain (Adenan bin Ayob, 2007).

1

Page 2: 1.0pendhuluan + 2.0 definisi smn tik

2.0 DEFINISI SEMANTIK

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Kata

merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat

menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.

Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani

“semantikos” yang bermaksud penting atau bererti. Jika dilihat definisi yang diberikan

oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau

makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu semantik merupakan bidang pengkajian

linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994).

Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan

penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti

atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang

lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna

dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

2.1 Takrif dan Konsep Semantik

Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang

bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang

diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik

menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan

penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik

merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky

berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur

permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja

merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik

sejarah” (M.Breal, 1893).

2

Page 3: 1.0pendhuluan + 2.0 definisi smn tik

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang

mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang

mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai

makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam

konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk

makna daripada hubungan semantik.

Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat

dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai

makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal),

antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan

yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan

yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi

(perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa

perkataan yang mempunyai satu makna).

2.2 Makna Leksikal

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan

yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya,

perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki

makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+,

ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal

melainkan memiliki makna gramatis.

Kelompok kata

Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan

perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada

‘lima ekor lembu’.

3

Page 4: 1.0pendhuluan + 2.0 definisi smn tik

Kata paduan

Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna

masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api,

kapal api, bunga api dan sebagainya.

Kata gabungan

Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi

deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum

dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan

sebagainya.

2.3 Makna Ayat

Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung

dan makna tersirat.

Makna Tersurat

Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis

atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan.

Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa

tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.

Contohnya:

i. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai.

Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah “Para pelajar yang

dihormati”.

4

Page 5: 1.0pendhuluan + 2.0 definisi smn tik

Makna Terselindung

Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana

perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat di bawah:

ii. Adik ke kedai Pak Ali.

Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’.

Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau

pembaca atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi

masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran

pendengar atau pembaca,

Contoh lain adalah seperti berikut:

iii. Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami

Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan

Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur

dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

Makna Tersirat

Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau

diujarkan, misalnya dalam kiasan Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.

Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan

menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu

disebut sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang

tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk

bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan

dan bentuk simpulan bahasa.

5

Page 6: 1.0pendhuluan + 2.0 definisi smn tik

2.4 Peristilahan

Walaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah,

politik dan ekonomi Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan

memancarkan kepelbagaian corak pengayaan bahasanya. Ketiga-tiga negara itu juga

mempunyai kaedah tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa Melayu. Dalam

usaha menyatukan aspek kebahasaan, terutamanya dari segi peristilahan, Majlis

Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei

Darussalam-Indonesia-Malaysia atau MABBIM telah memainkan peranan untuk

mewujudkan satu bentuk ejaan dan istilah yang baku atau seragam sejak tahun 1972.

Pembakuan itu dilakukan untuk pengembangan dan pelestarian bahasa Melayu

sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai ilmu pengetahuan.

Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan

beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan

konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati oleh

sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai

komunikatif yang sesuai. Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana

mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. Melalui

istilah, sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan

kepada khalayak. Kedudukan istilah menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan

teknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan bersifat teknikal.

Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama

dengan bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri.

Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum

Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini

dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih

khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan

iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi oleh Wuster

6

Page 7: 1.0pendhuluan + 2.0 definisi smn tik

(1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara, iaitu

lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek.

Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa

Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam

bahasa itu. Hingga kini, DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah

dalam pelbagai bidang ilmu, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku.

Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk

memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa berteknologi tinggi dan

bertamadun melalui peristilahan. Akan tetapi semua usaha itu tidak memberi manfaat

jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak menghargai sumbangan

badan berkenaan, dan bersama-sama meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa

yang maju di rantau ini dan dunia umumnya. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan

Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan

konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen.

Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya

2.5 Tataistilah dan Tatanama

Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah, temasuk kumpulan istilah

yang dihasilkannya. Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan nama

dalam bidang ilmu, termasuk kumpulan nama yang dihasilkannya.

2.5.1 Tataistilah

Tata istilah (terminologi) adalah peringkat asas dan ketentuan pembentukan istilah

serta kumpulan istilah yang dihasilkannya. Ringkasnya tataistilah merupakan kumpulan

istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang

ada. Misalnya, tataistilah matematik bermakna kumpulan istilah matematik yang ada

telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu.

a) Contohnya darab, min, mod, graf dan sebagainya.

b) Contoh lain: Metabolisme, demokrasi, saham, persamaan.

7

Page 8: 1.0pendhuluan + 2.0 definisi smn tik

2.5.2 Tatanama

Tatanama (nomenklatur) adalah alat peraturan penamaan dalam bidang ilmu tertentu,

seperti kimia dan biologi, beserta kumpulan nama yang dihasilkannya. Ringkasnya,

tatanama ialah sistem mengenai pemberian dan penentuan pemakaian nama-nama

istilah dan sebagainya berdasarkan kaedah atau asas-asas tertentu seperti tatanama

kimia, biologi, fizik dan sebagainya.

Misalnya: Natrium klorida, nukleus, ribosom, karbon dioksida.

8