1.0 pengenalan thesis

8
1.0 PENDAHULUAN Pada semester ketujuh, pengkaji telah menjalani praktikum fasa ketiga selama 3 bulan di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di daerah Seremban. Pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar subjek Sains Tahun dua, tiga dan empat. Dalam tempoh tiga bulan, pengkaji mendapati bahawa mata pelajaran Sains mempunyai beberapa topik yang agak abstrak misalnya fotosintesis, mekanisme pernafasan manusia dan haiwan serta cara pembiakan haiwan. Tajuk ini adalah abstrak kepada murid kerana mereka sukar untuk mendapatkan pengalaman langsung terhadap perkara ini. Kesannya, murid akan mudah keliru jika pengajar tidak menjadikan isi-isi pelajaran itu lebih konkrit dan jelas. Pada peringkat ketiga perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu Operasional Konkrit, kanak-kanak pada umur 7-11 tahun boleh menyelesaikan tugas berkaitan dengan keabadian 1

Upload: merry-lu

Post on 11-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

SN

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 Pengenalan thesis

1.0 PENDAHULUAN

Pada semester ketujuh, pengkaji telah menjalani praktikum fasa

ketiga selama 3 bulan di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di daerah

Seremban. Pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar subjek Sains

Tahun dua, tiga dan empat. Dalam tempoh tiga bulan, pengkaji

mendapati bahawa mata pelajaran Sains mempunyai beberapa topik yang

agak abstrak misalnya fotosintesis, mekanisme pernafasan manusia dan

haiwan serta cara pembiakan haiwan. Tajuk ini adalah abstrak kepada

murid kerana mereka sukar untuk mendapatkan pengalaman langsung

terhadap perkara ini. Kesannya, murid akan mudah keliru jika pengajar

tidak menjadikan isi-isi pelajaran itu lebih konkrit dan jelas. Pada

peringkat ketiga perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu Operasional

Konkrit, kanak-kanak pada umur 7-11 tahun boleh menyelesaikan tugas

berkaitan dengan keabadian tetapi tidak mempunyai kebolehan untuk

berfikir secara abstrak seperti yang dinyatakan oleh Piaget (1954) dalam

Mok (2008). Oleh yang demikian, untuk menyelesaikan masalah ini,

pengkaji menvisualisasikan kandungan pelajaran yang abstrak dalam

bentuk eksplisit supaya murid boleh memerhati secara langsung dan

seterusnya meningkatkan penguasaan murid dalam tajuk-tajuk tersebut.

1

Page 2: 1.0 Pengenalan thesis

Menerusi pengalaman pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang

dilaksanakan oleh pengkaji terhadap murid-murid tahun tiga, didapati

bahawa masalah ini menyebabkan berlakunya miskonsepsi dalam tajuk

cara pembiakan haiwan. Sains membekalkan satu rangka konsep yang

membolehkan pelajar memahami alam sekeliling mereka. Setiap pelajar

mempunyai konsep yang telah dibina daripada pengalaman unik dan

pemerhatian dalam kehidupan mereka. Namun begitu, seringkali konsep

mereka tidak bertepatan dengan teori sains atau sekurang-kurangnya

dengan apa yang diajar oleh guru menurut Ambiola (1998).

Oleh yang demikian, pengkaji membuat keputusan untuk

memperbaiki amalan pengajarannya agar berteraskan teori

konstruktivisme yang berpusatkan murid. Menurut konstruktivis, isu yang

dititikberatkan dalam pengajaran Sains adalah “how to organize the

physical and social experiences in a science classroom so as to

encourage development or change in learners’ conceptions from their

informal ideas to those of accepted school science” (Scott, Asoko, Driver

& Emberton, 1994, p.201). Sepertimana yang kita ketahui, setiap murid

masuk ke kelas dengan pengetahuan sedia ada masing-masing. Mereka

cenderung untuk membina ilmu pengetahuan baru dengan menyesuaikan

pengalaman baru yang diperoleh dengan pengetahuan sedia ada. Maka,

guru berperanan untuk mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid agar

dapat membekalkan satu persekitaran pembelajaran yang memberi

2

Page 3: 1.0 Pengenalan thesis

peluang kepada murid untuk mengkaji semula pengetahuan sedia ada

masing-masing sama ada tepat ataupun terdapat miskonsepsi.

Selepas membuat pencarian melalui internet dan membuat

perbincangan dengan pensyarah pembimbing, pengkaji mendapati

bahawa model pembelajaran POE (Predict-Observe-Explain) amat

bersesuaian untuk dipadukan dalam teori konstruktivisme. Model ini

dikembangkan oleh White and Gunstone pada tahun 1992 di mana POE

merupakan satu strategi yang berkesan untuk mengcungkil pengetahuan

sedia ada murid dan merangsang murid untuk membincangkan idea

mereka. Menurut White (1988), prosedur POE adalah;

… “the POE procedure is based on the classic model of

research where a hypothesis is stated and reasons are

given for why this may be true, relevant data is gathered

and results are discussed.”

Ini melibatkan murid untuk meramalkan sesuatu perkara dan

membincangkan sebab mereka membuat ramalan sedemikian,

memerhatikan perkara tersebut dan akhir sekali menerangkan sama ada

terdapat sebarang perselisihan antara ramalan dengan pemerhatian.

Dengan berteraskan model POE, pengkaji telah menggunakan

jadual KWL+ sebagai bahan bantu mengajarnya. Jadual KWL+

dikembangkan oleh Donna Ogle pada 1986 untuk mencungkil

3

Page 4: 1.0 Pengenalan thesis

pengetahuan sedia ada murid mengenai sesuatu topik sebelum

mendalaminya dan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada murid

dengan pengetahuan baru yang diperoleh daripada aktiviti yang berkaitan

seperti pembacaan, demonstrasi dan pameran. Walaubagaimanapun,

lajur-lajur dalam jadual

KWL+ boleh ditambahkan lagi untuk merangsangkan pemikiran

kritis dan kreatif murid mengenai topik yang berkaitan.

K (Know)

W (Want to know)

L (Learned)

“+” (Questions that

are not answered

throughout the activity)

Murid

dikehendaki

menyenaraikan

apa yang telah

diketahui oleh

mereka

mengenai topik

yang berkenaan.

(Pengetahuan

sedia ada murid

dicungkil.)

Murid

dikehendaki

menyenaraikan

soalan-soalan

yang berkaitan

dengan topik di

mana mereka

berminat untuk

mengambil

tahu.

Murid

dikehendaki

menyenaraika

n fakta atau

idea yang telah

dipelajari.

Murid dikehendaki

untuk membuat

pembacaan atau

penyelidikan lebih

daripada pelbagai

sumber untuk

menjawab soalan

yang ingin

diketahui.

KWL+ terdiri daripada

4

Page 5: 1.0 Pengenalan thesis

5