06 pengenalan

2
Pengenalan Kursus ini meliputi 15 topik yang berkaitan dengan pengurusan makmal sains dan sumber.Topik-topik tersebut akan merangkumi tajuk-tajuk berikut: Pengurusan makmal sains. Pengendalian selamat bahan saintifik dan bahan kimia. Peraturan dan keselamatan makmal. Teknik asas makmal. Pengawetan spesimen Biologi Penyediaan dan pengubahsuaian sumber pengajaran dan pembelajaran sains KeperluanKursus Kursus ini adalah kursus praktikal yang akan memberi anda kemahiran dalam pengurusan makmal sains dan pengendalian sumber pengajaran dan pembelajaran sains. Kaedah yang akan digunakan adalah pembelajaran kendiri dengan latihan yang disediakan untuk mengukuhkan kefahaman. Selain itu, pelajar digalakkan untuk mencuba teknik-teknik yang diperkenalkan secara “hands-on” supaya kemahiran tersebut dikuasai melalui pembelajaran berdasarkan pengalaman. Panduan pengagihan topik untuk tutorial adalah seperti berikut: Tutorial Topik 1 1-3 2 4-6 3 7-9 4 10-12 5 13-15 Bahan Sokongan Bahan sokongan seperti buku rujukan, buku panduan pengurusan makmal sains Kementeria Pelajaran Malaysia, laman web yang

Upload: mohd-nizam-omar

Post on 22-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sce3123

TRANSCRIPT

Page 1: 06 Pengenalan

Pengenalan

Kursus ini meliputi 15 topik yang berkaitan dengan pengurusan makmal sains dan sumber.Topik-topik tersebut akan merangkumi tajuk-tajuk berikut:

Pengurusan makmal sains. Pengendalian selamat bahan saintifik dan bahan kimia. Peraturan dan keselamatan makmal. Teknik asas makmal. Pengawetan spesimen Biologi Penyediaan dan pengubahsuaian sumber pengajaran dan pembelajaran

sains

KeperluanKursus

Kursus ini adalah kursus praktikal yang akan memberi anda kemahiran dalam pengurusan makmal sains dan pengendalian sumber pengajaran dan pembelajaran sains. Kaedah yang akan digunakan adalah pembelajaran kendiri dengan latihan yang disediakan untuk mengukuhkan kefahaman. Selain itu, pelajar digalakkan untuk mencuba teknik-teknik yang diperkenalkan secara “hands-on” supaya kemahiran tersebut dikuasai melalui pembelajaran berdasarkan pengalaman.

Panduan pengagihan topik untuk tutorial adalah seperti berikut:

Tutorial Topik1 1-32 4-63 7-94 10-125 13-15

Bahan Sokongan

Bahan sokongan seperti buku rujukan, buku panduan pengurusan makmal sains Kementeria Pelajaran Malaysia, laman web yang berkaitan akan membantu anda untuk memahami, mendalami dan menguasai ilmu dan kemahiran secara menyeluruh dan mendalam.

Maklumat Tentang Aktiviti atau Latihan dalam Modul ini

Latihan atau aktiviti disediakan selepas setiap topik dalam modul ini. Pelajar dikehendaki membuat latihan atau aktiviti tersebut dan dihantar kepada pensyarah melalui emel, OLL atau serahan langsung ketika menghadiri tutorial di IPG kampus masing-masing untuk disemak dan mendapat maklum balas.

Page 2: 06 Pengenalan

Semua jawapan latihan tutorial dan aktiviti hendaklah disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bukti pembelajaran.