02 air yang terapung

5
Air yang Terapung. Saudaraku yang dikasihi, Pandanglah ke langit biru, bukankah ia dihiasi awan-awan putih yang sedang berarak? Terlintaskah di fikiranmu bahawa itu adalah kumpulan wap-wap air yang terapung di udara? Terfikirkah engkau bagaimana proses awan-awan ini terbentuk? Maha suci Allah Taala yang telah menjelaskan segala proses tersebut selama lebih 1400 tahun lalu di dalam Al-Quran. Marilah kita bertafakur tentang penciptaan awan ini. Apakah itu awan? Awan ialah wap-wap air yang terapung di udara. Dalam kuantiti yang banyak, ia akan membentuk air hujan. Air hujan turun ke bumi menjadi air telaga, mata air dan air dalam tanah yang dapat digunakan untuk pelbagai kegunaan. Firman Allah Taala: “Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan- Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya...” (Az-Zumar 39: 21) Apakah ketetapan Allah Taala – sunnatullah - dalam proses kejadian awan? 1. Allah Taala menjadikan panasnya matahari dan tiupan angin sebagai punca wap air dapat naik dari laut hingga melepasi puncak bukit. Ini supaya bukit tidak menghalang perpindahan air di kawasan sebalik bukit. Firman Allah Taala:

Upload: azraai-ahmad

Post on 19-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Tadabbur tentang awan daripada Kitab Tauhid Zindani

TRANSCRIPT

Air yang Terapung.

Saudaraku yang dikasihi,

Pandanglah ke langit biru, bukankah ia dihiasi awan-awan putih yang sedang berarak? Terlintaskah di fikiranmu bahawa itu adalah kumpulan wap-wap air yang terapung di udara?

Terfikirkah engkau bagaimana proses awan-awan ini terbentuk?

Maha suci Allah Taala yang telah menjelaskan segala proses tersebut selama lebih 1400 tahun lalu di dalam Al-Quran. Marilah kita bertafakur tentang penciptaan awan ini. Apakah itu awan?

Awan ialah wap-wap air yang terapung di udara. Dalam kuantiti yang banyak, ia akan membentuk air hujan. Air hujan turun ke bumi menjadi air telaga, mata air dan air dalam tanah yang dapat digunakan untuk pelbagai kegunaan.

Firman Allah Taala:

Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya... (Az-Zumar 39: 21)

Apakah ketetapan Allah Taala sunnatullah - dalam proses kejadian awan?

1. Allah Taala menjadikan panasnya matahari dan tiupan angin sebagai punca wap air dapat naik dari laut hingga melepasi puncak bukit. Ini supaya bukit tidak menghalang perpindahan air di kawasan sebalik bukit.

Firman Allah Taala:

Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.(Al-Araf 7: 57)

2. Allah Taala menaikkan wap air yang tanpa bercampur dengan garam supaya ia tidak memudaratkan manusia.

Firman Allah Taala:

Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan? Kalau Kami kehendaki nescaya Kami jadikan dia masin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur? (Al-Waqiah 56: 68 - 70)

3. Allah Taala menjadikan udara sejuk yang wujud pada ketinggiannya 8 batu dari aras laut; sebagai sebab menghalang kenaikan wap air ke langit lepas.

Secara logiknya makin dekat dengan matahari patutnya semakin panas, tapi Allah tetapkan sebaliknya agar wap air kekal di atmosfera bumi.

Firman Allah Taala:

Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya. (Al-Mukminun 23: 18)

4. Wap air amat halus dan tidak dapat dilihat. Apabila mengewap, Allah SWT menghantar angin mebawa zarah-zarah lain - seperti asap dan debunga - lalu bercampur dengan wap air dan bergerak.

Kumpulan wap air dan zarah-zarah lain ini berkumpul di dalam awan dan lalu menjadi berat. Ini mengekalkan wap air dari melepasi lapisan udara bumi.

Firman Allah Taala:

Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira.(Ar-Rum 30: 48)

5. Penciptaan angin yang kadar kelajuannya amat sesuai untuk membawa awan dan bebanannya tanpa melerai atau merosakkannya.

Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran. (Al-Araf 7: 57)

Maha Suci Allah Taala yang telah menjadikan angin yang sesuai bagi membantu proses ini. Namun, tahukah anda bahawa terdapat berbagai jenis angin di aras ketinggian yang berbeza?

i. Angin puting beliung - 75 batu sejam - mampu musnahkan harta benda.ii. Kawasan 1 iaitu 5 batu daripada aras laut adalah kawasan angin biasa yang membawa awan dan menurunkan hujan. iii. Kawasan 2 iaitu 3 batu di atas Kawasan 1 - adalah kawasan angin kuat dengan gelombang kelajuan 200 batu sejam.iv. Kawasan 3 iaitu di atas Kawasan 2 merupakan kawasan yang tiada angin.

6. Air hujan diturunkan dalam titisan halus, bukan curahan sekaligus dalam jumlah banyak seperti banjir yang boleh rosakkan harta benda.

7. Air mengalir dalam sungai ke seluruh pelusuk bumi seperti urat darah manusia. Kebanyakan dari air itu akan diserap ke dalam bumi untuk memeliharanya dari rosak dan tidak menghalang manusia berjalan di bumi.

8. Air sentiasa dipelihara agar dekat dengan permukaan bumi, menjadi mata air atau air perigi supaya manusia mendapat faedah daripadanya. Ini dilakukan oleh bekas yang Allah sediakan iaitu lapisan batu menahan air dari diserap dan lenyap ke perut bumi.

Firman Allah Taala:

Katakanlah: Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?(Al-Mulk 67: 30)

Saudaraku yang dikasihi, apabila kita berbicara tentang hujan, apakah sifat Allah SWT yang terlintas di fikiranmu?

Yang Maha Makbulkan Doa.

Tanyalah orang yang benar-benar mengetahui rahmat Tuhan Yang Maha Mendengar segala doa. Allah Taala sering memakbulkan permintaan orang yang berada dalam keadaan darurat dan menolong orang yang memerlukan-Nya.

Berapa kali bumi ini kemarau, kering kontang tanpa hujan. Lalu Rasulullah SAW mengajar umat Islam supaya keluar beramai-ramai untuk berdoa kepada Allah Taala.

Kaum yang benar-benar meminta kepada Allah, pasti akan dikabulkan doa dan akan diturunkan hujan kepada mereka.

Dengan itu, dapatlah kita ketahui bahawa Pencipta air dan hujan adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Memakbulkan Doa.

Firman Allah Taala:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.(Al-Baqarah 2: 186)

Wallahu alam.

(Disaring dari Kitab Tauhid, Jilid 1: Fasal ke-6)