civic project

23
PENCAPAIAN KENDIRI Nama Projek Learning To Say No Tempoh Perlaksanaan Projek April – Julai 2010 Nama Kumpulan SATU Malaysia Ahli Kumpulan Projek Ong Yee Xuan ( Ketua Kumpulan) Ian Lim Ee Khai Tan Weihan Hoon Wei Dong Sam Ken-Ji Tingkatan/Kelas 1E Guru Bimbigan Muka surat 1

Upload: ianlimek

Post on 24-Jun-2015

289 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Civic Project

PENCAPAIAN KENDIRI

Nama ProjekLearning To Say No

Tempoh Perlaksanaan ProjekApril – Julai 2010

Nama KumpulanSATU Malaysia

Ahli Kumpulan ProjekOng Yee Xuan ( Ketua Kumpulan)

Ian Lim Ee KhaiTan Weihan

Hoon Wei DongSam Ken-Ji

Tingkatan/Kelas1E

Guru BimbiganCik Saw Ee Lynn

Muka surat 1

Page 2: Civic Project

Isi Kandungan

1. Pendahuluan2. Minit Mesyuarat Pertama3. Objektif Projek4. Merokok5. Buli6. Melepak7. Peras Ugut8. Ponteng9. Vandalisme10. Penghargaan11. Sumber Rujukan

Muka surat 2

Page 3: Civic Project

1. Pendahuluan

Projek ” Learning To Say No” adalah untuk memenuhi sukatan pelajaran Sivik Tingkatan Satu. Para pelajar Tingkatan Satu diwajib menjalankan projek ini untuk menghubung kaitan tema-tema yang telah dipelajari.

Dalam projek ini, kami telah memilih tajuk:

Buli Melepak Merokok Peras Ugut Ponteng Vandalisme

Kami berasa bangga kerana melalui projek ini, kami dapat mengaplikaskan nilai sivik yang telah kami pelajari.

Sekian, terima kasih.

Muka surat 3

Page 4: Civic Project

2. Minit Mesyuarat PertamaTarikh: 15 April 2010Masa: 1: 15 – 1:50 p.m.Tempat: Di kelas sekolahKehadiran: Ong Yee Xuan (Ketua Kumpulan)

Ian Lim Ee Khai (Setiausaha)Sam Ken-JiHoon Wei DongTan Weihan

AGENDA PERKARA TINDAKAN1. Ucapan Pengurus Pengerusi

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan ahli kumpulan yang pertama. Pemilihan setiausaha diadakan, dengan sebulat suaranya, Ian Lim Ee Khai telah dipilih.

2.

3.

Strategi Pelaksanaan/PerancanganTema projek ini ialah Pencapaian Kendiri

dan tajuknya ialah Learning To Say NO

Pembahagian TugasOng Yee Xuan Membahagikan kerja dan membeli

kertasIan Lim Ee Khai Menaip Sam Ken-Ji Mencatat maklumat dan mencari

maklumat tentang buliHoon Wei Dong Mencari maklumat tentang vandelisme

dan merokokTan Weihan Mencetakkan maklumat dan mencari

maklumat tentang pontengDisediakan oleh, Disahkan oleh,_____________ ____________Setiausaha Ketua Kumpulan

Objektif Projek

Muka surat 4

Page 5: Civic Project

I. Mengenal pasti kesan-kesan perlakuan negatif di kalangan remaja terhadap masyarakat dan negara. (P)

II. Mengamalkan kemahiran menolak pelawaan negatif. (K)

III. Mempunyai keyakinan diri untuk tidak terlibat dalam kegiatan negatif. (N)

Muka surat 5

Page 6: Civic Project

Jenis AktivitiI. Menghasilkan posterII. Menghasilkan laporanIII. Mencari maklumat

SumberKeratin akhbar, majalah, buku rujukan, risalah, internet dan lain-lain.

Pihak yang terlibatGuru Kaunseling dan Guru Disiplin

Cara mengumpul maklumatI. Menyediakan senarai semak untuk mengumpul

bahan seperti risalah, buku, majalah dan laman web.

II. Menyediakan surat atau soalan temu bual untuk mendapat maklumat dengan pelbagai pihak seperti guru kaunseling atau guru disiplin.

Cara merekod projekI. Sesi perbincangan (buat jadual)II. Dairi untuk mencatat segala aktiviti ( mencari

maklumat/menghasilkan poster) yang telah dijalankan.

III. Gambar kerja amali (menghasilkan poster) yang dijalankan.

Muka surat 6

Page 7: Civic Project

4. Merokok

Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Muka surat 7

Page 8: Civic Project

Faedah Berhenti Merokok Hidup lebih lama Dapat menghindari racun Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya

merokok Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat

Meningkatkan deria rasa dan bau Gigi lebih putih dan nafas lebih segar Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang

untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok Yakinkan diri Buat nota peringatan Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok" Tumpukan pada hari ini Sentiasa berfikiran positif Dapatkan sokongan Lawan keinginan untuk merokok Gunakan terapi atau rawatan yang sesuai

Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Muka surat 8

Page 9: Civic Project

BULI

Muka surat 9

Page 10: Civic Project

Muka surat 10

Page 11: Civic Project

5.Ponteng

Ponteng merupakan satu perbuatan yang melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini didapati semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang agak serius. Pihak media juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pada masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai ke peringkat yang lebih kronik. Peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar. Punca-punca sebenar masalah ini haruslah dikenal pasti dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan  demi masa depan generasi pelajar kita.

Antara punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

Pelajar juga mungkin ponteng kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka.

Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah seperti takut didenda, guru yang garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana tidak sempat menyiapkan kerja sekolah  mereka yang diberikan oleh guru. Terdapat juga pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu.

Muka surat 11

Page 12: Civic Project

5. Vandalisme

Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah, Vandal, yang telah membinasakan kota Rome pada tahun 445. Pada lazimnya, laku musnah ditanggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat.

Jenayah laku musnah biasanya merujuk kepada perbuatan merosakan harta benda awam seperti papan tanda, kerusi awam, perhentian bus, telefon awam dan juga tandas awam. Kelakuan ini biasanya diasiosiasikan remaja yang terlibat dalam budaya lepak.

Motif untuk vandalisime adalah terletak pada aspek emosi. Vandalisme biasanya dianggap sebagai suatu cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun motif mereka adalah begitu ringan, tetapi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk memenuhi nafsu mereka yang hina. 

Muka surat 12

Page 13: Civic Project

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme i. Pengaruh Rakan Sebaya Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya  lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

ii. Ibu Bapa dan Keluarga Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak  menghiraukan papan tanda  had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak  dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

iii. Pengaruh Media Massa Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

iv. Sikap Apati (tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar  sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Muka surat 13

Page 14: Civic Project

Penghargaan

Kami ingin berterima kasih kepada guru bimbingan Cik Saw Ee Lynn kerana guru telah banyak menolong kami menyiapkan buku skrap dan folio sivik dengan cepat.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan kerana kami bekerjasama mencari maklumat dan menghiaskan buku skrap.

Kami juga ingin berterima kasih kepada rakan sekolah kami kerana mereka telah memberi tunjuk ajar kepada kami untuk meanyiapkan buku skrap.

Ahli-ahli keluarga ini juga mengajar kami cara untuk melayari internet dan mencari maklumat yang dikehendaki dengan cepatnya.

Oleh itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka.

Semoga pihak sekolah akan mengadakan aktiviti seperti ini pada tahun yang akan datang.

Muka surat 14