komputer di hospital€¦ · penilaian pemantauan pesakit dokumentasi teleperubatan menyimpan rekod...

5
KOMPUTER DI HOSPITAL Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di hospital-hospital semakin penting sejak kebelakangan ini. Teknologi Maklumat membantu staff hospital terutama jururawat dan para doktor untuk memberi rawatan lebih efektif kepada pesakit. Hari ini, jika anda berjumpa dengan doktor, besar kemungkinan anda juga akan menemui komputer di dalam bilik kosultasi itu dan memberi penerangan kepada anda dengan menunjukkan video dari youtube. Bil. 2/2017 Penambahan komputer di dalam perkhidmatan hospital dibuat dengan satu tujuan: EFFECIENCY @ KECEKAPAN. Kemajuan dalam penggunaan komputer dalam tugasan harian di hospital memberikan implikasi dalam beberapa perkara seperti: implikasi ke atas klinikal, pengurusan, kajian dan pembelajaran, serta perhubungan dengan masyarakat. Sementara anda meneruskan pembacaan artikel ini, anda mungkin akan mulai bertanya bagaimanakah hospital dapat berfungsi tanpa teknologi ICT? Implikasi klinikal Secara keseluruhannya, hospital menggunakan komputer untuk: Penilaian Pemantauan pesakit Dokumentasi Teleperubatan Menyimpan Rekod Perubatan Di Hospital Labuan ini, penggunaan komputer dalam perkhidmatannya adalah tidak sepenuhnya seperti sesetengah hospital yang menerima kemudahan Total Hospital Information System (THIS) seperti Hospital Selayang atau Hospital Keningau. Sesungguhnya, pemakaian komputer untuk menyimpan pangkalan data maklumat pesakit, rekod perubatan, keputusan makmal, keputusan radiologi kini ke arah menggunakan komputer. Penyimpanan maklumat ini ke dalam komputer akan membenarkan staff perawatan dan penjagaan kesihatan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada pesakit dan ahli keluarganya. Disamping itu, penggunaan komputer dalam urusan dokumentasi dan perekodan mengelak tulisan yang susah difahami berbanding penggunaan tulisan tangan. Ini akan turut mengurangkan risiko kesalahan kemasukan data. Teknologi komputer juga telah mengurangkan penggunaan kertas yang banyak.

Upload: others

Post on 12-Oct-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOMPUTER DI HOSPITAL€¦ · Penilaian Pemantauan pesakit Dokumentasi Teleperubatan Menyimpan Rekod Perubatan Di Hospital Labuan ini, penggunaan komputer dalam perkhidmatannya adalah

KOMPUTER DI HOSPITAL

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di hospital-hospital semakin penting sejak kebelakangan ini. Teknologi Maklumat membantu staff hospital terutama jururawat dan para doktor untuk memberi rawatan lebih efektif kepada pesakit. Hari ini, jika anda berjumpa dengan doktor, besar kemungkinan anda juga akan menemui komputer di dalam bilik kosultasi itu dan memberi penerangan kepada anda dengan menunjukkan video dari youtube.

Bil. 2/2017

Penambahan komputer di dalam perkhidmatan hospital dibuat dengan satu tujuan: EFFECIENCY @ KECEKAPAN. Kemajuan dalam penggunaan komputer dalam tugasan harian di hospital memberikan implikasi dalam beberapa perkara seperti: implikasi ke atas klinikal, pengurusan, kajian dan pembelajaran, serta perhubungan dengan masyarakat. Sementara anda meneruskan pembacaan artikel ini, anda mungkin akan mulai bertanya bagaimanakah hospital dapat berfungsi tanpa teknologi ICT?

Jadi bagaimanakah hospital menggunakan komputer???

Implikasi klinikal

Secara keseluruhannya, hospital menggunakan komputer untuk:

Penilaian Pemantauan pesakit Dokumentasi Teleperubatan Menyimpan Rekod Perubatan

Di Hospital Labuan ini, penggunaan komputer dalam perkhidmatannya adalah tidak sepenuhnya seperti sesetengah hospital yang menerima kemudahan Total Hospital Information System (THIS) seperti Hospital Selayang atau Hospital Keningau. Sesungguhnya, pemakaian komputer untuk menyimpan pangkalan data maklumat pesakit, rekod perubatan, keputusan makmal, keputusan radiologi kini ke arah menggunakan komputer.

Penyimpanan maklumat ini ke dalam komputer akan membenarkan staff perawatan dan penjagaan kesihatan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada pesakit dan ahli keluarganya. Disamping itu, penggunaan komputer dalam urusan dokumentasi dan perekodan mengelak tulisan yang susah difahami berbanding penggunaan tulisan tangan. Ini akan turut mengurangkan risiko kesalahan kemasukan data. Teknologi komputer juga telah mengurangkan penggunaan kertas yang banyak.

Page 2: KOMPUTER DI HOSPITAL€¦ · Penilaian Pemantauan pesakit Dokumentasi Teleperubatan Menyimpan Rekod Perubatan Di Hospital Labuan ini, penggunaan komputer dalam perkhidmatannya adalah

Pengurusan

Bahagian pengurusan juga banyak menggunakan komputer. Daripada mengurus kewangan

kepada mengurus staff semuanya menggunakan teknologi komputer seperti HRMIS dan

ePerolehan. Pengunaan applikasi terkenal seperti Words dan Excel oleh pihak pengurusan

sangat banyak untuk tujuan surat-menyurat dan membuat kira-kira. Di Hospital Labuan ini,

maklumat ISO 9002:2015 juga disimpan dan dicapai secara online dalam applikasi komputer

untuk menjadi rujukan agar perkhidmatan hospital sentiasa mematuhi piawaian kebangsaan

seterusnya memastikan semua prosedur dan operasi kerja sentiasa diikuti.

Teknologi maklumat memudahkan pelaporan kes penyakit berjangkit atau wabak. Terdapat juga aplikasi komputer yang dapat mengambarkan kejadian wabak secara geografi dan seterusnya menyediakan laporan yang amat penting untuk diketahui orang awam. Paparan maklumat melalui website dan juga pelbagai platform media social seperti membenarkan orang awam beriteraksi dengan pihak hospital atau doktor.

Penyelidikan

Dalam bidang penyelidikan, komputer digunakan untuk:

Menyediakan dokumen perancangan dan persiapan Pengumpulan data Bantuan secara berkomputer melalui applikasi tertentu Membuat simulasi Pembelajaran

Pada hari ini, pelbagai pangkalan data literasi berkomputer telah diwujukan. Ini telah meluaskan lagi bidang penyelidikan perubatan. Pangkalan data seperti ini membenarkan pencarian maklumat dengan cepat dari pelbagai sumber maklumat. Selain daripada itu, kebanyakan jurnal perubatan kini mudah didapati secara online sehingga meningkatkan lagi keperluan komputer di hospital-hospital.

Berhubung dengan masyarakat

Page 3: KOMPUTER DI HOSPITAL€¦ · Penilaian Pemantauan pesakit Dokumentasi Teleperubatan Menyimpan Rekod Perubatan Di Hospital Labuan ini, penggunaan komputer dalam perkhidmatannya adalah

??

!!!

Aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam sistem komputer menyediakan maklumat penting dengan cara yang sangat mudah. Kemajuan teknologi melalui komputer telah membantu mempercepatkan process perawatan dan penjagaan kepada pesakit dan juga perkhidmatan kesihatan secara keseluruhannya. Sudah tentu dengan ini. Masyarakat kita juga yang menerima faedah yang bernilai tinggi.

Permodenan dalam sistem penjagaan kesihatan dan perawatan tidak dapat dilakukan tanpa komputer. Sedar atau tidak, hospital amat bergantung kepada komputer untuk berfungsi lebih effisien dan sejajar dengan jangkaan masyarakat. Kebergantungan kita sebagai staff hospital kepada komputer telah menghampiri seratus peratus. Kerosakan kepada komputer dan peralatan berkaitan seperti pencetak dan rangkaian akan menjejaskan perkhidmatan.

Sebagai staff di hospital ini, anda tidak patut melakukan kelalaian dalam menjaga keselamatan dan kebajikan komputer. Setelah menyedari begitu banyak kepentingan komputer dalam melaksanakan perkhidmatan hospital, sewajarnya kita mematuhi arahan keselamatan ICT dan berusaha untuk mengelak berlaku kerosakan komputer dengan kerap.

Welly Welson Sominding F32, Unit ICT Hospital Labuan

Reference: http://www.unc.edu

Page 4: KOMPUTER DI HOSPITAL€¦ · Penilaian Pemantauan pesakit Dokumentasi Teleperubatan Menyimpan Rekod Perubatan Di Hospital Labuan ini, penggunaan komputer dalam perkhidmatannya adalah

CRYPTOCURRENCIES

Matawang kripto

Revolusi mata wang tak dapat dibendung lagi, semakin banyak projek berasaskan mata

wang kripto mengegarkan asas teknologi dan kewangan yang sedang dominan. Beribu-

ribu mata wang kripto sudah wujud dan beratus-ratus sedang aktif diurus niaga.

Berdasarkan coinmarketcap, jumlah mata wang kripto sekarang adalah

US$135,711,029,020 dan US$4,290,290,107 sedang diurus niaga dalam tempoh 24 jam.

Matawang kripto ialah asset digital yang direka untuk berfungsi sebagai medium

pertukaran menggunakan kriptografi untuk menjamin transaksi dan mengawal

penciptaan unit tambahan mata wang. Matawang kripto ialah subset mata wang

alternatif, atau khusus untuk mata wang digital.

Bitcoin menjadi matawang kripto ternyahpusat yang pertama pada tahun 2009. Sejak

itu, banyak matawang kripto telah diwujudkan. Ini kerap dikenali sebagai altcoins,

sebagai gabungan alternatif Bitcoin. Bitcoin dan terbitannya menggunakan kawalan

ternyahpusat berbanding dengan wang elektronik/sistem perbankan berpusat. Kawalan

ternyahpusat adalah berkaitan dengan penggunaan pangkalan data transaksi rantaian

blok (blockchain) Bitcoin yang berperanan sebagai lejar teredar.

Page 5: KOMPUTER DI HOSPITAL€¦ · Penilaian Pemantauan pesakit Dokumentasi Teleperubatan Menyimpan Rekod Perubatan Di Hospital Labuan ini, penggunaan komputer dalam perkhidmatannya adalah

Cara paling senang untuk faham apakah Bitcoin adalah dengan menganggap ia sebagai ‘emas’ digital. Kenapa emas? Kenapa bukan macam duit ringgit (duit fiat)? Sebab ia tak sama dengan duit Ringgit/Dollar adalah dari 3 segi:

1. Nilai duit berbeza ikut negara dan nilai dia bergantung kepada prestasi negara tersebut – contoh, kalau negara perang, matawang akan jatuh. Tapi nilai Bitcoin dan emas sama di mana-mana dalam dunia ini.

2. Duit diuruskan oleh bank, Bitcoin diuruskan oleh pengguna sendiri (atau mungkin lebih tepat; oleh teknologi).

3. Duit boleh dicetak ikut keperluan, Bitcoin dan emas hanya boleh dilombong dan jumlahnya terhad.

Jadi ia lagi mirip macam emas, berbanding duit fiat. Dan, ia menjadi platform terbaik jual beli di alam digital, sebab ia memang lahir secara digital dengan bertujuan untuk menjadi matawang digital. Persamaan dengan duit biasa? Keduanya boleh digunakan untuk beli barang atau servis yang guna sistem online (walaupun tak banyak lagi sistem/bisnes yang terima Bitcoin di Malaysia, ia semakin bertambah dari hari ke hari). OK, sekarang anda tahu Bitcoin adalah duit digital yang boleh dipakai untuk jual beli online, yang sifatnya mirip-mirip macam emas. Bezanya Bitcoin dalam digital, tak boleh pegang, tak boleh rasa dan tak boleh cetak.Kerana sifatnya macam emas, Bitcoin boleh dilombong, boleh dijual, dibeli dan dijadikan salah satu pelaburan. Dan macam emas, apabila semua Bitcoin habis dilombong, tak akan ada Bitcoin baru lagi. Setakat hari ini, sudah 15.2 juta Bitcoin dilombong dari 21 juta semuanya. Jadi, cuma 1/3 saja yang tinggal untuk dilombong. Reference:

1. https://www.thevocket.com/pelaburan-bitcoin/

2. https://blockgeeks.com/guides/what-is-cryptocurrency/

ADAKAH BITCOIN SELAMAT??

Bitcoin menggunakan teknik kriptografi. Semua urus niaga Bitcoin menggunakan kunci awam dan kunci persendirian. Semua orang boleh melihat kunci awam, yang merupakan alamat Bitcoin anda. Tetapi hanya anda tahu kunci persendirian. Apabila kedua-dua kekunci digabungkan, anda akan mendapat tandatangan anda.

Dengan cara ini, semua transaksi adalah selamat dari manipulasi luar. Bitcoin juga menggalakkan privasi. Ia tidak memerlukan anda untuk memberikan maklumat peribadi dan kewangan bagi setiap urus niaga.

PELABURAN BITCOINS, ADAKAH PELUANG ATAU MUSIBAH?