document10

2
Dalam proses pengajaran ia melibatkan gabung jalin isi pelajaran dan aktiviti murid. Bagi mencapai matlamat pengajaran sekaligus menjamin keberkesanannya ia haruslah memberi fokus kepada kecenderungan murid. Ini melibatkan kebebasan memilih pendekatan serta teknik PdP mengikut kemampuan murid agar dapat memberi sepenuh perhatian. Dengan demikian, daya inovasi guru Bahasa Melayu menjadi asas dalam mencorakkan proses pengajaran supaya dapat mewujudkan keceriaan murid menerusi aktiviti-aktiviti pengajaran seperti melakukan eksperimen, demonstrasi, lakonan dan sebagainya yang memperlihatkan perkara-perkara praktikal. Selain itu, kreativiti guru Bahasa Melayu dapat diwujudkan dalam menyampaikan isi pelajaran semasa proses PdP dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa yang menjadi sumber maklumat tambahan kepada murid-murid. Penerangan isi pelajaran dengan perkaitan sumber maklumat semasa akan mencambahkan minda dan pengetahuan sedia ada murid. Seterusnya hal ini akan membentuk kefahaman maksimum dan penerapan ilmu serta mendedahkan mereka kepada realiti dunia semasa. Tuntasnya, kemahiran dan kebolehan para guru Bahasa Melayu dalam mengendali setiap proses PdP bergantung kepada keupayaan kreativiti dan inovasi mereka dalam mempelbagaikan corak penyampaian isi pelajaran. Justeru, proses pengajaran sedemikian akan menjadikan murid dapat mengikuti setiap isi pelajaran yang disampaikan serta

Upload: aisyah-nazifah

Post on 28-Aug-2015

218 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

part 10

TRANSCRIPT

Dalam proses pengajaran ia melibatkan gabung jalin isi pelajaran dan aktiviti murid. Bagi mencapai matlamat pengajaran sekaligus menjamin keberkesanannya ia haruslahmemberi fokus kepada kecenderungan murid. Ini melibatkan kebebasan memilih pendekatan serta teknik PdP mengikut kemampuan murid agar dapat memberi sepenuh perhatian. Dengan demikian, daya inovasi guru Bahasa Melayu menjadi asas dalam mencorakkan proses pengajaran supaya dapat mewujudkan keceriaan murid menerusi aktiviti-aktiviti pengajaran seperti melakukan eksperimen, demonstrasi, lakonan dan sebagainya yang memperlihatkan perkara-perkara praktikal.Selain itu, kreativiti guru Bahasa Melayu dapat diwujudkan dalam menyampaikan isi pelajaran semasaproses PdP dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa yang menjadi sumber maklumat tambahan kepada murid-murid. Penerangan isi pelajaran dengan perkaitan sumber maklumat semasa akan mencambahkan minda dan pengetahuan sedia ada murid. Seterusnya hal ini akan membentuk kefahaman maksimum dan penerapan ilmu serta mendedahkan mereka kepada realiti dunia semasa.Tuntasnya, kemahiran dan kebolehan para guru Bahasa Melayu dalam mengendali setiap proses PdPbergantung kepada keupayaan kreativiti dan inovasi mereka dalam mempelbagaikan corak penyampaian isi pelajaran. Justeru, proses pengajaran sedemikian akan menjadikan murid dapat mengikuti setiap isi pelajaran yang disampaikan serta dapat menguasai pemikiran mereka supaya dapat memberi sepenuh perhatian semasa proses P&P dilaksanakan.