buletin 2007

24
Assalamualaikum w.b.t Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya maka Buletin PUSPANITA Cawangan Kecil SPA Keluaran Khas bagi tahun 2007 telah dapat dikeluarkan. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada sidang redaksi di atas usaha murni untuk terus menjayakan keluaran Buletin PUSPANITA pada kali ini. Penubuhan PUSPANITA telah membuka peluang kepada para isteri dan anggota wanita perkhidmatan awam berkongsi maklumat dalam pelbagai aspek, menjalankan aktiviti sosial dan amal kebajikan serta memantapkan ilmu pengetahuan melalui kursus-kursus dan latihan. Segala aktiviti yang dirancang pastinya tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tiada kerjasama antara ahli-ahlinya. Walaupun sibuk dengan tugas seharian, sedikit masa yang diluangkan untuk menyumbang kepada PUSPANITA pastinya amat memberi erti yang besar dalam memastikan persatuan ini terus bergerak dengan jayanya. Saya berharap ahli-ahli dapat memberikan cadangan, pandangan dan sokongan kepada PUSPANITA secara berterusan. Akhir kata, saya menyeru kepada semua supaya bersama-sama memainkan peranan dalam menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Sekian, terima kasih. ’Wanita Sepakat Negara Meningkat’ Y. Bhg. Puan Sri Zaiton binti Mhad Ali Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPA P e r s a t u a n S u r i & A n g g o t a W a n I t a Perkhidmatan Awam Malaysia 2 3 4-7 8-9 10 11 12 13 14 15-16 17-18 19 20-21 22 23 24 Minda Pengarang Senarai Aktiviti Aktiviti Biro Berita Semasa Sudut IT Rehat Minda Resepi / Petua Perancangan Kewangan Motivasi Kesihatan Keluarga Fesyen Info Puisi Imbasan 2006 Wanita Itu Cantik Kami mengalu-alukan sumbangan daripada anda Hantarkan kepada : [email protected] KATA-KATA ALUAN P E R U T U S A N PENGERUSI…. Puspanita Cawangan Kecil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520, PUTRAJAYA Tel : 603 8885 6000 Faks : 603 8888 5036 :: Kandungan :: :: BIL 1/2007 :: :: MEI 2007 :: RABIULAWAL 1428H ::

Upload: dinhnhan

Post on 09-Dec-2016

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya maka Buletin PUSPANITA Cawangan Kecil SPA Keluaran Khas bagi tahun 2007 telah dapat dikeluarkan.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada sidang redaksi di atas usaha murni untuk terus menjayakan keluaran Buletin PUSPANITA pada kali ini.

Penubuhan PUSPANITA telah membuka peluang kepada para isteri dan anggota wanita perkhidmatan awam berkongsi maklumat dalam pelbagai aspek, menjalankan aktiviti sosial dan amal kebajikan serta memantapkan ilmu pengetahuan melalui kursus-kursus dan latihan.

Segala aktiviti yang dirancang pastinya tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tiada kerjasama antara ahli-ahlinya. Walaupun sibuk dengan tugas seharian, sedikit masa yang diluangkan untuk menyumbang kepada PUSPANITA pastinya amat memberi erti yang besar dalam memastikan persatuan ini terus bergerak dengan jayanya. Saya berharap ahli-ahli dapat memberikan cadangan, pandangan dan sokongan kepada PUSPANITA secara berterusan.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua supaya bersama-sama memainkan peranan dalam menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Sekian, terima kasih.

’Wanita Sepakat Negara Meningkat’

Y. Bhg. Puan Sri Zaiton binti Mhad Ali Pengerusi

PUSPANITA Cawangan Kecil SPA

P e r s a t u a n S u r i & A n g g o t a W a n I t a Perkhidmatan Awam Malaysia

2

3

4-7

8-9

10

11

12

13

14

15-16

17-18

19

20-21

22

23

24

Minda Pengarang

Senarai Aktiviti

Aktiviti Biro

Berita Semasa

Sudut IT

Rehat Minda

Resepi / Petua

Perancangan

Kewangan

Motivasi

Kesihatan

Keluarga

Fesyen

Info

Puisi

Imbasan 2006

Wanita Itu Cantik

Kami mengalu-alukan sumbangan daripada anda Hantarkan kepada : [email protected]

KATA-KATA ALUAN

P E R U T U S A N PENGERUSI….

Puspanita Cawangan Kecil Suruhanjaya Perkhidmatan

Awam Malaysia

Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, 62520, PUTRAJAYA

Tel : 603 8885 6000 Faks : 603 8888 5036

:: Kandungan ::

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

SUARA PUSPANITA

M I N D A P E N G A R A N G

Penasihat ::

Ketua Pengarang ::

Redaksi ::

Rekabentuk Grafik ::

Cetakan ::

Y. Bhg. Puan Sri Zaiton Mhad Ali

Puan Afidah Mohd Isa

Puan Ani Fadilah Dato’ Dahri

Puan Rosyatimah Misnoh

Puan Mariana Sabri

Puan Halina Ibrahim

Puan Siti Sarah Khalid

Cik Azrina Abdul Rahman

Biro Seranta dan ICT PUSPANITA SPA

http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=53,287119&_dad=portal&_schema=PORTAL agar tidak ketinggalan mengikuti program-program menarik yang telah diaturkan. Sokongan dari ahli PUSPANITA amatlah diharapkan agar kita dapat menambahkan sedikit ilmu daripada aktiviti yang dianjurkan. Bak kata pepatah, ' ilmu itu ibarat setitis air di tengah lautan ' , biar bagaimana banyak pun ilmu yang kita rasakan telah diperolehi, sebenarnya ada terlalu banyak lagi yang masih belum kita temui.

Ahli jawatankuasa PUSPANITA SPA amat mengalu-alukan pandangan, buah fikiran atau apa sahaja pendapat mengenai aktiviti yang boleh membantu ahli-ahli PUSPANITA dalam apa jua bidang. Setiap wakil bahagian diharapkan dapat memainkan peranan dalam menjadi perantara antara ahli-ahli dan ahli jawatankuasa. Saya amat berharap PUSPANITA Cawangan Kecil SPA akan terus bergerak maju dari tahun ke tahun.

Wassalam

Puan Afidah Hj Mohd Isa

Pengerusi Biro Seranta dan ICT

Selamat Membaca

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t,

Buletin PUSPANITA Edisi 2007 menemui anda kini dengan paparan yang lebih segar dan kandungan yang lebih padat. Istimewanya buletin kali ini adalah kerana artikel-artikel di dalamnya adalah kompilasi sumbangan dari ahli PUSPANITA khususnya AJK PUSPANITA Sesi 2006/2007. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada mereka yang menghantarkan sumbangan artikel.

Kita juga amat berbesar hati dan mengalu-alukan pelantikan baru Puan Fuziah binti Mahmood, isteri kepada TSU(P) sebagai Timbalan Pengerusi I dan Puan Joyah Maamin, isteri kepada TSU(O) sebagai Timbalan Pengerusi II . Semoga PUSPANITA Cawangan Kecil SPA akan semakin aktif dengan kehadiran pucuk pimpinan baru.

Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh PUSPANITA sepanjang 2007. Antaranya kelas jahitan manik pada 15 Jun 2007, kelas tajwid yang akan diadakan setiap hari Isnin mulai bulan Jun 2007. Selain aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PUSPANITA SPA sendiri, terdapat juga seminar,bengkel dan ceramah yang dianjurkan oleh PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri dan juga Kebangsaan. Ahli-ahli PUSPANITA diharapkan dapat selalu melawati Portal PUSPANITA di

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 2

Puspanita Cawangan Kecil SPA

Bil Ahli : 214

Ahli Biasa : 196

Ahli Seumur Hidup : 18

Suka ilmu suka bertanya,

Mudah difaham mudah diterima,

Lain orang lain caranya,

Namun usaha tetap utama.

Sumber: Pantun Melayu

Renungan

-All life is an experiment.-

Sumber: Oliver Wendell Holmes Jr, Hakim Mahkamah

SIDANG REDAKSI

BULETIN PUSPANITA SPA

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 3

TARIKH AKTIVITI

Sepanjang Tahun • Kedai PUSPANITA (SPA)

Sepanjang Tahun • Poster, Kad Jemputan

Sepanjang Tahun • Laman Web PUSPANITA(SPA)

Sepanjang Tahun • Tabung Latihan PUSPANITA (TLP)

Sepanjang Tahun • Jualan Pasar Lambak

09/01/2006 • Buletin Puspanita

03/03/2006 • Kelab Marhaban SPA

11/03/2006—13/03/2006 • Bengkel Remaja Cemerlang

02/03/2006 • Ceramah Agama

17/03/2006 • Jamuan Perpisahan

31/03/2006 • Jamuan Perpisahan Hi-Tea

04/05/2006 • Mesyuarat PUSPANITA(SPA)

29/06/2006 • Mesyuarat AJK PUSPANITA (SPA) Bil.1/2006

25/07/2006 • Emel ‘group’ AJK PUSPANITA (SPA)

02/08/2006 • Mesyuarat AJK PUSPANITA (SPA) Bil.2/2006

13/08/2006 • Treasure Hunt PUSPANITA (JPM)

22/08/2006 • Ceramah Agama

25/08/2006 • Pelancaran Sambutan Hari Wanita 2006

04/09/2006 • Jualan Amal Kismis Doa

23/09/2006 • Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil

Sepanjang Ramadhan (Okt) • Jualan Mega Sempena Bulan Ramadhan

Sepanjang Ramadhan (Okt) • Jualan Kad Hari Raya

05/10/2006 • Majlis Tadarus Al-Quran

09/10/2006 • Majlis Bacaan Yassin, Tahlil, Berbuka Puasa serta Solat Tarawih

28/10/2006 • Majlis Khatam Al-Quran

30/10/2006 • Pelancaran Portal PUSPANITA SPA yang baru

07/11/2006 • Mesyuarat AJK PUSPANITA(SPA) Bil.3/2006

10/11/2006 • Majlis Hari Raya Aidil Fitri PUSPANITA (SPA) 1427 H

S E N A R A I AKTIVITI (2006)

Cita-Cita:

He who looks outside his own heart dreams, he who looks inside his own heart awakens.

Sumber: Carl Jung

Renungan

“Apabila kekalahan tiba, anggaplah ia sebagai isyarat bahawa perancangan anda tidak tepat, binalah semula perancangan itu dan kem-

bali berlayar ke arah matlamat.”

Sumber: Napoleon Hill, Penulis buku klasik “Think and Grow Rich”

SUARA PUSPANITA

1. Kelas Tajwid Al-Quran sebulan 3 kali setiap hari

Selasa (dipimpin oleh Ustaz Zulkarnain)

2. Penubuhan kelas Marhaban/Nasyid/Berzanji

3. Ceramah Agama Maulidur Rasul

4. Anugerah Pelajar Cemerlang

5. Ceramah Agama Bulanan

6. Bacaan Yassin dan Tahlil

7. Ceramah Agama Sempena Israk Mikraj

8. Solat Hajat

9. Solat Tasbih

10.Majlis Tadarus Al-Quran hingga tamat

11.Majlis Khatam Al-Quran

AKTIVITI-AKTIVITI BIRO

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 4

BIRO AGAMA

BIRO PENDIDIKAN

1. Menguruskan Tabung Latihan untuk anak-anak ahli Puspanita SPA.

2. Menghantar seramai 10 orang peserta Puspanita mengikuti Kursus Pengurusan Florikultur

(Tanaman Orkid) pada 5 Disember 2006. Anjuran biro Pendidikan Puspanita JPM dan

INTAN JPA.

3. Pendaftaran Pelajar Tadika Nasyrah Child Care Centre.

4. Lawatan AJK Biro Pendidikan ke Nasyrah Child Care Centre pada 11 Ogos 2006.

Laporan Pendaftaran Nasyrah Care Centre :

Pelajar 6 tahun

Pelajar Lama - 39 orang

Pelajar Baru - 1 orang

Jumlah - 40 orang

Pelajar 5 tahun

Pelajar Lama - 20 orang

Pelajar Baru - 46 orang

Jumlah - 66 orang

Pelajar 4 tahun

Pelajar Baru - 24 orang

Jumlah keseluruhan pelajar tahun 2007 adalah seramai 130 orang

Success:

Coming together is a beginning, staying together is progress, and working together is success.

Sumber: Henry Ford

Renungan

Effort:

The harder I work, the luckier I get.

Sumber: Fred Trump

SUARA PUSPANITA

BIRO KEUSAHAWANAN

Sepanjang tahun 2006, Biro Keusahawanan PUSPANITA SPA

menjalankan aktiviti seperti berikut:

1. AKTVITI BIRO SEPANJANG TAHUN SESI 2006

i) Mengadakan jualan kantin dua kali dalam satu bulan pada hari

Jumaat di ruang Kosong Blok C7 dan Blok C6.

ii) Mengadakan Jualan Hari Kantin sepanjang bulan Ramadhan 2006

iii) Kutipan sewa kedai PUSPANITA SPA.

PERANCANGAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2007

1. Mengadakan jualan kantin dua kali dalam satu bulan pada hari

Jumaat di ruang kosong Blok C7 dan Blok C6.

2. Mengadakan Jualan Hari Kantin sepanjang bulan Ramadhan 2007.

3. Kutipan sewa kedai PUSPANITA SPA.

4. Kursus dan lawatan sambil belajar ke pusat usahawan wanita.

Pengerusi : Puan Faridah bt Ishak

Tim Pengerusi :Puan Kamariah bt Ahmad

Pengerusi : Puan Nooridah bt Abu Bakar

Tim Pengerusi : Puan Salbiah bt Arop Pengerusi : Puan Salimah bt Minin

Tim Pengerusi : Puan Halimah bt Abdullah

AKTIVITI-AKTIVITI BIRO

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 5

BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL

Aktiviti yang telah dijalankan :

1. Jualan Kismis Minda sebagai Jualan Amal di

Bulan Ramadhan bagi membantu kanak-kanak

istimewa di Sekolah Pendidikan Khas P.8 dan P.9.

(lawatan amal)

Perancangan 2007 :

1. Aktiviti Rekreasi

- air terjun

- mendaki gunung

- flying fox / wall climbing

2. Lawatan

- Melawat kilang Munchys

- Melawat ke Sekolah Pendidikan Khas

3. Pameran Permainan

- Anti Dadah Kebangsaan

- Pusat Kitar Semula Alam Flora

- Bomba / Polis

4. Pertandingan Gubahan Hantaran

- Gubahan sirih junjung

- Lipatan kain

Sumbangan Untuk Tabung Sekolah Pendidikan Khas

Presint 8 (2)

Pada 14/11/2006 (Selasa), satu lawatan ringkas ke

Sekolah Pendidikan Khas Presint 8(2) telah

diadakan.Pertemuan ringkas itu telah diadakan pada

jam 9.00 pagi. Lawatan ini telah disambut oleh

beberapa orang guru yang diketuai oleh Pn.

Maimunah antara guru bertanggungjawab

melaksanakan program pelajar pendidikan khas.

Lawatan tersebut disertai oleh AJK Biro Kebajikan &

Sosial PUSPANITA Cawangan Kecil Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam Malaysia seramai 4 orang.

Objektif : menyerahkan sejumlah wang sebanyak

RM170.00 merupakan keuntungan hasil jualan

Kismis Doa beserta surat rasmi.

Aktiviti : Tiada aktiviti yang dirancangkan hanya

mengambil gambar bersama-sama kanak kanak dan

beberapa orang guru di samping hasil kerja tangan

mereka.

Kesungguhan:

"Sesungguhnya Allah san-gat mencintai orang yang jika melakukan sesuatu

pekerjaan, dilakukan secara Itqan (tepat,

terarah, jelas dan tuntas)."

Sumber: Hadis riwayat Thabrani

Renungan

Nasib:

Kekayaan dan kehormatan

adalah semuanya hasil keraji-nan dan jimat;

kemiskinan adalah semuanya disebabkan berat tangan.

Sumber: Pepatah Cina

antara pelajar yang hadir bergambar bersama guru & wakil Puspanita.

Sekolah yang dilawati

Pengerusi : Cik Zatilaziya bt Yahaya

Tim Pengerusi :Puan Emma Aqgita bt A. Rahman

AKTIVITI-AKTIVITI BIRO

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 6

BIRO SUKAN

Pengerusi : Puan Latipah bt Ahmad

Tim Pengerusi :Puan Ai’sah bt Hussin

1. PUSPANITA Cawangan Kecil SPA telah terlibat di

dalam pertandingan peringkat JPM di dalam acara

Bola Jaring dan Bola Tampar.

Bola Jaring : 04/08/2006 di Intan Bukit Kiara, Kuala

Lumpur. Pasukan Bola Jaring PUSPANITA SPA hanya

berjaya ke peringkat suku akhir pertama di mana

pasukan SPA telah kalah dengan pasukan FELDA.

Bola Tampar : 04/09/2006 di Intan Bukit Kiara.

Keputusan pertandingan, pasukan PUSPANITA SPA

tidak berjaya di dalam pertandingan tersebut.

2. Biro Sukan PUSPANITA SPA sesi 2006/2007 telah

bermesyuarat kali pertama pada 28/12/2006 di

Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 8, Putrajaya.

Dalam mesyuarat tersebut, AJK telah bersetuju

untuk menjalankan aktiviti sukan PUSPANITA bagi

tahun 2007 iaitu Pertandingan Ping Pong dan

Pertandingan Batu Seremban bagi ahli-ahli

PUSPANITA SPA.

3. Pertandingan Ping Pong telah dijalankan di dalam

dua (2) kategori iaitu:

• Perseorangan Wanita

• Bergu

Pertandingan Ping Pong Bergu telah dijalankan pada

19/01/2007 sehingga 02/02/2007.

Sebanyak 7 kumpulan telah terlibat di dalam per-

tandingan tersebut:

i. Cik Norazlina/Puan Norhidayah

ii. Puan Pn. Sharifah/Puan Noor Hidayah

iii. Puan Rosniyati/Puan Ai’sah

iv. Puan Intan/Puan Norazura

v. Puan Latifah/Puan Rosnani

vi. Puan Salimah/Puan Kamisah

vii. Puan Rafizah/Puan Suzana

Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh:

i. Juara - Puan Rosniyati/Puan Ai’sah

ii. Naib Juara - Puan Intan/Puan Norazura

iii. Ketiga - Puan Latipah/Puan Rosnani

iv. Keempat - Puan Sharifah Ruhani/

Puan Noor Hidayah

Manakala Pertandingan Perseorangan Wanita telah

dijalankan pada 09/02/2007 hingga 16/02/2007.

Seramai 12 peserta telah mengambil bahagian yang

terdiri daripada ahli-ahli PUSPANITA SPA.

i. Puan Latipah binti Ahmad

ii. Puan Rosniyati binti Mansor

iii. Puan Norazlina binti Abdullah

iv. Puan Rosnani binti Abd. Rashid

v. Puan Salimah binti Hj. Minin

vi. Puan Ai’sah binti Hussin

vii. Cik Kamisah binti Hamzah

viii. Puan Suzana binti Mohamad Ramli

ix. Puan Intan Azmira binti Abu Bakar

x. Puan Noor Hidayah binti Ismail

xi. Puan Norhidayah binti Ahmad

xii. Puan Norazura binti Abdul Aziz

Pertandingan ini telah dimenangi oleh:

i. Juara - Cik Norazlina binti Abdullah

ii. Naib Juara - Puan Norazura binti Abd. Aziz

iii. Ketiga - Puan Rosniyati binti Mansor

iv. Keempat - Puan Rosnani binti Abd. Rashid

v. Kelima - Puan Latipah binti Ahmad

4. Bagi Pertandingan Batu Seremban pula akan di-

jalankan pada 08/06/2007 untuk makluman ahli-

ahli PUSPANITA SPA.

Kejayaan:

I think it’s just her destiny. Really I do. You see it when she is on the court. Sometimes it’s like the opponent is irrelevant.

Sumber:Liz Irving, Jurulatih Pemain Squash Negara (Nicol David)

Renungan

Kejayaan:

Everything comes from the heart. One would never reach the top if he or she does not show the hunger and passion in the sport. It is pointless to keep telling everyone that you have given your best unless you proved it through action

Sumber: Rexy Mainaky, Juru-latih Badminton Malaysia

Perlawanan pingpong antara Pn Ai’sah/Pn Rusniyati dan Pn Intan Azmira/Pn Norazura

Pengerusi : Puan Afidah bt Hj Mohd Isa

Tim Pengerusi :Puan Ani Fadilah bt Dato’ Dahri

AKTIVITI-AKTIVITI BIRO

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 7

BIRO SERANTA & ICT

Peranan Biro: menerbit dan menyebarkan maklumat dan berita terkini berkaitan dengan aktiviti-aktiviti

yang dijalankan kepada ahli-ahli PUSPANITA dari semasa ke semasa.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

1. Menerbitkan dan mengedarkan buletin SUARA PUSPANITA SPA Bil. 1/2006 (Edisi 2) pada

09/01/2006.

2. Menyediakan persembahan slaid untuk Mesyuarat Tahunan PUSPANITA SPA yang telah

diadakan pada 04/05/2006 di Aras 6, Dewan Temu Duga, jam 2.00 petang untuk memilih ahli

jawatankuasa yang baru bagi sesi 2006/2007.

3. Mencipta emel group AJK PUSPANITA bagi sesi 2006/2007 dengan nama [email protected]

pada 25/07/2006.

4. Mengurus percetakan dan penjualan kad Selamat Hari Raya pada bulan Oktober (Sepanjang

Ramadhan) tahun 2006 dengan kerjasama PASPA.

5. Membangunkan portal PUSPANITA SPA yang baru dan telah dilancarkan pada 30/10/ 2006 bagi

menggantikan laman web PUSPANITA yang lama yang hanya boleh dicapai melalui Intranet sahaja.

Portal PUSPANITA yang baru ini boleh dilayari di alamat:

http://www.spa.gov.my/pls/portal/url/page/SPA_PORTAL/PUSPANITA.

6. Menyediakan persembahan slaid untuk Majlis Hari Raya Aidilfitri PUSPANITA SPA 1427H yang telah

diadakan pada 10/11/2006 di Aras 6, Dewan Temu Duga, Blok C7, SPA pada jam 11.15 pagi.

7. Mencetak kad jemputan kepada semua Setiausaha Bahagian serta ahli PUSPANITA yang telah

bersara semasa Mesyuarat Tahunan PUSPANITA SPA dan sambutan Majlis Hari Raya Aidilitri

PUSPANITA SPA 1427H.

8. Mengemaskini Portal PUSPANITA SPA dari semasa ke semasa.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

1. Menerbitkan buletin SUARA PUSPANITA .

2. Mengemaskini Portal PUSPANITA SPA dari masa ke semasa.

Bergantung kepada wakil bahagian dan setiap Biro sekiranya ada maklumat yang perlu dikemaskini.

3. Mewujudkan satu ruangan berita semasa PUSPANITA SPA pada Portal PUSPANITA SPA sebagai satu

cara penyebaran maklumat selain daripada emel dan poster.

4. Menguruskan percetakan dan penjualan kad Selamat Hari Raya sempena bulan Ramadhan dengan

kerjasama PASPA.

Renungan

Usaha Berterusan:

Continuous effort – not strength or intelligence- is the key to unlocking our potential.

Sumber: Winston Churchill, Perdana Menteri Britain semasa Perang Dunia Kedua

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 8

Kejayaan:

Jika anda menyukai sepenuh hati apa-apa yang anda laku-kan, peluang amat cerah untuk anda berjaya

Sumber: Thomas J. Stanley,

Penulis buku

Renungan

Perubahan:

Things do not change; we change.

Sumber: Henry David Thoreau, Penulis

Sekalung tahniah diucapkan kepada Cik Norisah bt Bahrom

dari Bahagian Teknologi Maklumat kerana telah mengha-

rumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam

Sukan Fespic 2006 (Sukan OKU Terbesar di Rantau Asia

Pasific) yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 22 No-

vember 2006—01 Disember 2006. Cik Norisah telah me-

menangi pingat gangsa di dalam acara Tenis Kerusi Roda.

FESPIC 2006

B E R I T A SEMASA

Fokus:

Concentrate all your thoughts upon the work at hand. The sun’s rays do not burn until brought to a focus.

Sumber: Alexander Graham Bell, Pencipta telefon

Bil Nama Bah. Tarikh Jabatan/Kementerian

1 Puan Siti Mariyani bt Taib TM 20/03/2006 Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi Selangor

2 Puan Kamariah bt Arsad TM 22/09/2006 Jabatan Peguam Negara, Blok C5

3 Cik Idayuwati bt Abdul Rahman PN 01/02/2007 Kementerian Sumber Manusia

4 Puan Norhaslinda bt Halid PK 09/02/2007 Kementerian Kesihatan Malaysia

5 Puan Roihan bt Ramli KT 01/03/2007 Biro Bantuan Guaman, Raub Pahang

6 Puan Rafizah bt Abdul Razak KT 02/03/2007 Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur

7 Puan Hameza bt Momin PK 16/03/2007 Jabatan Pertahanan Awam Terengganu

8 Puan Norazlina bt Abd Ghani PK 16/03/2007 Pusat Pengembangan Akuakuntur Bukit Tinggi

9 Puan Nor Azwah bt Husain KT 02/04/2007 Bahagian Pengambilan Khas, SPA

SENARAI NAMA AHLI PUSPANITA SPA YANG TELAH BERTUKAR

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 9

B E R I T A SEMASA

Bil Nama Bah. Tarikh Anak

1 Puan Wan Fadhilah bt Mohd PK 05/07/2006 Lelaki

2 Puan Siti Sarah bt Khalid TM 14/08/2006 Nur Syafirah Balqis binti Mohd Syakimin

3 Puan Norlida bt Ramly TM 18/09/2006 Nurul Hannani binti Ely Arman

4 Puan Normalina bt Mohamad

Shafian

KT 03/11/2006 Nor Irdina Hazirah bt. Hazhar

5 Puan Siti Nasharulvanu bt Mohd Nasushardin

TM 17/11/2006 Umar bin Ahmad Roshidi

6 Puan Ruheza bt Zakaria KT 31/12/2006 Muhammad Shahir Reincastle bin Shafiq

Reincastle

7 Puan Faridah bt Ishak KT 14/03/2007 Amanda Balqis binti Mohd. Azli

8 Puan Raishida bt Othman KT 30/03/2007 Muhammad Adam bin Suhainizam Faisul

9 Puan Ety Darshila bt Shariff PK 25/04/2007 Lelaki

SENARAI AHLI PUSPANITA SPA YANG MELAHIRKAN ANAK

Bil Nama Bah. Tarikh

1 Puan Halina bt. Ibrahim TM 13/08/2006

2 Puan Suriani bt. Baharom TM 26/10/2006

2 Puan Norhidayah bt Tumiran PK 19/11/2006

3 Puan Irawati bt Abdul Jalil PK 25/11/2006

4 Puan Noor Hidayah bt. Ismail TM 16/12/2006

5 Puan DK Kadariah Haszlina bt PG Abd Kadir PE 23/03/2007

SENARAI AHLI PUSPANITA SPA YANG MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN

SENARAI AHLI PUSPANITA SPA YANG BERSARA

Bil Nama Bah. Tarikh

1. Puan Kamsah bt Jusoh KT 08/02/2007

Kehidupan:

We make a living by what we get, but we make a life by what we give.

Sumber: Winston Churchill, Perdana Menteri Britain se-waktu Perang Dunia Kedua

Every morning in Africa, a ga-zelle wakes up.

It knows it must run faster than the fastest lion or it will be killed

Every morning a lion wakes up

It knows it must outrun the slowest gazelle or it will starve to death.

It doesn’t matter whether you are a lion or a gazelle

When the sun comes up, you better start running

Sumber: Peribahasa Afrika

Renungan

Usaha Berterusan

If you cannot do great things, do small things in a great way.

Sumber: Napoleon Hill, Penulis buku terlaris

SUDUT ICT

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 10

KESELAMATAN PC

Rahsia Kejayaan:

Our success is due to the qual-ity of our products. We maintain the stringent standards set by the mother company; we never compromise on that.

Sumber: On Hai Swee, Pemilik Syarikat Pengeluar Kotak Mo-torsikal Jenama ‘Givi’ ( (

Renungan

Masa Depan:

“The future belongs to a very different kind of person with a very different kind of mind – creators and empathizers, pattern recognizers and mean-ing makers. These people..will now reap society’s richest re-wards and share its greatest joys.”

Sumber: Daniel Pink, Penulis buku “A Whole New Mind”

Amalan terbaik untuk keselamatan PC

Langkah-langkah yang boleh digunakan untuk keselamatan PC dan masih relevan diamalkan. * Pasang penampal (patch) Setiap kali sistem operasi (OS) terbaru (seperti Windows) dikeluarkan, ini tidak bermakna ia sempurna atau kebal seratus peratus. Lazimnya masih ada kelemahan atau pepijat ditemui selepas OS tersebut dilancarkan. Apabila kelemahan itu dipulihkan, pembuatnya akan mengeluarkan penampal (patch) untuk mengemaskini OS berkenaan. Tanpa penampal ini OS mungkin terdedah kepada aktiviti penggodaman dan ancaman lain. * Gunakan firewall Perisian atau peranti firewall berfungsi untuk mengawal akses keluar dan masuk PC menerusi internet. Ia boleh menyekat akses tertentu dan men-gizinkan data yang baik sahaja melepasinya. Penggunaannya sangat dis-arankan setiap kali anda menggunakan internet, lebih-lebih lagi jika meng-gunakan versi Windows yang tidak ditampal/dilindungi. Ia boleh dijangkiti virus dalam tempoh yang singkat apabila mengakses internet. * Gunakan antivirus

Peranan antivirus masih penting untuk melindungi sistem daripada jangkitan virus yang senang merebak melalui internet dan e-mel. Sekurang-kurangnya gunakan antivirus yang menawarkan ciri asas termasuk-lah yang boleh dimiliki secara percuma. Selepas pemasangan, pastikan ia dikonfigurasi manakala ketetapannya diperiksa selalu. Buat pengimbasan menyeluruh dan ia perlu dikemaskini setidak-tidaknya sekali seminggu. * Pasang anti-spyware Bagi menangani spyware, adware, dan program jahat lain (malware) anda boleh menggunakan mana-mana pakej antispyware yang efektif. Anda juga boleh menggunakan gabungan beberapa perisian per-cuma untuk melindungi sistem. Spybot Search & Destroy dan MWAV contohnya mudah digunakan dan memiliki ciri –ciri menarik. Microsoft AntiSpyware yang disediakan untuk melengkapi Windows juga boleh digunakan. * Kenalpasti penipuan Tipu muslihat boleh memperdayakan seseorang supaya menyerahkan data sulit seperti kata laluan atau data bernilai yang patut dijaga. Muslihat seperti ini pernah berlaku dan kerap dikaitkan dengan penyangak siber. Bagi menangani ancaman ini anda diingatkan supaya tidak menyerahkan data sulit apabila diminta, samada melalui e-mel atau telefon. Alasannya sangat jelas - mereka tidak dikenali dan mahu memper-dayakan anda! * Kata laluan kukuh Anda disarankan supaya melindungi sistem dengan kata laluan yang selamat. Gunakan sekurang-kurangnya 8 aksara supaya sukar dipecahkan program pemecah kata laluan. Penggunaan perkataan dalam kamus tidak digalakkan kerana senang dipecahkan. Kalau boleh, gantikan huruf dengan nombor atau simbol, seperti “a” menjadi “@”. Anda juga boleh menggunakan frasa tertentu yang disingkatkan un-tuk dijadikan kata laluan. * Teknologi enkripsi Satu lagi langkah keselamatan ialah penggunaan teknik enkripsi. Perlu diingat, sesetengah kata laluan yang digunakan bagi melindungi aplikasi hanya disorok dan tidak dienkripsi. Ada kemungkinan ia boleh ditemui menggunakan aplikasi tertentu. Jadi, anda disyorkan menggunakan perisian seperti TrueCrypt atau perisian lebih baik untuk mencipta pemacu maya (dienkripsi) sekali gus melindungi fail rahsia dengan lebih efektif. * Penyimpanan data Jangan lupa, simpanan (backup) data adalah langkah proaktif sebelum sistem anda terjejas akibat seran-gan virus. Amalkan rutin penyimpanan yang sistematik untuk memastikan anda sentiasa mempunyai data yang selamat biarpun PC digodam, dicuri atau hilang. Jika simpanan melibatkan data penting, ia boleh dilindungi dengan kata laluan atau dienkripsi. Siapa tahu, simpanan itu mungkin dicuri atau jatuh ke tan-gan orang lain.

Sumber:Majalah PC Mei 2007

R E H A T MINDA

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 11

Cuti Sekolah

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Kelisa, Cikgu Alia bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah. Cikgu Alia : Sarah pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ? Sarah : Saya nak balik kampung atuk saya di Kedah. Cikgu Alia : Kamu Afiq? Afiq: Saya nak pergi Brunei Cikgu Alia: Kamu Syam? Syam : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu. Semua murid-murid ketawakan Syam.

Cikgu Alia: Syam.. kalau kamu nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam. Dengan penuh semangat Adam menjawab... Adam : Saya nak pergi Matahari... Cikgu Alia : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana.... Adam : Kita pergi malam la..... ;)

Katak

Seorang saintis ingin membuat kajian tentang

seekor katak,dia pun mengambil seekor katak

dan menguji lompatan katak tersebut, ujikaji

pertama dijalankan oleh saintis tersebut, saintis

itu meletakkan katak dan menyebut "LOMPAT!"

kemudian katak itu melompat 4 kaki jauh.

Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak

4 kaki,lompat 4 kaki jauh. Kemudian saintis

memotong 2 kaki katak dan menyebut

"LOMPAT!" Katak melompat 2 kaki

jauh.Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2

kaki jauh.

Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan

dia menyebut "LOMPAT!" Katak tidak melompat,

kemudian dia menyuruh lagi katak tersebut lom-

pat tetapi katak tidak melompat, dan dia pun

menulis dalam buku ujikaji nya :katak tak ada

kaki, mengalami masalah pendengaran...

1. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja dan tengahnya tidak dimakan? 2. Apakah tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai? 3. Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditu-tup? 4. Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu? 5. Apa orang Islam Arab kata jika: -Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati..... -Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat berang.... -Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan. Puan Rusnah Pemeriksa Kira-kira

Teka-teki

Renungan

Idea:

You can have brilliant ideas but if you can’t get them across, your ideas won’t get you anywhere.

Sumber: Lee Iacocca, bekas Pengurus Besar Syarikat kereta Chrysler

RESEPI

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 12

KERABU SIAM Bahan-bahan:

1 tin ikan sardin (besar)

2 ikat daun selom

3 batang bunga kantan

2 labu bawang besar

3 biji liamau nipis @ kasturi

10 biji cili api

Garam,serbuk perasa secukupnya

Cara Membuatnya:

Potong daun selom, bunga kantan, cili padi halus-halus. Bawang besar dipotong bulat. Hancurkan ikan sardin, masukkan bahan-bahan tersebut dan digaul hingga rata. Masukkan garam, serbuk perasa, air limau dan sedikit kuah ikan sardin dan kacau hingga rata. Masukkan ke dalam pinggan dan siap untuk dihidangkan.

Puan Habsah Hashim

TM

Bahan-bahan:

4 ekor ikan kembong

10 biji asam sunti (belimbing buloh kering)

15 biji cili api

1 sudu besar cili boh

5 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

3 tangkai daun kari

4 cawan air

1 sudu kecil kunyit

Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Membuatnya:

Ikan dibersih dan ditoskan. Cili api, bawang merah, bawang putih, asam sunti diblend hingga halus. Masukkan semua bahan yang telah dilbend ke-dalam periuk, masukkan cili boh, air, garam, kunyit dan ikan. Biarkan mendidih. Masukkan serbuk perasa, rasakan garamnya dan boleh diangkat.

Catatan:

Jika ingin lebih pedas tambahlah cili api dan se-kiranya kuah terlalu pekat boleh ditambah air.

Puan Habsah Hashim

TM

ASAM PEDAS ACEH

Pada setiap kisah kejayaan tersembunyi beribu-ribu

kegagalan.

Sumber: Datuk Mohd. Shafie Apdal, Menteri

KPDNHEP

Renungan

PETUA Apabila ke pasar, membeli sayur-sayuran, kita mengalami kesukaran untuk mengetahui sayur-sayuran yang lebih baik untuk dibeli. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh diikuti ketika membeli sayur-sayuran.

KOBIS

• Jenis yang ringan

• Apabila dipotong, kelihatan rongga- rongganya besar

• Kobis begini adalah lebih lazat dan manis, tidak berasa pahit.

SAWI

• Daunnya lebat tetapi batangnya kecil.

• Sawi berbatang kecil lebih sedap tetapi sawi yang berbatang besar, kadangkala lebih pahit.

TOMATO

• Agak kehijau-hijauan sedikit. Tomato begini lebih padat dan rasanya lazat.

TIMUN

• Pilihlah jenis yang lurus.

• Kurang warna hijau tua di pangkalnya. Jika banyak warna hijau tua itu, rasa timun itu pahit.

BAWANG

• Pangkalnya tidak busuk atau lembik.

• Baunya tidak berubah. Kadangkala di luar kelihatan baik, tetapi di dalamnya busuk.

• Tidak sedikitpun pada bahagian bawang itu yang berair.

UBI ATAU KELEDEK

• Jenis lurus.

• Tiada tanda dipotong.

Puan Nooridah Abu Bakar

Pengerusi Biro Keusahawanan

Puspanita SPA

TIP MEMBELI SAYUR-SAYURAN

Sangkaan:

Don’t underestimate your-self or your possibilities.

Sumber: Donald Trump, bintang rancangan “The

Apprentice”

PERANCANGAN KEWANGAN

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 13

MERANCANG KEWANGAN PERIBADI

Elemen dalam perancangan kewangan

Pengurusan aliran tunai

Menilai nilai bersih kewangan yang ada sekarang (apa yang dimiliki ditolak hutang yang ada). Ini secara amnya akan menunjukkan sama ada anda bakal menikmati kebebasan kewangan atau mengalami masalah kewangan.

Perancangan Pelabur

Setelah anda menentukan jumlah wang yang ingin ditabung, anda patut menimbangkan pula di mana hendak melaburkan wang itu dengan matlamat untuk mendapat pulangan lebih tinggi dibandingkan dengan akaun simpanan yang biasa. Satu strategi pelaburan perlu dibentuk supaya anda menda-pat kejayaan besar dalam mencapai matlamat kewangan anda.

Perancangan Insuran

Pastikan supaya semua aset dan keluarga anda dilindungi oleh insuran secukupnya.

Perancangan Cukai

Perancangan cukai membabitkan semua orang yang mem-punyai pendapatan, namun ini yang selalu tidak diambil berat atau dilupakan oleh kebanyakan orang. Oleh itu, perancan-gan cukai membabitkan strategi untuk menikmati yang ter-baik daripada pendapatan, saham, harta tanah dan harta lain yang anda miliki, bawah sistem cukai tempatan.

Perancangan Persaraan

Anda tidak akan bekerja sepanjang hayat. Apabila tanda-tanda usia meningkat sudah bermula atau anda telah menca-pai usia bersara, anda terpaksalah bersara, Oleh itu, amat mustahak mempunyai pelan kewangan.

Perancangan Harta

Mempunyai perancangan harta atau wasiat dapat memasti-kan kehendak anda terhadap kedudukan masa hadapan ke-luarga akan dilaksanakan. Selain itu perancangan harta atau wasiat dapat menyediakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk keluarga anda, memastikan harta anda terpelihara dan diberikan kepada waris-waris anda, serta mengelakkan perselisihan antara ahli keluarga.

Akhir sekali, pelan kewangan yang kukuh sepatutnya bukan sekadar membeli satu pelan insuran atau unit amanah sa-haja, tetapi perlu merangkumi keempat-empat kunci utama membina kekayaan iaitu, pengumpulan harta, pengurusan harta, perlindungan harta dan pengagihan harta.

Sumber:Pelabur Malaysia

Sumber Artikel : Puan Nooridah Abu Bakar

Pengerusi Biro Keusahawanan

Puspanita SPA

Istilah “perancangan kewangan” lazimnya agak “menggerunkan” sesetengah orang, terutama mereka berfikir bahawa perancangan kewangan adalah untuk mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya sahaja. Tetapi, benarkah begitu? Jika tidak, apa sebenarnya? Secara amnya, perancangan kewangan membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan.

MOTIVASI

Hanya satu sahaja menjadi penghalang antara kita dengan apa yang kita mahu di dalam hidup kita iaitu - keazaman untuk mencuba dan keyakinan bahawa ia boleh terlaksana!

Sumber: Nizal Mohammad, Pengacara TV3

Langkah-langkah Kejayaan

“Anda sampai ke garisan penamat dengan

langkah-langkah anda, dan dengan fahaman ada banyak langkah lagi di hadapan dan banyak hari

lagi untuk memastikan anda sampai

terlebih dahulu daripada orang lain. Anda menuju ke matlamat dengan mengatur langkah demi lang-

kah, memberi tumpuan dan ketabahan, dan sentiasa maju ke hadapan.”

Sumber: Muhammad Ali, The World Heavyweight Champion

MOTIVASI

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 14

SANG ALKEMI

Diadaptasi dari: Hazrat Inayat Khan

Pernahkah anda mendengar istilah Alkemi? Alkemi dikenal seba-gai sebuah ilmu yang mampu mengubah besi menjadi emas. Dalam banyak kisah, beberapa orang menganggapnya sebagai sebuah sihir belaka, tetapi yang lain percaya bahwa ilmu itu benar-benar ada. Dan, siapa yang tak teringin untuk menguasai ilmu alkemi? Hanya dengan kemampuan alkemi, ia boleh men-gubah besi menjadi emas dan tentu menjadi kaya-raya.

Alkisah, di sebuah negara di Timur ada seorang Raja yang hendak mencari orang yang benar-benar mengerti tentang alkemi. Sudah banyak orang datang pada Raja, tetapi ketika diuji, mereka tern-yata tidak mampu mengubah besi menjadi emas.

Suatu ketika seorang menteri berkata pada Raja bahawa di se-buah desa terdapat seorang yang hidup sederhana dan bersa-haja. Orang-orang di sana mengatakan bahawa ia menguasai ilmu alkemi. Segera saja Raja mengirimkan utusan untuk memanggil orang itu. Sesampainya di istana, Raja mengutarakan maksudnya ingin mempelajari ilmu alkemi. Raja akan memberikan apa yang diminta oleh orang itu. Tetapi apa jawab orang desa itu, “Tidak. Saya tidak mengetahui sedikit pun ilmu yang Baginda maksud-kan.”

Raja berkata, “Setiap orang memberitahu aku bahwa engkau mengetahui ilmu itu.”

“Tidak, Baginda,” jawabnya bersikap keras. “Baginda mendapat-kan orang yang keliru.”

Raja mulai murka dan mengancam. “Dengarkan baik-baik!” kata Raja. “Bila kau tak mau mengajarku ilmu itu, aku akan memen-jarakanmu seumur hidup.”

“Apa pun yang Baginda hendak lakukan, lakukanlah. Baginda mendapatkan orang yang keliru”

“Baiklah. Aku memberimu waktu enam minggu untuk memikirkannya. Dan, selama itu kau akan dipenjara. Jika pada akhir minggu ke enam kau masih berkeras hati, aku akan me-menggal kepalamu.”

Akhirnya orang itu dimasukkan ke dalam penjara. Setiap pagi Raja datang ke penjara dan bertanya, “Apakah kau telah berubah fikiran? Maukah kau mengajariku alkemi? Kematianmu sudah dekat, berhati-hatilah. Ajari aku pengetahuan itu.”

Orang itu selalu menjawab, “Tidak Baginda. Carilah orang lain. Carilah orang lain yang memiliki apa yang Baginda inginkan, saya bukanlah orang yang Baginda cari.”

Setiap malam ada seorang pelayan yang melayani orang itu dalam penjara.

Pelayan itu berkata bahwa Raja mengirimnya untuk melayani orang itu sebaik-baiknya. Pelayan itu menyapu lantai serta mem-bersihkan ruangan penjara itu. Pelayan itu juga selalu mengantar-kan makanan dan minuman untuk orang itu, memberikan simpati kepadanya, melakukan apa saja yang diminta oleh orang itu, dan bekerja apa saja selayaknya seorang pelayan. Pelayan itu selalu menanyakan, “Apakah anda sakit? Apakah ada sesuatu yang dapat saya lakukan untuk anda? Apakah anda lelah? Bolehkah saya membersihkan tempat tidur anda? Mahukah anda bila saya mengipasi anda hingga anda tertidur, udara di sini panas sekali.” Dan, segala sesuatu yang boleh pelayan itu lakukan, maka ia lakukan saat itu juga.

Hari terus berlalu. Dan, kini tinggal satu hari lagi sebelum kepala orang itu dipenggal. Pagi hari Raja mengunjungi dan berkata, “Waktumu tinggal sehari.

Ini kesempatan bagimu untuk menyelamatkan nyawamu sendiri.”

Tetapi orang itu tetap saja berkata, “Tidak Baginda. Yang Baginda cari bukanlah hamba.”

Pada malam hari, sebagaimana biasa pelayan itu datang. Orang itu memanggil pelayan itu untuk duduk dekat dirinya kemudian diletakkan tangannya di bahu pelayan itu dan berkata, “Wahai orang yang malang. Wahai pelayan yang malang. Engkau telah berlaku sungguh baik terhadap diriku. Kini aku akan membisikkan di telingamu sebuah kata tentang alkemi. Sebuah kata yang akan membuatmu mampu mengubah besi menjadi emas.”

Pelayan itu berkata, “Aku tak tahu apa yang kau maksudkan den-gan alkemi.

Saya hanya ingin melayani anda. Saya sungguh sedih bahawa besok anda akan dihukum mati. Itu sungguh mengoyak hatiku. Saya harap saya boleh memberikan jiwa saya untuk menyelamat-kan anda. Seandainya saya boleh, sungguh saya sangat bersyu-kur.”

Sang alkemi menjawab, “Lebih baik aku mati daripada memberi-kan ilmu alkemi ini kepada orang yang tidak layak menerimanya. Ilmu yang baru saja aku berikan kepadamu dalam simpati, dalam penghargaan, dan dalam cinta, tak akan kuberikan kepada Raja yang akan mengambil nyawaku besok. Mengapa demikian?

Kerana engkau pantas menerimanya, sedangkan Raja itu tidak.”

Esok harinya, Raja memanggil sang alkemi dan memberikan per-ingatan terakhir.

“Ini adalah kesempatan terakhirmu. Kau harus mengajariku ilmu alkemi, jika tidak lehermu harus dipenggal.”

Sang alkemi menjawab, “Tidak Baginda, anda mendapatkan orang yang keliru.”

Raja pun, “Baiklah. Aku putuskan kau untuk bebas, kerana kau telah memberikan alkemi itu padaku.”

Sang alkemi kehairanan, “Kepadamu? Saya tidak memberikannya pada Baginda Raja. Saya telah memberikannya pada seorang pelayan.”

“Tahukah kau, bahawa orang yang melayanimu setiap malam adalah aku,” jawab sang Raja.

Renungan Editor: Banyak orang menginginkan emas dalam hidup-nya dengan mempelajari alkemi. Tetapi saat ia mencapai tu-juannya, bukan emas yang ia temukan, justeru ia sendiri menjadi emas itu.

Apakah manfaat mengurut bayi?

Kebaikan untuk bayi ialah:

• Menenangkan bayi

• Mengurangkan rasa tidak selesa

• Menolong sistem penghadaman bayi

• Membantu mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak

• Melancarkan pengaliran darah

• Memperbaiki sistem pernafasan

Kebaikan untuk ibu bapa:

• Membantu ibu bapa memahami reaksi bayi

• Membantu mengeratkan hubungan di antara ibu dan anak.

• Meningkatkan harga diri

• Mengurangkan tekanan

Bagaimana saya boleh memulakannya?

• Pilih masa dan tempat yang baik untuk mengurut.

• Suhu bilik mestilah tidak terlalu sejuk atau panas.

• Mulakan urutan hanya semasa anda merasa selesa.

• Gunakan krim atau minyak khas untuk bayi dan letak pada

telapak tangan anda.

• Mulakan dengan urutan yang lembut dari kepala hingga ke

jari-jari kaki.

• Gosok dengan lembut pada bahagian kepala, bahu,

tangan, dada, perut dan kaki.

• Bila mengurut , pandang anak anda dan cuba bercakap

dengannya.

• Jangan terlalu kasar dengan pergerakan tangan anda.

• Tidak perlu mengikut had waktu tertentu.

• Biarkan bayi menukar-nukar kedudukannya.

• Berhenti mengurut jika bayi anda menunjukkan tanda-

tanda tidak selesa.

Sumbangan Artikel : Sarah (TM)

KESIHATAN

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 15

URUTAN BAYI

1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. 2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. 3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'. 4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. 5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. 6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. 7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. 8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. 9. Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun. 10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sumbangan Artikel : Puan Afidah (TM)

10 TABIAT ROSAKKAN OTAK

KESIHATAN

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 16

TIPS PEMAKANAN MEREDAKAN TEKANAN

. Kekacang - Kekacang seperti kacang merah, putih dan hijau mempunyai sumber protein yang tinggi apabila diambil bersama bijirin. Selain protein, kekacang juga kaya dengan thiamin (B1). Kekurangan thiamin dikatakan sering mempamerkan nilai-nilai moral yang rendah, kekeliruan fikiran dan sering meradang.

· Beras coklat dan bawang putih - Kedua-dua bahan ini mempunyai vitamin B6 yang diperlukan otak untuk membina protein dan membentuk kolagen. Beras coklat pula mempunyai sumber vitamin B.

· Bayam - Kaya dengan klorofil yang membuang toksin daripada tubuh dan mengurangkan radang. Sayuran hijau kaya dengan magnesium yang berupaya menentang ‘anxiety peptide’ yang juga rangkaian asid amino di otak boleh menyebabkan rasa kebimbangan dan kerisauan.

· Dadih - Sumber kalsium merendahkan kadar ritma jantung dan tekanan darah tinggi dengan mengawal saraf periferal dan otot yang mudah terangsang.

· Asparagus - Kaya dengan folate untuk membantu daya ingatan dan sesuai untuk otak yang sentiasa berfikir sibuk.

· Produk kacang soya - Kebanyakan produk ini kaya dengan `tryptophan’ iaitu sejenis bahan utama dalam pembentukan melatonin iaitu

hormon yang dihasilkan oleh otak membantu mengurangkan tekanan, menenangkan saraf bagi tidur nyenyak.

· Betik - Kaya dengan vitamin C, yang membantu tubuh mengimbangkan asid amino, menukarkan asid folik kepada bentuk lebih aktif dan berfungsi membaiki tisu-tisu badan.

· Aprikot kering - Kaya dengan sumber potasium dan vitamin A. Tahap vitamin A yang rendah di dalam tubuh di katakan boleh mendorong kepada kesunggulan. Bahan mineral dikenali sebagai `magnese’ pada aprikot merangsang pertumbuhan hormon-hormon seks yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan mental.

· Pisang - Mengandungi melatonin yang kaya dengan potasium berupaya meredakan tekanan.

· Ubi kentang - Kaya dengan potasium dan vitamin B. Tahap kandungan vitamin B rendah ada hubung kait dengan kegelisahan, tekanan, kebimbangan, meradang dan perasaan yang berubah-ubah.

· Bijirin oat - Kaya dengan vitamin B yang penting kepada saraf. Terbukti dapat membantu tekanan dan kemurungan.

Sumbangan Artikel : Sarah (TM)

Rajin:

Ketinggian yang dicapai dan dikekalkan oleh orang besar-besar itu bukanlah didapati

melalui terbangan mengejut; tetapi ialah, sementara rakan-rakannya tidur,

mereka rajin bekerja pada waktu malam.

Sumber:Henry Wadsworth Longfellow

Renungan

Kebijaksanaan:

Kegagalan ialah jururawat kebijaksanaan.

Sumber: Sir Boyle Roche, Pembesar Inggeris

Lawak cket...

Sumber : http://www.tutor.com.my/tutor/special/kartun/images/090604.jpg

http://www.sabah.gov.my/kpd/images/anakmalas.jpg

KELUARGA

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 17

20 TIPS JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak-anak. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya. Selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.

Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pula gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Apatah lagi kalau yang memanggil nama tak elok tu ibu bapa sendiri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalak-kan kita bagi nama yang baik untuk anak-anak.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari.

Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipe-luk. Apabila kita peluk dia setiap hari terutama seorang ibu, anak kita tahu yang kita sayangkan dia. Dia akan tahu kita akan menjadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang.

Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang lah ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai budak itu takut hendak dekat dengan kita langsung. Kesian dengan budak. Namanya pun budak.

4. Berikan pujian setiap kali anak anda berbuat kebaikan.

Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita menghargai dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini lah namanya motivasi.

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan.

Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.

Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu kerana seseorang itu akan lebih tenang kalau tiada masalah keluar-ga. Anak-anak perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali, jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh.

Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mahu sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.

Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

Ada masa-masanya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin dia orang berselisih dengan kawan. Ada masa mungkin dia dah tercedera-kan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecil tapi tu mungkin masalah besar mereka.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.

Mereka akan menirunya. Jangan kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jangan kita tunjuk yang kita gelabah. ‘Be cool!!’ Setiap masa-lah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan gelabah.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.

Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

Tips Jadikan Anak Sebagai Winner

KELUARGA

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 18

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

Ada setengah budak perlu banyak kali ajar, baru dia faham. Jangan marah sebab kalau marah nanti terbantut la proses pembelaja-ran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah

Peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.

Mimpi ngeri mereka adalah begitu nyata dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Sedap dengar cerita dari mimpi. Macam drama tapi tiada skrip, tiada direktor dan tiada siaran ulangan.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.

Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

Biasakan ajar anak anda salam kita sebelum lena. Cium dahi dia mereka terutama ibunya..

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna.

Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garanglah. Itu sebenarnya dia menegur jadi, ubah-lah. Janganlah jadi terlalu sempurna pada anak-anak. Nanti mereka akan rasa rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.

Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang apabila kita mengadap benda lain. Kalau anak-anak sudah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah atau kita sendiri beri latihan dan perhatian setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih daripada ajaran guru.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.

Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sun-yi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Buatlah sesuatu supaya mereka tak jauh dari kita. Semo-ga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

20 TIPS JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER

INFO

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 19

ADAT DALAM PERKAHWINAN

1. Merisik Tujuan adat ini adalah untuk memastikan bahawa si gadis masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Kadang-kadang secara berjenaka kebolehan seseorang memasak juga ditanya. Jika seorang perempuan itu diketahui sudah tiada dara lagi, nilai hantaran belanja kahwinnya akan terjejas. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.

Cincin belah rotan yang dibawa semasa merisik

2. Bertunang

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Jika tidak dibincangkan di majlis merisik atau majlis merisik tidak dilakukan, hantaran, tarikh dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara akad nikah akan dibincangkan.

Sabda Rasulullah swt Maksudnya: Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Sumbangan : gambar perkahwinan : DK KADARIAH HASZLINA BT PG. ABD.

KADIR (Bhgn Peperiksaan)

Life is no brief candle for me. It is a sort of splendid torch which I have got hold of for the moment, and I want to make it burn as brightly as possible before handing it on to future gen-erations.

Sumber: George Bernard Shaw, penulis dan pemenang hadiah Nobel pemenang hadiah Nobel

Renungan 3. Kursus Kahwin

Ada dua jenis kursus perkahwinan iaitu kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Agama dan kursus oleh pihak swasta. Walaupun kedua-dua kursus ini hampir serupa tetapi anda dinasihatkan supaya mengambil kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Agama kerana ia mungkin memudahkan langkah seterusnya. Anda dinasihatkan pergi berkursus bersama-sama pasangan agar segala maklumat dan ilmu dapat difahami dan dimanfaat bersama.

4. Daftar Kahwin

i. Setelah menerima sijil, bolehlah mengisi borang permohonan berkahwin yang boleh didapati dari pejabat Jabatan Agama daerah anda mengikut kad pengenalan. Isikan lengkap dan sertakan bersama surat akuan bujang yang dimateri dengan cap syarikat tempat anda bekerja. Kemudian dapatkan tandatangan jurunikah atau wakil jurunikah atau ketua kariah tempat anda. Bawa bersama dua orang saksi semasa anda mendapatkan tandatangannya. ii. Pengantin perempuan juga perlu mengisi borang permohonan bernikah. Mereka hendaklah memohon di Jabatan Agama mengikut alamat dalam kad pengenalan. Selain dilampirkan dengan surat akuan bujang dan borang permohonan pengantin lelaki, pengantin perempuan perlu membawa bersama wali dan dua orang saksi ke pejabat Jabatan Agama ketika menyerahkan borang yang lengkap diisi. Bagi pengantin yang akan bernikah di tempat lain, mereka perlu merujuk pula kepada Jabatan Agama tempat tersebut. Iii. Setelah kelulusan didapati, sila tetapkan tarikh akad nikah dengan jurunikah. Iv. Setelah akad nikah dijalankan, sila serahkan gambar untuk urusan memohon sijil dan kad nikah.

INFO

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 22

ADAT DALAM PERKAHWINAN

5. Akad Nikah

Acara yang paling penting dan wajib dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Jika dalam kristian, "wedding vows and kissing the bride" adalah kemuncaknya, perkahwinan dalam Islam disahkan dengan lafaz nikah. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

6. Berinai

Majlis ini tidaklah wajib, tetapi lebih kepada adat. Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat.

Berinai curi – diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.

Berinai kecil – diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

Berinai besar – diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.

7. Hantaran Perkahwinan

Hantaran dilakukan semasa bertunang dan/atau masa akad nikah. Pada hakikatnya, hantaran tidak diwajibkan di dalam Islam. Hantaran dari pihak perempuan biasanya lebih daripada pihak lelaki dengan dua dulang. Jadi sekiranya pihak lelaki menghantar 7 dulang, pihak perempuan akan membalas sebanyak 9 dulang. Jumlah hantaran adalah selalu ganjil. Selalunya hantaran dijadikan pengukur tentang status dan "budget" perkahwinan pasangan yang berkahwin. Oleh sebab itu industri menghias hantaran telah menjadi semakin berkembang.

8. Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari .

Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Tetapi dalam keadaan moden sekarang, banyak yang menggunakan fesyen french lace dan sebagainya. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh.

Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Kadangkala sebelum memasuki rumah perempuan, upacara berpantun akan dilakukan. Pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Tetamu kehormat yang hadir biasanya akan diberikan peluang untuk melakukan upacara ini. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur atau hadiah saguhati sebagai mengingati upacara kahwin dan terima kasih kerana sudi datang.

Sumbangan Artikel : Cik Huda bt Abd. Kadir (PK)

FESYEN

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 21

FABRIC CREPE

1. Tudung tidak perlu dilipat. Kedudukan tudung mestilah sama panjang dan pastikan kerawang

atau manik-manik tudung berada di bahagian bawah

2. Letak kedudukan tudung seperti foto di atas

3. Pinkan pada bahagian atas kepala secara berselang seli.

4. Juraian hadapan tudung ditarik ke belakang hingga menjadi kedutan berbentuk V dan pinkan di kedua-dua belah bahu

5. Jangan lupa sematkan keronsang di bahagian belakang tudung selepas membuat kedutan kemas

Sumbangan Artikel : Puan Norhidayah Tumiran

PUISI

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 22

CETUSAN IDEA

Kalau berladang menanam keladi,

Keladi dibawa ke tanah seberang,

Kalau dagang pandai berbudi,

Sampai mati dikenang orang.

Sumber: Pantun Melayu

Renungan

PEREMPUAN

Pada seluruh dirinya

Tersimpan seribu rahsia

Mata yang hening

Mendamba seribu berahi

Ulas bibirnya

Mengukir coretan puisi cinta

Rambut yang ikal mayang

Melambaikan rindu

Dada yang berombak

Membawa rebut gelora

Perempuan

Kau adalah racun dan penawar

Buat lelaki

Zahari Hasib

Sumber: Majalah Harmoni

Ku Cari Damai Abadi Aku cari bukan harta bertimbun-timbun Untuk hidup kaya Aku cari bukan wang berjuta-juta Untuk hidup bergaya Aku cari bukan kawan-kawan Untuk hidup sekadar berfoya-foya Aku cari Mana dia Al-Ghazali Aku cari mana dia Al-Shafie Kita bongkar rahsia kitab suci Cari pedoman Kita bongkar rahsia sunnah nabi Cari panduan Aku hidup kerana Dia Rabbi Dialah teman Dialah wali Dia mencukupi Aku hidup bererti Menikmati damai abadi.

SESUATU YANG BERNAMA

KEHILANGAN

Aku belum lagi ketemu apa yang

Dicari

Mungkin esok barangkali

Tapi bagaimana kalau ternyata

Tiada esok buat kita

Matahari gerhana tiba-tiba

Kerana waktu itu kamu

Membilang keping-keping daun hancur

Setelah memijaknya tanpa sedar

Burung dan angin

Pun tak bersuara seketika

Saat kamu pergi

Tawaku juga pergi

Seorang pengembara mencari arah

Dan peta

Ingin menjadi dewasa dan belajar

Dari alamnya

Ku telan sepi dengan cinta bermakna

Menerima satu yang bernama

Kehilangan..

Cetusan rasa,

Azian (PN)

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (09/05/2003)

I M B A S A N 2 0 0 6

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 23

Meneruskan kehidupan hari ini bermaksud membawa pembaharuan dan melakukan sesuatu yang tidak dilakukan orang lain.

Sumber: Machida, Presiden

Sharp

Renungan

Tiada alasan untuk gagal jika kita berusaha.

Sumber: Najmil Faiz

Mohamed Aris, Pelajar

Terbilang Malaysia upacara penyerahan sumbangan wang

tunai oleh Pn. Emma kepada wakil sekolah pendidikan khas.

antara hasil seni para pelajar pendidikan khas

Sekitar Mesyuarat Agong Tahunan Puspanita pada 04 Mei 2006

Sekitar lawatan ke Sekolah Pendidikan Khas Presint 8(2)

para pelajar sedang mengikuti kelas pendidikan seni

Ketibaan kami disambut oleh Pn.Maimunah iaitu salah seorang guru pendidikan khas

ADA APA DENGAN WANITA?

: : B I L 1 / 2 0 0 7 : : : : M E I 2 0 0 7 : : R A B I U L A W A L 1 4 2 8 H : :

MS: 24

Jawapan teka-teki : 1.Kuih Donut

2.Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab di bawa belayar dan buah cempedak sebab di luar pagar - Berdasarkan pantun melayu.

3. Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat.

4. Gelaran Dato, Bila suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.

5.Mereka akan kata: 1 - Inna lillahi wainna ilaihiroo jiun 2 - Astagh firullah hal azim 3 - Alhamdulillah

Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat

untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan

menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan

dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan

melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji

kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah

khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan

seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

WANITA ITU CANTIK