069 pengajaran mikro (lampiran 4)

3
3.9 PENGAJARAN MIKRO 3.9.0 Pengenalan Pengajaran mikro merupakan satu pengalaman pengajaran sebenar yang dapat membantu guru-guru pelatih menguasai kemahiran-kemahiran mengajar tertentu seperti kemahiran memulakan pengajaran dalam set induksi, kemahiran menyoal, kawalan kelas, variasi rangsangan, penerangan dengan contoh-contoh, pengukuhan dan penutup. Pengajaran mikro dapat meningkatkan keyakinan guru pelatih untuk mengajar murid-murid dalam kelas yang sebenar nanti. Keyakinan guru pelatih diperoleh hasil daripada latihan pengajaran mikro serta ulasan rakan-rakan dan juga pensyarah. 3.9.1 Konsep Pengajaran Mikro Pengajaran mikro memberikan maklum balas serta merta selepas sesi pengajaran. Guru pelatih akan dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan pengajarannya supaya dapat dibaiki untuk pengajaran semula. Maklum balas yang diterima daripada rakan dan pensyarah dapat membantu guru pelatih memperolehi kelemahan yang ada di samping meningkatkan lagi kekuatan yang dimilikinya. Sesi pengajaran yang dirakam dapat memberi peluang kepada guru pelatih menontonrakaman video pengajaran yang telah dijalankannya. Oleh itu, guru pelatih dapat memerhati sendiri prestasi diri sendiri sebagai guru semasa mengajar dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut. Melalui latihan pengajaran mikro juga guru pelatih dapat menguasai kemahiran-kemahiran mengajar secara beransur-ansur, iaitu selepas suatu kemahiran kepada kemahiran yang lain. Guru pelatih dapat memperbaiki kelemahan mereka dakam teknik mengajar yang tertentu sehingga mereka mempunyai keyakinan menguasai kemahiran tersebut. 3.9.2 Kepentingan pengajaran mikro Memberikan latihan membuat RPH Bahasa Melayu bagi kemahiran- kemahiran pengajaran mikro yang diperlukan. Peluang membina keyakinan diri dalam melaksanakan pengajaran & pembelajaran Bahasa Melayu dalam keadaan yang lebih terkawal.

Upload: asmiaty-asis

Post on 03-Feb-2016

259 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: 069 Pengajaran Mikro (Lampiran 4)

3.9 PENGAJARAN MIKRO

3.9.0 Pengenalan

Pengajaran mikro merupakan satu pengalaman pengajaran sebenar yang dapat membantu guru-guru pelatih menguasai kemahiran-kemahiran mengajar tertentu seperti kemahiran memulakan pengajaran dalam set induksi, kemahiran menyoal, kawalan kelas, variasi rangsangan, penerangan dengan contoh-contoh, pengukuhan dan penutup.

Pengajaran mikro dapat meningkatkan keyakinan guru pelatih untuk mengajar murid-murid dalam kelas yang sebenar nanti. Keyakinan guru pelatih diperoleh hasil daripada latihan pengajaran mikro serta ulasan rakan-rakan dan juga pensyarah.

3.9.1 Konsep Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro memberikan maklum balas serta merta selepas sesi pengajaran. Guru pelatih akan dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan pengajarannya supaya dapat dibaiki untuk pengajaran semula. Maklum balas yang diterima daripada rakan dan pensyarah dapat membantu guru pelatih memperolehi kelemahan yang ada di samping meningkatkan lagi kekuatan yang dimilikinya.

Sesi pengajaran yang dirakam dapat memberi peluang kepada guru pelatih menontonrakaman video pengajaran yang telah dijalankannya. Oleh itu, guru pelatih dapat memerhati sendiri prestasi diri sendiri sebagai guru semasa mengajar dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut.

Melalui latihan pengajaran mikro juga guru pelatih dapat menguasai kemahiran-kemahiran mengajar secara beransur-ansur, iaitu selepas suatu kemahiran kepada kemahiran yang lain. Guru pelatih dapat memperbaiki kelemahan mereka dakam teknik mengajar yang tertentu sehingga mereka mempunyai keyakinan menguasai kemahiran tersebut.

3.9.2 Kepentingan pengajaran mikro

Memberikan latihan membuat RPH Bahasa Melayu bagi kemahiran-kemahiran pengajaran mikro yang diperlukan.

Peluang membina keyakinan diri dalam melaksanakan pengajaran & pembelajaran Bahasa Melayu dalam keadaan yang lebih terkawal.

Mengesan kelemahan dan kekuatan guru pelatih dalam merancang dan melaksanakan kemahiran-kemahiran pengajaran mikro untuk Bahasa Melayu.

Meningkatkan kebolehan dan keupayaan guru pelatih dalam kemahiran mengajaran mikro yang diperlukan dalam pengajaran & pembelajaran Bahasa Melayu.

Menyediakan guru pelatih menghadapi sesi pengajaran & pembelajaran Bahasa Melayu yang sebenar.

3.9.3 Kemahiran-kemahiran pengajaran mikro

Page 2: 069 Pengajaran Mikro (Lampiran 4)

set induksi penggunaan papan tulis variasi rangsangan menyoal menerang penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran pengukuhan peneguhan penutup kognitif dan sosial

3.9.4 Pelaksanaan pengajaran mikro

Perancangan Penyediaan RPH Perancangan aktiviti Penyediaan latihan / lembaran kerja Penyediaan bahan sumber p&p Pelaksanan Refleksi

3.9.5 Membuat Refleksi

Perbincangan tentang kekuatan dan kelemahan Membuat penambahbaikan

Latihan 1

Dalam kumpulan sediakan RPH untuk mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kemahiran-kemahiran pengajaran mikro yang diagihkan bagi setiap kumpulan.

Latihan 2

Laksanakan satu sessi pengajaran berdasarkan RPH yang telah dirancang dalam Latihan 1.

Latihan 3

Page 3: 069 Pengajaran Mikro (Lampiran 4)

Sila buat refleksi kekuatan dan kelemahan perancangan RPH dan pelaksanaan p & p. Sediakan penambah baikan pada RPH dan jika perlu membuat pengulangan sesi pengajaran.