101203192 penulisan ilmiah mengetahui falsafah dalam pendidikan awal kanak kanak

Upload: hairilmason

Post on 03-Apr-2018

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    1/20

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    2/20

    ISI KANDUNGAN

    BIL. ISI KANDUNGANMUKA

    SURAT

    1 PENGENALAN2 FALSAFAH PENDIDIKAN DAN KEPENTINGAN GURU

    MENGETAHUI MENGENAINYA.

    3IDEA DAN TEORI AHLI FALSAFAH YANG BOLEH

    DIAPLIKASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    4 KESIMPULAN5 RUJUKAN

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    3/20

    PENGENALAN

    Menurut Kamus Dewan edisi empat, pendidik atau lebih mesra di panggil sebagai cikgu

    atau guru merujuk kepada individu yang mengajar, mendidik, dan mengasuh secara formal

    atau pun tidak formal. Guru adalah faktor penyumbang yang paling penting kepada kejayaan

    sesuatu program, taska atau taska. Guru yang berkualiti akan memastikan program asuhan dan

    didikan awal kanak-kanak sama ada di taska atau tadika yang dirancang dan dilaksanakan

    dengan sempurna, berkesan dan bermakna. Guru taska atau tadika mempunyai peranan yang

    agak berbeza jika dibandingkan dengan guru yang mengajar di peringkat sekolah rendah dan

    menengah. Seorang guru taska, tadika atau lebih dianggap sebagai guru dalam pendidikan

    awal kanak-kanak bukan sahaja melibatkan didikan dari segi akademik bahkan dari segi

    asuhan juga.

    Sekira seorang guru taska atau tadika itu seorang yang mementingkan penjagaan yang

    berkualiti, perkara pertama yang diutamakan olehnya adalah mengetahui falsafah pendidikan

    awal kanak-kanak dan aplikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran. Falsafah berasal

    daripada perkataan Greekphilosophia yang bermakna love of wisdom. Istilah falsafah pertama

    kali digunakan oleh Pythagoras yang membahagikan manusia kepada tiga jenis, iaitu:

    Orang yang gemar akan keseronokan.

    Orang yang gemar akan aktiviti. Orang yang gemar akan kebijaksanaan (wisdom)

    Socrates pernah menyatakan bahawa fungsi falsafah adalah untuk mendapatkan

    pengetahuan kendiri (self-knowledge) manakala Plato pula berpendapat bahawa matlamat

    falsafah adalah untuk memperoleh kebenaran yang mutlak. Bagi Aristotle disiplin ini

    berkaitan dengan penyelidikan sebab-sebab dan prinsip sesuatu benda.

    Dari pandangan tokoh islam seperti Omar Al-Syaibani (1991), dalam mengehuraikan

    pengertian falsafah beliau menyatakan bahawa falsafah bukanlah hikmah itu sendiri, tetapi

    cinta akan hikmah dan berusaha untuk mendapatkannya. Seterusnya beliau berkata

    ...hikmah yang dicintai oleh filosof dan selalu berusaha mencapainya

    mengandungi lima unsur iaitu universal, pandangan yang luas cerdik,

    pandangan secara merenung (meditative) dan mengetahui pelaksanaan

    pengetahuan yang disertai dengan tindakan yang baik (hlmn. 26)

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    4/20

    Selain itu terdapat juga ahli falsafah yang mendefinisikan falsafah sebagai the

    process of asking question. Definisi ini telah diutarakan oleh Shofield yang juga

    menggunakan kaedah persoalan untuk mendapatkan pengetahuan yang benar (true

    knowledge). Shofield menyatakan falsafah menggunakan persoalan untuk menjelaskan

    idea-idea seseorang untuk menghapuskan kesalahan yang terdapat dalam pemikiran

    orang itu. Beliau juga percaya bahawa seseorang individu menerima pemikiran orang

    lain secara sekunder tanpa membuat penyelidikan serta terus sahaja menggunakan

    maklumat tersebut tanpa memahaminya dengan betul.

    Definisi yang dipakai dan diperkenalkan oleh Shofield sesuai dengan pendidikan

    awal kanak-kanak kerana kanak-kanak akan selalu menyoal guru tentang sesuatu

    perkara yang ingin di ketahuinya. Peranan guru adalah untuk menjelaskan apa yang

    ingin diketahui oleh kanak-kanak tersebut. Dalam kehidupan seharian falsafah umum

    ditakrifkan sebagai pandangan hidup, cara hidup, atau prinsip-prinsip yang dipercayai

    seseorang dalam kehidupan dan dijadikan panduan dalam tindakan, pilihan dan

    keputusannya.

    FALSAFAH PENDIDIKAN DAN KEPENTINGAN GURU MENGETAHUI

    MENGENAINYA.

    Falsafah pendidikan pula adalah satu set kepercayaan tentang bagaimana kanak-kanak

    berkembang dan belajar serta bagaimana meraka sepaputnya diajar. Falsafah hidup seseorang

    akan menentukan apa yang akan diajar kepada kanak-kanak. Morrison (2001) menyebut

    Your philosophy of education is based on your philosophy of life. What you

    believe about yourself, about others, and about life infuses and determines

    your philosophy of education (hlmn. 13)

    Falsafah pendidikan yang dipegang oleh seseorang guru akan membantunya

    menentukan arah dan matlamat pengajrannya. Keyakinan guru tentang bagimana kanak-kanak

    belajar dengan baik akan menentukan pemilihan strategi dalam pengajarannya, sama ada iaingin menggunakan kaedah pengajaran secara individu atau mengajar cara yang sama untuk

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    5/20

    setiapa kanak-kanak. Falsafah guru juga akan mennentukan sama ada guru itu akan

    membiarkan kanak-kanak melakukan aktiviti untuk diri sendiri atau guru membantu mereka

    dalam membuat aktiviti.

    Pengetahuan tentang falsafah pendidikan penting kerana guru perlu mempunyai

    matlamat dalam segala tindakannya. Pengetahuan tentang idea-idea yang dikemukakan oleh

    ahli falsafah yang terdahulu dapat membantu guru memilih program untuk kanak-kanak di

    bawah jagaannya. Pengetahuan ini memberi keyakinan kepada guru tersebut menjalankan

    tugasnya.

    Morrison (1995) memberi beberapa sebab mengapa guru atau pengamal pendidikan

    taska atau tadika serta prasekolah perlu mengetahui idea dan teori yang dikemukakan oleh

    tokoh-tokoh pendidik. Di antaranya adalah dapat mengetahui bahawa idea yang terdapat pada

    hari ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi sesuatu yang dilahirkan semula (reborn) dan idea

    atau amalan yang baik sudah wujud sebelum ini dan diamalkan beberapa kali dalam jangka

    masa sepuluh hingga dua puluh tahun. Idea-idea lama yang baik seperti pendekatan child-

    centered education boleh diaplikasikan semula dalam amalan pendidikan masa ini. Namun

    sekiranya terdapat beberapa aspek yang tidak bersesuai dengan arus pada masa kini, guru

    harus bijak dalam menubah suai dan menyesuaikannya sesuai dengan amalan pendidikan pada

    masa kini dan tahap kanak-kanak pada masa kini yang lebih maju contohnya dari segi

    pengetahuan IT dan dari segi pendedahan terhadap dunia sekeliling.

    Idea-idea ahli falsafah boleh membantu guru dalam memahami cara-cara melaksanakan

    strategi pengajaran. Contohnya Rousseau, Froebel dan Montessori percaya bahawa kanak-

    kanak hendaklah dididik dengan penuh kemuliaan dan penghormatan. Selain itu teori-teori

    tentang bagaimana kanak-kanak membesar, berkembang, dan belajar telah membentuk

    pendidikan dan amalan penjagaan kanak-kanak pada hari ini. penerokaan dan penganalisisan

    dan penemuan idea-idea falsafah boleh memberikan inspirasi dan ilham kepada pendidik awal

    kanak-kanak untuk menilai semula pendapat yang dipegang selama ini dan menjadi dorongan

    kepada guru untuk melakukan yang terbaik.

    White dan Coleman (2000) menyatakan bahawa falsafah pendidikan yang dipegang

    oleh seseorang guru bukan sahaja membantunya dalam berinteraksi dengan kanak-kanak

    malah membantunya memahami amalan pengajaran dan dapat membezakan apa yang

    diamalkan dengan apa yang diamalkan oleh guru-guru lain.

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    6/20

    Mengajar kanak-kanak pada peringkat awal berbeza jika dibandingkan dengan mengajar

    kanak-kanak di peringkat sekolah rendah yang terikat dengan silabus dan berbentuk lebih

    formal. Dalam pendidikan awal kanak-kanak pula, guru perlu kreatif dan fleksibel dalam

    mengajar kanak-kanak. Mereka juga perlu peka akan tahap perkembanagn dan cirri-ciri

    peribadi kanak-kanak tersebut.

    IDEA DAN TEORI AHLI FALSAFAH YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    Terdapat pelbagai falsafah dan pendekatan bagi mengendalikan pengajaran dan

    pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Beberapa orang ahli falsafah yang idea dan

    teori yang diutarakan oleh mereka yang sentiasa mempengaruhi pendidikan awal kanak-kanak

    dan seharusnya diketahui dan dijadikan rujukan dalam mengaplikasikan teori pendidikan awal

    kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran, antara nya ialah:

    John Comenius

    Comenius (1592 1670) mempercayai semua kanak-kanak perlu menghadiri sekolah.

    Mereka belajar berkomunikasi melalui aktiviti lisan, menulis melalui aktiviti penulisannya

    dan berfikir melalui aktiviti yang membenarkan mereka berfikir dan belajar secara aktif.

    John Comenius John Locke Jean JacquesRousseau

    Johann HeinrichPestalozzi

    FriedrichFroebel

    MariaMontessori

    Jean Piaget Lev Vygotsky

    HowardGardner

    Imam al-Ghazali

    Ibnu Khaldun

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    7/20

    Beliau juga percaya bahawa pendidikan haruslah berdasarkan keadaan semula jadi,

    kecendurungan dan pengalaman kanak-kanak. Oleh itu seorang guru pendidikan awal kanak-

    kanak yang mementingkan penjagaan yang berkualiti perlu membuat pemerhatian terhadap

    kebolehan dan keupayaan kanak-kanak dan tidak harus memaksa kanak-kanak mempelajari

    sesuatu yang mereka belum sedia.

    Beliau juga menekankan pembelajaran yang melibatkan penggunaan deria.

    Pembelajaran dapat mencapai matlamat apabila melibatkan deria dan pendidikan yang

    menggunakan deria dianggap asas kepada semua pembelajaran. Guru haruslah menyediakan

    bahan pengajaran yang terdiri daripada bahan maujud dan asli. Bahan-bahan ini perlu dibawa

    berhampiran dengan kanak-kanak.

    Berikut adalah antara prinsip pengajaran yang dinyatakan oleh Comenius yang boleh

    dijadikan panduan dalam mengaplikasikan pengajaran danpembelajaran di tadika atau taska.

    Comenius menyatakan pendidikan akan lebih mudah jika:

    Bermula pada peringkat awal semasa otak masih bersih. Semasa otak bersedia untuk menerimanya. Bermula daripada umu kepada khusus. Daripada senang kepada susah. Tidak dibebankan dengan terlalu banyak matapelajaran. Proses tidak terlalu cepat. Berdasarkan umur dan kaedah yang betul. Diajar dengan menggunakan deria. Bahan pengajaran dipamerkan. Semua bahan yang diajar mengikut kaedah yang sama.

    John Locke

    John Locke memfokuskan kepda pembinaan budi perkerti, perkembanagn moral,

    fizikal, dan mental. Locke menganggap proses pembelajaran lebih penting daripada hasil

    pembelajaran dan dengan ini proses pembelajaran dianggapnya sebagai matlamat terakhir

    pendidikan. Menurut Locke juga, seseorang individu menerima pengetahuan hasil

    pengalamannya yang dikaitkan dengan istilah tabula rasa atau blank slate. Locke

    menganggap kanak-kanak seperti kertas putih. Pengalaman persekitaran akan mencorakkankanak-kanak. Locke yakin bahawa pengalaman mempengaruhi keadaan seseorang.

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    8/20

    Beliau turut menekan penggunaan deria sebagai kaedah pendidikan yang berkesan

    untuk kanak-kanak. Locke juga mengakui kepentingan permainan kerana pengajaran yang

    menggunakan kaedah permainan menjadikan kanak-kanak belajar dengan cepat dan mereka

    akan berasa seronok.

    Jean Jacques Rousseau

    Rousseau (1712 -1778), pandangannya dalam bidang pendidikan kanak-kanak disebut

    sebagai naturalism yang bermakna meninggalkan pengaruh masyarakat yang penuh dengan

    kepura-puraan. Pendidikan bercorakkan naturalism ini membenarkan perkembangan individu

    tanpa gangguan dan paksaan. Bagi belai pendidikan secara semula jadi atau natural dapat

    mempertingkatkan kualiti seperti kegembiraan, kespontanan dan inkuisitif.

    Dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak Rousseau melihat perkembangan kanak-

    kanak sebagai satu proses yang tidak boleh dipaksa ataupun dikawal. Menurut Rousseau,

    pendidikan kanak-kanak ada kaitan dan berasaskan cirri-ciri semula jadi kanak-kanak.

    Berdasarkan teori beliau, perkembangan kanak-kanak berlaku secara berperingkat, iaitu:

    Kanak-kanak baru lahir hingga lima tahun belajar melalui aktivitifizikal.

    Kanak-kanak berusia lima tahun hingga 12 tahun belajar melalui

    penerokaan.

    Dari segi kaedah pengajaran Rousseau menghendaki guru-guru mengalakkan kanak-

    kanak berkembang mengikut kebolehan semula jadi mereka. enurut Morrison, (1995)

    Parents and teachers allow children to develop according to their abilities,

    do not interfere with development by forcing education and tend not to

    overprotect them from the corrupting influences of society (hlmn. 60).

    Guru perlu membuat pemerhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dan

    menyediakan pengalaman-pengalaman berdasarkan masa yang sesuai. Pendidikan pada

    pandangan Rousseau berlaku melalui tiga punca, iaitu keadaan semula jadi, manusia dan

    benda. DalamEmile, Rousseau menyebut:

    All that we lack at birth and need when grown up is given bu education. This

    education comes to us from nature, from man, or from things. The internal

    development of our faculties and organs is the education of nature..it is not

    enough merely to keep children alive. They should learn to bear the blows of

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    9/20

    fortune; to meet either wealth or poverty, to live if need be in the frosts of

    iceland or on the sweltering rock of Malta (Morrison 1995:61)

    Johann Heinrich Pestalozzi

    Pestalozzi (1746 -1827) yang terpengaruh dengan konsep semula jadi Rousseau telah

    mengasuh anaknya Jean-Jacques dengan menggunakan Emile sebagai panduan. Namun

    Pestalozzi menghadapi kegagalan dalam mendidik anaknya berdasarkan idea Rousseau. Apa

    yang dapat dipelajari daripada kegagalan Pestalozzi ini ialah guru pendidikan awal kanak-

    kanak tidak harus bergantung sepenuhnya pada inisiatif kanak-kanak dan mengharapkan

    kanak-kanak sendiri mempelajari apa yang perlu diketahuinya. Pestalozzi percaya bahawa

    teknik mengajar secara mengingat dan menghafal adalah tidak berkesan.

    Salah satu sumbangan Pestalozzi yang berharga ialah pembentukan kaedah yang

    bersesuaian dengan keperluan individu. Mengikut Pestalozzi, kanak-kanak perlu mengambil

    bahagian dalam aktiviti yang bermakna dan berasaskan pengalaman hidup sebenar. Beliau

    juga mencadangkan supaya kanak-kanak diajar secara berperingkat-peringkat berdasarkan

    kebolehan dan usaha mereka sendiri. Kaedah pengajaran Pestalozzi menekankan penerokaan

    melalui pengalaman deria. Berdasarkan kepercayaan beliau ini beliau membentuk kaedah

    pengajaran berdasarkan objek.

    Pestalozzi juga menggalakkan aktiviti yang berbentuk kumpulan dan terdiri daripada

    kanak-kanak yang berbeza dari segi umur. Dalam kumpulan sebegini kanak-kanak yang lebih

    besar dapat membantu kanak-kanak yang lebih kecil.

    Friedrich Froebel

    Sumbangan Froebel dalam pendidikan ialah dalam bidang pembelajaran, kurikulum,

    metodologi pengajaran dan latihan guru. Konsepnya tentang kanak-kanak dan bagaimana

    mereka belajar adalah berasaskan idea yang diistilahkan sebagai unfoldingyang sebelum itu

    telah diasaskan oleh Comenius dan Pestalozzi. Peranan guru ialah membuat pemerhatian

    terhadap natural unfoldingdan menyediakan aktiviti yang membolehkan kanak-kanak belajar

    apabila mereka sudah bersedia untuk belajar. Selain itu guru juga berperanan dalam

    mengembangkan kualiti yang diwarisi untuk belajar. Oleh itu guru dianggap sebagai pereka

    bentuk pengalaman dan aktiviti kanak-kanak.

    Froebel menganggap kanak-kanak seperti benih yang baru ditanam kemuadian

    bercambah dan mula mengeluarkan pucuk. Selepas tumbuh pokok itu membesar. Beliaumengumpamakan guru sebagai tukang kebun. Didalam kebunnya yang dipenuhi kanak-kanak,

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    10/20

    mereka dididik dalam suasana yang tertutup, penuh dengan keharmonian dalam keadaan

    semula jadi. Bagi Froebel kindergarden perlu dipenuhi dengan keindahan untuk menarik

    perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya kindergarden dicat dengan warna terang, bilik

    dapat pencahayaan yang cukup dan dipenuhi dengan tanaman, binatang dan gambar. Untuk

    memberikan keselesaan kepada kanak-kanak kindergarden perlu dilengkapi dengan kerusi

    meja dan perabot yang sesuai. Tempat itu harus selesa dan mudah untuk menjalankan aktiviti.

    Froebel berpendapat bahawa pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-

    kanak. Pendidikan hendaklah berasaskan keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Disebabkan

    kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan, mereka hendaklah dianggap sebagai

    kanak-kanak dan perlu diberikan kebebasan. Bagi beliau kindergarden adalah tapak semaian

    bagi latihan masyarakat seperti kerjasama, menggunakan daya usaha sendiri, menjaga

    kebersihan dan menggalakkan kesihatan yang baik.

    Dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran, Froebel menekankan kaedah bermain

    dan belajar melalui praktikal. Beliau menyatakan bahawa bermain itu kehidupan dan

    merupakan tahap yang tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bermain kanak-

    kanak dapat melahirkan keunikan mereka. Bermain sesuatu strategi dalam pendidikan

    dianggap sumbangan Froebel yang terbesar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

    Menurut Morrison (1995: 65)

    Children unfold their uniqness in play and it is the area of unfolding and

    learning through play that Froebel makes one of his greatest constibutions

    to the early childhood curriculum

    Selain konsep bermain, Froebel juga menekankan latihan pekerjaan untuk kanak-kanak.

    Shapiro (1983: 22) telah memetik kata-kata Froebel,

    I desire that in the future all institutions in Germany for education and

    care of little children, all that are based on games and occupations, all that

    worthily correspond to the childs nature and the mans being, may be

    called by this name kindergarden

    Dari segi jadual waktu beliau berpendapat bahawa jadual waktu pengajaran

    kanak-kanak tidak terbatas. Froebel telah mencipta pelbagai latihan bagi setiap

    peringkat perkembangan kanak-kanak. Untuk melatih kanak-kanak dengan aktiviti

    menggenggam dan memegang, Froebel telah mencipta alat-alat geometri yang menjadibahan permainan kanak-kanak. Bahan ini diberi nama hadiah atau gift. Selain itu

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    11/20

    Froebel turut membentuk kurikulum untuk melatih kanak-kanak bekerja yang

    dinamakan occupations, permainan, nyanyian, pengajian tentang alam semula jadi dan

    bahasa dan matematik untuk kanak-kanak memahami prinsip universal. Matlamat

    pendidikan Froebel adalah mengembangkan aspek fizikal, kognitif dan sosial kanak-

    kanak.

    Menurut Froebel lagi, bagi mengajar kanak-kanak secara berkesan, seorang guru

    perlu menarik minat dan perhatian kanak-kanak. Apabila perhatian dan perasaan ingin

    tahu kanak-kanak terusik, secara tidak langsung mereka terdorong untuk belajar sesuatu

    yang baru.

    Maria Montessori

    Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar

    melalui bermain. Mengikut beliau dalam keadaan bermain kanak-kanak sebenarnya bekerja

    bersungguh-sungguh bagi menguasai sesuatu kemahiran. Seperti Pestalozzi, beliau juga

    menyarankan kanak-kanak menggunakan deria bagi meneroka persekitaran dan menambah

    pengetahuan mereka.

    Montessori percaya kanak-kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti

    apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Guru pun merupakan pemudah

    cara dalm proses pembelajaran kanak-kanak. Guru menyokong kanak-kanak apabila mereka

    menunjukkan kesediaan mempelajari sesuatu, secara menjawab soalan dan membantu mereka

    ketika bantuan diperlukan. Bagi Montessori guru adalah pemudah cara sahaja, bukan penentu

    bentuk atau jenis pengajaran yang harus diterima oleh kanak-kanak.

    Dari kaedah pengajaran beliau menekankan kaedah yang bersesuaian dengan masalah

    pembelajaran kanak-kanak. Alat mengajar yang disediakan perlu mempunyai cirri-ciri khas

    supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria. Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya

    menekankan penggunaan deria dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Mengikut Montessori, guru perlu melayan kanak-kanak dengan baik. Mereka perlu

    dilayan seperti kanak-kanak dan bukannya seperti orang dewasa. Guru tidak boleh memaksa

    kanak-kanak menerima idea mereka. Montessori pernah menyebut:

    In conclusion we may say that the adult looks upon himself as the childs

    creator and judge the childs actiona as good or bad from the viewpoint of

    his own relations to the child. The adult makes himself the touch stone of

    what is good and evil in the child, the model upon which the child must be

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    12/20

    molded. Any deviation on the childs part from adult ways is regarded as an

    evil which the adult hastens to correct (Morrison, 1995:93)

    Montessori menganggap perkembangan sahsiah kanak-kanak akan terhalang sekiranya

    diberikan layanan yang tidak sesuai. Guru perlu membantu kanak-kanak dalam belajar

    melakukan aktiviti pilihan mereka sendiri. Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk

    membuat pilihan sendiri, pada masa yang sama mereka akn memperkembangkan kemahiran

    serta kebolehan mereka yang merupakan asas dalam pembelajaran yang berkesan, autonomi

    dan penghargaan kendiri yang positif.

    Britton (1992) yang melakukan pemerhatian mengenai teori Montessori, beliau

    menyatakan bahawa semua kanak-kanak mempunyai cirri yang universal. Ciri-ciri tersebut

    ialah:

    semua kanak-kanak mempunyai absorbent mind. semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitive. semua kanak-kanak ingin belajar semua kanak-kanak belajar melalui bermain/bekerja. semua kanak-kanak melalui pelbagai peringkat perkembangan semua kanak-kanak ingin berdikari

    Montessor mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-

    kanak pada peringkat awal. Antara konsep asas tersebut ialah:

    a)Minda yang mudah menyerap.Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu

    maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia

    diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian

    yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat

    kelahiran lagi.

    b)Persekitaran tersedia.Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah

    persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bagan yang menyokong

    perkembangan, pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila

    kanak-kanak memerlukannya. Bagi tujuan ini, bahan pembelajarn yang

    dipelih dengan teliti harus mampu untuk menarik minat kanak-kanak untuk

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    13/20

    meneroka dan menggunakannya mengikut minat dan keperluan

    perkembagan mereka. Peranan guru adalah menunjukkan ajar cara

    menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai, iaitu

    apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dengan menanyakan soalan

    atau memerhatikannya.

    c)Didikan diri.Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun

    pengalaman melalui aktivitit yang sesuai, apabila persekitaran mereka

    disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik.

    Kanak-kanak mampu untuk menyusun pengalaman mereka apabila terlibat

    dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru menurut Montessori lagi, tidak

    perlu untuk mengajar secara formal, meraka hanya menunjuk ajar dan

    membimbing kanak-kanak dalam pemilihan bahan dan aktiviti.Bahan

    pembelajaran Montessori biasanya berbentuk betul diri atau self

    correcting. Kanak-kanak dikehendaki meniru dan mengulangi apa yang

    mereka pernah perhatikan. Sekiranya cara mereka salah, mereka akan

    mendapat maklum balas langsung melalui hasil mereka dalam aktiviti

    tersebut.

    d)Bahan pembelajaran.Terdapat empat jenis bahan pembelajaran:

    Bahan untuk melatih kemahiran hidup Bahan sensori Bahan akademik Bahan seni dan budaya

    Guru hanya memberikan cara yang betul bagaimana menggunakan bahan

    pembelajaran selepas kanak-kanak membuat pilihan aktiviti berdasarkan

    minat mereka secara bebas dan suka rela. Menurut Montessori, matlamat

    kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak

    daripada segi penumpuan perhatian, kemahiran memerhati dan meneliti,

    kesedaran mengenai susunan dan peraturan, keseimbangan pergerakan,

    kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal, konsep matematik, kesedaran

    bahasa, kemahiran menulis dan membaca, kebiasaan dengan seni kreatif,

    pemahaman tentang alam sekitar, pengalaman dan pemahaman tentang sains

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    14/20

    sosial, dan pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis

    melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.

    e)Tempoh sensitifTempoh sensitive adalah tempoh yang paling sesuai kanak-kanak untuk

    menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila

    kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu

    dengan menanyakan soalan dan sentiasa tertarik untuk memerhati dan

    menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

    Jean Piaget

    Sumbangan Piaget dalam bidang awal kanka-kanak lebih berfokuskan kepada

    perkembangan kognitif kanak-kanak. Piaget berpendapat bahawa bayi dan kanak-kanak

    adalah pembelajar yang aktif. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada

    empat tahap iaitu deria motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Mengikut

    Piaget pengetahuan dibina melalui proses organisasi yang disebut asimilasi, akomodasi dan

    keseimbangan. Dari segi kurikulum dan program untuk awal kanak-kanak, Piaget

    mencadangkan supaya kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bermain, membuat uji kaji

    dan mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang berpandu. Pendekatan berasaskanteori Piaget turut menitikberatkan beberapa idea berikut:

    Secara semula jadi, setiap kanak-kanak terdorong untuk belajar. Kanak-kanak membina pengetahuan mereka melalui penerokaan dan

    pengalaman berinteraksi dengan persekitarannya.

    Persekitaran kanak-kanak perlu dilengkapi dengan bahan dan aktiviti yangmembenarkan mereka berinteraksi dengan persekitaran mereka.

    Pengalaman pembelajaran adalah berasaskan aktiviti penerokaan danpenemuan.

    Setiap pembinaan pengetahuan adalah unik Peranan guru bukan untuk memberi jawapan. Guru hanya membantu

    membina pengetahuan kanak-kanak dengan menggalakkan mereka

    meneroka persekitaran dan membimbing mereka dalam proses pembinaan

    pengetahuan.

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    15/20

    Kurikulum dan pengalaman pembelajaran disusun, berasaskan minat kanak-kanak dan memberi pendedahan kepada sesuatu pengalaman baru yang

    boleh mewujudkan rasa ingin tahu kanak-kanak.

    Proses mencari maklumat, menganalisis pengalaman dan membuatkeputusan lebih penting daripada mempelajari fakta. Kanak-kanak akan

    mempelajar banyak fakta dan konsep, tetapi setiap pengetahuan ini

    berasaskan konteks pembelajaran yang bermakna.

    Dalam membentuk kurikulum pengalaman adalah penting membenarkankanak-kanak memilih antara pelbagai jenis pengalaman yang dapat

    memberikan maklumat yang sama bergantung pada minat, kecenderungan

    dan peringkat perkembangan kanak-kanak.

    Lev Vygotsky

    Teori perkembangan Vygotsky amat berfaedah dalam memberikan gambarantentang

    perkembangan mental, bahasa dan sosial kanak-kanak. Vygotsky memberikan penekanan

    kepada kepentingan bermain dalam meningkatkan perkembangan bahasa dan sosial kanak-

    kanak. Vygotsky percaya bahawa interaksi sosial antara kanak-kanak dengan orang

    disekelilingnya dapat meningkatkan perkembangan mental, bahasa dan sosial kanak-kanak.

    Menurut Morrison (2001) berpendapat bahawa pendapat Vygotsky ini bertentangan dengan

    perspektif yang dipegang oleh Piaget yang menyatakan bahawa kanak-kanak sendiri yang

    mengembangkan kecerdasan dan bahasa mereka. Vygotsky menyebut bahawa:

    Learning awakens a variety of developmental processes that are able to

    operate only when the child is interacting with people in his environment

    and in collaboration with his peers.Once these process are internalized,

    they become part of the childs independent developmental achievement

    (Morrison 2001:82)

    Perkara penting lain yang diketengahkan oleh Vygotsky ialah interaksi sosial

    memainkan peranan penting dalam perkembangan kognisi. Beliau menyatakan,

    Every function in the childs cultural development appears twice: first, on

    the social level, and later on the individual level; first between people

    (interpsycological). This applies equally to voluntary attention, to logical

    memory, and to the formation of concepts. All the higher functions originate

    as actual relationship between individuals (Vygotsky 1978: 57)

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    16/20

    Aspek kedua yang dikenalkan oleh Vygotsky adalah teoriZon of Proximal Development

    (ZPD) iaitu perkembangan kognitif terbatas kepada masa-masa tertentu. Konsep ini

    menerangkan antara tahap perkembangan yang dicapai oleh kanak-kanak dengan cara bekerja

    sendiri atau penyelesaian masalah yang dilakukan oleh kanak-kanak tanpa bantuan orang lain

    dan tahap potensi perkembangan yang dicapai oleh kanak-kanak dengan panduan orang

    dewasa atau dengan kerjasama rakan sebaya yang lebih berkemampuan.

    Teori Vygotsky mencadangkan supaya kanak-kanak dibantu dengan memberikan

    penerangan dan menunjukkan cara kepada mereka. Mereka boleh mencapai tahap pemikiran

    aras tinggi jika mereka dibantu oleh orang dewasa yang berkebolehan.

    Howard Gardner

    Karya Gardner banyak memberikan focus kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak

    dan orang dewasa. Gardner mendapati kreativiti kanak-kanak menurun apabila mereka

    mencapai kematangan. Gardner membuat kesimpulan bahawa pada akhir zaman kanak-kanak,

    mereka lebih bergantung pada kemahiran bahasa yang dikuasai berbanding berkomunikasi

    dengan bahasa bukan lisan seperti lukisan.

    Antara sumbangan terbesar Gardner ialah teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple

    Intelligence). Gardner mendefinisikan kecerdasan sebagai the capacity to solve problems or to

    fashion product that are valued in one or more cultural setting. Gardner telah membahagikan

    kecerdasan kepada tujuh aspek iaitu:

    bahasa logic-matematik ruang (spatial) muzik kinestatik interpersonal intrapersonal

    Imam Al-Ghazali

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    17/20

    Dalam kitab Ihya Ulumiddin anak-anak adalah amanat di tangan ibu bapa. Hatinya

    yang suci adalah laksana mutiara yang berharga, indah bersih daripada segala garisan dan

    bentuk. Kanak-kanak akan menerima apa sahaja yang dibuat kepadanya dan cenderong

    kepada apa yang ditarik kepadanya.. Jika kanak-kanak dididik dengan perbuatan yang baik, ia

    akan membesar dalam persekitaran yang sedemikian dan akan menjadi manusia yang baik.

    Guru serta pengasuh dan semua orang yang mendidik nya akan mendapat pahala daripada

    Allah. Selain itu Imam Al-ghazali banyak menekankan mengenai adab makan. Bagi belai ibu

    bapa dan guru serta pengasuh harus mengingatkan kanak-kanak bahawa banyak makan adalah

    sifat yang tercela. Imam Al-ghazali mengumpamakan orang yang makan banyak sebagai

    binatang.

    Imam al-Ghazali mementingkan unsur ganjaran kepada kanak-kanak. Beliau

    menyatakan apabila kanak-kanak menunjukkan perlakuan atau prestasi yang baik mereka

    harus diberi ganjaran yang dapat menggembirakan hati mereka. Namun jika kanak-kanak

    melakukan kesalahan, orang dewasa seperti guru harus mengendahkannya dan tidak sesekali

    memalukan kanak-kanak itu dengan memberitahu orang lain. Tetapi sekiranya kesalahan

    tersebut berulang, kanak-kanak tersebut haruslah ditegur secara sembunyi dan menyatakan

    bahawa kesalahan mereka itu tidak sepatutnya dilakukan. Dalam menegur kanak-kanak guru

    hendaklah tidak terlalu bnayk memburuk-burukkan kanak-kanak tersebut.

    Imam al-Ghazali juga sangat menekankan aspek bermainkerana katanya bermain adalah

    sifat semula jadi kanak-kanak, boleh menyihatkan tubuh yang kecil, menguatkan otot kanak-

    kanak, mendatangkan kegembiraan dan dapat merehatkan mereka selepas penat belajar.

    Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa guru harus memandang bahawa mereka telah

    berbuat sesuatu perbuatan yang baik kerana mendidik jiwa anak-anak supaya hatinya dekat

    dengan Allah dengan menanamkan pengetahuan kepadanya. Antara nasihat lain imam Al-

    Ghazali kepada guru adalah:

    menjadi pengasuh yang kuat pegangan agama kerana ini memberikan kesankepada kanak-kanak

    Perbaiki kelakuan buruk kanak-kanak dengan rahmah bukan dengan caramenempelak.

    Mengajar sekadar kemampuan mereka. Jangan mengajar terlalu tinggi sehingga menyusahkan mereka. Guru hendaklah beramal dengan ilmu yang diajari

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    18/20

    Guru harus mengikut jejak Rasulullah S.A.W iaitu mengajar ilmu tanpamengharapkan balasan dan upah namun mengajar kerana Allah dan mencari

    keberkatan .

    Ibnu Khaldun

    Ibnu Khaldun juga merupakan salah seorang ahli falsafah Islam yang turut

    mempengaruhi pendidikan awal kanak-kanak dengan teori yang dikemukakannya. Dalam

    bidang pendidikan awal kanak-kanak, antara nasihat Ibnu Khaldun adalah:

    Kanak-kanak tidak harus diajar perkara yang susah. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah dengan berperingkat-

    peringkat dengan menggunakan latih tubi, dan bahan-bahan maujud sebagai

    alat bantu mengajar.

    Kanak-kanak tidak harus dibebankan dengan perkara-perkara di luarkemampuan mereka kerana hal ini akan menyebabkan mereka tidak mahu

    belajar, malas belajar dan mencerca pengajaran yang diberi.

    Ibnu Khaldun telah memperkatakan konsep-konsep kesediaan belajar, motivasi,

    pengukuhan, latihan, pemerhatian dan perbezaan individu. Dalam mendidik kanak-kanak

    beliau melarang guru mendidik dengan menggunakan kekerasan kerana didikan seperti ituakan menjadikan kanak-kanak pemalas, pembohong, dan berpura-pura kerana ingin

    menyembunyikan perkara sebenar.

    Dalam bukuMuqaddimah, Ibnu Khaldun menyebut:

    Kekerasan itu boleh menjadikan mereka malas dan mendorong mereka

    berbohong serta kelicikan. Yakni tindak-tanduk mereka adalah berbeza

    dengan apa yang difikirkan, sebabnya ialah mereka berasa takut didera

    sekiranya mereka menyatakan sesuatu yang benar.(Ibnu Khaldun

    1993:776)

    Dari segi masa belajar, Ibnu Khaldun menyatakan bahawa masa belajar tidak harus

    panjang kerana ini menjadikan kanak-kanak lupa. Pengajaran dengan menggunakan waktu

    yang pendek, betul cara nya mendatangkan hasil yang lebih baik. Dari segi bahasa, beliau

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    19/20

    berpendapat bahawa bahasa adalah asas kepada pengajaran ilmu. Pengajaran bahasa dimulai

    dengan menulis dan membaca, kemudian dikait perkataan dan makna.

    KESIMPULAN

    Kesimpulannya, untuk menjadi seorang guru yang mementingkan penjagaan yang berkualiti

    sama ada di tadika atau taska seseorang guru itu harus memainkan peranan dalam

    melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan tentang teori dan falsafah dalam pendidikan

    kanak-kanak serta cara untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran

    mereka di tadika atau taska. Seorang guru yang lengkap dengan pengetahuan akan

    menjadikan pengetahuan yang ada padanya sebagai panduan dalam melaksanakan penjagaanyang berkualiti sama ada dari segi keselamatan, kesihatan, pengajaran dan pembelajaran

    kanak-kanak. Daripada teori-teori yang dinyatakan oleh ahli falsafah yang terdahulu seorang

    guru akan dapat memahami tentang perkembangan dan cara yang bersesuaian untuk mengajar

    kanak-kanak mengikut kemampuan dan tahap perkembanagn mereka. Namun sekiranya teori

    yang dinyatakan tidak sesuai untuk digunakan dalam era modenisasi seperti sekarang dimana

    kanak-kanak lebih terdedah dengan perkembangan sesama, seorang guru harus bijak untuk

    mengubah suai teori dan pendapat yang dikemukakan oleh tokoh agar dapat diguna pakai

    dalam mendidik kanak-kanak. Pengetahuan mengenai teori dan juga falsafah ini dapat

    diperolehi oleh guru melalui pembacaan, lawatan ke pusat pendidikan awal kanak-kanak,

    menganggotai mana-mana persatuan yang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dan

    menghadiri bengkel-bengkel. Masa depan seorang kanak-kanak bergantung kepada bagai

    mana mereka dididik sejak awal. Tadika atau Taska merupakan institusi pendidikan awal

    kanak-kanak yang pertama mendidik kanak-kanak sebelum melangkah kle alam

    persekolahan, oleh itu sebagai seorang guru tanggungjawab yang digalas cukup besar dan

    terpuji kerana guru taska dan tadika merupakan orang pertama selain ibu bapa yang

    membentu dalam mendidik anak bangsa yang merupakan pewaris tampuk kepimpinan negara

    pada suatu hari nanti.

  • 7/27/2019 101203192 Penulisan Ilmiah Mengetahui Falsafah Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak

    20/20

    RUJUKAN

    Azizah Lebai Nordin (2002).Pendidikan Awal Kanak-kanak: Teori dan Amali. Kuala

    Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

    Morrison, G. S. (2001).Early Childhood Education Today.New Jersey: Prentice Hall.

    Rohani Abdullah (2001).Perkembangan Kanak-kanak: Penilaian Secara Portfolio. Selangor:

    Penerbit Universiti Putra Malaysia.

    Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad (2007).Panduan Kurikulum

    Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors.

    Saayah Abu (2007).Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributor.