1. teori etika

39
ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL 1.0 DEFENISI ETIKA Etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Etika adalah bukan yang bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambilkira tindakan atau tingkahlaku manusia. Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.Teori Etika terbahagi kepada 4 iaitu Teori Teleologi,Teori Deantologi ,Teori Kemoralan Sosial dan Teori Keperibadian Mulia. 2.0 TEORI-TEORI ETIKA 2.1 . TEORI TELEOLOGIKAL Teori ini mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. Keputusan yang terakhir bergantung kepada jumlah badingan perkara-perkara baik atau betul yang dilakukan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, iaitu perbandingan antara baik dan buruk, betul dan salah. Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya ia membawa lebih banyak atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan yang berkenaan. Teori teleologikal amat mementingkan hasil akibat sesuatu 1 | Page

Upload: asney-hj-jais

Post on 21-Jan-2016

263 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

1.0 DEFENISI ETIKA

Etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang

mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Etika adalah bukan yang bersangkutan

dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang

mengambilkira tindakan atau tingkahlaku manusia. Etika juga merupakan satu disiplin

ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta

kelakuan manusia yang betul.Teori Etika terbahagi kepada 4 iaitu Teori Teleologi,Teori

Deantologi ,Teori Kemoralan Sosial dan Teori Keperibadian Mulia.

2.0 TEORI-TEORI ETIKA

2.1 . TEORI TELEOLOGIKAL

Teori ini mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung kepada kesan

sesuatu perbuatan. Keputusan yang terakhir bergantung kepada jumlah badingan

perkara-perkara baik atau betul yang dilakukan, sama ada secara langsung atau tidak

langsung, iaitu perbandingan antara baik dan buruk, betul dan salah. Ini bererti sesuatu

tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya ia membawa lebih banyak atau

bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan

yang berkenaan. Teori teleologikal amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan.

Teori teleologikal boleh dilihat daripada dua perspektif, iaitu utilitarianisme dan egoisme.

2.1.1 Teori Utilitarianisme

Teori Utilitarianisme adalah berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan

tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan majoriti.

Individu patut melakukan sesuatu tindakan yang menghasilkan kebaikan maksimum

kepada setiap orang atau membawa kebahagiaan maksimum kepada majoriti

1 | P a g e

Page 2: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Sesuatu perlakuan itu dianggap baik atau benar mengikut kadar atau pertimbangan

kebahagiaan yang diharapkan dapat diperoleh

Utilitarianisme berasal daripada perkataan “utility” yang bermaksud berguna. 

Istilah Utilitarianisme membawa maksud tingkah laku moral yang menghasilkan

kebaikkan yang maksimum ke atas semua pihak.  Orang yang mempelopori teori ini

menurut Warnock(dalam Mills 1964), ialah Jeremy Bentham(1748-1832).  Beliau telah

memperkenalkan satu kaedah saintifik untuk menganalisis kuantiti keseronokan iaitu

kalkulus hedonistik.  Beliau memperuntukkan setiap faktor dengan satu nilai yang boleh

dianalisis.

Berdasarkan analisis tersebut,tingkah laku bermoral dapat di tentukan.   Tingkah

laku yang dapat memberi kegembiraan dan keseronokkan kepada semua pihak

dikatakan satu tingkah laku yang baik dan bermoral.  Untuk menentukan tingkah laku

bermoral atau tidak,setiap unsur moral/nilai dianalisis,mengikut kuantiti tertentu dari

segi kesengsaraan dan keseronokannya.  Agak sukar untuk menentukan tahap

keseronokkan(nilai betul) dan kesengsaraan (nilai salah) sesuatu tindakan itu kerana

mungkin sesuatu tindakan itu dianggap betul dan diterima oleh sesuatu masyarakat

tetapi dianggap salah dan tidak diterima oleh masyarakat lain.

Bagi menentukan salah atau betul sesuatu tindakan itu,aspek peraturan moral

perlu diambil pertimbangan sewajarnya.  Untuk menentukan keseronokkan dan

kesengsaraan ,  sesuatu tindakan mestilah bersesuaian dengan peraturan atau

undang-undang moral universal.  Undang-undang universal ini mesti mengandungi tiga

elemen penting iaitu yang pertama ialah sesuatu prinsip atau peraturan mestilah

diterima dan dipatuhi setiap masa.  Kedua ialah menghormati manusia bukan

memperalatkan manusia.  Yang terakhir ialah pihak yang bertanggungjawab menerima

tindakan sekiranya berada di tempat yang teraniaya.

Walaupun agak sukar untuk mengukur tahap keseronokkan dan kesengsaraan

Bentham mengemukakan satu kaedah mengukur keseronokkan dan kesengsaraan

melalui “kalkulus hedonistic”.  Beberapa elemen telah dikenalpasti boleh digunakan

untuk menentukan tahap keseronokkan dan kesengsaraan.

Ada tujuh elemen yang perlu diberi pertimbangan bagi mengukur tahap

keseronokkan dan kesengsaraan.  Setiap elemen ditentukan tahap keseronokkan dan

2 | P a g e

Page 3: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

kesengsaraan dengan satu skala ukuran iaitu -1 hingga -10 dan t1- t10.  Tanda – di

hadapan menunujukkan tahap kesengsaraan manakala tanda t di hadapan nombor

menunjukkan tahap keseronokkan.  Tujuh elemen yang yang perlu dipertimbangkan itu

ialah Kedalaman(intensity), Kelamaan(duration), Kepastian(certainly),

Kesegeraan(propinquity), Kesedaran(fecundity), Keberkesanan(purity) dan Had(axtent).

Bagi menjelaskan utilitarianisme,  teliti kes yang berikut:

Anda sebagai ejen di sebuah syarikat skim cepat kaya(SCK),  berasa lega

kerana telah mendapat peratus keuntungan kerana berjaya mendapatkan pelabur

baru,walaupun anda sedar bahawa pelabur itu telah tertipu.  Sementara itu,pelabur

yang anda pujuk telah menjual tanah dan keretanya demi untuk melabur dengan

harapan mendapat pulangan dengan cepat dan mudah.  Peringkat awal syarikat anda

member pulangan yang telah dijadualkan.  Bagaimanapun,akhirnya syarikat anda tidak

memberi apa-apa pulangan lagi,bahkan pelaburan pokok pun dilesapkan.

            Kedalaman ialah kesan pengalaman pelabur melabur satu kesengsaraan

kerana menjual harta benda untuk melabur katakan -10 menggambarkan kesengsaraan

tersebut.  Bila mendapat dividen/pulangan hasil daripada pelaburannya dalam masa

yang singkat, pelabur berasa seronok.  Untuk itu tahap keseronokkannya adalah +7.

Bagaimanapun, setelah diseimbangkan,pelabur masih sengsara kerana pulangan yang

diterima tidak dapat menampung pelaburan yang dikeluarkan.  Tahap kesengsaraan itu

ialah -3 iaitu kesengsaraan awal -10 dan keseronokkan mendapat dividen t7.  Bagi

pihak anda pula,  keseronakkan t10 berlaku kerana mendapat keuntungan bila

mendapat pelabur baru.

            Kedalam ialah elemen untuk menentukan lamanya keseronokkan atu

kesengsaraan itu berakhir.  Mendapat dividen atau pulangan daripada pelaburan

adalah pengalaman yang menyeronokkan (katakan t10)  terutama jika semua dividen

itu dibelanjakan.  Keseronokkan ini menjadikan pelabur bersifat tamak dan mahu 

melabur lagi(katakan 50% dilaburkan lagi).  Ini bermakna satu kesengsaraan(-5) 

kerana sebahagian dividen yang sepatutnya dibelanjakan telah dilaburkan kembali. 

Setelah diseimbangkan tahap keseronokkan pelabur hanyalah t5.  Bagi anda

3 | P a g e

Page 4: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

pula,keseronokkaan yang amat sangat dirasai(t10) kerana bila pelabur kembali

melabur,bermakna satu keuntungan bagi anda.

            Kepastian(certainly) ialah keseronokkan peringkat awal bertukar menjadi

kesengsaraan bila pelabur hilang harta benda dan pelaburannya -10.  Anda berasa

kerugian kerana sentiasa diganggu oleh pelabur untuk bertanya tentang dividend an

pelaburan yang telah dijanjikan dahulu.(katakan -7).

            Kesegeraan (propinquity) ialah apabila pelabur mendapat kesengsaraan apabila

mengeluarkan duit untuk pelaburan() manakala anda mendapat rasa seronok t10

kerana mendapat keuntungan hanya dengan memujuk pelabur tanpa mengeluarkan

sesen pun modal.

            Kesedaran(fecundity)  pula adalah apabila pelabur berasa seronok kerana

mendapat dividen,tetapi bertukar kepada sengsara kerana hilang kesemua

pelaburannya -10, manakala anda juga tidak merasa seronok (katakana -8) kerana

sentiasa dikejar oleh pelabur tersebut.

            Keberkesanan (purity)bagi pelabur  berlaku apabila bukan sahaja tidak

mendapat pulangan tetapi wang pokok juga tidak diperolehi lagi,  jadi tahap

kesengsaraan -10.  Bagi anda,perasaaan bersalah wujud kerana tidak dapat memberi

pulangan kepada pelabur dan aktiviti terhenti kerana syarikat muflis. 

Bagaimanapun ,mungkin perasaan itu tidak seteruk pelabur kerana banyak mendapat

keuntungan di peringkat awal (katakana -5).

            Had (extent) yang dapat dijadikan contoh dalam cerita diatas adalah ,kedua-dua

pihak pelabur dan penganjur akan berasa sengsara kerugian sekiranya anda ditangkap

polis katakana -10 kerana pelabur hilang pelaburannya manakala anda di dakwa.  Pada

pihak yang lain pula seperti ahli keluarga kedua-dua pihak pelabur dan penganjur akan

menerima kesan secara tidak langsung kehilangan harta dan akan didakwa.  Tahap

kesengsaraan pihak lain (katakan -3).

Tahap kesengsaraan  dan keseronokkan boleh dikira  dengan membuat satu jadual

seperti berikut:

4 | P a g e

Page 5: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

ELEMEN PERTIMBANGAN KES PELABUR ANDA

1 Kedalaman / Intensity -7 t 10

2 Kelamaan / Duration t 5 t 10

3 Kepastian / Cetainly -10 -7

4 Kesegeraan / Propinquity -10 t 10

5 Kesedaran/ fecundity -10 -8

6 Keberkesanan / Purity -10 -5

7 Had / Extent -10 -3

JUMLAH -57 t 7

Didapati tahap kesengsaraan -52 lebih tinggi berbanding tahap keseronokkan iaitu

hanya t7.  Jadi jelaslah bahawa perlakuan memujuk pelabur itu adalah perlakuan yang

tidak bermoral kerana kesengsaraan berkali ganda tingginya berbanding dengan

keseronokkan.

Kelemahan kalkulus hedonistic Bentham ialah:

a)     Intensiti keseronokkan bersifat subjektif sebab perasaan individu berbeza.

b)    Kualiti keseronokkan seseorang tidak sama

c)    Mengukur kuantiti keseronokkan dan kesakitan amat sukar pada masa yang berlainan

dengan pengalaman yang berlainan.

3.3 Teori Etika teologikal Klasik (Utilitarianism)

Teologikal adalah terma yang wujud dalam bahasa Greek yang bermaksud hasil

keputusan atau kesan. Sistem teologi etika ini memberi fokus kepada kesan sekarang

berbanding niat seseorang individu. Terma inilah yang dikatakan Utilitarianism. Teori ini

bergantung kepada kesan hasil daripada tindakan seseorang. Jika tindakan seseorang

5 | P a g e

Page 6: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

atau sesebuah masyarakat itu betul, maka ia akan membawa faedah dan jika tidak ia

membawa kepada keburukan kepada ramai orang. Pengagihan kesaksamaan dalam

teori ini menggunakan suara majoriti. Namun teori ini masih kurang sempurna kerana ia

hanya mengutamakan suara majoriti, dan mengabaikan serta mengekploitasi suara

minoriti . Tidak ada keseimbangan faedah yang terima oleh minoriti berbanding majoriti.

Berdasarkan kepaada teori ini, pegawai pemilihan itu tidak harus mengambil saudara

maranya menjadii calon yang layak mendapat tempat di universiti ini kerana ia tidak

membawa apa-apa faedah kepada masyarakat tetapi faedah hanya pada dirinya

sendiri. Jika saudara maranya di pilih, pegawai itu akan di senangi oleh kaum

keluarganya sahaja, dan dia telah menyekat peluang orang lain untuk menimba ilmu.

Tetapi jika pegawai itu memberikan peluang kepada orang lain, dia telah membantu

masyarakat dengan menaikkan taraf sosio ekonomi keluarga orang lain dengan

peluangnya memberikan pelajar itu tempat dalam universiti. Dengan penggunaan teori

ini , jelas keputusan yang patut di ambil ialah memberikan tempat dalam universiti

kepada orang yang memang berkelayakan tanpa mengira status perhubungan yang

terjalin antara pegawai pemilihan.

Contoh:

Peperangan dan cara peperangan dianggap wajar jika ia menghasilkan kebahagiaan

dan kebaikan melebihi kesengsaraan dan penderitaan yang dialami dalam situasi

tertentu dibenarkan melakukan perkara tidak baik demi mengelakkan berlakunya

perkara yang lebih buruk.

2.1.2 Teori Egoisme

Teori egoisme adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu adalah

“betul” jika ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu itu “buruk” jika ia

membawa keburukan kepada diri sendiri.Egoisme di bahagikan kepada  dua iaitu

6 | P a g e

Page 7: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

egoism psikologi dan egoisme etika.  Egoisme psikologi ialah satu teori deskriptif

mengaitkan bagaimana orang melakukan tindakan.  Egoisme etika pula ialah

memberitahu bagaimana mereka perlu bertindak.  Ia di takrifkan sebagai teori yang

menganggap nilai baik itu menguntungkan diri sendiri dan nilai buruk itu merugikan diri

sendiri.  Factor egoism individu ialah pengaruh alam sekitar sosial sikap mengagumi diri

sendiri dan psikologi yang menganggap adanya ketiadaan jalan dalam motif dan

dorongan.

2.2 TEORI DEONTOLOGI

Teori ini menolak apa yang diperakui oleh teori teleologikal. Menurut teori ini,

akibat/kesan sesuatu perlakuan adalah tidak dititikberatkan. Apa yang lebih penting

ialah sifat perlakuan atau ciri-ciri peraturan itu. Sesuatu perlakuan sama baik atau

buruk, benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral

yangbernilai intrinsik. Oleh itu, kita perlu memahami kewajipan dan peraturan moral

yang sedia ada sebelum kita mula memilih sesuatu tindakan moral yang betul.

Perlakuan kita dianggap bermoral jika mengikut kewajipan dan sebaliknya. Teori

Deontologi boleh dibahagikan kepada dua prinsip utama, iaitu Prinsip Kewajipan dan

Prinsip Eksistensialisme.

2.2.1. Prinsip Kewajipan

Prinsip Kewajipan dikemukan oleh Immanuel Kant (1724-1804) yang menegaskan

pelaksanaan tanggungjawab semata-mata kerana pelaksanaan itu merupakan satu

tanggungjawab. Tanggungjawab merupakan satu nilai utama menentukan sama ada

tindakan itu bermoral atau tidak. Ramai ahli kemoralan merumuskan tanggungjawab

kemoralan berdasarkan keagamaan, tetapi terdapat tanggungjawab yang tidak berubah

7 | P a g e

Page 8: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

mengikut agama atau adat resam, misalnya tidak membunuh, tidak berzina atau tidak

menipu dalam apa jua keadaan merupakan peraturan universal. Menurut Kant, sesuatu

tindakan yang betul perlu selari dengan kemoralan universal. Maka, kita tidak perlu

membuat pertimbangan tentang kesan tindakan (Teori Teleologikal) sebelum kita

membuat keputusan.

2.2.1  Prinsip Eksistensialisme

Prinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan

individu secara bebas. Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis

berpendapat bahawa peraturan dan prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif

dan berubah-ubah. Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada satu set peraturan yang

boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan tindakan bermoral. Oleh itu,

relativisme individu dianggap sebagai mutlak. Tindakan baik atau buruk adalah

berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Individu akan bebas bertindak dan

dialah yang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri. Sebagai contoh,

peperangan dan konflik antara ras adalah tanggungjawab manusia yang menimbulkan

masalah-masalah tersebut. Maka, manusia yang juga menyelesaikan masalah tersebut.

Ini adalah kerana manusia perlu bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah

laku moralnya sendiri.

3.0 TEORI KEMORALAN SOSIAL

Teori Kemoralan Sosial cenderung mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep

etika. Ia merujuk kepada standard atau ukuran moral yang merangkumi nilai-nilai yang

mementingkan masyarakat. Individu bukan sebagai matlamat kemoralan. Nilai atau

peraturan ini adalah ukuran dan persetujuan masyarakat . Oleh itu individu

bertanggungjawab untuk mematuhi standard moral ini demi menjaga kerukunan sosial

8 | P a g e

Page 9: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

yang sedia ada. Sebagai contoh, Umat Hindu dikehendaki mengamalkan apa yang

diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang menerusi dharma dan ahimsa. (Rujuk

Buku Abdul Rahman Md. Aroff)

4.0 TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Teori ini merupakan teori yang tertua dan dikatakan terhasil daripada falsafah tradisi

Greek. Pengasas utama teori ini adalah Aristotle (384 – 322 s.m) yang mengatakan

bahawa peribadi mulia dianggap sebagai satu keperluan seseorang individu itu untuk

membolehkannya menjalankan aktiviti yang rasional dengan berkesan. Selain itu,

beliau juga menyatakan bahawa kebijaksanaan serta penilaian yang baik adalah

penting dalam melakukan sebarang tindakan.

Beliau juga menegaskan bahawa teori keperibadian mulia merupakan keseimbangan

antara yang keterlaluan dalam perlakuan, emosi, keinginan dan sikap. Bila mana

seseorang individu tersebut melakukan sebarang tindakan negatif tetapi wujud etika

yang mendatangkan kebaikan disebalik tindakan negatif tersebut.

Seorang lagi ahli falsafah iaitu MacInttyre, beliau telah mengaplikasikan teori ini di

dalam kajiannya mengenai pemikiran etika profesional. Beliau memperkenalkan aktiviti

bekerjasama yang menekankan kebaikan dalaman dan luaran. Kebaikan dalaman

adalah merujuk kepada amalan golongan profesional yang dapat memberi kebaikan

kepada umum. Kebaikan luaran merujuk kepada wang dan prestij yang diperolehi

daripada aktiviti lain.

Terdapat empat kategori kebaikan profesional iaitu kebaikan diri sendiri, kebaikan untuk

masyarakat, kebaikan kepada kumpulan dan kebaikan kemahiran.

4.0.1 Kebaikan Diri Sendiri

Kebaikan ini adalah asas dan panduan golongan profesional untuk mengamalkan

tanggungjawab moral dan autonomi mereka. Beliau menekankan kefahaman terhadap

prinsip moral iaitu apabila seseorang individu itu perlu memahami dirinya sendiri

terutamanya dari sudut kelemahan dan kekuatannya. Dari aspek kebijaksanaan, orang

9 | P a g e

Page 10: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

yang pandai tidak semestinya bijaksana. Hal ini kerana kebijaksanaan adalah terhasil

daripada pengalaman, kreativiti, dan keperihatinan. Dari aspek komitmen pula, ia

adalah kefahaman atau penghayatan terhadap sesuatu tindakan seperti keberanian,

disiplin diri, menghormati diri sendiri, kejujuran dan ketelusan, ketabahan dan ketaatan

terhadap komitmen.

4.0.2 Kebaikan Untuk Masyarakat

Kebaikan untuk masyarakat ini dilihat daripada hasil tindakan seseorang individu

profesional tersebut yang dapat mendatangkan kebaikan kepada masyarakat. Keadilan

adalah perkara yang paling diutamakan dalam hal meghormati hak seseorang

terutamanya dalam hak membuat keputusan yang berisiko. Kebaikan golongan

profesional yang minimum ialah tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

4.0.3 Kebaikan Kepada Kumpulan

Ciri-ciri ini penting kepada seseorang profesional apabila mereka menjalankan aktiviti

yang melibatkan kerjasama dengan orang lain. Antara aspek yang ditekankan ialah

semangat rakan sejawat, bekerjasama, kebolehan berkomunikasi secara berkesan dan

menghormati undang-undang. Selain itu, aspek kesetiaan terhadap majikan serta aspek

kepimpinan untuk bersedia untuk memikul tanggungjawab dan memberi motivasi

kepada orang lain juga penting.

4.0.4 .Kebaikan Kemahiran

Kebaikan kemahiran ini menekankan soal penguasaan amalan kemahiran dalam

sesuatu bidang profesion tertentu. Kecekapan, ketekunan dan kreativiti antara aspek

kebaikan yang ditekankan. Antara ciri – ciri keperibadian mulia ini juga mempunyai

kaitan rapat dengan sifat integriti, kejujuran, pertimbangan, menghormati diri, dan

mempunyai rasa tanggungjawab.

10 | P a g e

Page 11: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

KONSEP MORAL

Definisi/Pengertian

Menurut pengertian bahasa, moral berasal daripada bahasa latin moralis atau mores

iaitu yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai atau pun

tingkahlaku yang sejajar dengan tatasusila atau peraturan hidup bermasyarakat.

Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan

untuk menentukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan

secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik, atau buruk. Moral merangkumi segala

nilai murni seperti merendah diri, benar, belas kasihan, keadilan, persefahaman, kasih

sayang, berdikari dan lain-lain.

Moral merupakan persoalan yang praktikal namun tidak semua persoalan

praktikal adalah moral. Moral membicarakan persoalan betul atau salah, apa yang perlu

dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu.

Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk

individu. Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.

Moral merupakan cara melihat dan menilai sesuatu isu berhubung dengan

sesuatu tingkah laku berdasarkan pandangan masyarakat sejagat dan budaya sesuatu

masyarakat. Perbuatan yang serupa dilihat dari sudut yang berlainan berdasarkan nilai

yang dipegang oleh masyarakat yang berbeza.

Peter Baeiz dalam bukunya „Ethics and Belief‟ menyatakan bahawa “moral dan

etika selalunya mempunyai makna yang sama. Apakah faedah membezakan di antara

keduanya kerana selalunya kita gagal untuk membezakannya.” Berdasarkan kenyataan

Peter Baeiz, moral dan etika mempunyai persamaan. Moral bersifat praktikal kerana ia

merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu

masyarakat. Manakala etika bersifat teoritikal kerana ia mengkaji, menganalisis dan

mengkritik sistem moral tersebut. Moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika,

manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya. Istilah moral meliputi sifat-sifat luhur

seperti baik hati, belas kasihan, tolong-menolong, bersih, berani, adil, kasih-sayang,

toleransi, bersosial dan rajin.

11 | P a g e

Page 12: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, Edisi keenam, moral bermaksud

kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta

bersifat praktikal. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan

tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai

penentu. Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang

membentuk individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan

yang dianuti.  Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam

bahasa asing disebut conscience, conscientia, gewissen, geweten dan dalam Bahasa

Arab disebut qalb, fu’ad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan

untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu

sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah

muncul dalam bentuk kebebasan.

Sebagai contoh, dalam kehidupan bermasyarakat, kesedaran moral dapat

mewujudkan masyarakat yang harmoni dan progresif. Hal ini kerana, kesedaran moral

yang wujud dalam setiap diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang

rasa, tolong-menolong dan lain-lain nilai yang baik. Perkara ini seterusnya akan

membantu dalam melahirkan sebuah negara yang aman dan tenang di mana setiap

rakyat akan sentiasa berasa selamat dan sejahtera dengan adanya masyarakat yang

mempunyai kesedaran moral yang tinggi.Contoh ini jelas menyokong kata-kata Thomas

Hobbes yang telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral seperti berikut,

 “Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak

berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi

jahat, bersifat buas dan angkuh”.

(Mohd. Janib Johari, 1994).

12 | P a g e

Page 13: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

TEORI PERKEMBANGAN MORAL KANAK-KANAK

Perkembangan moral merujuk kepada perolehan nilai dan kesedaran tentang apa yan

buruk dan apa yang baik, apa yang betul dan apa yang salah, berdasarkan kod etika

masyarakat setempat. Keupayaan kanak-kanak membezakan antara buruk dengan

baik sesuatu perbuatan tersebut diukur dari segi kebolehan mereka memahami niat,

tatasusila atau peraturan masyarakat serta nilai budaya dan agama

Perkembangan Moral tertumpu kepada tiga aspek iaitu perkembangan pemikiran

moral, perkembangan perasaan moral serta perkembangan tingkah laku moral.

Perkembangan dalam ketiga-tiga aspek ini mampu membawa kepada kematangan

moral kanak-kanak. Apabila membincangkan mengenai perkembangan moral, terdapat

tiga teori yang boleh dijadikan rujukan utama. Teori tersebut ialah:

Teori Perkembangan Moral Kognitif

Anak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia

sekelilingnya Mereka mengadaptasikan pemikiran dengan memasukkan idea-idea baru

bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara. Piaget menyatakan,

perkembangan kanak-kanak dan remaja mempunyai dua peringkat iaitu Peringkat

heteronomus (umur 4 hingga 7 tahun). Pada peringkat ini, beliau menganggap kanak-

kanak memandang perundangan sebagai tidak dapat diubahdan peringkat kedua

adalah autonomus (10 tahun ke atas) yang mana pada peringkat ini mereka sedar

peraturan yang dikenakan ke atas mereka dikuatkuasakan oleh manusia juga. Menurut

Piaget lagi setiap manusia melalui empat tahap perkembangan kognitif iaitu tahap deria

motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan tahap operasi formal (Sakhilah

Shahkat Ali, 2009).

Perkembangan moral pula ditentukan dalam tiga tahap. Tahap pertama adalah

tahap pramoral. Pada tahap ini kanak-kanak berminat dengan diri sendiri sahaja

dan mengutamakan pandangan sendiri. Pada peringkat kedua iaitu peringkat

heteronomous, kanak-kanak lebih berhati-hati dan berminat pada orang lain.

Pada peringkat ini perasaan hormat kepada pihak yang berkuasa serta berupaya

13 | P a g e

Page 14: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

menerima peraturan. Kanak-kanak juga berupaya membuat pertimbangan moral

iaitu menentukan baik buruk atau betul salah melakukan sesuatu perkara.

Peneguhan dalam bentuk ganjaran dan hukuman diambil kira dalam peringkat ini

(Sakhilah Shahkat Ali, 2009).

Peringkat yang terakhir pula ialah kemoralan autonomous. Pada peringkat ini

kanak-kanak mengambil berat tentang kebajikan dan minat masing-masing.

Perasaan hormat pada orang lain juga mula dititikberatkan. Piaget menjelaskan

pada peringkat ini kanak-kanak menganggap peraturan boleh berubah-ubah

berdasarkan kerjasama dan rasa hormat pada orang lain. Keputusan moral tidak

lagi pada kehendak undang-undang autoritarian tetapi segala aspek boleh

diambil kira. Keupayaan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai sudut

Teori Perkembangan Moral Tingkah laku Kohlberg

Menurut Kohlberg, pada tahap perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari

apa yang betul dan apa yang salah. Dia juga akan mempraktikkan kebaikan, kejujuran,

kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis aspek moral yang lain, walaupun beliau tidak

mengetahui maksud moral yang sebenar. Daripada kajian beliau, Kohlberg (1983)

menyarankan tiga tahap utama perkembangan moral dan tiap-tiap tahap boleh

dibahagikan kepada dua peringkat. Pra-Konvensional (0-9 tahun) merupakan tahap

yang paling bawah dalam penakulan moral. Pada tahap ini perlakuan dinilai

berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut.

Dalam tahap ini terdapat dua peringkat iaitu peringkat orientasi kepatuhan dan

hukuman dan peringkat orientasi jangkaan individu.

Tahap 2 adalah Konvensional (9-20 tahun) Tahap pertengahan di dalam teori

perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap ini, inividu sudah mula mengaplikasi

peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti.

Tahap ini mengandungi dua peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada

sistem sosial.

14 | P a g e

Page 15: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Tahap ke-3 dikenali sebagai Post- Konvensional (>20 tahun) Tahap penaakulan

moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. Pada tahap ini individu

rnula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral,

Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri, Dua peringkat yang

terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak individu dari etika prinsip

sejagat.

Teori Perkembangan Moral Sosial

Idea tentang perkembangan atau pembelajaran sosial telah dipelopori oleh Miller dan

Dollard pada tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter (1963) telahmenghalusi

dan mendalami kajian ini. Bandura mendapati bahawa dalamkehidupan seharian

terdapat banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh,tauladan, tiruan dan

penggunaan bahasa.Tiruan ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu tiruan mudah

dan identifikasi seseorang supaya ditiru.

Peniruan ini berlaku dalam tiga bentuk iaitu tiruan secara langsung, ia merujuk

kepada meniru seseorang atau model dengan melihat kepada orang itu.Peniruan

melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan, sekat lakuan merupakan tingkahlaku yang

sesuai pada satu masa tetapi tidak sesuai dalam situasi yang lain. Tidak sekat lakuan

merujuk kepada seseorang yang terus meniru amalan tingkah laku dalam sesuatu

situasi ke situasi yang lain.

Peniruan secara elisitasi, proses ini menunjukkan seseorang itu terus

melakukan apa sahaja yang orang lain lakukan setelah individu tahu melakukannya.

Tiruan ini merupakan aktiviti mengulangi gerak geri tindakan orang lain.Dengan idea

tiruan ini maka moral kanak-kanak banyak dibentuk atau diperoleh dengan meniru ibu

bapa, guru atau orang sekeliling secara formal atau tidak formal.

Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses

pembelajaranmelalui pemerhatian atau pemodelan iaitu pemerhatian, mengingat,

reproduksidan peneguhan atau motivasi

15 | P a g e

Page 16: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

(i) PemerhatianUntuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan

perhatian. Biasanyakita memberi perhatian kepada orang yang menarik,

popular, cekap ataudisanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin

merujuk kepada ibu bapa,abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar

yang lebih tua ia mungkinmerujuk kepada rakan sebaya yang popular dan

artis pujaan. Faktor- faktor yangmempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri

model termasuk nilai, umur, jantina, statusdan perhubungan dengan

pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikanpelajar menumpukan

perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran denganpengajaran yang jelas

dan menekankan isi-isi penting

(ii) MengingatUntuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan

perhatian. Biasanyakita memberi perhatian kepada orang yang menarik,

popular, cekap ataudisanjungi. Untuk kanak-kanak kecil ini mungkin

merujuk kepada ibu bapa,abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar

yang lebih tua ia mungkinmerujuk kepada rakan sebaya yang popular dan

artis pujaan. Faktor-faktor yangmempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri

model termasuk nilai, umur, jantina, statusdan perhubungan dengan

pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikanpelajar menumpukan

perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran denganpengajaran yang jelas

dan menekankan isi- isi penting

(iii) Reproduksi Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku

yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku

ditunjukkan danmengingat ciri-ciri atau langkah-langkah dia mungkin

belum boleh melakukannyadengan lancar. Sesorang itu memerlukan

latihan yang banyak, mendapatmaklum balas dan bimbingan tentang

perkara-perkara penting sebelum bolehmenghasilkan tingkah laku model.

Di peringkat penghasilan latihan menjadikantingkah laku lebih lancar dan

mahir.

(iv) Peneguhan/MotivasiKita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau

tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat

melakukan tingkah laku itusehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau

16 | P a g e

Page 17: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

insentif untuk melakukannya.Peneguhan boleh memainkan beberapa

peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita

mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan

seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk

menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah

laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran

Teori Perkembangan Moral Humanistik

Teori pemebelajaran humanis member tumpuan kepada apa yang berlaku

dalam diri seseorang individu seperti perasaan dan emosinya. Pendekatanhumanis

menekankan cara pemikiran, pengamatan dan cara

mengintepritasi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan dan tingkah

laku moral. Ahli psikologi humanis mempercayai bahawa seseorang

individu sedar dan bertanggungjawab terhadap segala tingkahlakunya.

Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai pesepsi diri

sendiri tentang minat, sikap dan nilai dan kebolehan melihat pesepsi orang

lain terhadap diri sendiri dengan persekitaran. Konsep kendiri positif adalah

perrcaya dan yakin kepada diri sendiri secara fizikal, mempunyai minat

yang objektif dan tidak terlalu sensitif.

Carl roges berrpendapat pembentukan moral yang baik adalah melalui

model yang boleh dicontohi dan berpengalaman seperti ibu bapa, rakan

sebaya, orang dewasa dan dirinya sendiri. Pemupukan nilai dan keyakinan

diri melalui didikan ini akan membentuk konsep kendiri yang positif. Selain

itu alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam perkembangan

moral khasnya sebaran am, budaya dan penilaian masyarakat terhadap

sesuatu tingkah laku. Akhirnya, penilaian individu terhadap keperluan

asasinya seperti keselamatan , fizikal, kasih saying dan penghormatan diri

akan mempengaruhi penaakulan moral.

Cara- cara membina konsep kendiri yang positif adalah memberi galakan

bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak. Ibu bapa harus berpuas hati

17 | P a g e

Page 18: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

dengan hasil kanak-kanak dan member pujian atau ganjaran. Ibu bapa

juga perlu memupuk nilai moral dan agama yang baik di dalam jiwa kanakkanak sejak

mereka masih kecil lagi.

FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN DISEKOLAH MEMPENGARUHI

PEMBENTUKAN MORAL KANAK-KANAK

PERSEKITARAN

Menurut Rahil & Habibah (2002), persekitaran atau“nurture”ialah segala

rangsanganyang mempengaruhi perkembangan individu. Coon (2000) pula

memberikan definisi bahawa persekitaran itu ialah

“The sum of all external conditions affecting development, especially the effects of

learning”.

SEKOLAH

Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat

penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan

sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah

tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Negara

tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Jikalau sistem pendidikan dan

carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya lembab, maka cita-cita

negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang begitu

sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanya tinggal terukir di

pejabat atau bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-mata.

Sekolah seringkali diungkapkan sebagai sebuah institusi yang menyeluruh

bagi segolongan manusia berkumpul dan bekerja bersama-sama untuk sesuatu tempoh

masa yang tertentu. Organisasi seperti ini ditadbirkan secara formal. Oleh sebab

sekolah merupakan sebuah organisasi, maka wujudlah suatu budaya yang tersendiri

dan menjadikannya tempat kedua yang berperanan memberikan pengajaran dan

pendidikan kepada anak-anak selepas ibu bapa. Persekitaran, amalan, serta polisi

18 | P a g e

Page 19: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

sekolah mempengaruhi aktiviti, tingkah laku, serta interaksi pelajar di sekolah. Kajian

Mayer dan Butterworth (1979) menunjukkan bahawa program pengurusan dan

perundingan tingkahlaku yang dijalankan oleh sekolah dapat meningkatkan

keselamatan pelajar serta meninggikan pembelajaran dan kesihatan interaksi sosial

dalam kalangan pelajar.

Faktor sekolah dan persekolahan juga memberi sumbangan terhadap

pembentukan dan perkembangan moral seseorang kanak-kanak.Selain daripada

menerima pengetahuan dan pengajaran, sekolah adalah institusi yang berfungsi

sebagai pemberi pendidikan yang menyentuh aspek nilai-nilai murni. Disekolah

seseorang individu dapat membentuk disiplin dan sikap bertanggungjawab.Selain itu,

aktiviti-aktiviti ko-kurikulum juga membantu individu membentuk diri yang positif.

Pentadbir sekolah yang berusaha untuk memberikan kemudahan pengajaran,

pembelajaran dan prasarana yang kondusif akan dapat membantu proses

perkembangan moral kanak-kanak.

Rahil & Habibah (2002) pula menjelaskan bahawa sekolah memainkan peranan

yang penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana mereka banyak menghabiskan

masa disekolah, aktiviti gerak kerja kokurikulum dan menghabiskan kerja tambahan

sekolah. Selain itu,sekolah juga mendedahkan kanak-kanak kepada guru-guru yang

menekankan bukan sahaja pencapaian akademik, motivasi untuk belajar, penguasaan

kemahiran dan mempertingkatkankemajuan tetapi juga sikap tanggungjawab,

kepimpinan dan autoriti.

Faktor sekolah yang boleh mempengaruhi kenakalan anak-anak ialah disiplin

sekolah yang longgar, ibu bapa tidak mengambil tahu kemajuan dan pencapaian anak

di sekolah, guru tidak mengambil tahu masalah yang dihadapai oleh murid-murid. serta

suasana perhubungan yang tidak mesra antara pelajar-pelajar sesama mereka dan

hubungan dengan guru-guru. Murid pergi ke sekolah dengan pelbagai tujuan dan

matlamat.Mereka melihat sekolah daripada pelbagai perspektif yang berbeza. Ia

mungkin adalah tempat melepak, mencari pengaruh, melaram, membentuk kumpulan,

mencari ilmu, bertemu kawan-kawan dan lain-lain lagi. Remaja menghadapi kesulitan

apabila mereka menjadikan sekolah tempat mencari sesuatu yang hilang ataupun

kekurangan pada diri mereka, seperti kasih sayang, harga diri, penghormatan,

19 | P a g e

Page 20: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

pengaruh dan lain-lain. Tidak dapat dinafikan sekolah adalah institusi pendidikan yang

berfungsi melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek. Kurikulum sekolah kini yang lebih mengorentasikan kecemerlangan akademik

daripada perkembangan emosi dan rohani pelajar telah memberi kesan negatif kepada

perkembangan sahsiah pelajar dan menyumbang kepada masalah disiplin pelajar.

RAKAN SEBAYA

Shahabudin, Mahani & Ramlah (2003) menjelaskan bahawa rakan sebaya adalah

agen penting mempengaruhi pembentukan dan perkembangan individu kanak-kanak.

Rakan sebaya yang mempunyai nilai-nilai positif seperti bekerjasama, tolong menolong

dan saling bantu-membantu dapat membantu proses pembelajaran dan memberi

kesan kepada perkembangan moralnya.

Rahil & Habibah (2002) pula menyatakan rakan sebaya melibatkan kesamaan sosial

iaitu dari segi umur, pematangan, latar belakang dan suka bersama dalam

pelbagai aktiviti danmatlamat. Menurut mereka lagi, rakan sebaya juga menyumbang

kepada sosialisasi dengan menguji bakat seperti kebolehan sukan, keberanian, kepimpinan,

kepopularan dan kecantikanfizikal. Mereka juga membahagikan rakan sebaya kepada dua

jenis kumpulan iaitu merupakan satu kumpulan yang rapat, yang mengandungi sekurang-

kurangnyaenam rakan. Mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang dikongsikan bersama dan

keahlian dalam membenarkan persahabatan yang dipilih dimana mereka sangat akrab dan

berkongsi minat dan mengandungi 15 hingga 30 orang. Biasanya ianya terdiri dari 2 hingga

4 kumpulan dalam persatuan tidak formal dan selalunya merupakan kelab, persatuan dan

organisasi sukan.

Rakan sebaya dianggap orang kedua yang paling rapat dengan diri seseorang

individu. Ini kerana mereka dianggap orang yang memahami masalah dan kehendak rakan

mereka. Bergaul dengan rakan-rakan yang salah menyebabkan seseorang terkeluar dari

kehidupan yang betul malahan apabila berada di dalam satu kelompok, mereka akan

mewujudkan satu kumpulan yang dinamakan geng. Mereka akan melantik seorang ketua

untuk mengetuai kumpulan ini dan bersikap seperti seorang samseng Seorang individu

20 | P a g e

Page 21: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

yang mempunyai rakan sebaya yang baik akan membentuk akhlak yang baik, begitu juga

sebaliknya. Pengaruh rakan sebaya ialah sumber paling kuat dalam mengubah nilai dan

sikap seseorang kanak-kanak apabila pengaruh keluarga berkurangan pada peringkat lewat

kanak-kanak.

Selain itu, Mok Soon Sang (2001) menjelaskan, pengaruh rakan sebaya adalah

penting dalam perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial kanak-kanak. Kanak-kanak

yang bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar mendorong perkembangan intelek

dan potensinya ketahap maksimum.Shaharuddin (2001), pula berpendapat

bahawa pengaruh rakan sebaya dapat memberi ruang untuk merasai kegembiraan

bersama rakan-rakan apabila berjaya mempelajari sesuatu kemahiran yang baru atau

berjaya menguasai serta melakukan kemahiran dengan jayanya.Sehubungan dengan itu,

melihat dari respons yang diberikan dalam kaji selidik di dapati bahawa rakan sebaya

juga memberi impak yang besar terhadap perkembangan moral kanak-kanak. Mereka

belajar tentang persekitaran, bersosialisasi dan berinteraksi dengan orang lain dengan

bermain.

Rakan sebaya memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya terhadap

perkembangan dan pengukuhan tingkah laku kanak-kanak. Salah memilih rakan

seringkali menyebabkan remaja terlibat dengan tingkahlaku negetif seperti melepak.

Jika remaja berkawan dengan orang yang baik, dia akan sentiasa terdedah dengan

perkara-perkara yang baik. Sebaliknya, jika mereka berkawan dengan orang yang

rendah akhlaknya, sedikit sebanyak dirinya terpengaruh dengan kejahatan yang

dilakukan oleh rakannya. Dalam banyak keadaan, rakan sebaya menjadi tempat remaja

berkongsi pendapat, pandangan dan tempat untuk remaja

bertukar-tukar cerita suka dan duka. Rakan sebaya menyediakan peluang kepada

remaja mendapat kebebasan dalam perbuatan dan percakapannya tanpa sebarang

sekatan dan kongkongan.

Menurut Phillips dan Soffis (1998), berinteraksi dengan rakan sebaya dalam

suasana yang koperatif memberikan kanak-kanak peluang yang cukup bagi memerhati,

meniru, dan mengembangkan fungsi mental yang tinggi. Rakan sebaya ialah rakan

berkongsi pendapat, meluahkan perasaan, melaksanakan aktiviti secara bersama, serta

21 | P a g e

Page 22: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

saling bantu-membantu antara satu dengan yang lain.Birgham (1991) mengatakan

bahawa anak-anak yang menyertai sebuah kumpulan mempunyai perasaan kekitaan

dalam kumpulan tersebut. Dari segi emosi, mereka lebih bergantung kepada rakan

sebaya. Segala aktiviti dan masa ditumpukan kepada rakana sebaya dan apa-apa

sahaja yang dilakukannya akan cepat disanjungi.

Dengan mencontohi rakan sebayanya, remaja akan dapat belajar satu

tingkahlaku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh

itu pemilihan rakan sebaya adalah sangat penting. Dalam hal ini, siapa yang patut

menentukan jenis rakan sebaya yang menjadi pilihan. Dalam Islam, ibubapa sendiri

mengenalpasti rakan-rakan yang berakhlak mulia. Melalui rakan-rakannya yang positif

ini akan wujudlah model-model positif yang boleh dikembangkan di semua peringkat. Di

Malaysia, program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah dijalankan supaya rakan

sebaya dimanfaatkan untuk membaiki disiplin di kalangan pelajar.

Piaget dan Kohlberg percaya bahawa interaksi dengan rakan sebaya memainkan

peranan penting dalam menerbitkan bentuk-bentuk pemikiran moral yang lebih canggih.

Mereka bersetuju bahawa jika kanak-kanak dibiarkan mengalami pelbagai konflik semasa

berinteraksi dengan rakan, lama-kelamaan mereka akan menjadi mahir dalam menghadapi

dilemma, iaitu mempunyai cara penaakulan yang lebih berkesan dan kompleks. Kanak-

kanak popular yang sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial dan menjadi ketua

dalam kumpulan rakan sebaya lebih cenderung membentuk penilaian moral yang lebih

matang. Dari sudut teori oleh Bandura, elemen peniruan serta pemerhatian turut diterapkan

semasa aktiviti sosial dengan rakan sebaya. Kanak-kanak akan lebih mudah terikut-ikut

dengan perangai serta cara pemikiran rakan mereka. Dan apabila wujud kanak-kanak

popular dalam kalangan mereka, ia sesuatu yang tidak mustahil bagi seseorang individu itu

akan menjadikannya sebagai role model dan sterusnya meniru segala perbuatannya.

Menurut Kohlberg juga, satu elemen penting ialah pengalaman. Dengan cara

mendapatkan pengalaman sendiri, seseorang individu itu akan dapat mengakui bahawa

ia sebahagian daripada susunan social dan dapat memahami bahawa peraturan-

peraturan moral terbit daripada pendapat kolektif individu dalam masyarakat. Kohlberg

22 | P a g e

Page 23: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

juga mencadangkan agar kanak-kanak tidak dibiarkan berkurung di rumah sahaja.

Interaksi dengan rakan sebaya akan membawa pertumbuhan moral seseorang individu.

Kanak-kanak yang anti-sosial sejak dari kecil akan memberi impaks kepada kemahiran

sosialnya juga, secara tidak langsung. Dan hal ini akan menyebabkan seseorang itu

menjadi introvert.

GURU

Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008:42), guru ialah teras kepada

pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga

berlangsung secara tanpa guru. Guru mempunyai peranan yang besar dalam

melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Di antara peranan guru

yang utama adalah sebagai role model kepada pelajar, pembentuk akhlak yangmulia,

pakar dalam pengetahuan yang dimilikinya serta mahir dalam beberapa kemahiran

khususnya yang akan diajarkan kepada pelajarnya.

Menurut Teori pembelajaran Sosial Bandura seseorang uru hendaklah

memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supaya pelajar

dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh

dicontohi oleh pelajarnya.Guru sebagai role model dan model simbolik.Guru hendaklah

memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supaya pelajar

dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh

dicontohi oleh pelajarnya. Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan

santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin

mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima,

guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik.Oleh kerana

pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada model

lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih dan

yang harus ditolak.

23 | P a g e

Page 24: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Perasaan individu ini memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral.

Oleh itu, teori Bandura mungkin sesuai dengan perkembangan moral pada awal kanak-

kanak dan kurang jelas tentang perubahan serta cita rasa orang dewasa atau kanak-

kanak remaja. Namun teori ini amat penting kerana perkembangan moral kanak-kanak

dipengaruhi oleh ibu bapa, rakan sebaya dan gurunya. Keputusan sosial yang dibuat

atas beberapa faktor iaitu standard penilaian moral yang berdasarkan pengajaran moral

Peranan guru turut penting dalam pembentukan insan bermoral, di mana mereka

harus menunjukkan contoh perbuatan serta teladan yang baik untuk dicontohi. Di sini,

terselit juga unsur peniruan yang ditekankan oleh Albert Bandura dalam Teori

Pembelajaran Sosial. Bandura amat mementingkan unsur pemerhatian dan peniruan

dalam membentuk sahsiah serta identiti kanak-kanak. Pembentukan insan bermoral

lebih mudah dilakukan terhadap kanak-kanak, kerana mereka lebih cenderung untuk

terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di sekeliling mereka.

Guru harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah

mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini

bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang

moralyang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke

sekolah.Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi

pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh dilentur.

Guru juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber

pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu

ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara

tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang

belajar disekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih

beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan

sekolah yang sebaliknya.Guru mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah

tertanam dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar dengan

mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada. Guru

24 | P a g e

Page 25: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing

mereka semasa pengajaran dilaksanakan.

PERSEKITARAN BILIK DARJAH

Persekitaran bilik darjah penting dalam situasi pembelajaran pelajar. Hal iniboleh

mengalakkan atau menghalang sesuatu aktiviti pembelajarandan sekaligus tingkah laku

moral murid. MenurutSharifah Alwiah Alsagoff (1986:44), persekitaran fizikal bilik darjah

yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru. Beliau juga

menekankantentang pengurusan dan penyusunan bilik darjah yang menyentuh cara

guru menyusun, mengorganisasi dan menggunakan perkara-perkara yang

berkaitan,menyusun tempat duduk pelajar serta penyusunan perabot dan alat bantu

mengajar.Secara keseluruhannya, semua perkara tersebut perlu diatur dengan

sempurna untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran,merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga

merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah

dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani,

emosi, rohanidan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur,

teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran

merancang,kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajar

ebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi,

Budaya bilik darjah yang dinamik lebih mementingkan aspek pembentukan nilai-

nilai murni seperti hubungan yang mesra di kalangan pelajar dengan guru.Selain

kecergasan mental yang kreatif dan inovatif, penyertaan yang aktif dan berkemahiran

kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi dikalangan

pelajar membolehkan pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat diwujudkan

kerana pelajar sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan dari guru dan rakan sebaya

sekaligus dapat meningkatkan tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang

berhemah yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang. Ini dapat memberi peluang

25 | P a g e

Page 26: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

yang terbaik kepada pelajar untuk mengembangkan potensi dirimereka ke arah

pembentukan modal insan yang berkualiti.

Selain itu pembentukan suasana bilikdarjah yang ceria dan menyeronokkan akan

menyebabkan secara tidak langsung gejala ponteng sekolah dapat dikurangkan. Kualiti

pengajaran dan penyusunan organisasi pembelajaran perlu diperkemaskan agar pelajar

lebih bersedia untukbelajar sekaligus meningkatkan penglibatan pelajar dalam P&P dan

prestasi pelajar.

Strategi awal bagi mengawal keadaan ini adalah guru memainkan

perananpenting dengan mengenalpasti pelajarnya yang boleh menimbulkan punca

permasalahan supaya pelajar lain tidak menjadi ‘pak turut’ semata-mata.Permasalahan

yang diwujudkan oleh rakan mereka itu perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum

bertindak untuk cuba membantu menyelesaikan permasalahan tersebut. Pendekatan

boleh dilakukan dalam aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan pelajar

yang berkenaan sehingga pelajar tersebut merasakan dirinya mendapat perhatian dan

dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkah-lakunya yang tidak disenangi guru.

Ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu diterapkan dengan cara yang berhemah

Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan dalam pengurusan tingkah-laku

pelajar adalah seperti menerangkan peraturan yang wajib dipatuhi oleh pelajar

sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selain menyatakansebab-

sebab serta objektif pelaksanaannya. Guru perlu membiasakan diri menepati masa

datang ke bilik darjah untuk mengelakkan tumpuan pelajar terganggu.Oleh sebab

itu,suasana atau pengurusan bilik darjah yang sistematik dan mesra pelajar boleh

mempengaruhi perkembangan moral seseorang kanak-kanak.

Secara kesimpulannya, perkembangan moral kanak-kanak membawa kepada

pembentukan insan bermoral. Bermula dari peranan ibu bapa, guru di sekolah, rakan

sebaya, hinggalah masyarakat di sekeliling, semuanya memberi impak serta

menentukan perkembangan seseorang individu itu, bukan dari sudut moral sahaja,

malahan dari sudut kognitif (cara pemikiran) serta sosial.

26 | P a g e

Page 27: 1. TEORI ETIKA

ELM 3101:PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

27 | P a g e