02 02 17_slide minggu 1-syi34102

27
SYI34102 Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia Mohd Ali Mohd Yusuf

Upload: abuhannan78

Post on 12-Apr-2017

707 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

SYI34102Pentadbiran Harta Pusaka

di Malaysia

Mohd Ali Mohd Yusuf

Page 2: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

Sebahagian daripada slaid powerpoint ini diambil daripada Mohammad Mahyuddin Khalid (UiTM Shah Alam) untuk kursus

Fiqh muamalat.

PENGHARGAAN

Page 3: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

1.0 OBJEKTIF

1.1 Mendedahkan secara umum konsep harta di dalam Islam.

1.2 Mendedahkan kaedah pengurusan harta di dalam Islam.

KONSEP HARTA DALAM ISLAM

Page 4: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

2.1 Manusia sebagai KHALIFAH.ي جاعل في ك للملئكة إن وإذ قال رب

ٱألرض خليفة“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.”

(al-Baqarah 2: 30)

2.0 Prinsip Umum Islam tentang Harta

Page 5: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

2.2 Khalifah memikul AMANAH.ألرض إ موت و لس ألمانة على ا عرضنا ٱن ٱ ٱ

لجبال فأبين أن يحملنها وأشفقن منها ٱوه كان ظلوما جهول إلنس إن ۥوحملها �� ن ٱ

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan jahil.”

(al-Ahzab : 72)

Page 6: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

• Manusia diciptakan oleh Allah SWT untuk mentadbir dan menguruskan kehidupan mereka di dunia.

• Tanggungjawab yang besar untuk dipikul oleh manusia khususnya umat Islam sebagai khalifah

Page 7: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

2.3 Keperluan Kepada SYARIAT.

بعها ت ألمر ف ٱثم جعلنك على شريعة من ٱذين ال يعلمو ل بع أهواء نٱوال تت

“Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”

(al-Jathiyah : 18)

Page 8: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

• Syariat (agama Islam) itu sebagai PETUNJUK kepada manusia.

• Agar mampu memilih dan kekal di

jalan yang BENAR.

• Syariat Allah SWT bagi membantu akal MENGIMBANGI nafsu dan tipudaya syaitan yang menjadi musuh manusia.

Page 9: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

• Syariat Allah SWT yang diturunkan kepada baginda saw ialah Islam.

• 3 perkara pokok di dalam syariat Islam iaitu:• Akidah• Syariah• Akhlak

Page 10: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

SYARIAT ISLAM

ISLAM“SYARIAH ISLAMIYYAH”

AQIDAH AKHLAKSYARIAHFIQH

“IBADAH DLM ERTI LUAS”

MUAMALAH IBADAH

HUKUM POLITIK SOSIAL BUDAYA PENDIDIKANEKONOMI

“Efek Sosial”

Page 11: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

SUMBER HUKUM PENGURUSAN HARTA (MALIYAH)

AL QURAN AL HADITS

NASH Sumber Hukum PentadbiranMaliyah Ijtihad

Ijma

Qiyas

Istihsan

Istislah

‘Urf

PRIMER SEKUNDERnext

Page 12: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

12

DEFINISI HARTA

• HARTA DAN KEHARTAAN MENURUT ISLAM• Kamus Dewan Bahasa:– Harta ialah barang-barang berharga seperti

rumah, tanah, bangunan, barang kemas dan lain-lain yang dimiliki oleh orang perseorangan, syarikat atau pertubuhan.

Page 13: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

13

DEFINISI HARTA

• Dalam Bahasa Arab, harta atau `al-mal’: – Sesuatu yang dimiliki oleh seseorang individu atau

kumpulan manusia seperti barangan berharga, barang perniagaan, aset tetap, wang atau haiwan.

Page 14: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

14

DEFINISI HARTA• Para fuqaha Islam mendefinisikan istilah harta

dalam berbagai tafsiran.• Menurut pendapat Ibn Abidin, fuqaha mazhab

Hanafi mentafsirkan harta sebagai:– Sesuatu yang manusia berhajat kepadanya secara

fitrah dan ia mestilah sesuatu yang boleh disimpan untuk kegunaan apabila diperlukan.

• Imam al-Syafie pula berpendapat harta sebagai:– Sesuatu yang berharga dan hendaklah diganti atau

dibayar gantirugi sekiranya berlaku kerosakan atau kemusnahan terhadapnya.

Page 15: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

15

DEFINISI HARTA• Dr. Abdul Karim Zaidan mendefinisikan harta

sebagai– Sesuatu yang boleh dimiliki atau akan dimiliki pada

masa hadapan dan ianya berfaedah kepada manusia.• Al-Zarqa, salah seorang fuqaha Hanafi dalam

mendefinisikan harta:– Mengambilkira keadaan `urf” atau adat kebiasaan

masyarakat umum untuk menentukan sesuatu itu sebagai harta atau tidak. Apa sahaja yang dianggap berguna dan bernilai pada pandangan masyarakat adalah tergolong sebagai harta.

Page 16: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

16

DEFINISI HARTA

• Dr.Wahbah al-Zuhaili berpendapat harta ialah – Sesuatu yang diperlukan dan mampu dimiliki oleh

manusia samada dalam bentuk benda (`ain) atau faedah (manfaah) contohnya kenderaan, bangunan, pakaian, saham dan sebagainya.

Page 17: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

17

HARTA MENURUT ISLAMDaripada definisi-definisi harta yang diberikan di atas,

secara umumnya kita dapati terdapat lima elemen utama dalam menentukan sesuatu benda itu sebagai harta

menurut Islam iaitu:

• Sesuatu benda itu boleh disimpan, dikumpul serta mampu dimiliki

• Sesuatu benda itu memberi faedah atau manfaat kepada manusia

• Sesuatu benda itu akan dikenakan gantirugi atau gantian jika ia dimusnahkan

• Sesuatu yang diharuskan penggunaannya oleh syara’• Sesuatu benda itu bernilai pada pandangan manusia

Page 18: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

18

HARTA DI DALAM AL-QURAN• Perkataan yang berkaitan harta `al-mal’ banyak disebut

dalam al-Quran misalnya Surah al-Baqarah: 29, al-Baqarah: 284, al-Baqarah: 189, Surah al-Taghabun:15 ,Surah al-A`raf; 128 dan banyak lagi.

• Harta dalam al-Quran dikaitkan dengan segala yang terdapat di muka bumi.Pemilik harta yang mutlak dalam Islam adalah kepunyaan Allah yang Maha Kaya.

• Firman Allah dalam Surah al-Baqarah: 29 yang bermaksud:– “ Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di

bumi kemudian ia menuju dengan kehidupannya ke arah bahan-bahan langit lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Ia amat mengetahui akan setiap sesuatu.”

Page 19: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

19

HARTA DI DALAM AL-QURAN

• Dalam Surah al-Baqarah: 284 yang berbunyi:– “Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah

kepunyaan Allah.”• Dalam Surah al-Nisa’ :29 Allah melarang mengambil

harta orang lain secara batil.Firman Allah berbunyi;– “Janganlah kamu memakan harta di kalangan kamu secara

batil melainkan dalam urus niaga yang saling redha meredhai di antara kamu.”

• Surah al-Taghabun– “Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu

hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala Yang besar”

Page 20: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

20

CIRI-CIRI HARTA DALAM ISLAMHarta mestilah sesuatu yang boleh dikuasai dan dimanfaatkan

• Contohnya rumah, tanah bangunan,kereta, wang, pakaian,makanan dan lain-lain

Harta mestilah sesuatu yang boleh dikuasai pada masa hadapan.

• Contohnya ikan di lautan, burung di awan,haiwan di hutan atau galian dalm perut bumi

Sesuatu yang tidak boleh dikuasai meskipun kita mendapat manfaat darinya tidak dianggap harta seperti cahaya bulan,matahari atau udara.Namun begitu dengan teknologi baru masakini, cahaya matahari boleh disimpan melalui sistem solar dan oksigen boleh dikumpulkan dalam tabung oksigen.

Page 21: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

21

CIRI-CIRI HARTA DALAM ISLAM

Sesuatu yang tidak cukup dimanfaatkan walaupun kita mampu menguasainya tidak termasuk harta.

• Contohnya sebutir beras, setitik air atau sebiji gula halus

Sesuatu yang bercanggah atau ditegah oleh hukum syara’ untuk dimanfaatkan tidak boleh dianggap sebagai harta seperti arak,khinzir,bangkai,darah atau hasil perolehan dari sumber yang haram misalnya mencuri,riba,rasuah,menipu,merompak dsbnya

Page 22: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

4.0 Prinsip Pengurusan Harta

4.1 Harta adalah MILIK MUTLAK Allah SWT.

4.2 Mengurus dan membelanjakan harta adalah antara AMANAH Allah.

4.3 Islam menuntut MENGURUS kewangan dengan baik. Menggalakkan umatnya untuk MENGHASIL, MENGEMBANG dan MENGGUNAKAN harta dengan bijaksana dan tersusun.

Page 23: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

MAQASID SYARIAH

Protection of Basic Five Principlesالخـمـس الضـروريات

agama nyawa aqal keturunan harta

4.4 Ianya salah satu elemen Maqasid Syariah yang digariskan iaitu Hifz Mal (penjagaan harta).

Page 24: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

4.5 Harta mempunyai kedudukan yang sangat mulia di sisi Islam.

4.6 harta yang dikurniakan adalah MEDAN UJIAN sama ada bersyukur ataupun kufur kerana bongkak dengan kemewahan dunia yang sementara.

4.7 Harta WASILAH TAQWA kepada Allah SWT. dengan melaksanakan kewajipan yang diamanahkanNya seperti zakat, infaq, nafkah, sedekah dan sebagainya

Page 25: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102

4.8 Harta dan kewangan merupakan ALAT untuk menjamin keselesaan dan kelangsungan hidup di dunia untuk mencapai MATLAMAT AKHIRAT.

4.9 Pengurusan harta yang baik, dapat menjamin kelangsungan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan seterusnya memperolehi keberkatan dan rahmat.

Page 26: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102
Page 27: 02 02 17_slide minggu 1-SYI34102