1 sejarah ringkas pembinaan jalan

10
1 SEJARAH RINGKAS PEMBINAAN JALAN Pada zaman sebelum wujudnya pembinaan jalan yang teratur, manusia menggunakan alur-alur kecil dan sempit untuk berhubung. Alur ini kemudian diperbesarkan dan ditambak dengan tanah yang lebih kuat daya tanggungnya untuk memberikan satu permukaan yang lebih selesa dan kuat. Sejarah pembinaan jalanraya boleh dibahagikan kepada tiga zaman iaitu :- a) Zaman Dahulukala b) Zaman Rom Purba c) Zaman selepas Rom 2 ZAMAN DAHULUKALA Jalan raya mula dibina kira – kira 5000 tahun dahulu sejak bermulanya rekaan roda untuk kereta kuda dan lembu. Ianya

Upload: rosli-mahkota

Post on 11-Jun-2015

6.782 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 Sejarah Ringkas Pembinaan Jalan

1 SEJARAH RINGKAS PEMBINAAN JALAN

Pada zaman sebelum wujudnya pembinaan jalan yang teratur, manusia menggunakan alur-alur

kecil dan sempit untuk berhubung. Alur ini kemudian diperbesarkan dan ditambak dengan

tanah yang lebih kuat daya tanggungnya untuk memberikan satu permukaan yang lebih selesa

dan kuat.

Sejarah pembinaan jalanraya boleh dibahagikan kepada tiga zaman iaitu :-

a) Zaman Dahulukala

b) Zaman Rom Purba

c) Zaman selepas Rom

2 ZAMAN DAHULUKALA

Jalan raya mula dibina kira – kira 5000 tahun dahulu sejak bermulanya rekaan roda untuk

kereta kuda dan lembu. Ianya terdapat di Mesopotamia, China, Persia, Mesir, India dan Yunani.

Jalanraya ringkas dengan hanya mempunyai permukaan keras untuk menahan beban

kenderaan, batu dan mortar yang digunakan pada jalan – jalan di Mesir dan India. Jalan – jalan

yang berturapkan bata dan asfat telah dijumpai di Babylon, Mesopotamia.

Page 2: 1 Sejarah Ringkas Pembinaan Jalan

3. ZAMAN ROM PURBA

Zaman Roman Purba merupakan era pembinaan jalan yang lebih sistematik dan merupakan

asas kepada pembinaan jalanraya. Jalannya lebih tinggi dari permukaan tanah dan struktur

pembinaan terdiri dari tiga kelas iaitu jenis permukaan tanah yang diratakan, jenis permukaan

berkelilikir (gravelled surfaced) dan jenis berturap (paved). Lebar jalannya tidak melebihi 4.25

meter dan tujuan utama jalan – jalan ini adalah untuk ketenteraan.

Page 3: 1 Sejarah Ringkas Pembinaan Jalan

4. ZAMAN SELEPAS ROM

Setelah jatuh zaman Roman, pembinaan jalanraya turut mengalami kemerosotan. Jalan – jalan

Roman yang ada walaubagaimanapun masih kekal digunakan terutama sekali sebagai laluan

perdagangan di darat.

Tiada pembangunan baru terhadap pembinaan jalan sehinggalah pada kurun ke 18 di mana

pembinaan jalan moden mula berkembang. Diantara cara pembinaan jalan baru pada masa itu

ialah

1. Jalan Telford

2. Jalan Macadam

A) Jalan Telford

Page 4: 1 Sejarah Ringkas Pembinaan Jalan

Aras formasi adalah mendatar. Kemudian kamber disediakan dengan mengubahkan ketebalan

lapisan bawah dari 3” atau 4” dibahagian tepi kepada 7” atau 8” di bahagian tengah.

a. Lapisan permukaan ialah 1.5” batu kelikir yang dibasahkan dan

dibiarkan mampat oleh trafik.

b. 2” tebal batu pecah yang dimampat oleh trafik

c. 4” tebal batu pecah yang dimampat oleh trafik

d. lapisan bawah yang dibina dengan menyusun batu bersaiz 3” – 8”

dengan tangan seperti yang telah dinyatakan. Ruang kosong

diantaranya diisikan dengan serpihan batu (fine chipping).

B) Jalan Macadam

Page 5: 1 Sejarah Ringkas Pembinaan Jalan

Aras formasi jalan Macadam dikamberkan terlebih dahulu dengan kecerunan 1 : 60 hingga 1 :

80. Tiga lapisan batu kemudian dihamparkan hingga tebal yang seragam menjadikan bentuk

jalan mengikut bentuk kamber.

a. Lapisan permukaan 2” tebal terdiri daripada batu saiz 1” yang

dimampatkan oleh ‘rammer’ dan kemudian oleh trafik yang akan

menggunakannya.

b. Lapisan tapak yang berukuran 4” tebal terdiri daripada batu yang

bersaiz 3”.

c. Lapisan tapak yang berukuran 4” tebal terdiri daripada batu yang

bersaiz 3”.

5. PEMBINAAN JALAN DI MALAYSIA

Sejarah asal usul pembinaan jalanraya di Malaysia adalah tidak jelas.

Walaubagaimanapun perkembangan system jalan raya moden di Negara ini di katakan bermula

semasa dalam penjajahan British di akhir kurun ke 18. keperluan perdagangan dan kehendak

untuk memusatkan pentadbiran penjajahan telah memesatkan lagi pembinaan jalan di

Semenanjung Malaysia supaya dapat menghubungkan pusat pentadbiran, kawasan

perdagangan, kawasan perusahaan, kawasan perladangan dan perlabuhan. Sebelum merdeka,

kesemua jalanraya di Negara ini telah dibina oleh penjajah British. Jalanraya – jalanraya inilah

yang menjadi asas kepada rangkaian sistem jalnraya moden masa kini.

Page 6: 1 Sejarah Ringkas Pembinaan Jalan

Kementerian Pengangkutan Malaysia sedang berusaha untuk melaksanakan kajian

untuk menentukan arah pengangkutan negara ini selepas tahun 2000. Kajian ini akan dijadikan

sebagai dasar kepada Polisi Pengangkutan Kebangsaan. Polisi ini akan merupakan asas kepada

pendekatan yang lebih sistematik terhadap permodenan infrastruktur dalam industri

pengangkutan di Negara ini.

Pada tahun 1986 terdapat 4 juta kenderaan untuk 24 000 km panjang jalanraya dan

bilangan ini akan bertambah dengan kadar pesat pada setiap tahun.

Pembangunan jalanraya telah diberikan keutamaan dengan peruntukan lebih kurang 6

billion ringgit untuk pembinaan Lebuhraya Utara Selatan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Lain – lain projek jalanraya ialah Ringroad Melaka, Temerloh – Mentakab Bypass dan jalan –

jalan cabang kepada Lebuhraya Timut – Barat.

Page 7: 1 Sejarah Ringkas Pembinaan Jalan

Jalan Persekutuan

Jalan ini merupakan jalan yang menghubungkan Bandar Kuantan ke Kuala Terengganu.

Jalan Negeri

Jalan ini menghubungkan Bandar Kuantan dengan Sungai Lembing dan kws pelancongan Gua Charas.

Page 8: 1 Sejarah Ringkas Pembinaan Jalan

Jalan Bandar

Jalan ini adalah Jalan Bukit Ubi, Bandar Kuantan.

Jalan Kampung

Jalan ini terletak di Kg. Baru Pandan 2,berhampiran kws Permatang Badak.