hbsc1103 ( anuar kassim )

25
FAKULTI : PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : 2 SMP PPG NOVEMBER 2012 KOD KURSUS : HBSC1103 TAJUK KURSUS : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS NAMA : ANUAR KASSIM NO. MATRIKULASI : 831231125998001 NO. KAD PENGENALAN : 831231-12-5998 NO. TELEFON : 019-8914488 E-MEL : [email protected] NAMA TUTOR : ANNE JANE NICHOLAS PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTER 1

Upload: bery-jo

Post on 07-Nov-2015

277 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

831211125995001 (HBSC1103)

FAKULTI : PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : 2 SMP PPG NOVEMBER 2012

KOD KURSUS : HBSC1103TAJUK KURSUS : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINSNAMA

: ANUAR KASSIMNO. MATRIKULASI

: 831231125998001

NO. KAD PENGENALAN: 831231-12-5998NO. TELEFON

: 019-8914488E-MEL

: [email protected] TUTOR :ANNE JANE NICHOLAS PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTER

ISI KANDUNGAN BIL PERKARAMUKA SURAT

11.1 pengenalan3

22.0 PERBEZAAN TEORI BEHAVIORIS DAN TEORI KOGNITIF4/5

33.0 RANCANGAN PENGAJARAN 6/9

41.0 PERPESPI MURID TERHADAP MATAPELAJARAN.10/12

55.0 REFLEKSI13/14

66.0 Kesimpulan15

77.0 rujukan16

1.0 PENGENALAN

Teori pembelajaran merupakan prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli psikologi pendidikan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga teori utama iaitu teori pembelajaran behaviorisme, sosial dan kognitif. Idea-idea yang dibawa oleh tokoh-tokoh yang mempelopori setiap teori adalah berbeza. Namun begitu hanya dua sahaja teori yang sering kali digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah teori behavioris dan teori kognitif.

Teori pembelajaran behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.Teori pembelajaran kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.2.0 PERBEZAAN TEORI BEHAVIORIS DAN TEORI KOGNITIF

Teori pembelajaran behavioris dan teori pembelajaran kognitif ini kerap digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun kedua-dua teori ini mempunyai perbezaan yang tertentu. Antara perbezaannya adalah seperti jadual di bawah ini.

AspekTeori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran kognitif

Teori/Prinsip Pembelajaran Pembelajaran berlaku hasil daripada tingkalaku yang dapat diperhatikan dalam diri murid dan pengaruhnya terhadap perubahan tersebut. Pembelajaran merupakan satu proses luaran.

Pembelajran merupakan hasil daripada interaksi seseorang. Pembelajaran adalah satu proses mental atau proses dalaman yang melibatkan idea dan perubahan maklumat iaitu input-pemprosesan maklumat-output

Pemerolehan Proses pengulangan membentuk satu kebiasaan atau tabiat.

Matlamat ditentukan terlebih dahulu.

Pembelajaran Cuma mengikut apa yang dirancang untuk mereka.

Pembelajran tidak fleksibel dalam membuat penyesuaian. Pembelajaran berlaku berdasarkan pelajar mempunyai pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru dan ada motif dan insiatif untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Organisma menyedari alam sekelilingnya dan fleksibel dalam membuat penyelasaian.

Tumpuan Tertumpu kepada proses pembentukan tingkalaku murid. Tertumpu kepada kemahiran atau gerakbalas dan sedikit tumpuan terhadap individu. Menekankan kepada proses mental iaitu penyelasaian masalah, ingatan, bahasa dan kreativiti.

Motivasi Memberi peneguhan kepada pelajar adalah sangat penting. Ekstrinsik Input idea-idea dan maklumat baru membawa ke konflik kognitif dan keinginan mencapai equilibrasi kognitif. Intrinsik

Persekitaran Penting dalam perubahan tingkalaku. Mengarahkan tingkah laku Persekitaran adalah penting tetapi kawalan tidak ke tahap seperti behaviorisme.

Pengukuhan Memberikan ganjaran kepada pelajar apabila mereka memberi tindak balas yang betul.

Pengalaman adalah penting untuk proses pembelajaran. Menggunakan bahan bantu mengajar untuk menarik minat murid dalam kelas. Perkembangan struktur kognitif, skema dan cara-cara untuk mempertingkatkan ingatan.

Pembelajaran yang bermakna.

Asimilasi dan akomondosi.

Bilik darjah Objektif tingkah laku adalah spesifik, diskret dan bertumpukan individu (bukan kumpulan).

Pengajaran terancang yang bersifat perpskriptif dan diagnostic.

Bahan pengajaran dibentuk mengikut kadar kebolehan individu.

Pembelajaran mengikut langkah demi langkah.

Tertumpu kepada pengajaran dan kurikulum. Persembahan maklumat, data dan idea secara sistematik.

Idea dan maklumat merupakan sumber motivasi untuk belajar dan bukan untuk digunakan sebagai bahan pengukuhan.

Persembahan dilakukan secara induktif dan deduktif.

Berpusatkan murid (guru sebagai Fasilitator).

4.0 RANCANGAN PENGAJARAN Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, saya telah memilih salah satu topik dalam sukatan pelajaran sains Tahun 4 seperti dibawah. Topik tersebut adalah menyiasat alam kehidupan dan topik kecilnya ialah memahami haiwan memerlukan keperluan asas. Tahun : 4 Podos

Masa/Waktu : 60 minit/08.20-09.20

Tema : Menyiasat Alam KehidupanBidang Pembelajaran : Hidupan memerlukan keperluan asasObjektif Pembelajaran : Memahami bahawa haiwan memerlukan keperluan asasHasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :i. Mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

ii. Memberikan sebab haiwan memerlukan makanan, air, udara dan

tempat berlindung.

Pendekatan P&P : Pendekatan 5 fasa needhamKaedah : Mengeksperimen KPS : Berkomunikasi, Meramal, Membuat Inferens, mengeksperimen,

membuat hipotesis, mengawal pemboleh ubah.KMS : Mengguna dan mengendalikan bahan dan peralatan sains,

mengendalikan spesimen hidup dengan betul.

BBM : Bekas, kasa dawai, kadbod, belalang, air, daun, pita pelekat,

akuarium, ikan, tumbuhan air.

Fasa PengajaranIsi Kandungan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajarancatatan

Orientasi( 5minit)Menyatakan haiwan peliharaan murid.Guru bersoal- jawab :1. Siapakah yang memelihara haiwan di rumah?

2. Apakah nama haiwan kesayangan kamu?

3. Bagaimana kamu menjaga haiwan kesayangan kamu?

Pencetusan Idea

(15 minit )Keperluan asas haiwan Berdasarkan soalan-soalan tersebut, guru mengaitkan dengan keperluan asas haiwan.

Contoh :

Udara, air, makanan dan tempat perlindungan.

Soal-jawab :

1. Mengapakah kamu memberikan haiwan peliharaan kamu makanan?

2. Mengapakah kamu memberikan haiwan kamu air?

3. Mengapakah kamu menyediakan haiwan peliharaan kamu tempat berlindung?

4. Apakah akan berlaku jika haiwan peliharaan kamu tidak mendapat udara, air, makanan, dan tempat berlindung ? KPS : 1. Berkomuniksi

2. Meramal

3. Membuat inferens

KBKK :

1. Menghubungkaitkan

2. Mencirikan

3. Membuat inferens

Nilai Murni :

1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain dan alam sekeliling.

Tahap kognitif :

1. Pengetahuan

2. Kefahaman

Penstrukturan Semula Idea( 25 minit )Mengenal pasti keperluan asas haiwan :1. Udara

2. Air

3. Makanan

4. Tempat perlindunganGuru memberikan arahan kepada kaedah menjalakan eksperimen :1. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji keperluan asas haiwan iaitu air, udara dan makanan.

a. Murid memasukan haiwan kecil seperti belalang ke dalam empat buah bekas.Stesen 1 : Bekas A :Mengandungi makanan kering dan ditutupi dengan jarring.

Stesen 2 :

Bekas B :

Mengandungi air tanpa makanan kering dan ditutupi dengan jarring.

Stesen 3 : Bekas C :

Mengandungi air dan makanan dan ditutupi rapat supaya udara tidak boleh masuk.

Stesen 4 :

Bekas D :

Mengandungi air, Makanan dan ditutupi dengan jarring.

2. Murid diminta membina hipotesis menentukan pemboleh ubah, membuat pemerhatian serta cadangan dan akhirnya membuat kesimpulan tentang apa yang didapati daripada eksperimen yang di jalankan. (murid menulis dalam lembaran kerja yang disediakan :

a. Lembaran kerja

b. Borang pemerhatian KPS :1. Mengeksperimen

2. Mengawal pemboleh ubah

3. Membuat pemerhatian

KBKK :

1. Membanding dan membeza keperluan asas hidupan.

2. Menghubungkait

3. Menjana idea

4. Membina hipotesis

Nilai murni :1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain dan alam sekeliling.

3. Baik hati dan penyayang.

4. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan tuhan.

Borang pemerhatian

Lembaran kerja

Aplikasi Idea( 10 Minit )Mengenalpasti keperluan asas haiwan :2. Udara

3. Air

4. Makanan

5. Tempat berlindung.Projek memelihara ikan secara berkumpulan 1. Murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti :

a. Akuarium

b. Pam udara

c. Ikan

d. Makanan

e. Tumbuhan air

f. Air bersihNilai murni :

Menyayangi haiwan

Berkerjasama Tahap Kognitif :

Pengetahuan

Aplikasi

Refleksi ( 5 Minit)Peta minda berkaitan dengan keperluan asas haiwan Guru meminda murid melengkapkan peta minda berdasarkan pelajaran hari ini

Tahap Kognitif : Pengetahuan

Kefahaman

Borang pemerhatian

BekasHari pertamaHari keduaHari ketigaHari kempatHari kelimaCatatan

A

B

C

D

Lembaran kerja

Kumpulan : ..................................................................................

Nama Ahli : ..................................................................................

..................................................................................

..................................................................................

..................................................................................

..................................................................................

Arahan : Jawab semua soalan

Tujuan : Menyiasat keperluan asas haiwan.

1. Bina satu hipotesis berdasarkan eksperimen yang akan dijalankan.

................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................ Nyatakan pemboleh ubah yang boleh dikenalpasti dalam eksperimen ini.

i. Pemboleh ubah yang dimanipulasi (diubah-ubah)

....................................................................................................................................................................................................................................................................................

ii. Pemboleh ubah yang bergerak balas (berubah)

....................................................................................................................................................................................................................................................................................

iii. Pemboleh ubah yang dimalarkan (ditetapkan)

....................................................................................................................................................................................................................................................................................5.0 PERPESPI MURID TERHADAP MATAPELAJARAN.

Persepsi merujuk kepada gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran. Menurut (Slavin, 1997) persepsi bermaksud seseorng membuat interpretasi atau member makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya. Ia juga membawa maksud pandangan atau tanggapan (Kamus Dewan, 2002). Pada konteks pengajaran dan pembelajaran, persepsi merujuk kepada pandangan atau pemahaman murid terhadap matapelajaran yang di ajar. Dalam kajian ini, saya telah melaksanakan satu pengajaran dalam salah satu kelas yang saya ajar. Iaitu tahun 4 podos dan subjek tersebut adalah matapelajaran sains. Untuk mengetahui perpespsi murid terhadap matapelajaran yang di ajar saya telah mengunakan dua cara, soal selidik dan temubual berstruktur. Berikut adalah instrumen soal selidik dan dialog temu bual yang saya laksanakan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran tamat.

Teks temubual berstruktur :

Instrumen soal selidik :

Hasil keputusan daripada kedua-dua instrumen yang saya jalankan, dapati bahawa murid memberikan persepsi yang positif terhadap pelajaran yang akan laksanakan. Daripada instrumen tersebut, murid menunjukkan minat untuk mengetahui isi kandungan pembelajaran. Hasil tersebut diperkukuhkan lagi dengan purata soal selidik murid yang agak tinggi iaitu skala 4 dan 5. Ini Dalam masa yang sama, murid amat tertarik dengan bahan bantu mengajar yang saya sediakan. Murid tahu bahawa mereka akan menjalankan eksperimen pada hari tersebut. Dengan itu, perasaan ingin tahu mereka semakin meningkat. Daripada hasil soal selidik itu, majoriti murid dapat malakukan eksperimen dengan jayanya kerana guru memberikan arahan-arahan yang jelas dan teratur. Dalam masa yang sama, borang laporan eksperimen juga di sediakan, manakala lembaran kerja yang diberikan juga mudah untuk di jawap kerana terdapat petunjuk di berikan. Daripada pemerhatian dan temu bual yang di jalankan, murid dapat menjalankan eksperimen dengan lebih menyeronokan.

Dengan ini saya mentafsirkan bahawa kesemua murid dalam kelas ini memahami isi kandungan pengajaran hasil daripada temu bual yang saya lakukan. Ini dapat saya perhatikan pada langkah aplikasi idea, di mana murid dapat mengapliksi semula eksperimen yang mereka lakuakan. Ini menandakan mereka tahu, faham topik yang diajar. 5.0 REFLEKSI

Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) memberi beberapa implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sains tahun 4 ini. Ini kerana Model sangat berkesan dan dapat membantu murid memahami konsep dan menguasai isi kandungan tajuk pelajaran Sains dengan lebih baik. Hasil daripada penggunaan lima fasa needhan ini, murid dapat menjawab keseluruhan pertanyaan guru di awal pengajaran dan pembelajaran bermula. Melalui model ini, murid digalakkan untuk berkongsi pemikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa aplikasi idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa reflekasi merupakan fasa terakhir Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.

Pada fasa pertama Fasa Needham, guru menarik minat pelajar dengan menanyakan soalan haiwan kesayangan murid. Dari situ, murid mula rasa berminat dengan topik yang diajar. Hampir semua murid melibatkan pada peringkat orentasi ini. Namun, hanya beberapa murid sahaja yang akan di pilih untuk menjawap soalan yang akan diberikan oleh guru. Sepatutnya, guru perlu memperlihatkan gambar-gambar yang berkisarkan kepada topik yang diajar iaitu kerperluan asas haiwan. Ini dapat melibatkan semua murid di dalam kelas dan membuatkan murid tertanya-tanya tentang tajuk pembelajaran. Namau begitu, pada fasa yang kedua iaitu pencetusan idea. Di fasa ini, murid mula menunjukkan minat untuk mengetahui lebih mendalam tentang topik yang akan di ajar. Di sini, guru menghubungkait pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka belajar. Murid akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat antara satu sama lain. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator atau pembimbing dengan membekalkan bahan dan membimbing pelajar untuk membuat pembelajaran inkuiri. Sesi soal jawab ini adalah sesuai di dalam langkah pencetusan idea ini. Pada fasa yang ketiga ialah penstrukturan semula idea. Aktiviti yang saya dilaksanakan ialah eksperimen. Dalam fasa ini, kemahiran bahasa akan membantu pengubasuaian atau penyusunan semula idea secara urutan. Di sini, guru akan mengukuhkan konsep atau idea yang tepat. Aktiviti seperti eksperimen ini sesuai pada fasa ini kerana ia melibat semua murid. Dengan menggunakan strategi kumpulan koperatif, maka murid secara tidak langsung terlibat dalam perbincangan kumpulan. Di samping itu juga, borang pemerhatian dan lembaran kerja juga di berikan pada fasa ini. Dengan ini, murid dapat mengukuhkan lagi konsep atau idea yang tepat. Hasil daripada pemerhatian saya, hampir keseluruhan dalam kumpulan berkerjasama dalam menyiapkan borang pemerhatian dan lembaran kerja. Fasa yang keempat pula ialah aplikasi idea, dalam fasa ini murid akan mengaplikasikan pengetahuan baru hasil daripada pemerhatian yang dilakuakan pada fasa penstrukturan idea. Dengan melakukan kembali eksperimen pada fasa ketiga, saya telah mengantikan dengan projek memelihara ikan seperti mana yang telah di rancang. Fasa yang terakhir pula ialah refleksi, yang mana murid di kehendaki untuk membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan dan merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan pada idea mereka. Pada akhir proses pengajaran yang telah saya lakukan, saya memberikan murid satu kertas peta minda untuk menerangakan kerperluan asas haiwan. Secara keseluruhannya, kesemua murid dapat melengkapkan peta minda tersebut dengan jayanya. Dalam masa yang , murid tahu akan keperluan-keperluasan asas haiwan. Secara keseluruhannya, kesemua murid dalam kelas ini dapat menyatakan keperluan asas haiwan. 6.0 KESIMPULAN Kajian ini telah memperoleh dapatan bahawa penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham 1987) memberi kesan yang sangat positif dan signifikan bagi meningkatkan prestasi murid bukan Melayu dalam Komsas Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini turut membuktikan bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme lebih efektif berbanding pengajaran dan pembelajaran secara tradisional. Oleh itu, para pendidik harus melakukan inovasi dalam gaya pengajaran masing-masing bagi mencapai anjakan paradigma pedagogi dunia pendidikan.( 2808 Patah Perkataan )

7.0 RUJUKAN

Buku

Azizah Ngah Tasir/Gomathi Naidu. Modul OUM. HBSC1103 Teaching And Learnig Of Science

(8ed.)Selangor : Open University Malaysia.Mohamad Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. KualaLumpur : DewanBahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur:

Fajar Bakti Sdn. Bhd.Pusat Perkembangan Kurikulum (1991). Pembelajaran Ssecara Konstruktivisme. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia

Azizi Yahaya et. al (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. PTS Publications &

DistributorsSdn. Bhd.

Tajularipin Sulaiman, Maria Chong Abdullah. (2004). Pendekatan Kreatif Dalam Pembelajaran

Sains. Shah Alam. Karisma Publications Sdn. BhdInternethttp://dian75.wordpress.com/2010/07/29/teori-behavioristisme-kognitif-dan-konstruktivisme-serta-implikasi-ketiga-teori-tersebut-dalam-pembelajaran/

air

makanan

Keperluan asas haiwan

Tempat perlindungan

udara

Soalan 1 : Adakah anda berminat dengan matapelajaran yang di ajar oleh guru pada hari ini?

Soalan 2 : Adakah anda mengetahui topik pembelajaran yang akan di ajar semasa ia

dimulakan?

Soalan 3 : Bagaimanakah arahan-arahan yang diberikan oleh guru, adakah ia jelas dan

mudah di fahami?

Soalan 4 : Adakah penerangan melalui demontrasi jelas?

Soalan 5 : Adakah Bahan-bahan yang digunakan sesuai atau tidak?

Soalan 6 : Adakah eksperimen yang kamu lakukan itu menyeronokan?

Soalan 7 : Adakah guru melayan jawapan murid dengan penuh perhatian?

Soalan 8 : Adakah guru memberikan penerangan yang jelas tentang topik ynag diajar?

Soalan 9 : Adakah anda faham isi pengajaran yang di ajar? Cuba anda ceritakan secara

ringkas tentang topik yang diajar pada hari ini?

Soalan 10 : Adakah guru memberi pujian kepada perlakuan baik/positif?

Soalan 11 : Adakah pelajaran yang disampaikan guru bermakna dan menyumbang kepada

perkembangan potensi anda?

Soalan 12 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, adakah guru menanyakan semula

tentang topik yang di ajar?

BORANG SOAL SELIDIK PELAJAR

MATA PELAJARAN :

TAHUN / KELAS :

Arahan : Anda dikehendaki menjawap soalan-soalan berikut dengan jujur. Tandakan ( ) pada petak yang

berkenaan mengikut skala seperti dibawah.

1Sangat Tidak Setuju2Tidak Setuju3Kurang Setuju4Setuju 5Sangat Setuju

BilSoalan123451.Guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan potensi pelajar.2.Guru menekankan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid / melibatkan semua murid.3.Guru merangsang dan menimbulkan minat pelajar.4.Penyampaian guru berfokus kepada kandungan pelajaran.5.Guru memberikan contoh yang diberi sesuai, tepat dan terkini dan sesuai dengan pengalaman pelajaran.6.Soalan di alih arah kepada murid-murid lain untuk beri peluang lebih ramai murid menjawab setiap soalan.7.Tahap soalan mengambil kira tahap pelajar.8.Pelajar aktif dan seronok.9.Guru memberi pujian kepada perlakuan baik/positif.10.Pelbagai teknik peneguhan diamalkan seperti secara lisan, bukan lisan dan isyarat yang sesuai dengan murid, tempat dan masa.11.Guru menilai/membuat refleksi tentang sejauh mana objektif pelajaran, objektif.12.Guru menaksir nisbah pelajar yang berjaya mencapai objektif.13.Pelajaran yang disampaikan guru bermakna dan menyumbang kepada perkembangan potensi pelajar.14.Guru mengaitkan pelajaran dengan matlamat sukatan pelajaran dan matlamat pendidikan.15.Rumusan dibuat oleh guru atau murid.

Cadangan anda untuk memperbaiki mutu pengajaran guru.

Soalan 1 : Adakah anda berminat dengan matapelajaran yang di ajar oleh guru pada hari ini?

Soalan 2 : Adakah anda mengetahui topik pembelajaran yang akan di ajar semasa ia

dimulakan?

Soalan 3 : Bagaimanakah arahan-arahan yang diberikan oleh guru, adakah ia jelas dan

mudah di fahami?

Soalan 4 : Adakah penerangan melalui demontrasi jelas?

Soalan 5 : Adakah Bahan-bahan yang digunakan sesuai atau tidak?

Soalan 6 : Adakah eksperimen yang kamu lakukan itu menyeronokan?

Soalan 7 : Adakah guru melayan jawapan murid dengan penuh perhatian?

Soalan 8 : Adakah guru memberikan penerangan yang jelas tentang topik ynag diajar?

Soalan 9 : Adakah anda faham isi pengajaran yang di ajar? Cuba anda ceritakan secara

ringkas tentang topik yang diajar pada hari ini?

Soalan 10 : Adakah guru memberi pujian kepada perlakuan baik/positif?

Soalan 11 : Adakah pelajaran yang disampaikan guru bermakna dan menyumbang kepada

perkembangan potensi anda?

Soalan 12 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, adakah guru menanyakan semula

tentang topik yang di ajar?

BORANG SOAL SELIDIK PELAJAR

MATA PELAJARAN :

TAHUN / KELAS :

Arahan : Anda dikehendaki menjawap soalan-soalan berikut dengan jujur. Tandakan ( ) pada petak yang

berkenaan mengikut skala seperti dibawah.

1Sangat Tidak Setuju2Tidak Setuju3Kurang Setuju4Setuju 5Sangat Setuju

BilSoalan123451.Guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan potensi pelajar.2.Guru menekankan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid / melibatkan semua murid.3.Guru merangsang dan menimbulkan minat pelajar.4.Penyampaian guru berfokus kepada kandungan pelajaran.5.Guru memberikan contoh yang diberi sesuai, tepat dan terkini dan sesuai dengan pengalaman pelajaran.6.Soalan di alih arah kepada murid-murid lain untuk beri peluang lebih ramai murid menjawab setiap soalan.7.Tahap soalan mengambil kira tahap pelajar.8.Pelajar aktif dan seronok.9.Guru memberi pujian kepada perlakuan baik/positif.10.Pelbagai teknik peneguhan diamalkan seperti secara lisan, bukan lisan dan isyarat yang sesuai dengan murid, tempat dan masa.11.Guru menilai/membuat refleksi tentang sejauh mana objektif pelajaran, objektif.12.Guru menaksir nisbah pelajar yang berjaya mencapai objektif.13.Pelajaran yang disampaikan guru bermakna dan menyumbang kepada perkembangan potensi pelajar.14.Guru mengaitkan pelajaran dengan matlamat sukatan pelajaran dan matlamat pendidikan.15.Rumusan dibuat oleh guru atau murid.

Cadangan anda untuk memperbaiki mutu pengajaran guru.

115