08 tajukdaga 4

6
PKD3063 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN TAJUK 4 KEPERLUAN UNTUK PELBAGAI KAEDAH KOMUNIKASI 4.0 SINOPSIS Tajuk ini akan membincangkan tentang keperluan untuk pelbagai kaedah komunikasi. 4.1 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir tajuk ini, anda akan dapat a) menjelaskan tentang mengapa kanak-kanak masalah pendengaran memerlukan pelbagai kaedah komunikasi b) menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah komunikasi 4.2 ISI KANDUNGAN Kesan kehilangan pendengaran ke atas kemahiran komunikasi dan berbahasa, pencapaian akademik, dan kefungsian sosial dan emosional adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara faktor tersebut adalah jenis dan tahap kehilangan pendengaran, kebolehan dan personaliti kanak-kanak yang berbeza, latar belakang keluarga yang berbeza. Hal ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bahagian berikut. 19

Upload: syarifah-sollehatun

Post on 27-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

taa

TRANSCRIPT

Page 1: 08 TAJUKdaga 4

PKD3063 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

TAJUK 4KEPERLUAN UNTUK PELBAGAI KAEDAH KOMUNIKASI

4.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang keperluan untuk pelbagai kaedah

komunikasi.

4.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, anda akan dapat

a) menjelaskan tentang mengapa kanak-kanak masalah pendengaran

memerlukan pelbagai kaedah komunikasi

b) menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah

komunikasi

4.2 ISI KANDUNGAN

Kesan kehilangan pendengaran ke atas kemahiran komunikasi dan berbahasa,

pencapaian akademik, dan kefungsian sosial dan emosional adalah dipengaruhi

oleh pelbagai faktor. Antara faktor tersebut adalah jenis dan tahap kehilangan

pendengaran, kebolehan dan personaliti kanak-kanak yang berbeza, latar

belakang keluarga yang berbeza. Hal ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut

di bahagian berikut.

4.2.1 Tahap dan jenis kehilangan pendengaran yang berbeza

Tahap kehilangan ringan ke tahap profound

Pada kebiasaannya masalah pendengaran dijelaskan dari segi tahap pendengaran

sama ada ringan, sederhana, teruk, dan sangat teruk. Ini bergantung kepada min tahap

pendengaran dalam decibel (dB) untuk semua frekuensi bunyi yang penting untuk

memahami pertuturan (500 hingga 2 000HZ). (Heward, 2014).

19

Page 2: 08 TAJUKdaga 4

PKD3063 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

Jenis konduktif, sensori-neural, atau bercampur

Jenis konduktif

Masalah pendengaran konduktif melibatkan masalah konduksi atau transmisi

gelombang bunyi ke dalam telinga. Ia berkemungkinan disebabkan ketidaknormalan

atau komplikasi telinga luar atau telinga tengah. Lebihan tahi telinga dalam salur

auditori dan penyakit yang mengakibatkan salur auditori tertutup boleh mengakibatkan

masalah pendengaran konduktif. Ada juga kanak-kanak yang dilahirkan tanpa salur

auditori, tanpa telinga, atau salur auditori yangtidak lengkap. Masalah pendengaran

konduktif juga boleh berlaku jika gegendang telinga atau tulang osikel tidak bergetar

dengan betul.

Jenis sensori-neural

Masalah pendengaran sensori-neural berlaku akibat kerosakan koklea dan

ketidaknormalan laluan saraf auditori. Alat bantu pendengaran kurang sesuai untuk

digunakan kerana tenaga elektromekanikal yang berkaitan dengan bunyi dihantar ke

otak secara tidak jelas dan adakalanya tidak dapat dihantar langsung.

Masalah pendengaran bercampur

Kombinasi antara masalah pendengaran konduktif dan sensori-neural dikenali sebagai

masalah pendengaran bercampur.

Kehilangan unilateral atau bilateral

Masalah pendengaran juga boleh dinyatakan sebagai kehilangan unilateral (berlaku di

sebelah telinga sahaja) atau bilateral (berlaku di kedua-dua telinga).

20

Page 3: 08 TAJUKdaga 4

PKD3063 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

4.2.2 KEBOLEHAN & PERSONALITI KANAK-KANAK YANG

BERBEZA

4.2.2.1 Kebolehan Kognitif

Murid-murid yang mengalami masalah pendengaran didapati ketinggalan jika

dibandingkan dengan murid-murid lain dalam pencapaian akademik.

Kebanyakan kanak-kanak masalah pendengaran menghadapi masalah dalam

semua bidang akademik terutamanya bacaan dan matematik. Perbezaan

pencapaian ini semakin ketara seiring dengan peningkatan umur (ASHA, 2011).

Namun demikian pencapaian akademik tidak boleh disetarakan dengan

kebolehan kognitif individu kerana terdapat murid masalah pendengaran yang

boleh membaca dengan baik dan berjaya dalam akademik. Masalah yang sering

dihadapi adalah berpunca daripada kekurangan dalam memperkembangan

bahasa pertama.

4.2.2.2 Berorentasikan Visual / Boleh Memproses Bunyi

• Memudahkan murid lebih memahami apa yang dipelajari

• Dapat menerangkan konsep abstrak

• Menggunakan sisa pendengaran

4.2.2.3 Kemudahan menguasai kaedah-kaedah komunikasi

- Terapi pertuturan- Guru masalah pendengaran- Ibu bapa

21

Page 4: 08 TAJUKdaga 4

PKD3063 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

4.2.3 LATAR BELAKANG KELUARGA YANG BERBEZA

4.2.3.1 Taraf Sosio Ekonomi

Sosio ekonomi dapat menentukan kecemerlangan akademik anak pekak.

Kewangan yang kukuh dapat menyediakan peluang dan kemudahan yang lebih

baik untuk anak-anak pekak kerana perbelanjaan untuk mereka sangat tinggi

(Shahrul Arba’iah Othman, Norzaini Azman & Manisah Mohd Ali, 2008)

4.2.3.2 Kawasan Tempat Tinggal Menentukan Kemudahan/khidmat

sokongan yang ada

Kajian mendapati kawasan kejiranan tempat tinggal juga mempengaruhi

pergaulan anak-anak.

4.2.3.3 Taraf Pendidikan Ibu Bapa

Pendidikan ibu bapa membantu mereka mengakses maklumat dengan lebih baik

dan memahami kaedah bagaimana hendak mendapatkan bantuan dan khidmat

sokongan.

Ibu bapa yang berpendidikan rendah boleh juga berjaya jika memiliki sikap positif

(Shahrul Arba’iah Othman, Norzaini Azman & Manisah Mohd Ali, 2008).

4.2.3.4 Tahap Penglibatan Ibu Bapa

• Ibu bapa terlibat dalam pendidikan anak mereka sejak kecil.

• Ibu bapa belajar apa yang diajarkan kepada anak mereka untuk membolehkan

menggunakannya di rumah.

• Mendapatkan hak yang sama seperti pelajar yang lain.

• Dapat membantu guru mengenali murid-murid yang diajari mereka.

(Shahrul Arba’iah Othman, Norzaini Azman & Manisah Mohd Ali, 2008)

• Ibu bapa yang terlibat aktif dalam persatuan akan menggunakan kaedah

komunikasi kombinasi oral dan manual. Contoh: KIU oleh pertubuhan bukan

kerajaan NGO (Zalizan Mohd Jelas, 2009).

22

Page 5: 08 TAJUKdaga 4

PKD3063 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

Pada pandangan anda mengapakah latar belakang keluarga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan kanak-kanak masalah pendengaran?

Penat? Berehat sebentar.

23