1. perkembangan sistem pendidikan di malaysia sebelum merdeka (yy).pdf

5
Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia Sebelum Merdeka Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824) Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri- negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi.

Upload: tracy-shirley-goh

Post on 12-Jan-2016

457 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia Sebelum Merdeka (YY).pdf

Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia Sebelum Merdeka

Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824)

Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal

formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku

dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian.

Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di

sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada

zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-

negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit

kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan

yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya

mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama,

tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi.

Page 2: 1. Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia Sebelum Merdeka (YY).pdf

SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-

1956)

TEMPOH PERTAMA (1784-1941)

Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)

Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap

pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah

mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-

negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan

bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua

buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga

1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau

Pinang dan Melaka.

Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah

Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani

dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika

ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu

Bersekutu mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and

Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam

perkhidmatan kerajaan.

Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah

ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga

Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang

melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan

persekolahan di sekolah Inggeris kelak.

Page 3: 1. Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia Sebelum Merdeka (YY).pdf

Perkembangan Sekolah Vernakular Cina

Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh

London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada

tahun 1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China,

Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan

menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum

yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah

sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran

Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya

menjadi bertambah baik.

Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil

Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang

getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari

negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa

Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun

1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada

perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya.

Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah

estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh

Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-

sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-

sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka,

India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.

Page 4: 1. Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia Sebelum Merdeka (YY).pdf

Perkembangan Sekolah Inggeris

Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha

kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan

dan mempunyai beberapa matlamat seperti berikut:

1. untuk semua bangsa;

2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;

3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan

kadar berpatutan;

4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu

Kira-kira;

5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;

6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;

7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;

8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.

Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan

Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun

1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan.

Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar

ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan.

Page 5: 1. Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia Sebelum Merdeka (YY).pdf

TEMPOH KEDUA (1946-1957)

Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka

Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945.

Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.

Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah

diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap

kurikulum baru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan

Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran

Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.

Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya

menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta

menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi

mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika

pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.