edisi julai, ogos & september 2014 - polinilai.edu.my · edisi julai & ogos 2014 program...

15
EDISI EDISI EDISI JULAI, OGOS & SEPTEMBER 2014 JULAI, OGOS & SEPTEMBER 2014 JULAI, OGOS & SEPTEMBER 2014

Upload: vuongkiet

Post on 27-Jul-2018

242 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

EDISI EDISI EDISI

JULAI, OGOS & SEPTEMBER 2014JULAI, OGOS & SEPTEMBER 2014JULAI, OGOS & SEPTEMBER 2014

EDISI JULAI & OGOS 2014

LAWATAN PROGRAM CSR

KE PUSAT PENJAGAAN AL FIKRAH KAJANG

U nit Hal Ehwal Pelajar bersama Majlis

Perwakilan Pelajar telah mengadakan Program CSR

bersama warga tua di Pusat Jagaan Al Fikrah Ka-

jang pada 5 hb Julai 2014 yang melibatkan pelajar

MPP dan pegawai pengiring .

Tujuan Program ini diadakan untuk mengeratkan

silaturahim di antara pelajar dan warga penghuni Al

Fikrah, memberi kesedaran kepada pelajar tentang

kepentingan, penghargaan, keperluan kasih sayang

dan perhatian kepada warga tua dan memberi sum-

bangan untuk meringankan beban keperluan Pusat

jagaan ini.

EDISI JULAI & OGOS 2014

PROGRAM IHYA RAMADHAN KHAS

BERSAMA

YB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

P rogram Ihya Ramadan ini telah dijalankan

pada 22 Julai 2014 melibatkan seramai 42

orang pelajar Majlis Perwakilan Pelajar . Majlis ini telah

diadakan di Masjid Ar Rahman Kampung Sungai Mang-

gis, Banting.

Tujuan program diadakan untuk membantu

bergotong royong bersama penduduk setem-

pat, mengenali dan menjalinkan hubungan

yang baik dengan pemimpin tempatan dan

dapat meningkatkan semangat kerjasama dan

tanggungjawab dikalangan pelajar

EDISI JULAI & OGOS 2014

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK

BERSAMA DENGAN PENDUDUK KAMPUNG LBJ

M ajlis Perwakilan Pelajar telah bekerjasama

bersama Persatuan Belia Kampung LBJ

da Pejabat Belia Daerah Seremban mem-

bantu penduduk kampong LBJ bergotong royong me-

masak bubur lambuk .

Program ini dijalankan pada 12 hb Julai 2014 di Surau

Peringkat Kedua Kampung LBJ Negeri Sembilan.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengerat-

kan silaturahim antara penduduk kampung bersama

pelajar Politeknik Nilai dan pelajar dapat melibatkan

diri dengan aktiviti yang memberi manfaat semasa da-

lam bulan ramadhan bersama komuniti setempat.

EDISI JULAI & OGOS 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA

BERSAMA PERDANA MENTERI

U nit Hal Ehwal Pelajar telah menghan-

tar seramai 21 orang pelajar MPP un-

tuk menyertai majlis berbuka puasa

bersama Perdana Menteri pada 21hb Julai

2014 di Seri Perdana Putrajaya.

Tujuan penglibatan pelajar dalam majlis ini

adalah untuk mengeratkan silaturahim antara

pemipin tempatan dan pelajar institusi dari pel-

bagai latar belakang.

EDISI JULAI & OGOS 2014

MAJLIS JAMUAN RAYA

POLITEKNIK NILAI

Majlis ini diadakan selain daripada untuk majlis

hari raya, dapat membina hubungan silatu-

rahim antara pelajar berbilang bangsa dan aga-

ma dan memupuk sikap bermaafan antara

pelajar.

U nit Hal Ehwal Pelajar telah

menganjurkan majlis hari raya un-

tuk semua pelajar Politeknik Nilai pada 22 Ogos

2014 bertempat di Kafe Sri Lawang.

EDISI JULAI & OGOS 2014

PERHIMPUNAN BULANAN

&

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

U nit Sokongan yang diketuai oleh Unit Hep sebagai urusetia telah mengada-

kan Perhimpunan Staf dan Jamuan Hari Raya bagi semua warga

Politeknik Nilai pada . 15 Ogos 2014.

Program ini dijalankan untuk memberi ruang antara tuan pengarah dalam

menyampaikan taklimat berkaitan matlamat dan pencapaian PNS , mengeratkan sila-

turahim ,memberi penghargaan kepada staf dari segi kecemerlangan , hari kelahiran,

perkahwinan dan sebagainya.

EDISI JULAI & OGOS 2014

SUNTIKAN HPV

U nit Hal Ehwal Pelajar bekerjasama dengan

LPKKN dan Pusat Kesihatan Seremban mengadakan

program suntikan HPV pada 18 hb Ogos 2014 di Bilik

Koordinator HEP yang melibatkan seramai 159 orang

pelajar perempuan yang lahir pada tahun 1993, 1994

dan 1995 yang pertama kali mendapat suntikan dan

kepada pelajar perempuan yang telah mengadakan

temujanji dengan pihak LPKKN untuk mendapatkan

suntikan yang kedua dan ketiga.

Program ini sebagai program CSR membantu pihak

LPKKN dan Kementerian Kesihatan untuk memastikan

semua pelajar perempuan mendapat suntikan vaksin

ini . Suntikan ini mencegah jangkitan dari 3 jenis virus

HPV yang menjadi punca kanser servik dikalangan

wanita di Malaysia dan sebaik baik nya vaksin ini diberi-

kan ketika mereka berada pada peringkat remaja.

Sehingga hari ini Politeknik Nilai telah menjalankan pro-

gram ini sebanyak tiga kali dan akan berterusan mem-

beri kerjasama kepada pihak LPKKN dan Kementerian

Kesihatan . Program CSR ini dapat menyumbang kepa-

da pencegahan kanser servik dikalangan pelajar khu-

susnya dan rakyat Malaysia amnya

EDISI JULAI & OGOS 2014

PROGRAM KOLABORASI

SEKOLAH ANGKAT POLITEKNIK

U nit Hal Ehwal Pelajar telah menjalankan kolaborasi bersama Enam buah Sekolah

Angkat. Perbincangan dengan pihak sekolah telah dijalankan pada 5-6 hb Ogos dan 9 hb Sep-

tember 2014 .Program ini dalam proses pelaksanaan bersama lima buah sekolah angkat

Politeknik terdiri daripada SMK Dato’ Shahardin ,SMK Kompleks KLIA, SMK Desa Cempaka,

SMK Dato’ Mohd Said , SMK (FELDA) Seri Sendayan dan Sekolah Menengah Agama Dato Klana

Petra Maamor Seremban .Program ini bertujuan untuk membina hubungan yang lebih akrab di

antara kedua-dua institusi. Jalinan yang erat melalui aktiviti bersama yang akan dilaksanakan ,

untuk mempromosikan sistem pendidikan politeknik disamping melaksanakan kolaborasi dalam

bidang akademik,sukan,keusahawana,kesukarelawan dan kebudayaan di antara politeknik

dengan sekolah yang dipilih.

EDISI JULAI & OGOS 2014

EXPLORACE LBJ

S eramai 55 orang pelajar telah menyertai

Explorace LBJ bersama persatuan belia

LBJ dan YB Dato Hashim Bin Rusdi pa-

da 20 September 2014

Program ini dijalankan untuk menjalinkan hub-

ungan yang baik,membantu dan bergotong royong

dan menjalankan aktiviti bersama masyarakat

setempat.

EDISI JULAI & OGOS 2014

LAWATAN BENCHMARKING

KELAB PEMBIMBING RAKAN SISWA

KE

POLITEKNIK PORT DICKSON

P ada 16 Ogos 2014, Kelab Pembimbing Rakan Sisiwa

Politeknik Nilai telah mengadakan lawatan penanda aras ke

Kelab Pembimbing Rakan Sisiwa Politeknik Port Dickson. Seramai 21

orang ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Nilai telah mengi-

kuti lawwatan tersebut yang diadakan di Politeknik Port Dickson. Anta-

ra objektif lawatan ini diadakan adalah untuk:

Memberi peluang kepada ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa

Politeknik Nilai mendapat pendedahan mengenai pengurusan kelab

dan aktiviti.

Meningkatkan kemahiran ahli Kelab PRS Politeknik Nilai dalam

membantu rakan.

Menjalinkan sillaturahim dengan Kelab PRS Politeknik Port Dickson.

Mengadakan peluang untuk menjalankan kerjasama di antara kedua

-dua kelab politeknik tersebut.

Menambahkan ilmu pengetahuan melalui pertukaran pendapat dan

idea.