1-asignment-bajau

Upload: yazihjahiri

Post on 14-Apr-2018

307 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    1/24

    PENGENALAN

    Malaysia merupakan Negara yang sangat unik kerana terdiri daripada penduduk

    berbilang kaum dan etnik daripada pelbagai budaya. Menurut laporan yang telah

    dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, banci penduduk di Malaysia sehingga

    2010 ialah seramai 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2

    peratus bukan warganegara.Warganegara Malaysia terdiri darpada kumpulan etnik

    Bumiputera (67.4%),Cina (24.6%),India (7.3%) dan lain-lain (0.7%). Dalam kalangan

    warganegara Malaysia, Melayu merupakan kumpulan etnik utama di Semenanjung

    Malaysia iaitu 63.1 peratus.Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan

    warganegara di Sarawak, manakala Kadazan/Dusun merekodkan sebanyak 24.5

    peratus di Sabah. Dari segi agama,Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti

    di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus dengan diikuti dengan agama Buddha

    (19.8%),Kristian (9,2%) dan Hindu (6.3%). Justeru itu, kita patut bersyukur kerana kita

    masih boleh hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

    Kamus Dewan (2007),mendefinasikan budaya sebagai kemajuan fikiran,akal

    budi atau cara berfikir,berkelakuan dan sebagainya.Tegasnya,budaya boleh

    didefinasikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan

    meliputi sistem sosial,susunan organisasi ekonomi,politik,agama,kepercayaan,adat

    resam,sikap dan nilai. Selain itu.budaya menggambarkan cara hidup,nilai.kepercayaan

    dan sikap (Yahya, Aziah dan Yaakob, 2007). Sagor et al,(1994) dalam Yahya (2007),

    menjelaskan bahawa budaya sebagai sistem sosial yang diintegrasikan oleh nilai-

    nilai,kepercayaan, dan peraturan tingkah laku. Beliau juga menjelaskan bahawa budaya

    ialah kajian tentang tingkah laku manusia dalam satu kumpulan yang berbeza mengikut

    masyarakat,kumpulan etnik,suku dan sub budaya yang lain.

    Malaysia merupakan sebuah negara bermasyarakat majmuk yang terdiri

    daripada Melayu, Cina, India, Pribumi Sabah dan Sarawak . Setiap etnik membawasosio-budaya yang berbeza-beza. Kepelbagaian sosio budaya diterjemahkan di sekolah

    menerusi murid-murid sekolah yang sekaligus memberi implikasi secara lansung

    terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan

    pernyataan ini, penulis telah memilih etnik Bajau yang terdapat di Sabah untuk dikaji

    bagi memenuhi kehendak tugasan.

    1

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    2/24

    ASAL USUL ETNIK BAJAU

    Apabila disebut Bajau, kita akan segera terbayang bahawa suku bangsa

    peribumi yang mendiami kepulauan Filipina Selatan dan Sabah.

    Sebenarnya Bajau bukan sekadar wujud di dua wilayah tersebut. Sebaliknya bangsaBajau adalah antara penduduk asal Nusantara dari kepulauan Belau (PALAU) di

    sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian

    di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma) di Utara. Ada pendapat

    mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang mengatakan Bajau

    berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik

    ini berasal dari kepulauan Maluku.

    Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga atauMaluku, kawasan-kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal

    oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa

    bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang mula bergerak dari Yunan

    menuju arah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500 tahun Sebelum Masehi iaitu

    3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan

    Lautan Pasifik. Oleh kerana bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro, maka

    mereka adalah Melayu tulen.

    STRUKTUR MASYARAKAT DAN POLITIK

    Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu

    Palau (Bajau Laut) dan Samah (Bajau Darat). Sehingga tahun 1950-an, Palau tinggal di

    dalam lepa yang bergerak bebas di sekitar laut Sulawesi; mereka hanya mendarat di

    tepian pantai atau pesisiran sama ada di jajaran pulau atau tanah besar, untuk

    mendapatkan keperluan makanan seperti ubi kayu, air atau untuk membaiki lepa

    mereka ataupun untuk mengkebumikan ahli keluarga mereka yang meninggal dunia.Namun cara hidup kumpulan bajau Pala'u semakin pupus ditelan masa kerana ramai di

    kalangan mereka telah bermukim di daratan. Mereka berbuat demikian kerana kegiatan

    ekonomi yang lain secara perlahan-lahan menggantikan aktiviti menangkap ikan.

    Perubahan masa dan teknologi turut menyumbang berkurangnya penggunaan lepa

    apabila ramai yang bertukar kepada penggunaan enjin sangkut.

    2

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    3/24

    Kini terdapat segelintir sahaja penduduk Semporna yang mendiami kawasan

    Bangau-bangau yang masih menggunakan lepa sebagai tempat bergantung kehidupan

    seperti pada zaman nenek moyang mereka. Mereka juga bukan penganut agama Islam.

    Justeru itu, terdapat di kalangan orang-orang Samah yang tidak mengakui Palau

    sebagai Bajau oleh kerana kesuluruhan Samah adalah beragama Islam.

    Kini masyarakat Bajau tersebar di pelbagai negara seperti Indonesia, Filipina, Malaysia,

    Brunei, Myanmar, Maldives dan Afrika Selatan. Malah ada pendapat mengatakan

    bahawa masyarakat Melayu di Madagascar (Pulau Malagasi) sebenarnya adalah dari

    etnik Bajau. Bagaimana bangsa ini mendapat namanya sebagai Bajau, ia masih kabur.

    Kekaburan ini menyebabkan perbahasan di kalangan segelintir individu sehingga ada

    antara mereka yang membuat pengklasifikasian mengikut logik masing-masing

    kononnya Bajau adalah yang menjadi peribumi Sabah, Badjao adalah yang mendiami

    gugusan kepulauan Mindanao, dan Badjoe adalah yang mendiami wilayah

    Indonesia.

    AGAMA

    Seratus peratus suku kaum Bajau menganut agama Islam. Akibat daripada

    anutan agama Islam corak hidup etnik Bajau di Sabah tidak banyak bezanya dengan

    bangsa Melayu yang ada di Semenanjung Malaysia. Suku kaum Bajau sangat

    menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai

    dengan perkembangan masa kini, ramai masyarakat Bajau dikahwini dan mengahwini

    bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di

    Malaysia.

    EKONOMI

    Orang Bajau dikatakan telah menggunakan sistem Barter dalam aktiviti ekonomi

    mereka iaitu menukar ganti hasil tangkapan ikan mereka dengan beras orang Kadazan.

    Bukan itu sahaja, pengaruh kebudayaan daripada kedua-dua kaum ini juga dapat dilhat

    dari segi kesenian material, muzik dan juga rekabentuk bangunan. Mereka ini

    merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di

    Sabah. Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang

    sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah. Kaum Bajau dahulunya juga

    adalah pelaut yang mahir iaitu kegiatan utamanya ialah pelanunan serta penangkapan

    3

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    4/24

    ikan. Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran menunggang kuda dan ini

    menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di Sabah. Kemahiran mereka ini

    menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran "Koboi Timur" atau

    "Koboi Sabah". Semasa dalam majlis tertentu seperti pesta dan hari perayaan,

    penunggang kuda kaum Bajau ini sering kelihatan dalam pakaian berwarna-warni

    malah kuda mereka juga dipakaikan kain seperti penunggang juga. Orang Bajau yang

    berada di sebelah pantai Barat Sabah kebanyakkannya menetap dari bahagian Kota

    Kinabalu sehingga ke Kota Belud. Bagi kaum Bajau yang berada di bahagian pantai

    Timur Sabah , mereka masih mengamalkan kehidupan tradisional seperti kegiatan

    menangkap ikan dan kaum Bajau di sini digelar Bajau Laut. Walaubagaimanapun orang-

    orang Bajau di bahagian Timur Sabah ini kebanyakkannya telah menetap di darat atau

    di perkampungan tepian pantai. Segelintir daripada mereka masih lagi tinggal dalam

    perahu yang merantau ke sana-sini iaitu Lepa. Kini, ramai yang menjadi petani ( kelapa

    sawit, koko, dan getah) dan juga bekerja menjadi kakitangan kerajaan seperti guru, polis

    dan bekerja di sektor swasta.

    KEPERCAYAAN DAN ADAT

    KELAHIRAN

    Sewaktu mengandung

    Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang

    wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan

    kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut.

    Berpantang

    Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani

    beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta

    kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang larang

    tersebut termasuklah iaitu wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri

    akan diganggu oleh makhluk halus.

    Menempah bidan

    Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh

    bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat akan

    4

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    5/24

    diuruskan oleh bidan tersebut dan mulai hari itu hingga hari ke-44 selepas kelahiran

    bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjaga wanita hamil tersebut.

    Tanda Kelahiran

    Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan disediakan

    iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain putih dan

    diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu tembaga beserta

    kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang padi.Sebaik

    sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni si ibu

    sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan.

    Melenggang perut

    Selain daripada pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu

    melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang dalam kalangan

    masyarakat Bajau. Upacara ini diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung

    anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan.

    Semasa Bersalin

    Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan

    tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam

    seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan

    makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu, terdapat beberapa adat lain

    yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat,

    azan, dan menanam tembuni.

    Menanam Tembuni

    Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan

    diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama

    kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu untuk

    menandakan kelahiran anaknya Berpantang

    Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita yang

    baru lepas bersalin. Antaranya ialah si ibu tidak boleh makan sembarangan makanan.

    Selain bubur atau nasi tanpa lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada

    tumbuh-tumbuhan.

    5

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    6/24

    Naik Buai

    Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu

    bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang

    sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan dalam

    kalangan masyarakat Bajau.Bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat

    pertama kali.

    Berkhatan

    Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah

    cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun

    sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun.

    KEMATIAN

    Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak

    banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama

    mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat

    tempatan.. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan

    agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan

    diri dengan keadaan hidup baru di akhirat.

    Selepas Kematian

    Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup

    dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan

    sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti

    menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya

    mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti

    dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

    Adat mengawal kubur

    Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme, kini telah banyak memeluk

    agama Islam. Namun demikian, beberapa adat, budaya dan kepercayaan masih

    dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun. Adat paling menarik dalambudaya masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur. Kawalan kubur selama tujuh

    hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan

    dalam tempoh tersebut.Masyarakat Bajau percaya Balan-balan merupakan sejenis

    lembaga yang berasal daripada manusia.

    6

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    7/24

    PERKAHWINAN

    Merisik

    Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum

    perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis

    yang menjadi calon

    Meminang

    Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis

    itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai

    sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Masa pertunangan biasanya

    berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan..

    Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk

    majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang

    sederhana dan seekor bagi keluarga biasa

    Majlis Perkahwinan

    Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada

    mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari

    bagi keluarga miskin.. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam, kemudian

    diikuti dengan tarian tradisional yang dikenal sebagai limbai.

    JUMLAH ETNIK

    Di Sabah, 6 bahasa Bajau digunakan dan semuanya berasal daripada keluarga Sama-

    Bajau. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara jiran.

    Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka dipinjam

    daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau pantai Barat Sabahpula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu. Daripada segi bahasa

    dan pertuturan, bahasa Bajau mempunyai lebih daripada 20 subdialek. Kajian awal oleh

    Badan Galak Pusaka menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 26 subdialek bahasa

    Bajau.

    7

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    8/24

    MAKANAN TRADISI

    Masyarakat Bajau juga terdapat kebudayaan mereka yang tersendiri,seperti

    makanan tradisional,tarian dan sebagainya.Dari segi makanan,terdapat pelbagai jenis

    makanan.Antaranya ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.Makanan tradisional

    kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesies,antaranya

    lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah

    permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau.Kima ini boleh

    dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-kecil dan dicampur dengan

    air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera seseorang.Ia juga boleh

    dimakan bersama sayur.Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah makanan yang

    berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara

    stim.Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga ialah makanan yang

    berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya.Pati ubi itu kemudiannya digoreng

    tanpa minyak di dalam kuali,sehingga warna kekuning-kuningan.

    BAHASA ETNIK BAJAU

    Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan

    daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama

    yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum Bajau sebenarnya

    bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar.

    Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26

    subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah

    bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut

    mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.

    Berikut adalah kosa kata bajau:

    Sayang, aku cinta padamu / Sayang, aku sayang padamu - Dayang, akuh lasah

    maka'ah / Sayang, aku sinta ta' kau

    aku = aku, saya

    ko = engkau, kau

    ka'ah = kau, engkau, awak , anda

    8

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    9/24

    dayang = sayang (Kata Nama - digunakan untuk memanggil atau menamakan

    seseorang yang disayangi)

    Ada beberapa perkataan suku kaum bajau yang hampir sama sebutannya dengan

    bahasa melayu dan membawa maksud yang sama dalam bahasa bajau.

    Contoh:-

    Tompah - Terompah (kasut),Baju - Baju,Sin - Sen (Duit),Aku - Aku,

    Kitab - Kitab,Tangan - Tangan,lengon/langan-lengan

    Bahasa bajau di selatan Filipina juga menuturkan bahasa yang sama, tanpa perubahan

    sebutan atau makna. walaubagaimanapun,terdapat perbezaan sedikit diantara bahasa

    kaum bajau sebelah pantai barat dan pantai timur Sabah, dari segi sebutan tetapi masih

    mengekalkan makna yang sama. 40% bahasa Bajau adalah bahasa Melayu. Apa yang

    pasti, kebanyakan orang tua - tua suku kaum Bajau dahulu amat sukar apabila

    menyebut perkataan yang ada huruf 'R' dan 'C'. Contohnya 'NUR' menjadi 'NUL',

    'SABAR menjadi 'SABAL', 'SYUKUR' menjadi 'SYUKUL', 'CUKUP' menjadi 'SUKUP',

    'CAWAN' menjadi 'SAWAN' dan banyak lagi.

    PERALATAN TRADISIONAL

    Lepa, yang dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu

    adalah peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku kaum Bajau

    Semporna.Lepa mempunyai pelbagai kegunaan kepada penduduk tempatan seperti

    sebagai kenderaan untuk menangkap ikan, pengangkutan awam dan barangan, tempat

    tinggal, tempat mengadakan majlis perkahwinan dan persembahan

    kebudayaan.Kebiasaannya ia diperbuat daripada kayu jenis Ubar Sluk ataupun Seraya

    Merah.Kewujudan lepa adalah dipercayai bermula dari kaum nelayan yang tinggal di

    kepulauan sekitar pesisiran pantai daerah Semporna. Hingga hari ini lepa masih

    digunakan oleh masyarakat Bajau Pala'u sebagai tempat tinggal.Dalam erti kata yang

    lain, lepa ialah rumah mereka, "alat-alat keperluan asas seperti periuk dan pinggan

    mangkuk disimpan dalam lepa tersebut". Sebuah lepa yang berukuran 5 meter panjang

    dan 1.5 meter lebar boleh disiapkan dalam masa 6 bulan.Lepa boleh dibahagikan

    kepada beberapa bahagian. Bahagian depan yang tajam dipanggil tujjsh, badan perahu

    9

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    10/24

    dikenali sebagai lepa, yang mengandungi struktur sebuah rumah berdinding yang

    dipanggil tepi dan beratapkan daun nipah yang dikenali sebagai kajang. Seluruh

    bahagian tengah dipanggil pakajjangan. Tempat menyangkut pengayuh pula dikenali

    sebagai sanga, sementara bahagian belakang dipanggil pemalung.

    Dalam persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisi ataupun tagunggu akan

    dimainkan di atas lepa, dan ini merupakan sesuatu yang amat menarik untuk disaksikan.

    Selain lepa-lepa, komuniti Bajau Laut ini juga sebenarnya mempunyai satu lagi seni bina

    perahu yang unik yang tidak terdapat pada lain-lain komuniti maritim di Sabah iaitu

    perahu bogoo, sejenis perahu bersayap yang digunakan untuk menangkap ikan. Walau

    bagaimanapun, sehingga kini warisan dan budaya perahu ini nampaknya tidak pernah

    diketengahkan oleh mana-mana sarjana yang mengkaji komuniti ini. Atas kesedaran

    tersebut, makalah ini ditulis dengan tujuan untuk mendokumentasikan semula perahu ini

    sebagai salah satu warisan dan kebudayaan komuniti Bajau Laut agar tidak hilang

    mengikut peredaran zaman.

    TARIAN TRADISIONAL

    Tarian Dalling-Dalling

    Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina.

    Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin

    kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo

    Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian

    dallinhg-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-

    dalling ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan

    Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk

    menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang

    Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun

    Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah

    Sandakan. Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah

    (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak

    tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan.

    10

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    11/24

    Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang

    penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut

    kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil

    gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya

    wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang

    kadang-kadang mencecah semalaman. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka

    mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia

    ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan

    'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak

    (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk

    diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.

    KESIMPULAN

    Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi

    populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku

    kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan

    masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud. Dari segi sejarahnya,

    kaum lelaki di kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.

    Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat

    resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan

    kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu dititikberatkan. Hakikatnya, Bajau hanyalah

    satu. Lalu kenapa timbul pelbagai nama seperti Bajau, Badjao dan Badjoe? Jawapannya

    mudah. Ia adalah disebabkan faktor penggunaan tulisan rumi dalam Tamadun Melayu

    baik di Malaysia mahupun di Indonesia dan Filipina. Ketiga-tiga wilayah ini pernah

    dijajah oleh tiga bangsa penjajah dari Barat. Ketiga-tiga bangsa penjajah ini

    menggunakan huruf Rumi dalam sistem tulisan mereka. Kedatangan mereka turut

    memperkenalkan sistem tulisan Rumi kepada Tamadun Melayu tetapi dalam bentuk dan

    sistem ejaan yang berbeza-beza. Bahkan, sistem tulisan Rumi Bahasa Malaysia dan

    Sistem Tulisan Rumi Bahasa Indonesia hanya dapat dimantapkan pada 1970-an,

    walaupun Sistem Tulisan Bahasa Malaysia masih mengalami proses

    penambahmantapan akibat peminjaman perkataan asing khususnya dari Bahasia

    Inggeris.

    11

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    12/24

    REFLEKSI

    Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi peluang

    dan kesempatan untuk saya menyiapkan tugasan ini.

    Penerangan yang diberikan semasa interaksi pertama agak jelas tetapi saya

    kurang faham kehendak soalan yang diutarakan untuk menulis esei ini. Saya sangat

    keliru dengan kehendak tugasan pada waktu itu.Hal ini disebabkan subjek ini

    merupakan subjek baru dan saya belum mengetahui tentang skop pembelajaran subjek

    ini.Selepas pensyarah subjek ini menerangkan secara ringkas kehendak soalan tugasan

    tersebut barulah saya memahami tugasan tersebut serba sedikit.Selepas meneliti

    semula soalan beberapa kali dan berbincang dengan kawan-kawan sekuliah dan

    masing-masing memberikan input yang menjurus kepada melaksanakan tugasan

    tersebut dengan cemerlang barulah segala kekeliruan dapat saya atasi.

    Perkara pertama yang saya lakukan ialah membuat pembacaan tentang tajuk

    esei ini dalam buku, jurnal, artikel dalam internet dan sebagainya.Saya cuba memahami

    kepelbagai budaya yang terdapat di dalam negara kita dan implikasinya kepada proses

    pendidikan di Malaysia.Sesungguhnya kepelbagaian budaya memberikan impak yang

    besar dan sistem pendidikan negara. Proses mengumpul maklumat ini berlaku

    sepanjang masa sehingga saya menyiapkan tugasan ini. Hal ini demikian kerana saya

    menulis esei sambil membuat rujukan pada masa yang sama.Di samping itu,saya juga

    menghubungi rakan-rakan sekuliah untuk mendapatkan input tambahan dan saya juga

    menyertai forum di facebook yang membincang topik ini. Aktiviti ini telah memudahkan

    saya menyiapakan tugasan ini dengan jayanya..

    Dari segi peruntukan masa bagi menyiapkan esei ini, secara jujur saya

    mengatakan tidak cukup memandangkan banyak aktiviti yang perlu dilakukan pada

    masa yang sama.Sebagai seorang guru yang mempunyai tanggungjawab yang bukan

    kepalang penting di sekolah iaitu guru Bahasa Melayu Tahun 6,saya memang

    berasakan seolah-olah saya tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan ini denganbaik.Hal ini demikian kerana saya terlibat dengan kelas tambahan dan aktiviti-aktiviti

    sekolah yang lain.Namun,masalah itu telah berjaya diatasi kerana saya telah

    menggunakan pelbagai strategi dalam mengurus masa. Sebagai contoh, saya

    mengambil lebih masa pada waktu malam untuk menulis esei ini.

    12

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    13/24

    Melalui penulisan esei ini, banyak input baru yang telah saya peroleh. Antaranya

    ialah tentang etnik-etnik yang terdapat di Malaysia. Mengikut Wikipedia,di Malaysia

    terdapat 64 etnik .Satu jumlah yang sangat besar.Namun secara umumnya,kita boleh

    bahagikan etnik kepada 3 etnik yang besar iaitu Melayu,Cina dan India.Pelbagai etnik

    pasti menuntut keprihatinan yang bukan sedikit untuk menyediakan pendidikan yang

    sama rata dan adil kepada semua etnik.

    Di samping itu, saya juga sempat mencari maklumat tentang statistik

    demografi penduduk di Malaysia. Melalui dapatan ini, saya dapat mengetahui secara

    terperinci bilangan penduduk di Malaysia berdasarkan kaum, agama dan sebagainya.

    Etnik Melayu merangkumi 55 peratus penduduk di Malaysia,Cina pula mewakili 25

    peratus dan India pula 7 peratus dan yang selebihnya adalah terdiri daripada kelompok

    peribumi kecil seperti Dayak,Bidayuh,Melanau dan Orang Ulu di

    Sarawak.Kadazandusun, Murut, Bajau, Melayu Brunei di Sabah.

    Melalui tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai faedah terutamanya

    mengenai peranan guru dalam menangani kepelbagaian budaya yang terdapat di dalam

    kelasnya.Guru sebagai insan yang telah diamanahkan untuk mendidik murid-murid

    menjadi masyarakat madani berhadapan dengan cabaran yang besar dalam usaha

    menangani kepelbagaian budaya ini.Jika seseorang guru gagal untuk menangani

    cabaran ini maka pasti hasrat kerajaan untuk memupuk perpaduan kaum daripada akar

    umbi akan menemui kegagalan.

    Saya juga menyedari bahawa pihak kerajaan juga memainkan peranan yang

    besar dalam usaha memupuk perpaduan pada peringkat sekolah.Kerajaan di bawah

    Kementerian Pelajaran telah melaksanakan banyak program untuk memupuk

    perpaduan ini antaranya program RIMUP,kegiatan kokurikulum dan melalui kurikulum

    yang dilaksana di sekolah.Kerajaan telah menyalurkan peruntukan berjuta-juta ringgit

    dalam memastikan segala program untuk perpaduan berjalan dengan lancar dan

    berjaya mencapai objektif pelaksanaannya.Saya juga menyedari usaha murni pihakkerajaan dalam pemupukan perpaduan ini adakalanya tidak mendapat sambutan yang

    baik daripada khalayak.Hal ini mungkin disebabkan oleh pemahaman yang cetek

    tentang rasional projek tersebut dilaksanakan ataupun oleh sebab politik demi

    kepentingan segelintir masyarakat yang tidak ingin melihat perpaduan terus utuh di

    Malaysia. Antara contoh kegagalan program kerajaan ialah Sekolah Wawasan.

    13

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    14/24

    Selain itu, saya juga sedar betapa pentingnya peranan guru dalam memupuk perpaduan

    kaum di negara ini melalui penerapan nilai-nilai murni, menjadi contoh teladan dan

    sebagainya.Guru sebagai orang yang paling dekat dengan murid selain ibu bapa

    mereka mesti sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam amalan sehariannya agar

    dapat menjadi cerminan kepada nilai murni kepada murid-murid.Murid akan sentiasa

    melihat kepada guru mereka dalam mengamalkan sesuatu nilai murni.Namun usaha

    daripada pihak guru sahaja tidak memadai andai ibu bapa dan masyarakat tidak

    memberikan kerjasama dalam merealisasikan aspirasi negara.

    Saya berpendapat,sebenarnya pihak yang paling penting dalam melakukan

    perubahan ini ialah ibu bapa mereka.Ibu bapa merupakan orang yang paling

    bertanggngjawab dalam melakukan perubahan kerana merekalah yang

    bertanggngjawab mencorakkan anak-anak mereka.J ika semua ibu bapa bertekad untuk

    menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kepda pembinaan negara Malaysia yang

    aman maka mereka mesti mengubah corak pemikiran mereka agar tidak menjurus

    kepada survival etniknya sahaja.Mereka mesti melihat perpaduan ini dalam konteks

    yang lebih luas yang melibatkan pembinaan negara bangsa yang dikagumi pada mata

    dunia.

    Saya amat berharap saya dan rakan-rakan guru yang lain akan dapat menjadi

    seorang guru yang mampu mendokong aspirasi negara ini untuk mewujudkan

    masyarakat yang bersatu padu.Saya sedar,tanggungjawab kami bukan alang-alang

    besarnya.Tanpa komitmen yang tinggi tidak mungkin saya akan dapat melahirkan

    murid-murid yang mencintai negaranya lebih daripada mencintai etniknya sahaja.Saya

    juga berharap agar segala usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan akan

    membuahkan hasil yang diharapkan.Saya juga berharap agar masyarakat Malaysia

    akan memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada pihak kerajaan dalam

    usaha menjadikan perpaduan sebagai asas kemajuan negara.Tiada kemajuan bakal

    dicapai jika perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rapuh.Kerapuhan

    perpaduan menjurus kepada kehancuran negara. Akhirnya,semoga impian kita untuk

    melihat rakyat Malaysia bernaung di bawah payung 1 Malaysia yang aman,maju danprogresif akan menjadi kenyataan.

    14

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    15/24

    RUJUKAN

    Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) (t.t). Laman Web Rasmi

    Jabatan Perangkaan Malaysia : Sumber Statistik Rasmi Malaysia. Dicapai pada

    15 Mac 2012 daripadahttp://www.statistics.gov.my

    Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Ke-9 Pelan Induk

    Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Putrajaya

    Mohd Najib A. Ghafar & Ali Harun (2007). Perbezaan antara Pengetahuan dan Amalan

    Konsep KBSM di Kalangan Guru. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi

    Malaysia 12 : 99-118

    Mohd Shafie bin Haji Apdal (2008). Membina Bangsa Malaysia Jilid 4 Integrasi

    Nasional. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian

    Perpaduan, Kebudyaan, Kesenian dan Warisan.

    Najeemah Md. Yusof (2007). Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional.

    Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A.

    Majid, (2011). Siri Pendidikan Guru : Budaya dan Pembelajaran. Selangor :

    Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Perspektif Wawasan 2020 (t.t). Dicapai pada 10 Mac 2012 daripada

    http://pmr.penerangan.gov.my

    Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan

    Pembelajaran. Kuala Lumpur : PTS Professional

    Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud (2007). Kepimpinan & pembangunan pelajar

    sekolah di Malaysia. Selangor : PTS Professional

    15

    http://www.statistics.gov.my/http://www.statistics.gov.my/http://pmr.penerangan.gov.my/http://www.statistics.gov.my/http://pmr.penerangan.gov.my/
  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    16/24

    LAMPIRAN

    BUKU SKRAP

    Bendera dan perahu menjadi lambang kemegahan orang Bajau.

    16

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    17/24

    17

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    18/24

    Menari igal-igal mengikut rentak muzik lagu Bajau Semporna.

    18

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    19/24

    Aktiviti ekonomi dan sosial masyarakat Bajau.

    19

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    20/24

    Seorang lelaki tua sedang mengetuk tambul.

    Kulintangan ialat alat yang digunakan untuk tarian igal-igal.

    20

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    21/24

    Gabbang ialah alat tradisi bangsa bajau zaman dahulu.

    Gong ialah alat yang digunakan untuk menyambut kehadiran tetamu.

    21

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    22/24

    Seorang lelaki dan perempuan berpasangan menari tarian igal-igal.

    Baju digunakan semasa menari igal-igal.

    22

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    23/24

    Pemimpin politik masyarakat Bajau.

    Tradisi Bajau Kota Belud.

    23

  • 7/29/2019 1-ASIGNMENT-BAJAU

    24/24