1 l kisah inspirasi l result matters...saya tinggalkan bisnes itu dan alhamdulillah, saya bina...

118

Upload: others

Post on 18-Nov-2020

25 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 1 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Penafian: Untuk makluman, Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah program yang dianjurkan oleh RichWorks dari tahun 2008 sehingga tahun 2010. Program ini tidak lagi ditawarkan. RichWorks sebagai penganjur program keusahawanan terbesar di Malaysia akan sentiasa berusaha untuk menganjurkan program-program terkini yang lebih berimpak dan bermanfaat dengan keperluan pelanggan.

  • 2 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

  • 3 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

  • 4 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

  • 5 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

  • 6 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Tahniah! Anda berjaya ambil langkah pertama ‘Nak Ubah Hidup’ anda di tahun 2020!

    Pengasas & Master CoachRichWorks International

    Assalammualaikum dan Salam Nak Ubah Hidup,

    Alhamdulillah, terima kasih kepada anda semua yang komited untuk hadir ke program yang RichWorks anjurkan ini iaitu Program Nak Ubah Hidup 2020 (NUH) pada 25 hingga 27 Januari 2020 di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam. Sebagai penganjur program keusahawanan terbesar di Malaysia, kami berharap program ini dapat memberi perubahan yang positif untuk anda UBAH HIDUP 2020.

    Detik berganti detik,Masa berganti masa,Hari berganti hari,Minggu berganti minggu,Bulan berganti bulan,Tahun berganti tahun ...

    Namun, adakah anda masih di situ?

    Tatkala umur anda saban hari semakin menghampiri kematian,

    Sedangkan apa yang anda usahakan tidak banyak perubahan dan tidak mampu menjadi bekalan dunia apatah lagi untuk hari selepas kematian?

    Anda masih duduk dalam kegelapan. Mengharapkan cahaya perubahan yang tidak kunjung tiba.

    Anda tunggu siapa untuk memulakan sedangkan anda hidup penuh dengan alasan, tiada kekesalan dan tidak mencari penyelesaian!

    2020 abad baru dah pun menjelma tetapi anda semakin lenyap dimamah dek zaman kebodohan dan kemalasan tatkala ramai yang lain maju ke hadapan.

    Kadang-kadang bukan masalah tinggi rendahnya gunung untuk didaki, sebenarnya anda memang tidak ada keinginan pun untuk memulakan langkah mendaki ke puncak dan pada waktu yang sama anda asyik merungut tentang kehidupan anda di bawah lurah!

    Tahniahlah dah berniaga! Tapi buat duit tak? Kebanyakan orang takut nak berniaga tetapi anda dah mulakan. Cuma kena tahu yang bina bisnes tidaklah mudah yang disangka. Ramai yang gagal, lingkup, tidak buat duit dan akhirnya tutup bisnes dalam keadaan rugi dan memalukan kerana mereka tidak ada ilmu, MenThor bisnes dan strategi yang proven success. Jadi, berniaga tanpa MenThor umpama panjat Everest tanpa guide.

    Kata Pengantar

  • 7 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Pengasas & Master CoachRichWorks International

    Belum campur masalah hari ini lebih ramai pesaing, tidak ada ilmu bina bisnes, pemasaran dan tidak tahu bagaimana nak buat duit. Saya sendiri dan ramai usahawan yang saya bimbing asalnya dahulu bisnes dalam keadaan bodoh, silap, buang masa dan paling teruk berhutang, tidak buat duit serta mengganggu perhubungan dan kehidupan. Bagaimana untuk bisnes berjaya?

    Anda perlu bersedia untuk ditunjukkan apakah strategi bisnes, pemasaran dan kewangan paling TOP dan UTAMA untuk bina bisnes berjaya 2020.

    Orang yang berjaya mana sama dengan orang yang gagal dan terus gagal kan ...

    Orang yang berjaya mereka komited. Orang gagal? Sentiasa gagalkan diri mereka, mana saya tahu? Saya dah bimbing berpuluh ribu orang jadi usahawan yang berjaya sampai jadi jutawan dan saya juga dah lihat beribu yang lingkup dan gagal kerana sikap mereka sendiri! Anda yang mana?

    Alhamdulillah transformasi 10 tahun, satu abad untuk RichWorks International dari 2010 hingga akhir 2019. Many great things berlaku, dilalui dan dicapai di RichWorks. Semoga Allah S.W.T berikan kesihatan, fit bertenaga serta lebih berkah dapat beri manfaat kepada lebih ramai lagi manusia di seluruh dunia for the next 10 years 2020-2030. Insha Allah.

    Seperti yang anda ketahui ketika ini, kegawatan ekonomi, pembuangan pekerja dan bisnes yang merudum adalah antara punca kegawatan banyak poket-poket orang ramai di luar sana. Dan disebabkan ini jugalah banyak masalah lain berlaku. Akibatnya memang teruk dan menyebabkan hidup ramai orang terbeban.

    Hutang makin melimpah, duit simpanan langsung tak ada, hidup pula semakin serabut dan nak lelap mata pun dah tak boleh. Apa yang lagi teruk, bila mereka ada masalah ini, mereka sedar tapi tak tahu nak buat apa-apa. Mereka buntu. Nak mula dari mana pun mereka tak tahu. Tersekat!

    Dan disebabkan isu-isu ini, saya bersama RichWorks nak bantu lebih ramai orang seperti anda untuk UBAH HIDUP dan BERTINDAK luar biasa dan bangun dari mimpi dan angan-angan Mat Jenin. Kami sedar bahawa anda boleh kuasai potensi diri dan bina kewangan dan seterusnya ubah kehidupan. Kami ada formulanya dan ramai peserta telah kami bantu untuk ubah hidup.

    Sampai bila nak terperangkap dengan masalah, cabaran kewangan dan beban hutang yang sama? Semua orang ada kisah masing-masing. Tapi yang hanya boleh mengubah nasib seseorang itu adalah TINDAKAN anda sendiri.

    In business and life, ramai cakap untuk berjaya mereka perlu prinsip-prinsip di bawah ini:

    Pernah dengar ayat-ayat ini?

    1. Hanya yang pantas akan menang2. Hanya yang berani akan menang3. Hanya yang bertindak akan menang4. Hanya yang tenang akan menang5. Hanya yang terbaik akan menang

    Pernah dengar? Anda setuju?

    Saya tidak. Saya hanya setuju kepada semua di atas hanya jika seseorang itu pantas buat keputusan dan tindakan tetapi dengan ada ilmu dan coach.

    Tunjukkan saya sports team terbaik dalam dunia yang tidak ada Coach?Tunjukkan saya pemain golf terbaik dalam dunia yang tidak ada Coach?

    Selepas 11-tahun (2008 – 2019) terlibat secara khusus dalam training and coaching people and transforming their lives from zero to hero, from broke to multi-millionaire, I have a clear conviction, and how truthful it has been that semua yang berjaya dalam apa sahaja bidang dengan sangat berjaya, hanya akan berjaya jika mereka ada mentor, ilmu dan strategi yang dah proven success dan bukan hanya sekadar berani, pantas, bertindak dan jadi terbaik.

    And that’s why we, RichWorkians do what we do.

    We want to help more people and be the “Waze” to their success.

    Let me share with you my journey.

    Ada tiga situasi yang beri kesan kepada saya suatu masa dulu yang buatkan saya nak ubah hidup dan sangat-sangat nak improve life saya beberapa tahun dulu. ‘Nak’ dan ‘Tak Nak’ manusia ini berbeza-beza. 1/10 lemah dia punya ‘Nak’, ada orang ‘Nak’ dia adalah 12/10, sangat-sangat ‘Nak’. A lot of people ‘Nak’ dia ni, kemahuan dia adalah mungkin rendah, bawah dari 5 dan ramai orang pula dia tak nak ubah hidup, tak nak upgrade life dia.

    First of all, orang tak akan ubah hidup dia jika dia sendiri tak nak ubah hidup dia. Itu first thing. Allah SWT bagi kelebihan pada dia adalah untuk buat keputusan antara ‘Nak’ dengan ‘Tak Nak’. Kalau anda ‘Nak’, di mana level nak anda?

    Jadi ada beberapa keadaan yang Allah SWT bagi saya jadi sangat ‘Nak’. Yang pertama adalah ketika saya bekerja di syarikat saham, yang mana saya terlibat dalam pelaburan pada waktu itu dan eventually saya terlibat juga dalam saham dan saya kehilangan RM100 ribu lebih dalam masa beberapa minit sahaja.

    Apa yang paling menyedihkan dan teruk adalah ia bukan melibatkan saya sahaja, malah ia melibatkan keluarga saya, rakan saya dan orang terdekat saya dan menyebabkan saya sangat malu, sangat bengang dan sangat kecewa dengan diri saya pada waktu itu. Dan saya tak tahu nak cakap dengan mereka apa yang berlaku pada waktu itu kerana mereka percaya pada saya untuk buat keputusan itu.

  • 8 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Ini adalah first situasi ketika saya terlibat dalam pelaburan saham. Pada waktu itu, saya buat pelaburan sendiri dan secara tiba-tiba market crashed. Ketika ini, saya ingat saya pandai, saya ingat saya tahu dan saya ingat saya belajar investment analysis saya pandai melabur saham tapi eventually tak. Anda harus ingat perkara ini, bila kita buat sesuatu tanpa ilmu, walaupun kita ada ilmu itu tapi tak ada pengalaman, kita terlalu ikut emosi, akhirnya anda akan kalah. Situasi ini juga sebenarnya triggered saya untuk start berfikir apa masalah saya.

    Saya tak cukup ilmu, tak ready. Masa ini saya rasa sangat kecewa, rasa sangat gagal dan loser dan saya ingat saya pandai dalam investment tapi sebenarnya saya gagal. Bayangkan anda tolong buat pelaburan kepada keluarga terdekat anda dan kemudian duit itu hilang dalam masa beberapa minit sahaja. Saya rasa tak ada nyawa pada orang itu. Kejadian itu juga yang menyebabkan saya berhenti kerja dan start berbisnes.

    Untuk situasi kedua yang buat saya malu, bengang dan kecewa adalah bila saya buat bisnes. Saya berhenti kerja walaupun mak saya cakap tak boleh. Bila berhenti dan buat bisnes, mula-mula rasa macam okay walaupun tak okay. Waktu itu nak buktikan yang kita boleh buat. Lompat dari satu bisnes ke satu bisnes, naik sekejap jatuh banyak. Ada yang bisnes dapat sedikit duit dan ada bisnes yang dapat banyak.

    Bisnes ini pada mulanya kita akan start bersemangat, kita boleh sustain sekejap sebab kita ada semangat yang tinggi. Apa yang berlaku adalah semua orang boleh buat bisnes bila dia bersemangat tapi tak ada teknik yang betul, strategi yang betul, ia umpama pergi gym tapi anda berlari, berjalan tapi benda itu kejap lagi boleh berlaku kemalangan, kesilapan dan injury sampai anda tak dapat pun results untuk sustain capai benda itu.

    Jadi apa yang berlaku pada saya, pada tahun 1998, 1999 dan 2000, kebengangan saya dan malunya saya waktu itu adalah saya beritahu mak saya yang saya nak berniaga, tapi end-up saya terpaksa minta tolong dengan dia untuk selamatkan saya. Banyak situasi yang saya rugi, gagal dan lompat bisnes sana sini. Cuba sana sini, tapi banyak hutang - hutang Ah Long dan saya stuck. Saya pernah berniaga kelapa, sabun, pernah berniaga produk kecantikan kesihatan, bisnes MLM, insurans, property selama 3 tahun tapi semuanya tak berjaya. Tapi dengan pengalaman ni juga saya dapat bantu anda dan bimbing anda yang berbisnes.

    Rasa bengang dan malu itu buatkan saya nak upgrade diri. Saya cuba nak cari jalan tapi tak jumpa. Sehingga dapat nasihat dari orang yang dah berjaya. Sebelum jumpa dia saya dah cuba approach orang yang dah berjaya tapi tak dapat. Ada seorang lelaki Cina yang berniaga dapat pendapatan RM500 ribu sebulan hanya jual sayur hantar ke Singapore sahaja. Apa yang beliau nasihatkan untuk saya adalah kita jangan jadi bodoh dan bongkak. “Kau gagal! Kalau dah ada ilmu dah lama kau berjaya. Kau ego, sombong, bongkak, belajar CGPA tinggi dalam bisnes tapi sia-sia sahaja sebab tak ada duit.” Waktu ini, saya rasa sangat bengang dan saya perlukan kerja yang ada GURU, MENTOR dan ILMU.

    Pada 2001, saya terlibat dalam company advertising dan mula rendahkan diri untuk belajar. Semua berubah, tapi tak berlaku serta merta perubahan itu.

    Hutang RM10 juta berjaya dilangsaikan dalam masa 2 tahun walaupun terpaksa bekerja siang dan malam.

    Kebengangan saya yang ketiga iaitu terjadi satu perkara internally dalam bisnes dan juga personal saya. Terlalu sibuk dengan kerja dan saya pun ambil keputusan untuk terminate kontrak dengan company tersebut.

    Saya tinggalkan bisnes itu dan Alhamdulillah, saya bina RichWorks. Kita dah bina, bantu beribu jutawan yang buat bisnes RM100 ribu sebulan. Benda ini bagi saya adalah satu kepuasan dalam apa yang saya buat dan melihat orang yang nak ubah hidup, rancang kewangan yang bagus, boleh bantu keluarga dan buktikan pada orang yang mereka pun boleh berjaya.

    Daripada proses inilah, saya sangat bagus untuk libatkan diri dalam bisnes, project marketing, involve dalam leadership. Sebab itu kami di RichWorks sudah 11 tahun (2019) bantu membimbing terlalu ramai orang yang tak ada apa-apa sampai dah boleh run bisnes. Dan 2020 adalah tahun ke-12 RichWorks akan menerajui usaha membimbing lebih ramai usahawan.

    Macam salah seorang Titanium Premier kami, Che Nor yang pada 2010, dia masuk kelas saya yang ketika itu dia masih bekerja, tak ada duit. Dia buka restoran dan dapat hasil jualan juta-juta, kemudiannya, dia terus fokus untuk buat Sambal Garing dan sekarang anda lihat sendiri dia berjaya capai RM6-8 juta setahun.

    Apa lagi yang best selain dapat bantu orang, upgrade life dia? Dan apa guna hidup kalau menyusahkan orang, dengki dengan orang, maki orang tapi tak ada contribution. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang beri manfaat kepada orang lain. Nak bina bisnes untuk capai 1 juta, 10 juta dan 100 juta perlukan ilmu yang spesifik. Bodoh kalau anda tak ada ilmu dan tak buat duit sedangkan kita boleh akses ilmu. Jangan jadi orang yang tangguhkan kejayaan anda. Jangan sabotaj diri sendiri. Kami dah bina jutawan yang asalnya tak ada apa-apa. Ada yang tak pandai membaca pun dan boleh capai RM10 hingga RM12 juta. Anda?

    Tiga masalah yang ada pada ramai orang:1. Suka bagi alasan pada diri2. Tak nak belajar3. Suka tangguh kejayaan dengan tidak buat komitmen untuk belajar dan upgrade diri

    Bayangkan kalau anda ada duit, bukan sahaja boleh bantu family anda tapi boleh langsaikan hutang dan bayar zakat dan boleh bantu orang lain. Semua orang ada potensi, tapi dia yang tak nak bertindak dan belajar serta banyak sangat bagi alasan!

    Terima kasih kepada anda yang hadir ke Program Nak Ubah Hidup kali ini kerana anda adalah antara orang yang komited untuk berjaya dalam hidup terutamanya kehadiran 2020 ini! Saya doakan anda semoga hidup lebih diberkati dan dapat capai apa yang diimpikan dalam hidup berdasarkan TINDAKAN anda selepas ini.

    Dr Haji Azizan OsmanSME Business Growth Master Coach &Pengasas Richworks International Sdn Bhd

  • 9 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Peserta Nak Ubah Hidup 2020!

    Tahniah kepada anda yang komited datang dan menjadi salah seorang peserta dalam program Nak Ubah Hidup 2020 (NUH) yang kami adakan khas untuk anda yang mahu Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes. Program yang tidak tertumpu kepada orang yang berbisnes sahaja ini adalah untuk membantu anda yang masih buntu mencari ‘jalan keluar’ daripada segala masalah hidup!

    Setiap orang ada jalan cerita yang tersendiri. Pelbagai onak duri yang anda hadapi pasti membuatkan anda rasa ‘muak’ untuk ambil kisah. Mungkin ada kisah yang anda sendiri tak mahu dendangkan kepada orang di luar sana yang mana anda suka untuk biarkan menjadi ‘rahsia’ dalam hidup anda.

    Tapi percayalah, setelah jejaknya kaki anda di dewan Setia City Convention Center pada tarikh 25 sehingga 27 Januari 2020 ini, makanya anda akan keluar menjadi orang baru dengan lebih bersemangat sempena Tahun Baru 2020 ini!

    Saya pasti anda akan membuka lembaran baru dalam hidup anda yang pasti membuka mata orang yang pernah menghina, menjebik bibir, membuat riak muka seakan ‘mual’ dan memandang rendah pada anda yang dikatakan tidak berguna dan tak dapat mengubah hidup. Hadirnya anda pada Program 10X Nak Ubah Hidup ini juga adalah bukti yang anda memang membuat keputusan yang tepat dan selangkah untuk anda Nak Ubah Hidup!

    Kata PengantarPengasas Bersama & Pengarah Serantau RichWorks International

    Kami faham struggle yang anda hadapi adakalanya membuatkan anda putus asa untuk teruskan hidup tapi percayalah tidak ada jalan shortcut yang cepat untuk berjaya dalam hidup. Anda perlulah matang dengan setiap yang terjadi dalam hidup anda.

    “There is no such thing as instant growth when it comes to spiritual maturity. We need to experience so many more. We need to climb mountains. We need to endure in the middle of a desert. We need to learn how to dance in the rain.”

    Dalam hidup, kita perlu grow dengan lebih pantas untuk capai impian dan cita-cita kita. Hidup tak akan beri ‘kebenaran’ untuk anda berkembang dengan pantas. Apa yang saya maksudkan adalah, dalam hidup ini ada liku kehidupan yang buatkan kita sebenarnya lebih matang untuk hadapi segala cabaran hidup. Hidup itu nyata. Hidup kehendakNya juga adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain di sekitarnya.

    Life will not give us something that make us grow instantly. Have faith, things will happen in God’s perfect timing.

    Bersyukur dengan apa yang anda dapat. Gratitude is the healthiest of all human emotions. The more you express gratitude for what you have, the more likely you will have even more to express gratitude for.

    Jangan risaukan hari esok kerana hari ini baru saja bermula. Jadikan hari-hari anda produktif supaya anda akan lebih bersedia untuk menghadapi hari esok. Begitu juga sekiranya anda ada bisnes yang anda perlu sokong, pantau dan belai agar dapat disuntik dengan vitamin-vitamin yang dapat memberikan ‘kesihatan’ yang bagus kepada bisnes anda. Bisnes kena pelan-pelan kayuh. Apabila dah dapat rentak, kasi kayuh laju-laju. Jangan sampai ada yang potong anda sampaikan anda tak sempat nak brek.

    Saya doakan semoga anda berjaya dalam hidup dan sentiasa mencari ilmu, mentor yang betul untuk bimbing anda sehingga ke titisan terakhir. Apa yang nak dicapai... ke mana hala tuju. Jangan sekadar cakap di mulut sahaja, anda harus cepat bertindak dan buktikan pada orang yang memandang rendah pada anda. Anda perlu ingat, ‘balas dendam’ yang paling berharga adalah tunjukkan kejayaan pada orang tersebut.

    Apa saja azam dan impian yang anda mahu capai tahun ini, mulakan dengan design dulu cara dan strategi serta mulakan dengan tindakan serta kekalkan energy luar biasa anda sehingga capai matlamat tersebut. Jangan lupa berdoa pada Allah SWT supaya semua usaha dan tindakan kita sentiasa berada di dalam rahmat-Nya dan diberkati-Nya. It’s going to be an awesome year. InsyaaAllah.

    Salam kejayaan dan kekayaan kepada anda semua!

    To Your Success,

    Jerry Rizal#sexyaccountant

  • 1 0 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Dr Azizan Osman adalah antara 100 Usahawan Paling Berpengaruh di Malaysia, dan diiktiraf oleh ICG (International Coach Guild) sebagai jurulatih perniagaan dan pemasaran bertaraf dunia, Jurulatih Kepimpinan Eksekutif yang diiktiraf oleh Berkeley Executive Coaching Institute, Berkeley University, Amerika Syarikat dan beliau juga telah berjaya membimbing sekumpulan usahawan perusahaan kecil & sederhana dengan pertumbuhan tahunan lebih RM1 bilion.

    Perjalanan beliau sebagai jurulatih bertaraf dunia bermula selepas beliau meninggalkan kerjaya pertamanya di firma broker dan stok niaga 20 tahun lalu. Beliau bermula sebagai seorang usahawan secara berperingkat dari kosong tapi gagal dan hampir bankrap selama 3 tahun pertama sehingga beliau menemui formula sendiri serta strategi kekayaan dan kejayaan yang telah menjadikan beliau jutawan pada usia 32 tahun.

    Azizan telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh pada tahun 2017 (The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2017). Beliau juga diiktiraf sebagai jurulatih yang ke-2 di dunia dan yang pertama di Asia yang mendapat pengiktirafan dari ICG Australia sebagai

    Jurulatih Bertauliah dalam Perniagaan,Pemasaran & Kepimpinan, Mentor & Strategis, Usahawan,

    Pengarang Buku Terlaris, Jutawan & Dermawan

    DR AZIZAN OSMANPengasas & Master Coach RichWorks International

    jurulatih perniagaan dan pemasaran bertaraf dunia, Credentialed Master Coach.

    Setelah melalui pelbagai liku kehidupan dan jatuh bangun, beliau berhasrat untuk membantu lebih ramai orang dan usahawan untuk mencapai kejayaan dalam masa yang singkat dengan strategi dan mentoring yang terbukti berkesan.

    Antara selebriti yang pernah hadir ke program dan menjadi anak didik beliau adalah Syatilla Melvin, Shaheizy Sam, Bocil Raja Lawak, Norish Karman, Nana Mahazan, Reza Mohamad, Shalma Ainaa, Haze, Amy Search, Asmidar, Cat Farish, Erra Fazira, Dato Zeila Jalil, Norman Hakim, Memey Suhaiza, Abby Abadi, Azza Elite, Kamal Adli, Emma Maembong, Dato Sri Vida, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Afiq Muiz, Syikin Kamal, Fizo Omar, Dato Afdlin Shauki, Heliza Helmi, Rashidi Ishak, Shajiri Damiry, Khai & Rosma, Shuib dan ramai lagi influencers lain.

    Beliau juga telah membantu dan membangunkan banyak jenama tempatan seperti Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Blackrino, Zapatos, Sugarscarf, Andalusia

  • 1 1 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Travel, Dnars, Jus Hidayah Gold, Ayam Bismi, Bihun Sufi, DeXandra dan banyak lagi.

    Berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun dan kepakaran beliau dalam menguruskan kempen pemasaran untuk SME dan jenama gergasi serta syarikat multinasional, beliau telah berjaya menerajui pembangunan usahawan Malaysia terutamanya bagi kaum bumiputra sejak 11 tahun yang lalu (2008 – 2019).

    Beliau telah membimbing lebih 10,000 perniagaan dalam lebih 1,500 ceramah dan seminar di dalam dan di luar Malaysia.

    Buku antarabangsa pertamanya berjudul ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy, tersenarai antara buku terlaris di Amazon pada tahun 2016. Selain itu, beliau adalah penulis untuk 10 judul buku perniagaan dan pemasaran di Malaysia.

    Lebih daripada 40 juta viewers telah mendapat manfaat menerusi sesi latihan dalam talian dan perkongsian video secara percuma di laman

    Facebook beliau di Azizan Osman Official yang telah mencecah 1 juta Followers, menerusi Facebook Live Talk Show yang disiarkan secara mingguan dan juga di saluran YouTube dan Instagram Azizan Osman.

    Beliau juga mempunyai akses kepada mentor-mentor beliau, multi-jutawan dan penasihat perniagaan bertaraf dunia seperti Richard Branson, Verne Harnish (Penasihat Billionaire), Robin Sharma, Tony Robbins, Brendon Burchard, Bob Proctor, Brian Tracy, Bill Walsh, Marshall Goldsmith, Mentor Pemasaran Dunia, Jay Abraham dan beliau dilatih secara persendirian oleh Jay Conrad Levinson, seorang genius di sebalik ‘Guerilla Marketing.’

    Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah• Untukmengurangkankadarkemiskinandidunia• MeningkatkanpendapatansetiapisirumahkepadalebihRM200 ribu setahun dan• Mewujudkanlegasi100,000jutawanpadatahun2030

    Penganugerahan & Pengiktirafan

  • 1 2 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Bukan sesenang mata melihat untuk menjadi seorang Azizan Osman. Tak juga semudah kata yang diucap untuk hidup sebagai seorang Azizan Osman. 11 tahun yang diisi penuh dengan cabaran-cabaran getir dalam melaksanakan pegangan misi untuk menginspirasi, mendidik dan memberi nilai, hari ini usaha itu semakin diangkat pada mata dan jiwa ramai orang.

    Tidak pernah mengharapkan penghargaan mahupun pengiktirafan daripada mana-mana pihak, namun kehadiran Yayasan Usahawan Malaysia untuk menganugerahkan kemenangan bagi kategori “Master Entrepreneur Creators” dalam SME & Entrepreneurship Business Award 2017-2018 Premier Edition kepada RichWorks International Sdn Bhd amat bermakna bagi Pengasas Dr Azizan Osman dan Team RichWorks. Ibarat usaha kami selama ini ‘nampak’ sudah hasilnya melalui penglibatan hampir 500,000 peserta dalam program anjuran kami selama ini.

    Sebagai Mentor kepada ratusan ribu peserta, debaran hati Mentor ini saban hari dalam menjalankan misinya tak siapa tahu. Lagi-lagi dalam menyusun atur, memberikan latihan serta bimbingan dan menjadi Mentor eksklusif buat 300 lebih syarikat SME dalam RichWorks Titanium hasil cetusan ideanya yang hanya dalam masa 3 tahun telah berjaya mencecah jumlah jualan kumpulan melebihi RM500 juta setiap tahun sejak bermulanya High Impact Coaching ini pada tahun 2015.

    Tapi usaha ini juga takkan terhasil tanpa kehadiran dan komitmen puluhan ribu peserta program-program yang dianjurkan serta penyokong-penyokong kuat di sebaliknya. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat. Hadis Riwayat Ahmad ini dipasak kejab dalam benak kami. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita miliki dan itulah yang dipegang oleh Azizan Osman kerana hidupnya bertunjangkan matlamat untuk terus memberi dan memberi pada sekalian umat.

    Tahu erti penat dan sakit waktu jatuh terduduk dahulu membuatkan beliau berazam untuk membantu sesiapa jua yang memerlukannya untuk tidak lagi perlu menghadapi zaman gelap dalam kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan.Alhamdulillah, berkat sabar, dan juga berkat kesudian mereka yang mahu dibantu, pada hari ini Azizan Osman bersama RichWorks International Sdn Bhd semakin dikenali dan melangkah dengan lebih yakin dalam mencapai visi kami. Anugerah SEBA yang digenggam pada malam 17 Oktober 2017 itu juga ibarat mengiyakan dan menghargai usaha kami.

    SATU DEKAD - 13 ANUGERAHDr Azizan Osman & RichWorks International

    Terima PengiktirafanPada tahun yang sama juga Dr Azizan telah dinobatkan sebagai 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2017, pengiktirafan untuk 100 individu paling berpengaruh di Malaysia dari industri perniagaan dan tahun ini, Pengasas Bersama dan Pengarah Serantau RichWorks, Jerry Rizal juga telah menerima anugerah yang sama - 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2018.

    Selain itu, RichWorks International juga telah melakar memori terhebat dalam sejarah penglibatannya dalam bidang pendidikan perniagaan apabila dinobatkan sebagai Best Business Mentorship Provider untuk kategori Regional Brands dalam Majlis Pengiktirafan Asia Halal Brand Awards pada 15 Disember 2017 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur yang disampaikan oleh bekas Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah. Dan dalam erti kata lain, penganugerahan ini telah berjaya membantu meningkatkan lagi kredibiliti RichWorks International sebagai platform pendidikan berkaitan perniagaan yang hebat dan berkualiti.

    Asia Halal Brand Award (AHBA) mempromosikan jenama-jenama halal yang merangkumi produk serta servis dan penganugerahan ini memainkan peranan yang penting dalam menerapkan penerimaan positif terhadap gaya hidup halal sebagai salah satu komponen utama dalam pembangunan yang sedang rancak berlaku di Asia. Anugerah ini dihakimi oleh wakil-wakil bertauliah dari JAKIM, HDC, MITI, MATRADE, ENTREPRENEUR INSIGHT dan juga diaudit oleh firma konsultansi akaun profesional dari HML & Co.

    Kami sentiasa mahukan penambahbaikan, dan pastikan bahawa apa yang kami sampaikan adalah dalam standard dan kualiti tertinggi untuk anda sebagai pelanggan kami. Sungguhpun terpaksa melalui masa yang panjang, kami takkan berhenti setakat ini sahaja. Kami akan terus berusaha, melangkah ke tahap lebih tinggi hingga kami mampu dikenali secara global dan menambah nilai dalam hidup seluruh umat manusia dalam dunia. Hadir bersama pengiktirafan ini pastinya peluang yang cukup besar dan cukup hebat buat Mentor Dr Azizan Osman kerana pintu kejurulatihan di luar Malaysia buatnya kini terbuka luas.

    Pengiktirafan dari pihak International Coach Guild (ICG) juga membuktikan bahawa Mentor anda ini adalah setaraf dengan mentor-mentor di peringkat antarabangsa. Dr Azizan Osman juga merupakan INDIVIDU YANG PERTAMA DARI MALAYSIA YANG BERJAYA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN TAHAP 3, CREDENTIALED MASTER COACH. Di peringkat ini, Dr Azizan Osman merupakan salah seorang daripada 391 ORANG Master Coaches yang diiktiraf di dunia. Manakala sebagai ICG Recognised School, RichWorks International Sdn Bhd (RISB) kini layak untuk menawarkan program-program yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan RichWorks merupakan institusi pendidikan ICG yang ke-2 di DUNIA dan yang PERTAMA di Asia.

    Dengan pengiktirafan ini, program-program di bawah RichWorks layak dipersijilkan dan mendapat pengiktirafan di peringkat ICG dan juga di peringkat antarabangsa.

    Pengiktirafan profesional ini bertujuan memastikan jurulatih profesional mampu memenuhi permintaan industri kejurulatihan dan mencapai syarat-syarat maksima penilaian yang mengikuti standard di peringkat dunia.

  • 1 3 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Sebagai penerima Anugerah dari ICG tahun 2017, berikut merupakan senarai 6 pengiktirafan yang kami terima:

    Dr Azizan Osman:1. Credentialed Master Coach

    RichWorks International Sdn Bhd:1. Approved Business Mentorship Provider2. Level I Recognised Course3. Level II Recognised Course4. Level III Recognised Course5. ICG Recognised School

    Sebagai penerima manfaat daripada pengiktirafan ini, kami kini mampu berbangga dengan moto #ResultMatters kerana kami maju satu tingkat lagi dalam menyediakan peluang dan akreditasi untuk anda yang mengikuti program-program kami.

    Ternyata misi RichWorks International bersama Dr Azizan Osman untuk mendidik, menginspirasi dan menambah nilai semakin luas dan mendapat tempat di hati masyarakat. Kemajuan dunia teknologi dan peradaban manusia menyebabkan manusia sentiasa dahagakan ilmu dalam kehidupan. Hasil daripada sokongan dan penglibatan secara langsung atau tidak langsung anda bersama RichWorks International, anugerah ini menjadi milik kami. InsyaAllah RichWorks International bersama Mentor Dr Azizan Osman akan sentiasa menyampaikan dan berkongsi ilmu yang terbaik, terkini dan bermanfaat khasnya buat para usahawan di Malaysia dan Asia.

    Jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga perlu diucapkan pada semua yang menyokong, membantu dan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bersama RichWorks International Sdn Bhd sepanjang 10 tahun ini. 10 tahun yang penuh pahit manis dan semoga RichWorks akan tetap mampu berdiri dan berlari ke hadapan lagi, membantu lebih ramai insan, dan sentiasa mampu untuk menginspirasi, mendidik dan menambah nilai dalam kehidupan setiap manusia, baik dari segi bidang perniagaan, mahupun kehidupan seluruhnya.

    Doakan kami di RichWorks bersama Mentor Dr Azizan Osman agar terus dapat memberi nilai, menyumbang pada impian kehidupan anda agar menjadi kenyataan, kerana bagi kami, – #ResultMatters.

    Penganugerahan & Pengiktirafan

  • 1 4 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    SME & EntrepreneursBusiness Awards

    SEBAEntrepreneur Influencer of The Year

    2019

  • 1 5 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    ANUGERAH INTERNATIONAL 2019

    MADconTop 50 Marketing & Advertising Leaders Award

    Dr Azizan Osman

    Top 100 Marketing & Advertising Companies Award RichWorks International Sdn Bhd

  • 1 6 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Sebab utama kenapa Nur Aini Zolkepeli nekad untuk memulakan bisnes adalah untuk meningkatkan pendapatan keluarga dan untuk membantu suaminya. Bermula dengan duit modal RM500 yang dipinjam dari suaminya, Saiful Anuar Seliman yang merupakan seorang pemandu excavator, Nur Aini mula menjual rumpai laut dari rumahnya.

    Malangnya, bisnes rumpai laut mula terkenal dan ramai pesaing mula muncul. Jualannya makin kurang dan untuk terus survive, Nur Aini cuba buat sabun rumpai laut dari dapur rumahnya sendiri. Sabun rumpai lautnya mula mendapat sambutan. Jualan mula cecah 5 angka sebulan. Nur Aini, mula terfikir, apa jadi kalau beliau boleh besarkan lagi perniagaannya? Apa akan jadi kalau beliau ada lebih banyak produk? Berapa jumlah jualan yang beliau boleh buat? Tapi macam mana nak mulakan? Macam mana nak buat?

    Kehadirannya ke program Program Klinik Usahawan Dr Azizan Osman yang pernah dianjurkan dulu oleh RichWorks, telah membuka matanya bahawa untuk beliau lebih berjaya, beliau perlu membantu lebih ramai orang. Dari situ timbul idea untuk ‘berniaga berjemaah’ dan beliau mahu bantu suri rumah yang hadapi situasi yang sama sepertinya, yang tercari cara untuk tambahkan pendapatan untuk berniaga bersama-samanya.

    Sudah tentu proses yang dilaluinya tak mudah. Nur Aini sedar beliau perlu ada ilmu pemasaran yang betul. Dan oleh kerana beliau pernah hadir ke Program RichWorks dan pernah berguru dengan Dr Azizan Osman, beliau memilih untuk hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM).

    Menurut beliau, dari situlah berlaku lonjakan dalam bisnesnya. Dengan ilmu marketing yang Nur Aini dapat dan dipraktikkan secara konsisten jualan produk Nurraysa telah melonjak mencecah lebih RM100,000 sebulan! Sales mereka pada tahun 2019 sahaja dah mencecah 13 juta! Hebat ke hebat?

    Semakin besar cita-cita Nur Aini, semakin besar cabaran dalam bisnes. Semakin ramai jumlah ejen dan stokis, Nur Aini tahu beliau perlu ada lebih banyak ilmu. Dengan tahap ilmu yang beliau ada, beliau tak mampu hendak menghadapi cabaran dalam bisnes yang semakin besar. Beliau tak tahu bagaimana nak menguruskan semua stokis, ejen dan dropshipnya. Masalah dengan pengeluar mula muncul, dan semuanya hanya membuatkan beliau semakin risau dan serabut!

    Nur Aini sedar, hanya Dr Azizan Osman yang telah membantu ramai usahawan berjaya dalam bisnes yang boleh bantu beliau. Dari situ beliau mula sertai kumpulan Titanium pada tahun 2016 yang mendapat mentoring dan coaching tentang bisnes secara dekat dengan Dr Azizan Osman. Bukan bimbingan saja, beliau juga dapat teguran dan nasihat secara terus dari Dr Azizan Osman.

    Menurut pengasas Nurraysa Beauty ini, tanpa bimbingan MenThor Dr Azizan Osman, mungkin bisnes Nurraysa tidak wujud sehingga mencapai level sekarang. Produk yang terkenal dengan mengeluarkan barangan kecantikan mesra wuduk yang bermula dari rumah, kini dah jadi jenama terkenal dengan jumlah stokis, ejen dan dropship mencecah 6,000 di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

    Antara kejayaan yang dikecapi Aini dan Saiful bersama Nurraysa Beauty adalah menerima anugerah SEBA pada 2017 sebagai Excellence in Halal Beauty Product dan Emerging Woman Entrepreneur of the Year. Selain itu, The Brand Laureate Halal World Best Brand 2018 menganugerahkan beliau Best in Consumer - Halal Beauty Cosmetic dan Asia 100 Favourite Products oleh Asia Pasific TOP Excellence Brand.

    Nur Aini Zolkepeli & Saiful Anuar Seliman

    DULU JUAL RUMPAI LAUT, SEKARANG JADI JUTAWAN KOSMETIK BANTU BERIBU SURI RUMAH

    NURRAYSA GLOBAL SDN BHDNURRAYSA BEAUTY

  • 1 7 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Siti MariamMuhammad Abdul Halim

    CTYMARY RESOURCES SDN BHDFAITH FLEUR BY CTYMARY

    Pada Disember 2019, jenama Faith Fleur by Ctymary telah menerima 2 anugerah di Asia Pacific Top Excellence Brand - Book of The Top iaitu Top Excellence Brand dan Top Beauty, Slimming & Hair Trusted Brand. Inilah antara kejayaan pasangan suami isteri Siti Mariam Abd Samad dan Muhamad Abdul Halim Bahadorisam membina bisnes produk penjagaan rambut Faith Fleur mereka.

    Untuk mereka bina bisnes hingga ke tahap ini bukan sesuatu yang mudah. Ketika Siti Mariam berusia 24 tahun, beliau mulai sedar bahawa hidupnya sarat memikul beban hutang. Hutang PTPTN, hutang pinjaman peribadi, hutang kedai perabot dan hutang Ah Long yang kesemuanya berjumlah lebih dari RM100,000.

    Walaupun Siti Mariam ketika itu bekerja sebagai jururawat, bebanan hutang itu menyebabkan gaji yang diperoleh setiap bulan tak cukup. Jadi, beliau cuba untuk berniaga produk orang. Tapi malangnya, rasa malu menghalang beliau untuk buka mulut dan buat marketing.

    Suaminya, Halim pula mencari pendapatan sebagai peniaga pasar malam. Jika tidak berniaga di pasar malam, beliau akan bekerja di kedai makan ibunya dengan gaji RM50 sehari.

    Lebih menyakitkan apabila di awal perkahwinan, Siti Mariam ambil keputusan berhenti kerja tanpa berfikir akibat yang akan dihadapi. Setiap hari beliau terpaksa terima panggilan telefon dan amaran dari ‘debt collector’ kerana tak mampu nak bayar hutang.

    Tertekan dengan situasi yang berlaku, Siti Mariam mula menjadi ejen kepada perniagaan orang lain. Dari sini beliau mula berbisnes dan kembali bekerja sebagai jururawat. Tapi malang tetap datang satu persatu. Hutang tetap bertambah dan kehidupan yang tertekan menyebabkan Halim pernah bekerja sebagai ‘pomen motor’ dengan gaji hanya RM20 sehari.

    Selepas hadir ke Program RichWorks perjalanan bisnesnya mula menjadi semakin senang. Beliau mula ada jenama sendiri, permintaan terhadap produknya bertambah dan bilangan ejennya juga semakin ramai sehingga mampu membuat jualan jutaan ringgit setahun.

    Bermenthorkan Dr Azizan Osman, Siti Mariam dan Abdul Halim tak gentar dengan persaingan. Dr Azizan Osman sentiasa menasihati dan membimbing mereka untuk kembangkan bisnes sehingga kini dah ada 700 stokis serta ejen dan lebih dari 50 billboard sedangkan tak sampai 5 tahun dulu pasangan ini hidup dikelilingi hutang keliling pinggang.

    Pada tahun 2018 ketika beliau menjadi ahli Titanium Circle jualannya RM3.9 juta dengan hanya 300 orang ejen dan stokis. Setelah menjadi ahli Titanium Premier yang boleh dapat bimbingan dan coaching yang lebih rapat dan akses lebih personal dari Dr Azizan Osman, pada 2019 salesnya meningkat naik sebanyak 72.8% iaitu RM6.9 juta.

    BEKAS JURURAWAT JANA RM6.8 JUTA DENGAN

    HANYA BERNIAGA PRODUK PENJAGAAN

    RAMBUT

  • 1 8 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Eriyca Baiduri Abd Rashid

    Minat usahawan ini dengan dunia kecantikan pada awalnya secara suka-suka telah menjurus beliau untuk berkongsi petua kecantikan menerusi platform Live di Facebook. Katanya, dari situ pengikutnya semakin bertambah dan beliau yakin perniagaan berasaskan kecantikan mempunyai potensi luas untuk berkembang.

    “Pada awalnya Madammu hanya berkongsi minat secara Live di Facebook tanpa ada niat untuk memulakan perniagaan ini. Selepas lakukan Live secara konsisten dan followers meningkat dari 300 orang di Facebook bertambah ke 80 ribu dalam masa kurang 2 bulan, Madammu buat keputusan untuk mulakan Noir,” jelas Eriyca.

    Tergiang-giang di telinga Eriyca kata-kata MenThornya Dr Azizan Osman, “Bila buat Facebok Live jangan kira berapa orang yang tengok, kira berapa kerap live you tu boleh bantu ramai orang”. Alhamdulillah, keberkatan sikap suka berkongsi Eriyca mendorong para pengikutnya di Facebook tertarik untuk menonton Live beliau setiap hari.

    Ketika diajukan soalan apakah perkara yang paling membanggakan selepas perniagaannya berjaya, jawab beliau, ketika lahirnya stokis jutawan jenama Noir dengan pendapatan RM1.8 juta sebulan. Kejayaan itu dianggap tidak ternilai kerana asbab kewujudan produk keluarannya mampu mengubah hidup seseorang.

    Eriyca Baiduri atau mesra dipanggil Madammu ini turut membantu 3,000 orang ejen dan 120 orang stokisnya untuk menambah pendapatan. Lebih-lebih lagi suri rumah yang berusaha membantu ekonomi keluarga. Usaha Eriyca

    bukanlah demi wang semata tetapi memberi peluang kepada para wanita untuk menjana pendapatan sendiri.

    Tahun 2019 melakar sejarah apabila jenama Noir mencatat jualan sehingga RM18.3 juta berbanding tahun sebelumnya RM3.3 juta dan RM300 ribu pada tahun 2017. Akui Eriyca kejayaan ini mungkin tak dapat dikecapi jika tidak dibimbing oleh MenThor yang betul. Tambah menarik, bisnesnya lahir tanpa sengaja dengan hanya bermula dengan strategi zero kos marketing!

    Kesan mengikuti program RichWorks, melalui ilmu dan pengisiannya telah membantu Eriyca memperbaiki leadership untuk memimpin organisasi Noir dengan baik. Yang paling berharga, pandangannya dalam perniagaan jauh berubah dan lebih jelas.

    Dulu produk pertama keluaran Noir adalah sunblock sebanyak 500 unit sahaja. Tapi kini dah terpampang 100 unit billboard Noir di seluruh Malaysia. Selain itu, iklan Noir kian rancak bersiaran di kaca televisyen. Eriyca semakin yakin dengan bimbingan secara dekat dari Dr Azizan Osman bisnes beliau akan meningkat dan mencapai sasaran bisnes pada tahun 2020.

    PEKERJA HANYA 8 ORANG SAHAJA DAH BUAT JUALAN RM18.3 JUTA

    NOIR HEALTH AND BEAUTY SDN BHD

  • 1 9 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Melingkup dalam pelajaran bukan penentu nasib kita akan terus gagal selamanya. Tapi punca kegagalan adalah bila kita putus asa untuk menuntut ilmu hingga berjaya. Ini telah dibuktikan sendiri oleh pemilik Momentum Internet Sdn Bhd, Najib Asaddok. Disebabkan gagal menamatkan pelajaran, beliau sentiasa mencari jalan bagaimana beliau boleh perbaiki hidup dengan berniaga.

    Ramai mungkin tak tahu, Najib Asaddok pernah berniaga macam-macam. Beliau juga antara insan-insan yang mempelopori online bisnes di Malaysia. Tapi, usaha beliau dalam bisnes ketika awalnya hanyalah setakat cukup makan sahaja.

    Dan dari situlah beliau mula mencari ilmu bisnes dengan hadir ke Program RichWorks sehingga sekarang. Awal-awal dulu, beliau pun hadir ke Program RichWorks dan duduk di seat belakang. “Jauh sangat dari Dr Azizan,” cerita beliau kepada kami dalam satu perbualan.

    7 tahun bersama RichWorks bukan tempoh yang singkat. Tapi Najib sentiasa komited untuk belajar setiap ilmu daripada MenThornya Dr Azizan Osman. Hadir ke program RichWorks sejak 2012, Najib masih simpan setiap barang-barang yang diperoleh setiap kali menyertai Program RichWorks. Bagi beliau itu adalah peringatan tentang bagaimana beliau bermula dahulu.

    Kata Najib, “Saya simpan semua nota program RichWorks supaya saya sentiasa sedar diri. Saya takut bila saya senang nanti, saya akan lupa diri. Itu ketakutan saya”. Cerita Najib, “Dulu saya hadir ke program hanya memandu kereta Kancil dan pernah diuji dengan kereta rosak dan pernah duduk hotel yang entah mana-mana, tapi

    saya yakin MenThor, Dr Azizan Osman adalah guru yang boleh membantu saya”.

    Akui Najib, ketika pertama kali ke program RichWorks, beliau hanya fikirkan mahu mencapai jualan sebanyak RM30 ribu sebulan. Itu pun dah cukup besar baginya! Tapi ternyata beliau silap kerana apa yang diajar oleh MenThor bukan setakat macam mana nak buat sales lebih tinggi dalam bisnes tapi juga tentang nilai dalam hidup. Ilmu ini berbeza dari ilmu bisnes yang boleh ‘di Google’ di internet dan pengajarannya tak sama dengan tempat lain.

    Beliau yang juga merupakan ahli Titanium pertama dan paling lama ini sentiasa konsisten datang ke kelas dan belajar, fokus dan ikut apa saja yang diajar Dr Azizan Osman. Bagi beliau berguru dengan MenThor adalah pelajaran yang mahal kerana berada dalam kalangan ahli Titanium, beliau boleh nampak sesuatu peluang tanpa perlu mengeluarkan kos. Hasil bimbingan dan nasihat dari MenThor, bisnes beliau yang dulunya hanya dibantu oleh 2 orang staf sahaja tetapi sekarang sudah memiliki 26 orang staf dan nama Momentum Internet semakin dikenali.

    Beliau yang sangat menghormati guru juga berkata, jika tidak bersama RichWorks beliau belum tentu dapat merasai moment menerima apa-apa anugerah. Antara anugerah yang diperolehi Najib adalah The 100 Most Influential Young Entrepreneurs pada tahun 2017 dan The Best Social Media Trainer Award 2018 daripada Majalah Nona. Dan atas nasihat Dr Azizan Osman juga, beliau berjaya menamatkan pengajian MBA di Anglia Ruskin University demi menebus segulung ijazah yang diharapkan oleh ibunya.

    Mohd Najib AsaddokCEO - MOMENTUM INTERNET SDN BHD

    KAU TIADA MENTHOR SEBAB TU KAU TAK

    BERJAYA

  • 2 0 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Siti Farhana Abu Osman

    PTTI GROUP SDN BHDPTTI

    Pemilik Pusat Tuisyen Teratak Ilmu (PTTI), Siti Farhana Abu Osman atau lebih senang dipanggil Miss Fana ini antara usahawan yang bertukar-tukar bisnes.

    Dulu beliau hampir putus asa dengan bisnes pusat tuisyennya hingga membuatkan wanita ini ingin beralih kepada bisnes lain, menjadi ejen produk kecantikan kerana semakin hari pusat tuisyennya semakin sepi dan tidak mendapat sambutan.

    Pemegang ‘Master in Chemistry’ ini kemudiannya hadir ke Program RichWorks dengan niat nak tingkatkan sales sebagai ejen produk kecantikan atas tiket percuma yang diberikan oleh stokisnya ketika itu. Semasa hadir ke program, beliau sendiri ragu-ragu tentang apa yang perlu dibuat dalam bisnesnya.

    Fikirnya, mungkin lebih mudah jual produk kosmetik sebab buka pusat tuisyen bukan mudah - tak ada student dan sepi macam rumah hantu!

    Di Program RichWorks, beliau sangat terkesan dengan kata-kata MenThor Dr Azizan Osman, “Fokus buat apa yang anda tahu untuk bantu lebih ramai manusia selesaikan masalah mereka.”

    Kata-kata itu menyedarkan Miss Fana. Beliau tahu banyak perkara tentang ilmu Sains Tulen seperti Matematik Tambahan, Kimia, Biologi dan Fizik. Tapi entah kenapa beliau tak gunakan kepakarannya untuk membantu anak bangsa yang ramai sangat lemah dalam ilmu sains tulen terutamanya di peringkat SPM? Kenapa sibuk-sibuk nak cuba buat perkara baru yang beliau sendiri tak tahu dan tak arif?

    Dari situ beliau semakin nampak hala tuju pusat tuisyennya yang sudah hampir tutup. Kemudian beliau hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan lebih jelas tentang

    bagaimana cara pemasaran yang beliau harus lakukan untuk memasarkan pusat tuisyennya.

    Syukur, dengan strategi pemasaran yang beliau dapat dari Program MMM, beliau mula bertindak. Setiap hari beliau buat sesi ‘Live’ di Facebook Page, dan dari situ ramai ibubapa mula nampak kemampuan guru-guru di pusat tuisyennya.

    Miss Fana tak perlukan masa yang lama untuk mengisi ruang-ruang kosong di Pusat Tuisyen PTTI-nya. Sehingga kini, beliau bukan sahaja sibuk dengan menguruskan pusat tuisyen dan mengajar subjek Kimia dan Sains Tulen, beliau juga dah ada team yang boleh membantunya dan sambutan yang beliau terima sangat menggalakkan.

    Beliau merupakan anak didik yang sangat komited, disiplin tinggi dan akan ikut sahaja apa yang dinasihatkan oleh MenThor ini termasuk berjaya sahut cabaran untuk kumpulkan 100 video testimoni kejayaan anak muridnya dalam masa sebulan. Jadi tidak mustahil sikap juang yang tinggi dan trust the process ini terus membuahkan hasil.

    Ini terbukti apabila pada tahun 2019, pusat tuisyen beliau berjaya capai RM2.9 juta dengan peningkatan sebanyak 75% dari tahun sebelumnya. Kenaikan hasil jualannya ini adalah kerana beliau komited dan buat perkara betul dalam bisnes berdasarkan apa yang dibimbing oleh Dr Azizan Osman. Sebagai ahli Titanium Premier, Miss Fana rasa bersyukur kerana beliau dapat peluang untuk dibimbing secara dekat dengan MenThor Dr Azizan Osman. Apa saja perancangan yang beliau ingin lakukan di dalam bisnes, beliau boleh dapatkan nasihat secara terus dengan Dr Azizan Osman. Termasuklah idea untuk membuat seminar dan menggunakan sistem ejen dan dropship untuk pusat tuisyennya.

    BINA PUSAT TUISYEN PUN BOLEH JANA RM2.8 JUTA SETAHUN

  • 2 1 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Diyana Tahir & Rahim Shukor

    EHATI INTERNATIONAL SDN BHDEHATI INTERNATIONAL

    “Program eHati tak akan wujud sekiranya tak ada RichWorks,” kata Diyana Tahir, Pengasas eHati International Sdn Bhd.

    Gagal dalam perkahwinan pertama dan hampir juga gagal dalam perkahwinan kedua akibat masalah ekonomi dan tekanan perasaan sehinggakan bekas ‘building manager’ ini juga terpaksa berhenti kerja kerana sakit.

    Hilang mata pencarian menyebabkan hutang makin banyak, kereta beliau ditarik dan rumah kesayangannya yang dibina hasil titik peluh beliau bekerja selama 8 tahun terpaksa dilelong kerana tak mampu bayar!

    Bayangkan, dalam sekelip mata apa yang dibina Diyana hilang. Beliau sering tertanya-tanya apa yang diperlukan dalam hidup selepas mempunyai banyak masalah. Di mana silapnya? Apa yang perlu beliau buat untuk perbaiki kehidupannya?

    Dalam tercari-cari penyelesaian, beliau mula kenal RichWorks dan hadir ke program pada awal tahun 2011. Dari situ, beliau mula sedar tentang banyak perkara yang beliau perlu perbaiki dalam hidup dan mula nampak bisnes sebagai solusi untuk tingkatkan kehidupan.

    Diyana pernah berniaga macam-macam jenis perniagaan. Malah pernah menternak cacing kompos kerana menganggap boleh memberikan pendapatan lumayan padanya. Namun perniagaannya tak berjaya kerana tak pandai buat marketing.

    Kesusahan yang beliau lalui akibat keruntuhan rumahtangga menyebabkan timbul perasaan untuk bantu lebih ramai wanita yang bernasib

    serupa. Beliau tak mahu wanita lain lalui kesusahan yang sama dan dari situlah pada 2013, beliau mula menjalankan perniagaan eHati iaitu menawarkan khidmat membantu wanita yang kecewa, terluka, stres dengan suami untuk kembali bercinta.

    Dari ilmu pemasaran yang beliau dapat dari Program Millionaire Marketing Mastery (MMM), Diyana belajar bagaimana nak memasarkan bisnes beliau yang sangat berkaitan dengan isu sensitif. Beliau tak boleh suka-suka nak buat iklan macam apa yang bisnes lain lakukan.

    Ada teknik khas yang dipelajari dari program marketing Dr Azizan Osman yang membolehkan beliau mudah menarik perhatian kumpulan sasaran yang mereka mahu.

    Bukan mudah untuk Diyana Tahir dan suaminya Rahim Shukor untuk mengembangkan bisnesnya kerana ramai orang masih lagi skeptikal tentang isu kebahagiaan wanita dan hidup berumahtangga. Tapi dengan ilmu yang beliau dapat dari MenThor, nasihat, sokongan dan bimbingan dari Dr Azizan Osman serta niat nak bantu wanita-wanita yang kurang bernasib baik, bisnes eHati semakin dikenali.

    Sangat bersyukur dengan keputusannya menghadiri ke Program RichWorks, dan kini bergelar ahli Titanium Premier, Alhamdulilah dengan tunjuk ajar MenThor, perniagaan Diyana semakin baik dan telah membantu ramai wanita yang ada masalah dengan pasangan dan rumahtangga. Sehingga tahun 2019 lebih dari 60,000 wanita telah dibantu untuk dapatkan kehidupan yang lebih bahagia.

    BANGKIT DARI KEGAGALAN

    RUMAHTANGGA, WANITA INI BINA BISNES BERJAYA BANTU LEBIH

    RAMAI WANITA

  • 2 2 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Nurul Aida RosliMuiz Yahya

    Memulakan perjalanan bersama RichWorks dan Dr Azizan Osman pada 2014 di Kelantan ternyata mengubah perjalanan hidup pasangan ini, Nurul Aida Rosli dan Mohamad Khairul Muiz Yahya yang menjalankan bisnes Hayda Scarf.

    Hanya kerana rakannya terlebih mengambil seat pada sesi road tour dari program RichWorks yang berlangsung ketika itu, Nurul Aida hadir ke kelas buat kali pertama. Soalan pertama yang beliau dapat dan ingat ketika menghadiri program itu adalah “Macam mana nak capai RM1 juta pertama?”

    Berbekalkan jawapan dari MenThor untuk soalan itu, beliau pulang dari seminar dan tanam dalam hatinya untuk mencapai target pada 2015 iaitu RM1 juta pertamanya. Dalam masa 5 bulan sahaja, berbekalkan ilmu yang beliau dapat dari seminar tersebut beliau berjaya capai amaun tersebut.

    “Kami capai RM1 juta pertama dalam masa 5 bulan selepas kali pertama hadir seminar tu. Dan memang bukan hanya asbab seminar tapi sebab mentaliti kita yang perlu dibaiki. Dan potensi kita yang kita tak tahu pada masa tu. Rupanya saya mampu bukannya tak mampu. Alhamdulilah, dengan izin Allah S.W.T saya mampu capai RM1 juta pertama saya.”

    Tidak berhenti di situ saja, beliau turut sibukkan diri dengan menggali dan mencari ilmu secara online. Pada 2017, mereka stuck pada tahap untuk mengembangkan bisnes lalu mereka sertai program Millionaire Marketing Mastery (MMM).

    “Kami dapat grow sales dari RM300 ribu sebulan kepada RM700 ribu sebulan. Lepas MMM, kami terus join Titanium sebab masa MMM, kami yakin Dr Azizan Osman adalah mentor yang kami perlu berguru.”

    Maka bermulalah journey mereka dalam Titanium. Untuk tahun pertama berada dalam Titanium Circle, mereka dalam proses betulkan syarikatnya untuk sampai cepat ke ‘destinasi’ yang beliau mahukan.

    Jelasnya lagi, pada 2014 beliau mula dengan 5 staf sahaja, namun kini beliau berjaya kongsi rezeki dengan lebih 50 staf serta lebih 500 ejen di seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand. Malah, bisnesnya makin hari makin berkembang. Bukan di satu negeri tertentu je tapi seluruh Tanah Air.

    Kemenangan besar bagi Nurul Aida setelah beliau berjaya memiliki kereta idamannya pada 2018. Mengimbas kembali kehidupannya yang ketika itu hanya memiliki motosikal skuter untuk ke sana ke sini membawa guni jahitan tudungnya ternyata sangat perit.

    Hayda Scarf boleh pergi lebih jauh bila bisnesnya boleh cecah jualan lebih RM6.4 juta dengan peningkatan 24.4% dari jualan tahun 2018! Menurut Aida, tak berjaya tamatkan pengajiannya di universiti bukan titik noktah untuk beliau jadi jutawan. Katanya, nak berjaya dalam bisnes bukan mudah tapi bukan juga susah. Kuncinya ikut kata-kata MenThor dan FOKUS bertindak je.

    NIAT NAK BELAJAR BUAT RM1 JUTA PERTAMA, SEKARANG DAH BOLEH BUAT RM6.4 JUTA

    AR WEALTH LEGACY SDN BHDHAYDA SCARF

  • 2 3 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Ahmad Firdaus Mohd Zahari & Zarina Mohammad Zahari

    WARDROBE COUTURE SDN BHD

    Benarlah ujian hebat untuk orang yang hebat. Baru sahaja nak mula berbahagia melayari bahtera rumah tangga, Ahmad Firdaus dah diuji dengan dipecat kerja. Manakala kakaknya, Zarina yang mempunyai saham di dalam syarikat sama tempat mereka bekerja pula terpaksa melepaskan saham beliau. Jadi, berbekalkan duit simpanan yang ada, dua beradik ini cuba cari pendapatan di luar bidang.

    Ahmad Firdaus dan Zarina Zahari, pengasas Wardrobe Couture Sdn Bhd memulakan bisnes dengan ‘ikut-ikut orang’. Trend ketika itu ramai orang jual tudung dan mereka pun turut sama nak mencuba. Tapi yang bagusnya sebelum berbisnes memang mereka dah ikut program Dr Azizan Osman.

    Itu lebih memudahkan mereka bina bisnes. Mereka akui selalu rujuk buku workbook Program RichWorks jika ada kekeliruan dan ketidakpastian. Uniknya, bisnes ini beroperasi 100% online.

    Imbas kembali kenangan nak mula bisnes, Firdaus terpaksa tukar tempat bulan madu ke Vietnam kerana ketika itu mereka nak beli kain untuk jual tudung. Bila produk dah siap dijahit, mereka cuba jimatkan kos photoshoot produk dan shoot di belakang rumah. Kakaknya, Zarina sendiri yang jadi model dan make-up sendiri ketika itu.

    Mereka juga pernah tersilap langkah dengan buka booth di Shopping Mall ternama dan terpaksa biayai kos yang tinggi dengan hasil jualan RM30 ribu setahun. Ketika itu jenama pun belum ada. Segalanya dibuat pakai ‘langgar’ sahaja.

    Akui Firdaus, beliau pernah dengar cakap-cakap orang sekeliling sehingga beliau berhenti pergi ke program Dr Azizan Osman. Kerana sangkaannya, untuk apa nak pergi ke kelas lagi, apa yang diajar Dr Azizan Osman semuanya sama sahaja dan berulang-ulang. Tapi ternyata sangkaannya silap apabila jualannya jatuh RM50 ribu sebulan pada tahun 2016 setelah berhenti dari sertai program RichWorks.

    Sedangkan, dua tahun sebelum itu, ketika aktif dalam program RichWorks dan sentiasa update ilmu terkini, purata jualan mereka RM800 ribu setahun. Kemudian, RM1.5 juta tahun berikutnya. Malah, jualan dah capai RM1.1 juta sebelum mereka sertai Titanium lagi. Masih tersemat diingatan Firdaus yang beliau betul-betul nak jadi ahli Titanium RichWorks. Hadir sahaja ke program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada November 2017, beliau terus hulurkan cek yuran untuk menjadi ahli Titanium ketika Team RichWorks baru sahaja nak set-up booth!

    Tambah dua beradik ini lagi, asbab bimbingan dan ilmu yang dicurahkan Dr Azizan Osman mereka boleh capai kejayaan kini. Malah mereka tidak pernah menyangka akan sampai ke tahap ini. Kini mereka sudah ada 75 orang staf dan pada tahun 2019 bisnes ini dah capai jualan RM6.8 juta berbanding 2018, RM4.4 juta.

    BERMULA BISNES ‘IKUT-IKUT ORANG’, KINI

    MAMPU CAPAI JUALAN RM6.5 JUTA HANYA DENGAN MENJADI

    USAHAWAN TUDUNG ONLINE

  • 2 4 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Mohd Hasbullah Awang @ Hassan & Nuriah Bt Zakaria

    HASNURI SDN BHD

    CEO Hasnuri Sdn Bhd, Hasbullah Awang dan isterinya, Nuriah Zakaria berkongsi kisah kejayaannya dengan kami. Mereka imbas kembali bagaimana Hasnuri terbina, kisah mereka bermula pada 2014. Di mana Nuriah mula buat bisnes apabila suaminya, Hasbullah meminta beliau berhenti kerja untuk menjaga anak.

    Pada ketika itu, beliau buat bisnes sambil jaga anak di butik kecilnya dan jualan hanya bergantung kepada ‘harap-harap ada rezeki’ semata-mata. Kalau ada rezeki ada, kalau tiada tiadalah, janji anak ada di sampingnya.

    Kemudian pada tahun 2015, Nuriah mula berniaga dengan menyertai beberapa event bisnes. Pada ketika itu, mereka lihat hanya itulah cara untuk mereka membina lebih banyak pendapatan setelah Nuriah tidak lagi bekerja demi untuk menjaga anaknya.

    Masalah lain pula timbul bila mereka rasa tak berbaloi dan sangat penat untuk sertai event besar. Jualannya tak seberapa tapi penatnya tak terhingga. Hasbullah yang bekerja sebagai seorang guru tekad menamatkan perkhidmatan di sektor kerajaan demi fokus kepada bisnesnya yang semakin sibuk. Ketika itu Hasnuri giat menyertai event-event besar termasuk event di Singapura dan Brunei.

    Ketika bisnes sedang naik, mereka ditimpa ujian besar sehingga menyebabkan mereka membuat keputusan yang juga menjadi ‘turning point’ pasangan ini dalam bisnes dengan menyertai Program anjuran RichWorks, Millionaire Marketing Mastery (MMM).

    Ketika itu simpanan ratus-ratus ribu ringgit mereka hanya tinggal RM10,000 sahaja. Keadaan ini mendesak mereka untuk mencari ilmu sehingga sanggup terbang ke Program MMM di Sabah yang sedang diadakan ketika itu.Bermula dari Program MMM, mereka terus belajar ke Program Business Growth Workshop (BGW), mereka hadir lagi ke Program RichWorks yang lain dan pada Disember 2017, dari situ mereka memohon untuk menjadi ahli Titanium.

    Perkara amat bernilai bagi Hasbullah dan Nuriah dapat dari didikan Dr Azizan Osman yang tidak ramai usahawan di luar sana titikberatkan adalah leadership. MenThor, Dr Azizan Osman pernah berpesan kepada pasangan ini sales bergantung kepada emosi dan sikap. Bila team mempunyai sikap dan emosi yang betul, InsyaAllah sales juga akan meningkat.

    Pada tahun 2018, jualan Hasnuri hanya sebanyak RM4 juta dan tahun 2019 mencecah RM21 juta! Nampak tak bezanya...Dan Hasnuri bukanlah memasarkan baju kurung yang sangat eksklusif, hanya baju kurung yang simple dan boleh dipakai oleh semua orang. Tapi kerana mereka jelas dengan sasaran siapa yang mereka boleh bantu, dan dengan team yang kuat mereka dapat capai lebih dari target mereka untuk tahun 2019.

    Untuk tahun 2020 sudah semestinya target yang diberikan oleh Dr Azizan Osman kepada mereka lebih tinggi dan Team FLY HIGH Hasnuri sendiri bersedia untuk memberikan yang terbaik!

    BEKAS GURU CIPTA REKOD CAPAI JUALAN RM21 JUTA SETAHUN JUAL BAJU KURUNG

  • 2 5 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Siti Fatimah Abd Samat & Mohd Sufian Sulaiman

    SABELLA HOLDING SDN BHDSABELLA

    Siapa sangka, bermula dari rumah menggunakan sebuah mesin jahit, dan niat nak bantu menambahkan pendapatan seisi keluarga, jenama Sabella kini mampu berdiri gah dengan pembukaan kilang seluas 30,000 kaki persegi pada 1 Januari 2020 baru-baru ini.

    Alhamdulillah, pembukaan tahun baru 2020 yang penuh makna dan menjadi sejarah buat Mohd Sufian Sulaiman dan isteri, Siti Fatimah Abd Samad, pemilik Sabella Holding Sdn Bhd. Perasmian kilang baru mereka ini dirasmikan MenThor mereka, Dr Azizan Osman.

    Berlokasikan kawasan perindustrian yang kebanyakan kilangnya dimiliki oleh jenama terkenal yang ada di Malaysia, berdiri megah kilang milik ahli Titanium #AnakDidikDrAzizanOsman yang pada asalnya hadir ke Program RichWorks dengan jualan di bawah RM30,000 sebulan.

    Perkongsian terbaru Sufian, pada 11 Januari 2020, Sabella berjaya beli Forklift untuk memudahkan kerja-kerja mengangkat barang-barang tinggi di kilangnya.

    Cerita Sufian Sulaiman, Siti Fatimah pernah berniat, “Jika Allah bantu aku hari ini, maka aku akan bantu lebih ramai orang yang susah dari aku sekarang.” Daripada niat itu, dengan izin Allah ia berubah menjadi datangnya punca rezeki yang melimpah tanpa mereka sedar. Kini, Sabella membantu menjadi sumber pendapatan kepada ejen dan dropship dan juga kepada kakitangannya.

    Mengenang perjalanan bisnesnya, Siti dulunya struggle menjahit 100 helai tempahan hingga jari bengkak, sakit dan tak boleh bergerak. Tetapi Siti tetap berusaha menyiapkan tempahan baju dan memastikan pelanggannya dapat apa yang mereka inginkan. Siti bersungguh-sungguh nak bantu Sufian menambahkan pendapatan dan beliau sendiri tak nak hidup susah.

    Sufian pernah berkongsi kisah dengan kami, pendapatannya sebagai pelukis pelan dan duduk di tengah bandar membuatkan hidup mereka setakat hidup sahaja. Bukan tak bersyukur, tapi beliau mahukan kehidupan yang lebih baik dan mampu memberi kebahagiaan kepada keluarga.

    Alhamdulillah, struggle dan susah payah di waktu awal berniaga membuahkan hasil apabila mereka mula dapat order yang makin banyak. Mereka mula mencari MenThor bisnes dan mula bertemu dengan Dr Azizan Osman serta hadir ke Program RichWorks. Asbab berMenThor dengan Dr Azizan Osman, mereka juga boleh upgrade bisnes daripada 1 mesin jahit kepada lebih 30 mesin jahit, mula menyewa 1 kedai ‘corner lot’ dan menambah jumlah pekerja.

    Bukan itu sahaja, jika dulu sales mereka yang hanya RM1 juta setahun meningkat kepada RM24 juta dalam tempoh 3 tahun setelah berMenThorkan Dr Azizan Osman. Dan lebih membanggakan pembukaan kilang baru mereka tidak menggunakan pinjaman daripada bank. Semua itu hasil daripada bisnes beliau.

    BERMULA DARI SEBUAH MESIN JAHIT, KINI DAH

    MAMPU BUAT RM24 JUTA SETAHUN DAN

    MILIKI KILANG SELUAS 30 RIBU KAKI PERSEGI

  • 2 6 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Jangan mudah menjatuhkan hukuman kegagalan kepada seseorang yang mempunyai masa lalu yang teruk!

    Siapa sangka pemilik King’s Char Kuey Teow, Aizat Zulhailie Abu Bakar dahulu pernah dibuang sekolah kerana masalah disiplin dan kini menjadi usahawan berjaya dengan bisnes terkenal di Port Dickson. Alhamdullilah, akui beliau perubahannya bermula setelah ikuti Program Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) pada tahun 2014.

    Kata Aizat, “Lepas IMKK dari tak solat dan tak pernah ke ceramah agama terus pergi umrah.” Dulu, Aizat jual char kuey teow bawah pokok je. Tapi, sekarang dah ada restoran yang boleh tampung 1,300 hingga 1,500 orang dalam satu masa dan selalu full-house!

    Jika diikutkan, beliau sudah lama sertai program RichWorks, sejak beliau berniaga char kuey teow di bawah pokok lagi. Tapi pada masa itu, konsep Aizat berniaga setakat nak cari duit sikit-sikit, ‘harap-harap adalah rezeki’ untuk hari itu.

    Sebut apa sahaja rintangan bisnes, semuanya Aizat pernah hadap. Bisnesnya pernah diserbu agensi kerajaan kerana beliau tak tahu nak uruskan bisnes mengikut undang-undang sepatutnya. Semuanya diusahakan ikut sesedap hati. Janji bisnes jalan!

    Tapi sekarang semua sudah berubah, beliau boleh bina bisnes lebih berjaya hingga mempunyai sebuah restoran besar dengan ilmu dan bimbingan MenThor, Dr Azizan Osman. Malah, pernah capai jualan RM44 ribu satu malam dengan jual char kuey teow je!

    Tahun 2019, banyak buka peluang dan pintu rezeki Aizat. Satu persatu kejayaan besar dikecapi Aizat. Antaranya tercatat di Malaysia Book Of Record sebagai The Most Cooked Char Kuey Teow In One Hour, yang menjadi salah satu bukti kejayaan dan menjadi kebanggaan warga Port Dickson sendiri.

    Berkat usaha dan kesungguhan Aizat, King’s Char Kuey Teow juga telah dinobatkan sebagai TOP 15, Enterprise 50 (E50) Awards. Antara 50 nama-nama besar di Malaysia, bisnes beliau berjaya mendapat tempat ke-15.

    Apa yang membuatkan beliau boleh bina bisnes berjaya? Mudah, sebab Aizat jelas ke mana hala tuju bisnesnya. Kalau dulu beliau berbisnes umpama ‘melekat di badan’. Segala-galanya Aizat buat sendiri. Beliaulah yang ke pasar, ambil order pelanggan dan beliau juga yang goreng char kuey teow. Tapi kini perniagaan beliau lebih bersistem dan sudah ada 50 orang pekerja. Kami di RichWorks sentiasa berbangga dengan kejayaan Aizat. Jualan char kuey teow meningkat dari RM3.4 juta pada 2018 kepada RM4.9 juta pada 2019. Dari bawah pokok, dari seorang gengster kini jadi jutawan char kuey teow ternama!

    Aizat Zulhailie Abu Bakar AZRAIZAT GLOBAL SDN BHDKING’S CHAR KUEY TEOW

    DULU GENGSTER KAMPUNG, SEKARANG ADA RESTORAN JANA RM4.9 JUTA!

  • 2 7 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Siti Khawa Jannah NasuhaNASUHA ENTERPRISE SDN BHDREMPAH MAK SITI

    “Apa yang menyebabkan Rempah Mak Siti perlu berusaha lebih keras di tahun 2020 adalah untuk pastikan semua muslim makan rempah yang betul-betul suci dan halal. Ada jenama lain menggunakan barangan tak suci dalam rempah mereka. Dan ini yang kami nak perjuangkan.” Itu kata Siti Khawa Jannah, pemilik jenama Rempah Mak Siti dalam salah satu sesi Inner Circle Meeting bersama Dr Azizan Osman.

    Beliau juga berpesan kepada usahawan yang mengambil alih bisnes keluarga untuk cari ilmu dan cari mentor. Katanya, “Saya datang dari family bisnes. Nasihat saya turunkan ego serendah mungkin. Walaupun level confident saya tinggi, saya tahu saya kena trust the process. Cakap senang tapi sangat mencabar. Mungkin akan sampai satu point yang kita akan question proses yang kita perlu lalui tapi you just kena turunkan ego. Kita ada expectation dari family juga. Be strong.”

    Tak dinafikan, ramai antara anak bangsa kita yang telah berniaga lama dan mewarisi bisnes keluarga. Tapi berapa ramai usahawan yang mewarisi bisnes keluarga mampu nak teruskan bisnes, atau terpaksa berniaga dengan keadaan bisnes yang sakit dan tak berkembang serta merugikan?

    Kami nak kongsikan kisah bisnes Rempah Mak Siti yang sudah berada di pasaran sejak 40 tahun lamanya. Siti Khawa Jannah adalah anak kepada pengasas jenama ini dan sekarang bertanggungjawab untuk menguruskan bisnes.

    Sebelum ini, selama 37 tahun bisnes Rempah Mak Siti tersekat dengan purata jualan RM6 juta setahun. Susah sangat untuk mereka tingkatkan

    jualan dan terlampau banyak situasi dan cabaran yang berlaku. Dalam perkongsian Siti Khawa dengan kami, beliau telah mengambil alih bisnes legasi ini sejak 15 tahun lalu.

    Ketika jualan bisnesnya tiada peningkatan, Siti Khawa pernah cuba untuk tukar bungkusan produknya. Siti Khawa sangka produknya tak laku kerana bungkusan yang tak menarik perhatian. Kos untuk mengubah bungkusan satu produknya adalah RM20,000. Bayangkan produknya ada beratus-ratus jenis. Berapa agaknya kos yang beliau perlu keluarkan? Ketika itu beliau fikir itu adalah strategi terbaik yang beliau patut buat.

    Tapi sangkaannya salah! Itulah yang berlaku bila usahawan tak jelas dengan apa yang mereka perlu lakukan. Ketika itu Siti Khawa telah menjadi ahli Titanium RichWorks dan berMenThorkan Dr Azizan Osman beliau terselamat dari buat satu kesilapan besar yang merugikan.

    Apabila beliau merujuk kepada MenThor Dr Azizan Osman, nasihat dan kata-kata dari Dr Azizan Osman membuka matanya. Dr Azizan Osman menasihati dan menjelaskan kepada Siti Khawa bahawa masalah sebenar dalam bisnes Rempah Mak Siti bukan sebab bungkusan tapi beliau hanya perlu fokuskan kepada pengedaran untuk bantu naikkan jualan beliau.

    Kini, iklan Rempah Mak Siti boleh dilihat di billboard sepanjang lebuh raya menghala ke selatan dan juga boleh didengar di corong radio. Pada 2018 mencecah RM7 juta setahun dan pada 2019 meningkat kepada RM9.2 juta.

    BISNES LEGASI 37 TAHUN PECAH REKOD

    JUALAN DALAM MASA 3 TAHUN SAHAJA

  • 2 8 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Siti Noor Sabrina Sobri MAMASAB INTERNATIONAL SDN BHDMAMASAB BAKERY

    Wanita hebat ini merupakan bekas penjawat awam yang mampu bina bisnes berjaya hingga mencapai RM500 ribu setahun hanya dari ceruk dapur rumahnya sendiri. Siti Noor Sabrina binti Sobri adalah Founder kepada Mamasab Bakery yang kini telah pun mempunyai 6 rangkaian cawangan bakerinya sendiri.

    Perjalanan Sabrina atau mesra dikenali sebagai Mamasab ini bermula dengan program RichWorks, Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan pada November (IMKK) pada tahun 2016. Setelah hadir ke program itu, Sabrina terus mendaftarkan diri untuk program Titanium dan diterima pada Februari 2017.

    Sabrina akui setelah hadir ke program RichWorks beliau bina keberanian beliau untuk mengambil staf dan buka kedai. Keputusan beliau sering dipersoalkan oleh rakan-rakan ‘home-baker’ beliau kerana mereka melihatnya sebagai membina pesaing sendiri kepada bisnes bakerinya. Tapi Sabrina lantas menjelaskan bahawa keberaniannya adalah kerana beliau ada ilmu bagaimana untuk bina bisnes berjaya.

    Pada 2019, jualan Mamasab Bakery meningkat sebanyak 183.79% berbanding 2018 iaitu RM5.1 juta pada 2018 kepada RM15 juta pada 2019.

    Ditanya bagaimana beliau menguruskan cawangan bisnesnya, Sabrina berkata beliau melantik stokis untuk menjadi ‘mini founder’ bagi menguruskan cawangannya seperti dibimbing oleh MenThor Dr Azizan Osman. Sabrina juga kenal pasti orang yang betul untuk kerja yang betul. Ini sebenarnya tak mudah kerana ianya memerlukan latihan berterusan dan komunikasi serta bimbingan yang betul.

    Beliau ada checklist untuk karakter yang beliau mahukan dan beliau tahu bukan semua

    stokis beliau layak menjadi outlet manager. Beliau memilih manager cawangan bisnes dari kalangan stokisnya sendiri kerana beliau tahu nilai setiap seorang dan bagaimana beliau boleh bantu mereka mencapai impian mereka dan seterusnya membantu mencapai misi dan visi syarikat.

    Tambah menarik, Sabrina akui beliau bukanlah seorang founder yang masuk ke pejabat. Beliau kerap mengingatkan co-founder beliau tugasnya untuk bagi perhatian dan latih orang yang bawa masuk keuntungan kepada syarikat iaitu stokis dan ejen. Dan bila bisnes ada duit yang banyak, secara tidak langsung akan menarik orang yang bagus untuk datang bekerja dengan Mamasab Bakery.

    Terkini, seorang kakitangan baru Mamasab berkelulusan daripada Amerika Syarikat. Apabila ditanya kenapa beliau memilih untuk menjadi kakitangan Mamasab Bakery sedangkan lebih banyak syarikat besar di luar sana, kakitangan itu berkata Mamasab Bakery telah dinobatkan dengan Nona Best Growing F&B Business Awards 2018 jadi mengapa tidak untuk beliau berkhidmat di Mamasab Bakery.

    Selain itu, Mamasab Bakery sering menerima permohonan bekerja daripada pengurus syarikat yang besar-besar yang berminat untuk berkhidmat di Mamasab Bakery. Kesimpulannya, jika kita bina brand yang bagus, company juga akan turut buat duit dan tarik orang yang bagus untuk bekerja.

    Memetik kata Dr Azizan Osman, “Kita tidak perlu menjadi bijak, hanya perlu lantik orang yang bijak untuk bina bisnes kita dan pastikan mereka boleh align dengan misi dan visi bisnes anda.”

    BERMULA DARI CERUK DAPUR, SEORANG BEKAS PENJAWAT AWAM KINI MEMILIKI 6 CAWANGAN BAKERI

  • 2 9 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Dalam Inner Circle Meeting yang berlangsung di Intercontinental Hotel, Shenzhen China, sesi coaching dan mentoring tertutup dan sangat eksklusif baru-baru ini, Dr Azizan Osman berpesan kepada Kartika Wati Mohamed, “Personal win for me when I can help you achieve. I feel proud bila I am able to tell your story, your RESULTS.”

    Bagi Dr Azizan Osman, hadiah terbaik untuknya ialah bila anak didiknya berjaya dalam bisnes dan boleh tunjukkan results. Dan inilah kisah Kartika Wati Mohamed, pemilik Eskayvie.

    Jenama Eskayvie amat dikenali sejak sepuluh tahun lalu dan pernah membuat jualan sehingga mencecah RM60 juta setahun. Dulu, iklan produknya boleh dilihat di majalah-majalah ternama dan menjadi pelopor kepada produk kesihatan keluaran tempatan.

    Tapi langit tak selalunya cerah, kewujudan media sosial menyebabkan jualan Eskayvie pada tahun 2014 jatuh mendadak dengan hanya mencapai jualan RM31 juta setahun. Tapi apa yang membuatkan beliau semakin risau apabila jualannya pada tahun berikutnya terus juga jatuh mendadak sehingga RM8 juta dan tahun 2016 hanya sebanyak RM2 juta setahun.

    Paling menyedihkan, beliau tekad untuk tutup bisnes Eskayvie dan ingin cuba peluang bisnes yang lain. Beliau juga menggesa staf beliau untuk letak jawatan dan mencari peluang kerja yang lain.

    Tidak membiarkan Kartika jatuh seorang diri, stafnya menggesa beliau ke Program RichWorks. Awalnya Kartika malu untuk hadir ke program. Ego masih tinggi walaupun bisnes dah jatuh. Mana tidaknya, sudah 10 tahun berbisnes

    dengan strategi marketing yang gah, tiba-tiba masuk kelas pemasaran sama seperti orang muda yang baru nak mula bisnes.

    Pada hari kedua program pertama RichWorks yang beliau hadiri iaitu Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK), beliau terbakar dengan kisah kejayaan usahawan-usahawan muda yang mampu buat jualan bisnes mencecah jutaan ringgit setahun sedangkan mereka baru bermula dan perniagaan mereka tidak sebesar Eskayvie.

    Beliau tekad jadi ahli Titanium untuk bina semula bisnesnya. Komited hadir ke program-program RichWorks, beliau mula bersemangat untuk bangunkan semula bisnesnya. Apa yang menarik, dalam Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) Kartika mula sedar bahawa beliau tak boleh lagi bergantung sepenuhnya dengan cara pemasaran yang lama.

    Era digital membuatkan beliau mula sedar beliau juga perlu menggunakan Media Sosial dengan aktif sebagai cara untuk memasarkan produk Eskayvie. Dan atas nasihat Dr Azizan Osman, beliau tahu produk apa yang Eskayvie perlu fokuskan dan beri lebih penekanan dan bagaimana dari situ mereka boleh gunakannya untuk mempromosikan produk lain. Selain dari itu, bimbingan secara dekat dari Dr Azizan Osman juga membantu beliau meluaskan rangkaian stokis dan ejennya.

    Hanya selepas 3 tahun berMenthorkan Dr Azizan Osman, syukur Alhamdulillah jualan Eskayvie melonjak naik daripada RM2 juta kepada RM40 juta pada 2018 dan RM46 juta pada 2019. Beliau percaya dengan bimbingan dan kata-kata Dr Azizan Osman iaitu ‘do the best and trust the process’ dan akan terus bersama MenThornya.

    Kartika Wati MohamedESKAYVIE SDN BHDESKAYVIE

    INGAT DAH PANDAI BISNES, BISNES JUTA-

    JUTA PUN BOLEH JATUH BILA TAK ADA

    ILMU

  • 3 0 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Noraida Aznita Azizan CHE’NOR FOOD SOLUTION SDN BHDSAMBAL GARING CHE’NOR

    Jenama ‘Sambal Garing Che’Nor dah sinonim sangat dalam bidang perniagaan industri pemakanan. Bisnes sambal nampak mudah kerana ianya kegemaran ramai orang, tapi berapa ramai yang berniaga sambal boleh buat RM9 juta setahun?

    Dulu, Noraida Aznita Azizan, pengasas Che’Nor Food Solution Sdn Bhd berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti tempatan. Di universiti, Noraida terjebak dalam bidang perniagaan MLM sehinggakan sanggup buat apa saja termasuklah tak hadir kuliah dan kelas. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya melihat income bisnes ketika itu mencecah 5 angka. Dalam pada itu juga beliau bangga dapat berikan duit kepada emak dan abahnya yang pernah hidup susah.

    Malangnya, Noraida gagal menamatkan pelajarannya dan di saat ayahnya tahu beliau gagal, bisnesnya juga jatuh merudum. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk makan gaji. Semuanya mula berubah selepas beliau hadir ke Program RichWorks pada tahun 2010 demi mencari ilmu untuk membina kerjaya, timbul minatnya untuk berniaga.

    Pada awal perniagaan Sambal Garing Che’Nor berkembang sangat laju sehingga beliau tidak nampak hala tuju bisnes. 3 tahun berniaga tanpa MenThor memang tidak ada masa nak kaji roadblock dalam bisnes. Tapi sebagai ahli Titanium Premier, dengan adanya coaching dan mentoring secara dekat daripada Dr Azizan Osman, beliau dapat memulihkan keadaan bisnesnya yang jatuh merudum.

    Walaupun ketika itu dah buat sales mencecah RM6 juta hasil dari belajar ilmu dengan Dr Azizan Osman, tetapi beliau masih tak nampak bagaimana nak membina bisnes. Ketika awal perniagaan, beliaulah yang melakukan marketing dan melakukan semua urusan bisnes seorang diri. Beliau langsung tak luangkan masa untuk fikirkan strategi dan hala tuju bisnes kerana terlampau sibuk dengan urusan operasi bisnes.

    Selepas menjadi ahli Titanium Premier, beliau mula faham apa yang patut buat supaya bisnesnya boleh berkembang dan membantu bisnesnya grow dengan lebih baik. Beliau juga semakin jelas dengan ‘distribution channel’ yang patut digunakan.

    Kata Noraida, “Bisnes susah nak berkembang dengan lebih pantas kalau kita tak dapat kesan masalah yang kita alami. Ramai usahawan tak nak mengaku kelemahan bisnes mereka dan mula menyalahkan orang lain. Isu utama yang saya sedari adalah mindset dan leadership. Kalau hanya duduk rumah dan fikir, saya tak akan dapat mengesan isu yang sebenar. Isu yang timbul hanya direka-reka tanpa pengesahan dan penjelasan dari mentor yang dah ada pengalaman dan ada proven success.”

    Kalau dulu dah terkenal di Malaysia. Kini, Sambal Che’Nor telah lebarkan sayap ke luar negara. Noraida telah menandatangani kolaborasi jualan Sambal Garing Che’Nor di Arab Saudi. Jumlah dagangan jualan ke Arab Saudi mencecah jutaan ringgit.

    JUAL SAMBAL SAHAJA DAH BOLEH BUAT RM9 JUTA SETAHUN

  • 3 1 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Dilahirkan serba kekurangan bukan penghalang untuk Khairul Nizam Wahidin, pemilik Jamumall.com bina bisnes dan masa depan yang berjaya. Makan, pakai baju dan segala urusan sehariannya diuruskan oleh ibu tersayang dan ahli keluarga. Tetapi, insan ini mampu menjana pendapatan beratus ribu sebulan hanya dengan menggunakan akal dan mengerakkan 3 jari sahaja! Khairul Nizam telah banyak mengharungi pahit maung kehidupan. Kesungguhan Khairul Nizam Wahidin nak ubah hidup dan nasib keluarga membuahkan hasil yang sangat lumayan. Bukan mudah untuk pengasas Jamumall ini bina sebuah perniagaan yang mampu mengubah nasib hidupnya. Sejak tahun 2006, beliau telah menjalankan perniagaan online sehingga mampu membantu menyara keluarganya. Bermodalkan RM100, beliau memulakan bisnes kecil-kecilan dan kini mampu capai keuntungan berjuta-juta sebulan. Pertemuan Khairul Nizam dengan program RichWorks apabila beliau ternampak video iklan Hidup Luar Biasa di Facebook. Video itu menjadi punca beliau hadir ke IMKK pada tahun 2016. Kini, beliau telah menjadi salah seorang ahli Titanium untuk membawa bisnesnya ke peringkat yang lebih tinggi. Jika sebelum ini, beliau langsung tidak yakin untuk keluar dari rumah, berkat semangat yang tinggi hasil suntikan ilmu-ilmu Dr Azizan Osman, beliau kini yakin untuk pergi lebih jauh dan mahu menjadi inspirasi kepada orang ramai. Beliau

    korbankan rasa tidak yakin dan rasa malunya untuk mengubah kehidupan dan memberi yang terbaik untuk keluarga. “Saya melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam-macam alasan bila bekerja, ramai yang cepat give-up bila ada cabaran. Ramai cuba memilih untuk kerja senang, tak nak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup berhenti kerja dan mengganggur bertahun-tahun atas dasar ego, kononnya boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah!

    Apa yang paling terkesan adalah bila nak bagi duit pada mak dan ayah serta famili pun tak mampu. Sebab itulah saya bangkit! Saya cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur...bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T beri dan jangan sia-siakan. Saya bangkit untuk beri manfaat pada orang lain. Saya nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal saya dapat melihat kegembiraan, senyuman ramai orang-orang di sekeliling saya.”

    Diberikan semangat yang kuat, Nizam tidak gentar untuk terus belajar bisnes demi memajukan bisnes dan mengubah hidup keluarganya. Alhamdulilah, beliau berjaya membeli rumah untuk keluarganya dan berjaya membuat jualan jutaan ringgit. Hasil jualannya hingga Ogos 2019 sahaja pun dah mencecah RM1 juta lebih! Hanya dengan menjalankan perniagaan secara online sahaja dengan bantuan adiknya, Siti Jamumall yang sentiasa ada di sisinya.

    Mohammad Khairul Nizam Wahiddin

    JAMUMALL SDN BHDJAMUMALL

    BENGANG KERANA HIDUP SUSAH, OKU

    BANGKIT BINA BISNES SEHINGGA JADI

    JUTAWAN WALAUPUN HANYA MAMPU

    GERAKKAN 3 JARI SAHAJA

  • 3 2 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Das Abdul BANTAL HOTEL DAGDAS ABDUL GLOBAL SDN BHD

    Siapa yang tak kenal dengan billboard seorang lelaki memeluk bantal berderet di highway sepanjang perjalanan di lebuh raya. Pasti orang lihat lelaki ini sangat hebat kerana berjaya bina empayar bisnes, namun tak semua tahu kenapa beliau memulakan perjalanan sebagai seorang usahawan.

    Ini kisah Das Abdul, pemilik Das Abdul Global yang hanya mula berniaga bantal di ‘car boot sales’, beliau kini sudah pun mempunyai sebuah gudang sendiri serta pekerja, ejen dan stokis yang ramai. Tidak dinafikan, kejayaan Das Abdul membuka mata ramai pihak kerana berjaya membawa pulang anugerah berprestij.

    3 tahun lepas bila Das Abdul mula datang ke Program RichWorks, pasti semua orang akan fikir “Allah...Susahnya keadaan dia”. Sehingga ke hari ni tak tahu nak gambarkan semula keadaan lelaki ini pada hari pertama beliau menjejakkan kaki ke program RichWorks. Air mukanya penuh dengan kerisauan dan langsung tak ada keyakinan dalam diri.

    Mulanya beliau dibesarkan dalam keluarga yang lengkap serba serbi, berkemampuan dan mempunyai impian yang sangat cerah. Kerjayanya sebagai seorang engineer bukanlah penyebab beliau nak hidup dalam keadaan selesa sahaja. Nekadnya lelaki ini berhijrah bersama keluarganya dari Kelantan ke Johor selepas pelbagai masalah yang berlaku. Tambahan lagi, isterinya baru sahaja 41 hari bersalin, mereka terpaksa bawa bayi kecil untuk berhijrah ke tempat baru.

    Sebulan selepas berhijrah, ketika bayinya baru berumur 2 bulan, beliau mula menjalankan

    perniagaan car boot sale. Beliau hanya jual bantal setakat 20 biji sahaja sebulan. Tapi, apa yang hebatnya Das Abdul adalah beliau seorang yang sangat kuat dan gigih. Tak mudah berputus asa, malah perkataan itu tak pernah wujud dalam kamus hidupnya sendiri. Das Abdul betul-betul NEKAD nak ubah hidup beliau dan keluarga.

    Alhamdulillah, pada satu malam beliau ‘dipertemukan’ dengan video dari Dr Azizan Osman di Facebook. Kata Das, “MenThor saya cakap, nak mula berniaga guna apa ada di tangan. Maksud dia apa yang mudah dan kita tahu buat..”

    Walaupun sukar pada mulanya tapi beliau tetap percaya dan terus mencuba. Apatah lagi Das Abdul selalu dilihat memegang bantal setiap kali hadir Program RichWorks. Bila ditanya kenapa, beliau kata itu cara nak orang kenal beliau.

    Alhamdulillah, Das bersyukur dapat jumpa guru dan MenThor, Dr Azizan Osman yang curah ilmu dan teknik dalam marketing dan bisnes sehingga sekarang beliau dapat bina bisnes dari 20 bantal hingga ratus ribu. Purata bantal terjual capai 30,000 ke 40,000 biji sebulan. Beliau juga dah ada gudang bantal sendiri, dengan ejen dan stokis yang seramai 3,000 orang.Bantal Hotel DAG telah memenangi Anugerah Superbrands Malaysia 2019 dan pihak Astro Awani juga sempat menemubual Das. Ini semua adalah rezeki dari Allah atas usaha, komitmen, dan kerja keras yang beliau yang komited datang berguru dengan MenThor, Dr Azizan Osman.

    ILHAM BISNES DARI BILIK TIDUR, KINI BOLEH BUAT RM9 JUTA SETAHUN!

  • 3 3 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Husnorleyda Hussin & Salimin Salleh

    HUSMAT FURNITURE SDN BHDHUSMAT FURNITURE

    Ada orang kata, nak buat bisnes juta-juta perlu pilih lokasi yang glamour di kota raya. Betul ke?Husnorleyda Hussin dan Salimin Salleh, pemilik kedai perabot Husmat Furniture telah buktikan berniaga nun jauh di utara tanah air pun mampu buat RM4 juta setahun.

    Imbas kembali kisah hidupnya, dulu di saat rakan-rakan pulang ke kampung menceritakan keseronokan bergaji besar di ibu kota, Husnorleyda Hussin, berasa malu kerana tidak bekerja dan tiada punca pendapatan. Beliau hanya bergantung kepada gaji suaminya, Salimin Salleh sahaja.

    Husnorleyda juga berasa malu apabila sudah berkeluarga dan ada anak tapi masih menumpang di rumah ibu bapanya.

    Sejak dari dulu, Salimin pernah bekerja kilang dengan gaji hanya RM300 sebulan. Kemudian, pernah juga jadi pembantu bapanya yang bekerja sebagai kontraktor. Hinggalah pada satu hari, sebelas tahun yang lalu, suaminya Salimin terpaksa berpindah dan duduk berjauhan atas tuntutan kerja.

    Perkara itu menjadi pencetus untuk pasangan ini mula berniaga. Husnorleyda tidak sanggup berenggang dengan keluarganya, dari situ terbinalah Husmat Furniture. Tapi berniaga tanpa ilmu menyebabkan banyak masalah timbul sehinggakan suaminya ambil keputusan untuk berhenti kerja demi nak membantunya berniaga.

    Bila Salimin sanggup melepaskan gaji bulanan dan bisnes mereka baru sahaja membuat jualan sekitar RM15,000 sebulan, kehidupan mereka menjadi susah. Ada masanya Husnorleyda pula hanya ada RM5 sahaja untuk isi minyak!

    Ketika itulah mereka mula bertemu sahabat yang mengajak mereka untuk hadir ke Program RichWorks. Salimin yang terlebih dahulu mengorak langkah untuk mula komited dan konsisten untuk menghadiri pelbagai program RichWorks.

    Setelah mereka mula aplikasikan ilmu yang dipelajari dari Program RichWorks terutamanya ilmu pemasaran, pasangan ini mula nampak potensi yang lebih untuk mereka dengan menjual perabot. Pada tahun 2016, mereka mula menambahkan 1 lagi cawangan Husmat Furniture, malangnya mereka dapati cabaran baru mula wujud bila hasil jualan dari kedua-dua kedai tidak seberapa tapi kos semakin meningkat.

    Sehinggalah pada tahun November 2017, bila mereka ambil keputusan untuk sertai Kumpulan Titanium untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat secara terus dari Dr Azizan Osman.

    Alhamdulillah, sekarang bisnes Husmat Furniture sudah bertambah baik. Dengan ilmu-ilmu yang diperolehi dari sesi coaching dan sesi ‘one on one’ bersama Dr Azizan Osman, banyak perubahan telah berlaku kepada Husmat Furniture yang sudah 10 tahun bertapak sebagai satu-satunya penjual perabot Melayu di Perlis. InsyaAllah, Husmat Furniture akan membuka cawangan ketiganya pada tahun 2020.

    Jualan mereka pada 2018 adalah RM3.1 juta dan meningkat naik sebanyak 28.42% kepada lebih RM4 juta pada 2019. Dan mereka hanya berniaga di nun di hujung peta Malaysia dan bukannya di tengah kota raya.

    BISNES DI HUJUNG PETA MALAYSIA PUN

    BOLEH JANA RM4 JUTA

  • 3 4 l K i s a h I n s p i r a s i l R E S U LT M AT T E R S

    Narul Khairil Anuar atau lebih dikenali dengan nama NK Anuar merupakan Pengarah Syarikat Unlimited Dreams Sdn Bhd. Beliau dulu pernah bekerja di syarikat penerbitan yang ternama di Malaysia. Setiap kali beliau berjumpa pelanggan, rasa bangga tetap menyelinap dalam hati bila beliau memperkenalkan diri sebagai kakitangan syarikat TV ternama. Beliau dah terbiasa sangat berjumpa artis dan wartawan.

    Hakikat sebenar kehidupannya, hanya beliau sendiri yang tahu. Masalah kewangan tetap menjadi topik utama. Hutang keliling pinggang dah sampai tahap yang paling teruk hingga rumahnya pun pernah kena lelong!

    Narul cuba buat bisnes. Walaupun dah ada pengalaman kerja yang glamor, dah ramai kenalan dan ‘contact’ yang bagus, bisnesnya masih menghadapi banyak masalah. Salesnya sangat teruk. “Masa tu bisnes tak ada ilmu, bisnes pun macam main-main je,” jelasnya yang mempunyai pengalaman bisnes selama 14 tahun sejak 2006 hingga sekarang.

    Sangkanya, pengalaman bekerja selama 23 tahun dapat bantu beliau berniaga tapi semuanya tak benar. Ianya tak semudah yang disangka.

    Ketika bisnesnya berada dalam keadaan ‘tenat’, beliau berjumpa RichWorks sekitar tahun 2015. Pada masa itu beliau mula sedar, bisnes bukan setakat dengan menjual semata-mata. Banyak perkara lain yang beliau perlu tahu termasuk dari segi persediaan mental sebagai seorang usahawan.

    Pada tahun 2018, Narul mula sertai Titanium Circle dengan sales hanya RM2 juta setahun dan Alhamdulillah semenjak beliau menyertai Titanium Premier, beliau mengakhiri tahun 2019 dengan sales mencecah RM4.2 juta.

    Selepas menyertai Titanium Circle hanya beberapa bulan dan beliau terus ambil keputusan sertai Titanium Premier kerana beliau pilih untuk bermain pada level game yang lebih besar. Katanya lagi, apa yang menarik dalam Titanium Premier ialah walaupun dalam indu