1 · web viewselepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai...

295
BAB 1 Desiran ombak bersama buih-buih yang memutih, berapungan di gigian pantai. Bola matahari tepat di atas darjah. Kelihatan juga jalur-jalur cahayanya yang lurus menyinari seluruh alam semesta. Butiran pasir yang halus putih berseri apabila terkena cahaya yang panas memijar. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pohon-pohon yang menghijau bagai menari-nari, meliuk-liuk ke kiri kanan. Daun-daun berguguran. Udara terasa begitu segar dan nyaman sekali. Aku merenung tajam ke arah laut yang terbentang luas dan membiru. Demikian jugalah tafsirannya dengan hidup manusia yang pasang dan surut silih berganti. Kita harus kuat dan tabah menghadapi setiap ujian yang datang. Sekawan camar putih bebas berterbangan ke sana-sini di angkasa nan luas. Gema suaranya hampir membelah keheningan suasana. Sudah seminggu aku di sini. Menghadiri kursus penulisan dan penerbitan atas arahan majikanku. 1

Upload: haanh

Post on 02-May-2018

240 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

BAB 1

Desiran ombak bersama buih-buih yang memutih, berapungan di

gigian pantai. Bola matahari tepat di atas darjah. Kelihatan juga jalur-

jalur cahayanya yang lurus menyinari seluruh alam semesta. Butiran

pasir yang halus putih berseri apabila terkena cahaya yang panas

memijar. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pohon-pohon yang

menghijau bagai menari-nari, meliuk-liuk ke kiri kanan. Daun-daun

berguguran. Udara terasa begitu segar dan nyaman sekali. Aku

merenung tajam ke arah laut yang terbentang luas dan membiru.

Demikian jugalah tafsirannya dengan hidup manusia yang pasang dan

surut silih berganti. Kita harus kuat dan tabah menghadapi setiap ujian

yang datang.

Sekawan camar putih bebas berterbangan ke sana-sini di

angkasa nan luas. Gema suaranya hampir membelah keheningan

suasana. Sudah seminggu aku di sini. Menghadiri kursus penulisan dan

penerbitan atas arahan majikanku.

“Kursus ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan

pengalaman awak di bidang penulisan dan penerbitan. Saya harap

awak tidak mensia-siakan peluang yang telah diberikan demi

kemajuan syarikat ini.” Kata-kata rangsangan daripada pengurus

1

Page 2: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

syarikat. Minggu depan aku akan kembali semula ke kota. Keindahan

pantai Port Dickson

akan ditinggalkan. Entah bila aku akan kembali ke sini, masih belum

pasti.

Aku benar-benar jatuh hati pada ketenangan dan kedamaian di

sini. Kalau boleh aku tidak mahu pulang dengan tangan kosong.

Seberkas cerpen dan puisi mesti dihasilkan.

Tangan kananku pantas mencapai sebatang ranting mati. Dan

mengais-ngais bentuk empat segi di atas permukaan butiran pasir

yang halus.

Fikiranku terus berputar ligat dengan harapan agar ilham

menjelma.

“Maafkan saya kalau mengganggu.” Lamunanku segera

terpancung apabila suara gadis itu menembusi gegendang telingaku.

Aku pantas menoleh ke belakang.

Dia berdiri tercegat di sisiku macam orang yang sedang

menunggu arahan. Dia mengukir senyuman manis berbunga.

Wajahnya kelihatan cantik dan bening.

2

Page 3: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Oh, tidak mengapa!”

“Boleh saya duduk?” pintanya lagi.

Aku menjawab senang:

“Silakan!” Aku pun beralih ke tepi sedikit. Perlahan-lahan dia

melabuhkan punggung di atas pohon kayu yang tumbang. Bayu yang

berhembus lembut terasa segar menyapu permukaan kulit.

“Bagaimana dengan kursus?” tanyanya sambil membetulkan

rambutnya yang panjang hitam ikal mayang hingga mencecah paras

bahu mengerbang sedikit apabila ditiup angin.

“Seronok,” balasku ringkas.

“Maksud, Azman?” Dia meminta penjelasan.

“Dapat berhubung dengan dunia luar secara lebih dekat lagi.”

Aku berterus-terang. Memang begitu sifatku semenjak dari dahulu lagi.

Tidak suka berpura-pura. Dalam hidup ini memerlukan seribu

kejujuran. Barulah diberkati oleh Tuhan.

“Selama ini Azman merasakan diri terkongkong?”

3

Page 4: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Dalam batas-batas yang tertentu.” Dia nampaknya berasa

hairan.

“Mengapa keadaan ini boleh timbul?” soalnya pula. Kedua-dua

bola matanya yang bulat dan bulu kening yang lentik turut terangkat.

“Demi menjadi manusia yang berakhlak sempurna.” Aku

mengalihkan pandangan ke arah laut yang membiru. Dari jauh

kelihatan sebuah kapal sedang belayar. DesSaripahsi yang dituju

sudah pasti sebuah pelabuhan. Agak lama kemudian barulah aku

kembali memalingkan muka.

“Ia mencerminkan peribadi seseorang.” Dia membetulkan

tempat duduk. Dan semakin berminat untuk meneruskan perbualan.

“Saya setuju dengan teori Saripah itu.”

“Sejak bila Azman mula menulis?” dia bertanya lagi. Macam

pemberita yang menemuramah seorang tokoh politik tanah air yang

terkenal lagaknya.

“Semenjak dari bangku sekolah lagi,” aku menjawab serentak

melunjurkan kedua-dua belah kaki.

4

Page 5: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Teman yang selalu dibawa?” Saripah mengangkat muka.

Akibatnya bola mata kami saling berlaga.

“Hubungan Tuhan dengan manusia.”

Persoalan ini nyata sekali benar-benar menarik minat Saripah.

“Benar kata-kata, Azman. Antara Tuhan dengan manusia

memang sukar untuk dipisahkan.”

Tanpa berlengah lagi aku lalu mencelah:

“Tuhan maha pencipta ke atas umat manusia dan seluruh alam

fana ini.”

“Tapi yang anehnya mengapa kita kadangkala alpa?”

“Dari segi apa?” soalku. Sayup-sayup kedengaran desiran ombak

membelai pantai.

“Sebagai manusia bukankah kita dianggap kerdil di sisi-Nya.”

5

Page 6: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Kita adalah hamba yang diwajibkan untuk mematuhi segala

titah perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.” Aku menguatkan

lagi hujah-hujah.

“Dewasa ini manusia mnampaknya semakin lalai.”

Aku amat mengaguminya. Dia begitu arif sekali dalam hal-hal

agama. Mungkin kerana didikan keluarga yang sempurna. Alangkah

bertuahnya kalau kau menjadi suri hidupku. Aku memasang angan-

angan. Sudah! Jangan cepat menaruh perasaan. Nanti berat jadinya.

Aku kembali menyoroti persoalan yang terhenti buat sementara

waktu.

“Memang tidak dapat dinafikan lagi kata-kata Saripah itu.”

“Dunia ini hanyalah persinggahan sementara sedangkan akhirat

jualah yang kekal buat selama-lamanya,” Saripah menyambung.

Aku menarik nafas panjang.

“Kita sebagai manusia memang bersifat lemah.”

6

Page 7: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Biarpun kita dikurniakan akal dan fikiran.” Matanya tunak. Dia

lantas bersuara:

“Hingga tidak tahu menilai yang mana baik dan buruk,” dia

cepat memotong.

“Itulah antara sebabnya mengapa Tuhan menjadikan syurga

yang penuh dengan kenikmatan. Manakala neraka yang penuh dengan

azab seksa yang pedih.”

“Mereka yang sentiasa menyeru akan jalan kebaikan akan

dikurniakan ganjaran pahala yang berlebihan. Bagi mereka yang

engkar dan menyeru akan jalan kejahatan berdosa di sisi Tuhan.”

Saripah mempunyai isi-isi agama yang begitu padat sekali.

Suasana tambah dingin bila berteduh di bawah pohon yang

rendang. Bak air terjun di pinggir kali rasanya. Bahang matahari yang

panas terik hingga boleh mencairkan otak dapat ditepis.

Dia tambah ayu mengenakan baju kurung berwarna merah hati.

Dari gaya pakaiannya aku telah pun dapat membaca. Tentu

keluarganya orang berada.

“Agama menjadi pedoman hidup”.

7

Page 8: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Sekali lagi dia cepat memotong.

“Tapi yang paling menyedihkan ada golongan yang sanggup

mempersendakan agama.”

Aku benar-benar tak mengerti. Sama ada dia ingin menagih

kepastian. Ataupun sengaja mahu menduga aku dalam hal-hal agama.

Reaksinya tetap tenang menanti jawapan dariku.

“Mereka dianggap golongan yang jahil terhadap agama.”

Saripah diam. Dia seolah-olah sedang berfikir sesuatu. Matanya

tidak berkejip-kejip walau sedikit pun. Aku memandang ke langit yang

biru. Setelah agak lama kemudian aku menoleh semula ke arahnya.

“Politik dan ekonomi?” Pertanyaan yang keluar dari mulut

Saripah.

Aku mengangguk-anggukkan kepala.

“Ada!” sambil memeluk erat tubuh.

8

Page 9: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Akibat gilakan kuasa manusia di atas muka bumi ini sanggup

berperang.”

“Adakah ini menjadi penghalang kemajuan kepada manusia

amnya?”

“Saripah nampaknya lebih arif dalam soal ini.”

“Kesannya juga terhadap alam sekitar.” Hebat! Dia sangat peka

terhadap isu-isu semasam. Pemikirannya juga tinggi. Mungkin dia

banyak membaca. Inilah faedah yang akan diperolehi.

“Apakah cita-cita utama ahli politik?” Dia berwajah ceria. Sinar

matanya mencerminkan keanggunan. Kulitnya yang halus putih berseri

macam kilauan mutiara di dasar lautan.

Aku terpegun sejenak. Hingga hampir terlupa untuk menyoroti

kembali persoalan yang terhenti buat seketika.

“Keadilan dan kebenaran,” aku menjawab ringkas.

“Yang berjuang untuk membasmi kemiskinan?”

9

Page 10: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Tumbuh macam cendawan lepas hujan.”

“Tapi ….” Dia terhenti seketika. Sehelai daun jatuh ke atas

ribanya.

“Manusia mudah lupa pada janji.”

“Akibatnya pembangunan tidak tercapai,” aku tiba-tiba

menyampuk.

“Kita sependapat.”

“Kata orang sehati sejiwa,” aku bergurau.

Aku dan Saripah gagal mengawal hilai tawa. Kedua-dua bola

matanya kuperhatikan hampir tertutup. Begitu juga dengan kedua-dua

belah bahunya turut terangkat. Kemudian dia bersuara:

“Keluarga Azman orang berada?”

Aku pantas menggeleng-gelengkan kepala.

10

Page 11: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Tidak!”

“Habis?” Suara Saripah tenggelam dalam deruan ombak.

“Golongan yang tidak mempunyai kemewahan,” aku menjawab

pendek.

“Macam mana pulak dengan Saripah?”

“Golongan yang boleh dikatakan mewah juga!” dia mengangguk-

anggukkan kepala.

“Oh, begitu!”

“Bagi saya kemewahan tidak bolah dipandang tinggi.” Dia

mengutip semula kata-kata itu.

“Jadi?”

Aku termampan dengan dugaan Saripah itu. Macam sebuah

perangkap. Ungkapan itu ternyata dalam sekali maksudnya. Dia

berwajah selamba.

“Belum tentu dapat membahagiakan hidup.”

11

Page 12: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Aku menyokong pendapat itu.

“Yang lebih penting budi bahasa.”

Hebat gadis ini. Dia sangat peka dengan psikologi manusia. Dari

mana dia belajar agaknya? Bisik hati kecilku.

“Dalam hidup ini perlu ada falsafah.”

Aku tidak sabar-sabar lagi lalu mencelah:

“Kita akan menjadi manusia yang bermoral tinggi.”

“Bagaimana dengan kerjaya Azman sebagai penyunting di

syarikat penerbitan?” tanyanya lagi.

“Sungguh mencabar sekali!” balasku.

“Mencabar?” Dia menagih pengertian.

Itu baru menilai dari segi kulit sahaja. Isinya belum nampak lagi.

Aku tidak keberatan untuk menjawab:

12

Page 13: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Untuk menghasilkan buku-buku yang dapat melahirkan

generasi yang berintelektual tinggi.”

“Maksud Azman dengan karya-karya mereka?”

“Saya dapati amat bermutu tinggi dan orang yang berilmu

pengetahuan memang layak dipandang mulia oleh semua manusia.”

Saripah macam berpura-pura. Aku telah pun dapat mengagak.

Mungkin dia ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang

tugasku. Getus hati kecilku.

“Melalui karya-karya mereka jugalah saya belajar menulis

cerpen.” Aku tidak segan-silu membuat pengakuan.

Saripah mengangguk-angguk diam. Mungkin dia sudah berasa

berpuas hati. Aku toleh ke kiri kanan. Pohon-pohon cemara yang

tumbuh di tepi tebing laut bergoyangan ditiup angin timur.

“Adakah Azman menulis berdasarkan pengalaman?”

“Benar sekali!”

“Pahit dan manis?”

13

Page 14: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Ya, suka dan duka.”

“Dengan ini kita akan bertambah matang dalam melayari

kehidupan.”

“Saripah juga meminati bidang penulisan?” aku menyoal. Sambil

memandang tepat wajahnya.

“Entahlah, Azman. Saya benar-benar jatuh hati dengannya.”

“Jatuh hati?”

“Ya!” Dia mengalihkan mukanya ke arah laut yang tenang

membiru.

“Pada gaya bahasanya.”

Dia berwajah selamba.

“Apa mesej yang ingin Azman bawa pada cerpen dan puisi?”

“Kesannya pada manusia.”

14

Page 15: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Jadi bidang penulisan telah menjadi darah daging dalam hidup

Azman.”

“Ya!”

“Kalau sehari tak menulis.”

“Resah gelisah. Seperti berada di ruang yang sepi,” akuiku lagi.

Saripah diam.

Kedua-dua bola matanya tertumpu ke arah permukaan pasir

yang halus tambah bersinar-sinar bila disinari cahaya matahari. Aku

kembali mencapai sebatang ranting kayu mati.

Dan melakar bentuk bulatan macam bumi di atas permukaan

pasir.

“Kesepian menjadikan kita bosan dalam hidup ini.” Maksud

Saripah itu begitu dalam sekali.

Sebagai seorang penulis aku sudah biasa dengan ungkapan itu.

Tanpa seorang yang bernama teman akan menjadikan kita seperti

berada dalam penjara.

15

Page 16: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Ada penawarnya, Saripah.”

“Menarik sekali.” Dia lantas mengangkat muka merenungku.

Kesepian juga menjadikan kita tak ubah seperti pemburu yang

kehilangan sesuatu di tengah-tengah hutan belantara.

“Dengan membaca.”

“Satu pendapat yang menarik. Tapi tak semestinya ia boleh

menjadi ubat pada kesepian.” Nampaknya dia belum begitu yakin

dengan kata-kataku. Masih lagi berasa was-was untuk

mempercayainya.

“Kenyataan,” ulangku lagi.

“Bahan bacaan yang harus dipilih?”

“Yang boleh memberikan ketenangan dan kedamaian pada

jiwa.”

“Humor.”

16

Page 17: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Boleh juga!” Aku menyetujui pendapat yang diutarakan oleh

Saripah.

“Ia juga menyalurkan kritikan dan pengajaran.” Aku memegang

kedua-dua hujung ranting kayu mati. Serta pantas mematahkannya

kepada dua. Kemudian menekan-nekan permukaan pasir hingga

meninggalkan kesan-kesan titik.

Saripah sekadar memerhatikan sahaja gelagatku itu.

“Ada setengah orang berpendapat bahan bacaan yang berunsur

kritikan dan pengajaran tidak bermutu untuk dibaca.”

“Mereka sebenarnya tidak tahu menilai dari segi

penyampaiannya.”

“Sama juga dengan penulisan kreatif.” Dia menyelami persoalan

ini dalam-dalam.

“Saya sangat mengagumi, Azman.” Saripah berterus-terang.

Aku sebaliknya tidak menunjukkan sebarang riak yang bangga.

17

Page 18: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Kenapa Saripah kata begitu?” Aku merendah diri. Sifat yang

paling mulia dipandang Tuhan.

“Mempunyai bakat yang besar di bidang penulisan.”

Aku sama sekali tidak mengharapkan sebarang pujian. Apatah

lagi tidak memburu nama sebaris dengan penulis-penulis tanah air

yang lain.

“Semua ini adalah anugerah dari Tuhan untuk saya. Dan saya

menerimanya dengan rasa kesyukuran yang tak terhingga.”

“Cinta?”

Sudah. Dia sudah bertukar topik pula. Dia nampaknya mahu

menduga aku. Persoalan yang timbul di kotak fikiranku.

“Cinta sebenarnya adalah permainan hidup.”

Dalam diam-diam aku sudah terbayang gambar hati yang kena

panah. Saripah memerhatikan gelagatku itu dengan penuh minat.

Mungkin dia sedar. Dan menumpukan seluruh perhatian terhadapku.

18

Page 19: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Azman pernah jatuh cinta?”

Aku berasa hairan. Dia tak henti-henti menyelidiki tentang diriku.

Apakah dia telah jatuh hati dengan aku? Sudah! Jangan cepat menaruh

perasaan. Ibarat kata orang takut bertepuk sebelah tangan pulak

nanti. Aku jugak yang menanggung malu akhirnya.

“Pernah!” aku menjawab sambil mengangguk. Saripah tetap

tenang menanti jawapan yang seterusnya. Kemudian aku

menyambung kembali:

“Cinta monyet.” Aku rasa malu-malu.

“Maksud Azman zaman persekolahan?”

“Memang benar apa yang Saripah katakan itu!”

“Sekarang?” Dia tidak jemu-jemu menyoroti persoalan itu.

“Saya mahu menumpukan seluruh perhatian pada bidang

kerjaya sebagai seorang penulis.”

“Tentang soal untuk berumahtangga?”

19

Page 20: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Masih panjang lagi, Saripah.”

“Berapa umur Azman sekarang?”

“29 tahun. Saripah pula?” aku membalas pertanyaannya.

“28 tahun.”

“Nampaknya kita tak jauh berbeza daripada segi usia.”

“Ada!” Saripah menyanggah.

“Apa dia?” Aku berasa amat pelik sekali.

“Azman lelaki dan saya pula perempuan,” dia mengusik sambil

mengukir senyuman yang manis dan berbunga.

Aku turut sama tersenyum dan membalas:

“Saripah berasal dari kota manakala saya bersal dari kampung.”

“Jadi?”

20

Page 21: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Mana mungkin kita akan bersatu?”

Saripah lantas jadi terpinga-pinga apabila mendengar kata-

kataku itu.

“Apa maksud sebenar, Azman? Saya benar-benar tak faham.”

“Cinta,” aku menjawab lancar tanpa suara yang tersekat-sekat

lagi.

“Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan rentak zaman yang

serba materialistik.”

Aku bagaikan tidak diundang lagi cepat menyampuk:

“Saripah bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa

harta kekayaan adalah lebih penting daripada kejujuran di hati?”

“Tidak!” dia membantah.

“Persefahaman, kasih sayang dan saling bertolak ansur adalah

kunci utama dalam kebahagiaan sebuah rumah tangga.”

Aku dan Saripah saling berpandangan.

21

Page 22: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

BAB 2

Pagi. Cuaca baik. Sinar matahari di kaki langit indah. Ombak

menggulung pantai. Buih-buih memutih. Bayu laut bertiup segar.

Pohon-pohon cemara meliuk-liuk ke kiri dan kanan. Setiap kali ombak

memecah pantai, batu-batu kecil dan pasir akan basah oleh buih-buih

memutih. Atas kehendak Tuhan Yang Maha Esa maka lahirlah

fenomena itu. Kita yang bernama manusia tidak punya kuasa untuk

mencipta laut biru.

“Penyair memang pandai bermain kata-kata,” Adi bersuara

dalam deruan alat penghawa dingin.

“Itulah dunia permainan mereka. Dengan berkarya mereka akan

menemui kepuasan,” jawab Khairul yang berambut lurus sambil

membetulkan duduk.

22

Page 23: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Sumbangan penyair dalam kehidupan manusia amat besar,”

celahku pula.

“Saya bersetuju dengan kata-kata saudara Azman itu. Penyair

selalunya menginsafkan manusia melalui tema ketuhanan,

kemanusiaan dan alam semula jadi,” tingkah Adi.

Perbualan kami terhenti. Pelayan Restoran Seri Mutiara datang

membawa makanan dan minuman yang kami pesan.

“Silakan,” ujar pelayan yang bermuka bulat macam bujur sirih.

“Terima kasih,” balas Adi sambil menganggukkan kepala.

Kemudian pelayan yang memakai baju berwarna merah jambu dan

seluar putih itu pun pantas beredar meninggalkan kami. Sebelum

makan kami menadah tangan membaca doa yang dipimpin oleh Adi.

“Silakan,” ucap Adi sebaik-baik sahaja doa selesai dibaca. Kami

memilih makanan dan minuman yang sama. Nasi lemak dan air teh

panas.

“Saudara Adi selalu datang ke Port Dickson?” soal Khairul sambil

menyuap nasi lemak ke mulut.

23

Page 24: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Jarang,” jawabnya pendek sambil menghirup air teh yang masih

panas.

“Saudara Azman selalu menghadiri pertemuan penulis-penulis

seluruh tanah air?” tanya Khairul bertubi-tubi kali.

“Selalu jugak. Bagi saya peluang sebegini rugi besar kalau

dilepaskan. Kita boleh bertukar-tukar pendapat dan memperbaiki mutu

penulisan,” kataku sambil menghabiskan saki baki nasi lemak.

“Betul kata saudara Azman tu. Penulis bukan sahaja perlu

banyak membaca. Tetapi dia juga boleh mengasingkan diri kalau dia

mahu membentuk pemikiran yang tajam,” sampuk Adi.

“Menarik,” kata Khairul sambil menghabiskan air teh. Melalui

jendela kaca matahari kelihatan masih lagi bersinar indah. Tiada

tanda-tanda hujan akan turun. Kesejukan alat penghawa dingin

mengepung seluruh ruang restoran.

Lagu berirama sentimental yang berkumandang sungguh

mengasyikkan jiwa. Sebuah lukisan yang menggambarkan

pemandangan air terjun di pinggir kali kelihatan tergantung di dinding.

24

Page 25: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Pelanggan semakin ramai memenuhi restoran untuk bersarapan

pagi.

Tidak jauh dari tempat kami duduk kelihatan sepasang remaja

begitu mesra sekali. Wajah mereka nampak ceria. Saling mengukir

senyuman manis. Mereka sedang dilamun cinta.

Cinta sememangnya indah. Cinta ibarat bunga-bunga yang

mekar mewangi di taman. Cinta tidak mengenal usia. Tua dan muda

pasti akan dilamar cinta. Setiap manusia yang hidup di atas bumi ini,

tidak kira daripada kaum Adam atau Hawa pasti akan merasai cinta.

Ketika bercinta tiada dikenali erti duka. Warna-warna indah

terasa menyinari hidup ini, menaburkan berbagai-bagai janji manis.

Sehati sejiwa. Rela sehidup semati.

Entah bermacam-macam lagi janji manis yang ditaburkan.

Dengan harapan semoga hidup bahagia hingga ke anak cucu.

Tetapi bila cinta terluka pedihnya sukar untuk dipadamkan. Tidak

hairanlah ada kaum Adam dan Hawa yang serik untuk bercinta lagi.

Kesimpulannya cinta mengajar manusia erti keindahan dan keperitan.

25

Page 26: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Sejak bila saudara Azman menceburi bidang penulisan?” tanya

Adi memancung lamunanku yang jauh.

“Sejak dari bangku sekolah lagi.”

“Cerpen?” Adi bertanya sambil kedua-dua biji matanya tepat

memandangku.

“Cerpen saya yang pertama bertajuk “Operasi Bukit Merah”

telah tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia. Ia mengisahkan

keperwiraan askar Melayu menentang pengganas komunis. Dan

cerpen ini juga telah berjaya meraih Hadiah Utama dalam Hadiah

Sastera Utusan Melayu-Public Bank pada tahun 1991.”

“Apakah saudara Azman menulis kerana wang?” Khairul

menyoalku sambil kedua-dua biji matanya tidak berkelip-kelip

memandang.

“Tidak. Saya mahu pembaca sama-sama menghayati apa yang

saya luahkan. Supaya yang baik dijadikan teladan dan yang buruk

dijadikan sempadan.”

“Hebat saudara Azman,” ujar Adi selamba mengujiku.

26

Page 27: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Saya cuma seorang insan biasa, yang diciptakan oleh Tuhan di

atas muka bumi yang bulat ini. Tiada apa yang istimewa dalam diri

saya.” Aku sebaliknya merendah diri.

“Saya pun begitu jugak. Tiada gunanya kita meninggi diri.

Mendongak ke langit tanpa memandang ke bawah. Manusia tidak kira

kaya atau miskin semuanya sama di sisi Tuhan. Cuma yang

membezakannya ialah takwa dan iman,” celah Khairul pula.

“Ke mana kita?” soal Khairul sebaik-baik sahaja kami keluar dari

Restoran Seri Mutiara.

“Kita ke sana.” Dengan penuh hormat Adi menudingkan ibu

jarinya ke arah kerusi yang terletak di bawah pohon cemara yang

rendang.

Kami pun berjalan menuju ke arah kerusi yang tertulis MAJLIS

DAERAH PORT DICKSON. Adi duduk di sebelah kanan, aku di tengah

manakala Khairul di kiri.

Daun-daun cemara yang bergeseran mengeluarkan irama yang

merdu. Mendayu-dayu. Ini menjadikan suasana pagi ini bertambah

ceria.

27

Page 28: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Jam di tangan tepat menunjukkan pukul 9:30 pagi. Orang ramai

sudah mula memenuhi pantai Port Dickson. Maklumlah hari Ahad. Nun

di sana kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain

ombak.

“Bila masanya saudara Azman menulis?” Suara Khairul

tenggelam bersama deruan ombak yang menggulung pantai.

“Bila ada waktu lapang.”

“Malam atau siang?” soalnya lagi.

“Malam,” aku menjawab ringkas.

“Jadi, kesunyian memberikan saudara Azman ilham untuk

berkarya?” Adi yang selama ini berdiam diri tiba-tiba mencelah.

“Tepat sekali.”

“Saudara Azman ada menghasilkan novel?” tanya Adi yang

berambut lurus serta berkulit cerah.

28

Page 29: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Belum lagi. Menghasilkan novel bukanlah seperti merebus telur.

Ia menuntut daya kreativiti yang tinggi dan bermutu,” jelasku.

“Jadi, saudara Azman tidak mahu menghasilkan novel kerana ia

adalah satu kerja yang rumit. Bukan begitu?” sanggah Khairul tiba-tiba

seperti mahu mengujiku.

“Penulis seperti laut biru juga. Adakalanya ilham pasang dan

adakalanya surut. Insya-Allah, kalau diizinkan Tuhan saya akan

menghasilkan novel remaja.”

“Adakah tema cinta yang menjadi pilihan?” Adi menyoal pantas.

“Benar. Cinta pada agama, bangsa dan negara.”

“Nampaknya saudara Azman mempunyai semangat patriotik

yang tinggi,” kata Khairul sambil menjeling ke arah Adi.

“Siapa lagi yang harus mempertahankan tanah air ini kalau

bukan kita sebagai anak watan. Perjuangan yang ditinggalkan oleh

pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain mesti diteruskan.”

29

Page 30: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Kita dah pun dengar dunia penulisan saudara Azman.

Bagaimana pulak dengan saudara Khairul?” Kedua-dua biji mata Adi

tepat memandang wajah Khairul.

“Saya lebih banyak menulis puisi yang bertemakan ketuhanan

dan kemanusiaan.”

“Adakah saudara Khairul membuat kajian sebelum menulis?” aku

bertanya dengan penuh minat.

“Ya. Bagi saya hubungan antara manusia dengan Tuhan sangat

erat. Tuhan adalah pencipta. Manusia adalah hamba.”

“Apakah bentuk yang saudara Khairul gunakan?”

“Saya menggunakan bentuk kesedaran. Tuhan yang

menciptakan manusia dan bumi yang bulat ini lebih berkuasa. Manusia

adalah kerdil di sisi-Nya. Apabila kita sujud dalam sembahyang.”

Aku tertarik sekali dengan kata-kata Khairul itu. Tuhan

menciptakan manusia di atas muka bumi yang bulat ini hanya sebagai

pinjaman.

30

Page 31: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

BAB 3

Sang suria kelihatan memancar terang pagi itu. Bola matahari kian

meninggi di kaki langit yang membiru. Jalur-jalur cahayanya kelihatan

lurus menyinari seluruh alam semesta. Langit terang dan bersih.

Bersama gumpalan awan yang memutih. Aku lalu menghampiri

jendela dan mengalihkan pandangan ke arah luar. Bangunan-

bangunan tinggi hampir mencakar langit. Ia menjadi lambang

pembangunan di negara ini setelah mencapai kemerdekaan. Pohon-

pohon yang menghijau bergoyangan ditiup angin timur. Daun-daun

berguguran di atas tanah.

Sepi ... sendirian tanpa teman untuk berbicara. Macam berada di

ruang yang terkunci. Terkongkong. Tidak dapat bergerak bebas. Aku

berdiri di sisi jendela sambil memeluk erat tubuh.

31

Page 32: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Aku menoleh ke kiri kanan. Dua buah blok bangunan asrama

yang tersergam indah. Sememangnya hari ini aku bebas daripada

menghadiri sebarang kuliah. Berbanding dengan Shamsul rakan

sebilikku. Awal-awal lagi dia sudah keluar. Kadangkala terlajak sampai

ke petang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.

Aku lebih senang belajar di dalam bilik.

Sekali-sekala aku ke perpustakaan untuk membuat rujukan atau

terlibat dengan tutorial. Kalau nak bersiar-siar mengitari kota memang

aku tidak ada mood. Lagipun aku tidak suka berpeleseran tak

menentu. Imej sebagai seorang mahasiswa mesti dijaga selalu. Aku

menoleh ke arah potret yang terletak di sisi meja. Hazalina .... Kau

ibarat kerlipan cahaya bintang di langit nan tinggi. Kaulah yang

memberi semangat dan daya kekuatan kepada aku. Sesungguhnya

aku terhutang budi dengan kau.

Alangkah bangganya hati ini mempunyai seorang teman seperti

kau. Tidak tahu bagaimana caranya aku hendak membalas kota

persahabatan yang telah kita dirikan sekian lama! Hanya Tuhan

sajalah yang akan membalas setiap kebaikan yang telah kau taburkan.

Bisik hati kecilku tak henti-henti.

32

Page 33: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Aku tersenyum sendirian. Aku merenung dalam-dalam potret

Hazalina. Kata pujangga ubat kesepian adalah dengan membaca. Aku

berpegang kuat pada falsafah itu. Aku lalu memilih sebuah buku yang

bertajuk Seribu Satu Masalah Dalam Jiwa Manusia. Namun aku gagal.

Kenangan masa silam terus menembusi fikiranku. Amat sukar untuk

dirobohkan seperti Tembok Besar di Negara China.

Aku menutup semula buku dan meletakkannya kembali di atas

permukaan meja yang berbentuk empat segi itu.

Potret Hazalina tak putus-putus direnung. Aku pun mengutip

semula kisah-kisan silam. Untuk dijadikan penawar sepi. Aku lalu

mengatur langkah lima tapak menghampiri kerusi.

Aku menarik potret itu ke depan. Kurenung dalam-dalam bak

lautan biru nan luas. Wajahnya sungguh jelita laksana bulan yang jatuh

ke riba. Hati mana yang tak tertawan?

Hazalina menjadi sumber inspirasi dalam hidup ini. Hingga aku

berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading. Sudah empat tahun

lamanya kami berkawan. Sewaktu sama-sama menuntut dalam

33

Page 34: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

tingkatan Enam Rendah di Sekolah Menengah Seri Ampangan,

Seremban.

“Apa kau nak berhenti sekolah?” Dia agak terkejut. Sambil

membetulkan tempat duduknya.

“Ya ...,” aku mengangguk lemah. Suaraku seperti orang yang

putus harapan untuk terus hidup.

Hazalina melekatkan straw minuman ke bibirnya yang merah

bak delima itu. Kemudian dia bersuara:

“Kau sudah fikir masak-masak?”

“Sudah!”

“Pelajaran itu amat penting, Azman,” dia memberi nasihat.

“Aku tahu, Hazalina. Tapi bahana kemiskinan.”

“Menjadi penghalang buat kau?” tanya Hazalina lagi.

“Kau tentu arif bukan.”

34

Page 35: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Dia terus menyanggah.

“Ia tidak menjadi soal,” dia menjawab sambil menggeleng-

gelengkan kepala. Tanda tidak setuju dengan kata-kataku itu. Dalam

erti kata lain dia membantah keras.

“Hazalina, aku lebih banyak mengenal erti kesusahan daripada

kemewahan sepanjang hidup ini. Sejak masih kecil lagi hingga

sekarang,” aku menjawab. Sisa-sisa air teh dalam cawan terus

kehabisan hingga licin.

Kesejukan alat penghawa dingin mengapung seluruh ruang

restoran.

Hawa dingin termampan di atas dinding pejal yang bercat putih.

Kesegarannya terasa amat ketara sekali apabila menyapu permukaan

kulit. Irama muzik yang sentimental sungguh menggetarkan jiwa.

“Orang miskin juga boleh berjaya melanjutkan pelajaran hingga

ke universiti malah boleh menjadi terkenal.” Dia membetulkan

rambutnya yang panjang hitam ikal mayang hingga mencecah paras

bahu mengerbang sedikit akibat disapu hawa dingin.

35

Page 36: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Kain yang berwarna biru air laut melitupi permukaan meja yang

berbentuk empat segi itu.

Sekuntum mawar merah terhias indah dalam jambangan kecil

yang berwarna putih. Hazalina memecahkan kebisuan yang melanda

buat seketika.

“Kadangkala orang kaya juga diburu ketakutan.”

Aku merasa amat taksub sekali. Dia begitu arif tentang psikologi

hidup manusia di atas muka bumi ini. Dari mana dia belajar agaknya?

Mungkin dia banyak membaca buku-buku yang bukan sahaja

menyalurkan sumber ilmu pengetahuan malahan yang bermoral tinggi.

Perasaan ingin tahu tak putus-putus menendang-nendang benakku.

Aku lalu menarik kerusi ke depan. Persoalan ini benar-benar

menarik perhatianku.

“Kau nampaknya pakar dalam hal-hal kehidupan manusia.”

Dia menjawab senang:

“Sebagai manusia kita dianugerahkan oleh Tuhan deria mata

dan telinga.”

36

Page 37: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Kau belajar dari persekitaran?” aku menyoal tanpa rasa segan-

silu.

“Bak kata orang yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk

kita jadikan sempadan.” Kau memang hebat Hazalina! Bisik hati

kecilku.

Aku menoleh ke kiri kanan. Pelanggan-pelanggan nampaknya

semakin berkurangan. Boleh dikira dengan jari. Dua tiga orang sahaja

yang tinggal termasuk aku den gan Hazalina. Aku berpaling pula ke

arah meja-meja kosong yang lain. Kerusinya juga nampak tersusun

kemas oleh pelayan.

Senyap.

Kami seperti ketandusan ilham untuk terus berbicara.

Ketul-ketul ais dalam gelas Hazalina juga lama-kelamaan

semakin cair.

Hazalina tidak mahu keadaan ini terus berlarutan.

37

Page 38: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Manusia zahirnya memang bersifat lemah.”

“Kita amat kerdil di sisi Tuhan.”

Perbualan kami bertambah rancak apabila dimasukkan unsur-

unsur agama.

Aku teringat semula kata-kata Ustaz Kadir.

“Setiap kali lepas sembahyang perbanyakkanlah doa dan

petunjuk daripada Allah SWT. Mudah-mudahan hidup ini akan diberkati

bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat.” Hubungan antara

manusia dengan Tuhan memang rapat dan sukar untuk dipisahkan.

“Kadangkala kita sebagai terlalu leka mengejar keduniaan

hingga melupakan kewujudan-Nya yang azali di atas alam fana ini.

Sesungguhnya Dia Maha Pencipta ke atas segala makhluk dan alam

semesta.”

Aku berpegang kuat pada konsep ketuhanan tiap waktu dan

ketika agama yang dibekalkan oleh Tuhan menjadi panduan dalam

hidup manusia di dunia ini. Tanpanya kita tak ubah macam orang jahil.

Terumbang-ambing tanpa arah haluan.

38

Page 39: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Yang anehnya kita amat berat untuk menunaikan sembahyang

lima waktu yang menjadi tiang agama.”

Aku amat mengaguminya kerana sangat arif dalam hal-hal

agama. Mungkin juga kerana didikan keluarga yang sempurna.

Di luar bola matahari kian tepat di atas ufuk darjah. Deru

kenderaan tak putus-putus berlibur. Manusia tak jemu-jemu

berkeliaran di dada aspal jalan. Berkeliaran di merata-rata tempat

seperti dilanggar garuda. Masing-masing berlumba-lumba mengejar

kemajuan. Mereka semua berpegang kuat pada prinsip hidup di kota

yang mengibaratkan siapa yang terlambat pasti tercicir.

Hazalina memancung lamunanku.

“Azman, kau harus belajar lagi. Jangan sia-siakan peluang yang

diberikan.”

Tiba-tiba aku dibekalkan dengan penuh rasa keyakinan. Aku

mengerti dengan kata-kata dan rangsangan dari Hazalina.

39

Page 40: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Yang nyata dia benar-benar mengambil berat tentang diriku. Nak

kutanya serba salah rasanya. Akhirnya niat itu terpaksa kupendamkan

juga di dalam hati. Perlahan-lahan aku mengangkat muka.

“Aku faham, Hazalina. Tapi ....” Nada suaraku lemah.

“Tapi apa, Azman?” Dia tidak sabar-sabar lagi memotong.

Aku memandang tepat wajahnya.

“Adik-beradik aku ramai. Tinggal 3 orang lagi yang masih

bersekolah. Tambahan pula ayah dan ibu aku dah tua. Sebagai anak

sulung seluruh tanggungjawab keluarga terletak di atas bahu aku.”

Aku memberi penjelasan.

“Azman, kau harus belajar untuk hidup berdikari sebagai

persediaan mulai sekarang.” Hazalina mempunyai pandangan yang

jauh. Seharusnya aku tidak mudah patah semangat. Malu rasanya aku.

“Bagaimana?”

Dia mengolah kembali persoalan itu. Dia macam mengharapkan

sesuatu dariku.

40

Page 41: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Sinar matanya bak kilauan mutiara di dasar lautan. Terlalu indah

dan berharga. Rela kuselami untuk mendapatkannya.

Dengan tiba-tiba sahaja seluruh tubuhku terasa dingin macam

air terjun di pinggir kali. Aku mendapat semangat baru.

“Hazalina, aku akan belajar bersungguh-sungguh.” Dengan

sepenuh keazaman yang membara dan tinggi kusematkan di dada. Dia

mengukir senyuman manis.

Terima kasih, Hazalina! Bisik hati kecilku.

41

Page 42: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

BAB 4

Hari ini seperti biasa lepas kuliah aku terus balik ke asrama. Di kaki

langit cuaca cerah sahaja. Tompok awan putih menjadi latar belakang

langit nan biru. Kudongakkan kepala ke atas. Bola matahari kiang

meninggi. Bahangnya terasa menggigit kulit. Kulewati jam di tangan

tepat pukul 11:00 pagi.

Aku terus berjalan menuju ke asrama. Sampai sahaja di asrama,

aku terus memeriksa peti surat. Ada. Dari jauh. Aerogram berwarna

biru muda dari California. Gembiranya hatiku bukan kepalang. Dari

Hazalina, sudah pasti! Bisik hati kecilku. Kuamati dalam-dalam isinya.

Dalam diam aku meneroka seribu pengertian. Hazalina, meskikah aku

42

Page 43: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

dapat melupakan dirimu. Badan yang tadinya hangat membara kini

terasa dingin bak air terjun di pinggir kali.

Pelayan lalu menghampiri kami. Hazalina meminta minuman

kegemarannya iaitu Coke. Aku pula teh ‘o’ ais limau. Hari itu Hazalina

bertambah ayu. Baju kurung yang berwarna merah jambu

bersulamkan manik-manik bunga yang berkilauan bila disinari cahaya

menampakkan lagi kejelitaannya. Kau memang cantik. Ayu.

“Apa rancangan kau lepas ni, Azman?” Hazalina membetulkan

rambutnya. Suaranya tenggelam dalam apungan deruan alat

penghawa dingin.

“Aku ingat nak sambung belajar lagi.”

“Dalam bidang apa?” Dia membetulkan duduknya.

“Kesusasteraan Melayu. Kau pula macam mana?” Kuamati

wajahnya tepat. Kedua-dua biji mataku tidak berkelip-kelip. Mata kami

bersatu. Pelayan lalu datang membawa minuman yang dipesan.

“Aku pun macam kau juga.”

43

Page 44: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Kau nak pilih bidang apa?”

“Guaman, tapi bukan di sini.”

“Di luar negara,” potongku pantas.

“Ya!” angguknya lagi sambil menghirup minuman.

“Baguslah tu.”

“Apa pendapat kau?”

“Bukankah ini untuk masa depan kau. Lagipun kau amat

meminati bidang ini.” Aku terus memberi perangsang kepadanya.

“Kau setuju kan dengan keputusan yang aku ambil.” Dia

semacam mahukan keputusan yang pasti dariku.

“Hazalina .... Kalau kau berjaya aku tumpang gembira.

Bolehkan?” Dia lalu tersenyum kecil. Kesempatan ini aku gunakan

untuk menghabiskan sisa-sisa minuman yang tersisa.

“Azman ....” Lembut suaranya bagai seorang bayi minta dimanja.

Kau memang pandai berbicara, Ana. Fikiran yang berat akan

44

Page 45: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

bertambah ringan bila kau berbicara. Ada sahaja bahan untuk

menambat hatiku.

Indahnya saat itu bagaikan rama-rama yang berterbangan

menghiasi bingkai lukisan. Tak tergambar oleh kata-kata yang pesona.

“Pergilah, Hazalina. Jangan hampakan harapan ayah dan ibumu.

Inilah masanya untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka

yang tinggi itu. Dan aku berdoa moga kau akan pulang membawa

kejayaan nanti.” Aku terus menyematkan kata-kata perangsang ke

dalam dirinya.

Lamunanku terhenti seketika. Tiba-tiba pintu bilikku terkuak.

Muncul Shamsul, rakan sebilikku.

“Apa yang kau menungkan tu?” Dia menghampiriku. Wajahnya

ceria walaupun dibebani dengan nota-nota kuliah. Aku pantas

berdaleh.

“Tak ada apa-apalah, Shamsul.”

45

Page 46: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Pasal Hazalina, kan?”

Aku memandangnya.

“Hm ... pandailah kau, Shamsul.”

“Berapa lama dia di sana?”

“Lima tahun.”

“Ita macam mana?”

Aku lantas bungkam. Ita, seorang gadis yang berambut panjang

hitam ikal mayang hingga mencecah bahu. Dengan mata bundarnya

dia kelihatan sungguh ayu dan menawan. Bergegar imanku bila

teringatkan gadis tersebut yang kini semakin mesra denganku.

Kudongakkan kepala menoleh ke arah Shamsul. Aerogram yang

berwarna biru itu perlahan-lahan kuletakkan di atas meja. Shamsul

pula menyusun kemas nota-nota kuliahnya di atas rak yang

disediakan.

“Dia tu kan rakan sekuliah aku,” aku memberi penjelasan.

46

Page 47: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Tapi aku perhatikan hubungan kau dengan dia makin sehari

makin intim.”

“Salah ke?”

“Tak!” gelengnya sambil tersenyum.

Shamsul bingkas bangun. Menuju ke almari bajunya lantas

menukar pakaian.

“Sudahlah tu, Shamsul. Aku tak mahu fikirkan sangat perkara tu.

Kita ni kan dah semester akhir. Lebih baik tumpukan sahaja pada

pelajaran.”

“Betul kata kau tu, Azman. Perut aku pun dah lapar. Mari kita

pergi makan.” Baru terasa perut pun sudah mula berkeroncong. Aku

pun mengikut Shamsul.

Pagi itu, aku menghadiri kuliah seperti biasa. Alat penghawa

dingin mengapung seluruh ruang dewan. Profesor Madya Abdul Syukur

tak henti-henti memberi ceramah. Aku mendengarnya dengan penuh

khusyuk. Kucatitkan segala isi yang penting di atas kertas kuarto. Seni

47

Page 48: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

itu mencerminkan budaya hidup manusia. Ia telah sebati dengan jiwa

manusia.

Demikian antara kata-kata yang dilafazkan oleh pensyarah

tersebut. Orangnya tegas dan adakalanya dia suka berjenaka. Sesekali

aku mencuri pandang ke arah Ita yang berada tidak jauh dariku. Dia

juga sempat mencuri pandang ke arahku sambil melukiskan senyuman

manis. Aku membalasnya. Lagipun kata orang, senyuman itu adalah

satu sedekah.

Hari ini, dia sungguh cantik sekali. Dia mengenakan baju kurung

berwarna ungu. Tambah ayu bila mengikat rambutnya seperti ekor

kuda. Sebelum kuliah tamat, Profesor Madya Abdul Syukur sempat

memberikan tugasan. Dan ia hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya

minggu depan. Tepat jam 12:00 tengah hari kelas pun bersurai. Aku

bingkas bangun menuju ke pintu keluar.

“Azman ….” Aku toleh ke belakang.

“Ada apa, Ita?”

“Kau free tak petang ni?” soalnya.

48

Page 49: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Kenapa?”

“Aku ada hal mustahak yang nak bincang dengan kau.”

“Apa dia?” Aku makin berminat untuk mengetahuinya.

“Ada la ….” Ita cuba menyembunyikan sesuatu. Perasaanku

makin berkecamuk. Teka-teki itu masih belum kuperolehi jawapan.

“Kau tahu kan, aku pernah dikecewakan?” Ita memulakan

perbualan sambil membetulkan rambutnya yang mengerbang ditiup

angin. Air Tasik Titiwangsa begitu tenang.

“Ita, setiap kegagalan itu ada hikmahnya. Ia adalah pengalaman

untuk mendewasakan kita. Kau mesti kuat dan tabah dalam

menghadapi hidup ini. Tak bermakna sekali kau gagal, kau akan gagal

buat selama-lamanya,” nasihatku.

“Tapi …. Ia adalah terlalu pahit, Azman ….” Kutenung wajahnya

dalam-dalam.

49

Page 50: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Memanglah ia teramat pahit, bukan kau seorang sahaja yang

mengalaminya. Semua orang begitu,” terangku. Dia kembali

mengangkat mukanya kepadaku.

“Azman …. Aku ….” Amat berat untuk dilepaskannya.

“Aku bersimpati dengan kau, Ita …,” balasku pula. Ita masih

mahu meluahkan sesuatu.

“Aku ingin memiliki hatimu ….” Ternyata Ita tidak dapat lagi

membendung perasaannya. Aku jadi terkasima apabila mendengarnya.

Benarkah ini atau hanya mimpi?

“Ita ….” Aku bersuara memujuk.

“Kau terlalu mengambil berat tentang diriku. Malah, kau juga

telah dapat mengubat hatiku yang kian lara.” Ita telah menyemaikan

harapan yang menggunung tinggi padaku. Dia menawarkan cinta. Oh,

Tuhan! Aku jadi serba salah.

50

Page 51: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Ita, aku tak terlintas sedikit pun untuk mengecewakan hatimu.

Tapi ….” Aku berhenti tiba-tiba. Terasa berat untuk kulepaskan.

Ita kuperhatikan dengan penuh tenang menanti akan jawapanku.

“Kita datang ke sini bukan untuk mencari cinta. Tapi untuk

mencari ilmu. Aku harap kau dapat menerima hakikat itu. Aku anggap

kau sebagai seorang kawan, tak lebih dari itu,” jelasku.

“Azman!!!” Ita terkejut.

Wajah Ita berubah. Matanya sudah digenangi air jernih.

“Sampai hati kau mengguris hatiku ….”

“Aku tetap berdoa agar suatu hari nanti, kau akan bertemu jodoh

dengan seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab dan

menyayangi dirimu.”

Di kaki langit, fajar kian menyingsing.

51

Page 52: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

BAB 5

“Kadangkala saya mahu menjadi seperti sang camar putih.” Saripah

membetulkan rambutnya yang panjang hitam ikal mayang.

“Mengapa?” Aku membetulkan duduk di atas kerusi kayu yang

terletak di bawah pohon cemara yang rendang.

“Hidup saya terasa seolah-olah berada dalam sangkar.”

Suaranya tenggelam dalam deruan ombak.

52

Page 53: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Ertinya selama ini Saripah tersekat oleh ayah dan ibu?”

“Ya!” angguk.

“Itu tandanya mereka sayangkan Saripah,” jelasku lagi.

“Saya serius, Azman!” dia merengus.

“Maafkan saya, Saripah. Saya tak bermaksud hendak

mempersendakan kata-kata Saripah itu. Sebagai seorang kawan saya

memang bersedia mendengar masalah Saripah.”

“Bagaimana caranya Azman menangani masalah yang saya

hadapi?” Saripah membiarkan saja angin timur mengusapi tubuhnya.

“Kita kongsi bersama. Setiap manusia yang hidup di atas muka

bumi ini sering dihantui dengan masalah.” Aku memutuskan perbualan

buat seketika.

Angin sungguh segar dan nyaman mengusapi seluruh tubuh.

“Kita tidak seharusnya melihat dunia dalam sahaja. Dunia luar

mesti dipentingkan juga. Sewaktu menuntut di sekolah dahulu saya

53

Page 54: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

sangat aktif menganggotai Persatuan Bimbingan dan Kaunseling,”

jelasku.

“Itu pengalaman namanya,” dia cepat memintas.

“Sedikit sebanyak saya dapat mempelajari psikologi manusia.”

“Boleh Azman terangkan?” Saripah nampaknya sangat berminat.

“Kita terpaksa turut sama mendalami masalah rakan yang kita

bimbing itu. Setelah kita benar-benar memahami masalah yang

dihadapi olehnya.” Sekali-sekala aku dan Saripah dikejutkan oleh

keriuhan suara anak-anak kecil yang riang bermain alunan ombak di

gigian pantai.

“Kita adalah manusia. Mula-mula dilahirkan sebagai bayi yang

hanya tahu menangis. Kemudian merangkak sehinggalah akhirnya kita

dewasa pandai berjalan sendiri. Menggunakan akal dan fikiran dengan

penuh kematangan,” jelasku.

Kuperhatikan Saripah benar-benar termampan dengan kata-kata

itu.

54

Page 55: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Menarik sekali kenyataan itu.” Dia mencuit lembut bahu kiriku.

Aku cuba menguji Saripah.

“Saripah tahu apa kesimpulannya?”

“Silakan!” Aku macam diberi penghormatan.

“Segala suka duka yang kita layari dalam hidup ini menjadi

pengalaman dalam mendewasakan kita,” kataku lagi.

Saripah diam. Mungkin dia sudah mengerti.

“Saya mahu balik.”

“Baiklah!”

Aku dan Saripah lantas bangun.

Setibanya di rumah aku terus menyandarkan badan di atas

kusyen. Di luar cuaca amat panas sekali.

“Penat nampak,” tegur Roslan rakan serumahku yang tiba-tiba

muncul dari biliknya.

55

Page 56: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Aku memandang tepat wajah Roslan.

“Perli nampak?” Aku masih lagi sempat mengukir senyuman

kecil.

“Macam mana date?”

“Biasa aje.”

“Yalah, biasa macam mana tu?”

“Aku dan Saripah cuma berkawan biasa saja.”

Pintu yang ternganga luas memberi kesempatan kepada angin

petang untuk menerjah masuk dan terasa begitu segar sekali apabila

menyapu seluruh tubuh.

“Yalah adat la tu. Mula-mula berkawan lepas tu bercinta. Betul

tak?” Sindirannya semakin tajam.

“Kalau macam tu bila kita berkenalan aje dengan seorang

peermpuan terus jatuh cinta,” balasku pula sambil membetulkan

duduk.

56

Page 57: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Tapi orang perempuan ni, kalau kita ambil berat dengan diri dia

lama-kelamaan dia pasti jatuh hati dengan kita.”

“Kau pernah mengalaminya?”

“Pernah juga,” jawab Roslan yang berkulit kuning langsat.

“Jadi, kau percaya satu hari nanti Saripah pasti menaruh hati

pada aku?” tanyaku sambil merenung dalam-dalam wajahnya.

“Boleh jadi jugak!” dia mengangguk-anggukkan kepala.

Khairul mengangkat mukanya tinggi sedikit. Dan bersuara:

“Kau sukakan dia?”

“Hanya sebagai seorang teman.”

“Aku rasa lebih baik kau berterus terang pada dia.”

“Untuk apa?” Aku berpura-pura tidak mengerti.

“Yang kau sukakan dia.”

57

Page 58: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Belum tiba masanya,” aku menjawab selamba.

“Kau takut bertepuk sebelah tangan?” soalnya.

“Itu tidak boleh dijadikan alasan.”

“Habis?” Dia masih lagi tidak berpuashati dengan jawapanku.

“Aku mahu mengenali hati budinya dulu. Umpama kata orang

tak kenal maka tak cinta.” Aku dapat membaca raut wajah Roslan. Dia

berpuashati dengan jawapan itu.

Perbualan kami yang rancak lalu terhenti. Aku menoleh ke arah

jam dinding. Pukul 7:15 malam. Sedar-sedar sudah masuk waktu

maghrib.

“Aku nak mandi dulu.”

“Pergilah!” Roslan membalas sambil mengangguk-anggukkan

kepala.

58

Page 59: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Seperti biasa selepas menunaikan solat Maghrib aku keluar

untuk makan malam. Kadangkala aku memasak sendiri terutama bila

sampai hujung bulan.

BAB 6

Hari Ahad. Sudah menjadi kebiasaan aku bangun awal untuk

menunaikan solat Subuh. Selepas menunaikan solat Subuh, aku lebih

gemar menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran. Kemudian aku

akan keluar untuk bersarapan pagi di gerai yang terletak tidak jauh

dari rumah.

59

Page 60: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Seperti biasa aku akan memesan nasi lemak dan teh tarik.

Selepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak

bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai

saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas melabuhkan punggung

di atas kerusi sofa yang lembut berwarna biru air laut itu. Aku

kemudiannya lalu membuka helaian suratkhabar satu persatu untuk

mengikuti perkembangan semasa yang sedang berlaku di dalam dan

luar negeri.

“Kau dah sarapan, Azman?” soal Roslan. Orangnya berbadan

kurus dan berkulit kuning langsat.

“Sudah,” jawabku sambil menatap suratkhabar.

“Kau dah sarapan ke belum?” soalku pula.

“Sudah!” angguknya.

“Zaimi mana?” soalku lagi bertubi-tubi kali.

“Dia dah balik kampung semalam.”

“Kau tak ke mana hari ni?” Kuangkatkan kepala merenung

wajahnya.

60

Page 61: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Tak!” gelengku.

“Aku rasa kau dah terlupa.” Roslan lalu tersengih.

“Kenapa?”

“Petang semalam Saripah ada telefon.”

“Apa katanya?”

“Dia suruh kau telefon balik,” ujarnya lagi.

Diam seketika.

“Ada hal mustahak ke?” Aku meminta penjelasan daripada

Roslan.

“Rasanya begitulah,” balas Roslan pula.

Aku pantas bangun. Dan jariku ligat memutar nombor telefon

Saripah. Tuuttttt! Tuuttttt! Nada deringan bertalu-talu kali. Dan gagang

telefon pun diangkat.

61

Page 62: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Hello!”

“Hello!” Kedengaran suara yang manja. Dan aku pasti itu adalah

Saripah.

“Saya Azman. Apa khabar?”

“Baik. Semalam ke mana?”

“Ke rumah kawan di Ulu Klang. Apahalnya Saripah telefon saya?”

“Azman senang ke hari ni?”

“Kenapa?” soalku lagi.

“Saya nak jumpa Azman.”

“Di mana?”

“Di Taman Tasik Titiwangsa. Boleh?”

“Ada hal mustahak ke?” soalku.

62

Page 63: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Tidak. Cuma nak berkongsi pengalaman. Meringankan yang

berat dan meleraikan kekusutan,” balasnya.

“Baiklah. Tapi pukul berapa?”

“Sekarang juga.” Aku melihat jam di dinding.

“Pukul 10:00 pagi.”

“Ya!” kata Saripah lagi.

“Baiklah!” anggukku tanda setuju.

“Saya tunggu di sana nanti,” terang Saripah lagi.

“Baiklah!”

“OK, bye!”

“Bye!” Perlahan-lahan kuletakkan gagang telefon.

63

Page 64: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Ada temu janji nampak,” ujar Roslan sambil mengukir

senyuman sinis.

Mataku tunak memandang muka Roslan yang bulat seperti bujur

sirih itu. Roslan lalu mengatur langkah dan perlahan-lahan melabuhkan

punggung di atas kerusi sofa. Di luar cuaca sudah mula terasa panas

walaupun hari masih pagi lagi. Sudah lama hujan tidak turun. Rumput

di padang permainan yang terletak berhadapan dengan rumah itu

telah bertukar warna menjadi keperangan dan kekeringan layu.

Bunyi kipas yang berputar ligat di ruang tamu rumah teres itu

jelas kedengaran. Mataku liar memerhatikan lukisan pemandangan air

terjun yang melekap di dinding yang dicat dengan warna kuning air itu.

Aku dan Roslan duduk bertentangan. Radio terus memutarkan lagu-

lagu berentak sentimental.

“Saripah nak jumpa aku hari ni di Taman Tasik Titiwangsa,”

jelasku lagi. Roslan tak henti-henti mengukir senyuman kecil.

“Kau bercinta ke dengan dia?” Kata-kata itu terlafaz secara

spontan dari mulutnya.

64

Page 65: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Kau ni ada-ada aje. Aku dan dia berkawan saja. Tak lebih

daripada itu,” aku pantas mencelah.

“Yalah. Mula-mula berkawan. Lepas tu ....”

“Sudahlah tu. Kau dengan Haryati macam mana?” aku cepat

memotong.

Roslan terdiam sebentar. Entah mengapa. Aku tak pasti.

“Kami belum bersedia lagi mendirikan rumah tangga,” jawabnya

selamba.

“Kenapa pulak? Jangan tunggu lama-lama.”

“Benar!”

“Habis?” ulangku lagi.

“Tungguhlah nanti,” dia menjawab.

“Bila? Tahun ni atau tahun depan?” soalku lagi sambil mengukir

senyuman kecil.

65

Page 66: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Biarlah kuasa Tuhan yang menentukan,” jawabnya dengan

wajah yang tenang.

“Baguslah tu, Roslan. Lagipun dapatlah aku dan Zaimi

menumpang makan nasi minyak,” usikku.

“Oh, itu mesti. Kau orang berdua mesti jadi pengapit aku nanti.

Boleh?”

“Boleh. Tak ada masalah. Tapi ….”

“Tapi apa?”

“Naik lenguhlah tangan aku dan Zaimi asyik mengipas kau aje.”

Aku dan Roslan lalu ketawa terbahak-bahak hingga hampir

memecahkan ruang tamu rumah teres itu.

Benar kata orang. Perkahwinan adalah kongsi hidup waktu

nikmat. Ia akan berlanjutan hingga ke akhir hayat. Tujuan Islam

menggalakkan perkahwinan ialah untuk membendung maksiat dari

terus berleluasa.

66

Page 67: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Aku tersentak tiba-tiba. Aku hampir terlupa. Saripah sedang

menungguku. Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 9:30 pagi. Janji

harus ditepati. Aku bingkas bangun.

“Aku nak bersiap dulu. Terlambat pulak nanti.”

“Atau takut buah hati merajuk?” Roslan pantas menyampuk.

Aku merenung sahaja wajahnya tanpa berkata sepatah pun. Tapi

aku sempat mengukir senyuman kecil. Aku pun bergegas ke bilik untuk

bersiap.

“Segak betul kau hari ni, Azman,” tegur Roslan sebaik-baik

sahaja aku keluar dari bilik.

“Kenapa? Salah ke?” balasku.

“Tak salah. Tapi orang yang sedang hangat bercinta selalunya

indah. Betul tak?” Roslan tak henti-henti mengusikku.

Aku tertawa bila mendengarnya.

67

Page 68: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Begitu juga dengan Roslan hingga terangkat bahunya. Begitulah

mesranya kami seperti adik-beradik. Susah senang sentiasa bersama

menghadapinya. Jarang sekali kami bertengkar. Aku terus mengambil

kasut kulit yang berwarna hitam di dalam almari.

“Kau tak ke mana hari ni?” soalku sambil menyarung kasut.

Muka Roslan berkerut.

“Malaslah …. Aku nak berehat ….” Suaranya lemah bagaikan tak

bermaya.

“Kau tak jumpa Haryati?” sambungku lagi.

“Kalau hari-hari berjumpa takut jemu pulak nanti,” ujarnya

sambil mengangkat kepala.

“Dan bila jarang bertemu barulah terasa rindu. Betul tak?”

celahku pantas.

“Hah, tahu pun!”

Aku lalu mendongakkan kepala ke atas. Cuaca amat panas terik

sekali.

68

Page 69: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Baiklah, Roslan. Aku pergi dulu!”

“Yalah!” dia sebaliknya membalas sambil mengangguk-

anggukkan kepala.

Kuaturkan langkah yang perlahan menuju ke perhentian bas. Tak

lama kemudian bas pun tiba.

Kalau mengitari bandar Kuala Lumpur kesimpulannya era

pembangunan kian terasa. Setelah negara kita mencapai

kemerdekaan kemajuan benar-benar dapat kita nikmati. Bangunan-

bangunan tinggi mencakar langit. Antara yang menjadi kemegahan

ialah Menara Kuala Lumpur dan KLCC. Aku amat bangga sekali menjadi

anak yang merdeka. Namun kita tidak harus lupa pada tokoh-tokoh

nasionalis yang telah berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan

tanah air yang tercinta. Sama ada yang masih hidup ataupun yang

telah meninggal dunia. Pengorbanan mereka semua adalah amat

besar nilainya. Kalau tidak sudah tentu penjajah akan terus bertapak di

negara ini. Aku juga bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana negara ini

berada dalam keadaan yang aman dan harmoni. Semua kaum bersatu

padu menikmati kekayaan bumi.

69

Page 70: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Tidak seperti sesetengah negara-negara lain di dunia yang

dihantui oleh peperangan dan kacau bilau sehingga mengorbankan

ramai nyawa termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa. Oh, Tuhan!

Sampai bilakah kekejaman akan berakhir? Doa kecilku. Kerana

merebut kuasa manusia sanggup berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

Di manakah letaknya konsep kemanusiaan? Persoalan ini tak putus-

putus membelenggu benakku. Fikiranku bagaikan tidak mahu berhenti

berbicara dalam mencari jawapan itu.

Sedar-sedar aku telah pun sampai ke desSaripahsi yang dituju.

Jam di tangan tepat menunjukkan pukul 10:00 pagi.

Demikianlah cepatnya masa berlalu. Tanpa kita sedari melewati

atau meninggalkan kita. Dan yang nyata sekali masa itu adalah emas

yang paling berharga. Betapa ruginya pada mereka yang tidak

menghargai masa. Dari jauh kelihatan Nabilah sedang menungguku.

Dia tambah ayu bila mengenakan baju kurung yang berwarna merah

hati.

“Dah lama menunggu?” tegurku sebaik-baik sahaja

menghampirinya.

70

Page 71: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Bahu kami saling bersentuhan. Matanya tunak merenungku. Kau

memang cantik, Saripah! Bisik hati kecilku. Wajahnya tetap ceria.

Rambutnya mengerbang sedikit ditiup angin tetapi segera

dibetulkannya.

“Tak jugak,” jawabnya pendek.

“Betul ke ni?” aku cepat memintas.

“Kenapa?” balasnya sambil mengangkat kepala.

“Tak percaya?” sambungnya lagi.

“Bukan!” aku menjawab sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Takut Saripah cuba menyembunyikan kemarahan kerana saya

terlambat.”

Saripah lantas mengukir senyuman kecil hingga memaparkan

barisan giginya yang putih berseri itu. Bibirnya merah bak delima.

Pendek kata, hati mana yang tak tertawan.

71

Page 72: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Sebenarnya saya dah lama sampai. Jadi ….” Aku tidak sempat

menghabiskan percakapan kerana Saripah pantas mencelah.

“Saya faham!” angguknya seketika.

“Kesesakan lalulintas sudah menjadi rutin kehidupan orang di

kota.”

Aku tidak menjawab sebaliknya membisu. Mataku tajam

memandang tasik yang membiru. Satu anugerah Tuhan yang percuma

untuk makhluknya. Kelahiran Saripah juga adalah anugerah Tuhan

untukku. Aku rasa bersyukur! Doaku.

“Sudahlah, tu. Mari kita duduk. Tentu Saripah penat berdiri,”

kataku sambil menunjukkan ke arah salah sebuah bangku yang

terletak di bawah pohon yang rendang.

“Baiklah!” dia mengangguk tanpa membantah.

Kami sama-sama melabuhkan punggung di atas bangku yang

diperbuat daripada kayu itu. Pancaran matahari tak terasa terik kerana

dilindungi oleh pohon yang rendang itu. Kuamati wajahnya dalam-

dalam. Baru tiga bulan aku berkenalan dengannya. Dia seorang gadis

72

Page 73: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

yang baik. Lemah-lembut, berbudi-bahasa dan bersopan-santun.

Alangkah beruntungnya kalau Saripah dapat menjadi suri hidupku.

Sudah! Jangan mengelamun. Dia orang yang berada sedangkan aku

tak punya apa. Dari kecil hingga dewasa aku dibesarkan dengan

kemiskinan dan tak pernah mengenal erti kemewahan. Lamunanku

yang jauh melayang itu terhenti seketika. Bak rancangan yang

tergendala di kaca televisyen.

“Selama setahun Azman hidup di kota macam mana rasanya?”

soal Saripah.

“Penuh dengan perit dan getir. Maklumlah kota yang besar

penuh dengan cabaran dan dugaan. Dari sinilah ia mengajar kita

supaya menjadi kuat dan tabah,” jawabku tenang.

“Kalau tidak?” Saripah mengangkat muka.

“Yang cepat akan terus berkuasa di atas. Dan yang lemah akan

terus tertindas di bawah.” Tetapi aku tidak pernah lupa pada desa

yang permai tempat aku dilahirkan. Banjaran gunung yang menghijau,

73

Page 74: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

sawah padi yang terbentang luas, ketenangan air sungai serta

lambaian pohon nyiur sentiasa mengajak aku pulang.

“Adakah semua penghuni di kota kosmopolitan ini hidup di

bawah hipokrit?” Kugelengkan kepala sebagai tanda tidak bersetuju

sama sekali dengan pendapat itu. Saripah nampaknya teracung juga.

“Tidak semua begitu, Saripah. Hanya segelintir sahaja. Tapi kita

tak boleh bulat-bulat salahkan mereka. Ini timbul kerana desakan

hidup. Akhirnya yang kurang berada terpaksa menyamar seperti orang

kaya,” tegasku. Dia diam sebentar. Mungkin sedang mencari

kesimpulan tentang apa yang kuutarakan. Sekali-sekala terasa angin

berhembus perlahan menyapu permukaan kulit.

“Sebagai manusia tentu Azman mempunyai cita-cita, bukan?”

Kedua-dua bola mataku tepat memandang kulitnya yang putih berseri

itu bak kilauan mutiara di dasar lautan. Kutarik nafas yang panjang.

“Saya mahu berjaya dalam hidup. Dan berbakti kepada sesama

insan dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan balasan.” Saripah lalu

mengangguk. Di kaki langit kelihatan tompok awan biru dan putih.

74

Page 75: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Dan Taman Tasik Titiwangsa semakin ramai menyambut

kedatangan pengunjungnya terutama yang sudah berkeluarga.

Maklumlah hari minggu adalah kesempatan yang terbaik untuk

membawa keluarga bersiar-siar. Serta melapangkan otak setelah

penat seminggu suntuk bekerja.

Begitu juga dengan pasangan yang sedang bercinta inilah

tempat yang paling sesuai untuk melepaskan rindu dendam yang

membara. Tetapi dalam pada itu mereka harus beringat jangan sampai

melanggar tatasusila Islam. Alamatnya kena cekuplah dek pencegah

maksiat. Saban hari akhbar tempatan menyiarkan peningkatan para

remaja yang ditangkap akibat perbuatan maksiat. Dalam hal ini di

mana silapnya? Pergaulan di kalangan mereka semua ada batasnya.

Peranan ibu bapa dalam didikan agama amat penting.

“Hidup Saripah tentu dipenuhi dengan kesenangan, bukan?”

Mukanya berkerut. Matanya tidak berkelip-kelip merenungku. Getaran

kalbuku bertambah kencang seperti pukulan tong drum. Inikah yang

dinamakan cinta pandang pertama? Bisikku dalam diam. Tapi cinta itu

tak selalunya indah. Adakalanya perit bagai api yang membakar diri.

75

Page 76: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Jangan ingat walaupun harta kita bertimbun hati ini akan

senang,” Nabilah lalu menjawab.

“Kenapa pulak?” Aku pura-pura tak mengerti sambil melunjurkan

kaki lurus dan rapat.

“Kita akan sentiasa diburu oleh ketakutan. Tambahan pula rezeki

yang kita perolehi dengan cara yang tidak diredhai oleh Tuhan.” Bijak

juga Saripah ni. Pengetahuan agamanya juga dalam. Kalau beginilah

sifatnya tentu sejak dari kecil lagi keluarganya telah menerapkan

didikan agama dengan penuh sempurna. Sebagaimana yang kita

ketahui agama amat penting dalam panduan hidup manusia.

Tanpanya manusia akan teraba-raba tak tentu arah seperti orang jahil.

“Itu bagi mereka yang membina segala kekayaan bermula

daripada atas,” balasku.

“Maksud Azman mereka tidak mengenal susah payah?”

“Ya!” aku membalas sambil mengangguk-anggukkan kepala.

“Mereka yang bersusah payah membina empayar kekayaan

akan sedar diri mereka. Dan mengakui bahawa diri mereka adalah

lemah. Ini menjadikan mereka tidak lupa daratan,” sambungku lagi.

76

Page 77: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Selalunya orang yang kaya amat berpengaruh dengan wang

mereka boleh membeli segala-galanya. Tetapi lain halnya pula pada si

miskin tanpa wang hidup mereka akan sengsara. Yang paling

menyedihkan timbul jurang perbezaan antara si kaya dengan si miskin.

Si kaya akan memerintah si miskin yang menjadi hamba. Si kaya

tarafnya amat tinggi dan si miskin tidak layak bercampur gaul

dengannya.

Aku lalu tunduk menginsafi kekerdilan diri ini. Perlahan-lahan

kuangkat kepala merenung wajah Nabilah yang berada di sebelahku.

Kita sebenarnya terlupa bahawa Tuhan menjadikan semua

makhluknya di muka bumi ini sama rata tanpa mengira kaya atau

miskin. Yang membezakan adalah ketakwaan pada-Nya.

“Mengapa mereka yang telah berjaya mengecap nikmat

kekayaan menjadi tamak?” tanya Saripah pula dengan penuh minat.

“Mereka sebenarnya dipandu oleh nafsu dan ingin terus

berkuasa di atas tanpa memikirkan bahawa hidup ini tak ubah seperti

putaran roda. Adakalanya di atas dan adakalanya di bawah. Oleh itu

mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun dengan jalan yang

77

Page 78: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

salah demi mencapai cita-cita tersebut,” aku menjawab dengan

panjang lebar.

Saripah dibelenggu diam seketika. Mungkin bersetuju dengan

jawapanku. Kerana kata orang diam selalunya bererti setuju.

Berbanding dengan angguk belum tentu lagi. Tapi bagiku lebih baik

diam agar berisi daripada berisi tapi tak berhasil.

Hidup ini harus berprinsip. Jangan jadi lalang yang ditiup angin

tak tentu arah. Akibatnya mudahlah bagi orang lain mengambil

kesempatan untuk menindas kita.

“Saya ingin merasa hidup dalam kesusahan,” dia mencelah tiba-

tiba.

Aku agak terkejut juga bila mendengarnya.

“Kenapa?”

“Adakalanya saya dibelit kebosanan dengan kemewahan,”

ucapnya lembut sambil matanya tajam menjeling ke arah tasik yang

membiru.

78

Page 79: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Hairan! Orang lain berdoa siang malam dan bekerja keras agar

dikurniakan kekayaan yang melimpah-ruah,” aku menyampuk pula.

Nabilah kembali semula merenungku. Aku bagaikan tidak sabar lagi

untuk mengetahui jawapan itu.

“Saya ingin berdikari, Azman. Ditakdirkan kedua-dua orang tua

saya sudah tiada lagi dapatlah saya mengatur hidup dengan sendiri

tanpa bantuan orang lain.”

“Jadi selama ini mereka berdua mengongkong hidup Saripah?”

soalku bertubi-tubi kali.

“Tidak juga!” geleng.

“Asalkan tahu menjaga nama baik keluarga.”

“Oh, begitu!”

Tentu ayah dan ibunya mahukan seorang lelaki yang baik dan

kuat beribadat untuk menjadi menantu mereka. Harta kekayaan dan

pangkat? Itu aku tak pasti. Aku belum lagi mengenali keluarganya.

Manusia zahirnya rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Itu sudah

menjadi adat manusia yang hidup dalam dunia materialistik. Terlalu

79

Page 80: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

memandang pada kebendaan. Ciri-ciri budi pekerti kian diketepikan.

Adaketikanya ibu bapa amat tegas dalam soal jodoh anak-anak

mereka. Bukannya apa. Itu tandanya mereka amat sayang pada anak.

Mereka tidak mahu anak-anak mereka gagal menemui sinar

kebahagiaan.

Ini zaman komputer majoriti anak-anak lebih gemar berkahwin

atas dasar suka sama suka. Bagiku dalam soal jodoh biarlah Tuhan

sahaja yang menentukan. Jodoh dan maut adalah di tangan-Nya. Kalau

boleh biarlah isteriku seorang yang solehah.

“Rosli pernah bercinta?” soal Saripah lagi.

“Setakat ni belum pernah. Berkawan tu ada la,” balasku.

“Azman nampaknya takut bermain dengan api cinta?” Dia

mengukir senyuman mesra. Tapi penuh dengan makna. Mulutku

terkunci rapat buat seketika. Dan kuperhatikan Saripah tetap tidak

berputus asa untuk mendapat reaksi jawapan itu.

“Cinta pertama sukar dilupakan. Dan bila terputus di tengah

jalan ia amat memedihkan bak tikaman sembilu yang tajam.”

80

Page 81: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Saripah pantas dilanda kebisuan. Pernahkah dia mengalami

kegagalan dalam bercinta? Malu rasanya untukku meraih kepastian

darinya. Nampak benar aku yang perasan. Takut bertepuk sebelah

tangan pulak nanti. Aku lalu memecah kesenyapan yang melanda.

“Saripah, maafkan saya kalau bertanya?” Dia pantas

memalingkan muka.

“Siapa yang bakal menjadi calon suami Saripah?”

“Saya tidak memandang pada pangkat dan rupa. Yang penting

keikhlasan di hati,” jawabnya lembut. Dan hati kecilku mula berbisik.

Nabilah kaulah seorang gadis yang paling istimewa dalam hidup ini!

81

Page 82: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

BAB 7

Kalau dah jodoh tak ke mana. Asam di darat, ikan di laut dalam periuk

bertemu jua. Bukankah Islam amat menggalakkan perkahwinan?

Tujuannya ialah untuk mendapatkan zuriat. Alangkah indahnya menuju

ke gerbang perkahwinan! Diiringi oleh paluan kompang dan bunga

manggar. Beras kunyit ditabur, ditepungi tawar. Bersanding di atas

pelamin bagai pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan. Sambil

dikelilingi oleh sanak-saudara dan teman-teman. Ibu dan ayah gembira

tak terhingga melihat anak mereka menempuhi kehidupan baru.

Tiap kali aku pulang ke kampung, topik kahwin pasti timbul.

Malam itu, selepas menunaikan solat Isyak aku berehat di anjung

rumah. Ayah sejak dari Maghrib tadi belum lagi balik dari surau. Bulan

dan bintang tetap bersinar di kaki langit yang diselubungi dengan

warna hitam pekat. Bunyi cengkerik bergema memecah kesenyapan

malam.

Cahaya lampu tetap terang-benderang. Kesejukan malam terasa

membungkus seluruh badan. Desir angin yang berhembus perlahan

terasa jelas menyapu permukaan kulit.

82

Page 83: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Tak lama kemudian ibu muncul dari dapur bersama secawan

kopi ‘o’ dan sepiring ubi rebus yang masih panas lagi.

“Mak tak minum sama?” pelawaku sambil meneguk perlahan air

kopi ‘o’ yang hitam pekat itu.

“Minumlah ...,” jawabnya lembut. Serentak menghampiriku. Ubi

rebus segera melepasi kerongkongku.

“Berapa lama cuti?”

“Seminggu, mak.”

“Tak lama lagi Pak Teh dan Mak Teh kau akan menerima

menantu,” ujar ibu lagi. Kuamati dalam-dalam wajahnya yang tua itu.

“Bila?” soalku pula sambil menghabiskan sisa-sisa kopi ‘o’ yang

masih tinggal sedikit lagi.

“Awal bulan depan,” ibu menjawab sambil membetulkan ikatan

sanggulnya agar kemas dan rapi. Aku tanpa hentinya menyoroti

persoalan itu.

83

Page 84: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Anaknya yang mana satu?”

“Rohana anak yang bongsu.”

“Siapa bakal suaminya?” soalku bertubi-tubi kali.

“Halim,” jawab ibu.

Aku pantas mencelah bila mendengar nama itu:

“Halim, yang sama sekolah dengan saya tu?” Aku mengangkat

kepala tinggi sedikit.

“Ya!” angguk ibu pantas.

Ini yang dinamakan takdir. Jodoh dan ajal di tangan Tuhan. Kita

sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang

menentukan segala-galanya. Setahu aku, waktu sekolah dahulu Halim

hangat bercinta dengan Zarina yang juga kawan rapat Rohana. Aku

sangka Halim akan memilih Zarina sebagai pasangan hidupnya. Tapi

apa yang berlaku adalah sebaliknya.

84

Page 85: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Kau ni bila lagi?” soal ibu tiba-tiba. Lamunanku yang jauh

melayang itu lalu terhenti. Aku lalu memalingkan muka merenung

wajah ibu yang tua itu.

Dialah orang yang telah melahirkanku ke dunia ini. Syurga

terletak di bawah telapak kakinya. Menderhaka jauh sama sekali.

Alamat berdosalah, neraka jahanam tempatnya. Kutarik nafas yang

panjang.

“Sabarlah, mak. Kalau dah jodoh tak ke mana.” Aku cuba

memujuk hati ibu.

Mata ibu tambah tunak. Ditambah pula dengan kerut yang

timbul di mukanya dengan tiba-tiba.

“Mak ni, bukannya apa. Risau tengok kau.”

“Nak risau apa, mak?” sambungku pula.

“Bila kau dah kahwin nanti sempurnalah hidup kau. Makan dan

pakai kau teratur,” tambah ibu lagi.

85

Page 86: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Diam. Kualihkan pandangan ke luar. Suasana alam yang gelap

dan pekat.

Aku kembali mengamati wajah ibu dan berkata:

“Insya-Allah, mak. Kalau dah tiba jodoh nanti mak jangan risau,

saya akan kahwin.”

“Itulah jawapan kau,” ujar ibu sambil menjeling ke arahku.

Mungkin dia sudah naik bosan.

“Mak ni dah tua. Entah esok atau lusa sampailah ajal. Alamatnya

kempunanlah mak nak menimang cucu,” rayu ibu lagi.

Mulutku seolah-olah terkunci rapat. Fikiranku berputar ligat

seperti kipas. Bila dah kahwin, tanggungjawabnya besar. Kalau boleh

biarlah isteri yang soleh. Binalah rumah tangga dengan harmoni dan

damai. Suami adalah ibarat nakhoda agar bahtera rumah tangga tidak

terumbang-ambing hanyut di lautan perceraian.

Ibu nampaknya masih lagi tidak berputus asa.

86

Page 87: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Mak berkenan betul pada Hasnah, anak Pak Busu kau tu untuk

dibuat menantu. Kau macam mana, setuju?” Kedua-dua bola mata ibu

tidak berkelip-kelip memandangku.

“Nantilah, mak. Saya fikirkan dulu ...,” jawabku tenang.

“Apalagi, Azman? Budaknya baik, cantik dan berbudi bahasa.

Tambahan pula pandai mengurus rumah tangga,” desak ibu lagi agar

memenuhi kemahuannya.

Kebisuan melanda diri. Maafkan Azman, mak. Azman tak berniat

sama sekali hendak menghancurkan harapan mak. Azman bukannya

tidak sedar semua itu. Tapi, soal jodoh biarlah Azman yang

menentukannya sendiri. Getus hati kecilku.

Ini zaman komputer. Anak-anak lebih gemar menentukan jodoh

mereka sendiri.

Yang membimbangkan ibu bapa ialah takut nanti mereka tidak

akan dapat menemui sinar kebahagiaan. Tidak lama kemudian, kelibat

ayah muncul bersama sinaran lampu suluh. Setelah menanggalkan

selipar, perlahan-lahan dia memanjat anak tangga. Lampu suluh

dipadamkan.

87

Page 88: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Baru pulang, ayah?” tegurku sebaik-baik sahaja dia melangkah

masuk ke anjung rumah.

“Ya, Azman,” balasnya sambil menyangkut ketayap putih pada

tiang di tengah rumah. Lampu suluh disimpan di dalam almari.

Kemudian perlahan-lahan dia menghampiriku.

“Abang nak minum?” tanya ibu pula.

“Tak payahlah, Mah. Abang dah kenyang,” balas ayah sebaik-

baik sahaja duduk bersila di atas tikar mengkuang yang usang itu.

Ayah berpaling ke arahku. Ibu bingkas bangun sambil mengutip cawan

dan piring yang telah kosong dan membawanya ke dapur.

“Berapa lama cuti?”

“Seminggu, ayah,” jawabku pula.

“Cuti tahun ke?” soal ayah lagi sambil menghisap rokok daun.

“Ya, ayah!” Wajahnya kian tua. Rambutnya dipenuhi uban.

Lapisan kedut menghiasi permukaan kulitnya.

88

Page 89: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Kudratnya sudah tidak berdaya lagi. Dia selalu sakit dan batuk-

batuk. Maklumlah dah tua. Demikianlah hakikatnya setiap yang muda

pasti merasai tua.

Dulu, pagi-pagi lagi dia sudah bangun. Bertemankan unggas dan

embun, membongkok menyembah pokok getah. Sebelah petang ayah

turun ke bendang tanpa menghiraukan pacat dan lintah yang melekat

di kaki. Hasil padi dan getahlah yang menyara persekolahan kami adik-

beradik. Ayah rela berkorban untuk itu semua. Dia tidak

mengharapkan agar jasanya dibalas dengan wang ringgit. Cukuplah

sekadar melihat anak-anaknya semua berjaya dalam hidup. Sungguh

besar pengorbananmu, ayah!

Sejak dari dulu lagi, ayah amat terkenal tegas dalam soal didikan

agama. Dia mahu kami semua hidup berperaturan. Bukan seperti

orang jahil yang tak tentu haluan.

Dari kecil hingga dewasa, aku tidak pernah merasai kemewahan.

Tanah pusaka tinggalan arwah datuk untuk ayah hanyalah sekangkang

kera. Namun aku tetap bersyukur dengan rezeki yang telah

dikurniakan oleh Tuhan. Sekali-sekala ayah terbatuk-batuk kecil.

Lamunanku kembali terhenti. Kedua-dua bola mata ayah merenung

tajam wajahku.

89

Page 90: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Malam kian larut. Namun rembulan dan bintang di langit tetap

bersinar. Angin begitu rakus sekali memeluk suasana.

“Macam mana dengan kerja kau?”

“Baik, ayah!” anggukku pantas.

“Alhamdulillah. Anggaplah kerja itu sebagai satu ibadah,”

pesannya.

“Insya-Allah, ayah!” aku terus mengangguk. Kemudian ayah

terus masuk ke bilik untuk tidur. Tinggal aku seorang diri di ruang

tamu bersama angin malam yang terus menderu.

Aku bingkas bangun dan menutup suis lampu. Perlahan-lahan

menuju ke bilik dan baring. Dinihari hampir menjelma. Mataku enggan

lelap. Puas kupusing ke kanan dan kiri. Ayah dan ibu telah lama dibuai

oleh mimpi yang indah. Gema cengkerik kian membelah kedinginan

malam.

“Maksiat adalah perbuatan yang ditegah oleh Allah s.w.t. Cara

yang terbaik untuk mengatasinya ialah melalui perkahwinan,” ujar

90

Page 91: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Ustaz Ghazali. Tapi dewasa ini terdapat juga segelintir kalangan lelaki

dan wanita yang takut hendak berkahwin. Alasannya ialah mereka

hendak enjoy puas-puas dulu. Sedangkan perkara yang baik kalau

dilengahkan boleh mendatangkan jahat.

Oh, Tuhan hindarkan aku daripada perbuatan maksiat. Aku tidak

mahu terlibat dengan dosa. Doaku tak putus-putus, setiap kali selepas

sembahyang. Mataku masih pejal lagi. Kuamati dinding papan itu.

Cahaya bulan yang samar-samar menyusup masuk. Akhirnya antara

sedar dan tidak aku terlelap.

Terasa waktu begitu cepat sekali berlalu. Desa yang tercinta

menyambut kelahiranku terpaksa kutinggalkan. Banjaran gunung yang

subur menghijau, sawah padi yang terbentang luas, ketenangan air

sungai dan pohon nyiur yang melambai-lambai harus dilupakan

seketika. Tugas menantiku di kota untuk terus mencari rezeki. Ibu

membekalkan makanan kegemaranku iaitu rendang ayam sebagai alas

perut dalam perjalanan nanti.

“Ingat pada Tuhan selalu. Sembahyang bila tiba waktunya,”

pesan ayah.

“Insya-Allah, ayah!” kuanggukkan kepala.

91

Page 92: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Saya pergi dulu ayah, mak.” Aku memohon izin sambil mencium

tangan mereka berdua.

“Macam mana cuti di kampung?” tegur Zaimi.

“Seronok,” jawabku selamba.

“Apa topik kali ni?” soalnya lagi sambil tersengih.

“Macam biasa,” balasku serentak sambil menjeling tajam ke

arahnya.

“Kahwin?” Dia mengangkat muka.

“Ya!”

92

Page 93: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

BAB 8

Zarah perlahan-lahan membuka telekung. Kemudian bingkas, melipat

sejadah dan meletakkannya semula di tempat asal. Suis lampu bilik

dipadamkan. Dengan langkah perlahan dia menuju ke ruang tamu.

Dia kemudiannya lalu melabuhkan punggung di kerusi empuk

berwarna hijau muda. Kedengaran suara orang memberi salam. Dia

lalu menjawab dan bingkas bangun menuju ke pintu. Saripah kelihatan

tercegat berdiri.

“Kau rupanya, Saripah. Masuklah!”

“Tak ke mana malam ni?” soalnya Saripah pula.

“Tak …!” Zarah menggelengkan kepala.

“Cukup bulan ni?” tanyanya lagi. Mata Zarah tunak mengamati

wajah Saripah.

“Kita harus berjimat cermat!” balas Zarah.

93

Page 94: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Pintu yang terbuka luas menyebabkan angin malam menerjah

masuk. Sesekali terasa jelas menyapu kulit.

“Jangan boros!” potong Saripah pantas. Seumur hidupnya Zarah

tidak pernah merasai kemewahan. Sejak kecil lagi dia dibelenggu

kesusahan.

“Ingat! Islam melarang pembaziran.” Demikian ingatan ayahnya.

Namun dia tetap bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh

Tuhan.

“Tepat sekali,” Zarah membalas sambil mengukir senyuman

berbunga.

Saripah pantas mencelah sambil mendongakkan kepala:

“Kau nak kahwin ke?”

Zarah diam. Mulutnya seolah-olah terkunci rapat. Entah

mengapa, persoalan itu bisa menyingkap wajah Asri di matanya.

“Entahlah!”

94

Page 95: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Kau nampaknya seperti patah hati!” duga Saripah. Wajah Zarah

lantas berubah.

“Kadangkala hidup ini tak ubah seperti ranting,” ucap Zarah

sambil mengerutkan mukanya.

“Mudah jatuh berguguran apabila ditiup angin.”

Saripah masih tidak mengerti.

“Maksud kau?” Dia meminta kepastian. Zarah merenung

wajahnya dan berkata:

“Terlalu rapuh.”

“Hidup ini?”

“Benar!” Zarah mengangguk.

“Itu bagi mereka yang patah semangat!”

“Aku tidak menafikannya.”

Senyap seketika. Saripah bersuara semula memecah kebisuan

yang melanda:

95

Page 96: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Zarah …,” ujarnya perlahan.

“Kau mesti terima hakikat bahawa Asri kini sudah dimiliki!”

Zarah diam, membisu seribu bahasa. Entah mengapa, rasa pilu

yang menyiat-nyiat menusuk sanubarinya.

Bola matanya mengamati lukisan pemandangan air terjun di

pinggir kali yang melekap di dinding. Dan kenangan silam menjelma di

ingatannya. Indah! Alangkah manisnya kalau aku dapat kembali

semula ke saat itu. Bisik hati kecil Zarah.

Pertemuan semusim lalu masih segar dan mewangi. Hari itu,

cuaca cerah. Di kaki langit bola mentari kian meninggi. Angin bertiup

sepoi-sepoi bahasa. Restoran Tasik Titiwangsa menjadi pilihan Asri dan

Zarah.

“Dah lama menunggu?” soal Asri sambil mengukir senyuman

lebar sebaik tiba.

“Tak juga!”

“Dah pesan?”

96

Page 97: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Belum!” Zarah menjeling manja ke arahnya.

“Kenapa?” balas Asri.

“Tunggu cik abang, la!” sindirnya tajam.

Asri hanya tersenyum mendengar kata-kata Zarah. Demikianlah

dalam pertemuan, ada sahaja bahan bicara dan gurau senda.

“Zarah mahu makan apa?”

“Aku ikut aje!” balas Zarah sambil membetulkan rambutnya

yang mengerbang ditiup angin.

“Selera kita berbeza!” sanggah Asri.

“Tak!”

“Baiklah!” Asri angguk.

“Kita makan nasi.”

Zarah membalas dengan senyuman berbunga.

97

Page 98: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Beri nasi putih dua!” pinta Asri.

“Lauknya, encik?” soal pelayan sambil mencatat. Bola mata Asri

asyik meneliti senarai makanan dan minuman yang terkandung dalam

menu.

“Tom yam campur, ikan kerapu masak masam manis, sambal

udang, sayur goreng campur dan telur goreng dadar.”

“Itu saja, encik?” tambah pelayan.

“Ya!” angguk Asri pantas.

“Zarah nak minum apa?”

“Bagi saya fresh orange.”

“Saya pun serupa.”

Pelayan pantas beredar. Kesenyapan mengambil tempat.

Suasana sungguh romantis dengan irama muzik sentimental

mengepung seluruh ruang restoran.

98

Page 99: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Aku takut, Zarah!” Suara Asri memecah kebisuan.

“Takut apa?” soal Zarah. Dia kelihatan ayu bila mengenakan

baju kurung berwarna merah hati.

“Aku takut kehilanganmu!” Asri kembali menyoroti persoalan

yang terhenti itu.

Zarah ketawa kecil.

“Aku serius, Zarah!” Wajah Asri berubah.

“Kau kacak dan tampan. Tentu banyak pilihan, kan?” Zarah

merenung wajah Asri.

“Zarah ….” Ternyata dia gagal melawan perasaan. Asri

menggenggam erat jari-jemari Zarah yang lembut itu.

“Aku terlalu menyintaimu ….” Suaranya perlahan.

“Tapi ….” Dia terhenti.

“Dan, aku tak boleh melupakan dirimu!” Asri cepat memotong.

99

Page 100: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Senyap. Pelayan membawa makanan dan minuman yang

dipesan. Penuh tertib dia meletakkannya di atas meja.

“Silakan!” pelawa Asri.

“Terima kasih!” balas Zarah. Mereka menikmati rezeki yang

dikurniakan Allah dengan penuh rasa syukur.

Selesai makan mereka tidak lupa mengucapkan kalimah

Alhamdulillah.

Zarah merenung tasik yang biru itu. Penuh ketenangan.

Wajahnya tetap ceria. Kemudian memalingkan mukanya kepada Asri.

“Asri … perpisahan itu amat pahit bak hempedu ….”

“Aku jua begitu!” celah Asri pantas.

“Suratan takdir ….” Suara Zarah makin lemah.

“Zarah ….” Mereka saling berpandangan.

100

Page 101: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan

segala-galanya!”

Terhenti seketika.

“Boleh saya ambil?” pinta pelayan.

“Ya, boleh!” angguk Asri.

“Ada pesanan lagi, encik?”

Asri memandang Zarah.

“Bagi saya puding sagu dengan kopi ‘o’,” pinta Zarah pantas.

“Saya juga,” celah Asri. Pelayan segera beredar dari situ.

“Perpisahan boleh datang tanpa diduga. Bagai ombak yang

ganas menghempas pantai. Berubah segalanya!” sambung Zarah lagi.

Asri menarik nafas panjang. Dia benar-benar tidak mengerti.

Apakah Zarah tidak yakin pada dirinya?

101

Page 102: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Zarah, aku ingin melamarmu!”

Kebisuan mengambil tempat semula. Kesempatan ini digunakan

oleh Asri mencuri pandang seluruh ruang restoran. Fikiran Zarah masih

enggan berhenti berbicara. Hakikatnya dia amat menyayangi Asri. Dia

rela sehidup semati. Tapi dia berasa amat berat untuk meneruskan

kata-kata.

“Zarah … adakah kau meraguinya?” Asri inginkan kepastian.

“Tidak!” Ada tikanya cinta memerlukan kesabaran.

Mendengarkan itu hati Asri tambah lega.

Di mata Asri sudah terbayang duduk bersanding di pelamin

bersama Zarah. Dikelilingi oleh sanak-saudara dan teman-teman. Ibu

ayah paling gembira melihat anak mereka menempuh hidup baru.

Alangkah indahnya!

“Sudahlah, Zarah. Kita sudah terlalu lama di sini. Mari kita

pergi.”

“Baiklah!”

102

Page 103: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Asri memanggil pelayan meminta bil. Mereka bangun berjalan

berpimpin tangan menuju ke kaunter pembayaran.

Dan … akhirnya Asri telah memungkiri cinta setia terhadap

Zarah. Dia telah memilih Rosnani sebagai pasangan hidupnya.

Bukannya Zarah. Harapannya musnah berkecai bak kaca yang

terhempas ke batu.

“Sabarlah, Zarah. Sesungguhnya hidup ini penuh dengan

pelbagai ujian ...,” ujar Saripah sambil memandangnya dengan penuh

sayu dan simpati. Zarah menunduk pilu bila mengenangkan peristiwa

itu.

Titis-titis air matanya semakin banyak berguguran bersama

kepekatan malam ….

103

Page 104: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

BAB 9

“Kita adalah seperti pengembara, Saripah. Meniti satu perjalanan yang

jauh,” kataku.

“Menarik sekali kata-kata Azman tu,” dia menjawab sambil

mengangguk-anggukkan kepala. Tiada kepastian. Sama ada dia

mengerti atau cuma berpura-pura. Bola mata kami saling berlaga. Aku

dapat merasakan sinar mata Saripah bagai kaca yang berkilau-kilauan.

“Di mana kita akan berhenti?” sambungnya lagi.

“Hingga ke sebuah pelabuhan. Bersama bekalan yang cukup,”

aku membalas.

“Azman nampaknya arif dalam bidang falsafah.”

“Tak jugak.”

“Saya berkata ikhlas, Azman.”

104

Page 105: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Saya gemar membaca buku.”

“Bahan bacaan yang Azman pilih?”

“Yang bersumberkan ilmu pengetahuan am. Tanpanya kita akan

teraba-raba. Tak ubah macam berada di ruang yang gelap.”

“Selain daripada itu?” Dia seperti tidak berpuashati dengan

jawapan yang telah aku berikan itu.

“Lebih penting lagi dengan banyak membaca akan menjadikan

pemikiran kita bertambah matang dan tajam,” terangku.

“Saya rasa macam seorang pelajar yang sedang mengikuti

pembelajaran guru dalam kelas.”

“Kenapa pulak?” ujarku sambil tersenyum kecil.

“Apabila mendengar penjelasan Azman betapa pentingnya ilmu

dalam hidup manusia.”

Aku dan Saripah lantas tertawa hingga terangkat kedua-dua

belah bahu.

105

Page 106: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Saripah tambah ayu bila mengenakan baju kurung yang

berwarna biru air laut. Serta bersulamkan bola-bola manik yang kuning

keemasan dan berkilauan.

“Melalui tulisan Azman mengharapkan golongan bawahan akan

mendapat pembelaan. Bukan begitu?” Dia jatuh hati dengan isu

kemiskinan.

Aku mengukir seribu senyuman di hati kecil. Aku tidak

keseorangan dalam memikul perjuangan. Saripah turut berdiri teguh di

belakangku memberi sokongan. Udara berhembus segar. Saujana

mata memandang. Aku menoleh semula ke arah Saripah.

“Saya mempunyai prinsip hidup yang sendiri.”

“Boleh saya tahu?” tanya Saripah.

“Antara manusia dan Tuhan mempunyai jurang pemisah yang

amat dalam. Tuhan bersifat pencipta dan berkuasa. Manakala manusia

pula adalah lemah di sisi-Nya,” aku menjawab.

106

Page 107: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Memang benar, Azman. Kita sebagai manusia hanya hidup

sementara sahaja di atas muka bumi ini.”

“Dengan matlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan

pembaca. Sesungguhnya Tuhan maha agung dan pencipta.”

Saripah kelihatan berwajah ceria dan anggun. Umpama bidadari

dari syurga. Yang turun ke bumi bersama haruman kasturi.

“Kenapa manusia selalu lupa pada Tuhan?” dia menyoal dengan

penuh minat.

“Mereka lebih banyak memikirkan tentang keseronokan dunia

daripada akhirat. Akibatnya rasa takwa pada Tuhan pun hilang.”

“Kematian tidak mengenal usia tua atau muda. Apabila tiba

masanya, mahu atau tidak kita terpaksa pergi mengadap Tuhan,”

tambahnya lagi.

“Dalam dunia ni sebenarnya terdapat dua golongan manusia,

Saripah.”

“Menarik. Baru hari ni saya mendengarnya.”

107

Page 108: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Saripah, nak tahu?”

“Mestilah.”

“Pertama, orang yang minta mati cepat tapi dia mati lambat.

Kedua, orang yang minta mati lambat tapi dia mati cepat,” jelasku

pula.

“Kesimpulannya?” Dia memandang tepat wajahku.

“Golongan kedua lebih ramai daripada golongan pertama.”

“Biar saya tambah lagi. Manusia sebenarnya takut pada

kematian. Kalau boleh, mereka ingin hidup lebih lama lagi di atas

dunia ini,” ucap Saripah pula.

“Bukan itu saja. Mereka seharusnya mengambil iktibar daripada

peristiwa kematian. Kerana mereka akan menempuhinya pada satu

hari nanti. Kadangkala saya merasa diri ini masih lagi serba

kekurangan,” aku sebaliknya membalas.

Sepi. Tiba-tiba mengambil tempat. Macam berada di ruang yang

sunyi. Persoalan ini betul-betul meninggalkan kesan yang mendalam

108

Page 109: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

dari segi maksudnya. Kami enggan berbicara. Seperti ada kuasa yang

mengunci rapat mulut aku dan Saripah. Pohon-pohon yang menghijau

bagai bernyanyi-nyanyi. Sambil meliuk-liuk ke kiri dan kanan. Di kaki

langit gumpalan awan hitam semakin tebal meliputi permukaannya.

Hujan akan turun. Semenjak dari pagi tadi hingga ke petang cuaca

amat panas memijar sekali. Semua ini adalah rahmat Tuhan. Kita

harus bersyukur menerimanya.

Aku tidak mahu keadaan ini berlarutan.

“Mari kita ke sana,” ujarku sambil jari telunjuk menunjukkan ke

arah restoran yang terletak berhampiran dengan taman.

“Hari pun dah nak hujan. Terlalu banyak bercakap tekak pun dah

naik kering,” tambahku lagi.

“Baiklah!” angguknya dan tidak membantah.

Aku dan Saripah bingkas bangun daripada kerusi kayu yang

terletak di bawah pohon yang rendang. Kami bernasib baik. Setibanya

di dalam restoran hujan pun turun dengan lebat. Pelanggan tidak

ramai. Boleh dikira dengan jari dalam anggaran dua tiga orang sahaja.

Aku dan Saripah memilih tempat duduk di sudut yang paling sepi.

109

Page 110: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Bebas daripada sebarang gangguan. Kami sama-sama memesan

minuman yang sama daripada pelayan. Dua gelas air fresh orange.

“Apakah ertinya sebenar sebuah persahabatan?” soal Saripah.

Dia nampaknya tak putus-putus mendugaku.

“Mempertahankan kejujuran dan keikhlasan tiap waktu dan

ketika,” aku menjawab sambil menarik kerusi ke depan sedikit.

“Tapi, dalam dunia ni kawan yang mudah ketawa memang

ramai. Kawan untuk menangis bersama hanyalah seorang diri,”

tambah Saripah lagi.

“Adat manusia, Saripah,” aku membalas pendek.

“Kalau difikirkan dalam-dalam, hidup manusia ni memang aneh.”

“Itu memang tidak dapat dinafikan lagi.”

“Contohnya?”

110

Page 111: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Tidak ramai orang yang akan bergembira apabila melihat

Saripah berjaya. Tetapi ramai orang yang akan gembira apabila

melihat Saripah gagal,” ujarku sambil membetulkan duduk.

Terhenti buat seketika. Pelayan muncul membawa bersama

minuman yang dipesan. Dengan penuh tertib perlahan-lahan dia

meletakkan dua gelas air fresh orange di atas permukaan meja yang

berbentuk empat segi itu. Aku mengangkat muka ke atas. Pelayan

bermuka bulat dan berdahi licin.

“Terima kasih,” ucapku.

“Sama-sama!” balasnya sambil mengukir senyuman ramah.

Tanpa menunggu arahan lagi dia pantas beredar pergi dari sisi

meja.

“Silakan!” pelawaku lagi.

“Terima kasih!”

Kami sama-sama menyedut minuman. Aku kemudiannya

mengalihkan pandangan ke arah kain yang berwarna hijau muda yang

111

Page 112: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

melitupi permukaan meja. Sekuntum mawar merah terhias indah

dalam jambangan kecil yang berwarna putih. Kesejukan alat penghawa

dingin mengepung seluruh ruang restoran. Hawanya termampan

menembusi di celah-celah dinding yang bercat putih. Irama muzik

yang sentimental sungguh menggetarkan jiwa. Saripah mendongakkan

kepala tinggi sedikit.

“Dalam hidup ni, banyak persoalan yang perlu dijawab.” Saripah

pantas melepaskan straw yang melekat di bibirnya yang merah bak

delima itu.

“Maksud, Saripah?” soalku pula sambil membetulkan duduk.

“Ada ketikanya kita dihantui dengan pelbagai masalah.”

“Hidup tanpa masalah, bukan hidup namanya, Saripah.”

“Ganjil bunyinya.”

“Kenyataan.”

“Baiklah!” ucapnya sambil mengangguk-anggukkan kepala.

112

Page 113: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Saya terima.”

“Biar saya tambah. Kalau tidak kita tidak akan matang dalam

hidup ni.”

“Oh, begitu!”

“Itu yang pertama. Yang kedua pulak?” dia menyoalku dengan

penuh minat.

“Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.”

“Tak jugak, Azman!” bantah Saripah pula.

“Kenapa Saripah kata begitu?” celahku pantas.

“Adakalanya ia amat merumitkan. Dan sukar untuk kita

menemui jalan penyelesaian.”

“Jangan sampai ke tahap tu, Saripah.”

“Azman tak mengalaminya.”

113

Page 114: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Siapa kata? Saya juga manusia biasa. Tak boleh lari daripada

masalah. Bagi saya, ada jalan yang terbaik untuk mengatasinya.”

“Macam mana?”

“Bukankah Tuhan telah mengurniakan kita akal dan fikiran. Oleh

itu, gunakanlah ia dengan sebaik mungkin. Saya yakin. Walau seberat

batu pun masalah yang kita hadapi akhirnya akan menemui jalan

penyelesaian juga akhirnya,” yakinku pula.

114

Page 115: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

BAB 10

Desiran ombak sayup-sayup kedengaran menghempas pantai. Buih-

buih yang memutih berapungan di gigian. Laut tetap membiru. Camar

putih bebas berterbangan ke sana sini dan gemanya hampir

memecahkan angkasa nan luas. Angin bertiup kencang. Pohon-pohon

cemara bagai menari-nari inang. Cuaca amat cerah sekali dan bola

matahari tetap meninggi di kaki langit. Jalur-jalur cahayanya amat jelas

kelihatan sekali.

Pelayan yang memakai suit putih dan hitam lalu menghampiri

Asri dan Zarah. Kemudian menghulurkan sekeping menu.

“Pesanan cik?” ujarnya dengan penuh mesra. Orangnya

berbadan tegap. Berambut lurus dan berkulit cerah.

Asri dan Zarah sama-sama menyelak halaman menu dari satu

muka ke satu muka. Asri lantas berkata:

“Kau nak makan apa, Zarah?” Dia lalu menggelengkan kepala.

115

Page 116: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Tak! Aku cuma nak minum aje. Beri saya jus oren satu,”

pintanya.

“Saya pun serupa!” Asri bersuara. Setelah selesai mencatat

pesanan yang diminta pelayan lalu beredar dari situ sambil mengutip

semula menu.

Zarah lalu mengangkat muka.

“Aku benar-benar tak mengerti, Asri. Untuk apa pertemuan ini?”

Asri membalasnya dengan senyuman berbunga dan menjawab:

“Untuk membangkitkan nostalgia silam.”

“Tak perlu!!” bantah Zarah keras.

“Tak perlu!!” ulang Asri pula. Zarah lantas menanggukkan

kepala.

“Ya!”

Asri cepat mencelah:

116

Page 117: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Kenapa? Bukankah saat itu amat indah sekali.” Asri mengutip

semula kenangan silam.

“Tapi, kini semuanya telah tiada lagi. Ia telah musnah menjadi

debu-debu yang berterbangan ditiup angin dan tak akan kembali lagi!”

ujar Zarah. Dia tambah ayu bila mengenakan baju kurung yang

berwarna merah hati serta bersulamkan bola-bola manik yang kuning

keemasan. Bunyi sudu dan garpu berlaga amat jelas sekali. Pelanggan

terus mengeluarkan suara labah.

Pelayan muncul semula membawa minuman. Dengan penuh

tertib dia meletakkannya perlahan-lahan di atas meja. Asri lalu

mengangkat mukanya.

“Silakan!” pelawa Asri pula.

“Terima kasih,” jawab Zarah.

Mereka sama-sama meneguk minuman. Terasa segar sekali bila

air melepasi kerongkong umpama air terjun di pinggir kali. Di luar

cuaca amat panas terik sekali. Sudah lama hujan tidak turun. Rumput-

rumput yang menghijau kian kekeringan layu keperangan.

117

Page 118: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Asri, kau harus terima hakikat bahawa kau kini telah dimiliki

oleh Rosnani!”

“Tapi, aku amat menyayangimu, Zarah,” sanggah Asri pula.

Zarah lantas terperanjat bila mendengar kata-kata yang terkeluar

daripada mulut Asri.

“Kaulah satu dalam hidupku!”

Zarah tambah teracung.

“Asri, kau sedar tak apa yang kau cakapkan, ni??”

“Ini adalah satu kenyataan!” ucap Asri bertubi-tubi kali. Sambil

terus memegang erat tangan Zarah. Seolah-olah sukar melepaskannya

pergi dari sisi.

Zarah sebaliknya diam membisu seribu bahasa. Kesejukan alat

penghawa dingin mengepung seluruh ruang restoran. Kesegaran

hingga terasa menampar permukaan kulit dengan begitu ketara sekali.

“Asri ...,” ucapnya perlahan bagai tak bermaya lagi. Kedua-dua

biji mata mereka saling berlaga.

118

Page 119: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Aku tak tergamak sama sekali hendak menghancurkan hati

Rosnani.”

Asri lantas menarik nafas yang panjang. Kemudian lalu

mengalihkan pandangannya ke arah manik-manik laut yang

bercahaya. Demikianlah indahnya alam semesta ciptaan Tuhan Yang

Esa. Zarah hanya memerhatikan saja gelagatnya itu. Dan Asri kembali

semula merenung Zarah. Dia lalu bersuara:

“Aku bukannya tak sayang pada dia. Tapi ....” Dia terhenti

enggan meneruskan bicara.

“Tapi apa??” Zarah semakin berminat untuk mengetahui lebih

lanjut lagi. Sambil melekatkan straw minuman pada bibirnya yang

merah bak delima itu. Asri diam.

“Kenapa, Asri??” desaknya lagi.

Akhirnya dia terpaksa mengalah jua.

“Bahtera rumah tangga kami tidak teguh. Dan dalam erti kata

lain sering bergolak,” terang Asri. Kemudian perlahan-lahan dia tunduk

ke bawah.

119

Page 120: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Puncanya?” Asri mengangkat muka lemah seolah-olah tidak

bermaya lagi.

“Kami tak ada persefahaman!” celah Asri pantas.

Zarah kembali semula menyimpulkan persoalan itu.

“Apakah tujuan yang sebenarnya kau kembali padaku?”

“Aku ingin bersama dengan kau semula!” jawab Asri ringkas.

Wajah Zarah yang ceria lantas berubah.

“Begitu mudah sekali kau mengambil keputusan itu.”

“Ya!” Asri menganggukkan kepalanya.

“Kenapa?”

“Bagaimana pula dengan Rosnani?” Zarah sama sekali tidak

menyetujui kata-kata itu.

120

Page 121: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Memang rasmi lelaki, suka mengambil kesempatan ke atas

kelemahan kaum wanita,” balas Zarah pantas.

“Tapi ...,” Asri cuba mencelah.

“Kau masih lagi menafikannya??” bantah Zarah keras. Asri diam

buat seketika. Entah mengapa! Dia tidak berdaya lagi untuk

meneruskan kata-kata. Mulutnya seolah-olah terkunci rapat.

“Maafkan aku, Asri! Aku tak dapat memenuhi impian kau. Demi

menjaga hati Rosnani ....” Zarah bersuara lemah. Asri dirundung

hampa. Mukanya berkerut.

“Sampai hati kau menghancurkan harapanku, Zarah!” Asri cepat

memotong.

Zarah pantas menjawab:

“Asri, pengalaman yang silam amat pahit bak hempedu.” Zarah

mengutip semula kisah-kisah itu.

“Aku akui kesilapan. Mungkin pada waktu itu aku terlalu

memandang pada kecantikan. Bukannya pada kejujuran di hati.” Asri

meluahkan rasa kesal.

121

Page 122: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Zarah kini benar-benar berada antara dua persimpangan. Dia

terperangkap antara rindu dan harapan.

Zahirnya dia tidak sanggup melihat Asri hanyut di lautan

kecewa. Tapi .... Amat sukar untuk dia meneruskannya. Oh, Tuhan

sesungguhnya hidup ini penuh dengan pelbagai ujian!

“Zarah, tidakkah kau merasa simpati pada diriku??” rayu Asri

lagi. Zarah terus dicengkam kebisuan. Sebaliknya dia lalu mengalihkan

pandangan ke arah laut yang membiru. Laut ada kaitannya dengan

hidup manusia, pasang surut silih berganti. Cintanya hanya mekar

seketika. Kemudian lalu merunduk layu. Namun hatinya tetap redha

menerima suratan takdir ini. Manusia hanya mampu merancang tapi

Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Fikiran Zarah semakin dilambung dengan persoalan itu.

Pemergian Asri dari sisi mengapungkan dirinya di lautan luka.

Kerinduan sentiasa bergelora di jiwa. Terumbang-ambing bak bahtera

yang karam dipukul gelombang. Hakikatnya dia amat menyintai Asri.

Pintu hatinya telah tertutup rapat untuk menyintai lelaki lain. Tapi,

kini ... Rosnani. Dia tidak mahu dituduh sebagai perampas

kebahagiaan rumah tangga orang lain.

122

Page 123: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Asri ....” Suara Zarah tenggelam dalam kesejukan alat

penghawa dingin. Dia lalu mengangkat muka dan merenung wajah Asri

dengan penuh dalam.

“Aku harap kau akan menjadi seorang suami yang

bertanggungjawab!”

“Aku faham, Zarah!” jawab Asri pula sambil menganggukkan

kepala.

“Ia memang dituntut dalam Islam ....” Dia terhenti di situ. Zarah

cepat memotong:

“Aku harap kau akan kembali semula pada Rosnani. Dan

membina hidup yang baru dengan penuh aman dan harmoni.” Zarah

tak putus-putus memberi nasihat. Asri diam. Kemudian lalu

menengadah ke siling. Dia kembali semula menyingkap kata-kata itu.

“Aku tak boleh, Zarah!” Ternyata dia enggan mengalah.

Zarah lantas terkesima.

Dan dia lalu bersuara:

“Dalam melayari bahtera penghidupan rumah tangga memang

penuh dengan halangan dan rintangan yang harus ditempuhi. Dan kau

123

Page 124: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

sebagai nakhoda mesti cekap mengemudikannya.” Buuurrrr! Buuurrrr!

Suara ombak yang tak jemu-jemu membelit pantai yang setia. Dari

jauh kelihatan sebuah kapal sedang belayar menuju ke destinasinya

iaitu ke pelabuhan.

Hidup ini adalah suatu perjuangan. Penyair pernah berkata, bila

fajar menyingsing maka bermulah penghidupan yang baru. Segala

suka dan duka akan menjadi pengalaman dalam mendewasakan kita.

Dan kita akan terus meniti hidup ini hingga sampai ke perhentiannya.

Entah mengapa! Tubuh Asri terasa lemah-longlai tak bermaya

lagi. Dia memang inginkan sebuah rumah tangga yang aman dan

damai. Tapi yang nyata impiannya tak seindah yang diharapkannya,

patah dan terapung-apung tanpa arah haluan. Oh, Tuhan akulah

manusia yang lemah! Bisik hati kecilnya tak henti-henti.

“Kau tentu tahu bukan, pungguk sejak dulu lagi sentiasa

merindukan bulan di malam hari,” ujar Asri.

“Jadi??”

“Demikianlah setianya cintaku padamu!”

124

Page 125: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Mata Zarah tajam memandang wajah Asri.

“Yang nyata kau, tidak boleh hidup bahagia dengan Rosnani ...,”

Zarah bersuara perlahan.

“Nampak gayanya begitulah,” balas Asri pula. Zarah terus

merangkapnya.

“Kau dah fikir perkara ini masak-masak??”.

“Aku rasa sudah!” yakin Asri lagi.

Tapi tidak dengan Zarah, dia terus membantah persoalan itu.

“Aku rasa kau silap, Asri!”

“Kenapa pulak?” Asri masih lagi berdegil dan hatinya keras

seperti batu. Dia benar-benar tidak mengerti. Mengapa Zarah asyik

mempertahankan Rosnani bukannya dia? Dia mengais-ngais persoalan

itu di hati kecilnya.

“Perceraian harus dihindarkan!” jelas Zarah lagi.

125

Page 126: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Memang!” Asri menganggukkan kepala sebagai tanda setuju.

“Tapi, kalau terpaksa kita terpaksa merelakan jua walaupun

dengan hati yang berat,” balas Asri lagi.

“Sekuat mana pun lelaki akhirnya akan mengalah juga pada

perempuan,” tegas Zarah pula. Asri lalu tunduk. Kata-kata itu, tiba-tiba

saja membelenggu jiwanya. Perlahan-lahan dia mengangkat muka dan

menggelengkan kepala.

“Aku rasa tidak! Sebenarnya aku masih lagi mencari sinar

kebahagiaan dalam hidup ini.”

“Kau boleh menemui.”

“Tapi, bagaimana caranya?”

“Dengan Rosnani,” jawab Zarah ringkas. Asri lantas mengeluh.

“Ohhh ....” Dia bosan bila mendengar nama itu. Mengapa dia

asyik dikaitkan? Bukannya kau, Zarah? Bisik hati kecilnya tak henti-

henti.

126

Page 127: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Kesepian mencengkam tiba-tiba.

Alunan ombak setia mengulit pantai. Mengubah segala-galanya.

Demikian jugalah dengan hati manusia.

Tapi, tidak dengan diri Zarah. Dia seorang wanita yang mepunyai

pendirian yang tegas. Prinsip hidupnya ialah dia tidak mahu menjadi

manusia yang hidup seperti lalang. Hatinya keras seperti batu pejal.

Sukar untuk dilembutkan.

Sementara itu, Asri adalah seorang manusia yang telah lama

merindukan kedamaian.

Hidupnya tak ubah seperti sebuah pelabuhan sepi. Yang

merindukan kapal dan bahtera untuk berlabuh.

Alangkah bosannya hidup ini! Tanpa seorang insan yang

bernama wanita di sisi. Dialah seorang lelaki yang malang. Terdampar

dan terbiar, tak siapa yang peduli di kota kehidupan. Sampai bilakah

dia harus begini? Merindukan belaian kasih sayang dan kemesraan dari

seorang wanita. Rosnani gagal memenuhi cita-citanya.

127

Page 128: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Wajah Asri jelas disapa bungkam.

Asri secepat kilat mengukir senyuman yang penuh berbunga.

“Tapi ....” Zarah terhenti. Dia tak sempat menghabiskan kata-

kata. Asri bagai tak sabar-sabar lagi pantas memotong:

“Tapi, apa??” Nyata dia gagal mengawal perasaan gembira.

Apakah impiannya akan terlaksana? Perlahan-lahan Zarah mengangkat

muka. Dia merenung tajam wajah Asri yang penuh dengan

pengharapan itu.

“Aku hanya akan terima kau, tak lebih daripada seorang kawan,”

jawabnya spontan. Wajahnya pantas berubah. Dari penuh keriangan

lalu bertukar menjadi lesu. Sekali lagi perasaannya dibalut hampa.

128

Page 129: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

BAB 11

Selepas menunaikan solat Asar, aku lalu mengambil keputusan untuk

bersiar-siar di sekitar kawasan hotel penginapan. Di kiri kanan hotel

penginapan terdapat kedai yang menjual barangan antik, restoran dan

gedung membeli-belah. Seorang lelaki tua berbangsa Inggeris

kelihatan sedang duduk di atas salah sebuah bangunan yang terdapat

di atas dada aspal jalan.

Kedua-dua belah matanya juga kuperhatikan tidak berkelip-kelip

melihat kenderaan yang sibuk lalu-lalang. Dari raut wajahnya aku telah

pun dapat membaca bahawa dia sedang memikirkan sesuatu. Entah

mengapa aku begitu tertarik untuk berbual dengannya. Kebetulan pula

tiada orang yang duduk di sebelahnya. Tanpa membuang masa lagi

aku terus menghampiri dirinya.

“Selamat petang,” tegurku.

129

Page 130: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Selamat petang,” balas orang tua yang memakai topi serta

berkaca mata bulat itu sambil mendongakkan kepala tinggi sedikit

memandang tepat wajahku. Garis-garis kedut jelas kelihatan pada

permukaan kulit pipinya. Manakala rambutnya pula dipenuhi dengan

uban yang lebat.

“Boleh saya duduk?” kataku lagi.

“Boleh, silakan,” dia menjawab dengan rasa senang sambil

mengangguk-anggukkan kepala.

Aku lalu perlahan-lahan melabuhkan punggung di atas kerusi

yang diperbuat daripada kayu itu.

“Saya Azman,” ucapku sambil berjabat tangan dengannya.

“Saya Michael.”

“Maafkan saya kerana mengganggu ketenangan Encik Michael.”

“Oh, tidak mengapa!” ujarnya sambil menggeleng-gelengkan

kepala.

“Encik Michael dari mana?” tanyaku lagi.

130

Page 131: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Dari England,” dia membalas ringkas.

“Awak datang ke sini untuk bercuti?” dia tak henti-henti

menyoalku.

“Tidak, saya sebenarnya menghadiri pertemuan penulis-penulis

dari seluruh Malaysia.”

“Berapa lama?”

“Tiga hari.”

“Oh, begitu!” dia menjawab sambil mengangguk-anggukkan

kepala.

“Berapa usia awak?” tanyanya sambil memandang tepat

wajahku.

“29 tahun.”

“Usia muda seperti sehelai daun hijau yang bertaut pada

sebatang ranting. Berbanding dengan saya yang telah tua ini. Tak

ubah seperti sehelai daun kering yang menunggu masa sahaja ditiup

131

Page 132: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

angin lalu gugur menyembah bumi. Sudah ditakdirkan oleh Tuhan

bahawa hidup bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan

kematian,” tambah Encik Michael lagi.

“Sebagai manusia kita tidak berdaya untuk menolak kuasa

Tuhan. Tetapi bagi saya terdapat dua golongan manusia di atas dunia

ini.”

“Maksud Encik Michael?” aku pantas mencelah kerana terlalu

berminat untuk mengetahuinya.

“Pertama golongan yang minta mati lambat tetapi mereka mati

cepat. Kedua golongan yang minta mati cepat tetapi mereka mati

lambat,” terangnya padaku.

“Menarik sungguh falsafah itu,” aku menjawab pendek sambil

menganggukkan kepala.

“Tapi bagi saya golongan pertama lebih ramai di atas dunia

berbanding dengan golongan kedua,” sambungku lagi.

“Kenapa awak berkata begitu orang muda?” dia sebaliknya

menyoalku sambil tersenyum kecil.

132

Page 133: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Manusia lazimnya tidak pernah memikirkan tentang soal

kematian. Tetapi mereka lebih mementingkan soal keseronokan hidup

di atas dunia ini. Bagi mereka kematian akan datang apabila usia

mereka mencecah tua nanti.”

“Saya sememangnya bersetuju dengan kata-kata awak itu.

Manusia sememangnya takut untuk menghadapi kematian. Seperkara

lagi yang awak perlu tahu ialah manusia lebih gemar melakukan

perkara yang buruk daripada perkara yang baik.”

“Aneh?” aku sebaliknya menjawab dengan ringkas.

“Hidup manusia memang aneh orang muda. Dalam dunia ini

tidak ramai manusia yang akan berasa gembira apabila melihat awak

berjaya. Tetapi sebaliknya ramai manusia akan berasa terlalu gembira

melihat awak gagal,” ujar Encik Michael pula.

Desiran angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bola matahari

tepat di atas darjah. Kelihatan juga jalur cahayanya yang lurus

menyinari seluruh alam semesta. Pohon yang menghijau bagai menari-

nari, meliuk-liuk ke kiri kanan. Daun-daun berguguran di atas dada

aspal jalan. Udara berasa begitu segar dan nyaman sekali.

133

Page 134: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Berapa umur Encik Michael?” soalku.

“70 tahun,” dia menjawab ringkas.

“Tentu Encik Michael mempunyai banyak pengalaman dalam

hidup ini,” ujarku lagi.

“Kenapa awak berkata begitu, orang muda?” katanya sambil

mengukir sedikit senyuman kecil.

“Usia Encik Michael sudah hampir mencecah setengah abad.

Sedangkan saya, masih muda lagi,” aku membalas.

“Kenapa awak berminat untuk bercakap tentang pengalaman,

orang muda?” dia menyoalku sambil membetulkan duduk.

“Bagi saya pengalaman adalah guru yang paling berguna dalam

hidup ini, Encik Michael,” ucapku pula.

“Saya bersetuju sekali dengan kata-kata awak itu, orang muda.

Tapi malangnya tak semua orang suka bercakap tentang pengalaman

dalam hidup ini.” Dia sebaliknya bersuara tenang.

134

Page 135: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Menarik sekali!” aku menjawab sambil mengangguk-anggukkan

kepala.

“Pengalaman tidak dapat memberi kepuasan kepada kita dalam

hidup ini, orang muda. Sebaliknya pengalaman hanya boleh

mendewasakan kita melalui himpunan rasa suka dan duka. Itulah

sebabnya hidup kita sering diibaratkan seperti air laut,” jelas Encik

Michael padaku dengan panjang lebar.

“Ini adalah kenyataan, Encik Michael. Prinsip hidup saya ialah

sentiasa mempertahankan keikhlasan dan kejujuran.”

“Saya menghormati orang seperti awak. Kalau kita sentiasa

ikhlas dan jujur maka apa yang kita lakukan dalam hidup ini akan

berada pada landasan yang betul,” katanya pula.

“Tapi untuk meletakkan diri kita pada landasan yang betul,

bukanlah satu perkara yang mudah, Encik Michael,” tambahku

sebaliknya dengan perasaan penuh minat.

“Awak tak perlu berasa aneh, orang muda,” balasnya.

“Aneh?” aku menyoalnya dengan penuh minat.

135

Page 136: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Ya!” dia menjawab sambil mengangguk-anggukkan kepala.

“Itulah sebabnya maka kita tak perlu berasa hairan apabila

mendengar ada orang yang sanggup berpura-pura dalam hidup ini,”

sambung Encik Michael lagi.

“Orang yang tiada pendirian dalam hidup adalah diibaratkan

lalang yang ditiup angin,” tambahku pula.

“Tentu awak ini seorang yang banyak membaca, orang muda.”

“Membaca adalah jambatan ilmu.”

“Awak ada menulis?”

“Ada jugak.”

“Apa yang awak tulis?”

“Puisi dan cerpen.”

“Novel?”

136

Page 137: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Belum lagi.”

“Kenapa?”

“Menulis novel bukanlah satu perkara yang mudah seperti

merebus sebiji telur, Encik Michael. Ia menuntut kreativiti yang tinggi.

Yang ingin kita ketengahkan sampai kepada pembaca,” jelasku pula

dengan panjang lebar.

“Selalunya apa yang awak tulis dalam puisi dan cerpen?” dia tak

henti-henti menyoalku.

“Mengenai ketuhanan, kemanusiaan dan alam semula jadi,” aku

menjawab.

“Adakah awak berasa puas apabila menulis?”

“Ya!”

“Bagaimana pula dengan soal bayaran?”

137

Page 138: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Saya tak fikir sampai ke situ, Encik Michael kerana saya

memang minat menulis.”

“Bidang yang awak pilih ini memang tepat sekali,” ujar Encik

Michael.

“Tapi, saya tetap merasakan diri ini seperti seorang bayi yang

baru belajar merangkak,” aku sebaliknya menjawab.

“Kenapa awak berkata begitu, orang muda?” tanyanya pula.

“Ilmu penulisan saya memang cetek lagi. Jadi, banyak lagi yang

perlu saya pelajari dari orang yang telah berjaya dalam penulisan.”

Aku berterus terang.

“Macam mana awak boleh terangsang untuk menulis, orang

muda?”

“Saya gemar membaca puisi dan cerpen yang tersiar di dada

akhbar. Dari situlah saya mula belajar menulis.”

138

Page 139: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Bagaimana dengan pertemuan penulis-penulis dari seluruh

Malaysia yang awak hadiri di sini?” Encik Michael nampaknya semakin

berminat untuk melanjutkan perbualan.

“Seronok. Saya dapat berhubung dengan dunia luar secara lebih

dekat lagi. Sebagai penulis, saya harus bertukar-tukar fikiran dan tidak

mengasingkan diri daripada orang lain,” aku sebaliknya menjawab.

“Saya bersetuju sekali dengan teori awak itu, orang muda. Awak

tidak boleh mengasingkan diri dalam batas-batas yang tertentu,”

balasnya pula.

“Bagi saya ia mencerminkan peribadi seseorang. Sejak dari kecil

lagi saya telah diasuh oleh keluarga agar menjadi manusia yang

berakhlak mulia. Dengan mengenali Tuhan dan menghormati yang tua,

menerima perkara yang baik dan membuang perkara yang buruk,” aku

berkata dengan nada yang lancar.

“Benar kata-kata awak, orang muda. Antara Tuhan dengan

manusia memang sukar untuk dipisahkan,” ucapnya lagi.

“Tuhan maha mencipta ke atas umat manusia dan seluruh alam

fana ini.” Tanpa berlengah lagi aku pantas mencelah.

139

Page 140: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Manusia hanya mengagungkan Tuhan sahaja, orang muda

tetapi tidak menghampirinya.”

Aku amat mengkagumi Encik Michael. Dia begitu arif sekali

dalam hal agama. Mungkin dengan didikan keluarganya yang

sempurna.

Aku kembali menyoal persoalan yang terhenti buat sementara

waktu itu.

“Memang tidak dapat dinafikan lagi kata-kata Encik Michael itu.

Dunia ini hanya sementara waktu sahaja. Apabila kita mati, maka

tinggallah segala-galanya.”

Encik Michael lalu menarik nafas panjang dan berkata:

“Kita sebagai manusia sememangnya bersifat lemah. Biarpun

kita dikurniakan dengan akal serta fikiran. Hingga tidak tahu

membezakan yang baik dan yang buruk.”

“Itulah sebabnya mengapa Tuhan menciptakan syurga yang

penuh dengan nikmat. Manakala neraka pula yang penuh dengan azab

yang pedih,” aku menambah.

140

Page 141: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Suasana begitu dingin apabila berteduh di bawah pohon yang

rendang. Bak air terjun di pinggir kali rasanya. Bahang mentari yang

panas terik hingga boleh mencairkan otak dapat ditepis.

“Agama sebenarnya adalah pedoman hidup, orang muda. Tapi

yang sedihnya ada golongan sanggup mempersendakan agama,” kata

Encik Michael lagi.

“Mereka adalah golongan yang jahil, Encik Michael,” aku

sebaliknya menambah.

Encik Michael diam. Dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

Matanya tidak berkelip-kelip walau sedikit pun. Dia kemudiannya

memandang langit biru. Setelah agak lama kemudian, baharulah dia

menoleh semula ke arahku dan bersuara:

“Awak meminati bidang politik dan ekonomi?”

“Minat jugak!” aku mengangguk-anggukkan kepala.

“Kerana gilakan kuasa, manusia di atas muka bumi ini sanggup

berperang. Akhirnya mereka tidak dapat menikmati kemajuan,

kesannya pula terhadap alam sekitar,” balasnya pula.

141

Page 142: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Encik Michael nampaknya lebih arif dalam bidang ini. Apakah

cita-cita ulama ahli politik?” ujarku lagi dengan penuh minat.

“Keadilan dan kebenaran. Yang berjuang untuk membasmi

kemiskinan tumbuh macam cendawan lepas hujan, malangnya

manusia mudah lupa pada janji. Akibatnya pembangunan tidak

tercapai,” jelasnya dengan panjang lebar.

“Kita sebenarnya sependapat, Encik Michael,” aku menjawab.

142

Page 143: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

BAB 12

Bangunan-bangunan tinggi mencakar langit. Deru kenderaan yang

berlibur di atas jalan raya umpama semut. Dari jendela kaca kelihatan

bola matahari tepat di atas darjah. Bersama jalur-jalur cahaya yang

lurus. Kesejukan alat penghawa dingin mengepung seluruh ruang bilik

mewah itu. Langsir yang berwarna merah jambu tersergam indah.

Diserikan lagi dengan permaidani yang berwarna biru laut. Serta

perabot yang antik.

Zarah berdiri tegak di sisi jendela. Sambil melontarkan

pandangan ke arah bandaraya. Hari itu, dia tambah ayu. Bila

mengenakan baju kurung yang berwarna biji kundang masak.

Bersulamkan tompok-tompok manik yang kuning keemasan.

Dari raut wajahnya yang jelita itu nyata sekali dia sedang

mengelamun. Hingga sampai ke awangan rasanya.

143

Page 144: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Tok! Tok! Tok! Lamunannya terhenti dengan serta-merta. Seperti

rancangan yang tergendala di kaca televisyen. Dia lalu menarik nafas

yang panjang. Kemudian kedua-dua biji matanya lantas menoleh ke

arah pintu. Dia pantas bersuara lembut:

“Masuk ...!”

Tanpa berlengah lagi jendul pintu segera terkuak. Muncul Helmi

bersama fail yang berwarna hitam di tangannya. Kemudian perlahan-

lahan dia menutup daun pintu semula.

Serentak dengan itu dia mengatur lima tapak menghampiri

Zarah yang memerhatikan gelagatnya itu dengan penuh minat.

“Assalammualaikum,” dia memberi salam sambil mengukir

senyuman kecil.

“Waalaikumsalam.” Zarah mengamati wajahnya dengan penuh

tepat sekali. Berbadan tegap serta bermisai. Berambut lurus.

Sementara kulitnya berwarna cerah.

“Cik Zarah ini dia dokumen perjanjian antara syarikat kita

dengan Syarikat Melor,” katanya sambil meletakkannya dengan penuh

tertib di atas meja yang berbentuk empat segi itu.

144

Page 145: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Baiklah!” Zarah cuma mengangguk.

“Oh ya, Siti mana?”

“Dia cuti hari ini, Cik Zarah.”

“Cuti?” dia sebaliknya membalas sambil melabuhkan punggung

di atas kerusi yang eksekutif. Sambil tangannya ligat menyemak fail

itu dan kemudiannya terus menurunkan tandatangan.

“Ya, Cik Zarah. Katanya ada hal yang penting,” terang Helmi

lagi.

“Oh, begitu!” dia menjawab sambil menutup semula fail yang

berwarna hitam itu dan pantas menghulurkannya pada Helmi dan dia

menyambut dengan senang sekali.

“Ada apa-apa lagi, Cik Zarah?”

Zarah sebaliknya menggelengkan kepala.

“Tak ada! Awak boleh pergi.”

Helmi akur dengan arahan itu.

145

Page 146: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Baiklah,” katanya sambil menundukkan kepala sebagai tanda

hormat. Secepat kilat bayangan Helmi lesap di balik pintu yang

terkatup rapat semula.

Zarah lalu menyandarkan tubuhnya pada kerusi sambil

berpusing sedikit ke kiri dan kanan.

Sambil mengingati semula kisah-kisah silam yang pernah

dilaluinya. Penuh dengan pahit dan getir. Namun dia terpaksa menelan

jua biarpun hakikatnya amat pahit sekali bak hempedu. Walaupun

yang ingin dikecapinya ialah manisan madu. Demi suatu perjuangan

dalam hidup ini. Dia tetap kuat dan tabah menghadapinya.

“Sudahlah, tu! Orang perempuan kalau setinggi mana

pelajarannya pun, akhirnya ke ceruk dapur jugak!” ujar Pak Leman. Air

kopi yang masih panas berasap itu dihirupnya perlahan-lahan.

Kemudian kembali semula meletakkan cawan itu ke bawah. Ubi rebus

yang masih panas itu juga segera disentalnya melepasi kerongkong.

“Tak baik abang cakap macam tu. Bukankah Zarah tu, anak kita

jugak?” balas Mak Ton pula.

146

Page 147: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Pak Leman naik muak mendengar penjelasan daripada Mak Ton.

“Masa depan konon. Sudahlah! Membazirkan duit aku aje!”

“Membazir abang kata?” Mak Ton naik hairan.

“Dia tu, tak macam anak-anak kita yang lain. Bukannya pandai

sangat. Tak akan lulus periksa.”

“Tak baik abang merendah-rendahkan anak sendiri,” Mak Ton

tetap membantah.

“Ini adalah kenyataan. Dia layak duduk di rumah aje.

Menguruskan hal-hal rumah tangga seperti memasak, mengemas dan

menjahit.”

“Jadi, abang nak kahwinkan dia.”

“Ya!” Pak Leman mengangguk sambil menyucuhkan api pada

rokok daun. Kemudian lalu dihembusnya asap keluar. Berkepul-kepul

memutih memenuhi ruang. Di luar angin bertiup kencang. Pohon-

pohon nyiur yang tinggi mengangguk-angguk. Seperti turut

merestukan kata-kata Pak Leman.

147

Page 148: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Dengan siapa?”

“Halim.”

“Yang kerjanya memanjat pokok kelapa, tu?” Mak Ton

terperanjat.

“Kalau Zarah tak setuju nanti macam mana?” soal Mak Ton lagi.

Wajah Pak Leman pantas berubah.

“Setuju tak setuju lain kira. Pokoknya dia mesti kahwin jugak

dengan budak Halim, tu!” Pak Leman meninggikan suara. Mak Ton

diam. Dia masak benar dengan perangai Pak Leman. Dari dahulu

sampai sekarang tak berubah-ubah. Cakapnya tak boleh dibantah. Baik

hitam mahupun putih. Macam dia seorang aje yang betul dalam dunia

ni.

Dia terkenal di kalangan orang-orang kampung sebagai seorang

yang kuat memegang fahaman kuno.

Benar sekali, Zarah menolak cadangan ayahnya itu mentah-

mentah. Ini memuncakkan lagi api kemarahan Pak Leman.

148

Page 149: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Apa? Kau tak setuju?” Kedua-dua biji matanya terjojol keluar.

Keningnya yang memutih itu juga turut terangkat.

“Ya, ayah ....”

Mak Ton secepat kilat lalu menyampuk:

“Sudahlah tu, bang. Dia tak mahu. Jangan dipaksa.”

Pak Leman memandang Mak Ton tak ubah seperti seekor singa

lapar yang mahu menerkam mangsanya. Dan berkata:

“Awak diam! Awak dengan dia sama saja. Selalu membantah

cakap saya!” Suara Pak Leman hampir memecahkan ruang anjung

rumah.

“Zarah, kau dengar sini baik-baik. Kalau kau nak tinggal dalam

rumah ni, lebih baik kau kahwin dengan Halim. Tapi kalau kau

melawan jugak cakap aku, kau boleh keluar. Faham!” tengking Pak

Leman lagi.

“Sedarlah diri kau tu, sikit. Kau tu, seorang perempuan. Yang

hanya layak duduk di ceruk dapur. Dan bukannya di bilik yang

berhawa dingin!” Pak Leman seolah-olah melepaskan protes yang

telah lama bersarang di jiwanya. Zarah lalu menangis teresak-esak.

149

Page 150: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Akhirnya dia mengambil keputusan yang nekad dengan

melarikan diri daripada rumah. Akibatnya heboh satu kampung akan

berita itu.

“Huh, memang dasar anak yang tidak tahu diuntung!” Pak

Leman melepaskan perasaan geram yang tak terhingga. Sambil

menggertap rapat giginya.

“Itulah awak. Terlalu manjakan dia sangat!”

“Bang, pergilah cari dia. Saya bimbang. Hanya dialah satu-

satunya anak perempuan kita ...,” ujar Mak Ton sambil menangis

teresak-esak menahan tangisan.

“Ah, biarkan dia. Degil. Tak mahu dengar cakap orang tua. Saya

yakin, satu hari nanti dia pasti balik dengan rasa penuh menyesal!”

Setibanya di kota, Zarah mendapat pekerjaan di salah sebuah

kilang membuat alat-alat elektronik. Bersama dengan kawan-kawan

sekerja dia menyewa rumah di Kampung Pandan. Masyarakat

sekeliling selalu memandang serong pada mereka. Moral mereka

dianggap rendah kerana adakalanya terpaksa pulang jauh malam. Dia

150

Page 151: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

tidak lupa untuk mengirim surat dan wang pada ayah dan ibunya di

kampung setiap bulan. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Pulangkan duit hasil titik peluh dia, tu. Satu sen pun saya tak

nak. Sebab saya tak ada anak yang bernama Zarah!”

“Kenapa abang benci sangat pada Zarah?”

“Anak-anak saya tak ada perangai macam dia. Keras kepala.

Awak faham tak!” bentak Pak Leman.

Zarah juga nyaris-nyaris dinodai oleh penyelia kilang. Mujurlah

Adi seorang pembantu penyelia yang telah menyelamatkannya.

Semenjak dari hari itu, persahabatan mereka berdua semakin akrab

bak isi dengan kuku. Adi sentiasa memberi perangsang kepada dia

agar belajar semula. Akhirnya mereka berdua telah lulus dengan

cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya melanjutkan pelajaran

hingga ke peringkat universiti.

Setelah keluar daripada universiti, Zarah tidak mahu bekerja

dengan kerajaan. Sebaliknya menceburkan diri dalam bidang

usahawan. Sementara Asri pula melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

151

Page 152: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Zarah .... Aku pergi tak lama. Bila dah tamat pengajian nanti,

aku kembali semula ke pangkuan kau. Relakah kau menanti

kepulanganku ...,” Asri bersuara perlahan.

Gulungan ombak setia menerjah pantai. Bayu berhembus

perlahan nyaman. Hingga mengerbangkan rambut Zarah yang hitam

ikal mayang hingga mencecah paras bahu.

“Asri, hanya kaulah sahaja lelaki yang pertama dan terakhir

dalam hidupku.” Suara Zarah tenggelam dalam deruan ombak. Asri

memegang erat jari-jemarinya yang lembut bak sutera itu. Seolah-olah

sukar untuk melepaskan dia pergi dari sisi.

“Aku juga begitu, Zarah!” ikrar Asri pula. Bola mata mereka

saling berlaga. Kilauan pasir jelas kelihatan bila disinari oleh cahaya

matahari yang panas terik. Buih-buih yang memutih berapungan di

gigian pantai. Laut tetap membiru.

Buuurrrrr! Buuurrrrr! Desiran ombak dan pantai menjadi saksi

cinta Asri dan Zarah.

“Kau tak takut, Asri?” Dia dilanda kebimbangan.

152

Page 153: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Tentang janji setia, kan?” Asri pantas memotong.

“Ya! Janji manis memang mudah dilafazkan di bibir. Tapi

adakalanya ia tidak dapat ditunaikan.” Zarah cuba mengingatkan Asri

semula melalui kata-kata itu.

“Aku rasa kau terlupa sesuatu.”

“Sesuatu?” Zarah disapa kehairanan. Pohon-pohon cemara

bergoyangan antara satu sama lain ditiup angin. Daun-daun hijau

berguguran. Asri lalu mencapai sebatang ranting mati dan mengais-

ngais butiran pasir yang halus. Zarah hanya memerhatikan sahaja

gelagatnya itu. Kemudian Asri lalu melontarkan pandangan ke arah

laut. Setelah puas, dia kembali semula memalingkan muka ke arah

Zarah.

Sebaliknya Zarah tak henti-henti menduga Asri.

“Bagaimana kalau kau ditakdirkan jatuh cinta dengan gadis di

sana?” Mata Asri tunak. Dia merenung wajah Zarah sedalam tasik.

Asri pantas menarik nafas yang panjang. Dan berkata:

153

Page 154: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Biarpun beribu bah atau ribut yang datang melanda aku akan

tetap menolaknya kerana aku amat menyintai dirimu!”

Zarah mengangkat mukanya sedikit.

“Sungguh?” Mereka saling berpandangan. Asmara terasa kian

bergelora. Umpama gelombang yang menghempas ganas di lautan.

“Haruskah aku buktikan?” soal Asri secara spontan.

Zarah diam membisu seribu bahasa. Entah mengapa! Dia

enggan mengeluarkan kata-kata walau sepatah pun. Mulutnya seperti

terkunci rapat. Suara ombak tak putus-putus kedengaran bergema

membelah suasana.

Sekumpulan camar putih bebas berterbangan ke sana sini di

angkasa nan luas. Gema suaranya hampir memecah alam. Kemudian

hinggap di atas pohon yang rendang untuk membuat sarang.

Zarah dengan penuh minat memerhatikan kanak-kanak yang

sedang bermain di gigian pantai. Hilai tawa mereka yang

berkumandang hampir memecahkan gegendang telinga. Sambil

membina kota daripada timbunan pasir.

154

Page 155: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Asri mendongakkan kepala ke atas memandang langit yang

membiru. Bola matahari tepat di atas darjah. Bahangnya terasa amat

ketara sekali menggigit permukaan kulit. Kesepian. Memenuhi ruang

buat seketika. Namun Zarah tidak mahu situasi ini terus berlarutan.

Dia lalu bersuara:

“Asri, aku mahu menjadi seperti kanak-kanak itu. Dipenuhi

dengan warna-warna keriangan dalam meniti hidup ini.”

Ungkapan Zarah itu dalam maknanya. Mencerminkan sinar

pengharapan pada Asri.

Asri mengangguk diam.

Dia mengerti dengan kata-kata Zarah itu. Sebenarnya bukan

sekali Zarah jatuh cinta. Malahan beratus kali. Malangnya semua

berakhir dengan kekecewaan. Kesetiaan! Mengatasi segala-galanya

dalam percintaan.

Asri mengangkat muka merenung Zarah. Empat biji mata saling

berpandangan. Tidak berkelip-kelip walau sedikit pun. Asri kembali

semula menyimpulkan persoalan itu.

155

Page 156: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Zarah, bukankah sang duyung dan karang menjadi lambang

setia percintaan di dasar lautan nan luas?” Serentak melunjurkan

kakinya agar rapat dan lurus.

“Bahagia atau derita kita akan tetap bersama-sama

menempuhinya,” sambung Asri lagi.

Dengan serta-merta tangan Zarah dipegang erat oleh Asri.

Degupan jantungnya kian berlari kencang. Seperti pukulan tong

drum. Adakah ini yang dinamakan cinta sedang membara? Amat

mengasyikkan sekali. Tika ini tiada dikenali erti kamus duka dalam

kehidupan. Dunia dipenuhi dengan warna-warna yang berseri. Bunga-

bunga di taman kembang segar mewangi. Yang menjadi realiti, cinta

selalunya lahir daripada pandang pertama. Bermula daripada mata

kemudian perlahan-lahan turun ke hati. Bara yang digenggam tak

terasa hangat sebaliknya dingin.

Peristiwa itu amat indah sekali dikenangkan oleh Zarah. Seolah-

olah baru berlaku sebentar tadi. Sukar untuk dilupakannya sepanjang

hayat. Hati kecilnya tak henti-henti meronta agar kembali semula

mengulangi saat-saat yang manis itu. Tapi apakan daya .... Cinta Asri

156

Page 157: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

ibarat embunan pagi. Akan kering apabila terbit mentari dari arah

timur.

Benar!

Memang tidak dapat dinafikan lagi. Manusia hanya mampu

merancang tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Kebenaran

kata-kata itu adalah tepat sekali.

Apa yang tidak dipinta oleh Zarah akhirnya terjadi juga.

Asri tergamak hati memungkiri janji setia. Dia telah berkahwin

dengan Rosnani yang sama-sama menuntut dengannya.

Pasrah!

Membungkus seluruh jiwa Zarah. Namun dia tetap redha.

Semuanya ini bukan kehendak dia mahupun Asri. Tapi adalah suratan

takdir. Penentu segala-galanya dalam alam percintaan.

Sesungguhnya hidup ini penuh dengan pelbagai ujian.

Tak ubah umpama lautan. Di mana pasang surut silih berganti.

157

Page 158: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Pedih! Bak tikaman sembilu yang tajam .... Titis-titis jernih yang

berkilauan akan setia mengalir bila dia teringatkan peristiwa yang

amat pahit seperti hempedu itu.

Hingga kini dia masih lagi menjadi anak dara. Walaupun ramai

usahawan yang muda cuba menambat hatinya namun Zarah tetap

menolaknya. Entahlah! Hatinya telah tertutup untuk lelaki lain. Hanya

lelaki yang bernama Asri sahaja satu dalam hidupnya. Seperti mutiara

yang berkilauan di dasar lautan. Terlalu indah dan berharga buat

dirinya.

Air mata Zarah jatuh menitis membasahi meja.

Kemudian lalu dikesatnya dengan sehelai tisu. Selepas itu,

kedua-dua biji matanya mengamati tepat sebuah lukisan

pemandangan air terjun di pinggir kali yang melekap di dinding.

Alangkah damainya! Kalau aku dapat memiliki kehidupan seperti

itu.

Entahlah! Dia sendiri tak pasti. Bilakah ia akan menjelma? Tuhan

amat berkuasa dalam mengatur arah perjalanan hidup manusia.

Nyata sekali dia adalah seorang wanita yang lemah.

158

Page 159: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Seringkali memunajatkan doa dan berserah. Serta sentiasa

berusaha untuk menguatkan diri. Dalam mengharungi liku-liku hidup

ini.

Perjalanannya masih jauh lagi.

Di mana perhentiannya? Selagi kita masih bernafas kita akan

terus menitinya. Ada ketikanya hidup ini terlalu rapuh. Ibarat ranting

yang patah mudah jatuh bila ditiup angin.

Zarah terasa seperti menapak titian-titian kerikil.

Memeritkan! Dia tetap cekal dan sabar mengharunginya. Itulah

hakikatnya yang sebenar dalam meniti pentas hidup ini. Bumi tak

putus-putus berputar di atas paksinya. Siang dan malam silih berganti.

Tahun demi tahun dan bulan demi bulan. Langit yang tanpa bertiang

menjulang tinggi dan lautan yang luas terbentang.

Dunia ini hanya persinggahan sementara sahaja. Akhirat jualah

sebenar-benarnya tempat yang kekal lagi abadi. Manusia harus

menghambakan diri pada Tuhan. Sentiasa menyeru akan kebaikan dan

meninggalkan segala kejahatan.

159

Page 160: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Zarah lantas menarik nafas yang panjang.

Namun tak siapa yang tahu. Meskipun bibirnya tersenyum tetapi

hatinya menahan derita.

Namun dia tetap sedar.

Impian! Tak selalunya indah. Seperti debu-debu yang

berterbangan ditiup angin lalu pergi. Harapannya musnah berderai.

Umpama kaca yang terhempas ke batu. Kesabaran. Akar umbi dalam

percintaan.

Khalid! Seorang lelaki yang pernah hadir dalam hidup Zarah

bersama cinta. Dia banyak membantu Zarah dalam bidang perniagaan.

Dari segi tunjuk ajar, nasihat malah kewangan.

Dengan tiba-tiba sahaja wajahnya terdampar di ruang mata.

Kacak dan tampan. Lebih daripada itu berada pula. Menjadi lelaki

idaman setiap wanita di zaman yang serba materialistik ini.

“Zarah, sampai hati kau mengecewakan perasaanku.” Suaranya

penuh harapan.

160

Page 161: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Dengan rasa lemah, Zarah mengangkat muka dan berkata:

“Maafkan aku, Khalid ....” Nada suaranya tak bermaya.

Wajah Khalid lantas disapa bungkam. Kerut jelas terbayang pada

wajahnya. Namun dia tetap mengeluarkan suara:

“Zarah ....”

“Aku tak sanggup hendak melukakan isteri kau,” Zarah pantas

mencelah.

Khalid merenung wajah Zarah dengan amat tajam sekali.

Pengertiannya sungguh dalam. Bak lautan nan luas.

“Kau tahu bukan bahawa aku telah lama dibelit kerinduan untuk

menimang seorang cahayamata.” Khalid menagih simpati daripada

Zarah. Diam. Zarah menoleh ke kiri dan kanan. Alam sepi. Malam

begitu pekat. Bulan dan bintang tetap bersinar indah di langit yang

tinggi. Kedinginan terasa membalut seluruh tubuh. Angin malam

bertiup lembut.

161

Page 162: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Fikiran mereka berputar ligat. Bagai kipas angin yang sedang

berpusing mengeluarkan hawa dingin. Enggan berhenti. Walau sedetik

pun.

Zarah kini benar-benar terperangkap.

Antara harapan dan budi. Sama ada memenuhi kehendak Khalid

atau menolaknya sahaja. Hakikat penyudahnya dia harus memilih satu

jalan sahaja.

Dan Zarah mempunyai pendirian yang tegas. Hatinya keras

umpama batu yang pejal. Sukar untuk dicairkan. Dia bukannya

manusia yang hidup seperti lalang yang mudah meliuk-liuk ke tengah

dan ke tepi bila ditiup angin. Di mana segala keputusannya mudah

dipengaruhi oleh orang lain.

Sementara itu, Khalid yang telah sekian lama memerhatikan

gelagat Zarah itu lalu mencelah:

“Kita boleh merahsiakan perkahwinan ini.” Dia terus mendesak.

Suaranya tenggelam bersama kelembutan angin malam yang

berhembus.

162

Page 163: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Khalid tetap tenang menanti jawapan itu. Suara angin malam tak

putus-putus berbisik. Perlahan-lahan Zarah mengangkat muka sedikit.

Dia kemudiannya lantas bersuara:

“Maaf, aku tak dapat menunaikan permintaan kau itu. Ini adalah

keputusan aku yang muktamad. Khalid aku harap kau akan mengerti,”

ulangnya lagi.

“Zarah!” Khalid mengeluh kerana berputus asa.

“Bersabarlah, Khalid. Mohonlah doa selalu pada Tuhan. Sambil

terus berikhtiar. Dan moga suatu hari nanti segala yang kau dan isteri

kau impikan akan termakbul.” Zarah meyakinkan Khalid.

Dia sama sekali tidak rela dimadu dan dituduh sebagai perampas

suami orang. Khalid sebaliknya enggan berbicara lagi walau sepatah

perkataan pun. Diam membisu seribu bahasa. Ibarat bala tentera yang

telah kecundang di medan perang. Seluruh tubuhnya terasa lemah.

Bila mendengar kata-kata yang terkeluar daripada mulut Zarah itu.

Malam berengsot pergi.

Dia lalu memejamkan matanya. Oh, Tuhan berilah aku kekuatan

dalam menempuhi hidup ini! Doa hati kecilnya.

163

Page 164: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Tiba-tiba Zarah teringatkan ayah dan ibunya yang kini sedang

berada di kampung. Adakah ini yang dinamakan rindu kian

memuncak? Apa khabar agaknya mereka berdua sekarang? Persoalan

yang tak putus-putus menendang benaknya.

Adakah mereka masih ingat lagi padaku? Atau sebaliknya

melupakan terus diriku? Sudah lama Zarah tidak bertemu dengan

kedua-dua orang tuanya. Bertahun-tahun. Tentu sudah banyak

perubahan yang melanda diri mereka berdua. Rambut ayahnya sudah

tentu banyak dipenuhi dengan uban yang memutih dan berbadan

bongkok. Entahlah! Dia sendiri tak pasti.

Dan yang pasti, dia tidak mahu menjadi anak yang derhaka.

Lantas dia mengambil keputusan yang nekad. Walau apa pun

yang terjadi dia akan tetap pulang juga. Menyembah dan mencium

tangan kedua-dua ayah dan ibunya yang telah melahirkannya ke dunia

untuk meminta ampun.

Sudah pasti ayahnya akan melemparkan pelbagai tohmahan ke

atas dirinya namun Zarah tetap akan menabahkan hati untuk

menerimanya. Sedangkan kerak nasi boleh lembut oleh air. Ayah dan

164

Page 165: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

ibu mana yang tak sayangkan anak? Sedangkan binatang amat

menyayangi anaknya. Inikan pula manusia. Zarah akan berusaha

memujuk Pak Leman dan Mak Ton agar tinggal di bandar. Sebagai

membalas segala jasa dan pengorbanan mereka dalam membentuk

dirinya menjadi manusia yang berguna.

Dia mengukir senyuman yang penuh berbunga di hatinya.

BAB 13

“Kahwin itu memang penuh dengan nikmat,” Kamal bersuara sambil

menghabiskan sisa-sisa air teh dalam cawan. Dia kemudiannya lalu

menyucuhkan api rokok pada bekas yang berbentuk bulat macam

bola.

“Apa tidaknya. Makan, minum dan pakai kita terurus. Betul tak?”

aku segera mencelah.

“Kita sebagai manusia ciptaan Tuhan zahirnya memang bersifat

lemah.”

165

Page 166: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Maksud kau?” Aku melekatkan straw minuman ke bibir untuk

menyedut teh ais.

Kamal menarik nafas yang panjang.

“Terlalu memandang pada kecantikan hingga sanggup

mengenepikan kejujuran hati,” dia berkata agak malas. Aku dapat

menangkap maksud kata-katanya itu.

“Nampaknya kau bercakap dari segi pengalaman lalu.”

Suasana di Restoran Cempaka pada pagi itu macam biasa riuh-

rendah.

Pelanggan-pelanggan yang lain mengeluarkan suara lebah.

Begitu juga dengan tingkah sudu dan garpu.

Kamal berpaling ke arah meja sebelah yang kosong. Irama muzik

yang sentimental sungguh menggetarkan jiwa. Halim memerhatikan

gelagatnya itu dengan penuh minat. Perlahan-lahan Kamal

mengangkat muka. Dan mengeluarkan suara:

“Kata orang yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita

jadikan sempadan.” Lagaknya macam seorang ahli falsafah.

166

Page 167: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Aku faham.”

“Sudah lima tahun aku menjadi duda.” Pengakuan yang keluar

sendiri daripada mulutnya. Pohon-pohon yang menghijau bergoyangan

ditiup angin timur. Daun-daun berguguran.

Aku menghulurkan rasa simpati.

“Bersabarlah, Kamal. Ini semua sudah suratan takdir.”

Kamal kembali semula memalingkan muka.

“Aku tak sangka jadi begini,” dia merengus. Rasa penyesalan

pasti timbul bila mengenangkan kisah-kisah lalu. Aku semakin

berminat untuk mengetahui punca-punca perceraian Kamal dengan

isterinya dengan lebih lanjut lagi. Dia menarik kerusi ke depan.

“Kau berkahwin atas pilihan siapa?” soalku lagi bertubi-tubi kali.

Umpama muntahan peluru daripada muncung mesin-gun.

Dia nampaknya amat berat untuk menjawab.

167

Page 168: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Pilihan sendiri. Atas dasar cinta sama cinta.”

“Maafkan aku, Kamal. Kerana menyentuh hal peribadi kau.”

“Oh, tak mengapa. Lagipun bukankah kau sahabat karib aku.”

“Apa puncanya kau boleh bercerai dengan isteri kau?”

Kamal mendongakkan kepala tinggi sedikit.

“Kami tak sehaluan.” Dia berterus terang. Aku berdiam diri. Aku

sengaja enggan menyampuk. Untuk memberi kesempatan kepada

Kamal untuk membongkar semula kisah-kisah silamnya yang pahit bak

hempedu itu.

“Cinta itu memang indah.” Kamal mengutip semula nostalgia

silam yang amat manis bak madu.

“Kau tentu banyak membaca buku yang bertemakan kisah-kisah

cinta,” balasku.

“Kenyataan!” Kamal mengangguk-anggukkan kepala.

168

Page 169: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Aku was-was untuk mempercayai kata-kata Kamal.

“Adakah itu semua benar?”

“Ya!” Kamal terus mengakui kebenaran itu. Bola matahari

semakin meninggi di kaki langit yang membiru. Jalur-jalur cahayanya

kelihatan lurus menyinari seluruh alam semesta.

Kedua-dua bola mataku tertumpu ke arah meja-meja yang lain.

Yang nampaknya tersusun rapi dan kemas. Dari kaca jendela kelihatan

bangunan-bangunan yang tinggi menjulang hingga hampir mencakar

langit. Ia menjadi lambang pembangunan di negara ini. Setelah

mencapai kemerdekaan hampir 48 tahun.

Aku menyoroti semula persoalan yang terhenti buat seketika.

“Kahwin ibarat melayarkan sebuah bahtera di tengah lautan.

Suami sebagai nakhoda harus cekap melambung ombak yang ganas

agar tidak mudah tenggelam bila dipukul ribut.” Aku memahami

hakikat itu.

“Suami sebagai nakhoda harus cekap melambung ombak yang

ganas agar tidak mudah tenggelam bila dipukul ribut.”

169

Page 170: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Kau tentu arif bukan?” Kamal memberikan sokongan yang kuat.

Aku menengadah ke siling. Sambil berfikir sesuatu. Aku sedar.

Hidup sebagai suami isteri penuh dengan pelbagai halangan dan

rintangan yang mesti ditempuhi.

Kamal mematikan lamunanku.

“Aku harap kau akan menjadikan kisah yang aku alami ini

sebagai contoh dalam mengharungi kehidupan rumah tangga yang

bakal kau tempuhi,” dia bersuara perlahan. Macam lemah dan tak

bertenaga.

Aku menoleh semula ke arah Kamal. Dan berkata:

“Aku akan menjadikannya sebagai iktibar, Kamal. Agar rumah

tangga yang bakal aku bina tidak hanya seketika dan terus tersisih.”

Kamal sebaliknya tersenyum lebar apabila mendengar kata-kataku.

Aku hanya sekadar memerhatikan sahaja tingkahlakunya itu. Aku

benar-benar mengerti kini. Kehidupan dalam rumah tangga penuh

dengan asam garam yang harus dilalui. Pertengkaran suami isteri

170

Page 171: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

memang tidak dapat dielakkan lagi. Bak kata orang bumi mana yang

tidak ditimpa hujan. Pinggan mana yang tak retak.

“Berapa orang anak kau, Kamal?”

Aku sempat memandang cawan dan gelas yang telah kosong.

Pinggan yang tadinya berisi dua ketul kuih karipap kini hanya tinggal

habuk saja.

“Dua orang. Sepasang, maksud aku seorang lelaki dan seorang

perempuan,” dia menjawab sambil menarik nafas lega.

“Berapa umur mereka?”

“Yang tua berumur 3 tahun manakala yang tengah berumur 1

tahun.”

“Siapa yang menjaga anak-anak kau kini?”

“Bekas isteri aku.”

“Kau?” Aku mendongakkan muka tepat ke arah Kamal.

171

Page 172: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Sekali-sekala aku menengok dan menjaga mereka berdua.”

“Maksud kau sebulan sekali?”

“Ya!”

“Kau tak kasihankan mereka berdua?”

“Apa nak buat, Halim ....” Dia seperti enggan mengulas dengan

lebih lanjut lagi. Macam ada kuasa yang menutup mulutnya daripada

terus mengeluarkan kata-kata. Kamal memandang ke kiri kanan.

Pelanggan-pelanggan semakin kurang.

Kemudian dia bersuara lesu:

“Sungguh malang nasib mereka berdua. Terpaksa menjadi

mangsa perceraian ....” Perlahan-lahan Kamal tunduk ke bawah.

Macam memandang bunga yang layu kekeringan air.

“Bagaimana pula dengan isteri kau?”

“Dia telah pun berkahwin dengan seorang ahli perniagaan.” Aku

memandang sayu muka Kamal. Rasa pilu benar-benar menyentuh

kalbunya.

172

Page 173: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Keinsafan mula timbul di hatiku. Manusia dikurniakan akal dan

fikiran oleh Tuhan. Setiap keputusan yang hendak dibuat perlu

ditimbang dengan semasak-masaknya terlebih dahulu. Bukannya

secara tergesa-gesa. Agar tidak mudah keluar daripada sasaran.

Dalam erti kata lain gagal memberi kepuasan. Contohnya Kamal. Dia

terpaksa menggenggam bara yang amat perit apabila melayari

bahtera rumahtangganya.

“Kau tidak berniat hendak mencari pengganti, Kamal?”

Pertanyaan yang secara tiba-tiba terkeluar daripada mulutku. Perasaan

Kamal kian dibalut rasa hiba.

“Aku masih lagi sayangkan bekas isteri aku. Tapi ....”

“Tapi apa?” aku cepat memotong.

Dia berdiam diri. Persoalan itu ibarat seketul batu besar yang

menghempap kepalanya. Aku tetap sabar menanti jawapan.

“Aku amat sukar untuk melupakannya,” kata Kamal lagi.

“Jadi kau tak kahwin lagi?” Aku ingin meraih kepastian.

173

Page 174: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Begitulah ...,” dia membalas sambil mengangguk lemah.

“Hingga ke akhir hayat kau?”

“Kalau sudah ditakdirkan. Aku tetap redha untuk menerimanya,

Azman.”

“Kau mesti memerlukan seorang isteri, Kamal.”

“Tapi tak serupa macam Alina!” dia pantas menyanggah.

Aku mengangkat muka tinggi.

“Bekas isteri kau?”

“Ya!”

“Patah tumbuh hilang berganti, Kamal.” Aku tak putus-putus

memujuk.

Kamal lantas menarik nafas yang panjang.

“Dia tetap satu dalam hidup ini.”

174

Page 175: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Jadi hati kau telah tertutup rapat untuk menyintai gadis lain

selain daripada Alina.”

“Benar sekali!” angguk Kamal. Aku diam. Kamal amat setia

dalam percintaan.

Aku melihat jam di tangan. Waktu minum pagi telah pun tamat.

Banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan. Aku memandang Kamal dan

bersuara:

“Sudahlah tu, Kamal. Mari kita pergi.”

“Baiklah!”

Aku dan Kamal bingkas bangun.

175

Page 176: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

BAB 14

Amanah arwah Datuk Karim berlegar di fikirannya. Berat. Seperti

memikul seketul batu besar. Mahu atau tidak Johari terpaksa

menunaikannya. Dia satu-satunya anak tunggal arwah Datuk Karim.

Kalau tidak Syarikat Permata Holdings Sdn. Bhd. akan berkubur.

“Kaulah satu-satunya harapan ayah ... Johari ... kau mesti

menyelamatkan Syarikat Permata Holdings ....” Nada suara Datuk

Karim tersekat-sekat sewaktu menghembuskan nafasnya yang

terakhir.

176

Page 177: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan pintu mengejutkannya daripada

lamunan.

“Masuk!” Dia memberi arahan. Shanty yang memerangkap

setiausaha syarikat muncul bersama sepucuk surat di tangannya.

“Ini ada surat daripada pihak bank,” kata Shanty sambil

menghulurkannya kepada Johari. Dia pantas menyambut dan

membuka sampul surat itu. Dia membaca isi kandungannya dengan

penuh teliti. Hutang Syarikat Permata Holdings dengan pihak bank

berjumlah RM800,000.00.

Syarikat Permata Holdings diberi tempoh tiga bulan untuk

menjelaskannya. Kalau tidak pihak bank akan mengambil tindakan

mahkamah dengan mengisytiharkan Syarikat Permata Holdings muflis.

Berat! Getus hati kecilnya.

“Ada apa-apa yang boleh saya bantu, Encik Johari?” tanya

Shanty.

“Tolong bawakan fail projek kondominium di Taman Melati.”

Johari mengeluarkan arahan kepada Shanty.

177

Page 178: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Baiklah, Encik Johari.” Dia akur dengan arahan tuan muda itu.

Kesejukan alat penghawa dingin mengepung seluruh ruang bilik

yang berbentuk empat segi itu. Tak lama kemudian Shanty muncul

sambil membawa fail berwarna hitam yang diminta oleh Johari.

“Ini failnya, Encik Johari.”

“Terima kasih,” Johari lantas membukanya.

“Bagaimana dengan perkembangan projek ni?” Dia

melemparkan pertanyaan kepada Shanty.

“Projek ni dah lama terbengkalai, Encik Johari,” jawab Shanty

yang sudah lima tahun menjadi Setiausaha Syarikat Permata Holdings.

“Terbengkalai?” Johari terkejut.

“Kita menghadapi masalah kekurangan bekalan simen.”

178

Page 179: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Macam mana perkara ni boleh berlaku?” tanya Johari lagi sambil

kedua-dua biji matanya tepat memandang gadis yang berusia awal 20-

an itu.

“Datuk Nasir yang handle projek ni.”

“Oh, begitu. Arwah Datuk Karim?”

“Dia cuma keluarkan modal.”

“Bila projek ini dijangka siap?” Johari tak putus-putus

mengajukan soalan.

“Akhir tahun ini,” Shanty menjawab ringkas. Johari menarik nafas

panjang. Dan bersuara:

“Tak apalah, Shanty. Saya akan cuba settlekan projek ni. Awak

boleh pergi sekarang.”

“Baiklah, Encik Johari.”

Johari mengeluh. Hidup ini umpama air laut. Sekejap pasang

sekejap surut. Hidup manusia penuh dengan ujian Tuhan. Siapa yang

tak kenal dengan arwah Datuk Karim. Seorang usahawan Melayu yang

179

Page 180: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

terkenal. Syarikat Permata Holdings juga mempunyai rangkaian

perdagangan di Amerika Syarikat, England, Jepun, Taiwan dan Korea

Selatan. Datuk Nasir ialah rakan kongsi arwah Datuk Karim dalam

Syarikat Permata Holdings. Dia telah menggelapkan wang syarikat

sebanyak RM 1.8 juta.

Datuk Nasir juga telah menjual semua saham-saham Syarikat

Permata Holdings untuk melangsaikan semua hutang-hutangnya

dengan pihak bank. Hal ini tidak diketahui oleh arwah Datuk Karim.

Syarikat Permata Holdings menjadi tenat. Arwah Datuk Karim

terus jatuh sakit.

“Saya tak sangka, mak. Datuk Nasir sanggup menggelapkan

wang syarikat,” Johari bersuara kesal bercampur geram.

“Sudahlah tu, Johari. Kita bersabar sajalah,” Datin Rokiah

menenangkan anaknya.

“Saya sedih, mak. Dulu sewaktu syarikatnya hampir-hampir

bankrap arwah ayah yang tolong selamatkan. Sampai masanya dia

tergamak menganiaya arwah ayah,” luah Johari lagi dalam nada suara

yang penuh kecewa.

180

Page 181: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Ini semua sudah takdir. Kita harus redha, Johari,” sambung

ibunya lagi.

“Memang kita tidak boleh menolak takdir, mak. Tapi bangsa kita

tak akan maju selagi tak dikikis perasaan tamak dan irihati,” tingkah

Johari pula.

Datin Rokiah diam. Kata-kata anaknya itu memang benar.

“Arwah ayah kau mahu Syarikat Permata Holdingsterus hidup.

Walaupun dia sudah tiada lagi.”

Lamunan Johari mati apabila telefon berbunyi.

“Hello.”

“Encik Johari, ada panggilan daripada Cik Rosnah,” jelas Shanty.

“Baiklah. Sambungkan.”

“Assalamualaikum.”

181

Page 182: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Waalaikummussalam.”

“Apa khabar?”

“Baik.”

“Maaf kerana mengganggu.”

“Tak mengapa. Macam mana kau tahu aku di pejabat?”

“Mak kau yang beritahu,” Zarah membalas.

“Kita dah lama tak berjumpa. Apa kata tengah hari ini kita lunch

sama-sama?” cadang Johari.

“Great. Tapi di mana?”

“Di tempat biasa, Restoran Seri Mawar.”

“OK. Kita jumpa di sana. Bye.”

Dia mencapai fail yang berada di depannya dan menelitinya

sekali lagi. Kemudian dia mengangkat telefon dan menekan butang.

182

Page 183: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Shanty, tolong panggilkan Encik Tan. Katakan saya nak jumpa

dia sekejap.”

“Baiklah, Encik Johari.”

Selang beberapa minit kemudian dia mendengar bunyi orang

mengetuk pintu.

“Masuk.” Matanya tajam memandang Encik Tan yang bertugas

sebagai Pegawai Pemasaran di Syarikat Permata Holdings.

“Ada perkara mustahak ke Encik Johari nak bincangkan dengan

saya?” tanya Encik Tan sebaik-baik sahaja melabuhkan punggung di

atas kerusi. Dia kelihatan segak memakai baju kemeja berwarna putih

serta bertali leher warna biru tua.

“Ya! Tentang projek kondominium di Taman Melati.”

“Dah hampir sepuluh bulan projek tu tergendala,” jawab Encik

Tan ikhlas.

183

Page 184: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Selain daripada masalah kekurangan bekalan simen, apalagi

masalah yang timbul?” dia pantas memotong.

“Gaji pekerja tidak dibayar.”

“Sampai begitu sekali? Itu zalim namanya. Salah di sisi undang-

undang.” Dia terkejut apabila mendengar cerita daripada mulut Encik

Tan.

“Hanya Datuk Nasir saja yang boleh menjawabnya,” kata Encik

Tan pula.

“Dia sekarang senang-lenang di luar negeri. Dia tipu arwah datuk

hidup-hidup,” Johari sebaliknya membalas.

“Jadi, apa tindakan Encik Johari sekarang?”

“Kita tak boleh patah semangat. Kita mesti settlekan projek ni.

Awak siapkan laporannya secepat mungkin dan serahkan kepada

saya.”

“Baiklah, Encik Johari!” jawab Encik Tan.

184

Page 185: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Besok kita melawat ke tapak projek.”

“Itu saja, Encik Johari?”

“Ya. Awak boleh pergi sekarang,” ujar Johari lagi.

“Bila dah besar nanti Johari nak jadi apa?” arwah Datuk Karim

mengusap-usap manja rambut anaknya.

“Nak jadi peguam.”

“Johari tak nak ikut jejak ayah jadi ahli perniagaan?”

“Tak!” dia menjawab sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Kenapa?”

“Johari nak membela orang yang tak bersalah.”

“Nampaknya Johari tak berminat untuk mewarisi perniagaan

abang,” Datin Rokiah tiba-tiba mencelah.

185

Page 186: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Dia masih kecil lagi, Kiah. Dia belum mengerti apa-apa. Mungkin

satu hari nanti dia akan berubah fikiran.” Kata-kata arwah Datuk Karim

itu akhirnya terkabul juga.

Johari kini telah pun mengambil alih perniagaannya. Kalau dia

masih hidup tentu di akan berasa bangga. Perniagaannya tidak jatuh

ke tangan orang lain. Diwarisi oleh zuriatnya sendiri.

Johari melihat jam di tangannya. Tepat menunjukkan pukul 11:30

pagi. Dia bingkas bangun dan menuju ke jendela kaca. Dia

melemparkan pandangan yang jauh ke arah bangunan-bangunan yang

tinggi mencakar langit. Fikirannya ligat mencari ilham untuk

menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh Syarikat

Permata Holdings Sdn. Bhd. Sedang dia asyik memerah otak, tiba-tiba

dia dikejutkan dengan bunyi pintu diketuk orang.

Dia berpaling ke arah pintu itu dan bersuara:

“Masuk!”

Zulkifli, juruaudit syarikat muncul sambil memegang sampul

surat berwarna putih.

186

Page 187: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Saya minta maaf kerana mengganggu Encik Johari,” katanya

dengan penuh hormat.

“Oh, tak mengapa. Duduklah,” kata Johari.

Zulkifli lalu menyerahkan sampul surat itu kepada Johari.

“Apa ni?” ujar Johari menyambut sampul surat itu dan

membukanya. Zulkifli sebaliknya tidak bersuara.

Johari membaca isi kandungan surat itu. Dia memandang wajah

Zulkifli yang berkulit cerah itu.

“Adakah kerana kedudukan syarikat ini goyah maka awak

mengambil keputusan untuk berhenti?”

“Tidak, Encik Johari. Saya sebenarnya sayangkan syarikat ini.

Tapi demi masa depan, saya menyahut tawaran Syarikat Intan

Holdings Sdn. Bhd.”

“Oh, begitu. Awak sudah fikir masak-masak?”

187

Page 188: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Ya, Encik Johari.”

“Saya faham, Zulkifli. Itu hak awak. Saya tak boleh menahan

awak pergi,” Johari menjawab.

“Terima kasih, Encik Johari.” Zulkifli bangun dan berjabat salam

dengan Johari.

“Saya harap awak akan bekerja dengan penuh dedikasi,” pesan

Johari.

Jam di tangan tepat menunjukkan pukul 1:00 tengah hari.

Seperti yang dijanjikan Johari dan Zarah bertemu di Restoran

Seri Mawar.

“Aku rasa tempat ini tak sesuai bagi kau.” Zarah memulakan

perbualan sambil memandang ke seluruh restoran.

“Tak sesuai? Kenapa pulak?” soal Johari.

“Anak datuk macam kau ni selalunya makan di hotel,” kata

Zarah selamba.

188

Page 189: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Johari sebaliknya tersenyum mendengar kata-kata Zarah itu.

Kedua-dua biji matanya tidak berkelip memandang Zarah yang ayu

bertudung dan memakai baju kurung.

“Kita manusia kan semuanya sama di sisi Tuhan. Jadi, soal di

mana kita nak makan tak timbul.”

“Aku sekadar ingin menduga kau saja,” Zarah membalas.

“Kau memang begitu. Sudahlah. Macam mana dengan

perniagaan kau?”

“Macam air laut. Sekejap pasang sekejap surut.”

“Berniaga memang macam tu, Zarah.”

Perbualan mereka terhenti seketika. Pelayan datang membawa

makanan dan minuman yang mereka pesan. Perlahan-lahan dia

meletakkannya di atas meja.

189

Page 190: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Silakan,” pelawa Johari sebaik-baik sahaja dia selesai membaca

doa. Mereka menikmati hidangan tengah hari dengan penuh selera

sekali.

“Macam mana pula dengan perniagaan kau?” Zarah

menyambung semula perbualan yang terputus tadi.

“Ibarat telur di hujung tanduk.”

“Kau harus tabah, Johari.” Dia memberi kata-kata semangat

kepada Johari.

“Aku runsing memikirkannya,” tingkah Johari sambil menyedut

sisa-sisa air fresh orange.

“Dan kau juga merasa kecewa kerana cita-cita kau untuk

menjadi seorang peguam tidak tercapai, bukan begitu?” Dengan tiba-

tiba sahaja pertanyaan itu terkeluar daripada mulut Zarah.

“Tidak, Zarah. Bagi aku amanah yang ditinggalkan oleh arwah

ayah aku mesti ditunaikan.”

“Aku kagum dengan semangat kau, Johari. Kau mesti buktikan.

Walaupun kau berkelulusan dalam bidang Undang-undang tetapi kau

190

Page 191: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

juga boleh berjaya dalam bidang perniagaan.” Zarah terus

menyemarakkan lagi semangat Johari.

“Aku harap kau bukan hanya sekadar sumber inspirasiku. Kau

doakanlah semoga aku berjaya meletakkan Syarikat Permata Holdings

Sdn. Bhd. terus unggul serta menjadi contoh dalam dunia perniagaan

orang Melayu.”

“Insya-Allah, Johari. Semoga Tuhan akan memberkati usaha kau.

Kau perlu cekal dan tabah mengharungi apa jua halangan serta

rintangan yang datang sebelum sampai ke puncak.

Kata-kata Zarah itu seperti api semangat yang membakar

dirinya. Di ruang matanya sudah terbayang wajah arwah ayah dan

ibunya.

BAB 15

Buih-buih memutih di gigian pantai. Sayup-sayup kedengaran suara

sang ombak yang gagah perkasa. Laut tetap membiru. Bola mentari

tepat di atas darjah. Jalur-jalur cahaya yang lurus menyinari butiran

pasir yang halus berkilauan seperti sutera pagi. Camar putih bebas

berterbangan ke sana sini di angkasa nan luas. Gema suaranya

memecahkan keheningan suasana. Pohon-pohon kelapa yang tumbuh

191

Page 192: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

di sepanjang pantai bagai menyanyi-nyanyi ditiup angin. Pelepahnya

melambai-lambai macam mengajak perantau yang tinggal di kota agar

pulang.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Bayu berpuput selembut sutera. Pulau Saga. Menyambut

kepulangan Zainal. Di sini dia dilahirkan dan dibesarkan. Penuh

dengan keriangan dan kedamaian di zaman kanak-kanak.

“Aku nak berhenti, Azman.”

“Kenapa pulak?” Aku agak terperanjat. Zainal menoleh ke arah

meja sebelah yang kosong.

Kemudian dia lalu menjawab:

“Aku nak balik kampung.”

“Nak kerja apa?” Aku menghabiskan sisa-sisa air teh. Juga

menyental kuih karipap.

“Ayah aku dah tua selalu sakit-sakit. Tak berdaya lagi nak turun

ke laut.”

192

Page 193: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Jadi kau nak ambil tempat dia,” celahku pantas. Macam sang

helang menyambar mangsanya.

“Kalau tidak siapa lagi.” Zainal mengangkat muka.

“Bagaimana dengan pangkat kau?” Pertanyaan yang keluar

daripada mulutku.

“Bergantung pada laut juga dapat berbakti pada agama, bangsa

dan negara,” tambah Zainal.

“Kau serius, Zainal.”

“Kau tahu bukan prinsip hidup aku tidak suka bermain-main.

Setiap pekerjaan mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh.”

Pelanggan yang lain mengeluarkan suara labah. Tingkah sudu dan

garpu begitu kuat sekali. Zainal memandang cawan yang kosong. Kain

yang berwarna merah hati meliputi permukaan meja yang berbentuk

empat segi.

“Roziah tahu?” soalku pula sambil membetulkan tempat duduk.

193

Page 194: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Belum!” jawabnya pendek.

“Kau tentu arif dengan perangainya.”

“Terserahlah pada dia sama ada mahu meneruskan hubungan

ataupun tidak.” Dia hampir-hampir mengalah.

“Kau mesti ingat, Zainal. Datuk Baharuddin memerlukan khidmat

kau.” Aku mengutip semula kata-kata itu.

“Aku memang sayangkan Syarikat Ampangan Holdings Sdn. Bhd.

Tapi aku kasihan melihat nasib keluarga dan nelayan-nelayan di

kampung.”

“Kemiskinan,” aku menyampuk tiba-tiba. Seperti seorang ahli

nujum. Dia telah dapat membaca segala yang berlaku.

“Beban yang mereka pikul sama seperti seketul batu besar dan

pejal.” Lagak Zainal macam seorang peguambela di dalam mahkamah

mempertahankan hujah-hujahnya dalam perbicaraan kes

pembunuhan. Untuk membuktikan yang tertuduh tidak bersalah.

194

Page 195: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Aku diam. Aku benar-benar mengerti kini. Aku turut

menghulurkan simpati. Inilah rintihan yang perlu didengar oleh semua

orang. Terutama sekali golongan atasan.

Mereka sanggup bersabung nyawa. Musim hujan dan laut

bergelora. Demi mencari rezeki dan menghidupkan api di dapur. Perut

yang kosong harus diisi. Tapi miskin dari segi kebendaan.

Hidup mereka hanya kais pagi makan pagi dan kais petang

makan petang.

Datuk Baharuddin macam orang yang hilang arah haluan apabila

membaca memo yang ditulis oleh Zainal. Dia menatap perkataan yang

tercatat di atasnya puas-puas. Dia bagai bermimpi di siang hari. Sukar

mempercayai. Dia sedang berpijak di bumi nyata. Kedua-dua biji

matanya tunak memandang Zainal.

Dia menggeleng-gelengkan kepala. Tubuhnya lalu disandarkan

pada kerusi eksklusif. Berpusing sedikit ke kiri kanan.

“Mengapa ini semua harus berlaku?”

195

Page 196: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Suaranya yang agak garau sedikit tenggelam dalam deruan

mesin penghawa dingin.

Hawanya yang berpeluh termampan di kaca jendela. Bangunan

setinggi 13 tingkat yang terletak di Jalan Raja Alang. Kesejukannya

terasa menampar permukaan kulit.

Zainal bersuara:

“Datuk keputusan saya tetap muktamad.”

“Awak tak puas hati dengan gaji,” potong Datuk Baharuddin.

“Segalanya mencukupi.”

“Tentang pentadbiran syarikat?”

“Semuanya berjalan lancar dan tak pernah mendatangkan

masalah kepada saya.”

“Habis?” tanyanya bertubi-tubi kali. Umpama muntahan peluru

daripada muncung mesin-gun.

“Demi sebuah pengorbanan.”

196

Page 197: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Untuk siapa?”

“Untuk orang tua saya.”

Datuk Baharuddin amat berat untuk melepaskan dia pergi.

“Banyak lagi projek yang belum terlaksana.” Dia memerhatikan

memo yang masih lagi terletak di sisi meja.

“Saya amat sayangkan syarikat ini tapi ....” Terhenti.

“Tapi apa?” Datuk Baharuddin tak sabar-sabar lagi mencelah.

Zainal memandang wajah yang separuh umur itu. Dan berkata:

“Membela nasib mereka yang terbiar.”

Datuk Baharuddin sebaliknya merengus sendirian.

Jelas sekali dia dibalut rasa kecewa. Seperti bala tentera yang

kecundang di medan perang.

Namun begitu dia tidak boleh memaksa. Zainal sudah dewasa.

Berfikiran matang dalam melayari hidup. Baik buruk terletak di

tangannya. Bukan macam kanak-kanak.

197

Page 198: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Datuk Baharuddin sedar ketiadaan Zainal merupakan satu

kehilangan besar kepada syarikat. Dia terpaksa akur dengan hakikat

itu. Dia mengangguk tanda mengalah.

“Baiklah! Tapi saya harap awak akan kembali semula ke syarikat

ini satu hari nanti.”

Zainal bangun dan berjabat tangan.

“Saya minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tingkah

laku yang tidak menyenangkan Datuk. Selama saya berkhidmat di

sini.”

“Saya juga begitu, Zainal.”

Dia mengatur langkah lima tapak ke arah pintu. Tangan

kanannya pantas menyelak daun pintu yang antik itu. Datuk

Baharuddin memerhatikan dengan penuh minat. Bayangannya pun

hilang setelah pintu terkatup semula.

Maka tamatlah riwayat Zainal dengan Syarikat Ampangan

Holdings Sdn. Bhd.

198

Page 199: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Sementara itu Datuk Baharuddin merenung dinding yang konkrit

serta pejal bercat putih. Tiada seorang pun pengganti yang berwibawa

seperti Zainal. Dia telah banyak berjasa dalam membangunkan

syarikat. Darus sememangnya layak mengisi kekosongan yang

ditinggalkan oleh Zainal. Tetapi dia masih kekurangan pengalaman. Itu

sahaja. Namun begitu kalau dididik dan dipupuk dengan sempurna

sudah pasti impian itu terlaksana.

Jam di tangan tepat menunjukkan pukul 12:00 tengah hari.

Dia teringat appointment makan tengah hari bersama dengan

Mr. Chan di Hotel Inn. Seorang ahli perniagaan yang terkenal dari Hong

Kong. Datuk Baharuddin sentiasa sibuk. Dari awal pagi hingga ke larut

malam. Dalam soal business mesti cepat bertindak agar tidak tercicir.

Kakitangan yang lain terpinga-pinga dengan tindakan Zainal.

Ada yang menuduhnya tidak waras dan gila. Perkara ini amat

disenangi oleh Karim. Dia amat cemburu dan irihati dengan Zainal.

“Biarkan dia pergi,” katanya dengan senang hati.

“Kenapa kau cakap begitu?” soal Yazid pula.

199

Page 200: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Aku sejak dari dulu lagi memang tak sukakan dia!” Dia macam

melepaskan protes yang telah lama bersarang di dadanya.

“Semua projek dia nak kuasai.” Dia terus melepaskan rasa tidak

puashati.

“Dia berkaliber dalam soal tender,” sokong Yazid lagi. Sambil

menggulung pelan dan meletakkannya di atas mulut rak yang terletak

di sudut meja.

“Datuk pun satu.” Perasaan Karim bercampur geram dengan

marah.

“Hah, kenapa pulak dengan dia?”

“Percaya sangat dengan cakap Zainal.”

“Dia seorang yang jujur dan amanah. Itulah sebabnya dia

disayangi oleh Datuk.” Karim masih lagi tercegat di sisi meja.

200

Page 201: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Kau ingat tak baki duit RM 800,000 projek bangunan kerajaan di

Jalan Duta.” Dia mengutip semula skandal yang pernah berlaku dalam

syarikat.

“Ya!” angguk Yazid.

“Sampai sekarang hilang entah ke mana.”

“Kalau kau nak tahu dia yang selewengkan.”

“Tak baik kau membuat tuduhan secara melulu tanpa bukti.”

“Jadi, kau tak percaya dengan cakap aku?” soal Karim.

“Sebab aku tak ada bukti,” jawab Yazid.

“Tapi ini adalah kenyataan!” Karim sebaliknya terus

menyanggah.

“Kita harus siasat dulu sebelum mengambil sesuatu tindakan.”

Gaya Yazid tak ubah seperti seorang pegawai polis di cawangan

jenayah.

201

Page 202: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Karim merasa bosan dengan gelagat Yazid yang asyik

melindungi Zainal. Tanpa menyatakan sokongan yang padu. Kemudian

dia bersuara:

“Ah, sudahlah! Kau dengan Datuk sama saja!” Mukanya merah

macam udang kena bakar. Marah dan kecewa. Cita-citanya untuk

melihat Zainal digulingkan dari syarikat tidak tercapai.

Lantas dibantah oleh Yazid.

“Kau ni macam tak puas hati aje aku tengok.”

“Memang!” dia menjawab dengan mengangguk.

“Kalau begitu lebih baik kau lepaskan saja pada Datuk.

Bukannya aku yang menjadi sasaran!” Dia bingkas bangun serta

beredar dari situ. Karim terpinga-pinga. Macam ayam berak kapur.

Roziah merengus.

“Zainal setakat ini sahaja hubungan kita.” Mata Zainal tidak

berkelip-kelip memandang wajah Roziah yang sungguh jelita. Laksana

bulan yang jatuh ke riba.

202

Page 203: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Bunga-bunga teratai yang tumbuh di tepi kolam meliuk-liuk ke

kiri kanan bila ditiup angin.

Zainal menarik nafas yang panjang dan bersuara lemah:

“Aku tak salahkan kau, Roziah ....”

“Kau lebih pentingkan ikan dan laut daripada aku.”

“Kedua-duanya penting dalam hidup aku, Roziah!”

“Tapi soalnya kau menjadi seorang nelayan.”

“Aku faham, Roziah. Kehidupan sebagai nelayan lebih mengenal

kesusahan daripada kemewahan. Mungkin aku tidak dapat

membahagiakan kau. Bukan begitu?” Zainal pantas mencelah. Jemu

semakin membelit Roziah.

“Sudahlah, Zainal!” Dia bingkas bangun daripada kerusi kayu di

bawah pohon yang rendang. Daun-daun hijau berguguran disapu angin

timur.

“Anggaplah aku tidak pernah wujud dalam hidup kau!” Dia

pantas meninggalkan Zainal.

203

Page 204: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Namun Zainal tetap menyedari.

Antara dia dengan Roziah mempunyai jurang yang sangat dalam.

Bagai langit dengan bumi. Keluarganya orang yang berada. Ayahnya

seorang hartawan yang terkenal bergelar Tan Sri. Juga bergiat cergas

di bidang politik. Wang bertimbun-timbun. Harta kekayaan melimpah

ruah macam air sungai yang mengalir deras. Mana mungkin cinta

mereka akan bersatu? Bukankah itu namanya mencemarkan nama

baik keluarga Roziah. Anak Tan Sri berkahwin dengan seorang nelayan

yang kaya dengan angan-angan tapi miskin dari segi kebendaan.

Kalau perpisahan yang dipinta Zainal tetap merelakannya.

Biarpun dengan hati yang amat berat.

Namun Zainal tetap redha. Itu semua sudah suratan takdir.

Bukan kehendak dia ataupun Roziah. Manusia hanya mampu

merancang tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Angsa-angsa mengeluarkan kepala ke atas. Bulu-bulu yang putih

dan hitam terapung-apung di atas permukaan kolam yang biru. Riuh-

rendah kedengaran suara.

204

Page 205: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Panas begitu memijar sekali.

Jalur-jalur cahaya yang lurus menyinari celah-celah daun yang

hijau. Tambah dingin bak air terjun di pinggir kali bila berteduh di

bawah pohon yang rendang. Daun-daun kering berterbangan ditiup

angin petang. Rumput-rumput subur menghijau. Bunga-bunga mekar

dan mengharum membelah suasana.

Keesokan harinya, dia pun meninggalkan kota.

Tiada lagi kelihatan bangunan-bangunan yang tinggi mencakar

langit. Hidup penuh cabaran. Manusia berlumba-lumba mengejar

pembangunan. Kesesakan lalu-lintas sudah menjadi rutin kehidupan.

Hingga memusatkan fikiran. Asap dan karbon monoksida

mencemarkan alam sekitar serta penyakit. Bosan. Dia ingin kembali

semula ke tempat asal. Penuh dengan kemasyhuran dan kenangan

silam yang indah.

Sekumpulan burung nuri bebas berterbangan ke sana sini.

Kebebasan. Sering diimpikan oleh setiap manusia. Bukannya belenggu

penindasan. Yang menyekat pergerakan manusia seperti berada di

ruang yang sempit.

205

Page 206: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Anak-anak kecil berlari-lari keriangan di atas bahu jalan yang

kecil berturapkan batu marmar. Indahnya dunia mereka yang lebih

agresif dengan permainan.

Zainal tersenyum kecil di hati.

Bola mata Zainal asyik memerhatikan gelagat mereka. Seolah-

olah ada daya tarikan. Dia dibesarkan dengan laut, sampan dan pukat.

Ombak adalah teman sepermainan. Bersama teman-teman sebaya

mengutip kepah di persisiran pantai. Kemudian dijual untuk

menampung perbelanjaan sekolah. Atas kesedaran inilah dia belajar

bersungguh-sungguh hingga dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat

universiti.

Setiap kali cuti semesta dia pasti turun ke laut. Bagi menampung

perbelanjaan di pusat pengajian. Dia mahu meringankan beban yang

ditanggung oleh ayahnya.

Keluarganya besar. Lapan mulut perlu disuapkan oleh ayahnya.

Ibunya pula mengambil upah menganyam dan menjual tikar

mengkuang. Sebagai anak sulung dia mempunyai tanggungjawab

yang besar serta menjadi contoh kejayaan untuk membakar semangat

206

Page 207: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

adik-beradik yang lain. Dan dia telah berjaya membuktikannya. Orang

miskin juga boleh masuk universiti.

Riak-riak kolam yang tenang seakan-akan memberi kekuatan

pada dirinya.

Nasib mereka harus dibela. Suara-suara yang meminta

perhatian. Nelayan-nelayan di Pulau Saga masih lagi kekurangan

teknologi moden dalam penangkapan ikan. Dia rela mengorbankan gaji

yang tinggi. Golongan intelektual adalah teras utama untuk membantu

meringankan penderitaan golongan bawahan.

“Kenapa kau berhenti kerja, Zainal?” soal ayahnya.

Dia merenung wajah tua itu lama-lama. Rambutnya yang dulu

hitam kini dipenuhi oleh uban yang memutih. Garis-garis kedut

melapisi permukaan kulitnya yang hitam manis. Ayahnya batuk-batuk

kecil.

Zainal menjawab:

“Dah tiba masanya, ayah.”

“Masa apa?”

207

Page 208: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Ayahnya benar-benar tidak mengerti. Dia menghisap rokok daun.

Berkepul-kepul asap yang memutih memenuhi ruang udara dan

mengipas-ngipas badannya yang kurus seperti lidi dengan kain

sepintal yang agak lusuh warnanya. Zainal kembali semula bersuara:

“Untuk membantu ayah turun ke laut,” balasnya lagi. Setelah

puas memandang laut yang membiru perlahan-lahan dia mengatur

langkah lima tapak menghampiri ayahnya dan melabuhkan punggung

di atas tikar mengkuang yang sudah usang.

“Kau berkelulusan tinggi.” Ayahnya tak putus-putus

menyanggah.

“Itu tidak menjadi ukuran, ayah!” dia menggeleng-gelengkan

kepala.

“Lagipun ayah dah tua.”

“Ayah masih lagi bertenaga, Zainal.”

“Tapi ayah tak sihat. Selalu sahaja sakit-sakit,” ulang Zainal.

208

Page 209: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Betul kata Zainal tu, bang,” celah ibunya tiba-tiba dari arah

dapur. Sambil membawa dua cawan air kopi ‘o’ yang hitam pekat dan

sepinggan ubi rebus yang masih panas lagi. Perlahan-lahan dia

meletakkannya di atas meja. Tanpa berlengah lagi Zainal dan ayahnya

lantas meneguk minuman yang panas itu. Ubi rebus juga segera

melepasi kerongkong Zainal.

“Syarikat lebih memerlukan tenaga kau, Zainal.” Ayahnya

meletakkan cawan ke bawah semula. Zainal terus menghabiskan sisa-

sisa air kopi. Sayup-sayup kedengaran suara ombak membelah pantai.

Pohon-pohon nyiur ke tengah ke tepi dibelai angin timur. Buah-buah

kelapa tua yang gugur bergelimpangan merata-rata di atas permukaan

pasir yang lembut.

“Di sini lebih penting, ayah.”

Ibunya sekadar menjadi pemerhati sahaja enggan menyampuk

walau sepatah perkataan pun. Kemudian dia bingkas bangun dan

beralih tempat ke tengah anjung untuk meneruskan kerja-kerja

menganyam tikar mengkuang. Ayahnya pantas bangun dan mencapai

jala yang tersangkut di dinding. Untuk meneliti kalau-kalau ada jaring

yang koyak perlu dijahit. Nampaknya masih elok digunakan.

209

Page 210: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Kau tidak menyesal?” soal ayahnya tak henti-henti. Sambil

sempat mencuri pandang pada tubuh Zainal yang tegap sasa.

Berambut lurus serta berkulit kuning langsat.

“Tidak!” dia menggeleng-gelengkan kepala.

Ayahnya mengatur langkah lima tapak ke arah anak tangga. Dia

berhenti seketika dan menoleh ke belakang dan berkata:

“Tunggu apa lagi marilah!” Macam seorang ketua yang

memberi arahan kepada anak-anak buahnya.

Zainal bingkas bangun dengan penuh bersemangat menjejaki

langkah ayahnya. Ibunya memerhatikan dengan penuh minat. Hatinya

merasa bangga. Anaknya seorang lulusan universiti tidak mengejar

material. Dia sanggup menjadi seorang nelayan. Berpanas dan

melawan gelombang di tengah lautan. Dari duduk dalam bilik yang

berhawa dingin. Serta hidup dalam serba eksklusif.

Bayangan Zainal dan ayahnya lama-kelamaan pun hilang

daripada pandangan mata tua ibunya.

210

Page 211: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Laut yang membiru seperti melambai-lambai mengajak turun.

Rezeki sedang menanti. Gulungan ombak yang ganas adalah dugaan

harus dihadapi dengan tabah dan sabar.

Bila pulang tidak pernah kecewa. Senyuman isteri yang setia

sebagai penawar. Biarpun hasil tangkapan tidak lumayan seperti yang

diharapkan. Apabila malam menjelma mereka sering bermimpi

menjadi kaya. Rumah banglo dua tingkat serta mempunyai bot-bot

yang mewah. Tapi bila terjaga di keesokan hari semuanya telah hilang

cuma rumah usang yang mudah tumbang bila ditiup angin puting-

beliung. Sampan-sampan buruk yang mudah karam bila dipukul ribut.

Bilakah ini semua akan menjadi kenyataan? Zainal percaya pada

realiti. Bukan semata-mata mimpi yang kosong.

Udin memperalatkan nelayan-nelayan dengan muncul sebagai

pembela. Kononnya untuk meringankan penderitaan yang ditanggung

oleh mereka. Udin dan kuncu-kuncunya pandai berlakon. Watak

mereka lebih dahsyat daripada seekor jerung yang ganas. Dengan

mengumpan itu dan ini untuk memenangi hati mereka. Udin terkenal

sebagai lintah darat yang kerjanya menghisap darah kaum nelayan.

Membeli hasil tangkapan dengan harga yang murah tetapi menjual

dengan harga yang mahal.

211

Page 212: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Dia kaya, senang dan hidup ditimbuni dengan segala

kemewahan.

Sedangkan nelayan-nelayan terus menderita. Zainal merasa

sedih melihat fenomena ini. Udin sewenang-wenangnya melakukan

penindasan. Kehidupan mereka bertambah sengsara. Kemiskinan

semakin berleluasa. Tambahan pula semenjak Udin dilantik menjadi

Pengurus Koperasi dengan memaksa nelayan-nelayan agar

memilihnya. Yang paling menyayatkan hati dia tergamak

menyelewengkan bantuan kewangan daripada pihak Majuikan.

Zainal mengeluh sendirian. Pengaruh Udin mesti dihapuskan

dahulu. Sebelum cahaya bersinar ke atas nelayan-nelayan di Pulau

Saga. Perahu terasa dibuai-buai.

BAB 16

Sememangnya aku gemar mengembara. Meniti pengertian dalam

hidup ini bak lautan biru yang luas. Bumi berbentuk bulat dan sentiasa

berputar di atas paksinya menjadikan siang dan malam.

212

Page 213: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Langit tidak bertiang. Angin bertiup lembut tambah

menyegarkan udara pagi. Kampung Bukit Belanga tetap hening dan

nyaman. Banjaran gunung yang hijau berdiri megah dan tambah

memanjang dari arah utara hingga selatan.

Sawah padi yang luas terbentang seperti hamparan permaidani

hijau. Pohon-pohon nyiur melambai-lambai. Seakan-akan mengajak

perantau yang tinggal di kota agar segera pulang. Kicauan unggas

bersahut-sahutan.

Aku seorang penulis bebas. Menyelami sedalam-dalamnya hidup

manusia. Terutama sekali golongan petani yang sekadar kaya-raya

dengan angan-angan tapi miskin dari segi kebendaan. Kais pagi makan

pagi, kais petang makan petang.

Akhirnya aku terlontar ke sini. Sebuah daerah yang mundur. Aku

benar-benar simpati.

“Tahun ini padi tak menjadi,” Pak Lah mengeluh.

“Mengapa?” Aku merenung sayu wajahnya.

“Ancaman serangga perosak dan tikus.”

213

Page 214: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Kenapa tak minta bantuan Jabatan Pertanian?” Tanganku ligat

mencatat butir-butir penting di atas kertas. Untuk dijadikan bahan

cerita.

“Awak ni siapa?” Pak Lah dapat mengesan.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pohon rumbia melenggok-

lenggok. Batang merenung dan lalang memenuhi tebing sungai. Anak

haruan dan keli bermain dengan penuh keriangan. Sebatang pohon

pinang kelihatan tidak jauh dari situ.

“Saya sebenarnya seorang penulis bebas.”

“Hidup kami lebih mengenal penderitaan daripada kesenangan.”

“Seharusnya mendapat perhatian daripada semua pihak.” Wajah

tua Pak Lah lantas berubah. Seperti jemu mendengar kata-kataku.

“Tiada siapa yang sudi mendengarnya.”

214

Page 215: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Ada!” aku segera mencelah macam sang helang menyambar

mangsa sambil menganggukkan kepala.

Rambutnya dipenuhi dengan uban yang memutih. Badannya

kurus seperti lidi. Garis-garis kedut melapisi permukaan kulitnya yang

berwarna hitam manis.

“Siapa?” Dia mengangkat muka.

“Saya!”

“Apa yang awak boleh buat untuk membantu kami semua?”

“Melalui tulisan,” balasku ringkas.

“Tulisan?” Pak Lah hairan. Semakin tidak mengerti.

“Benar!” aku menganggukkan kepala.

“Bagaimana caranya?” Mata tua itu kutenungi dalam-dalam

umpama lautan nan luas.

“Pembaca yang arif dengan erti kemiskinan dan kemunduran

sudah pasti akan menghulurkan simpati,” aku membalas. Tapi Pak Lah

215

Page 216: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

enggan menerima hakikat itu. Beban kemiskinan. Janji-janji kosong

terlalu mudah ditaburkan. Tak ubah macam mimpi yang akan hilang

apabila tersedar di waktu pagi.

“Simpati saja belum mencukupi,” sanggahnya.

Aku memandang wajah Pak Lah yang dibelit kesusahan. Aku

mengerti. Bak kata orang seperti air penawar. Bukti-bukti

pembangunan harus ada di depan mata.

“Manusia memang pandai membuat janji,” aku bersuara. Pak

Lah sebaliknya diam. Mungkin akibat kekurangan daya intelektual. Pak

Lah mendongakkan kepala tinggi di mana langit kelihatan cerah.

Bola matahari kian meninggi. Jalur-jalur cahaya amat lurus

menyinari seluruh alam semesta. Panas memijar hingga boleh

mencairkan otak macam berada dalam ketuhar. Bahangnya terasa

pedih bila menggigit-gigit permukaan kulit. Aku dan Pak Lah berteduh

dalam sebuah pondok usang. Beratapkan nipah dan berdindingkan

buluh yang dianyam rapi. Kuat dan kukuh. Menurut cerita Pak Lah lagi

ia dibina oleh moyangnya dulu.

216

Page 217: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Di situlah dia melepaskan penat dan lelah. Sambil minum kopi ‘o’

pekat dan mengunyah ubi rebus atau pisang goreng. Menghisap rokok

daun. Nasib Pak Lah demikian pasti. Warisan tani sudah menjadi satu

generasi ke satu generasi yang lain.

Moyangnya juga menerima nasib yang sama. Hidup tak pernah

senang. Sehingga ke akhir hayat. Kemiskinan masih merantai mereka.

Di waktu malam mereka sering bermimpi untuk menjadi kaya-raya.

Memiliki rumah banglo mewah tiga tingkat. Bila bangkit dari tidur di

waktu pagi mereka miskin pula. Kini giliran Pak Lah pula.

Dia mengeluarkan suara yang agak parau menghalau

sekumpulan burung-burung punai yang hinggap di atas batang-batang

padi yang tidak menjadi.

Pak Lah kembali semula menoleh ke arahku. Dan berkata:

“Kami semua tidak kenal dengan Jabatan Pertanian …,” ujarnya

layu seperti bunga yang kekeringan air.

“Habis?” Aku terkesima.

“Budin!” Pak Lah membalas pendek.

217

Page 218: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Budin?” Aku tidak kenal dengan orang itu. Aku mula berfikir

sesuatu. Apa kaitan Budin dengan orang-orang kampung? Bagai suatu

misteri.

Aku menjadi semakin berminat untuk mengetahui dengan lebih

lanjut lagi.

“Budin tu siapa?” tanyaku pada Pak Lah.

“Lintah darat yang menghisap darah orang-orang kampung,”

sambung Pak Lah.

“Lintah darat?” aku terperanjat.

“Dia menjadi tempat kami orang-orang kampung meminjam

wang.”

“Jadi?” Lagak aku seperti seorang pemberita yang

menemuramah seorang tokoh politik yang terkenal.

“Sekiranya kami gagal membayar hutang maka tanah pusaka

kami akan dirampas.” Aku diam. Sekadar menggeleng-gelengkan

kepala. Budin seorang manusia yang tidak berhati perut. Zalim dan

tidak berperikemanusiaan. Lebih buas daripada haiwan.

218

Page 219: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Hati kecilku tak henti-henti ditendang oleh persoalan itu.

Budin muncul sebagai pembela. Dengan berwatak penindas.

Suka mengambil kesempatan ke atas kaum yang lemah. Memerah

keringat dan mengambil tenaga orang lain demi kepentingan diri

sendiri. Dia menjadi kaya-raya.

Sedangkan orang-orang kampung terus-menerus merana dek

kemiskinan. Budin tamakkan harta kekayaan.

Inilah yang dinamakan penghalang kemajuan. Kuasa Budin mesti

disekat agar kemiskinan yang luas dapat dibatasi seratus peratus.

Wajah yang dimakan tua itu kian tidak bermaya memandangku.

“Dia membeli segala hasil-hasil pertanian dengan harga yang

murah. Menjual dengan harga yang mahal.”

“Sampai begitu sekali!” Aku lalu terperanjat.

Pak Lah mengangguk lemah.

219

Page 220: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Diam. Macam berada di ruang yang kosong. Kedua-dua bola

mataku merenung sayu Pak Lah. Entah mengapa! Mulutku amat berat

untuk mengeluarkan kata-kata. Fikiranku berputar ligat bagaikan kipas

angin di atas siling yang mengapungkan hawa dingin. Suara yang

meminta pembelaan.

Kesempatan ini aku gunakan sebaik-baiknya mencatat butir-butir

cerita di atas kertas kajang yang sentiasa dibawa walau ke mana saja

sebagai teman setia.

Daun-daun kering yang gugur berterbangan ditiup angin timur.

Begitu juga dengan debu-debu merah di jalanan. Jelas sekali musim

kemarau. Sudah lama hujan tidak turun.

“Anak-anak di kampung ni semuanya buta huruf,” terang Pak

Lah.

“Mengapa perkara ini boleh berlaku?”

“Mereka tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran

hingga ke peringkat yang paling tinggi. Terpaksa berhenti sekolah. Dan

menyambung kerja-kerja sebagai petani.”

220

Page 221: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Aku tambah berminat. Menumpukan seluruh perhatian umpama

seorang pelajar di dalam kelas yang sedang mengikuti pembelajaran

guru.

Aku membetulkan duduk dan bersuara:

“Jadi?”

“Ada juga yang ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran.

Malangnya hasrat itu terpaksa dilupakan.”

Aku mengeluh panjang. Orang-orang Kampung Bukit Belanga

macam ditimpa bencana yang amat dahsyat sekali.

Sementara itu, aku bertambah semangat. Bahan cerita yang

mesti dibawa pulang ke kota.

BAB 17

Segala-galanya bermula di sini. Bukannya sebuah impian. Seolah-olah

suatu dunia yang asing bagi dirinya. Pagi baru saja menguakkan

221

Page 222: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

keheningannya. Sang suria menegak di atas kepala. Jalur-jalur cahaya

kelihatan lurus menyinari alam semesta.

Saripah memesan secawan kopi ‘o’ dan sepinggan nasi lemak.

Manakala aku pula memesan teh tarik dan sepinggan roti canai.

Sebagai pengalas perut pagi itu. Sarapan amat penting dalam

kehidupan. Ia dapat menjadikan kita cergas dan bertenaga dalam

melakukan pekerjaan.

Pelayan lalu menghampiri kami berdua sambil membawa

makanan dan minuman yang telah dipesan.

Perlahan-lahan dia meletakkannya di atas meja dengan penuh

tertib.

“Terima kasih,” ucapku.

“Sama-sama,” jawabnya sambil mengukir senyuman ramah.

Kemudian pantas beredar berlalu pergi dari situ.

Aku lantas mengangkat muka tinggi sedikit memandang Saripah

dan berkata:

“Silakan!”

222

Page 223: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Terima kasih,” balasnya sambil tersenyum kecil saja.

Senyap.

Dengan rasa penuh bersyukur kami menikmati rezeki yang telah

dikurniakan oleh Allah SWT. Tingkah sudu dan garpu jelas kedengaran

sekali. Suasana di kantin tetap tenang seperti biasa menerima

kunjungan pelanggannya.

Selepas makan, kami berdua tidak lupa untuk mengucapkan

kalimah Alhamdulillah. Kerana bebas daripada sebarang bencana

kebuluran dan kelaparan. Tidak seperti yang sedang berlaku di

Ethiopia, Negara Afrika. Yang menjadi mangsa bukan sahaja orang

dewasa malahan juga kanak-kanak. Kematian boleh dikatakan sering

meningkat dari sehari ke sehari. Walaupun negara-negara maju

menghulurkan bantuan makanan dan kewangan namun masalah ini

tetap tidak dapat diatasi. Ini amat menghairankanku. Mungkin satu

ujian daripada Tuhan.

Saripah tanpa berlengah lagi pantas memecahkan kesenyapan.

“Bagaimana dengan kerjaya Azman di bidang penerbitan?”

soalnya sambil membetulkan rambutnya yang panjang hitam ikal

223

Page 224: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

mayang hingga mencecah paras bahu itu mengerbang bila ditiup

angin. Yang menyusup masuk melalui jendela yang terbuka luas. Biji

mata kami saling berlaga.

“Mencabar sekali,” aku menjawab ringkas. Sambil menghirup air

teh yang masih panas itu biarpun tinggal sedikit lagi. Bukankah Islam

melarang keras pembaziran? Kemudian perlahan-lahan aku

meletakkan gelas itu semula ke bawah.

Mata Saripah tunak.

“Maksud Azman tu, terlalu luas?”

“Ya!” aku pantas mengangguk.

“Skopnya begitu dalam,” sambungku lagi. Saripah kuperhatikan

lalu membetulkan tempat duduknya.

“Tentu Azman ni, seorang yang kaya idea?” Dia terus

mendugaku.

Aku lalu tertawa kecil bila mendengar kata-kata yang terkeluar

daripada mulut Saripah itu. Sebaliknya dia begitu serius sekali

memerhatikan gelagatku. Tanpa berlengah lagi aku pantas menjawab:

224

Page 225: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Tak semestinya!” aku menggelengkan kepala sebagai tanda

membantah.

Saripah lantas naik hairan apabila mendengarnya.

“Mengapa pulak?” Matanya liar memerhatikan cawan dan

pinggan yang telah kosong. Angin bertiup perlahan nyaman. Pohon-

pohon bagai menari-nari inang. Daun-daun hijau meliuk-liuk

berguguran ke atas tanah. Udara pagi sungguh segar dan nyaman.

Aku kembali semula menyoroti persoalan yang terhenti buat

seketika.

“Kalau cerita tak bermutu alamatnya kena hentamlah!”

“Tentu kau banyak membaca?” soal Saripah bertubi-tubi kali.

Seperti muntahan peluru daripada muncung senapang.

“Ya! Ia adalah teman yang sejati di kala sunyi,” balasku. Saripah

tambah ayu bila mengenakan baju kurung yang berwarna biji kundang.

Serta bersulamkan bola-bola manik yang kuning keemasan. Kulitnya

putih bak sutera. Memang cantik, kena pada si pemakainya.

225

Page 226: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Bidang mana yang kau pilih?” ujar Saripah pula sambil

mengangkat kepalanya. Bibirnya merah bak delima. Rambutnya

tersisir rapi.

“Semua termasuk politik, ekonomi dan sosial,” tambahku lagi.

“Membaca juga adalah pelita hidup,” dia cepat memotong.

“Benar!” aku menyokong sambil menganggukkan kepala.

“Tanpanya kita seperti teraba-raba,” ulangku. Diam. Aku telah

pun dapat membaca. Saripah mempunyai pemikiran yang agresif.

Sebelum ini, tak pernah aku temui wanita seperti dia. Getus hati

kecilku.

Dari jauh kelihatan bangunan-bangunan yang tinggi mencakar

langit. Dayabumi menjadi lambang kemegahan Bumiputera. Tidak

kurang pula dengan Menara Kuala Lumpur dan KLCC.

Ini melambangkan kemajuan yang telah berjaya dinikmati

setelah negara kita mencapai kemerdekaan selama 48 tahun.

226

Page 227: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Saripah pantas mematikan lamunanku.

“Azman tentu dah banyak berjumpa dengan berbagai-bagai

karenah manusia?” dia ternyata tak henti-henti menyoalku.

Aku tidak keberatan untuk menjawab pertanyaan itu.

“Tentu sekali. Terdapat jurang perbezaan yang amat dalam

antara golongan bawahan dengan golongan atasan.”

“Jurang perbezaan yang bagaimana maksud Azman?”

Kedengaran deru kenderaan yang berlibur di atas jalan raya. Ia amat

menyesakkan. Asap dan gas beracun menyebabkan pencemaran

berlaku dengan berleluasa. Bumi tidak lagi selamat untuk didiami. Kita

harus mencegah masalah ini segera sebelum menjadi lebih teruk lagi.

Saripah kuperhatikan tetap tenang menanti jawapan.

“Golongan yang kaya mempunyai pengaruh yang luas.

Sementara golongan yang miskin adalah terlalu lemah. Dan selalu

ditindas,” ujarku.

227

Page 228: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Dengan wang mereka boleh membeli segala-galanya falsafah

untuk si kaya. Bukan?” Saripah menyampuk.

“Bagi si miskin pula tanpa wang hidup mereka akan tambah

merana.” Aku serta-merta dibaluti oleh persoalan yang secara tidak

langsung itu. Saripah amat arif dalam hal-hal yang bersangkutan

dengan psikologi manusia. Dari mana dia belajar agaknya? Mungkin

daripada media massa seperti buku dan majalah.

Aku terus memberanikan diri.

“Keluarga Saripah tentu besar, kan?”

“Ya!” angguk. Sambil membetulkan garis-garis yang timbul pada

permukaan bajunya akibat ditiup angin yang masuk melalui celah-

celah jendela yang ternganga luas.

“Ayah aku seorang usahawan yang terkenal bergelar Datuk,”

terang Saripah.

“Tentu hidup Saripah dipenuhi dengan kemewahan?”

228

Page 229: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Saripah mengukir senyuman berbunga. Aku serius

memerhatikan gelagatnya itu. Mataku sempat mencuri pandang ke

luar. Rumput-rumput tetap subur menghijau. Biarpun tadi basah akibat

disirami embun pagi. Tapi akhirnya kering pabila terbit mentari.

Saripah mendongakkan mukanya tepat memandangku. Dan

kembali bersuara:

“Azman salah membuat tafsiran.”

Dan aku agak terkejut bila mendengarnya.

“Salah tafsiran?” Aku kehairanan. Dia sebaliknya

menganggukkan kepala.

“Benar!” balasnya selamba.

“Mengapa pulak?” Aku inginkan penjelasan.

Kerana itu baru kulitnya saja. Isinya belum tahu lagi. Persoalan

yang seperti ini harus dikupas dengan lebih mendalam. Aku pernah

terdengar bahawa ada orang berkata mengangguk belum bererti

setuju dan menggeleng bukan bererti salah.

229

Page 230: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Saripah lalu menjawab:

“Harta kekayaan yang melimpah-limpah adakalanya menjadikan

hidup ini bosan.” Aku serta-merta menjadi terkesima. Ternyata aku

belum berpuashati dengan jawapan yang telah diutarakannya itu.

“Jadi?”

“Mengajar kita supaya lebih bersikap sombong dan tamak,”

ulang Saripah. Aku cuma memilih untuk mengangguk diam. Entah

mengapa! Dengan tiba-tiba sahaja aku enggan meneruskan kata-kata.

Mulutku seolah-olah terkunci rapat.

Benar!

Aku sama sekali setuju dengan kata-katanya itu. Ini adalah

sebuah kenyataan yang tidak dapat dinafikan lagi. Entah mengapa!

Aku amat tertarik dengan sifat-sifatnya.

Kebisuan mengambil tempat dengan tiba-tiba.

Aku dan Saripah asyik melayani fikiran masing-masing. Mencari

jawapan pada satu permasalahan. Fikiranku enggan berhenti

berbicara. Berputar ligat bak kipas.

230

Page 231: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Kuamati wajahnya dalam-dalam. Cantik! Laksana bulan yang

jatuh ke riba cantiknya. Sudah! Cinta selalunya lahir daripada pandang

pertama. Bermula daripada mata kemudian perlahan-lahan jatuh ke

hati. Jangan! Satu suara cuba menahanku. Mengapa pulak? Jawapan

segera menyusul. Takut nanti bertepuk sebelah tangan. Lagipun kau

tak sepadan dengan dia. Mana mungkin keluarganya akan menerima

kau? Buat seketika persoalan itu terus berlalu pergi.

Pelayan lalu menghampiri kami semula.

Sambil mengukir senyuman kecil.

“Boleh saya ambil?”

Dan aku mendongakkan muka sedikit ke atas. Orangnya

berbadan tegap. Berambut lurus dan berkulit cerah. Agak lama juga

aku memerhatikan raut wajahnya. Kemudian aku pantas

menganggukkan kepala.

“Ya, silakan!”

231

Page 232: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Terima kasih,” balasnya sambil tangannya mengutip semula

cawan dan pinggan yang telah kosong. Kemudian dia cepat berlalu

pergi dari situ.

“Kenapa pergolakan berlaku di Somalia?” Saripah memecahkan

ruang kesenyapan yang melanda buat seketika.

Aku lantas membalas renungannya yang tajam itu dan berkata:

“Semata-mata kerana ingin merebut kuasa,” jawabku ringkas

tetapi padat. Wajah Saripah yang ceria sebaliknya menjadi kerut.

Mungkin kerana memikirkan masalah itu.

“Hingga sanggup berbunuhan sesama sendiri!”

Dia amat peka dengan isu semasa. Sungguh hebat wanita ini.

Bisik hati kecilku.

Aku terus menggagahinya jua.

“Itu sajalah jalan yang singkat untuk memenuhi cita-cita

tersebut.”

“Yang menjadi mangsa ialah kanak-kanak dan rakyat yang tidak

berdosa,” sokong Saripah pula.

232

Page 233: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Secara realitinya begitulah!” aku mengangguk pantas.

Aku mengutip semula kata-kata itu dalam diam. Sampai bilakah

ini semua akan berakhir? Kedamaian! Itulah yang dirindui oleh mereka

semua. Ia tak ubah seperti sebuah mimpi ngeri yang amat

menakutkan. Ledakan bom dan peluru bergegar di mana-mana. Dunia

menyaksikan mayat-mayat yang bergelimpangan bersama darah

merah yang mengalir. Tangis hiba bergema mengiringi akan

kehilangan nyawa.

Terharu! Pilu terasa menyiat-nyiat di jiwaku bila menyaksikan

peristiwa yang amat menyedihkan itu di kaca televisyen. Dan

membacanya di dada akhbar. Isu ini sering aku ketengahkan sebagai

bahan artikel utama di media massa. Sekaligus mendapat perhatian

daripada orang ramai. Aku sama sekali tidak berniat hendak memburu

nama. Tapi demi sifat kasih sesama manusia.

Jauh benar aku mengelamun. Hingga sampai ke awangan

rasanya.

Saripah mengangkat mukanya sedikit. Aku sempat mencuri

pandang pada meja yang telah kosong. Kemudian aku lalu berkata:

233

Page 234: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Aneh!” Aku mengerutkan muka. Memikirkan masalah yang

amat berat umpama memikul seketul batu yang besar.

“Hidup manusia memang aneh sekali!” sambungku lagi.

“Dari segi apa?” Saripah memandang wajahku dengan penuh

tepat. Kedua-dua biji matanya tidak berkelip-kelip walau sekejap pun.

“Manusia tak pernah puas,” ulangku. Persoalan itu amat dalam

seperti lautan.

“Hidup manusia tak ubah bak lautan. Di mana pasang surut silih

berganti,” balasku. Saripah sebaliknya kuperhatikan hanya diam

sahaja. Entahlah aku sendiri tak pasti. Mengapa dia enggan

menyampuk? Mungkin dia sengaja memberi peluang kepada aku untuk

meluahkan pendapat. Aku terus berfikir dulu sebelum menggulung

bahas. Eh, macam pertandingan pidato pula. Dan aku enggan

membiarkan kebisuan terus berlarutan.

“Sungguhpun kita sebagai manusia dikurniakan oleh Tuhan akal

dan fikiran namun ia masih belum dapat mengatasi sesuatu masalah

yang datang menimpa. Bila iman terlalu tipis.”

234

Page 235: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Akibatnya timbullah golongan yang jahil dari segi agama,”

sokong Saripah pula.

Aku sekali lagi tidak membantah pendapat yang telah diajukan

oleh Saripah itu.

“Tepat sekali!” aku mengangguk tanda setuju.

Adakalanya manusia terlalu lalai dengan dunia hingga sanggup

melupakan akhirat. Akhirnya Tuhan menimbulkan pahala dan dosa.

“Adakah mereka semua benar-benar Islam?” Saripah semakin

tertarik pada persoalan itu. Sementara itu, angin terus menyusup

masuk melalui jendela yang ternganga luas. Hingga terasa segar

menyapu permukaan kulit.

“Menarik sekali,” ucapku ringkas.

“Mungkin Azman ada pandangan yang jauh.”

“Benar! Kebanyakan mereka hanya menganut Islam tradisi saja.

Tak pernah sembahyang, berpuasa malah mengeluarkan zakat.”

“Mengapa ini semua boleh timbul?”

235

Page 236: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Kerana bagi mereka agama bukanlah satu panduan hidup.”

Saripah mengangguk diam. Mengakui kebenaran kata-kata itu.

Kita sebagai manusia adalah lemah. Hanya mampu berserah

pada Tuhan. Sentiasa berdoa untuk memohon pertolongan. Bertawakal

mengajar kita supaya lebih berusaha. Dan harus menginsafi diri

bahawa kerdil di sisinya.

“Dunia ini tak ubah seperti sebuah panggung sandiwara. Di

mana kita adalah pelakonnya. Dengan pelbagai watak,” terangku lagi.

Kemudian aku lantas menengadah ke siling. Saripah hanya

memerhatikan sahaja gelagatku itu dengan penuh minat. Setelah

puas, aku perlahan-lahan kembali semula memalingkan muka ke

arahnya. Dan bersuara:

“Penyair pernah berkata bahawa pabila fajar menyingsing maka

bermulalah sebuah penghidupan baru.” Aku mengutip semula kata-

kata itu.

Terhenti seketika. Aku tak sempat menghabiskan kata-kata.

Saripah begitu pantas sekali memotong:

236

Page 237: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Dan yang nyata hidup ini diwarnai dengan penuh suka dan

duka,” katanya sambil mengangkat kepala tinggi.

“Ia menjadi pengalaman dalam mendewasakan kita!” aku

membalas sambil menganggukkan kepala.

“Tapi adakalanya hidup ini tak ubah seperti dahan yang rapuh.

Mudah jatuh bila ditiup angin.” Saripah nampaknya ingin mencari

kepastian. Dia tidak jemu mendugaku. Konsep kehidupan terlalu luas

maknanya. Dunia ini adalah suatu perjuangan untuk sampai ke

perhentian bersama bekalan yang cukup.

“Kita harus kuat dan tabah menghadapinya. Dan anggaplah

setiap kegagalan itu sebagai satu anugerah.”

“Maksud Azman daripadanya kita harus membina semula

kekuatan?”

“Nampaknya Saripah lebih arif dalam hal ini,” celahku pantas.

Dari raut wajahnya aku telah pun dapat membaca. Dia seperti

pernah dikecewakan. Cinta? Sudah menjadi lumrah setiap remaja.

Tidak dapat lari daripada bayangan itu. Hatiku berbelah bagi untuk

237

Page 238: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

mendapatkan kata pasti daripada Saripah sendiri. Akhirnya aku gagahi

juga.

“Saripah, maafkan aku kalau bertanya?” aku bersuara tenang.

Saripah tanpa berlengah lagi pantas mengangkat kepala dan berkata:

“Kenapa?” Wajahnya tetap ceria seperi tadi.

“Tapi, ini bersangkutan dengan hal peribadi.” Aku berterus

terang. Namun dia tidak keberatan.

“Boleh, apa salahnya! Silakan!” dia menjawab sambil

menganggukkan kepala.

“Pernahkah Saripah jatuh cinta? Maksud aku sekadar ingin tahu

saja.”

Diam. Serta-merta wajahnya lantas berubah.

Jelas, dia pernah mengalami peristiwa yang amat menyakitkan

dalam hidupnya. Perlahan-lahan dia menundukkan kepala. Lemah dan

tak bermaya. Kemudian dia lalu melontarkan pandangan jauh ke luar.

Sebaliknya aku memerhatikan sahaja reaksinya itu dengan penuh

tajam.

238

Page 239: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Agak lama juga dia merenung wajahku. Bola mata kami saling

berlaga.

Saripah kembali semula menyimpulkan persoalan yang terhenti

buat seketika.

“Pernah ...,” dia bersuara lemah. Sangkaanku memang tepat

sekali. Dan aku lebih senang untuk memilih berdiam diri untuk

mendengar penjelasan yang lebih lanjut lagi daripadanya.

“Kerana dia tak setia ....” Ternyata Saripah sudah lama

menanggung penderitaan yang amat berat. Apakah hatinya sudah

tertutup rapat untuk bercinta lagi? Sudah! Sampai ke situ pulak.

Aku cuba menenangkan perasaan Saripah yang bergelora. Agar

melupakan kisah silam yang amat pahit bak hempedu.

“Cinta itu memang indah sekali.”

“Ya! Saya tidak dapat menafikannya.”

239

Page 240: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

“Hadirnya ibarat embun pagi tapi akan kering pabila terbit

mentari.”

“Adakah ini semua hanya mimpi semata-mata atau sedang

berpijak di bumi nyata?” Saripah tak putus-putus mencari jawapan itu.

“Kenyataan!” ulangku. Secara realitinya impian itu tak semuanya

indah. Umpama debu-debu yang berterbangan ditiup angin lalu pergi.

“Bagaimana dengan janji setia?” Saripah semakin mendalami

bunga-bunga cinta. Terasa seolah-olah kembang mekar dan mewangi.

Seperti kasturi dari alam syurga. Tanpa berlengah lagi aku lalu

menjawab:

“Ia memang mudah sekali dilafazkan di bibir ini tapi adakalanya

entah mengapa tidak dapat ditunaikan.”

Saripah diam membisu seribu bahasa. Dia enggan meneruskan

kata-kata. Mulutnya seperti terkunci erat. Sinar matanya umpama

emas permata yang berkilauan. Mungkin dia pernah terpedaya

sebelum ini. Tekaku dalam diam. Lelaki zahirnya selalu mengibaratkan

wanita seperti kelopak-kelopak bunga yang kekeringan layu.

240

Page 241: 1 · Web viewSelepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas

Cinta selalunya lahir daripada pandang pertama. Dari mata lalu

perlahan-lahan turun ke hati. Indahnya! Tak tergambar oleh lukisan

ataupun kata-kata. Sehari tak bertemu jiwa terasa karam. Terasa tak

berdaya untuk meneruskan hidup ini. Pertemuan dapat meleraikan

rindu yang membara. Menganyam bicara buat penghibur hati yang

lara.

Tika itu tiada dikenali erti kamus duka dalam hidup ini.

Dunia berseri dipenuhi dengan warna-warna. Bara yang

digenggam tak terasa hangat sebaliknya dingin. Cinta memang

menagih seribu pengorbanan. Rela sehidup semati. Sehati dan sejiwa

walau ke mana sahaja. Lautan api pun sanggup direnangi. Andainya

karam basah berdua. Kalau boleh bintang di langit tinggi pun ingin

dipetik. Begitulah tafsirannya cinta yang suci.

Sementara itu bola matahari semakin meninggi.

241