#1. travelog jejak patani 2013 - izwan

Upload: gptd-unisel

Post on 03-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    1/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    TRAVELOG JEJAK PATANI 2013

    Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya

    19-26 Mei 2013, Patani Thailand

    Disediakan oleh Izwan Suhadak Ishak | [email protected]

    Pengenalan

    Seramai tujuh orang sukarelawan daripada pelbagai latar belakang telah menabur bakti dalam

    Jejak Patani 2013 dengan tumpuan pada Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya. Ini

    adalah kali kedua. Program ini dianjurkan bersama Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD),

    Universiti Selangor (Unisel), Global Peace Mission Malaysia (GPM), Persatuan Kebangsaan

    Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pelajar Islam Indonesia (PII) dan Persekutuan Pelajar Islam

    Asia Tenggara (PEPIAT). Saudari Tengku Farhanan Tengku Mohamed (GPTD) selaku Pengarah

    Projek dibantu Timbalan Pengarah, Saudari Ili Akmal Mohd Razif (GPTD). Turut terlibatSaudari Ummahatul Hammimah Yatim (GPTD) sebagai Setiausaha, Saudara Mohd Rizaman

    Mohd Sukri (GPTD) sebagai Fotografer, Saudari Amalina Ismail (PKPIM), Saudara Muhammad

    Farid Salman Alfarisi (PII) dan Saudara Izwan Suhadak Ishak (Unisel) masing-masing sebagai

    sukarelawan.

    Peluang untuk mengembara dan berbakti di lapangan bukan perkara yang mudah dan selalu

    dapat dinikmati. Lebih-lebih lagi kepada yang sudah bekerjaya seperti saya. Sebagai tenaga

    pendidik di Unisel dan selaku Penasihat kepada Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD), ini

    merupakan satu kurnia dan rahmat daripada Allah swt kerana diberikan kesempatan untuk

    terlibat bersama-sama melihat realiti. Bukan sekadar tinjauan melalui ruang siber. Turun ke

    lapangan umat dengan membuat kajian dan memberi kesedaran memang menguji kesabaran dan

    daya tahan. Cabaran dengan rakan pasukan, interaksi dengan komuniti, halangan pihak ketiga,

    kekurangan dana, tekanan dengan tugasan dan sebagainya bukan menjadi penghalang kami

    untuk membatalkan niat murni ini. Tetapi ia sebenarnya merupakan tarbiyah terus daripada Allah

    swt untuk menguji sejauh mana keikhlasan, kesungguhan dan keberanian kami semua.

    Catatan ini adalah perkongsian peribadi sekumpulan sukarelawan yang membuat pilihan untuk

    menjalankan menabur bakti keilmuan, menimba pengalaman, mencari makna kehidupan,

    membina pemikiran yang matang, mengkaji sejarah sebuah tamadun, mengenal potensi diri danmasyarakat, mengangkat ketokohan setempat, meninjau realiti dan membina jaringan anak muda

    yang merentas sempadan geografi. Semoga ianya memberi manfaat pada diri dan orang lain.

    Semua ini dilakukan dengan menggenggam semangat motto GPTD,

    menjejak.meneladani.memimpin.

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    2/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    Masjid Kerisik & Meriam Sri Patani

    Menziarahi Masjid Kerisik adalah perkara wajib yang setiap kali kunjungan ke Patani. Masjid

    yang merakamkan banyak peristiwa sejarah dan berdarah. Secara peribadi, ini adalah kali ke 5

    saya singgah ke masjid batu bata bercirikan binaan di timur tengah. Gerbang dan tingkapnya

    menyerupai konsep moor di Spanyol. Masih mengekalkan bentuk asal pada bahagian luar

    binaan. Batu bata merah tanpa simen disusun kemas menjadi dinding utama masjid. Sangat

    klasik. Tanpa kubah.

    Meninjau sejarah, ada yang mendakwa bahawa Masjid Kerisik adalah binaan yang tidak siap

    kerana tidak mempunyai kubah dan tidak bersimen. Mitos ini dikaitkan dengan kisah misteri dua

    beradik lelaki berlainan agama (Islam dan Budha) sehingga monumen tokong dan pokok besar

    tidak berdaun di belakang masjid nampak seperti kisah tersebut benar-benar berlaku. Dikatakan

    adik (Budha) mengajak abangnya (Muslim) untuk pulang ke China. Tetapi abangnya tidak mahu

    pulang kerana ingin tinggal di Patani dan menyiapkan Masjid Kerisik. Oleh kerana itu, adiknya

    membuat keputusan untuk gantung diri di dahan pokok yang besar berhampiran dengan masjid.Si abang yang terkejut dengan berita adiknya akhirnya memberhentikan kerja-kerja pembinaan

    masjid. Jika pengunjung ke sini akan melihat satu pokok yang besar di belakang masjid dan jirat

    cina (kubur cina) dalam bentuk bukit sebagai simbolik.

    Sedangkan pada papan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan mencatatkan bahawa Masjid

    Kerisik di bina pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (Phraya Tanisisultan) dan

    merupakan masjid pertama yang dibina di Patani. Selepas beberapa peperangan Patani dengan

    Siam, masjid rosak dan runtuh pada tahun 1786. Kemudian, kerajaan Thailand mengisytiharkan

    Masjid Kerisik sebagai monumen bersejarah negara oleh Fine Arts Department pada 1935.

    Masjid ini telah dibaikpulih pada tahun 1957 dan 1982. Catatan ini sangat berbeza dengan cerita-cerita mitos yang sering didendangkan oleh masyarakat sekitar kepada para pengunjung yang

    hadir. Kadang-kadang, manusia malas berfikir sehingga boleh diperdaya dengan rekaan sejarah

    baharu.

    Peristiwa berdarah di Masjid Kerisik sentiasa menjadi ingatan umat Islam di seluruh dunia.

    Tanggal 28 April 2004 telah merakamkan kenangan pahit yang berlaku sewaktu masyarakat baru

    selesai menunaikan solat fardhu. Mereka telah di kepung oleh pihak tentera Thailand dan jemaah

    masjid tidak dibenarkan keluar. Tembakan M16 pun dilepaskan oleh tentera malah bom juga

    digugurkan daripada helikopter Apache yang ditujukan ke dalam masjid. Ketika itu binaan

    masjid pada bahagian kubah tidak di tutup. Serangan dan tembakan dibuat pada seluruh arah.

    Mangsa yang terkorban sejumlah 108 nyawa anak muda dan orang tua yang tidak berdosa.

    Mereka hanya disyaki ingin mewujudkan kebangkitan dan semangat melawan kerajaan Thailand

    tanpa sebarang bukti.

    Bagi menutup kesilapan pihak tentera, kerajaan Thailand mengambil inisiatif dengan memberi

    bantuan kewangan, kambing, baja dan sebagainya kepada keluarga mangsa dan orang kampung,

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    3/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    Malah, kesan tembakan dan kerosakan di Masjid Kerisik juga di tutup dengan dibaik pulih

    semula. Sekarang, bahagian dalam masjid telah di simen serta ditambah dengan ukiran kayu.

    Bumbung juga sudah ditambah, permaidani lembut dihamparkan untuk kegunaan orang bersolat.

    Hanya nampak kesan tembakan pada bahagian luar pada dinding batu bata dengan warna hitam

    seperti terbakar. Pada papan yang mencatatkan tentang sejarah masjid ini juga berlubang kesan

    tembakan. Sejak peristiwa berdarah, ramai pengunjung daripada seluruh dunia yang datang

    berziarah ke Masjid Kerisik untuk melihat sendiri apa yang berlaku. Nampaknya, kerajaan

    Thailand mengambil langkah selamat bagi menutup kezaliman yang pihak tentera telah lakukan.

    Ketika kami berada di Masjid Kerisik, sedang dalam pembinaan replika Meriam Sri Patani di

    hadapan masjid. Masyarakat Melayu Patani sudah beberapa kali meminta Meriam Sri Patani

    dikembalikan dan ditempatkan di Patani. Namun ditolak oleh pihak kerajaan dan hanya

    dibenarkan membina replika meriamnya sahaja. Meriam Sri Patani kini berada di hadapan

    Kementerian Pertahanan Thailand yang bertentangan dengan Istana Besar di Bangkok. Meriam

    Sri Patani berukuran 9 kaki merupakan meriam terbesar dan termasyur pernah dibina di AlamMelayu pada abad ke 17. Sekarang Sri Patani dijadikan simbol bagi Wilayah Patani.

    Pemerintah Kerajaan Melayu Patani pada masa tersebut adalah Ratu Biru (1616-1624). Selepas

    mendapat perkhabaran tentang khabar angin bahawa Siam akan menyerang Patani, baginda

    telah menugaskan Tok Kayan untuk mengetuai pembinaan meriam. Tiga buah meriam telah

    dibina dan diberi nama Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara

    mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1jengkal. Dimaklumkan bahawa meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang

    terbesar di Asia Tenggara.

    Patani berjaya mempertahankan wilayahnya dengan menggunakan teknologi meriam ini dan

    telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani masing-masing pada tahun

    1603, 1632, 1634 dan 1638. Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Siam semasa

    kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menawan Patani. Dua buah meriam besar

    iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, manakala Sri Nagara

    telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam

    Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

    10 hari selepas siap replika meriam ini dikhabarkan Sri Patani telah dibom. Menurut Hara

    Shintaro, Pensyarah Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial di Prince of Songkhla University

    (PSU), kejadian ini merupakan satu mesej daripada masyarakat Melayu Patani agar Sri Patani

    yang sebenar harus di kembali ke Patani. Mereka rasa sangat terhina kerana Sri Patani adalah

    milik Patani dan dirampas ketika peperangan antara Thai dan Patani. Jika sebagai tanda

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    4/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    perdamaian dan persahabatan antara Bangkok dan Patani sewajarnya bukan Sri Patani palsu

    dihadiahkan kepada masyarakat Melayu Patani.

    Hara Shintaro seorang pensyarah Bahasa Melayu di PSU yang turut dalam diskusi tentang Proses

    Perdamaian Patani. Beliau merupakan graduan Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu dan

    pernah mengeluarkan kenyataan di dalam Dewan Bahasa Edisi Mei 2009 yang memetik

    Sebagai pelajar-pengajar Bahasa Melayu, saya kecewa dengan sikap penutur dan pengguna

    bahasa Melayu di negara ini. Orang asing yang mempelajari bahasa Melayu kebanyakannya

    menyukai bahasa Melayu. Namun, perkara yang menyedihkan ialah bahasa yang kami pelajari

    dengan bertungkus-lumus ini tidak digunakan sepenuhnya di Malaysia. Dalam kalangan ahli

    bahasa, pejuang bahasa dan pencinta bahasa, wujud keazaman yang kuat untuk menjadikan

    bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa. Namun, sebelum menjadi bahasa antarabangsa,

    sesuatu bahasa itu mesti kukuh di negaranya sendiri. Bahasa Melayu bagaikan sebatang pokok.

    Pokok bahasa Melayu tidak akan tumbuh dengan subur dan sempurna jika dibiarkan tidak

    bercahaya, berair dan berbaja.

    Kenduri Rakyat menjana dana pembangunan umat

    Inilah kali pertama saya dan sukarelawan menghadiri undangan Kenduri Rakyat. Tujuan Kenduri

    Rakyat diadakan untuk mengumpulkan dana pembangunan masjid, madrasah, NGO dan

    sebagainya. Majlis ini diadakan di Masjid Nurul Islam dalam rangka untuk membesarkan lagi

    masjid agar dapat dimanfaatkan oleh kariahnya. Mereka sasarkan seluruh masyarakat Islam di 3

    wilayah iaitu Patani, Yala dan Narathiwat. Jumlah dana yang mereka sasarkan adalah 3 juta Bath

    (anggaran RM300 000). Setakat tengah hari sewaktu kami tiba, dana terkumpul sudah mencapai

    1.2 juta Bath berdasarkan paparan di khemah penyerahan sumbangan. Majlis ini diadakan seawal

    9.00 pagi sehingga lewat petang. Kadang-kadang ada yang melanjutkan sehingga malam. Menuistimewa yang disediakan adalah nasi kerabu dengan ulam, ikan, daging dan budu.

    Selera ketika menikmati jamuan ini benar-benar terbuka apabila budu yang pekat dan masin

    manis yang disediakan sangat menyelerakan. Berbeda dengan budu di Malaysia. Ada beberapa

    orang yang menjual ikan bakar, air manis sejuk, keropok akan singgah ke meja jamuan untuk

    memberi pilihan tambahan kepada pengunjung. Anggaran kasar saya, satu khemah boleh

    memuatkan 6 meja. Satu meja boleh menyediakan hidangan untuk lima orang. Dua khemah

    disusun bersebelahan dan disepanjang jalan di hadapan Masjid Nurul Islam. Ketika bergerak

    pulang saya sempat mengira jumlah khemah. Dianggarkan ada sejumlah 200 khemah, 1200 meja

    dan 6000 kerusi. Dalam satu-satu masa Kenduri Rakyat ini boleh menampung 6000 orang.

    Mungkin lebih 40000 orang yang akan hadir makan dan menderma. Warga kampung dan kariah

    masjid akan bergotong royong menyediakan menu makanan.

    Undangan Kenduri Rakyat ini akan diedarkan awal sebulan ke seluruh masjid, pondok, madrasah

    dan kampung di 3 Wilayah Selatan Thailand. Undangan berbentuk kad berserta sampul dalam

    tulisan jawi dan bahasa siam. Duit sumbangan daripada penderma individu atau masyarakat

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    5/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    kampung akan dimasukkan di dalam sampul. Sumbangan tersebut akan diberikan di sebuah

    khemah khas. Resit akan dikeluarkan sebagai bukti penyerahan. Setiap para jemputan yang tiba

    akan disambut oleh penyambut tetamu. Penyambut tetamu akan meraikan dan menunjukkan

    meja kosong untuk para tetamu. Penyambut tetamu akan melaporkan maklumat tetamu kepada

    DJ bertugas untuk diuar-uarkan kepada khalayak yang hadir. Di sepanjang khemah ada dua

    pondok DJ yang akan membuat liputan para tetamu.

    Sistem ini patut dipuji kerana budaya infaq di kalangan masyarakat Melayu Patani masih utuh.

    Jika di Malaysia,fund raisingdibuat dalam bentukHi-Tea atauDinnerdengan ada persembahan

    istimewa. Lebih eksklusif dan terhad serta dianjurkan di hotel-hotel. Penyediaan jamuan makan

    akan diberikan kepada pihakcatering. Orang-orang tertentu sahaja akan hadir ke majlis tersebut.

    Di sini sangat unik kerana semua lapisan masyarakat boleh hadir dan ingin menyumbang

    walaupun dalam jumlah yang kecil. Semangat bergotong royong masih kuat untuk bantu

    membantu tolong menolong.

    TADIKA survival jatidiri Melayu Patani

    Jika di Malaysia istilah tadika akan merujuk kepada institut pendidikan awal kanak-kanak atau

    pun pra sekolah. Di Indonesia pula tadika disebut dengan sebutan teka yang sasarannya untuk

    kanak-kanak seawal empat tahun. Di sini, tadika adalah sekolah yang mengajarkan Pendidikan

    Islam dan Bahasa Melayu untuk pelajar berusia 4-12 tahun. TADIKA adalah kependekan

    daripada Taman Didikan Kanak-Kanak. Tadika beroperasi pada setiap hari Sabtu dan Ahad

    bermula jam 7.30 pagi sehingga 4.00 petang. Rutinan pelajar-pelajar ini pada awal pagi akan

    berhimpun di perkarangan tadika dalam barisan yang lurus. Membaca doa, menyanyikan lagu

    semangat dan berikrar. "Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam agamaku, Al-Qur'an

    panduanku, Muslimin saudara kami", launganikrar yang kuat para pelajar memang mengujakankami.

    Kelas akan bermula jam 8.00 pagi mengikut tahap masing-masing. Pada 11.00 pagi para pelajar

    akan pulang ke rumah untuk menikmat makan tengah hari bersama keluarga. Ada juga yang

    tinggal dan membeli makanan yang dijual oleh penjaja di kawasan pagar tadika. Tepat 12.30

    tengah hari, semua bersiap untuk solat Zuhur berjamaah yang diimamkan oleh guru mereka.

    Begitu juga apabila tiba waktu Asar, mereka akan berjamaah sekali lagi. Kemudian baharu

    dibenarkan pulang. Sebenarnya nama lama TADIKA adalah Sekolah Melayu. Ditubuhkan pada

    tahun 1950 kemudian bertukar nama pada tahun 1970 atas arahan kerajaan Thailand. Laporan

    statistik pada 2010 terdapat 2237 buah sekolah dengan 212 981 pelajar serta 11887 orang guru.

    Pada awal Januari 2013, pemerintah Thailand cuba menutup tadika. Malah sejak 2004, usaha

    untuk mengubah kurikulum tadika telah berlaku melalui Office of the Private Education

    Commission (Pejabat Suruhanjaya Pendidikan Swasta).

    Ada juga kegiatan yang dianjurkan oleh mahasiswa dari Prince of Songkhla University (Kampus

    Patani) dan Princess of Naradhiwas University ketika cuti sekolah panjang pada setiap bulan

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    6/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    April. Kegiatan tersebut lebih dikenali sebagai KOMPAS (Kem Musim Panas). Kem inilah yang

    sukarelawan Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) pernah terlibat pada tahun 2012 di Sekolah

    Perakthom Siksa Nad Tanjung, Yaring, Patani. Dalam pertemuan di Akademi Pengajian Islam

    dan Bahasa Arab di Princess of Naradhiwas University. Husin Ramli, Presiden Persatuan

    Akademi Pengajian Islam dan Bahasa Arab memaklumkan bahawa setiap hujung minggu

    mahasiswa akan turun mengajar Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu di tadika yang terpilih

    bagi membantu masyarakat membangunkan sistem pendidikan.

    Insya Allah, GPTD berhasrat untuk menghantar sukarelawan secara berkala dari seluruh rantau

    Asia Tenggara untuk turun membantu dalam proses pendidikan ini. Tambahan pula, ASEAN

    (Association of Southeast Asian Nations) ingin merealisasikan ASEAN Economic Communittee

    (AEC) pada 2015 dan telah dipersetujui pada 20 November 2007 di Singapura semasa 13th

    ASEAN Summit. Dasar ini akan memudahkan pergerakan warga ASEAN dalam soal bisnes,

    pendidikan dan interaksi sosio-budaya antara sesama negara anggota.

    Sekolah Prathom dan Matthayom

    Ketika mengenali dan memahami sistem pendidikan di Patani. Saya merasakan bahawa jiwa

    anak-anak di Patani benar-benar kental dalam soal pendidikan mereka. Ini kerana bukan sahaja

    mereka akan bersekolah secara formal di Sekolah Prathom (Sekolah Rendah) dari hari Isnin

    sehingga Jumaat bermula jam 8.00 pagi sehingga 3.00 petang. Mereka juga akan menghadiri

    Kelas Qiraati bermula Maghrib sehingga Isya. Pada Sabtu dan Ahad pula perlu menghadiri ke

    Tadika seawal 7.30 pagi sehingga 4.00 petang. Saya terkenang kembali tradisi pendidikan zaman

    kegemilangan Patani yang telah memperkenalkan Islam sejak kanak-kanak lagi. Seawal usia

    lima, enam tahun sudah diasuh supaya menghafal pengetahuan mengenal Allah dan diajarkan

    pelajar nahu dan sharaf. Sistem pendidikan tradisional ini telah dilalui oleh tokoh hebat danulama besar Patani dan nusantara seperti Syeikh Daud al-Fatani.

    Di Sekolah Prathom, pelajar Melayu hanya diajarkan pendidikan akademik dengan bahasa

    pengantarnya adalah Bahasa Thai. Subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu langsung terabai

    di sini. Oleh sebab itu, ibu bapa khuatir jatidiri anak mereka akan terhakis sedikit demi sedikit.

    Krisis generasi muda yang sudah tidak pandai tulisan jawi dan berbahasa Melayu sudah pun

    wujud. Jika di Bangkok, orang Melayu sudah tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu

    walaupun dalam loghat Melayu Patani. Bahasa seharian mereka adalah Bahasa Thai. Ini

    disahihkan ketika saya kebetulan bertemu dan kelompok melayu yang berasal dari Bangkok yang

    membuat ziarah ke lokasi Masjid Besar Al-Fatani.

    Kami bersalaman dan ingin mulakan perbualan namun bahasa yang terpacul hanya bahasa Thai.

    Cuma sekali sekala keluar beberapa sebutan Melayu. Bahasa Inggeris juga tidak dapat difahami

    sebahagian mereka. Tetapi berdasarkan riak wajah dan senyuman mereka, mesej ukhwah fillah

    yang dapat dirasai. Saya terpaku. Terpanggil untuk lakukan ziarah ke Bangkok, melihat realiti

    orang Melayu di sana. Insya Allah pada masa hadapan.

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    7/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    Struktur sekolah di Thailand dibahagi kepada 4 peringkat. Sekolah Prathom peringkat pertama

    darjah 1-3 untuk kelompok berusia 6-8 tahun. Manakala Sekolah Prathom peringkat kedua

    darjah 4-6 untuk kelompok berusia 9-11 tahun. Peringkat ketiga pula untuk Sekolah Matthayom

    (Sekolah Menengah) tingkatan 1-3 untuk kelompok berusia 12-14 tahun. Peringkat terakhir di

    Sekolah Matthayom tingkatan 4-6 untuk pelajar berusia 15-17. Peringkat ini memberi pilihan

    kepada pelajar untuk memilih aliran akademik atau vokasional. Selepas peringkat ini, pelajar

    boleh melanjutkan pelajar ke kolej atau universiti. Kanak-kanak seawal 2-3 tahun sudah belajar

    di pra-sekolah dengan didedahkan dengan bermain sambil belajar manakala 3-5 tahun pula

    adalah peringkat tadika.

    Kem Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

    Mengajar adalah suatu perkara yang menarik tetapi mengajar kanak-kanak adalah perkara yang

    mencabar. Beberapa persiapan sejak di Malaysia lagi sudah dilakukan. Saudari Tengku Farhanan

    Tengku Mohamed bertanggungjawab untuk menyediakan modul Bahasa Melayu. ManakalaSaudari Ili Akmal Mohd Razif pula menyiapkan bahan modul Bahasa Inggeris. Kami fokus

    untuk membiasakan mereka bertutur dalam Bahasa Melayu laras piawai di Malaysia. Oleh yang

    demikian, kami cuba yang terbaik untuk menyampaikan permainan dan aktiviti dalam bahasa

    perbualan biasa di Malaysia. Adik-adik ini sangat teruja. Kakak dan abang mengajar macam

    dalam bahasa buku, kataSaudari Fatimah Mayon (Guru Tadika) dengan mengajuk kata-kata

    adik peserta. Bagi modul Bahasa Inggeris pula, mereka diajarkan dengan lagu dan permainan.

    Respon yang diberikan sangat baik dan mendapat sambutan.

    Kami membahagikan adik-adik peserta kepada 6 kumpulan dengan nama tokoh seperti Al-Fateh

    (Saudari Amalina Ismail), Cheng Ho (Saudari Ili Akmal Mohd Razif), Haji Sulong (SaudaraRaziman), Syeikh Samad (Muhammad Salman Faris Alfarisi), Syeikh Ahmad (Saudari Tengku

    Farhanan Tengku Mohamed), Syeikh Daud (Saudari Ummahatul Hamimah Yatim). Setiap

    kumpulan terdiri daripada 12 atau 13 orang. Masing-masing berlumba-lumba bersaing

    menunjukkan sorakan dan persembahan.

    Lagu nasyid Rasulullah menjadi pilihan untuk diajarkan kepada adik-adik ini. Mereka menyanyi

    dengan penuh semangat. Namun penghayatan terhadap lagu ini lebih bermakna. Dengan keletah

    segelintir adik-adik lelaki yang nakal namun tetap menghiburkan. Saudari Amalina Ismail

    sebagai failitator yang kelihatan paling mencabar menguruskan kumpulannya. Kebetulan ahli

    kumpulannya segelintirnya merupakan pelajar otai yang suka buat perangai. Tetapi berkat

    kesabaran dan kepakaran beliau dalam bidang kefasilitatoran berjaya membentuk kumpulan Al-

    Fateh dengan baik. Semoga adik-adik ini dapat meneladani semangat juang dan ketokohan Al-

    Fateh.

    Penggunaan tulisan jawi masih menjadi medium pengajaran Bahasa Melayu Tadika. Oleh yang

    demikian agak sukar untuk adik-adik menulis dalam tulisan rumi. Jika ditulis, mereka akan eja

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    8/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    dalam bentuk sebutan loghat Melayu Patani. Kita harapkan program seperti ini dalam

    diperkasakan lagi. Agar bahan bacaan dari Malaysia dan Indonesia dalam bahasa Melayu rumi

    akan dapat dibaca. Kebangkitan dan perubahan yang berlaku di Patani harus melalui penguasaan

    pendidikan. Oleh yang demikian, kami berhasrat untuk menghantar sukarelawan sebulan sekali

    ke Patani yang boleh mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara intensif.

    Dialog Mahasiswa di Princess of Narathiwas University

    Sebaik tiba di destinasi yang dituju. Kami telah dinanti dan disambut oleh Saudara Bukhoree

    Abd Majid bersama barisan kepimpinan Persatuan Akademik Pengajian Islam dan Bahasa Arab

    di Princess of Narathiwas University di Patani. Ketika ini, kampus ini baharu sahaja selesai

    menjalankan sesi orientasi mahasiswa untuk pengambilan semester baharu. Dalam kesibukan,

    mereka masih bertenaga dan bersemangat menyambut kunjungan kami semua. Sebelum ini,

    Saudari Tengku Farhanan Tengku Mohamed dan Saudari Ili Akmal Mohd Razif yang

    bertanggungjawab membina jaringan dengan Saudara Bukhoree Abd Majid sewaktu

    menjalankan Kembara Qurban di Patani semasa Raya Aidil Adha tahun lepas. Alhamdulillah,akhirnya dapat juga direalisasikan pertemuan bersejarah ini.

    Dialog Mahasiswa ini telah dikendalikan oleh Presiden Persatuan Akademik Pengajian Islam dan

    Bahasa Arab, Saudara Husin Bin Ramli. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam sesi

    dialog kali ini. Walaupun menggunakan loghat Patani, namun semangat mengekalkan jatidiri

    amat kami kagumi. Selepas berkenalan dengan semua mahasiswa, dialog bermula dengan

    Saudari Tengku Farhanan Tengku Mohamed selaku Pengarah Projek menerangkan tujuan utama

    pertemuan ini. Saudari Amalina Ismail memberikan pandangan tentang perspektif mahasiswa

    Malaysia tentang isu di Wilayah Patani. Beliau yang mewakili Persatuan Kebangsaan Pelajar

    Islam Malaysia (PKPIM) menyatakan bahawa perkembangan yang berlaku di sini sering menjadiperhatian. Malah sejak tahuin 70 an lagi PKPIM tegas dan menyokong perjuangan rakyat Patani

    dan mengecam tindakan kerajaan Thailand yang sering dilaporkan melakukan penindasan

    terhadap masyarakat Melayu Patani, lebih-lebih lagi tentang Dasar Siamisasi yang dijalankan.

    Saudara Muhammad Farid Salman Alfarisi pula menyatakan agar ada perkongsian maklumat

    yang terkini dan perkembangan terbaharu daripada mahasiswa di Patani supaya dapat

    disebarluaskan sehingga ke Indonesia dan serantau. Beliau selaku Exco Perhubungan

    Antarabangsa, Pelajar Islam Indonesia (PII) serius untuk mengetengahkan isu konflik Selatan

    Thailand di Indonesia bersama-sama gerakan mahasiswa dan aktivis hak asasi di sana. Malah

    Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) yang dianggotai oleh gerakan mahasiswa

    dari Malaysia, Indonesia, Singapura pernah mengadakan KONGRES PEPIAT pada 5-7 Julai

    2011 di Universiti Selangor Kampus Shah Alam. Turut diundang adalah wakil daripada Yayasan

    Pendidikan dan Pembangunan Sumber Daya Manusia Thailand (FEHRD) yang berkongsi

    pengalaman membantu mangsa kezaliman tentera di Wilayah Patani.

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    9/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    Kenapa milih Patani untuk mengadakan projek ini?, tanya Saudara Husin Bin Ramli dalam

    loghat Patani pekat. Ini adalah soalan yang seringkali ditanya dan paling sukar untuk

    diungkapkan. Kami saling berpandangan sesama sendiri. Kerana kami rasa sangat dekat

    dengan Patani dari segi bahasa, sejarah dan budaya , Saudari Ummahatul Hamimah Yatim

    menjawab tenang. Kami dimaklumkan bahawa setiap minggu mahasiswa akan turun ke Tadika

    untuk membantu mengajar pendidikan Islam dan Bahasa Melayu. Mereka turut mengalu-alukan

    penglibatan kami. Dialog tersebut ditutup dengan beberapa persetujuan dan tindakan bersama.

    Kami bersetuju untuk terus membina jaringan melalui laman sosial facebook. Selain itu,

    mengadakan kerjasama latihan kepimpinan dan program lapangan yang merentas sempadan.

    Semoga usaha kecil ini akan membuahkan satu kerjasama erat dan berpanjangan demi membina

    Asia Tenggara yang lebih harmoni.

    Dialog Santai bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa Prince of Songkhla University

    Berbeda dengan pertemuan di Princess of Narathiwas University yang agak formal. Dialog

    Santai di Prince of Songkhla Universitymemang mengujakan. Walaupun di dalam Bilik Gerakanyang tiada penghawa dingin tetapi diskusi kami agak dingin dan sesekali hangat. Hangat dengan

    topik Konflik Selatan Thailand dan Proses Perdamaian Patani. Dingin dengan senda gurau oleh

    Saudara Zuhree Toasi, mahasiswa Pengajian Bahasa Melayu yang sering berseloroh apabila

    memperkatakan tentang cabaran masyarakat Melayu terutama generasi muda. Walaupun ketika

    ini mereka sedang sibuk membuat persiapan minggu orientasi mahasiswa baharu. Layanan mesra

    tetap mereka berikan.

    Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Prince of Songkhla University, Saudara Husen Sawal

    dengan berbaju T menerangkan tentang peranan yang dimainkan oleh badan mahasiswa ini.

    Mereka baharu sahaja pulang daripada Lawatan Sambil Belajar ke Jakarta, Indonesia dalamrangka berkongsi tentang gagasan kependidikan di universiti yang dilawati. Insya Allah, mereka

    juga akan membuat kunjungan ke Institut Pengajian Tinggi di Malaysia pada beberapa bulan

    lagi. Mereka juga menyatakan hasrat untuk berziarah ke Universiti Selangor untuk mengukuhkan

    lagi hubungan kerjasama yang terjalin terutama GPTD.

    Saudari Tengku Farhanan Tengku Mohamed sempat menjemput mahasiswa Prince of Songkhla

    University untuk turun bersama dalam kegiatan Kem Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris di Kg

    Datuk jika mereka ada kelapangan. Sama seperti di dalam penegasana dan perbincangan bersama

    mahasiswa di Princess of Narathiwas University, selepas dialog kami bersetuju untuk

    memugarkan kegiatan penulisan dan menerbitkan makalah yang boleh disebarluaskan di negara

    masing-masing. Terutama kepada mahasiswa Pengajian Bahasa Melayu seperti Saudari Pa-ezah

    Awang, Saudari Jehrohana Lormae, Saudari Haslinda Mamat, Saudari Adilah Pirisi dan Saudari

    Nazofah Sera-oh. Ini bagi melatih penguasaan Bahasa Melayu laras tinggi di kalangan mereka.

    Tambahan pula catatan dan penulisan mereka sangat bermakna buat kami di Malaysia dan

    Indonesia yang inginkan maklumat terkini dan perkembangan gerakan mahasiswa yang berlaku

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    10/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    Selatan Thailand. Kami juga beriltizam untuk merealisasikan makalah ini agar ukhwah umat

    Melayu akan kembali bertaut dan mengangkat martabat karamah insaniah. Kami juga setuju

    untuk terus berinteraksi melalui laman sosial facebook dan meneruskan kerjasama strategik

    dalam jangka masa hadapan.

    Deep South Watch Deep South Jurnalism School

    Kami berpeluang untuk berdialog bersama aktivis Deep South Watch yang telah membuka

    pejabat operasinya di Prince of Songkhla University (PSU). Pa-ezah Awang, mahasiswa Ijazah

    Pengajian Bahasa Melayu di PSU merupakan wartawan pelatih di Akhbar Sinaran. Satu usaha

    untuk menerbitkan berita dalam bahasa Melayu dan mengekalkan tulisan jawi sebagai

    mediumnya. Ini bertujuan untuk mendidik masyarakat Melayu Patani yang masih keciciran

    maklumat tentang hak asasi mereka dan perkembangan Proses Perdamaian Patani yang sedang

    diusahakan oleh Kuala Lumpur antara BRN dan Bangkok.

    Saudara Muhammad Dueramae dan Saudara Saronee Deureh menerangkan peranan Deep South

    Watch secara terperinci. Mereka sedang giatkan melatih anak muda dari kalangan pelajar pondok

    dan mahasiswa universiti pada setiap hujung minggu dengan ilmu kewartawanan. Deep south

    Watch menubuhkan Deep South Journalism School (Madrasah Kewartawanan Sempadan

    Selatan) bagi menginstitusikan usaha menerbitkan berita di kalangan masyarakat Melayu di

    Patani. Malah mereka menawarkan kepada GPTD untuk terlibat sama dalam usaha ini. Ruang

    sekretariat mereka sentiasa terbuka untuk dimanfaatkan bersama.

    Dalam diskusi tersebut, GPTD, PKPIM & PII setuju untuk menyebarkan berita dan

    perkembangan semasa di Patani ke wilayah pengaruh masing-masing. Ini kerana, Deep South

    Watch akan melaporkan secara terperinci statistik kematian atau kecederaan yang berlaku akibat

    keganasan yang berlaku di sini. Ahli akademik daripada PSU akan membuat analisa data

    membuat komentar tentang perkembangan setempat. Deep South Watch juga memantau berita-

    berita seluruh dunia yang membuat liputan dan ulasan tentang isu di Patani. Mereka juga

    mengalu-alukan penulisan artikel atau travelog tentang sosio-budaya masyarakat Melayu Patani.

    Deep South Watch boleh dilayari di pautan berikut http://www.deepsouthwatch.org atau ingin

    mendapat Akhbar Sinaran dan mengikuti perkembangan Deep South Journalism School di

    http://www.deepsouthwatch.org /dsjs

    Kami komited untuk menyebarluaskan isu sebenar yang berlaku di negara masing-masing.

    Forum dan diskusi tentang masa hadapan Patani juga akan dianjurkan peringkat lokaliti secara

    berkala. Isu konflik selatan thailand adalah mirip dengan isu di Aceh dan Selatan Filipina.

    Semoga usaha untuk mencapai kedamaian dapat direalisasikan dalam beberapa tempoh lagi. Jika

    masyarakat ASEAN dan dunia mengambil prihatin terhadap isu yang berlaku di sini, insya Allah

    cahaya kedamaian akan terpancar juga.

    Saudara Hassan Todong, wartawan Deep South Watch telah membuat liputan terhadap

    pertemuan tersebut dan kegiatan sukarelawan yang menjalankan Projek Khidmat Pendidikan &

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

    http://www.deepsouthwatch.org/http://www.deepsouthwatch.org/http://www.deepsouthwatch.org/dsjshttp://www.deepsouthwatch.org/dsjshttp://www.deepsouthwatch.org/http://www.deepsouthwatch.org/dsjs
  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    11/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    Kajian Sosio-Budaya di Kg Datuk. Beliau telah menemubual Pengarah Jejak Patani 2013,

    Saudari Tengku Farhanan Tengku Mohamed dalam bahasa loghat tempatan. Maka, sangat

    sesuailah kerana pengarah berasal dari Kelantan. Jurang bahasa dapat dirapatkan. Turut hadir

    adalah teman beliau iaitu Saudara Hasan Sarasu. Beliau adalah penyampai radio (DJ) di Radio

    Media Selatan. Saudara Hasan Sarasu menawarkan kepada kami untuk ditemubual di dalam

    studio di Jalan Cabang Tiga, Patani selepas Solat Jumaat.

    Radio Media Selatan 91.5FM

    Setelah selesai di Solat Jumaat di Masjid Besar al-Fatani. Saya, Saudara Mohd Rizaman Mohd

    Sukri dan Saudara Muhammad Farid Salman Alfarisi siap menunggu Saudara Hasan Todong.

    Tetapi beliau tidak dapat bersama kami kerana membuat liputan berita di Saiburi. Kami hilang

    arah sebentar. Tok Nebeng, Abdul Rahim pula membantu menguruskan masalah orang

    kampung. Oleh itu, kami tidak mahu menyusahkan beliau. Ketika di Masjid Besar al-Fatani kami

    perhatikan ramai mengunjung yang mengambil foto kenangan beramai-ramai. Dimaklumkan

    bahawa mereka adalah masyarakat Melayu yang tinggal di Bangkok. Kebanyakan mereka tidakboleh berbahasa Melayu. Jika ada pun tidak fasih. Sangat sukar untuk memahami maksudnya.

    Kami menyapa seorang pemuda yang segak. Assalamualaikum..., kata saya. Dia berjabat

    salam dengan sopan dan lembut sambil menjawab salam. Daripada mana? , dia bertanya.

    Saya terus menerangkan serba sedikit tentang misi kami dan bertanyakan tentang Radio Media

    Selatan. Nama beliau adalah Saudara Sobri merupakan pegawai yang bertugas di Stesen

    Televisyen Thailand yang sedang menguruskan liputan media bagi lawatan orang Melayu

    Bangkok ke Patani. Alhamdulillah, beliau kenal dengan Hasan Todong dan Hasan Sarasu. Allah

    telah permudahkan urusan kami. Allah menghantar tanda kebesarannya untuk membantu kami

    ke Studio Radio Media Selatan. Saudara Sobri menumpangkan kami ke lokasi yang di tuju.

    Sampai di pejabat Media Selatan, seorang kakitangan mereka telah menyambutkan dengan

    mesra. Kami menyapa dan bertanyakan nama. Saya Sobri...penyampai berita di sini, kata

    beliau dalam loghat Patani. Saya dan teman-teman tersenyum dan tertanya-tanya, kenapa nama

    orang yang kami temui sama belaka. Sepanjang kami di sini ada dua orang yang bernama Sobri

    iaitu Sobri Bin Aliyasak, Penyampai Berita di Radio Media Selatan dan Sobri, petugas di Stesen

    Televisyen Thailand. Dua orang bernama Hasan iaitu Hasan Todong, wartawan Deep South

    Watch merangkap Penyampai Berita di Radio Media Selatan manakala Hasan Sarasu,

    Penyampai Radio. Saudara Muhammad Farid Salman Alfarisi pernah memberitahu tiga orang

    adik-adik dalam kumpulannya juga mempunyai nama yang sama iaitu Husin.

    Radio Media Selatan ditaja oleh USAID (Agency for International Development) dan boleh

    diakses secara atas talian di http://rdselatan.com. Salah seorang penyampai radio adalah Saudara

    Astora Jabat, nama yang pernah popular di akhbar Utusan Malaysia pada suatu ketika dahulu

    merupakan penyampai radio di Radio Media Selatan. Beliau mengendalikan slot yang

    membincangkan Proses Perdamaian Patani setiap malam. Ramai pemanggil yang menghubungi

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

    http://rdselatan.com/http://rdselatan.com/
  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    12/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    memberi pandangan dan respon terhadap perkembangan proses tersebut. Namun kami tidak

    berpeluang bertemu beliau kerana bukan waktu bertugas. Astora Jabat pernah bertanding sebagai

    calon wakil rakyat di Parlimen Ruso dalam Narathiwat semasa pilihanraya umum Thailand pada

    Julai 2011 tetapi tidak berjaya memenangi kerusi. Saya masih teringat poster beliau yang banyak

    di tepi sepanjang jalan raya di Patani. Beliau bertanding atas tiket Parti Harapan Baru (NAP).

    Nama sebenar beliau adalah Asae Toramae.

    Ketika Hasan Sarasu tiba di pejabat Media Selatan, beliau memberikan taklimat ringkas tentang

    soalan yang akan dilontarkan. Loghat Melayu Patani beliau sangat pekat. Ada beberapa

    perkataan yang tidak saya fahami. Saya dan Saudara Muhammad Farid Salman Alfarisi akan

    ditemubual selama satu jam dalam ruangan Tolong Menolong Bantu Membantu. Siaran radio ini

    boleh diikuti melalui frekuensi 91.5 FM, sama seperti frekuensi Radio IKIM.FM di Kuala

    Lumpur. Kami ditanyakan tentang tujuan dan kegiatan sukarelawan daripada Malaysia dan

    Indonesia menjalankan projek di Patani. DJ Hasan Sarasu meminta pandangan tentang Proses

    Perdamaian Patani yang sedang diusahakan oleh pihak Kuala Lumpur.

    Saya berpandangan, wakil Bangkok dan Kuala Lumpur perlu ikhlas dalam proses perdamaian

    ini. Persoalannya adakah BRN mewakili masyarakat Melayu Patani? Langkah paling awal

    adalah menggugurkan polisi Perintah Darurat (Emergency Decree) yang dikuatkuasakan pada

    tahun 2005 oleh Thaksin Shinawatra, Perdana Menteri Thailand. Sila rujukhttp://en.wikisource.org/wiki/Emergency_Decree_on_Public_Administration_in_State_of_Emer

    gency,_BE_2548_%282005%29 untuk capaian. Polisi ini memberi kuasa yang lebih besar

    kepada pihak polis dan tentera untuk berperanan di Wilayah Patani. Perkara ini yang tidak

    disukai oleh masyarakat Melayu Patani. Sesiapa sahaja yang disyaki terlibat di dalam kegiatan

    keganasan tanpa sebarang bukti akan ditangkap atau ditembak. Kisah adik Mukhtar sebagai 1

    contoh dalam beribu kes di Patani.

    Adik Mukhtar ditembak sehingga buta

    Misi Jejak Patani 2013 kali ini juga memberi ruang dan peluang untuk kami mendekati dan

    menelusuri pengalaman keluarga dan mangsa kezaliman tentera dan polis di Wilayah Selatan

    Thailand. Saudara Isama-ae Abdul Rahman, Presiden Yayasan Pendidikan dan Pembangunan

    Sumber Daya Manusia Thailand (FEHRD) bersama para petugas kemanusiaan dan hak asasi sudi

    membawa kami menziarahi adik Mukhtar (berusia 13 tahun ketika kejadian) yang buta kedua

    belah matanya kerana ditembak oleh pihak tentera. Nasib adik Mukhtar pernah mendapat liputandaripada akhbar Berita Harian terbitan Malaysia berdasarkan keratan yang masih disimpan oleh

    pihak keluarga sebagai satu peringatan dan kenangan pahit yang mereka rasai.

    Melalui penerangan Saudara Isama-ae Abdul Rahman, mangsa menghadapi trauma dan tekanan

    daripada kalangan kejiranan. Ini kerana apabila keluarga dan mangsa dikaitkan dengan teroris

    berdasarkan laporan akhbar tempatan dan pihak autoriti. Penduduk kampung akan memulau dan

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

    http://en.wikisource.org/wiki/Emergency_Decree_on_Public_Administration_in_State_of_Emergency,_BE_2548_(2005)http://en.wikisource.org/wiki/Emergency_Decree_on_Public_Administration_in_State_of_Emergency,_BE_2548_(2005)http://en.wikisource.org/wiki/Emergency_Decree_on_Public_Administration_in_State_of_Emergency,_BE_2548_(2005)http://en.wikisource.org/wiki/Emergency_Decree_on_Public_Administration_in_State_of_Emergency,_BE_2548_(2005)
  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    13/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    meminggirkan mereka tanpa diberi bantuan dan keperluan. Jika bantuan diberikan, bimbang

    pihak autoriti tentera atau polis akan mengesyaki mereka pula. Perkara inilah yang menjadikan

    keluarga dan mangsa bertambah tertekan. Ini satu contoh keluarga yang dibantu oleh pihak

    FEHRD daripada beratus lagi keluarga mangsa yang menghadapi pelbagai masalah seperti

    kematian suami, menjadi mangsa tangkap dan hilang serta ditahan oleh pihak berkuasa.

    Tentera itu mabuk, dia tembak anak saya di sebalik belukar tepi jalan, cerita ayah Mukhtar

    kepada kami semua. Menurut beliau, adik Mukhtar bersama lima kawannya pergi ke pasar pada

    waktu petang untuk membeli juadah makanan. Dalam perjalanan pulang mereka bermain sorok-

    sorok bersama-sama di sebalik belukar. Ketika itulah pihak tentera menembak secara rambang

    dengan menggunakan kenderaan pick-up yang lengkap bersenjata. Menurut pihak tentera,

    mereka menyangka teroris. Ketika kejadian tembakan kedengaran oleh penduduk kampung,

    mereka terus menuju ke lokasi. Selepas mendapat tahu remaja yang ditembak, tentera terus

    dikepung dan ditahan. Penduduk kampung mengesahkan tentera tersebut mabuk berdasarkan bau

    arak. Gabenor pada ketika itu berjanji akan mengambil tindakan terhadap tentera yang disyaki.Baharulah penduduk kampung melepaskan tentera daripada tahanan mereka.

    Namun yang mengecewakan adalah tertuduh masih bebas tanpa dikenakan tindakan sewajarnya.

    Walaupun pihak kerajaan telah memberi pampasan kurang lebih 1 juta Bath (anggaran RM100

    000) kepada keluarga mangsa, nilaian tersebut bukanlah boleh menggantikan satu penglihatan.

    Menurut Saudara Isama-ae Abdul Rahman, kes adik Mukhtar telah diadili di Mahkamah Tentera

    Thailand. Tetapi menjadi beban kepada keluarga dan mangsa kerana perlu menguruskan

    segalanya sendiri. Mereka kena melalui Pos Keselamatan, diperiksa seluruh anggota ketika

    melalui kawasan Kem Tentera sewaktu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tentera Thailand.

    Oleh kerana kewangan untuk merawat adik Mukhtar yang tinggi, kos pengangkutan dan tekanan

    daripada masyarakat sekeliling yang tidak turut menyokong, akhirnya mereka tidak lagi ke

    mahkamah untuk menghadiri perbicaraan. Kes senyap begitu sahaja. Keadaan tengkorak adik

    Mukhtar pada awal kejadian berlubang, itulah yang digambarkan oleh ayahnya. Perlu membuat

    rawatan di hospital setiap bulan. Kini adik Mukhtar sudah 20 tahun. Bagaimanakah nasib beliau

    jika ibu bapa beliau sudah tiada lagi? Sebelum pulang saya menghadiahkan beliau kopiah hitam

    yang baharu dibeli di Kilang Kopiah Al-Ikhwan milik masyarakat tempatan.

    Pemetaan Komuniti menyelami hati dan sanubari masyarakat

    Setiap pagi selepas solat Subuh para sukarelawan akan membaca al-mathurat bersama.

    Sementara menunggu sarapan yang disediakan oleh orang Kg Datuk ada sukarelawan yang

    memenuhi keperluaan masing-masing. Membasuh baju, membaca catatan perjalanan,

    memindahkan fail imej (kamera) ke dalam komputer riba, berbual tentang masa hadapan dan ada

    juga yang menimbang bola. Kali ini tugas kami penting dan serius. Taklimat diberikan sekali lagi

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    14/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    oleh saya tentang Pemetaan Komuniti. Di dalam Pemetaan Komuniti, sukarelawan akan

    meninjau, memerhati, temubual dan beramah-mesra bersama masyarakat kampung yang meliputi

    lapisan usia tentang sosio budaya setempat. Antaranya adalah demografi, isi rumah, pendapatan,

    pekerjaan, cara hidup, isu setempat seperti kemudahan asas dan permasalahan sosial. Di akhir

    slot ini, sukarelawan akan melaporkan dapatan masing-masing serta melakarkan peta laluan

    mereka.

    Kami dibahagikan kepada tiga grup. Grup pertama adalah Saudari Tengku Farhanan Tengku

    Mohamed dan Saudari Ili Akmal Mohd Razif yang akan menumpu di lokasi rumah penduduk

    kampung di sebelah Selatan. Grup Kedua terdiri daripada Saudari Ummahatul Hammimah Yatim

    dan Saudari Amalina Ismail pula akan membuat pemetaan di kawasan yang berhampiran sungai

    dan laut. Grup Ketiga pula melibatkan Saudara Izwan Suhadak Ishak, Saudara Mohd Rizaman

    Mohd Sukri dan Saudara Muhammad Farid Salman Alfarisi akan fokus ke lokasi pemakaman

    dan rumah yang berhampiran di arah Utara. Semua akan berkumpul pada jam 11.00 pagi di Bilik

    Operasi di Tadika Darul Huda.

    Kami dari Grup Ketiga terus bergerak ke rumah sasaran yang merupakan sebuah kedai minuman.

    Saudara Mohd Rizaman Mohd Sukri dan Saudara Muhammad Farid Salman Alfarisi pada awal

    agak kekok dan teragak-agak untuk memulakan bicara dengan pengusaha. Saya memulakan

    dengan lafaz Assalamualaikum bagi menyapa Pakcik yang sedang menyapu lantai kedainya.

    Ada jual minuman apa pakcik, soalan terpacul di mulut. Pakcik tersebut tidak respon,

    semacam tidak faham apa yang kami ungkapkan kerana tidak sama dengan loghat mereka.

    Nasib baik dia tidak tanya nak minum apa..., terdetik di dalam hati. Saya terus menerangkan

    tujuan sebenar. Kami menemubual beliau dengan dipermudahkan bahasa oleh Saudara Mohd

    Rizaman Mohd Sukri yang berasal daripada Terengganu.

    Ada beberapa perkara yang menarik perhatian kami. Pakcik Mohsen memberitahu kami tentang

    kegiatan anak muda yang mula make ubak (menagih dadah). Seawal 12 tahun ada yang sudah

    mengambil dadah. Dadah ini diedarkan oleh anak tempatan yang menerima daripada pengedar

    utama dari bandar. Mereka menjadikan salah satu daripada kedai minum di Kg Datuk sebagai

    tempat pengedaran dan penjualan dadah secara terancang. Walaupun maklumat sudah diberikan

    kepada pihak berkuasa namun usaha untuk membanteras masih gagal. Ada di kalangan ibu bapa

    yang melindungi anak mereka yang menjadi penagih. Malah di kalangan suami juga ada yang

    terlibat. Ini memang merunsingkan masyarakat Kg Datuk. Permasalahan ini bukan sahaja terjadi

    di sini tetapi hampir di seluruh wilayah utama di Selatan Thailand. Kebanyakannya mereka yang

    tidak mahu sambung pengajian atau memondok (belajar di pondok). Perkara ini pernah di

    beritahu oleh Tuan Wan Ab Rahman sebelum ini. Isu ini juga dilaporkan oleh grup pemetaan

    komuniti yang lain.

    Selain itu, isu kebersihan telah dibangkitkan oleh penduduk yang kami temui. Bukan semua

    pendudukan yang prihatin terhadap kebersihan kawasan Kg Datuk. Ini memang terbukti ketika

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    15/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    kami berada seminggu di Tadika Darul Huda dan sekitar kampung. Para pelajar akan membuang

    sampah (plastik makanan) mereka di merata tempat. Setiap hari Isnin dan Rabu pasar akan

    dibuka di hadapan Tadika Darul Huda. Pasar Isnin sama seperti Pasar Malam di Malaysia

    manakala Pasar Rabu sama pula seperti Pasar Tani yang menjual ikan, ayam dan keperluan

    dapur. Maka begitulah rutin kehidupan di Kg Datuk. Sampah hanya akan diangkut oleh lori pada

    setiap hari Khamis seperti yang dimaklumkan oleh Tok Nebeng (Ketua Kampung) Abdul Rahim.

    Namun berdasarkan pemerhatian kami, perkara ini tidak terjadi. Maka penuhlah sampah

    terlonggok di tapak pasar. Baunya agak kurang menyenangkan. Bukan itu sahaja, bau kambing

    dan biri-biri juga menambah aromanya.

    Kambing vs Anjing

    Uniknya pula kambing dan biri-biri yang diperlihara oleh penduduk kampung di biar lepas

    bebas. Ternakan milik masjid ditandakan dengan telinga yang berlubang manakala milik

    masyarakat kampung ditandakan dengan ikatan loceng yang khas bagi membedakan setiap

    satunya. Sekali pandang kambing dan biri-biri yang berjumlah sekitar 30 ekor yang sering lepakdi hadapan Tadika Darul Huda dengan pasir putih yang menutupi tanah seakan kita berada di

    Timur Tengah. Ala-ala di padang pasir arabia. Tiada seekor anjing pun. Dimaklumkan oleh

    seorang sahabat ketika kunjungan saya yang pertama ke Patani, anjing akan dikatok(ketuk) jika

    ditemui oleh orang ramai. Malah di kawasan pekan atau bandar kadang-kadang ada sahaja

    kambing. Umpamanya sama seperti kita melihat anjing di Malaysia.

    Makcik Yah pernah mengadu secara berseloroh kepada kami ketika menghantar cucunya ke

    Kelas Qiraati, kambing banyak sangat, duduk tengah jalan, susah makcik nak jalan, kata

    beliau dalam loghat pekat Melayu Patani. Makcik Yah juga pernah dilanggar kambing yang

    menggila. Isu ini benar-benar mengelikan hati kami yang mendengarnya. Insya Allah kami akanbawakan perkara ini kepada Tok Nebeng untuk tindakan lanjut. Pada awal tinjauan kami, agak

    pelik kerana kambing dan biri-biri ini dilepas begitu sahaja tanpa diberi makan. Namun setelah

    beberapa hari kami sedari bahawa ternakan ini akan makan sisa-sisa makanan yang ditinggalkan

    oleh para pelajar dijalanan. Malah sisa makanan seperti ikan dan ayam yang kami buang di

    dalam tong sampah akan diselongkar oleh sang kambing. Bukan itu sahaja, makanan seperti nasi

    dan lauk ikan, ayam dan daging (mungkin kambing atau lembu) yang diberikan kepada kucing

    liar juga dimakan oleh ternakan ini. Unik. Memang unik.

    Isu setempat dan cadangan penyelesaian

    Beberapa laporan yang diterima daripada grup yang lain selepas pemetaan komuniti juga agak

    sama. Menariknya apabila dicadangkan untuk diadakan program keluarga angkat (anak angkat

    akan tinggal bersama keluarga dan membantu kerja rutin), kebanyakan penduduk menyokong

    dan sangat berbesar hati. Maka, laporan ini akan direkodkan untuk tindakan susulan bagi projek

    seterusnya. Selain itu, isu sampah di kawasan sungai dan pantai agak membimbangkan. Perlu

    ada tindakan sewajarnya untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk. Kesedaran perlu

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    16/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    dilakukan, terutama adik-adik pelajar. Agar mereka dapat mendidik diri, keluarga dan

    masyarakat kampung. Ada penduduk kampung yang menyarankan agar mengadakan aktiviti

    untuk golongan muda seperti futsal, bola sepak pantai disamping memberikan pengisian dan

    ceramah supaya minda lebih terbuka.

    Sebahagian budaya anak muda di Kg Datuk bukan sahaja tidak sambung belajar malah bangun

    lambat. Ibu bapa pula yang menanggung perbelanjaan seharian. Maka tidak mustahil

    kecenderungan mereka untuk terlibat dengan gejala kurang sihat juga akan lebih besar. Peluang

    pekerjaan perlu disediakan dengan lebih meluas. Bengkel kemahiran yang mampu melatik anak

    muda dan masyarakat kampung sangat diperlukan bagi menambah pendapatan seharian mereka.

    Ketika mencadangkan kepada kaum ibu di sini, ramai yang menyambut idea tersebut. Kg Datuk

    adalah perkampungan nelayan dan kebanyakan mereka adalah Pengusaha Keropok Ikan.

    Kebanyakan setiap rumah ada kilang kecil untuk memproses keropok ikan. Pasarannya pula di

    seluruh Selatan Thailand dan Malaysia. Bahan mentah dihantar oleh pemborong ikan dari Pasar

    Patani.

    Cabaran besarnya adalah persaingan harga yang tidak terkawal sehinggakan harga menjadi

    rendah. Pasti yang mendapat untung besar adalah orang tengah dan penjual di pasaran luar. Oleh

    itu, usaha bersama bergabung di dalam koperasi amat penting dan bermakna. Harga dapat

    dikawal dan keuntungan berlipat ganda. Demi survival jangka masa panjang. Satu lagi isu utama

    dan penting adalah permasalahan akidah. Berlaku kegiatan khurafat di Kubur Datuk Panjang.

    Pengunjung daripada luar akan datang dan mandi di tepi kubur tersebut bagi menunaikan niat

    atau hajat. Bukan sahaja bukan islam malah yang muslim juga turut melakukan aktiviti ini.

    Semoga Allah swt menyelamatkan mereka daripada kerosakan akidah dan menjauhkan mereka

    daripada bencana yang lebih dahsyat lagi. Belajarlah daripada tsunami yang pernah singgahsebentar di kampung ini.

    Selatan Thailand bergelap

    Pada tanggal 22 Mei 2013, semasa saya dan jamaah maghrib selesai solat dan berzikir, lampu diMasjid Kg Datuk terpadam. Gelap gulita. Malah di luar masjid juga tiada cahaya. Cuma tinggal

    satu lampu kecemasan bernyala di ruang solat utama. Perasaan ketika itu agak mendebarkan dan

    bercampur baur. Fikiran sudah melayang kepada pelbagai persoalan. Ada tembak-menembak?Ada yang terbunuh? Ada serangan bom? Namun zikir terus dilafaz dan diyakin dalam hati.

    Selesai berdoa dan solat sunat saya sempat menyapa bilal, Cikgu Ali. Beliau memberitahu black

    out sering juga terjadi, kadang-kadang mengambil masa dua tiga jam. Makluman tersebutmemang melegakan, maklumlah kami sekarang berada di dalam wilayah konflik yang panjang.

    Sebaik sahaja melangkah keluar dari masjid kelihatan pelajar Qiraati (pengajian al-Quran) sudah

    mula meninggalkan Tadika Darul Huda. Ada yang menaiki basikal dan berjalan kaki. Malah adabeberapa ibu bapa sedang menunggu anak-anak mereka di hadapan pintu sekolah. Pelajar-pelajar

    yang dalam perjalanan pulang tersebut sempat bersalaman dengan saya. Kenapa pulang awal,

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    17/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    tidak mengaji ke hari ini?, tanya saya kepada mereka. Abe...api mapuh, kata mereka dalam

    loghat melayu tempatan. Pada awalnya saya tidak tangkap maksud mereka.

    Tetapi ketika bertemu Mudir Qiraati, Cikgu Nurdin bin Muhamat yang menghantar lampu suluh

    kepada kami, baharulah saya faham maksudnya adik tadi. Abang...lampu mati, kata saya

    dalam hati mengulang maksud kata-katanya tadi sambil tersenyum. Itulah kebiasaannya, jikaberlaku kejadian black out para pelajar nampak tersenyum lebar kerana dapat pulang awal.

    Rupa-rupanya bukan Patani sahaja yang terlibat tetapi menjejaskan lapan juta penduduk di 14

    wilayah di Selatan Thailand terjejas termasuk Chumphon, Krabi, Nakhon Si Thammarat,Narathiwat, Pattani, Phang Nga, Phatthalung, Phuket, Ranong, Satun, Songkhla, Surat Thani,

    Trang dan Yala. Kg Datuk kembali bercahaya sekitar jam 8.00 malam.

    Kelas Qiraati dan belajar al-Quran

    Dalam rekod berdaftar pelajar Kelas Qiraati sejumlah 300 orang pelajar. Namun yang hadir

    mungkin dalam anggaran 200 orang sahaja. Ini kerana bukan semua ibu bapa atau penjaga

    pelajar memberikan penekanan tentang kewajipan hadir ke Kelas Qiraati. Kelas ini bermula

    dengan Maghrib berjamaah dengan dipimpin oleh ustaz mereka di ruang atas Tadika DarulHuda. Kemudian para pelajar akan meneruskan kelas qiraati mengikut tahap masing-masing.

    Kelas tamat dengan solat Isya berjamaah. Ruang untuk belajar memang agak sempit, ada dikalangan mereka yang terpaksa bertalaqi di luar kelas di ruang perkarangan tadika. Mereka akan

    bawa kerusi dan disusun kemas. Hanya ustaz atau ustazah sahaja disediakan meja bagi

    memudahkan semakan bacaan. Ustaz dan ustazah yang mengajar di sini adalah secara sukarela.Ada lima orang ustaz dan lima orang ustazah yang berkhidmat dengan gigih.

    Kebanyakannya adalah lepasan Maahad Darul Ulum yang berhampiran Masjid Besar Al-Fatani.

    Malah sebahagian mereka adalah anak murid kepada Ustaz Osman bin Ismail yang merupakantenaga pengajar di maahad tersebut dan Imam di Masjid Al-Wustha di Kg Nad Tanjung. Setiap

    pelajar akan memberikan 5 kob (50 sen Bath) setiap kali lepas mengaji. Ini kami perasan ketika

    para pelajar memberikan duit kepada sukarelawan yang membantu mengajar Al-Quran setiapkali habis talaqi. Walaupun menolak upah tersebut mereka tetapi meninggalkan duit 5 kob di atas

    meja. Buku yang digunapakai pula mirip seperti buku IQRA bertahap di Malaysia. Selepas

    tamat tahap IQRA mereka akan mengaji Al-Quran sehingga khatam. Suatu perkara yang patutdipuji adalah kelancaran para pelajar ini mengaji. Makraj yang tepat dan sedap. Semangat belajar

    mereka yang kuat walaupun kadang-kadang degil dan lasak namun agak menghiburkan melihat

    gelagat mereka.

    Begitulah rutin mereka dari hari Isnin sehingga Jumaat. Ada pelajar yang sudah kelihatan di

    perkarangan tadika sejam sebelum maghrib. Mereka akan bermain bola sepak, sepak takraw bagi

    pelajar lelaki. Manakala pelajar perempuan, bermain tali getah. Ramai juga yang duduk dipondok-pondok bambu di tepi tadika sambil makan dan minum petang. Termasuklah ibu bapa

    dan nenek yang menghantar mereka. Saya dan sukarelawan berkesempatan berbual bersama

    Makcik Yah. Sebutan loghat Melayu Patani yang pekat agak menyukarkan saya menangkapsetiap makna tutur bicaranya. Tapi yang pasti kehadiran kami sangat diraikan. Bahasa gurau

    senda benar-benar mengusik urat gelak ketawa kami semua. Malah Makcik Yah menawarkan

    kepada sukarelawan untuk tinggal di rumahnya.

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    18/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    Makan Malam Istimewa bersama Kam-Nan di Kg Budi

    Sebagaimana sudah diaturkan oleh Tuan Wan Abd Rahman, Penyelaras Global Peace Mission

    Malaysia di Thailand. Satu makan malam khas pada hari Khamis, 23 Mei 2013 bersama Kam-

    Nan (Penghulu) Nik Mat yang menaungi Kg Nad Tanjung, Kg Datuk dan Kg Budi. Kami sangat

    terharu dan berterima kasih kerana makan malam yang disediakan sangat istimewa. Sebuah

    pondok kayu betul-betul di atas benteng konkrit dengan hempasan ombak laut memang

    mengujakan. Nun jauh di sana nampak hujung Pusat Kota Patani di sebelah kiri. Bangunan

    Prince of Songkla University juga dapat kelihatan. Hujung sebelah kanan, pokok bakau masih

    berani menyambut ombak dan badai. Kami berada di tengah-tengah teluk menikmati masakan

    sup udang dan sotong yang pelbagai saiz dan rasa. Ketam dan ikan segar membangkit selera

    kami. Malam itu mengenyangkan. Ustaz Osman Ismail dan Tok Nebeng (Ketua Kampung) Nad

    Tanjung, Tuan Kamarudin yang membawa kami dengan kenderaan pick-up turut menghayati

    jamuan yang lazat.

    Fatimah Mayon, anak murid Ustaz Osman Ismail turut menemani sukarelawan perempuan.Beliau juga adalah tenaga pengajar Kelas Qiraati dan Guru Bahasa Melayu di Tadika Darul

    Huda. Insya Allah akan menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi di Jogjakarta,

    Indonesia. Telatah Fatimah Mayon semasa berfoto menarik perhatian saya kerana kebiasaannya

    anak-anak, remaja dan orang dewasa perempuan di Patani agak segan jika dirakamkan imej

    mereka. Fatimah benar-benar memberikan pose ketika berfoto bersama sukarelawan perempuan

    walaupun beliau bertudung labuh. Sama seperti remaja muda mudi di Malaysia yang suka

    memberikan isyarat peace dan bergaya sakan. Gelagat Ustaz Osman Ismail yang suka

    mengambil foto juga mengelikan hati saya. Kamera DSLR Nikon yang beliau milik seperti gaya

    seorang fotografer profesional. Cuma penampilan beliau sebagai imam dengan berkain pelikat,

    baju melayu dan kopiah tetap kekal. Benarlah kata orang, ilmu pada teknik mengambil foto bukapada pakaian. Sebelum ini, Ustaz Osman Ismail hanya mengunakan kamera digital Nikon edisi

    Compact.

    Di sebelah pondok kami menjamu selera, ada sebuah surau baharu yang dibina oleh Kam-Nan

    Nik Mat. Boleh memuatkan 20 orang dalam satu masa. Kami solat Maghrib berjamaah yang

    diimamkan oleh Ustaz Osman Ismail. Kemudian kami berduduk santai di pondok yang ada

    dinding di belakang surau. Kami bertaaruf bersama Kam-Nan Nik Mat dan menyatakan tujuan

    menjalakan program Jejak Patani ini. Seperti sudah dipersetujui, Saudari Tengku Farhanan

    Tengku Mohamed yang lebih lancar berbicara loghat tempatan memulakan diskusi. Beliau

    menyampaikan hasil Pemetaan Komuniti di Kg Datuk tempoh hari kepada Kam-Nan Nik Mat.

    Satu persatu diperjelaskan. Beliau sangat berbesar hati atas kajian dan tinjauan yang telah

    dilakukan oleh para sukarelawan. Beliau akan mengambil perhatian dan mengalu-alukan

    kehadiran kami pada masa akan datang.

    Bencana Tsunami di Kg Budi dan Kg Datuk

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    19/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    Kam-Nan Nik Mat juga berkongsikan tentang bencana tsunami yang pernah melanda Kg Budi

    dan Kg Datuk pada 1 November 2010. Jika di Kg Datuk 44 buah rumah rosak musnah, di Kg

    Budi pula hanya 17 buah rumah yang menjadi mangsa hentaman tsunami. Rumah Kam-Nan Nik

    Mat juga terlibat sama semasa kejadian tersebut. Kesan selepas kejadian tsunami boleh dilihat

    dalam media sosial YouTube di pautan http://www.youtube.com/watch?v=J6RSonHykAQ.

    Cerita Kam-Nan Nik Mat yang kurus dan mempunyai janggut berinai merah benar-benar

    menarik perhatian kami untuk mendengar dengan tekun.

    Majlis Agama Islam Patani adalah antara badan kerajaan Thailand telah menghulurkan bantuan

    kepada mangsa tsunami. Banyak bekalan seperti beras dan pakaian disumbangkan oleh orang

    ramai yang turut bersimpati. Digambarkan ketika kejadian berlaku adalah pada waktu petang.

    Ketika anak-anak masih lagi bermain bola dan masyarakat kampung masing-masing sibuk

    menguruskan keluarga di rumah, kelihatan awam mendung dan langit menjadi gelap. Angin

    kencang dan bunyi ribut mengejutkan warga penduduk. Ombak besar datang melanggar rumah

    ditepian pantai. Air bah memenuhi muka bumi. Saya berkesempatan berbual dengan Adik CheHusin, salah seorang peserta Kem Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya minta lakarkan

    keadaan bencana yang dia alami pada atas sekeping kertas A4. Gambarannya kayu kayan

    terapung penuh memenuhi ruang jalan antara rumah.

    Adik Che Husin diselamatkan oleh Bilal Masjid Kg Datuk, Cikgu Ali dengan menggunakan

    perahu nelayan. Mereka semua dibawa ke masjid. Sebahagian mangsa yang lain dihimpunkan di

    Tadika Darul Huda. Ketika banyak rumah yang rosak, masjid masih utuh binaan. Peristiwa ini

    menghimbau kenangan saya ketika menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Aceh Darussalam

    bersama Global Peace Mission Malaysia pada hari ke 100 selepas kejadian Tsunami. Rumah-

    rumah sekililing tiada tinggal satu pun. Hanya tinggal tapak-tapak lantai rumah. Pandangan sayaluas hingga ke pantai dan laut. Masjid masih berdiri kukuh menjadi tempat penduduk sekitar

    menagih rahmat Allah swt daripada dilanggar bencana besar tersebut. Adakah ini satu petanda

    daripada Allah swt? Jika Aceh Darussalam mendapat autonomi dengan pemerintahan sendiri

    oleh rakyatnya selepas dilanda tsunami. Mungkinkah gagasan Patani Darussalam juga dapat

    direaliasasikan?

    Kesimpulan

    Pengalaman mengikuti Jejak Patani 2013 sangat bermakna pada saya secara peribadi. Berbakti di

    dalam wilayah konflik memang mendebarkan. Debaran tentang kekacauan, kemusnahan dan

    kehancuran dek pertembungan antara pihak tentera dan pejuang. Namun debaran itu hilang

    dengan keramahan dan kemesraan setiap peribadi umat Melayu Patani yang ditemui. Bicara dan

    santun mereka menterjemahkan budi pekerti Melayu sejati. Semangat juang keilmuan mereka

    seperti Syeikh Daud al-Fatani dan Syeikh Ahmad al-Fatani. Alhamdulillah, walaupun pelbagai

    kesusahan dan kepayahan yang ditempuh ketika meniti perjalanan, kami akhirnya dapat

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    2013 | Patani Thailand

    http://www.youtube.com/watch?v=J6RSonHykAQhttp://www.youtube.com/watch?v=J6RSonHykAQ
  • 7/28/2019 #1. Travelog Jejak Patani 2013 - Izwan

    20/20

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    merealisasikan Misi Jejak Patani ini yang telah dimulakan setahun lepas. Sindiran yang hinggap

    di telinga, kami biarkan berlalu. Daripada 20 calon sukarelawan yang ingin sertai misi ini hanya

    7 yang berjaya. Sekarang kita telah mengintitusikan Grup Jejak Patani agar misi di Patani dapat

    diteruskan dengan lebih baik.

    Saudara Muhammad Farid Salman Alfarisi dari Indonesia benar-benar meneladani Syeikh

    Samad Al-Palembangi yang turut berjihad membantu perjuangan umat Melayu Patani walaupun

    kena merentas sempadan. Saudara Amalina Ismail, sukarelawan yang terakhir menyertai grup

    ini melakukan misi mustahil kerana cepat mesra dan bertindak. Saudari Ummahatul Hamimah

    Yatim yang paling sabar mengurus dan mengatur cabaran. Saudari Tengku Farhanan Tengku

    Mohamed tetap cekal dan tabah, masih tersenyum dengan segala kerumitan. Saudari Ili Akmal

    Mohd Razif, sukarelawan yang kreatif, ceria dan unik. Saudara Mohd Rizaman Mohd Sukri

    sangat tekun merakam aksi lucu dan babak penting di sepanjang misi ini walaupun wataknya

    pentingnya (fotografer) paling kurang dirakamkan. Saya hanya sukarelawan yang suka dan rela

    melawan demi suatu perjuangan kemanusiaan.

    BESTARI JAYA, MALAYSIA

    12.00 tengah hari

    12 Jun 2013 | 3 Syaaban 1434

    Penulis adalah Penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) dan Pensyarah

    Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat di Universiti Selangor (Unisel)

    Kampus Bestari Jaya. Beliau turut serta dalam Jejak Patani sebagai pegawai

    pengiring dan sukarelawan.

    Nota : Kepada sesiapa yang berminat untuk serta sukarelawan GPTD di dalam danluar negara, sila daftar secara atas talian di http://bitly.com/gptdvolunteer

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei

    |

    http://bitly.com/gptdvolunteerhttp://bitly.com/gptdvolunteer