104167073 aplikasi pendekatan kodaly

Upload: nazri-hussein

Post on 03-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 104167073 Aplikasi Pendekatan Kodaly

    1/6

    APLIKASI PENDEKATAN KODALY

    PENGENALAN

    Bahagian ini member pendedahan yang ringkas tentang kaedah Kodaly dalam Pengajaran

    Pembelajaran Muzik.Fokusnya ialah komponen yang terdapat di dalam kaedah ini.Latihan

    amali dalam teknik Kodaly merupa bahagian yang penting di mana anda boleh mengamalkan

    untuk memahaminya sebelum anda mengaplikasikannya di dalam pengaaran dan

    pembelajaran.Anda diberi peluang untuk membuat pengajaran mikro dengan member focus

    kepada tonik solfa,isyarat tangan,notasi,symbol dan sebutan irama yang boleh disalurkan

    melalui nyanyian.

    OBJEKTIF

    Di akhir topik ini,anda seharusnya dapat:

    1. Menyenaraikan komponen yang terdapat di dalam kaedah Kodaly

    2. Membandingkan beza antara pendengaran dalaman dan pendengaran yang biasa

    3. Mengamalkan nynyian solfa,isyarat tangan dan sebutan irama dan notasi lidi dengan

    tepat

    4. Mengaplikasikan sekurang-kurangnya satu daripada tiga teknik teknik Kodaly di

    dalam pengajaran dan pembelajaran dan

    5. Melaksanakan pengajaran mikro dengan berkesan

    GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

    Topik ini mengandungi banyak aktiviti hands on melalui latihan amali.Di samping

    didedahkan dengan kaedah Kodaly anda perlu mengamalkan teknik Kodaly secara latih tubi

    supaya anda dapat memahaminya dan juga dapat mengaplikasikan teknik tersebut di dalam

    bilik darjah.Di dalam topik ini anada akan menjalani pengajaran mikro dengan member focus

    kepada teknik Kodaly.

  • 7/28/2019 104167073 Aplikasi Pendekatan Kodaly

    2/6

    KOMPONEN KAEDAH KODALY

    Komponen kaedah Kodaly meliputi lima perkara di bawah ini:

    3.1.1 Kaedah Kodaly secara berturutan

    3.1.2 Nyanyian

    3.1.3 Pendengaran dalaman

    3.1.4 Penghafazan

    3.1.5 Improvisasi

    3.1.1 Kaedah Kodaly secara berturutan

    Di dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi teknik Kodaly biasanya

    disalurkan melalui kegiatan menyanyi secara berturutan daripada prinsip bunyi sebelum

    symbol,mudah kepada kompleks dan konkrit kepada abstrak.

    KONSEP IRAMASalah satu unsure muzik yang ketara yang boleh dijadikan contoh di sini ialah irama.Irama

    yang asas di dalam kaedah ini ialah irama yang bersamaan dengan pergerakan harian kanak-

    kanak seperti berjalan (krocet-mempunyai nilai 1 kiraan) dan berlari (kuaver-mempunyai

    nilai kiraan) lain-lain pergerakan yang sesuai.Kanak-kanak tidak dapat memahami konsep

    semibreve dengan mudah memandangkan nilainya yang mempunyai 4 kiraan di mana ia tidak

    terdapat di dalam perlakuan mereka setiap hari.

    Di dalam pemahaman konsep irama,meter atau tanda masa yang laziam duaan dan empatan

    digunakan.Kebanyakan lagu-lagu kanak-kanak dan permainan mempunyai meter 2.Jenis lagu

    ini sesuai dijadikan permulaan pemahaman konsep irama.Meter tigaan hanya diperkenalkan

    setelah kanak-kanak dapat mengikuti dab merasai meter duaan dan empatan dengan

    baik.Konsep irama dan sebutannya akan diterangkan dengan lebih jelas pada bahagian

    simbol,notasi lidi dan sebutan irama.

    Unsur-unsur muzik yang lain seperti bentuk,harmoni,tempo,dinamik boleh diatur dan disusunsecara berturutan dalam kaedah ini.

  • 7/28/2019 104167073 Aplikasi Pendekatan Kodaly

    3/6

    KONSEP MELODI

    Di samping konsep irama,konsep meodi juga perlu diperkenalkan secara berturutan.Mengikut

    perkembangan muzikal kanak-kanak,mereka hanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan tidak

    dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat.Oleh yang demikian konsep melodi perlu

    diperkenalkan dengan 2 pic dahulu, so dan mi yang mempunyai jeda minor ke 3.Mengikut

    kebiasaan corak jeda ini memang terdapat di dalam kehidupan harian mereka.

    Contohnya panggilan nama mereka di rumah:

    Corak perkembangan muzikal kanak-kanak didapati serupa di seluruh dunia.Di dalam kajian

    konsep melodi,jeda minor 3 dan major ke 2 merupakan jeda-jeda yang sama dan lazim

    digunakan dari negara Jepun,Amerika Syarikat hinggalah ke Hungary.Jeda minor ke 3 (so-

    mi),jeda major ke 2(so-la)dan perfek ke 4 (mi-la) selalunya terdapat dalam nyanyian solfa

    sing song chants.

    Berikut adalah cirri-ciri perkembangan muzikal (konsep melodi) kanak-kanak yang perlu

    diambil kira sebelum kaedah berturutan ini dijalankan.

    Renj untuk kanak-kanak menyanyi dengan selesa dalam pic yang tepat adalah terhad kepada

    5 atau 6 ton dalam whole tone.Kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk menyanyi dalam

    pic yang tepat jika terdapat semiton di dalam melodi yang dinyanyikan.

    Ton yang menurun lebih mudah untuk kanak-kanak mempelajari dan meniru daripada ton

    menaik.ini menunjukkan permulaan pembelajaran dalam corak tonal lebih baik didahulukan

    melalaui lagu-lagu yang mengandungi rangkain pic menurun.

  • 7/28/2019 104167073 Aplikasi Pendekatan Kodaly

    4/6

    Kanak-kanak lebih mudah menyanyi pic yang melompat daripada pic yang bergerak rapat:

    Not G ke E lebih mudah dinyayikan daripada G ke F#.Lompatan pic yang oktaf adalah paling

    sukar bagi kanak-kanak untuk menyanyikannya.

    Mengiku kajian yang dijalankan Renj kanak-kanak di dalam pengajaran pembelajaran kaedah

    Kodaly,biasanya kanak-kanak akan memulakan dengan nada pic atas dalam jeda minor ke 3

    F#.Ini bermakna lagu-lagu yang di dalam nada D,Eb dan E adalah yang paling sesuai.

    3.1.2 Nyanyian

    Suara merupakan satu alat muzik semula jadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua

    orang.Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat melahirkan perasaangembira,saying,sedih,mengharap dan seronok.Cara yang baik bagi kanak-kanak

    menggunakannya dengan berkesan.

    3.1.3 Pendengaran dalaman

    Pendengaran dalaman atau inner hearing merupakan kemahiran yang agak kompleks dan

    sukar dijelaskan.Ia melibatkan kemahiran mendengar atau selalu disebut sebagai

    memikirkan sesuatu unsure muzik seperti melodi atau irama di dalam mental seseorangtanpa membunyikannya.Walaupun ia bukan mudah untuk dicapai namun ia boleh diajar

    kepada kanak-kanak melalui teknik permainan yang mudah dan menyeronokkan.

    Pendengaran dalaman memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kemahiran

    muzik seperti nyanyian,permainan alat dan lain-lain bidang muzik justeru ia boleh

    diketepikan.

    Berikut adalah beberapa aktivitu kemahiran pendengaran dalaman yang boleh digunakan

    dalam pengajarab pembelajaran muzik:

    Permainan Mesej Rahsia.Guru memberikan sehelai nota yang mengandungi mesej rahsia

    kepada seorang murid.Murid tersebut membaca nota tersebut dan menyanyikan secara

    berbisik di telinga guru.

    Sebelum memulakan pengajaran guru meminta murid membaca latihan atau menyanyi engan

    lambat serta senyap (di dalam kepala).

  • 7/28/2019 104167073 Aplikasi Pendekatan Kodaly

    5/6

    Meneka lagu.Guru menggunakan isyarat tangan kepada sesuatu melodi dan meminta murid-

    murid menyanyikan dengan senyap di dalam kepala.Setelah guru member masa untuk

    merasai melodi itu,guru akan meminta menyanyikan lagu tersebut di hadapan kelas.(Murid

    juga boleh menggantikan tempat guru.Alternatif yang lain ialah menggunakan papan solfa

    fan peninjuk)

    Memikir not ke 5 (atas atau bawah).Contohnya,satu lagu rakyat dipilh mempunyai G

    sebagai do.Murid-murid menyanyi dua bar pertama dan ia adalah not E dan apabila sampai

    ke bar ketiga terdapat perubahan nada ke D = do dan secara automatisnya menyanyikan not B

    (yang sepatutnya mi) sebagai la.

    Tahap yang tertinggi bagi seseorang yang telah menguasai pendengaran dalaman ini ialah

    apabila ia dapat menganalisis skor orkestra dan mendengar karya tersebut di dalam

    kepalanya.

    3.1.4 Penghafazan

    Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan cara

    menghafaz atau learning by heart.Namun ada cara yang lebih menarik dalam

    memperkembangkan aspek ini.Ini boleh dilakukan melalui teknik permainan.

    Contoh 1

    Guru membuat isyarat tangan dan murid menghafaznya sambil :berfikir melodi

    tersebut.Murid membuat isyarat tangan serta menyanyikan melodi itu kepada solfa.

    Proses diulang dengan motif-motif yang pendek.(setelah latihan dijalankan berkali-kali murid

    diberi latihan dengan menggunakan motif yang lebih panjang)

    Contoh 2

    Guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafazan.murid diberi sehelai kertas di

    mana di bahagian kiri telah diisi dengan not-not pada baluk.Di bahagian kanan pula

    dikosongkan.

    Murid mrndengar guru memainkan 2 atau 3 not di kibod berulang-ulang.Murid digalakkan

    berfikirdahulu sebelum menulis balik pada baluk di sebelah kanan.Setelah selesai

  • 7/28/2019 104167073 Aplikasi Pendekatan Kodaly

    6/6

    menulis,murid menyanyi not-not yang ditulis di baluk tadi.(aktiviti ini boleh menggunakan

    simbol atau notasi lidi dengan nama solfa)