07 - kpd3016 & kpd3026 - unit 3 modul 2 project based learning v2

10
Pembelajaran Berasaskan Projek | 35 UNIT 3 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP) (PROJECT- BASED LEARNING) HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mengetahui Menghuraikan maksud dan konsep Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) atau Project-Based Learning 2. Mengenal pasti kekuatan dan kelebihan PBP 3. Mengaplikasikan PBP dalam pengajaran dan pembelajaran 4. Menilai penguasaan PBP berdasarkan kriteria dan indikator tertentu PENGENALAN embelajaran Berasaskan Projek (PBP) ialah satu kaedah pengajaran sistematik yang berpusatkan murid. Pembelajaran cara PBP merupakan satu model yang berganjak dari amalan pembelajaran dalam bilik darjah konvensional yang berpusatkan guru. Ilmu pengetahuan dan kemahiran dikuasai melalui proses inkuiri bagi menyelesaikan persoalan dunia sebenar yang kompleks yang akhirnya akan menghasilkan satu hasil pembelajaran. Dalam Unit 2 sebelum ini, kita telah membincangkan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) di mana kaedah ini selalu digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik dan sains walaupun sebenarnya penggunaannya tidak terhad kepada dua bidang ini. Manakala Pembelajaran Berasaskan Projek pula adalah kaedah yang sering digunakan di sekolah bagi mata pelajaran sains sosial. Pada dasarnya tidak adaTerdapat banyak persamaan antara perbezaan konsep di antara PBP dan PBLdengan PBM, walaupun ada perbezaan yang ketara antara keduanya. Kita akan membincangkan persamaan dan perbezaan ini dalam Unit 4 nanti selepas kita membincangkan ketiga-tiga kaedah pembelajaran yang boleh dikatakan serumpun iaitu PBP, PBM dan Pembelajaran Berasaskan Kes. Cuma penggunaannya termanya tertumpu kepada bidang mata pelajaran tertentu. Dalam abad ke- 21 ini, sumber ekonomi negara telah berubah dari ekonomi berasaskan industri kepada ekonomi yang berasaskan teknologi dan maklumat. Ini bermakna, penggunaan PBP akan membantu murid membina kemahiran dan keterampilan dalam menghadapi masyarakat masa depan yang lebih berasaskan kepada teknologi dan maklumat. Dalam pembelajaran PBP murid berpeluang untuk menyelesaikan masalah dan isu yang berkaitan dengan kehidupan di samping belajar kemahiran hidup dan kerja. Murid boleh belajar bekerja dalam kumpulan, mengurus masa dan bahan. Pembelajaran cara ini lebih relevan dengan kemahiran abad ke- 21. Walaupun PBP telah diperkenalkan seawal tahun 1960an di negara barat, P

Upload: zuraida-ariff

Post on 21-Jan-2016

63 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 07 - KPD3016 & KPD3026 - Unit 3 Modul 2 Project Based Learning v2

P e m b e l a j a r a n B e r a s a s k a n P r o j e k | 35

UNIT 3

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)(PROJECT- BASED LEARNING)

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Mengetahui Menghuraikan maksud dan konsep Pembelajaran Berasaskan Projek(PBP) atau Project-Based Learning

2. Mengenal pasti kekuatan dan kelebihan PBP3. Mengaplikasikan PBP dalam pengajaran dan pembelajaran4. Menilai penguasaan PBP berdasarkan kriteria dan indikator tertentu

PENGENALANembelajaran Berasaskan Projek (PBP) ialah satu kaedah pengajaran sistematik yang berpusatkanmurid. Pembelajaran cara PBP merupakan satu model yang berganjak dari amalan pembelajarandalam bilik darjah konvensional yang berpusatkan guru. Ilmu pengetahuan dan kemahiran dikuasai

melalui proses inkuiri bagi menyelesaikan persoalan dunia sebenar yang kompleks yang akhirnya akanmenghasilkan satu hasil pembelajaran. Dalam Unit 2 sebelum ini, kita telah membincangkan PembelajaranBerasaskan Masalah (PBM) di mana kaedah ini selalu digunakan untuk menyelesaikan masalah matematikdan sains walaupun sebenarnya penggunaannya tidak terhad kepada dua bidang ini. ManakalaPembelajaran Berasaskan Projek pula adalah kaedah yang sering digunakan di sekolah bagi matapelajaran sains sosial. Pada dasarnya tidak adaTerdapat banyak persamaan antara perbezaan konsep diantara PBP dan PBLdengan PBM, walaupun ada perbezaan yang ketara antara keduanya. Kita akanmembincangkan persamaan dan perbezaan ini dalam Unit 4 nanti selepas kita membincangkan ketiga-tigakaedah pembelajaran yang boleh dikatakan serumpun iaitu PBP, PBM dan Pembelajaran Berasaskan Kes.Cuma penggunaannya termanya tertumpu kepada bidang mata pelajaran tertentu.

Dalam abad ke- 21 ini, sumber ekonomi negara telah berubah dari ekonomi berasaskan industri kepadaekonomi yang berasaskan teknologi dan maklumat. Ini bermakna, penggunaan PBP akan membantu muridmembina kemahiran dan keterampilan dalam menghadapi masyarakat masa depan yang lebih berasaskankepada teknologi dan maklumat. Dalam pembelajaran PBP murid berpeluang untuk menyelesaikanmasalah dan isu yang berkaitan dengan kehidupan di samping belajar kemahiran hidup dan kerja. Muridboleh belajar bekerja dalam kumpulan, mengurus masa dan bahan. Pembelajaran cara ini lebih relevandengan kemahiran abad ke- 21. Walaupun PBP telah diperkenalkan seawal tahun 1960an di negara barat,

P

Page 2: 07 - KPD3016 & KPD3026 - Unit 3 Modul 2 Project Based Learning v2

P e m b e l a j a r a n B e r a s a s k a n P r o j e k | 36

namun strategi pembelajaran ini hanya mula diperkenalkan di sekolah-sekolah Malaysia pada awal tahun2000. Menurut Roger (1995), inovasi tidak bermaksud idea yang baru sahaja. Jika sesuatu inovasi itubelum diterima, idea itu masih dianggap baru. Oleh itu pembelajaran PBP merupakan satu inovasi dalamsistem pendidikan Malaysia. Jika dulu guru merupakan pemberi maklumat tetapi sekarang guru perlubertindak sebagai fasilitator, memimpin murid untuk mendapatkan maklumat di mana-mana dan pada bila-bila masa.

ISI KANDUNGAN

Apakah Pembelajaran Berasaskan Projek?

embelajaran bBerasaskan Projek (PBP) ialah satu model pendekatan pembelajaran secarakolaboratif yang memfokus kepada penghasilan suatu produk atau persembahan suatu tugasanmelalui pembelajaran terarah kendiri. PBP boleh dijalankan berdasarkan pendekatan inkuiri,

berasaskan masalah atau sebaliknya. Namun, hasil akhir biasanya ialah suatu produk atau persembahansuatu tugasan. Aktivitiaktiviti bilik darjah yang berlainan dari amalan bilik darjah biasa yang ringkas,terasing dan berpusatkan guru. Untuk pengetahuan anda, aktiviti pembelajaran PBP biasanya lebihpanjang, merentas disiplin, dan mengintegrasi isu dan amalan sebenar. Ianya adalah satu cara untukmemupuk pemikiran yang abstrak, intelektual yang berkeupayaan meneroka isu-isu atau tugasan yanglebih kompleks. Namun, bagi guru dan murid yang baru hendak mencuba PBP, bolehlah memulakan PBPyang ringkas yang boleh diselesaikan dalam waktu pengajaran di bilik darjah. Dalam kaedah PBP, muridmeneroka, membuat pertimbangan, mengintepretasi, dan mengsintesis maklumat dengan cara yang lebihbermakna. Ia lebih menggambarkan bagaimana orang dewasa belajar dan mendemonstrasikanpengetahuan. Dengan lain perkataan PBP menggalakkan pembinaan kemahiran abad ke-21. MenurutSecretary’s Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS) (1999), kemahiran abad ke-- 21termasuklah:

Tanggungjawab peribadi dan sosial Merancang, menaakul, berfikiran kritis dan kreatif Kemahiran komunikasi yang baik dari segi interpersonal dan keperluan membuat persembahan Pemahaman pelbagai budaya Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan Berpengetahuan bagaimana dan bila teknologi digunakan dan memilih teknologi yang paling sesuai

untuk sesuatu tugasan

PBP menggunakan masalah dunia sebenar sebagai pencetus atau trigger sama seperti PBM. Murid ialahpembelajar yang aktif. Mereka mengenal pasti keperluan pembelajaran di samping menyelesai masalahdengan tujuan menyempurnakan suatu tugasan dengan bimbingan fasilitator. Melalui aktiviti PBP, enamkemahiran di atas boleh diperolehi dan seterusnya melahirkan individu yang produktif dan berkesan. Inikerana dalam aktiviti PBP murid merancang dan melaksanakan aktiviti projek mengikut perancangan yang

P

Page 3: 07 - KPD3016 & KPD3026 - Unit 3 Modul 2 Project Based Learning v2

P e m b e l a j a r a n B e r a s a s k a n P r o j e k | 37

telah dibuat dalam satu pasukan bagi setiap projek yang diberikan. Proses menjayakan projek itu memberipeluang murid belajar bagaimana menggunakan sumber terhad, masa, ruang, dan ahli. Namun perludingat, aktiviti PBP yang dirancang perlu dijajarkan dengan kurikulum atau sukatan pelajaran. PBP tulenadalah kompleks, mendalam, berdisiplin ketat dan berintegrasi. Empat prinsip yang perlu diberi perhatiandalam melaksanakan PBP ialah:

Menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada tiga atau empat murid untuk menyiapkan projek selamadua hingga empat minggu atau lebih, bergantung kepada berapa rumit projek tersebut.

Menyediakan soalan kompleks yang akan mewujudkan keperluan murid untuk mengetahui danmenyokong projek dengan aktiviti dan maklumat baru yang akan membantu mendalami projektersebut.

Mempunyai perancangan, draf, penanda aras, dan persembahan murid kepada panel yang pakaryang mungkin terdiri daripada ibu bapa dan/atau masyarakat.

Menyediakan masa yang sesuai untuk penilaian dan maklum balas tentang kandungan projek,secara oral dan komunikasi bertulis, kerja sepasukan, pemikiran kritis dan kemahiran penting yanglain.

Melalui PBP murid belajar:

berkolaborasi dan kerja dalam pasukan berfikiran kritis dalam menangani masalah kompleks komunikasi oral dan membuat persembahan komunikasi bertulis dan menulis teknologi dan menggunakannya membangunkan kewarganegaraan, mengambil isu sivik dan global tentang kerjaya dan menjalani latihan kandungan, penyelidikan dan melakukan semua di atas

Mengapa melaksanakan PBP di sekolah?

elain daripada kebaikan yang telah dinyatakan di atas, PBP wajar digalakkan pelaksanaannya diperingkat sekolah kerana aktiviti PBP memperkenalkan pembelajaran holistik dan dunia sebenardalam situasi pembelajaran. Murid diberi pendedahan dan seterusnya mempelajari tentang sistem

sosial, organisasi dan teknologi yang terdapat dalam masyarakat. Murid berpeluang menonjolkan kekuatanmasing-masing melalui aktiviti yang pelbagai mengikut gaya pembelajaran yang berbeza. Di samping itu,dalam aktiviti PBP, murid digalakkan menggunakan teknologi, terutamanya ICT, lebih-lebih lagi sewaktuproses rekaan dan perkongsian. Dengan itu mereka belajar mengguna dan mengintegrasikan teknologidalam konteks dan cara ini sangat berkesan dan produktif.

S

Page 4: 07 - KPD3016 & KPD3026 - Unit 3 Modul 2 Project Based Learning v2

P e m b e l a j a r a n B e r a s a s k a n P r o j e k | 38

Apakah contoh-contoh aktiviti PBP yang boleh dijalankan di sekolah?

elbagai aktviti menarik dan berguna boleh dilaksanakan di sekolah sebagai aktiviti PembelajaranBerasaskan Projek. Beberapa contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan termasuklah:

1. Mengumpul maklumat amaun penggunaan air bagi setiap penduduk di kawasan tempat tinggalmurid dan membandingkannya dengan kawasan lain seluruh dunia.

2. Menceriakan kawasan sekolah dengan melukis mural di dinding sekolah.3. Membina prototype sebuah robot menggunakan blok atau blok Lego.4. Menyelesaikan masalah pembuangan sampah di merata tempat di sekitar kawasan sekolah.5. Mengadakan persembahan berdasarkan sejarah beberapa negara atau tokoh terpilih dengan

menjemput ibu bapa dan masyarakat setempat.6. Mengadakan sesi perdebatan di bilik darjah.

Jenis-jenis Projek

aripada contoh-contoh aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek di atas kita boleh mengkelaskanprojek kepada beberapa jenis (Intel Education, 2009) iaitu:

1. Pembelajaran perkhidmatan: Projek jenis ini melibatkan komuniti setempat dan memberi peluangmurid mengaplikasi pembelajaran dalam konteks kehidupan di luar bilik darjah. Contoh 1 di atasmerupakan projek jenis ini.

2. Simulasi atau main peranan: Projek jenis ini memberi peluang kepada murid mengalami sendirisituasi autentik. Murid memainkan peranan seorang tokoh dalam konteks zaman tokoh tersebutyang dicipta semula. Projek jenis ini sangat sesuai dijalankan bagi melihat semula sejarah danmendapatkan perspektif yang pelbagai tentang sesuatu isu. Contoh 5 di atas merupakan projekjenis ini.

3. Pembinaan dan reka bentuk: Projek pembinaan dan reka bentuk biasanya berdasarkankeperluan dalam kehidupan seharian atau boleh juga berdasarkan situasi rekaan yangmencerminkan kehidupan harian sebenar. Projek jenis ini memerlukan murid membina model atauprototype bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang autentik. Contoh 2 dan 3 di atas merupakanprojek jenis ini.

4. Penyelesaian masalah: Projek jenis ini mirip Pembelajaran Berasaskan Masalah keranamatlamat utamanya adalah menyelesaikan masalah autentik berasaskan masalah sebenar dalamkehidupan atau berdasarkan satu senario yang direka yang menggambarkan situasi kehidupansebenar. Contoh 4 di atas merupakan projek jenis ini.

5. Telekolaboratif: Projek jenis ini merupakan tugasan pembelajaran yang perlu dijalankan dalamtalian. Projek ini memberi pengalaman pembelajaran autentik dan pada masa yang samaberkolaborasi dengan komuniti luar bilik darjah sendiri seperti kumpulan murid dari kelas yang

P

D

Page 5: 07 - KPD3016 & KPD3026 - Unit 3 Modul 2 Project Based Learning v2

P e m b e l a j a r a n B e r a s a s k a n P r o j e k | 39

berbeza, pakar, masyarakat setempat, dan sebagainya. Contoh 1 dan 6 di atas merupakan projekjenis ini.

6. WebQuest: Projek jenis ini menggunakan pendekatan Inkuiri di mana murid cuba menjawabbeberapa persoalan dengan mencari maklumat yang sebahagian besarnya didapati daripadaInternet. Contoh 6 di atas boleh dikategorikan sebagai projek WebQuest apabila kebanyakanmaklumat tentang isu yang diperdebatkan diperolehi daripada Internet. Sesi perdebatanmerupakan satu saluran di mana murid menyampaikan dapatan mereka.

Bagaimana melaksanakan PBP?

ekarang mari kita lihat bagaimana melaksanakan PBP. Perlu diingat satu projek yang baikmemerlukan pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai bidang ilmu.Pelaksanaan PBP juga mungkin melibatkan kaedah pengajaran lain seperti pengajaran terus dan

inkuiri dalam sebahagian fasa projek. Secara amnya, terdapat enam langkah untuk melaksanakan PBPdengan berkesan iaitu:

Langkah 1: Kenal pasti satu produk atau persembahan akhir yang hendak dipersembahkan dan kemudianjanakan soalan yang penting dan realistik bagi menyempurnakan tugasan tersebut.

Soalan yang akan memulakan PBP ialah soalan yang menarik dan berkait dengan murid. Ianya lebihkompleks daripada tugasan biasa yang guru berikan dan bersifat terbuka. Soalannya akan menunjukkansatu masalah atau situasi di mana terdapat lebih daripada satu penyelesaian yang boleh diterima. Contohprojek yang boleh dijalankan bagi mata pelajaran Bamahasa Malaysia ialah:

Murid menulis sebuah novel pendek yang menonjolkan beberapa isu dalam masyarakat abad ke-21dengan mengambil kira ciri penulisan yang baik. Persoalan yang boleh dijana termasuklah: “Apakahciri penulisan novel yang baik?” dan “Bagaimana menghasilkannya?”

Murid perlu merasakan hasil dan proses penyelidikan mereka mempunyai impak apabila merekamenyelesaikan masalah atau menjawab soalan tersebut.

Langkah 2: Reka bentuk pelan untuk projek

Semasa mereka bentuk projek, adalah penting untuk mengambil kira kandungan mata pelajaran yangterlibat dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai, seperti yang dikenal pasti pada langkah 1. Muridperlu dilibatkan sepenuhnya dalam proses merancang. Murid akan mempunyai semangat kekitaan apabilamereka diberi peranan aktif untuk memilih aktiviti. Dalam contoh ini, kita telah memilih tajuk penulisanyang mempunyai kaitan dengan kurikulum di sekolah. Maka tindakan selanjutnya adalah memilih aktivitiyang menyokong soalan dan penghasilan sebuah novel. Anda perlu tahu apakah bahan dan sumber yangboleh diakses oleh murid dengan mempastikan bahan dan sumber tersebut mencukupi. Guru sebagai

S

Page 6: 07 - KPD3016 & KPD3026 - Unit 3 Modul 2 Project Based Learning v2

P e m b e l a j a r a n B e r a s a s k a n P r o j e k | 40

fasilitator harus bersedia untuk menyelidik lebih mendalam tentang topik-topik dan isu-isu baru yangmungkin timbul apabila murid mula melibatkan diri dengan lebih giat dalam usaha untuk mendapatkanjawapan dan menyempurnakan tugasan.

Langkah 3: Membina jadual

Jadual kerja perlu dirancang untuk setiap komponen projek. Jadual kerja mungkin melibatkan waktusekolah dan di luar sekolah. Murid harus bersedia menghadapi perubahan kepada jadual yang ditetapkan.Anda juga perlu fleksibel tetapi harus membantu murid sedar bahawa akhirnya mereka perlu membuatkeputusan tentang fikiran, dapatan dan penilaian mereka dalam tempoh yang realistik. Benarkan muridmendapat arah baru tetapi anda perlu memandu mereka supaya mereka tidak terkeluar terus daripadalandasan projek.

Langkah 4: Pantau murid dan kemajuan projek

Anda perlu permudahkan proses dan semai minat murid untuk belajar. Galak murid bekerja secarakolaboratif. Agihkan peranan bagi setiap ahli kumpulan. Biarkan murid pilih peranan asas tetapi perlubertanggungjawab dan berinteraksi dengan peranan ahli kumpulan yang lain. Ingatkan murid bahawasetiap proses memerlukan komitmen secara total. Sediakan sumber, panduan dan nilai proses melaluirubrik kumpulan dan rubrik projek. Rubrik kumpulan menyatakan jangkaan setiap ahli kumpulan manakalarubrik projek merujuk kepada penilaian keperluan projek. Dengan itu, keperluan ini mestilah difahami muriduntuk mempastikan kejayaan projek mereka.

Langkah 5: Penaksiran keberhasilan

Anda perlu membuat penaksiran dan seterusnya penilaian kerana penilaian memberi maklum balasdiagnostik dan membantu anda menentukan standard. Penilaian membenarkan anda menilai kemajuandan mengaitkan kemajuan tersebut kepada yang lain. Apabila anda menilai anda memberi maklum balaskepada murid tentang sejauh mana mereka faham maklumat dan apa yang perlu diperbaiki. Penilaian jugamembantu anda mereka bentuk instruksi untuk memudah cara dengan lebih berkesan lagi. Di mana perlu,benarkan murid membuat penilaian kendiri dan kumpulan terhadap hasil pembelajaran mereka.Seandainya penilaian murid dan anda bercanggah, persidangan guru-murid perlu diadakan untuk memberijustifikasi kepada keberhasilan pembelajaran. Penaksiran keberhasilan memerlukan kaedah penaksiranalternatif seperti pameran, persembahan oral, menjalankan eksperimen dan demonstrasi denganmenggunakan alat penaksiran rubrik seperti senarai semak dan skala pengadaran, rekod anecdotal, dansebagainya. Penaksiran jenis ini dibincangkan dengan lebih mendalam dalam Unit 3, Modul 3.

Page 7: 07 - KPD3016 & KPD3026 - Unit 3 Modul 2 Project Based Learning v2

P e m b e l a j a r a n B e r a s a s k a n P r o j e k | 41

Langkah 6: Menilai pengalaman

Selain daripada menilai keberhasilan, proses atau cara kerja juga harus dinilai. Anda juga perlumenentukan masa untuk membuat refleksi aktiviti harian. Minta murid membuat refleksi individu sepertimenulis jurnal dan refleksi dalam kumpulan melalui perbincangan. Anda dan murid boleh berkongsipengalaman dan perasaan, bincangkan apa yang baik dan apa yang perlukan perubahan. Perkongsianidea akan menerbitkan persoalan baru dan seterusnya projek baru.

Sekarang, cuba rancang satu aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek sebaik-baiknyaberdasarkan satu tema yang merentas bidang ilmu. Gunakan Jadual 3.1 bagi merancang projek tersebut.Anda juga boleh menggunakan sebuah lagi format rancangan projek yang boleh diakses melalui lamanweb di alamat http://www97.intel.com/ph/ProjectDesign/Design/PlanningProjects/Plan_a_Project.htm bagimerancang projek anda. Apabila selesai merancang gunakan rubrik yang boleh dicapai di alamathttp://www97.intel.com/ph/ProjectDesign/Design/PlanningProjects/Project_Rubric.htm atau senarai semakdi alamat http://www97.intel.com/ph/ProjectDesign/Design/PlanningProjects/Project_Checklist.htm untukmenilai projek yang dirancang tadi.

Jadual 3.1 Format Rancangan Projek

Tajuk Rancangan ProjekKelasProduk atau persembahan akhirSoalan PentingSoalan kontenRingkasan pelajaranBidang subjekTahap muridHasil PembelajaranSasaran/BenchmarkProsedurJangka masaBahan yang diperlukan

Pada pendapat anda, adakah PBP praktikal dijalankan di sekolah? Mengapa? Bagaimana?

Page 8: 07 - KPD3016 & KPD3026 - Unit 3 Modul 2 Project Based Learning v2

P e m b e l a j a r a n B e r a s a s k a n P r o j e k | 42

RUMUSAN

BP seperti aktiviti dalam kaedah pembelajaran lain, memerlukan perancangan dan penyediaanyang rapi. PBP biasanya memerlukan masa yang agak panjang dan pembahagian masa yang rapiharus dibuat sama ada dilakukan waktu sekolah atau diluar waktu sekolah. Namun, terdapat juga

projek yang ringkas yang boleh diselesaikan dalam waktu pembelajaran. Bagi guru yang baru hendakberjinak-jinak dengan PBM, mereka digalakkan bermula dari projek yang ringkas. Sewaktu mereka bentukprojek, kedua-dua kandungan mata pelajaran dan proses menguasai isi kandungan tersebut harus diambilkira. Anda mesti mempunyai idea bagaimana bahan dan sumber rujukan boleh diakses oleh murid.Seterusnya, murid juga harus diberi bantuan dari segi pengurusan masa dan kerja berkumpulan. Akhirnya,pelbagai cara digunakan untuk menilai projek murid setelah siap.

Kebiasaannya sesebuah kelas dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada lima orang.Keahliannya tetap sepanjang penggal atau semester persekolahan. Pada peringkat awal, ahli kumpulanmendefinisikan isu pembelajaran dan memutuskan bagaimana pembahagian tugas dilakukan untukmenyelesaikan isu tersebut. Oleh itu, pelaksanaan PBP memerlukan sumber perpustakaan yangmencukupi. Jika bilangan murid adalah besar, guru mungkin perlu bantuan daripada guru lain untukbertindak sebagai fasilitator dan menyokong kumpulan-kumpulan tersebut.

Sudah tentu peranan anda sebagai fasilitator merupakan cabaran terbesar untuk kumpulan-kumpulantertentu. Kemahiran berkerja dalam kumpulan dan juga melatih ahli kumpulan supaya berkerja dalamkumpulan bukanlah sesuatu yang ada pada setiap orang. Begitu juga dengan pengetahuan bagaimanamemberi panduan tanpa mendedahkan jawapan sebenar bukanlah perkara yang mudah dan yang palingketara mengutarakan masalah yang autentik juga bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, bagimenjayakan Pembelajaran Berasaskan Projek, guru harus melengkapkan diri dengan pengetahuan dankemahiran sebagai fasilitator yang baik.

P

Page 9: 07 - KPD3016 & KPD3026 - Unit 3 Modul 2 Project Based Learning v2

P e m b e l a j a r a n B e r a s a s k a n P r o j e k | 43

PETA MINDA

Apakah PBP?

- PBP berdasarkan kurikulum standard- PBP bertanyakan soalan yang semua murid boleh jawab- Konkrit, pengalaman sebenar ditimbul dalam PBP- PBP membenarkan murid menyelidik isu dan topik dunia

sebenar- PBP membolehkan murid meneroka isu yang kompleks- Kerja lapangan, eksperimen, membangunkan model,

poster, laporan dan folio

BagaimanamelaksanaPBP?

PROJECT-BASEDLEARNING

(PBP)

Mengapa PBP?

- Murid boleh bekerja secara individu atau kumpulan untukmembina pengetahuan dan kefahaman

- Murid boleh berfikir di luar kotak- Murid belajar cara akses kendiri (self-access), terarah

kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced)- Murid mempunyai peluang untuk meneroka isu dan amalan

sebenar- Murid boleh menguasai kemahiran pengurusan diri

contohnya pengurusan masa, pengurusan sumber danpengurusan stres

Soalan penting berdasarkan satuproduk atau persembahan akhir- Dekat dengan murid- Topik dunia sebenar- Impak dirasakan oleh murid

sewaktu menyelesai masalahPerancangan- kenal pasti standard- libatkan murid dalam perancanagndan pembangunan projek- murid perlu ada rasa tanggunjawabterhadap projek- pastikan ada bahan dan sumberJadual Kerja-Bentuk satu ‘time-line’-Peruntukan masa-Beri panduan kepada muridbagaimana mengurus masa-Bantu murid menepati ‘deadline’Pemantauan-Mudahkan proses, pastikan keperluanjelas-gunakan rubrikPenaksiran-Jadikan penaksiran autentik-Pelbagaikan penaksiranPenilaian-Refleksi individu-Refleksi kumpulan-Apakah kejayaan?

Page 10: 07 - KPD3016 & KPD3026 - Unit 3 Modul 2 Project Based Learning v2

P e m b e l a j a r a n B e r a s a s k a n P r o j e k | 44

KATA KUNCI1. Pembelajaran Berasaskan Projek 7. Pembelajaran perkhidmatan2. Pembelajaran terarah kendiri 8. Simulasi dan Main peranan3. Refleksi individu 9. Pembinaan dan reka bentuk4. Refleksi kumpulan 10. Telekolaboratif5. Pemantauan 11. WebQuest6. Rubrik

PENILAIAN KENDIRI1. Huraikan dengan ringkas apakah yang dimaksudkan dengan Pembelajaran Berasaskan Projek?

2. Apakah falsafah disebalik Pembelajaran Berasaskan Projek?

3. Bagaimanakah Pembelajaran Berasaskan Projek berbeza dari Pembelajaran Berasaskan Masalah?

4. Anda memberi peluang murid membuat beberapa projek di bilik darjah yang mereka selesaikanpada akhir waktu pembelajaran. Adakah ini bermakna anda telah melaksanakan PembelajaranBerasaskan Projek? Mengapa?

5. Berapa lamakah tempoh sesuatu projek itu sesuai dilaksanakan?

RUJUKANBahagian Teknologi Pendidikan Malaysia (2006). Project-based learning handbook. Ministry of Education,

Malaysia.

Intel Education. (2009). Designing Effective Projects: Project-Based Learning to engage students. Diaksespada 5 Mac 2011 daripada http://www97.intel.com/ph/ProjectDesign/Design/PlanningProjects/

Ministry of Education. (1997). The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint. Ministry of EducationMalaysia.

New Technology Foundation. (2006). 21st century learning skills: The principles and practices of New TechHigh Schools. Diakses pada 5 Mac 2011 daripadahttp://www.learningpt.org/greatlakeseast/arra/mi/MDE_Project%20ReImagine%20Webinar_Susan%20Schilling%20Presentation.pdf