pengenalan peralatan membina rangkaian

23
Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian Assalamualaikum,artikel yang terdahulu aku menerangkan serba sedikit berkaitan pendawaian dalam membina rangkaian merangkumi sturktur pendawaian juga elemen-elemen yang terdapat yang mana mengikut spesifikasi piawai EIA/TIA 568/569, so pada artikel kali ini aku akan menerangkan serba sedikit pengenalan peralatan membina rangkaian. Diantara peralatan yang terlibat iaitu :- 1. Bridge. Merupakan peranti yang mana menghubungkan satu rangkaian kepada rangkaian yang lain dengan syarat kedua-dua rangkaian tersebut menggunakan protocal / laluan yang sama contoh ( ethernet atau token ring ). Fungsi bridge iaitu membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil dan ini dapat meningkat mutu perkhidmatan pada rangkaian dan ianya boleh mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang dipinta pelanggan. Kebaikan :- 1. Membolehkan suatu rangkaian yang mempunyai halangan/ kekangan geografi dihubungkan antara satu sama lain. 2. Menapis data antara rangkaian agar ia tidak sampai kepada destinasi/rangkaian yang tidak sepatutnya. Keburukan :- 1. Ianya melambatkan rangkaian kerana mesej akan dihantar ke semua alamat dalam rangkaian walaupun destinasi telah ditetapkan.

Upload: jusdy-joe

Post on 24-Oct-2015

283 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

Pengenalan Peralatan Membina RangkaianAssalamualaikum,artikel yang terdahulu aku menerangkan serba sedikit

berkaitan pendawaian dalam membina rangkaian merangkumi sturktur

pendawaian juga elemen-elemen yang terdapat yang mana mengikut

spesifikasi piawai EIA/TIA 568/569, so pada artikel kali ini aku akan

menerangkan serba sedikit pengenalan peralatan membina rangkaian.

Diantara peralatan yang terlibat iaitu :-

1. Bridge.

Merupakan peranti yang mana menghubungkan satu rangkaian kepada

rangkaian yang lain dengan syarat kedua-dua rangkaian tersebut

menggunakan protocal / laluan yang sama contoh ( ethernet atau token

ring ).

Fungsi bridge iaitu membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan

menjadi dua buah rangkaian yang kecil dan ini dapat meningkat mutu

perkhidmatan pada rangkaian dan ianya boleh mengawal laluan informasi

dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya dapat menghantar

informasi yang diterima ke lokasi yang dipinta pelanggan.

Kebaikan :-

1. Membolehkan suatu rangkaian yang mempunyai halangan/ kekangan

geografi dihubungkan antara satu sama lain.

2. Menapis data antara rangkaian agar ia tidak sampai kepada

destinasi/rangkaian yang tidak sepatutnya.

Keburukan :-

1. Ianya melambatkan rangkaian kerana mesej akan dihantar ke semua

alamat dalam rangkaian walaupun destinasi telah ditetapkan.

2 . Router.

Satu perkakasan atau pun perisian dimana akan menentukan titik

rangkaian dalam penghantaran mesej kepada destinasinya dan

menentukan laluan mana yang harus dilaluinya, mengikut tahap

kefahaman dan keserasian terhadap sesuatu rangkaian.

Page 2: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

Router boleh dikenlpasti kedudukanya melalui gateway ( dimana dua

rangkaian bertembung/ dihubungkan ).

Fungsi router iaitu penterjemah informasi rangkaian kepada rangkain

yang lain, dimana ianya memilih jalan yang paling sesuai untuk

menghantaran data.

Router memilih jalan yang paling sesuai untuk menghantar pesanan,

berpandukan pada alamat dan asal. Ia juga boleh mengarahkan lalu lintas

bagi mengelakkan perlanggaran dan turut bijak mengetahui pelusuk jalan

dan jalan pintas.

Router akan berada pada lapisan yang ke 3 pada rangkaian iaitu lapisan

rangkaian (network layer) di dalam model OSI.

Router adalah peranti sambungan yang pintar dan direka untuk

menghantar paket atau frame dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang

lain berdasarkan protokol yang digunakan dan destinasi yang ditentukan.

Kebaikan :-

1. Penghantaran paket akan memakan masa yang lebih singkat kerana

ia akan menentukan laluan yang terbaik untuk sampai ke destinasi.

2. Ianya memboleh 2 atau lebih rangkaian berhubung antara satu sama

lain.

Keburukan :-

1. Router dan switch adalah hampir sama antara satu sama lain, ia akan

mengelirukan para pengguna yang kurang arif tentangnya yang ingin

menghubungkan lebih dari satu rangkaian. Switch lebih kepada

penghantaran data kepada pengguna tanpa melalui tanpa melalui

gateway.

3. Hub.

Hub merupakan bahagian dimana data akan tiba dari satu atau banyak

arah dan ianya akan dihantar kepada satu atau banyak arah.

Fungsi hub hampir sama dengan switch, hub dikatakan sebagai tempat

dimana data akan dikumpulkan menjadi fizikal asal kemudiannya switch

yang akan menentukan bagaimana dan dimana perlu dihantar.

Page 3: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

Merupakan tulang belakang ( backbone ) kepada rangkaian ( main

circuit ) kecuali rangkaian 10 base-2 dimana ianya memerlukan 50 ohm

dalam sebuah komputer.

Sebuah hak memiliki banyak port yang mana disambung kepada  kepala

RJ45 dan setiap port disambung kepada satu komputer sahaja.

Hub tidak dapat mengesan ralat atau menapis  data yang terdapat

sesama penghantaran data dilakukan dari satu komputer kepada

komputer lain.

Dikenali juga sebagai concentrator atau multistation access unit (MAU),

dimana ianya membolehkan peranti lain berhubung diantara satu sama

lain seperti printer dan peranti storan dihubungkan kepada server.

Bertindakan sebagai central connecting point kepada kabel-kabel yang

disambung ke server. juga kepada setiap peranti yang terdapat dalam

rangkaian.

Kebaikan :-

1. Banyak komputer dapat dihubungkan pada rangkaian.

Keburukan :-

1. Secara kasar hub adalah mahal berbanding swicth tetapi fungsi kedua-

duanya sama, pilihan ditangan pengguna ..

4. Modem.

Merupakan singkatan daripada modulator- demulator dimana ianya

menghubungkan satu komputer kepada komputer lain melalui rangkaian

dibekalkan ISP ( internet services Provider ) pembekal talian internet,

Ia menukar(modulasi) isyarat digital (sistem berdigit 0 & 1 sahaja) dari

komputer kepada isyarat analog (perwakilan yang tidak tetap) apabila

isyarat itu melalui medium seperti talian telefon, modem akan

menukarkan(demodulasi) isyarat analog tersebut kepada digital semula

agar difahami oleh komputer.

Modem mampu membawa data pada kadar sesaat berdasarkan

kebolehan modem.

Terdapat dua jenis modem iaitu internal and external, modem internal

berbentuk papan elektronik yang akan dipasang pada papan induk di slot

PCI yang kosong manakala modem external pula akan di pasang secara

Page 4: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

standalone dimana ia boleh di on dan off tanpa bergantung pada

computer, diantara port yang boleh dipasang modem external ialah serial

port, usb port dan fire wire port (terpantas).

kebaikan :-

1. pengguna boleh mencapai data dan maklumat pada Internet melalui

modem

Keburukan :-

1. Sekiranya talian telefon tersebut di sambar petir, kemungkinan besar

modem tersebut akan turut disambar petir.

5. Switch.

Merupakan perkakasan rangkaian yang memilih laluan semasa proses

penghantaran data kepada destinasinya, ianya juga dimuatkan fungsi

router dimana perkakasan atau perisian yang mampu menentukan laluan

bagi data yang akan dihantar.

Swicth adalah lebih mudah berbanding router dan merupakan

mekanisma  yang lebih laju berbanding router.

Berada pada lapisan 2 iaitu lapisan data link, tetapi kini switch baru

dimana berfungsi pada lapisan ke-3 merupakan lapisan network ( IP

swicthes ).

Swicth juga dikenalan sebagai central connecting point dimana untuk

menyambung kabel kepada destinasi kerja ( workstation ), komputer

pelayan ( server ) dan perkaksan rangkaian yang lain.

Kebaikan :-

1. Kadar penghantaran switch adalah tetap iaitu 100 Mbps.

Keburukan :-

1. Ia masih bergantung pada kesibukan rangkaian.

6.  Repeater.

Merupakan perkakasan yang mampu memanjangkan jarak maksima bagi

sesebuah rangkaian seperti LAN.

Fungsi iaitu mengambil dan mengumpul semua isyarat yang sampai

kepadanya, menyegarkannya semula kemudian menghantar kepada LAN.

Page 5: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

Satu peranti yang menerima sesuatu isyarat atau signal melalui media

penghantaran elektronik atau optikal, memperkuatkan isyarat tersebut

dan kemudian menghantarkannya semula melalui laluan seterusnya.

Kebaikan :-

1. Meningkatkan keberkesanan komunikasi dengan memampatkan data

yang dihantar melalui satu talian.

2. Dapat mengurangkan kos jika dibandingkan menggunakan talian

berasingan diantara host dan terminal.

Keburukan :-

1. Memerlukan seorang yang pakar dalam bidang .

Pengenalan Pendawaian Rangkaian Part 1

Assalamualaikum, salam sejahtera agak lama aku tidak

berkongsi sesuatu buat sahabat-sahabat blogger, so

entry  kali ini aku akan berkongsi berkaitan pengenalan

pendawaian rangkaian, sudah mesti ada dikalangan anda

lebih mengetahwi dari aku, apa yang aku cuba kongsi

berkaitan nota pembelajaran bagi semeseter 4, jurusan

sistem komputer dan sokongan. Semuga perkongsian ini

memberi manafaat buat semua.

Page 6: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

Mungkin entry ini akan mempunyai bahagian-

bahagianya, untuk entry kali ini aku akan menerangkan

secara ringkas pengenalan kepada pendawaian

rangkaian.

Apa itu pendawaian rangkaian? 

Rangkaian dimana menghubungkan dua  atau lebih

perkakasan komputer yang mana terpisah dari segi

fizikalnya manakala pendawaian merujuk kepada jenis

kabel yang digunakan bergantung kepada

lokasi/tempat pembinaan rangkaian itu.

Pendawaian rangkaian pula terbahagi kepada 3 iaitu :-

1. Pendawaian berstruktur.

2. Piawai pengkabelan.

3. Peraturan pendawaian berstruktur ( Lan ).

Apa itu pendawaian berstruktur? 

Membahagikan keseluruhan infrastruktur rangkaian

kepada blok-blok yang sistematik, dimana ianya

mengabungkan blok-blok tersebut membentuk

rangkain berprestasi tinggi. Bagi pengguna ( user )

Page 7: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

pula sistem ini adalah satu perlindungan terjamin jika

berlaku sebarang masalah rangkaian pada masa akan

datang.

Diantara kelebihan pendawaian berstruktur iaitu :-

Konsisten – Sistem perkabelan berstruktur bererti

sistem perkabelan sama untuk data, suara dan video.

Menyokong pelbagai pengeluar (vendor) peralatan –

Sistem perkabelan yang berstruktur dan berpiawai

akan menyokong pelbagai perkakasan meskipun

daripada pengeluar yang berlainan dan boleh

digabungkan perkakasan yang digunakan daripada

pelbagai pengeluar.

Mudahkan pemindahan, penambahandan perubahan –

Sistem perkabelan berstruktur menyokong sebarang

perubahan yang ingin dilakukan ke atas sistem

rangkaian di masa hadapan.

Menjimatkan kos – pemencilan kerosakan. Dengan

membahagikan keseluruhan infrastruktur itu ke dalam

blok-blok terurus, ia mudah mengukur dan

mengasingkan kerosakan tertentu dengan betul tanpa

perlu memeriksa keseluruhan rangkaian. Dengan ini

kos senggaraan dapat dikungkan ke tahap yang

minima.

Page 8: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

Menyokong untuk penggunaan masa hadapan – Sistem

perkabelan berstruktur menyokong penggunaan masa

hadapan seperti multimedia, persidangan video dan

lain-lain tanpa melakukan terlalu banyak perubahan ke

atas keseluruhan sistem.

Memudahkan senggaraan – Dengan sistem perkabelan

berstruktur, masalah-masalah yang dihadapi lebih

senang untuk dikenalpasti, lebih mudah untuk

mengasingkan (mengelaskan) dan lebih mudah untuk

dibaikpulih.

Page 9: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

Piawai Pengkabelan Rangkaian Part 2

Assalamualaikum, entry kali ini sambungan kepada

pengenalan pendawaian rangkaian, menerangkan serba

sedikit berkaitan apa itu piawai pengkabelan rangkain

dan dimana 3 piawai pengkabelan rangkain.

Apa itu piawai pengkabelan rangkain?

Dimana ianya satu set peraturan atau prosedur yang

mana digunakan rasmi untuk membuktikan sesuatu

model itu baik atau bermuta ( peraturan yang mana

menetapkan pembinaan pengkabelan rangkaian ).

3 piawai pengkebalan rangkain iaitu :-

Piawai Pengkabelan Berstruktur.

Piawai Antarabangsa

Piawai Industri.

Page 10: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

Dibawah sedikit penerangan 3 piawai pengkebalan

rangkaian :-

1. Piawai Antarabangsa :—

ISO merujuk kepada satu badan iaitu international

standard organization dimana satu badan yang

memulakan pengiktirafan kategori 6 dan 7 dalam

piawai pengkabelan rangkaian.

ISO menetapkan parameter/jumlah ukuran

penghantaran data kategori 6 dan 7 sehingga

mencapai 200mhz  manakala kabel kategori 7

sehingga penghantaran 600mhz.

2. Piawai Industri :—

Piawai industri satu prosedur atau  set-set peraturan

yang ditetapkan oleh pihak industri ianya mempunyai

kelebihan dan kekurangan.

1. Kelebihan :-  Dapat memastikan pengkabelan yang

dibangunkan mengikut kehendak dan sesuai dengan

semua aplikasi yang dibina.

2. Kekurangan :- terdapat pelbagai pertubuhan-

pertubuhan piawai dan mereka menetapkan piawai

tersendiri bagi menjamin kualiti perkakasan mereka.

3. Piawai Pengkabelan Berstruktur :—

Page 11: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

Satu organisasi menetapkan piawai untuk pendawaian

berstruktur di America Syarikat ialah

Telecomunications Industry Associotion atau TIA .

Pawai TIA 568A menetapkan pelbagai kategori atau

gred untuk pengkabelan bersturktur dan jenis kabel

kategori 5 adalah piawai yang terbaru dalam

pengkabelan.

Insyallah akan bersambung kepada part 3 berkaitan

peraturan pendawaian berstruktur menerangkan serba

sedikit struktur atau rangka dalam membina kitaran

lengkap rangkain dalam bangunan, menlibatkan

peralatan,toplogi dan jarak kabel.

Page 12: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

Pengenalan Peraturan Pendawaian Berstruktur Part 3

Entry kali ini sambungan kepada pengenalan

pendawaian rangkaian part 1 dan pengenalan piawai

pengkabelan rangkaian part 2, sedikit sebanyak

memberi anda maklumat berkaitan asas pendawaian

rangkaian dan pembinaan rangkaian merujuk kepada

pembinaan dalam building.

Apakah  peraturan pendawaian berstruktur?

Peraturan pendawaian berstuktur merujuk kepada

pendekatan yang berbentuk sistematik dalam pembinaan

rangkaian. Dimana ianya bertujuan membina satu sistem

Page 13: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

pengkabelan tersusun dan mudah difahami oleh

pentadbir rangkaian dan juga juruteknik yang terlibat

dengan kerja pengkabelan rangkaian.

Dua peraturan pendawaian berstruktur iaitu :-

1.  Melihat secara menyeluruh  kaedah penyelesaian

perhubungan rangkaian.

Dalam mengendalikan masalah rangkaian samada

bagaimana ianya dihubungkan, diselenggarakan dan

penggunaan jenis kabel rangkaian tersebut.

2. Merancang untuk perkembangan yang lebih meluas

pada rangkaian yang dibina.

ianya merangkumi jenis kabel yang digunakan

hendaklah memenuhi kehendak pembinaan rangkaian

tersebut contoh seperti coxial cable,cat5, cat6 atau

fiber optick memgikut kehendak pengunaan rangkaian

meluas.

Diantara elemen pendawaian berstruktur :

Mengikut piawai TIA/EIA 568 dimana mengariskan

keperluan asas dalam membina rangkaian iaitu :-

Page 14: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

1. Keperluan laluan bangunan ( building entrance

requiment ) :- ianya untuk tempat rujukan (point)

pada bangunan bagi  kabel dari luar masuk ke  dalam

bangunan.

2. Bilik peralatan ( equitment room ) :- lokasi atau

satu bilik dimana menempatkan peralatan rangkaian

mahal dan penjagaan yang rapi.

3. Pendawaian tulang belakang ( backbone

cabling ) :- Pengkabelan  yang membawa signal

daripada  satu bilik peralatan ke bilik peralatan yang

lain, antara tingkat dalam bangunan, dan

juga  hubungan antara bangunan. Ianya juga dikenali

pengkabelan menegak.

4. Pendawaian mendatar :-  Media penghantaran

dimana membawa signal/isyarat pada bilik peralatan

yang sama level kepada kawasan kerja yang terlibat.

5. Kawasan kerja ( Work Area ) :- kawasan yang mana

terdapat peralatan yang menghubungkan peranti

printer dan lain-lain, kebiasaan ruangan pejabat.

Dibawah contoh pembinaan sistem pendawaian

berstruktur, insyallah artikel ini akan bersambung

menerangkan lebih jelas berkaitan elemen-elemen

terhubung pembinaan lengkap struktur pendawaian

rangkaian.

Page 16: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

Assalamualaikum, artikel kali ini sambungan kepada

pengenalan peraturan pendawaian berstruktur part 3.

Insyallah artikel ini menerangkan lebih terperinci

berkaitan elemen-elemen dalam membina pendawaian

rangkaian berstruktur yang lengkap.

Dibawah penerangan lebih jelas berkaitan elemen-

elemen pendawaian rangkaian berstruktur :-

1. Laluan bangunan ( building entrance ) :-

Merujuk kepada laluan atau point dimana sesuatu

kabel memasuki bangunan.

Merupakan antaramuka atau titik permulaan

pertemuan kabel dari luar kepada kabel tulang

belakang ( backbone ).

Ianya  termasuklah jenis penyambungan dan juga

peralatan bagi kawalan gelombang elektrik yang tinggi

( sourge protection device )

Merujuk kepada spesifikasi penempatan pada

peralatan yang mana digunakan untuk

menghubungkan kepada pendawaian dalam bangunan

kepada bangunan lain.

Keperluan fizikal antaramuka rangkaian telah

didefinasikan mengikut piawai EIA/TIA 568-569 .

Page 17: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

2. Bilik peralatan ( equitment room ) :-

Merupakan satu rak/almari terdapat alatan

telekomunikasi luar dan ianya merupakan satu

kawasan simpanan yang mana mempunyai ciri-ciri

keselamatan.

Terdapat kabel-kabel dan juga peralatan yang mahal

seperti pacth panel,swicth, router,server dan lain-lain

peralatan rangkaian.

Mengikut piawaian TIA/EIA 568 menyarankan agar

lokasi bilik peralatan dibuat di tengah-tengah ruangan

pejabat, sekiranya boleh agar kabel yang keluar dari

bilik peralatan kepada kawasan kerja mempunyai jarak

yang sama.

3. Pendawaian tulang belakang  ( backbone cabling ) :-

Ianya menyediakan perhubungan rangkaian diantara

rak/almari telekomunikasi , bilik peralatan dan

kemudahan laluan bangunan ( entrance facilities ).

Mengandungi kebal berpaksikan tulang belakang

( backbone ), talian utama ( main cross – connect ),

pacth cord ataupun jumper yang mana digunakan

untuk tujuan penyambungan silang antara tulang

belakang termasuklah :-

Page 18: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

a. Penyambungan secara menegak antara tingkat

( riser ).

b. Pengkabelan antara bilik peralatan dengan

pengkabelan antara dalam bangunan dan luar

bangunan.

c. Pengkabelan antara bangunan.

Pendawaian bagi pengkabelan tulang belakang

biasanya menggunakan kabel kuprum atau fiber optik. 

Had maksimum jarak bagi pengkabelan tulang

belakang iaitu :-

a. 100ohm jenis suara ( 800 meter ).

b. 150ohm jenis data stp ( 90 meter ).

c. Fiber optick jenis multimode ( 2,000 meter ).

4. Kloset telekomunikasi ( telecomunication closet ) :-

Ianya merupakan kawasan diantara bangunan yang

mana menempatkan peralatan sistem

pengkabelan telekomunikasi.

Termasuklah penempatan bagi penamat atau

perantara diantara sistem pendawaian menegak dan

sistem pendawaian tulang belakang.

Spesifikasi rekabentuk bagi sesebuah kloset

telekomunikasi telah digariskan dalam

piawaian EIA/TIA-569.

Page 19: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

Gambarajah : penyambungan kabel tulang belakang ke

kloset telekomunikasi

5. Pendawaian mendatar ( harizontal cabling ):-

Pendawaian mendatar merupakan media fizikal yang

digunakan dari keluaran soket dinding pada kawasan

kerja ke penamatan di dalam bilik peralatan.

Termasuklah kabel yang digunakan dari keluaran pada

soket dinding ke stesen kerja(workstation) dan juga

kabel yang terdapat di kloset peralatan yang

menghubungkan antara hub, switch dan sebagainya. ]

Page 20: Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian

gambarajah : jarak maksimum bagi pengakelan

mendatar.

Apa yang dikongsi pada artikel ini diambil dari note

pengajian dan tiada kaitan dengan mana-mana sumber

atas talian, semuga apa yang dikongsi sedikit sebanyak

memberi manafaat bersama, jika terdapat maklumat

yang kurang tepat aku memohon maaf .