1 konsep penggabungjalinan kemahiran

15
KONSEP 5P 1.4) 1. PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRAN

Upload: muhammad-idriez-abdul-hamid

Post on 05-Nov-2015

56 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Penggabungjalinan

TRANSCRIPT

KONSEP 5P

KONSEP 5P1.4) 1. PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRANsatu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran

mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh.Tujuan strategi ini dilaksanakan ialah :Kemahiran dapat dikuasai secara serentakBentuk pengajaran lebih menarik dan berkesanBerpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi dan melibatkan pelbagai kemahiran

Kemahiran dapat dikuasai secara serentak:membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan:menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna murid

Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi dan melibatkan pelbagai kemahiran:memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif serta seluruh kelas. Tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran :penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaranpenggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulumPenggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaranproses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan melibatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain. memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.Kemahiran-kemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagaimana yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.Kemahiran sampingan pula ialah kemahiran yang digabungkanjalinkan setelah dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran yang di fokus.beberapa langkah yang boleh diambil dalam pelaksanaan pengajaran yang melibatkan proses penggabungjalinan.membuat penelitian terhadap keperluan mata pelajaran untuk mengenal pasti kemahiran yang di fokus dan kemahiran sampingan yang akan terlibat ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsungPenilitian ini sangat penting dalam menentukan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar objektif pengajaran dapat dicapai.

Peranan guruGuru harus menentukan terlebih dahulu kemahiran utama yang hendak ditekankan dalam sesuatu pengajaran.Kemahiran utama akan menjadi fokus utama pembelajaran, menakala ekmahiran sampingan akan menjadi fokus sampingan pembelajaran.Guru hendaklah memikirkan kemahiran sampingan yang bersesuaian untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang menarik.Aras pengajaran dan aktivti pelajaran berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid.b)B) Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain.

Memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar.Sebagai contoh yang jelas dapat dilihat penggabungjalinan yang diaplikasikan ialah seperti penggabungan kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan mata pelajaran Kajian Tempatan iaitu melalui aktiviti seperti melukis Jalur Gemilang atau pelan kedudukan sekolah.Bertujuan bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid. c)Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum melibatkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah.guru yang juga perlu menitikberatkan soal kemahiran pelbagai kecerdasan serta kemahiran generik kerana kemahiran ini melibatkan kecerdasan murid dan penting untuk proses pertumbuhan dan perkembangan murid.Implikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiran :objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.merupakan suatu pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran lain.dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.murid-murid juga berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan.Kemahiran-kemahiran yang telah mereka perolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam aktiviti kehidupan seharian seperti membaca, menulis, melukis dan mengira.berkeupayaan untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan dapat mengelakkan kebosanan murid disamping menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang, harmonis dan bersepadu.