10.77-88 usulan ahamad, a. razak & anuar (1)

Upload: hassan84

Post on 10-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 10.77-88 Usulan Ahamad, A. Razak & Anuar (1)

    1/12

    Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 77

    PENILAIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM MATA PELAJARAN

    SEJARAH MENENGAH RENDAH TINGKATAN 2 DI SEKOLAH-SEKOLAHMENENGAH SEMENANJUNG MALAYSIA

    AHAMAD RAHIMABDUL RAZAQ AHMAD

    ANUAR AHMAD

    ABSTRAK

    USULAN PENYELIDIKAN: Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan

    pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah (SMR) Tingkatan 2 di sekolah-

    sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan Model

    Penilaian CIPP yang dilihat dari aspek input, proses dan produk sahaja. Penilaian

    input melihat dari aspek kurikulum sejarah, kemudahan prasarana dan sikap sertaminat guru. Penilaian proses melihat dari aspek pelaksanaan kurikulum,

    pemantauan kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran sejarah danpenglibatan pentadbir. Aspek produk pula akan melihat dari segi matlamat

    Pendidikan Sejarah iaitu semangat setia negara, jati diri sebagai warganegara

    Malaysia, memahami keadaan masyarakat, semangat perpaduan dan ingatan

    bersama terhadap peristiwa sejarah. Kajian ini akan dijalankan ke atas pelajar-pelajar Tingkatan 2 sekolah akademik di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

    (KPM). Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan Guru-

    Guru Sejarah. Sampel kajian ini terdiri daripada 1000 orang pelajar Tingkatan 2 dan

    100 orang guru sejarah. Manakala untuk data kualitatif pula seramai 12 orang gurusejarah akan terlibat sebagai responden kajian.

    ABSTRACT

    RESEARCH PROPOSAL: This study aimed to evaluate the effectiveness of the

    implementation of the Junior Secondary History Curriculum (SMR) of Form 2 in the

    secondary schools in Peninsular Malaysia. This study uses the CIPP Evaluation Model interms of inputs, processes and products only. Input evaluation to see history in terms of

    curriculum, facilities and attitudes and interests of teachers. Evaluation of the

    implementation process to see the curriculum, monitoring curriculum, teaching andlearning of history and the involvement of administrators. Aspects of the product willsee in terms of goals of Education History of the spirit of national loyalty, self-esteem as

    a citizen, to understand the community, the spirit of unity and common memory of

    historical events. The survey will be carried out on Form 2 students in academic

    schools under the Ministry of Education (MOE). The respondents were students in Form2 and the Teachers History. The study sample consisted of 1000 Grade 2 students and

    100 teachers of history. As for the qualitative data of 12 history teachers will

    participate as respondents.

  • 7/22/2019 10.77-88 Usulan Ahamad, A. Razak & Anuar (1)

    2/12

    78 Ahamad, Abdul Razaq & Anuar

    PENGENALAN

    Omar Hashim (1992) menjelaskan kurikulum Sejarah mula diperkenalkan di

    sekolah-sekolah aliran Inggeris pada tahun 1863 di peringkat Menengah Rendah.

    Kurikulum Sejarah ketika ini ditentukan oleh Universiti Cambridge, London. Walaubagaimanapun pada tahun 1891 buat pertama kalinya pelajar di Tanah Melayumengambil peperiksaan Sejarah dalam Cambridge Local Examinations. Di samping

    itu di sekolah-sekolah aliran melayu, kurikulum Sejarah diajar hanyalah dengan

    tujuan agar pelajar dapat memahami budaya melayu melalui pengalaman

    kesusasteraan khususnya berbentuk hikayat seperti Sejarah Melayu dan HikayatHang Tuah (Khoo Kay Kim 1992)

    Pihak British tidak menekankan kurikulum Sejarah tempatan kerana

    bimbang kedudukan politik dan ekonomi mereka akan tergugat (Suffean Husin

    1996). Pembelajaran Sejarah dibuat melalui hasil Kesusasteraan Melayu yang ditulis

    oleh R.J. Wilkinson. Justeru itu pada tahun 1918, mata pelajaran Tawarikh telahdiperkenalkan dalam kursus latihan perguruan di Maktab Perguruan Perempuan

    Melayu Melaka dengan tujuan untuk memenuhi keperluan guru-guru Sejarahterlatih untuk mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah-sekolah melayu. Hanya

    pada tahun 1930an barulah mata pelajaran Sejarah diajar di sekolah-sekolah aliran

    melayu. Walau bagaimanapun kaedah pengajaran dan pembelajaran Sejarah di bilik

    darjah lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti membaca dan menghafal fakta-faktayang terdapat dalam buku teks Sejarah sahaja.

    Walau bagaimanapun selepas Perang Dunia ke 2, kurikulum Sejarah

    mengalami perubahan dan mula memfokuskan kepada usaha mewujudkan

    perpaduan kaum. Namun begitu isi kandungan kurikulum Sejarah masih lagimengikat Sejarah Tanah Melayu dari persepsi barat. Pihak British masih

    menekankan isi kandungan kurikulum Sejarah ketika itu mengikut perspektif

    mereka. Kurikulum Sejarah dilihat lebih banyak menceritakan latar belakang

    masyarakat di Eropah atau pun sejarah negara England itu sendiri (Razaq dan Ramli2007).

    Pandangan ini disokong oleh Aini Hassan (2008) yang menjelaskan

    kurikulum ketika itu sangat dipengaruhi oleh kurikulum negara lain. Kurikulumsekolah aliran Inggeris, berpusatkan kepada kehidupan tokoh-tokoh agung Eropah

    dan England serta empayar British. Di sekolah vernakular Tamil pula kurikulumnya

    dipengaruhi dari India dan sekolah vernakular Cina kurikulumnya mirip negaraCina. Walau bagaimanapun di sekitar tahun 1950an, wujud desakan agar kurikulumSejarah ditulis mengikut kaca mata tempatan. Ini secara jelas dinyatakan oleh

    Aminudin Baki (1953) yang menggariskan dua prinsip asas yang harus wujud dalam

    kurikulum Sejarah di sekolah-sekolah di Tanah Melayu ketika itu;

    1. Penekanan pengajaran dan pembelajaran Sejarah harus diberi kepadasituasi di Malaya. Tumpuan perlu diberi kepada sejarah sosial dan ekonomi

    negara untuk menunjukkan wujudnya kebergantungan kepada budaya

    antara masyarakat berbilang kaum di Malaya.

  • 7/22/2019 10.77-88 Usulan Ahamad, A. Razak & Anuar (1)

    3/12

    Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 79

    2. Penekanan kepada Sejarah Malaya dalam konteks hubungannya dengannegara-negara serantau asia dan dunia. Ini bertujuan memberi kesedarankepada pelajar terhadap sumbangan negara terhadap peradaban dunia .

    Kemerdekaan negara pada tahun 1957, telah membawa perubahan kepadakurikulum yang sedia ada.. Hasil Laporan Rahman Talib pada tahun 1960,Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun semula sukatan pelajaran Sejarah

    Darjah 4 hingga ke Tingkatan 3. Hanya tahun 1967 buat pertama kalinya kurikulum

    Sejarah telah diajar menggunakan sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh

    Kementerian Pelajaran Malaysia.Dekad awal 1970an, beberapa cendekiawan, budayawan dan sejarawan

    tempatan mula melahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap kandungan

    kurikulum Sejarah yang dilihat lebih berpaksikan barat. Berikutannya beberapaKongres dan Forum dilaksanakan seperti Seminar Sejarah Malaysia 1 dan II yang

    diadakan pada tahun 1973 dan 1974 (Siti Zainun Mat 1988). Implikasinya wujudcadangan agar Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan kurikulum Sejarah

    yang lebih bersifat Malaysian Centric. Susulan dengan cadangan ini satu dokumenkurikulum yang bertajuk Sukatan Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah dan Sekolah

    Menengah Rendah (KPM, 1978) telah dihasilkan. Ini merupakan kurikulum Sejarah

    yang pertama yang dihasilkan dalam erti kata kurikulum yang sebenar dan mula

    dilaksanakan pada tahun 1978.Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983

    telah membawa dimensi baru kepada kurikulum Sejarah. Sejarah terus kekal diajar

    di sekolah-sekolah dan dijadikan mata pelajaran wajib dan dijadikan sebagai salah

    satu subjek teras dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) pada tahun 1989. Menerusi KBSM kandungan kurikulum Sejarah

    disampaikan sebagai satu kumpulan maklumat dan juga sebagai satu pendekatan

    terhadap ilmu (Kementerian Pendidikan Malaysia 1990).Walau bagaimanapun pada tahun 2000, kurikulum Sejarah kembali menjadi

    polemik dalam kalangan guru. Kurikulum Sejarah Dunia dilihat terlalu luas

    merangkumi jangka masa 6000 tahun. Manakala komponen Sejarah Malaysia pula

    banyak mengulang tajuk yang sama. Semakan terhadap kurikulum Sejarah telahdilakukan. Ianya lebih berbentuk penyesuaian (Aini Hassan 2008). Kira-kira 30%

    isi kandungan kurikulum Sejarah telah dibuang. Menerusi semakan ini, penekanan

    kurikulum lebih tertumpu kepada aspek kesepaduan elemen ilmu (kandungan),kemahiran (struktur disiplin sejarah: pemikiran Sejarah) dan penerapan nilaipatriotisme. Kesemua elemen ini berjalan serentak dalam pengajaran dan

    pembelajaran (KPM 2000).

    Kurikulum mata pelajaran Sejarah telah mengalami perubahan yang pesat

    sejak zaman penjajah sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Peranan dankepentingan Sejarah dalam memenuhi aspirasi dan hasrat negara tidak dapat

    dinafikan. Ini terbukti apabila mata pelajaran ini dijadikan mata pelajaran teras

    yang wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah menengah pada tahun 1989apabila KBSM dilaksanakan. Semakan kurikulum pada tahun 2000 telah memberi

    keutamaan kepada Sejarah tempatan yang ditulis dari perspektif penulis tempatan.

  • 7/22/2019 10.77-88 Usulan Ahamad, A. Razak & Anuar (1)

    4/12

    80 Ahamad, Abdul Razaq & Anuar

    OBJEKTIF KAJIAN

    Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaankurikulum mata pelajaran Sejarah Menengah Rendah (SMR) Tingkatan 2 di sekolah-

    sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Secara khususnya objektif kajian iniadalah untuk ;

    1. Mengenal pasti apakah perspektif guru terhadap input dari aspek kurikulumsejarah dalam pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah Tingkatan

    2.

    2. mengenalasti apakah perspektif guru terhadap input dari aspek kemudahanprasarana dalam pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah

    Tingkatan 2.

    3. Mengenal pasti apakah perspektif guru terhadap input dari aspek sikap dankemahiran guru dalam pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah

    Tingkatan 2.4. Mengenal pasti adakah wujud perbezaan perspektif guru terhadap input dariaspek kurikulum sejarah berdasarkan pengalaman kerja, lokasi sekolah,

    jenis sekolah dan opsyen guru dalam pelaksanaan kurikulum SejarahMenengah Rendah Tingkatan 2.

    5. mengenalpasti adakah wujud perbezaan perspektif guru terhadap input dariaspek kemudahan prasarana berdasarkan pengalaman kerja, lokasi sekolah,

    jenis sekolah dan opsyen guru dalam pelaksanaan kurikulum SejarahMenengah Rendah Tingkatan 2.

    6. Mengenal pasti adakah wujud perbezaan perspektif guru terhadap input dariaspek sikap dan kemahiran guru berdasarkan pengalaman kerja, lokasisekolah, jenis sekolah dan opsyen guru dalam pelaksanaan kurikulum

    Sejarah Menengah Rendah Tingkatan 2.

    7. Mengenal pasti adakah wujud hubungan di antara input dari aspekkurikulum sejarah, kemudahan prasarana dan sikap dan serta kemhiranguru dengan proses dari aspek pelaksanaan kurikulum, pemantauan

    kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran dan penglibatan pentadbir

    dalam pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah Tingkatan 2 dari

    perpsektif guru.8. Mengenal pasti apakah perspektif guru terhadap proses dari aspek

    pelaksanaan kurikulum, pemantauan kurikulum, proses pengajaran danpembelajaran dan penglibatan pentadbir dalam pelaksanaan kurikulum

    Sejarah Menengah Rendah Tingkatan 2.9. Mengenal pasti adakah wujud perbezaan perspektif guru terhadap proses

    dari aspek pelaksanaan kurikulum, pemantauan kurikulum, proses

    pengajaran dan pembelajaran dan penglibatan pentadbir berdasarkanjantina dan pengalaman kerja dalam pelaksanaan kurikulum Sejarah

    Menengah Rendah Tingkatan 2.

    10. mengenalpasti apakah perspektif pelajar terhadap proses dari aspek prosespengajaran dan pembelajaran dalam pelaksanaan kurikulum Sejarah

    Menengah Rendah Tingkatan 2.

  • 7/22/2019 10.77-88 Usulan Ahamad, A. Razak & Anuar (1)

    5/12

    Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 81

    11. Mengenal Pasti adakah wujud perbezaan perpsektif pelajar terhadap prosesdari aspek proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan jantina dankaum dalam pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah Tingkatan 2.

    12. Mengenal pasti apakah perspektif pelajar terhadap tahap keberkesananpelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah Tingkatan 2 berdasarkanproduk dari aspek aspek semangat setia negara, jati diri sebagai warganegara Malaysia, memahami keadaan masyarakat, semangat perpaduan dan

    ingatan bersama terhadap peristiwa sejarah.

    13. Mengenal pasti sejauhmanakah sumbangan input dari aspek kurikulumsejarah dan kemudahan prasarana terhadap proses dari aspek pelaksanaankurikulum, pemantauan kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran

    dan penglibatan pentadbir dalam pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah

    Rendah Tingkatan 2 sekolah-sekolah menengah di Semenanjung Malaysia

    dari perspektif guru.

    14. Mengenal pasti sejauhmanakah sumbangan proses dari aspek prosespengajaran dan pembelajaran terhadap produk dari aspek semangat setia

    negara, jati diri sebagai warga negara Malaysia, memahami keadaanmasyarakat, semangat perpaduan dan ingatan bersama terhadap peristiwa

    sejarah dalam pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah Tingkatan

    2 dari perspektif pelajar.

    15. Mengenal pasti apakah masalah-masalah dan cadangan untuk mengatasimasalah tersebut dalam pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah

    Tingkatan 2.

    KERANGKA KOPNSEPTUAL

    Kajian ini berbentuk penilaian terhadap keberkesanan pelaksanaan kurikulum

    Sejarah Menengah Rendah (SMR) Tingkatan 2 di sekolah-sekolah menengah di

    Semenanjung Malaysia. Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada adaptasi dariModel CIPP yang dibina oleh Daniel Stufflebeam et.al. (1971). Penggunaan model

    penilaian CIPP ini juga selaras dengan operasional penilaian yang digunapakai

    berdasarkan Stufflebeam et.al. (1971) iaitu penilaian merupakan satu prosesmenggambar, mengumpul dan menyediakan maklumat yang berguna mengenai nilai

    dan potensi sesuatu objek, agar maklumat tersebut dapat membantu dalam

    membuat keputusan dan meningkatkan kefahaman mengenainya.Pengkaji hanya memfokuskan kepada tiga daripada empat komponen

    penilaian dalam Model Penilaian CIPP oleh Stufflebeam et.al. (1971) iaitu dari aspek

    penilaian input, penilaian proses dan penilaian produk. Responden yang terlibat

    adalah guru-guru sejarah dan pelajar-pelajar Tingkatan 2 dari sekolah-sekolah di 4

    buah zon di Semenanjung Malaysia. Komponen input dalam kajian ini terdiridaripada kurikulum Sejarah Menengah Rendah (SMR) Tingkatan 2 (PPK 2002),

    kemudahan prasarana dan sikap serta kemahiran guru sejarah.. Kurikulum Sejarah

    yang menjadi fokus dalam kajian ini ialah kurikulum yang dikeluarkan oleh

    Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2002).

    Kompenen proses terdiri daripada pelaksanaan kurikulum, proses pengajaran dan

  • 7/22/2019 10.77-88 Usulan Ahamad, A. Razak & Anuar (1)

    6/12

    82 Ahamad, Abdul Razaq & Anuar

    pembelajaran, pemantauan kurikulum dan pengalibatan pentadbir. Aspek produk

    pula terdiri daripada matlamat kurikulum sejarah.

    RAJAH 1.2 : Kerangka Konsep Kajian. Adaptasi daripada Model CIPP

    Oleh D.L. Stufflebeam et.al. (1971) dan Mohamad Husin (2006).

    1. KurikulumSejaraha.objektifb.kandungan

    c.kaedahpenyampaiand.penilaian

    2. KemudahanPrasaranaa.BBM danBahan Bahan

    Sokongan

    3. Sikap dankemahiran

    guru sejarah

    1.Semangat setia negara

    2.Jati diri sebagaiwarganegara Malaysia

    2. Memahami keadaanmasyarakat dan negara

    4. mewujudkansemangat perpaduan dan

    kekitaan

    5. Ingatan bersamaterhadap peristiwa

    sejarah

    1. PelaksanaanKurikulum

    a.Perancangan

    Pengajaran &

    Pembelajaranb.Penilaian

    c. Peranan Panitia

    Sejarah

    2. PemantauanKurikulum

    a.Pencerapan

    Berkala

    b.Pencerapan Guru

    Kanan

    c.Pencerapan Buku

    Latihan

    d.Pencerapan JPN &

    Nazir Negeri

    3. Proses Pengajarandan Pembelajaran

    Sejarah

    a.Kerja Kursus

    b.BBM

    c.Strategi & Kaedah

    & Teknik

    4. Penglibatan Pentadbir

    Penambahbaikan Kurikulum Sejarah

    Input Produk(MatlamatPendidikan

    Sejarah)

    Proses

    Pelaksanaan

    Kurikulum

  • 7/22/2019 10.77-88 Usulan Ahamad, A. Razak & Anuar (1)

    7/12

    Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 83

    KAJIAN KEPUSTAKAAN

    Model-Model Penilaian

    Model adalah gambaran konseptual yang dapat menjelaskan hubungan antara

    aktiviti dengan elemen-elemen lain yang berkaitan (Razali, 1987). Menurut Worthendan Sanders (1973); Borg dan Gall (1983); Madaus et.al (1983); Smith dan Glass((1987), terdapat pelbagai model yang boleh digunakan sebagai panduan dalam

    penilaian sesuatu program. Proses untuk menentukan model yang digunakan dalam

    membuat penilaian adalah satu proses yang rumit, model penilaian yang baik adalah

    model yang bersesuaian dengan kehendak penilai, matlamat dan tujuan penilaian itudijalankan. Namun hakikatnya tidak wujud satu model penilaian yang benar-benar

    tepat untuk setiap masalah (Schuman, 1967). Model yang dipilih biasanya

    disesuaikan dengan tujuan penilaian dan berkait rapat dengan soalan, organisasi

    dan fokus kajian.

    Ornstein dan Hunkins (1998) menjelaskan terdapat lapan model penilaianyang boleh digunakan dalam membuat penilaian terhadap sesuatu program atau

    kurikulum, termasuk bidang pendidikan. Dalam kajian ini pengkaji menghuraikanenam model penilaian yang dilihat relevan dengan kajian ini iaitu;

    1. Model Penilaian objective-orientedoleh Tyler (1950)2. Model Penilaian Responsif oleh Robert Stake (1975)3. Model Penilaian Matlamat Bebas oleh Scriven (1972)4. Model Penilaian Illuminatif oleh Parlett dan Hamilton (1972)5. Model Penilaian Ketidaksamaan / Discrepancyoleh Malcum Provus (1969)6. Model Penilaian CIPP oleh Daniel Stufflebeam (1971)Model Penilaian objective-oriented.Model penilaian objective-orienteddiasaskanoleh Tyler pada tahun 1950. Menurut

    Anglin (1995), model ini juga sering dikenali sebagai model pencapaian matlamat

    (Goal Attainment Model). Model ini berasaskan kepada keselarasan antara objektif

    pengajaran dan perubahan tingkahlaku pelajar (outcome). Model ini sering memberipenekanan terhadap produktiviti dan akauntabiliti dalam sesuatu aktiviti. Model ini

    juga sering digunakan untuk mengukur pencapaian dan kemajuan seseorang pelajar.

    Pendekatan yang dicadangkan oleh Tyler (1950) ialah mengenalpasti apakah tujuan

    atau matlamat pengajaran. Matlamat atau tujuan diterjemahkan kepada objektifkhusus yang berbentuk tingkah laku. Jika objektifnya tercapai, maka proses

    pengajaran itu telah menunjukkan kejayaan dan jika objektifnya tidak dapat dicapai

    sepenuhnya, barmakna terdapat kelemahan di peringkat pelaksanaan atau punobjektif yang dipilih itu tidak sesuai dengan tahap pelajar.

    Model Penilaian Responsif

    Model ini dikemukakan oleh Robert Stake (1975). Beliau mendefinisikan penilaiansebagai perbandingan antara apa yang diperhatikan atau dilaksanakan dengan

    piawai yang ditetapkan. Baginya untuk membuat penilaian, penilai perlu memahami

    program yang dilaksanakan melalui temubual dengan mereka yang terlibat. Melalui

  • 7/22/2019 10.77-88 Usulan Ahamad, A. Razak & Anuar (1)

    8/12

    84 Ahamad, Abdul Razaq & Anuar

    temubual penilai dapat mengenalpasti isu yang wujud dan menjadikan isu tersebut

    sebagai asas untuk rancangan pemungutan data. Stakes (1975), telah menggariskanpendekatan responsif lebih ke arah aktiviti program dari tujuan (intent) program.

    Model ini mempunyai hubungan dengan orang ramai untuk mendapatkan maklumat

    dan perbezaan perspektif nilai di kalangan orang ramai menjadi ukuran dalammelaporkan kejayaan dan kegagalan sesuatu program. Menurut model ini, penilaimembuat perancangan pemerhatian serta mengatur orang untuk memerhatikan

    perjalanan program tersebut. Seterusnya penilai akan menyediakan carta,

    penggambaran, tujuan dapatan membuat graf dan sebagainya. Namun, penilai juga

    akan menilai kualiti dan mengumpulkan semua maklumat yang bernilai daripadaorang yang membantu penilai. Tugas penilai adalah membuat kenyataan yang

    komprehensif mengenai apa yang ingin dicapai oleh sesuatu program dan menilai

    sejauhmana kepuasan atau ketidakpuasan kumpulan pelanggan terhadap program

    yang dijalankan. Penilai akan menyusun dan menganalisis pandangan yang dinilai

    yang berkaitan dengan program.

    Model Penilaian Matlamat Bebas (Free-Goal Evaluat ion)Model Penilaian Matlamat Bebas (Free-Goal Evaluation) ini diperkenalkan oleh

    Scriven (1972). Model ini lebih menekankan kepada cara bagaimana hendak

    mengurangkan prasangka (bias) dengan tidak memaklumkan kepada penilai

    program itu. Penilai mesti berada dan menghadiri sesuatu program dan menyelidikkesemua hasilnya. Model ini menganggap pengguna sebagai audien utama. Melalui

    model ini, beliau mahu penilai mengukur kesan yang didapati daripada sesuatu

    program berbanding dengan keperluan pengguna dan tidak membandingkannya

    dengan matlamat pihak penganjur. Penilaian model ini lebih berbentuk sumatif danmelibatkan proses; (1) mengumpul segala data yang berkaitan dengan set dan latar

    pengajaran, (2) mendapatkan keesahan terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan,

    (3) mendefinisikan keperluan dan bahan bantu pengajaran dan (4) menilai natijah

    dan impak persediaan terhadap mutu pengajaran.

    Model Penilaian Illuminatif

    Model ini telah diperkenalkan oleh Parlett dan Hamilton (1972). Model inimemperkenalkan konsep penilaian penerangan (illuminatif) iaitu untuk mengkaji

    program inovasi, melihat cara bagaimana ia dijalankan, cara ia dipengaruhi oleh

    berbagai-bagai situasi pendidikan apabila diaplikasikan dan kesannya terhadappengalaman akademik dan hasil tugasan murid. Penilaian jenis inimemperhitungkan interaksi di antara sistem pengajaran dan situasi persekitaran

    pembelajaran. Model penilaian ini lebih peka terhadap keperluan, minat dan soalan

    daripada pembaca yang berlainan. Hasil daripada proses pembelajaran adalah

    berusaha untuk memahami penyusunan keseluruhan sistem secara teratur.Matlamatnya adalah untuk meningkatkan pemahaman atau penerangan tentang

    program, pengarahan kepada pembaharuan, atau sekolah sebagai satu sistem

    perkerjaan sepertimana yang terkandung dalam lingkungan yang ditetapkan. Maka

    tugas penilai adalah menyelesaikan masalah yang rumit, mengenalpasti sebab dan

  • 7/22/2019 10.77-88 Usulan Ahamad, A. Razak & Anuar (1)

    9/12

    Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 85

    kesan, dan memahami kaitan antara kepercayaan dan latihan dengan cara

    pelaksanaan dan maklum balas daripada individu.

    Model Ketidaksamaan (Discrepancy)

    Model ini direkabantuk oleh Malcum Provus (1969) yang digunakan dengan meluasdalam penilaian program akademik untuk menyelesaikan masalah danmengembalikan tindakan pembetulan. Menurut Malcum Provus (1969), definisi

    discrepancy ialah pengukuran antara piawaian yang ditetapkan dengan apa yang

    berlaku sebenarnya. Kalau sesuatu program tidak mencapai piawaian yang

    ditetapkan maka terdapat perbezaan. (The measure of the difference between astandard and what is or has actually happened is a discrepancy. If a project activity

    does not meet standards, the there is a discrepancy). Model ini lebih menekankan

    proses pengurusan maklumat secara berterusan iaitu mementingkan kemajuan

    program dan begitu juga pencapaian program (Provus, 1969). Maklumat dikumpul

    berorientasikan kuantitatif dan diserahkan kepada pihak pembuat keputusan.Provus (1969) mendefinisikan penilaian sebagai proses membuat persetujuan

    samada ketidaksamaan wujud antara beberapa aspek program dengan piawai yangmenguasai ketidaksamaan seterusnya membuat keputusan untuk mengekal atau

    menghentikan program. Terdapat beberapa tingkat penilaian dalam model penilaian

    ketidaksamaan.

    Model Penilaian CIPP (Cont ext , Input , Pr ocess dan Pr oduct)

    Stufflebeam & Shinkfield (1985) telah memperkemaskan dan memperbaiki takrifan

    penilaian yang lebih formal iaitu proses menggambarkan, memperolehi dan

    mengaplikasi maklumat deskriptif dan penghakiman, berkaitan merit sesetengahobjek seperti yang diperlihatkan oleh tujuan, reka bentuk, implementasi dan

    keputusan untuk tujuan membuat keputusan dan akauntabiliti dan menggalakkan

    pemahaman terhadap fenomena terlibat.

    Takrifan ini menjelaskan model ini mentakrifkan penilaian kepada tigatujuan iaitu (i) sebagai panduan untuk membuat keputusan, (ii) dan memberikan

    rekod dan akauntabiliti (iii) mempertingkatkan pemahaman kepada fenomena

    terlibat. Menurut Stufflebeam dan Shinkfield (1985), penilaian tidak bolehdigambarkan sebagai satu acara tetapi sebagai satu proses dan menjelaskan bahawa

    prose situ melibatkan tiga langkah utama iaitu, untuk menggambarkan,

    memperolehi dan menyediakan maklumat. Konsep penilaian yang dikemukakanialah bahawa penilaian seharusnya menjadi sains pengumpulam maklumat untukmembuat keputusan. Mengikut pendekatan ini, penilaian terhadap sesuatu program

    pendidikan berkaitan dengan menilai (i) merit matlamat, (ii) kualiti

    perancangannya, (iii) setakat mana perancangan itu dilaksanakan dan (iv) menilai

    hasilnya. Pendekatan ini jelas memberi penekanan bahawa penilaian sepatutnyadigunakan secara proaktif untuk penambahbaikan sesuatu program dan juga secara

    retroaktif iaitu bertujuan menyumbang kepada akauntabiliti (Stufflebeam et.al.

    1971). Stufflebeam et.al. (1971) menyatakan bahawa terdapat empat aspek

    penilaian yang terdiri daripada penilaian konteks, penilaian input, penilaian proses

    dan penilaian produk.

  • 7/22/2019 10.77-88 Usulan Ahamad, A. Razak & Anuar (1)

    10/12

    86 Ahamad, Abdul Razaq & Anuar

    METODOLOGI

    Reka Bentuk Kajian

    Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan.

    Menurut Kerlinger (1973), Thomas & Nelson (2001), Fraenkel & Wallen (2006)kaedah tinjauan adalah sesuai mengukur pandaangan responden terhadap sesuatuisu atau topik, pencapaian matlamat sesuatu program serta sikap dan tingkah laku

    responden. Selain itu kaedah tinjauan juga merupakan satu kaedah yang dapat

    mengumpul data asli dengan cepat dan melibatkan responden yang ramai menerusi

    teknik persampelan (Babbie 2007). Dalam kajian ini juga, kaedah kualitatif turutdigunakan agar data yanbg diperolehi lebih bermakna dan terperinci (Wiersma

    1990). Kajian penilaian keberkesanan pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah

    Rendah Tingkatan 2 di sekolah-sekolah menengah Semenanjung Malaysia ini

    menggunakan sebahagian daripada model CIPP oleh Stufflebeam et.al. (1971) iaitu

    dari aspek penilaian input, proses dan produk. Kajian ini menggunakan instrumensoal selidik dan temubual berstruktur yang akan ditadbir oleh pengkaji sendiri.

    Sampel Kajian

    Sampel kajian adalah melibatkan 1000 orang pelajar Tingkatan 2 dan 100 orang

    guru sejarah dari sekolah-sekolah akademik di bawah Kementerian Pelajaran

    Malaysia (KPM) yang mengambil mata pelajaran ini di Semenanjung Malaysia.Sampel kajian dipilih mengikut zon yang akan dibahagikan kepada empat zon iaitu

    Zon Utara (Kedah, Perlis dan Pulau Pinang), Zon Tengah (Selangor dan Perak), Zon

    Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) dan Zon Timur (Kelantan, Terengganu

    dan Pahang). Di samping itu seramai 12 orang guru sejarah yang berpengalamanmelebihi 10 tahun turut dipilih untuk temubual berstruktur bagi data kualitatif

    melaluipurposive sampling.

    Instrumen KajianKajian ini menggunakan instrumen soal selidik sebagai instrumen utama untuk

    mengumpul data kuantitatif dan protokol temubual bagi bagi mengumpul maklumat

    data kualitatif. Sebanyak dua set soal selidik digunakan iaitu Set A untuk di jawaboleh pelajar dan Set B untuk dijawab oleh guru.

    Penganalisisan DataData yang diperoleh akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensiberdasarkan persoalan kajian. Data dari soal selidik juga akan diproses

    menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) Versi 12.0.

    Kaedah statistik Korelasi Pearson, MANOVA dan Regreasi Berganda digunakan.

    Manakala data temubual akan ditranskripsi dan dianalisis secara manual.

  • 7/22/2019 10.77-88 Usulan Ahamad, A. Razak & Anuar (1)

    11/12

    Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 87

    RUJUKAN

    Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Pendidikan Sejarah, falsafah, teori dan amalan,

    Utusan publications & distributions sdn. bhd. Kuala Lumpur.

    Abdul Razaq Ahmad, Ahmad Ali Seman dan Letchumanar a/l Narayanasamy. (2009).Keberkesanan penggunaan animasi statik berdialog dalam pembelajaranSejarah. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Serantau ke 4, 2009. Fakulti

    Pendidikan. UKM. Bangi.

    Abdul Razaq Ahmad dan Ramli Saadon. (2007). Peranan kurikulum Pendidikan

    Sejarah yang berorientasikan Malaysia dalam membina identiti bangsadalam Pendidikan Sejarah & historiografi nasional-sentrik konteks Malaysia,

    Indonesia dan Brunai Darussalam. Historia Utama Press. Bandung.

    Aini Hassan dan Siti Hawa Abdullah. (2008). Sejarah perkembangan kurikulum

    Sejarah di Malaysia dalam Perjuangan memperkasakan pendidikan di

    Malaysia; pengalaman 50 tahun merdeka.oleh Nik Azis Nik Pa dan NorainiIdris. 2008. Utusan publications and distributors sdn bhd.

    Hazril Jamil (2003), Teknik mengajar Sejarah, Pahang: PTS publications &distributors sdn. bhd.

    Herod, L. (2000). Integrating technology into Canadian adult literacy programs:

    Curriculum evaluations.

    http://www.nald.ca/fulltext/herod/april/april.pdf(2 Mac 2002)Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah.

    Satu penilaian. Tesis Dr. Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Laporan Penilaian Menengah Rendah 2008.

    Analisis Prestasi Mata Pelajaran Peringkat Nasional. Putrajaya.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Kurikulum bersepadu sekolah menengah.

    Sukatan pelajaran Sejarah 2000. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala

    Lumpur.

    Mohamad Husin Mohd Yusof. (2006). Penilaian terhadap perancangan danpelaksanaan program kontekstual di sekolah-sekolah teknik di Malaysia. Thesi

    PhD. UKM. Bangi.

    Norrizan Seman. (2003). Perkembangan pendidikan Sejarah Semenanjung 1874-2002. Thesis Sarjana.

    Olive, E. (2000). Curriculum development and evaluation. (Atas talian).

    http://www.scis.nova.edu/-rendulic/dcte747/CIPP .model.htm.Ornstein, A,C. & Hunkins, F.P. (1998). Curriculum: foundations, principles and issues.

    New Jersey: Prentice-Hall

    Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah;

    Tingkatan 1,2 dan 3, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, (2002a). Huraian Sukatan Pelajaran KBSM, SejarahTingkatan 1,2, dan 3. Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002b). Kurikulum Sejarah. Kementerian

    Pelajaran Malaysia.

    Roslan Baki. (2002). Interaksi Lisan dalam pengajaran penulisan lisan bahasa Melayu

    daripada perspektif guru. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

  • 7/22/2019 10.77-88 Usulan Ahamad, A. Razak & Anuar (1)

    12/12

    88 Ahamad, Abdul Razaq & Anuar

    Rudzi Munap. (2003). Penilaian program kesetiausahaan eksekutif di Universiti

    Teknologi Mara. Thesis Dr. Falsafah. UKM. Bangi.Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya:Pearson

    Prectice Hall (Malaysia).

    Saedah Siraj. (2001). Perkembangan kurikulum: teori dan amalan. (Cetakan ke 2).Alam Pintar, Selangor.

    Sharifah Maimunah Syed Zin & Lewin, K.M. (1991). Curriculum Development in

    Malaysia, dlm March, C. & Morris,P. Curriculum development in East Asia, UK:

    The Falmer Press.

    Siti Zainun Mat. (1988). Pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah di semenanjungMalaysia 1948- 1970an: satu tinjauan. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Universiti

    Kebangsaan Malaysia, Bangi.

    Stufflebeam. D.L. & Shinkfield. A.J. (1985). Systematic evaluation: a self-instructional

    guide to theory and practice. Nijhoff Publishing. Boston.

    Stufflebeam. D.L. (1971). The relevance of CIPP evaluation model for educationalaccountability. Journal of research and development in education 5(1): 19-25

    Stufflebeam. D.L., Foley, W.J., Gephart, W.J., Guba, E.G. Hammond, R.L. Marriman, H.O.& Provus, M.M. (Phi Delta Kappa National Study Committee on Evaluation).

    (1971). Educational evaluation and decision-making in evaluation. Hasca IL:

    Peacock.

    Stufflebeam. D. L. (2003). The CIPP model for evaluation. Presented at the 2003Annual Conference of the Oregon Program Evaluators Network (OPEN).

    Portland, Oregon. 10/03/2003