1. syarat pert.kawat negeri 2007(gabungang go.ngo.krs dan sk).doc

11
SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI VERSI BARU 2007 SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI VERSI BARU 2007 BAGI SEMUA SEKOLAH MENENGAH BAGI SEMUA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 1. 1. PENYERTAAN PENYERTAAN 1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pasukan Badan Beruniform di sekolah- sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja. Sekolah bukan bantuan kerajaan atau swasta boleh menyertai tetapi tidak boleh mewakili negeri / daerah jika dipilih menjadi pemenang. 1.2 Pertandingan akan dibahagikan kepada tiga kategori. a. Kadet Remaja Sekolah Platun Lelaki Platun Perempuan b. Agensi Kerajaan Platun Lelaki Platun Perempuan c. Agensi Bukan Kerajaan Platun Lelaki Platun Perempuan d. Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Platun Lelaki Platun Perempuan 1.3 Hanya dua platun sahaja (setiap kategori) akan mewakili sesebuah daerah bagi pertandingan peringkat negeri iaitu. a. Satu platun lelaki b. Satu platun perempuan 1.4 Kontinjen yang menghantar kurang daripada 2 platun, platun tersebut akan hanya menyertai kategori yang berkenaan sahaja. 1.5 Platun-platun yang bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa buah sekolah. kawadkrs2006 1

Upload: normanfoul

Post on 17-Nov-2015

44 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

SYARAT PERTANDINGAN KAWAT

SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI VERSI BARU 2007BAGI SEMUA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

1.PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pasukan Badan Beruniform di sekolah- sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja. Sekolah bukan bantuan kerajaan atau swasta boleh menyertai tetapi tidak boleh mewakili negeri / daerah jika dipilih menjadi pemenang.1.2 Pertandingan akan dibahagikan kepada tiga kategori.

a. Kadet Remaja Sekolah Platun Lelaki

Platun Perempuan

b. Agensi Kerajaan Platun Lelaki

Platun Perempuan c. Agensi Bukan Kerajaan Platun Lelaki Platun Perempuan

d. Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah

Platun Lelaki

Platun Perempuan1.3 Hanya dua platun sahaja (setiap kategori) akan mewakili sesebuah daerah bagi pertandingan peringkat negeri iaitu.

a. Satu platun lelaki

b. Satu platun perempuan

1.4Kontinjen yang menghantar kurang daripada 2 platun, platun tersebut akan hanya menyertai kategori yang berkenaan sahaja.

1.5Platun-platun yang bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa buah sekolah.

2.PENDAFTARAN

2.1Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut di sekolah (sehingga Tingkatan 6).

2.2Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 31 orang dan tidak melebihi 37 orang termasuk seorang ketua platun dan anggota simpanan.

2.3Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki sahaja atau perempuan sahaja. ( Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)

2.4Setiap peserta diminta membawa Kad Pengenalan / salinan sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua/Gurubesar untuk tujuan penyemakan.

3.PAKAIAN

3.1 Kadet Remaja Sekolah.

3.1.1. Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi

Kadet Remaja Sekolah (Pakaian No: 4 pakaian kawad dan aksesori yang

disenaraikan sahaja ( pelapik beret, jambul,mafli, lencana poket, kolar dot dan sarong tangan )3.2 Agensi Kerajaan ( GO ), Agensi Bukan Kerajaan ( NGO )dan PBB Sekolah Rendah.

3.2.1. Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan beruniform berkenaan sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat

Pegawai - Pegawai Teknikal Negeri. 3.2.2. Aksesori yang di nilai bagi pasukan agensi kerajaan ialah jambul, mafla dan sarung tangan putih, manakala bagi pasukan agensi bukan kerajaan dan pasukan badan beruniform sekolah rendah hanya sarung tangan putih sahaja. 3.3.3. Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang

telah ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.3.3. Setiap satu item yang tiada pada kedudukannya ketika kawat dinamik atau formasi ditolak 3 markah(pakaian asas) dan 1 markah(aksesori) bagi satu item.3.4. Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mesti dipakai semasa pertandingan kawad dijalankan.

4.PADANG KAWAD

4.1. Keluasan litar pertandingan kawa ialah 35 meter x 25 meter ( rujuk pelan )

4.2. Pemeriksaan pakaian akan diadakan di luar litar.

5.JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan KRS ialah 17 minit, manakala untuk pasukan GO dan NGO ialah 15 minit. Bagi PBB Sekolah Rendah pula ialah 13 minit. Pemberian markah diberi bila platun bergerak masuk ke padang kawad dan berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari padang kawad. Selepas masa yang ditetapkan persembahan tidak dinilai dan markah tidak diberi.

5.2Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman BUKA BARISAN sebelum melapor kepada ketua hakim. Persembahan terbahagi kepada 2 bahagian: Kawad Asas dan Kawad Formasi.

5.3Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului oleh kawad asas.

5.4Isyarat akan dibunyikan:

KRS

a)pada minit ke 15

b)tamat masa

GO dan NGO

a) pada minit ke 12

b) tamat masaPBB Sekolah Rendaha) pada minit ke 11

b) tamat masa

6.PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1Pergerakan Kawada)Semua bahasa hukuman dan pergerakan kawad asas mestilah mengikuti pelajaran kawad unit masing masing seperti yang telah ditetapkan.

6.2Bilangan Anggotaa)Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 anggota termasuk ketua platun ketika bertanding. Platun yang jumlah anggotanya kurang atau lebih dari 31 anggota semasa memasuki litar atau semasa pemeriksaan pakaian akan dibatalkan penyertaannya.b)Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan, atas apa jua sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak ( iaitu ditolak 5 markah bagi setiap anggota yang kurang). Sekiranya lebih dari 3 peserta yang tidak dapat meneruskan pertandingan, maka pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaan.

c)Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan kawad dijalankan untuk setiap pasukan dengan kebenaran pihak penganjur atas alasan yang munasabah.6.3Pemeriksaan Kekemasan Pakaiana)Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan kekemasan pakaian sebelum masuk /giliran pertandingan dijalankan.

( 15 minit sebelum giliran pasukan masuk ke padang kawad )

Peringatan:

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN).

2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan Kawad Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke padang kawad dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya.

3. Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan ditolak 5 markah.

4. TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa membuat persembahan.

5. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa.

6.4 Pergerakan Membentuk Formasia) Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-masing. Kon akan di keluarkan oleh petugas sebaik sahaja Kawad dinamik selesai.b) TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau pssss bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan ( hentak kaki ) formasi dari ketua platun sahaja.

c) Setiap skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 4 formasi bagi sekolah menengah dan 2 formasi bagi sekolah rendah. Formasi tersebut hendaklah berlainan. ( Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan 3 barisan menghadap ke hadapan seperti asal )

d) Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi. Ketua platun yang tidak menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai ketua platun terbaik. e) Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi

hukuman/arahan kawad formasi.

f) Bagi Kadet Remaja Sekolah

1. Unsur suara dibenarkan di setiap formasi 2. Pergerakan selain daripada kawad ( contoh silat, tatu dll.) dibenarkan tetapi tidak melebihi 5 pergerakan.

3. Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut prosedur tabik yang sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung atau dengan sebelah kaki atau seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.g) Bagi Agensi Kerajaan dan Agensi Bukan Kerajaan 1. Unsur Suara hanya dibenarkan setelah tamat formasi ke 4 sahaja. 2. Pergerakan bukan kawad tidak dibenarkan sama sekali.h) Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah

1. Unsur Suara tidak dibenarkan sama sekali

2. Pergerakan bukan kawad juga tidak dibenarkan.

i) Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan Semasa Kawad AsasBilJenis KesalahanMarkah PenaltiMaksimum

ditolak

1Pergerakan cepat jalan tidak 128 135 seminitSekolah Menengah

PBB Sekolah Rendah105SekaliSekali

2Anggota jatuh ( pengsan / pitam )53 kali

3Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya35 kali

4Aksesori terlucut / tidak di tempatnya15 kali

5Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan )55 kali

6Terlanggar kun35 kali

7Tidak mengikut urutan55 kali

8Pergerakan yang bukan ditetapkan55 kali

Semasa Kawad Formasi Sekolah MenengahBilJenis KesalahanMarkah PenaltiMaksimum

ditolak

1Gerakan bukan kawadKRS (lebih dari 5 pergerakan berturut)

GO & NGO Sekolah Menengah555 kali5 kali

2Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan )55 kali

3Mengeluarkan arahan / isyarat55 kali

4Bersuara di tempat tidak dibenarkan55 kali

5Perlakuan / aksi kurang sopan55 kali

6Menggunakan peralatan tambahan55 kali

7Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya35 kali

8Aksesori terlucut / tidak di tempatnya15 kali

Sekolah RendahBilJenis KesalahanMarkah PenaltiMaksimum

ditolak

1Gerakan bukan kawad23 kali

2Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan )23 kali

3Mengeluarkan arahan / isyarat53 kali

4Bersuara di tempat tidak dibenarkan23 kali

5Perlakuan / aksi kurang sopan23 kali

6Menggunakan peralatan tambahan13 kali

7Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya13 kali

8Aksesori terlucut / tidak di tempatnya23 kali

Ketua PlatunBilJenis KesalahanMarkah PenaltiMaksimum

ditolak

1Bergerak bersama pasukan15sekali

2Memberi hukuman kawad di luar litar10sekali

3Terkeluar dari pertandingan ( pengsan / pitam )10sekali

4Melapor di luar litar kawad52 kali

5Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya35 kali

6Aksesori terlucut / tidak di tempatnya15 kali

7Tidak mengikut urutan55 kali

8Bukan Bahasa Hukuman yang ditetapkan55 kali

6.5 Melapor Keluara)Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.

( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan, kebenaran meneruskan tugastuan. )

6.7Penghakiman

a)Hakim terdiri daripada 12 hingga 16 orang wakil dari setiap daerah mengikut kategori masing-masing.

b)Untuk pengiraan markah keseluruhan, markah paling tinggi dan yang paling rendah tidak diambil kira.

c)Sekiranya berlaku persamaan markah, di antara pasukan-pasukan, markah kawad dinamik akan menjadi penentu. Jika markahnya sama juga, markah kawad statik akan diambil kira, Sekiranya masih sama, markah formasi diambil kira.

d)Peratusan pengiraan markah keseluruhan pasukan adalah seperti berikut: Sekolah Menengah

i. Persediaan (pakaian): 10%

ii. Kawad asas

: 50%

iii. Kawad formasi

: 30%

iv. Ketua platun

: 10% PBB Sekolah Rendahv. Persediaan (pakaian): 10%

vi. Kawad asas

: 60%

vii. Kawad formasi

: 20%

viii. Ketua platun

: 10%e) Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim boleh menghakimi Ketua Platun. Borang markah Ketua Platun juga berasingan dengan markah pasukan. Pemenang Ketua Platun terbaik akan dikira daripada jumlah markah tertinggi yang diperolehi oleh Ketua Platun tersebut. f) Keputusan hakim adalah muktamad,

6.8 Bantahan

Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan secara rasmi melalui pengurus pasukan masing-masing. Bantahan yang diterima hanyalah dalam aspek-aspek teknikal. Syarat-syarat Membuat Bantahan:1.Setiap bantahan mestilah dikemukakan sebelum keputusan rasmi diumumkan. Bantahan selepas keputusan rasmi tidak akan dilayan.

2.Setiap bantahan mestilah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh pengurus pasukan atau ketua pasukan.3.Setiap bantahan perlu disertakan dengan wang cagaran berjumlah RM 50.00 (tujuan wang cagara ini ialah untuk perbelanjaan mengurus perbicaraan bantahan yang dikemukakan. Wang cagaran ini tidak dipulangkan sama ada bantahan diterima atau ditolak.

4.Setiap bantahan adalah yang berkaitan dengan prosedur atau teknikal pertandingan yang terdapat dalam syarat pertandingan. Bantahan yang tidak berkaitan dengan syarat-syarat pertandingan akan ditolak. 5.Keputusan oleh panel juri Rayuan sama ada bantahan diterima atau ditolak adalah muktamat.

6. Bantahan yang berkaitan dengan seseorang peserta pertandingan sama ada berhubung dengan kelayakan penyertaan atau lain-lain perkara hendaklah dibuat sebelum platun tersebut keluar daripada padang kawad. 6.9Peringkat Pertandingana)Pertandingan akan dijalankan pada 4 peringkat iaitu :

i.Peringkat Sekolah

ii.Peringkat Daerah / Zon

iii.Peringkat Negeri

iv.Peringkat Kebangsaan.

SYARAT PERTANDINGAN TAMATPAGE 8kawadkrs2006