0 peribahasa bergambar.docx

Upload: zai-taim

Post on 09-Mar-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

0 Peribahasa Bergambar....

Bagaimana Acuan Begitulah Rupa Kuihnya..Maksudnya:Seseorang anak itu akan mengikut budi pekerti / perangai ibu bapanya.

Bagai Menatang Minyak Yang PenuhMaksudnya:Anak yang dikasihi dan di pelihara dengan penuh sempurna

Berapa Tinggi Terbang BangauAkhirnya Hinggap Di Belakang Kerbau Juga...Maksudnya:Sejauh mana sekalipun seseorang itu merantau,akhirnya pulang juga ke tempat asalnya

Alah Bisa Tegal BiasaMaksudnya:Perkara yang sudah biasa dilakukan tidak akan terasa kesukarannya.

Berjagung-jagung Dahulu Sementara Menanti Padi MasakMaksudnya:Sementara menunggu sesuatu yang baik,lakukanlah sesuatu perkara / kegiatan yang lebih baik dan berfaedah.

Bagai Tikus Membaiki LabuMaksudnya:Seseorang yang berusaha memperbaiki sesuatu yang tidak diketahuinya,akhirnya boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk..

Diam-Diam Ubi Berisi, Diam-Diam Besi BerkaratMaksudnya:Diam-diam seseornag berilmu itu berfikirdanmendapat faedahnya sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.

Belakang Parang Pun Kalau Diasah Nescaya TajamMaksudnya:Seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajardengan bersungguh-sungguh akan menjadi pandai

Berani Kerana Benar, Takut Kerana SalahMaksudnya:Berani bertindak demi menegakkan kebenaran

Besar Periuk Besar Pula KeraknyaMaksudnya:Orang yang berpendapatan besar maka besar pula perbelanjaannya.