105067576 sekolah dalam hospital

Upload: muhammad-yusof

Post on 04-Jun-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    1/17

    1

    SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)

    Pengenalan

    Sekolah Dalam Hospital (SDH) merupakan satu konsep baru dalam sistem

    pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana ia menyediakan pendidikan bagi semua

    kanak- kanak serta remaja yang menjalani rawatan di hospital. Idea penubuhan

    Sekolah Dalam Hospital ini telah dicetuskan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri,

    Puan Sri Norainee Abdul Rahman, penaung kepada Projek Hati Nurani di bawah

    kelolaan Yayasan Nurul Yaqeen. Di antara objektif projek hati nurani adalah untuk

    membantu menyediakan pendidikan secara formal dan berstruktur bagi pelajar dan

    kanak- kanak yang menerima rawatan di hospital.

    Perasmian sekolah dalam hospital ini telah dirasmikan oleh Y.A.B . Tan Sri

    Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran

    Malaysia pada 26 Julai 2011 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Program

    SDH ini dilaksanakan menerusi kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia,

    Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Nurul Yaqeen.

    Pada peringkat awal, tiga buah hospital telah dipilih untuk menjadi perintis

    program sekolah dalam hospital ini. Ketiga- tiga buah hospital tersebut ialah Hospital

    Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang. Pelaksanaan Sekolah

    dalam Hospital di Malaysia sememangnya dilihat sebagai pendekatan terbaik yang

    diambil oleh kerajaan dalam memastikan institusi pendidikan negara lebih

    berkembang maju dan melalui kitaran pembaharuan seiring dengan kemajuan

    sistem pendidikan dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana pendekatan sekolah

    atau pendidikan di hospital telah diamalkan oleh beberapa buah negara maju,

    seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia, sejak tahun 1930-

    an.

    Sebagai contoh, di Australia, program sekolah dalam hospital ataupun

    dikenali sebagai Hospital School Services ini telah dijalankan di beberapa buah

    hospital di Australia. Ia bertujuan untuk memberi pendidikan serta sokongan moral

    kepada pesakit-pesakit di peringkat sekolah rendah dan menengah. Program SDH di

    Malaysia adalah berpandukan kepada program SDH di Australia yang disesuaikan

    mengikut konteks Malaysia.

  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    2/17

    2

    Projek sekolah dalam hospital ini secara tidak langsung membantu kanak- kanak

    mendapatkan pendidikan yang sepatutnya sepanjang mereka menjalani rawatan di

    hospital. Objektif pelaksanaannya adalah bagi memastikan pembelajaran murid tidak

    terjejas ketika berada di wad, tidak tercicir dalam pelajaran dan terus dipelihara

    selaras dengan matlamat Education For All di mana ia merupakan hasrat yang

    diperjuangkan oleh UNESCO (United Nations Educational Scientific and Cultural

    Organizations).

    Pendidikan untuk Semua (EFA) merupakan inisiatif daripada pihak UNESCO

    yang mensasarkan 6 matlamat yang perlu dicapai menjelang tahun 2015. Matlamat-

    matlamat tersebut merentas semua peringkat pendidikan bermula daripada awal

    kanak-kanak sehinggalah pendidikan sepanjang hayat pada peringkat dewasa.

    Keenam-enam matlamat tersebut juga terangkum di dalam inisiatif utama

    Rancangan Malaysia ke-10.

    Selain itu, di antara objektif utama program sekolah dalam hospital adalah

    untuk memastikan semua kanak-kanak serta remaja yang mendapat rawatan di

    hospital berpeluang mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti. Hal ini

    merupakan tanggungjawab Kementerian Pelajaran dalam memastikan setiap

    kanak- kanak di Negara ini mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti tidak

    kira di mana pun mereka berada.

    Program sekolah dalam hospital ini akan dibahagikan kepada tiga peringkat

    persekolahan iaitu peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

    Kanak- kanak berusia antara tiga hingga 18 tahun boleh menyertai program SDH ini.

    Sukatan pelajaran SDH adalah berteraskan kepada kurikulum kebangsaan

    Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah sedia ada di peringkat sekolah rendah

    dan menengah dan digunakan secara fleksibel berdasarkan Akta Pendidikan 1996

    dengan kaedah pengajaran serta pembelajaran disesuaikan mengikut keupayaan

    pesakit.

    Proses pengajaran dan pembelajaran SDH dilaksanakan secara berkumpulan

    di kelas dan secara individu di wad. Sesi pembelajaran di SDH bermula pada jam 10

    pagi hingga 12 tengahari dan 2 petang hingga 4 petang dari hari Isnin hingga

    Jumaat. SDH menyediakan dua ruang pembelajaran di tingkat yang sama

  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    3/17

    3

    disediakan untuk murid sekolah rendah dan menengah dengan kemudahan

    komputer, ruang santai untuk pelajar serta ruang menunggu untuk ibu bapa.

    Pengajaran dan pembelajaran di SDH berfokus kepada empat subjek teras

    yang utama sahaja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

    Seramai 16 orang guru dan empat orang pembantu murid telah dipilih untuk

    menjayakan program rintis sekolah dalam hospital ini. Menurut Nor Zanah Jamari,

    Pengarah Yayasan Nurul Yaqeen,guru- guru ini akan menjalani latihan selama

    sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Institut Pediatrik HKL bagi

    menyediakan mereka pengetahuan dan kemahiran asas untuk menangani kelompok

    pelajar yang bermasalah kesihatan. Antara contoh pengetahuan dan kemahiran

    asas yang akan diperolehi guru adalah kemahiran terapi kaunseling dan psikologi

    serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang akan digunakan

    untuk sesi pengajaran dan pembelajaran SDH.

    Kewujudan SDH mampu menghilangkan rasa bimbang para ibu bapa

    terhadap pembelajaran anak-anak mereka apabila menerima rawatan di hospital.

    Kebimbangan ini tentunya lebih tinggi jika anak-anak mereka akan menduduki

    peperiksaan awam pada tahun berkenaan. Pelaksanaan SDH sekurang-kurangnya

    mengelakkan anak-anak mereka daripada ketinggalan dalam pelajaran dan

    seterusnya membantu dalam mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaaan yang

    bakal dihadapi.

    Sementara itu, Menteri kesihatan Malaysia, Dato Seri Liow Tiong Lai dalam

    ucapannya sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Projek

    Sekolah Dalam Hospital berkata penubuhan sekolah dalam hospital adalah satu

    inisiatif bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan

    Malaysia (KKM) dan Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) terhadap keperluan meneruskan

    pendidikan kepada murid yang berada di wad hospital tetapi mempunyai kesediaan

    untuk belajar.

  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    4/17

    4

    Perkembangan

    Menurut Ornstein dan Hunkins (2004), pembelajaran tidak boleh dipisahkan dengan

    kehidupan seharian kanak-kanak, malah pembelajaran mestilah berdasarkan

    keperluan dan minat kanak-kanak. Hal ini seiring dengan pelaksanaan program

    sekolah dalam hospital yang mana memberikan peluang kepada kanak- kanak untuk

    menimba ilmu pengetahuan secara berterusan walaupun berhadapan dengan

    masalah kesihatan. Proses pengajaran dan pembelajaran SDH diubahsuai supaya

    bersesuaian dengan keadaan kanak- kanak tersebut di samping memenuhi

    keperluan mereka sebagai pelajar.

    Sekolah dalam hospital (SDH) ini merupakan satu program pendidikan yang

    menggunakan pendekatan pembelajaran yang berbeza daripada sekolah biasa. Ia

    merupakan satu bentuk perkhidmatan pendidikan yang berterusan secara formal

    dan berstruktur serta berfokus kepada kesediaan dan keupayaan murid yang

    sedang menjalani rawatan di hospital. Pendekatan sekolah dalam hospital adalah

    berasaskan pendekatan didik hibur (fun learning) dan fleksibel dalam persekitaran

    yang kondusif, sekaligus membantu menghilangkan rasa bosan pelajar apabila perlu

    mendapat rawatan dalam tempoh yang lama di hospital. Ia juga menekankan

    pembelajaran secara santai dan menyeronokkan.

    Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

    menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran

    dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu

    merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat

    disampaikan dengan berkesan.

    Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Menurut Kamus Dewan

    (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala

    hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur

    merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

    bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan

    puisi secara sistematik dan terancang.

    Pendekatan didik hibur yang digunakan dalam pembelajaran SDH ini seiring

    dengan agenda kerajaanyangberhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur disekolah rendah untuk merealisasikan transformasi pengajaran dan pembelajarandalam bilik darjah.Pendekatan didik hibur diharap berupaya untuk menjadikan

  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    5/17

    5

    proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid.Dalam

    situasi sekolah dalam hospital, pendekatan didik hibur ini diaplikasikan supaya

    pembelajaran lebih berfokus kepada murid dan mereka gembira sepanjang

    mengikuti pembelajaran walaupun mengalami masalah kesihatan.

    Menurut Dr.Zailah Zainudin, pensyarah cemerlang Institut Pendidikan Guru

    Kampus Raja Melewar terdapat beberapa ciri pendekatan didik hibur dalam

    pengajaran. Antaranya ialah :

    1. Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar,

    kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

    2. Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru.

    Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan

    berhibur.

    3. Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif,

    gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari

    berikutnya.

    4. Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan

    pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid

    boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang

    penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan

    BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan

    pembelajaran.

    5. Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan

    kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada

    ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada

    aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    6. Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting

    berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dansantai.

  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    6/17

  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    7/17

    7

    dan pembelajaran. Sehubungan dengan ini, guru haruslah menyediakan segala

    rancangan pengajaran dan pembelajaran yang sistematik serta alat bantu mengajar

    yang mencukupi, memotivasikan murid-murid, menggalakkan murid- murid terlibat

    aktif dalam aktiviti pembelajaran dan mewujudkan suasana pembelajaran yang

    positif supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar,

    sistematik dan teratur.

    Sementara itu, Syed Ismail (2010) menyatakan bahawa sebagai seorang guru,

    antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang guru adalah kemahiran

    pemudah cara. Pemudahcara ialah teknik yang digunakan oleh guru untuk

    membantu murid-murid mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti

    yang telah dirancang dan disusun. Guru sebagai pemudah cara ataupun fasilitator

    berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk, mengukuh, memberikan bantuan

    dan menolong murid-murid mencapai matlamat pembelajaran yang dirancangkan

    melalui satu proses yang panjang. Justeru, peranan guru sebagai pemudah cara

    amat diperlukan dalam menangani murid-murid yang akan meneruskan sesi

    pembelajaran di sekolah dalam hospital ini. Hal ini kerana murid-murid tersebut

    memerlukan bimbingan serta perhatian khusus daripada guru bagi memastikan

    mereka selesa serta mudah mengikuti pembelajaran meskipun menjalani rawatan dihospital.

    Program sekolah dalam hospital ini turut mendapat sambutan yang

    menggalakkan dari kalangan pelajar dan kanak- kanak yang menjalani rawatan di

    hospital. Seramai 5371 pelajar dari tiga peringkat persekolahan iaitu prasekolah,

    sekolah rendah dan menengah memasuki SDH ketika menerima rawatan di ketiga-

    tiga hospital yang menjadi perintis kepada program SDH iaitu Institut Pediatrik

    Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan juga Hospital Ampang. (Utusan

    Malaysia, 3 Ogos 2012).

    Penubuhan SDH disifatkan sebagai langkah yang harus dipuji oleh para ibu bapa

    kerana memberi ruang kepada pesakit muda untuk meneruskan pembelajaran

    mereka walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

    Kejayaan sekolah dalam hospital di ketiga- tiga hospital yang menjadi perintis

    bagi program ini telah membolehkan pelaksanaan sekolah dalam hospital ini

    diperluas ke seluruh enam lagi hospital awam di beberapa buah negeri. Antara

  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    8/17

    8

    hospital yang terlibat ialah Hospital Sultanah Nur Zahirah (Terengganu), Hospital

    Wanita dan Kanak-kanak Likas (Sabah), Hospital Sultanah Bahiyah (Kedah),

    Hospital Sultanah Aminah (Johor), Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian

    (Kelantan) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras (Kuala Lumpur).

  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    9/17

    9

    Implikasi

    Program sekolah dalam hospital ini dilihat satu pendekatan baru yang digunakan

    oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama

    Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Nurul Yaqeen bagi mengatasi

    masalah keciciran pelajar dalam pembelajaran ketika mereka sedang menjalani

    rawatan di hospital. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

    turut mengatakan bahawa SDH adalah konsep baru di negara dalam mengelakkan

    keciciran dalam kalangan pelajar walaupun mereka mendapat rawatan di hospital.

    Terdapat beberapa implikasi positif hasil daripada pelaksanaan program

    sekolah dalam hospital ini. Antaranya ialah, pelaksanaaan SDH ini dilihat sebagai

    alternatif baru dalam dunia pendidikan untuk menyediakan peluang pendidikan

    kepada pelajar yang terpaksa meningggalkan alam persekolahan berikutan

    menghadapi masalah kesihatan dan dirawat di hospital.

    Selain itu, program sekolah dalam hospital ini juga merupakan sebahagian

    daripada langkah penyembuhan kanak- kanak dari sudut psikologi. Hal ini kerana,

    kanak-kanak dapat bermain dan belajar dengan gembira selepas menjalani rawatan

    di hospital. Hal ini disokong oleh Dr.Norliza Mohamed Zainudin, Pakar PerundingKanan Pediatrik dan Respiratori Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengatakan

    SDH adalah sebahagian daripada proses rawatan kanak- kanak. SDH membantu

    menyembuhkan penyakit kanak- kanak menerusi proses rawatan yang tidak bersifat

    farmaseutikal, sebaliknya menggunakan kaedah psikologi. Setelah tertekan dengan

    rawatan penyakit yang diterima di hospital, kanak- kanak dapat bermain dan belajar

    dengan kaedah yang menyeronokkan di SDH. Mereka bebas memlih subjek yang

    ingin dipelajari sama ada belajar di wad pesakit atau di kelas yang disediakan.

    Kanak-kanak juga boleh berkenalan dengan rakan baru serta menghabiskan masa

    dengan melakukan aktiviti yang berfaedah sekaligus dapat mengulangkaji pelajaran

    yang tertinggal.

    Salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu

    sistem pendidikan bertaraf dunia. Sistem pendidikan Malaysia tidak hanya tertumpu

    kepada pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran, yang

    mampu bersaing di pasaran kerja global malah untuk membangunkan modal insanyang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi. Ini semua dapat

  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    10/17

    10

    dicapai melalui proses pendidikan secara formal di sekolah. Melalui SDH,

    pembangunan modal insan masih lagi dapat diteruskan tetapi di luar amalan

    persekolahan yang konvensional.Hal ini kerana murid- murid akan diberikan ruang

    dan peluang menimba pendidikan selaras dengan sukatan pelajaran yang telah

    ditetapkan meskipun berada di hospital. Proses pendidikan berjalan seiring dengan

    pembinaan modal insan seperti yang telah digariskan dalam Pelan Induk

    Pembangunan Pendidikan (2006-2010).

    Program sekolah dalam hospital ini dilihat membawa suatu pembaharuan

    dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pelaksanaannya membawa banyak manfaat

    kepada kanak- kanak yang mempunyai masalah kesihatan dalam menerima

    pendidikan yang sewajarnya untuk mereka sepanjang tempoh rawatan di hospital

    tersebut.

  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    11/17

    11

    Rumusan dan Cadangan

    Secara keseluruhannya, saya sangat bersetuju serta menyokong penuh program

    sekolah dalam hospital ini. SDH merupakan usaha kerajaaan dalam menyediakan

    peluang pendidikan yang terbaik bagi pelajar yang menjalani rawatan di hospital

    supaya tidak ketinggalan di dalam pembelajaran mereka.

    Program sekolah dalam hospital ini merupakan satu inovasi baru dalam dunia

    pendidikan di Malaysia bagi memastikan pendidikan untuk pesakit muda ini tidak

    disia-siakan sebaliknya diteruskan dengan pelaksanaannya selaras dengan hasrat

    Kementerian Pelajaran Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran

    Malaysia turut menyatakan bahawa program SDH ini merupakan langkah yang amat

    bernas dan tepat pada masanya ketika kerajaan berusaha menjadikan Malaysia

    tempat tinggal terbaik buat generasi akan datang. Program SDH ini mendapat

    sokongan penuh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan yang masing-

    masing menyediakan khidmat berkaitan bagi memastikan agenda berkenaan

    mencapai kejayaan.

    Pelaksanaan program sekolah dalam hospital ini masih lagi baru dalam

    sistem pendidikan di Malaysia. Umumnya, tidak ramai yang mengetahui tentangkewujudan program seperti ini. Antara cadangan yang boleh dilakukan untuk

    program sekolah dalam hospital ini adalah dengan memberi promosi serta hebahan

    kepada orang awam tentang pelaksanaan SDH. Hal ini bertujuan untuk memupuk

    kesedaran tentang kepentingan pendidikan serta membantu orang awam

    memahami dengan lebih mendalam lagi berhubung dengan pelaksanaan program

    sekolah dalam hospital ini. Hebahan serta promosi ini juga mungkin boleh digunakan

    untuk mendapatkan sokongan serta sumbangan untuk membantu projek SDH ini

    demi kelangsungan pendidikan bagi anak- anak yang mendapatkan rawatan di

    hospital.

    Selain itu, Kementerian Pelajaran mungkin boleh menyediakan latihan-latihan

    dan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengetahuan serta kemahiran asas untuk

    mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran SDH kepada semua guru. Hal ini

    bertujuan untuk memberikan pendedahan awal serta menyediakan tenaga pengajar

    untuk melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran SDH.

  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    12/17

    12

    Guru-guru akan dilatih serta akan berkebolehan dalam menguruskan murid-

    murid untuk terus belajar dalam suasana pembelajaran yang kondusif serta

    meningkatkan lagi motivasi mereka supaya merasa tidak dipinggirkan dalam

    pendidikan walaupun mempunyai masalah kesihatan dan menjalani rawatan di

    hospital.

    Kesimpulannya, program sekolah dalam hospital ini masih lagi perlu kepada

    penambahbaikan dalam usaha membantu kanak- kanak mendapatkan pendidikan

    yang sepatutnya ketika mereka berada di hospital. Badan-badan bukan kerajaan

    yang lain turut diseru bersama- sama membantu usaha murni Kementerian

    Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia ini

    menyediakan perkhidmatan pembelajaran yang terbaik untuk kanak- kanak ini.

  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    13/17

    13

    REFLEKSI

    Alhamdulillah, setinggi- tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada ilahi kerana

    dengan lipah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi subjek Asas

    Kepimpinan & Perkembangan Profesional (EDU3108) ini. Sepanjang proses

    menyiapkan tugasan ini saya terdapat pelbagai cabaran serta halangan yang saya

    tempuhi namun akhirnya dapat juga saya atasinya dengan jayanya.

    Antara cabaran yang terawal yang saya tempuhi adalah dalam masalah

    memilih isu yang sesuai sebagai tajuk tugasan. Pada mulanya, saya agak sukar

    untuk membuat keputusan bagi memilih isu yang sesuai. Namun, semuanya selesai

    apabila saya mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan serta bertukar-tukar

    pandangan untuk memilih isu yang sesuai.

    Selain itu, saya juga mengalami sedikit kesukaran untuk memahami isu yang

    telah dipilih kerana kekurangan maklumat. Isu yang saya pilih merupakan isu yang

    baru dalam bidang pendidikan di Malaysia. Sepanjang tempoh mencari maklumat,

    sedikit sebanyak terbit minat dalam diri untuk lebih mempelajari tentang isu sekolah

    dalam hospital sememangnya menarik serta merupakan suatu pengetahuan baru

    kepada saya. Ternyata saya semakin tertarik dan berminat untuk mengetahui sertamengkaji dengan lebih mendalam mengenai isu ini.

    Banyak yang saya ilmu serta kemahiran baru yang saya pelajari daripada

    tugasan EDU 3108 ini. Antaranya, kemahiran membina blog ataupun laman ilmu

    yang merupakan subtopik dalam tugasan ini. Sejujurnya, saya tidak pandai dalam

    membina blog dan ini merupakan pengalaman pertama saya dalam bidang

    pembinaan blog.Namun, alhamdulillah dengan bantuan serta pertolongan rakan

    sekumpulan saya dapat mempelajari serba sedikit cara pembinaan blog yang

    sememangnya penting bagi bakal guru kerana ia akan menjadi salah satu daripada

    medium penyampaian pengajaran kelak.

    Melalui tugasan ini juga, saya bercadang untuk memantapkan lagi

    penguasaan kemahiran ICT untuk memastikan saya tidak ketinggalan dalam bidang

    ini apabila bergelar pendidik nanti. Saya ingin membina sebuah laman perkongsian

    ilmu untuk murid-murid saya kelak. Saya berharap saya dapat mempertingkatkan

    lagi kemahiran ini dari semasa ke semasa. Melalui analisis artikel saya tentang isu

  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    14/17

    14

    sekolah dalam hospital (SDH) , saya sangat tertarik dan menyimpan impian untuk

    menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar dalam memberikan pendidikan

    kepada kanak- kanak yang menjalani rawatan di hospital. Saya dapat merasakan

    tugasan ini sedikit sebanyak menyedarkan saya tentang pentingnya peranan dan

    tanggungjawab guru dalam dunia pendidikan ini.

    Akhir kata, saya berharap agar Encik Azmi berpuas hati dengan tugasan yang

    dihasilkan. Saya berharap agar tugasan yang telah dihasilkan ini dapat membawa

    manfaat kepada semua pihak secara langsung mahupun tidak langsung.

    Disediakan oleh,

    ROSSHAFIKAH BINTI ROSLI

  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    15/17

    15

    BIBLIOGRAFI

    Sumber dari buku :

    1) Mook Soon Sang (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Penerbitan

    Multimedia Sdn.Bhd.Selangor.

    2) Syed Ismail Syed Mustafa (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan

    Professional Penerbitan Multimedia Sdn.bhd.Selangor.

    3) Kamus Dewan (2000).Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

    4) Ornstein, A. C. & Hunskin, F. P. (2004). Curriculum: Foundation principles

    and issues. USA: Pearson Education

    Sumber dari internet :

    1) http://www.nutp.org/new/ms/node/791

    2) http://www.sinarharian.com.my/nasional/pelbagai-cabaran-projek-sekolah-

    dalam-hospital-berjaya-diatasi-1.26404-pelbagai cabaran projek sekolah

    dalam hospital berjaya diatasi

    3) http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2080 sekolah dalam hospital

    4) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0725&pub=Utusan_M

    alaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm Sekolah Dalam Hospital

    diperluas

    5) http://kssr.bpk.my/berita/didik_hiburbahagian pembangunan kurikulum. Dr

    Zailah Zainudin

    6) http://www.bharian.com.my/articles/Projeksekolahdalamhospitaldapatsambuta

    nmemberangsangkan/Article/ Projek Sekolah Dalam Hospital dapat

    sambutan

    7) http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaan_YNYmeteraiMoUprojek

    HatiNurani/Article

    8) http://mynewshub.my/2011/10/29/sekolah-dalam-hospital-akan-diperluas-

    norainee/sekolah dalam hospital akan diperluas

    9) http://www.hmetro.com.my/articles/SekolahDalamHospital/Article sekolah

    dalam hospital

    10)http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/8/3/mstar_berita/20120

    803164657&sec=mstar_berita Program Sekolah Dalam Hospital DiusulDiperluas ke Seluruh Negara

    http://www.nutp.org/new/ms/node/791http://www.nutp.org/new/ms/node/791http://www.sinarharian.com.my/nasional/pelbagai-cabaran-projek-sekolah-dalam-hospital-berjaya-diatasi-1.26404-http://www.sinarharian.com.my/nasional/pelbagai-cabaran-projek-sekolah-dalam-hospital-berjaya-diatasi-1.26404-http://www.sinarharian.com.my/nasional/pelbagai-cabaran-projek-sekolah-dalam-hospital-berjaya-diatasi-1.26404-http://www.sinarharian.com.my/nasional/pelbagai-cabaran-projek-sekolah-dalam-hospital-berjaya-diatasi-1.26404-http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2080http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2080http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htmhttp://kssr.bpk.my/berita/didik_hiburhttp://kssr.bpk.my/berita/didik_hiburhttp://www.bharian.com.my/articles/Projeksekolahdalamhospitaldapatsambutanmemberangsangkan/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Projeksekolahdalamhospitaldapatsambutanmemberangsangkan/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Projeksekolahdalamhospitaldapatsambutanmemberangsangkan/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Projeksekolahdalamhospitaldapatsambutanmemberangsangkan/Article/http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaan_YNYmeteraiMoUprojekHatiNurani/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaan_YNYmeteraiMoUprojekHatiNurani/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaan_YNYmeteraiMoUprojekHatiNurani/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaan_YNYmeteraiMoUprojekHatiNurani/Articlehttp://mynewshub.my/2011/10/29/sekolah-dalam-hospital-akan-diperluas-norainee/http://mynewshub.my/2011/10/29/sekolah-dalam-hospital-akan-diperluas-norainee/http://mynewshub.my/2011/10/29/sekolah-dalam-hospital-akan-diperluas-norainee/http://mynewshub.my/2011/10/29/sekolah-dalam-hospital-akan-diperluas-norainee/http://www.hmetro.com.my/articles/SekolahDalamHospital/Articlehttp://www.hmetro.com.my/articles/SekolahDalamHospital/Articlehttp://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/8/3/mstar_berita/20120803164657&sec=mstar_beritahttp://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/8/3/mstar_berita/20120803164657&sec=mstar_beritahttp://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/8/3/mstar_berita/20120803164657&sec=mstar_beritahttp://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/8/3/mstar_berita/20120803164657&sec=mstar_beritahttp://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/8/3/mstar_berita/20120803164657&sec=mstar_beritahttp://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/8/3/mstar_berita/20120803164657&sec=mstar_beritahttp://www.hmetro.com.my/articles/SekolahDalamHospital/Articlehttp://mynewshub.my/2011/10/29/sekolah-dalam-hospital-akan-diperluas-norainee/http://mynewshub.my/2011/10/29/sekolah-dalam-hospital-akan-diperluas-norainee/http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaan_YNYmeteraiMoUprojekHatiNurani/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaan_YNYmeteraiMoUprojekHatiNurani/Articlehttp://www.bharian.com.my/articles/Projeksekolahdalamhospitaldapatsambutanmemberangsangkan/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Projeksekolahdalamhospitaldapatsambutanmemberangsangkan/Article/http://kssr.bpk.my/berita/didik_hiburhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htmhttp://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2080http://www.sinarharian.com.my/nasional/pelbagai-cabaran-projek-sekolah-dalam-hospital-berjaya-diatasi-1.26404-http://www.sinarharian.com.my/nasional/pelbagai-cabaran-projek-sekolah-dalam-hospital-berjaya-diatasi-1.26404-http://www.nutp.org/new/ms/node/791
  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    16/17

    16

    11)http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahDalamHospitalbernas_/Ar

    ticle Sekolah Dalam Hospital idea bernas

    12)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0719&pub=Utusan_M

    alaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm Sekolah dalam hospital inovasi adil

    kepada pelajar sakit

    13)http://www.hmetro.com.my/articles/Sekolahhospital/Article Sekolah hospital

    14)http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120804/dn_12/6550-

    dapat-manfaat-Sekolah-Dalam-Hospital6550 dapat manfaat

    15)http://hserdang.moh.gov.my/ms/profil-hsdg/mengenai-kami/sekolah-dalam-

    hospital.html- laman web hospital serdang

    16)http://www.hmetro.com.my/articles/Terujabelajarsambildirawat/Article -teruja

    belajar sambil dirawat.

    17)http://www.hospitalschoolservices.wa.edu.au/

    18)http://www.moh.gov.my/speeches/843 Portal Rasmi Kementerian Kesihatan

    Malaysia.

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahDalamHospitalbernas_/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahDalamHospitalbernas_/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahDalamHospitalbernas_/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahDalamHospitalbernas_/Articlehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htmhttp://www.hmetro.com.my/articles/Sekolahhospital/Articlehttp://www.hmetro.com.my/articles/Sekolahhospital/Articlehttp://www.hmetro.com.my/articles/Sekolahhospital/Articlehttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120804/dn_12/6550-dapat-manfaat-Sekolah-Dalam-Hospitalhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120804/dn_12/6550-dapat-manfaat-Sekolah-Dalam-Hospitalhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120804/dn_12/6550-dapat-manfaat-Sekolah-Dalam-Hospitalhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120804/dn_12/6550-dapat-manfaat-Sekolah-Dalam-Hospitalhttp://hserdang.moh.gov.my/ms/profil-hsdg/mengenai-kami/sekolah-dalam-hospital.htmlhttp://hserdang.moh.gov.my/ms/profil-hsdg/mengenai-kami/sekolah-dalam-hospital.htmlhttp://hserdang.moh.gov.my/ms/profil-hsdg/mengenai-kami/sekolah-dalam-hospital.htmlhttp://hserdang.moh.gov.my/ms/profil-hsdg/mengenai-kami/sekolah-dalam-hospital.htmlhttp://www.hmetro.com.my/articles/Terujabelajarsambildirawat/Articlehttp://www.hmetro.com.my/articles/Terujabelajarsambildirawat/Articlehttp://www.hmetro.com.my/articles/Terujabelajarsambildirawat/Articlehttp://www.hospitalschoolservices.wa.edu.au/http://www.hospitalschoolservices.wa.edu.au/http://www.hospitalschoolservices.wa.edu.au/http://www.moh.gov.my/speeches/843http://www.moh.gov.my/speeches/843http://www.moh.gov.my/speeches/843http://www.moh.gov.my/speeches/843http://www.hospitalschoolservices.wa.edu.au/http://www.hmetro.com.my/articles/Terujabelajarsambildirawat/Articlehttp://hserdang.moh.gov.my/ms/profil-hsdg/mengenai-kami/sekolah-dalam-hospital.htmlhttp://hserdang.moh.gov.my/ms/profil-hsdg/mengenai-kami/sekolah-dalam-hospital.htmlhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120804/dn_12/6550-dapat-manfaat-Sekolah-Dalam-Hospitalhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120804/dn_12/6550-dapat-manfaat-Sekolah-Dalam-Hospitalhttp://www.hmetro.com.my/articles/Sekolahhospital/Articlehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htmhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahDalamHospitalbernas_/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahDalamHospitalbernas_/Article
  • 8/13/2019 105067576 Sekolah Dalam Hospital

    17/17

    17

    LAMPIRAN