afiqekie.files.wordpress.com · web viewtajuk 4 langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi...

30
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan. Terdapat enam langkah utama dalam pengelolaan sesi pemulihan di dalam kelas biasa. Langkah pertama adalah mengenal pasti murid; langkah yang kedua adalah menganalisis masalah, langkah yang ketiga adalah membuat perancangan, langkah yang keempat adalah melaksanakan pengajaran, langkah yang kelima adalah membuat penilaian dan akhir sekali langkah membuat tindakan susulan. Melalui langkah-langkah yang khusus ini, objektif, bahan bantu mengajar, dan aktiviti khusus yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh murid hendaklah disediakan oleh guru untuk melaksanakan pemulihan terhadap murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran pada sesuatu kemahiran bahasa yang diajarkan di dalam kelas biasa. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: i. Mengenal pasti masalah murid ii. Menganalisis masalah pembelajaran dan membuat perancangan pengajaran iii. Melaksanakan pengajaran pemulihan di dalam bilik darjah, menilai dan membuat tindakan susulan. 4.1 Mengenal Pasti Masalah Murid Murid-murid pemulihan ialah murid-murid di kelas biasa yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis, atau mengira. Mereka menunjukkan ciri-ciri tertentu daripada aspek mental, fizikal, sosial dan emosi (Syed Abu Bakar Syed Akil, 1997). Pada umumnya murid-murid pemulihan tidak mempunyai masalah kecacatan akal atau terencat akal. Walau bagaimanapun, murid-murid dalam sesebuah bilik darjah berbeza-beza daripada segi pengetahuan sedia ada, kebolehan, minat, bakat dan latar belakang. Kewujudan pelbagai perbezaan ini, menyebabkan terdapat situasi kelas yang mengandungi murid yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza. Terdapat murid yang maju, sederhana dan ada yang lemah dan sukar menguasai pembelajaran berbanding dengan murid-murid lain. Murid yang lemah adalah murid yang kurang berjaya atau gagal mencapai tahap 1

Upload: tranquynh

Post on 27-May-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN

SinopsisTajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan. Terdapat

enam langkah utama dalam pengelolaan sesi pemulihan di dalam kelas biasa. Langkah

pertama adalah mengenal pasti murid; langkah yang kedua adalah menganalisis masalah,

langkah yang ketiga adalah membuat perancangan, langkah yang keempat adalah

melaksanakan pengajaran, langkah yang kelima adalah membuat penilaian dan akhir sekali

langkah membuat tindakan susulan. Melalui langkah-langkah yang khusus ini, objektif, bahan

bantu mengajar, dan aktiviti khusus yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh

murid hendaklah disediakan oleh guru untuk melaksanakan pemulihan terhadap murid-murid

yang menghadapi masalah pembelajaran pada sesuatu kemahiran bahasa yang diajarkan di

dalam kelas biasa.

Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Mengenal pasti masalah murid

ii. Menganalisis masalah pembelajaran dan membuat perancangan pengajaran

iii. Melaksanakan pengajaran pemulihan di dalam bilik darjah, menilai dan membuat

tindakan susulan.

4.1 Mengenal Pasti Masalah MuridMurid-murid pemulihan ialah murid-murid di kelas biasa yang menghadapi masalah

pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis, atau mengira. Mereka menunjukkan

ciri-ciri tertentu daripada aspek mental, fizikal, sosial dan emosi (Syed Abu Bakar Syed

Akil, 1997). Pada umumnya murid-murid pemulihan tidak mempunyai masalah

kecacatan akal atau terencat akal. Walau bagaimanapun, murid-murid dalam sesebuah

bilik darjah berbeza-beza daripada segi pengetahuan sedia ada, kebolehan, minat,

bakat dan latar belakang. Kewujudan pelbagai perbezaan ini, menyebabkan terdapat

situasi kelas yang mengandungi murid yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza.

Terdapat murid yang maju, sederhana dan ada yang lemah dan sukar menguasai

pembelajaran berbanding dengan murid-murid lain. Murid yang lemah adalah murid

yang kurang berjaya atau gagal mencapai tahap pembelajaran yang ditentukan dalam

1

Page 2: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

mata pelajaran selepas proses pembelajaran berbanding dengan murid-murid lain di

dalam kelasnya.

Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia hendaklah mengetahui teknik dan langkah-

langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan bagi membantu murid yang

menghadapi masalah pembelajaran kemahiran bahasa atau tahap pencapaian di bawah

tahap pencapaian murid normal. Melalui teknik, aktiviti, langkah-langkah yang khusus

ini, serta penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan masalah yang

dihadapi oleh murid, guru dapat melaksanakan aktiviti pemulihan terhadap murid-murid

tersebut.

Faktor-faktor yang berikut dipercayai sebagai punca risiko tinggi untuk melahirkan anak

yang bermasalah dalam pembelajaran (Syed Abu Bakar Syed Akil, 1997).

Hubungan kekeluargaan suami isteri yang tidak rapat

Mewarisi baka yang tidak dominan atau gen resesif

Jangka masa kandungan yang pendek atau melebihi tempoh

Kesan setengah-setengah penyakit

Kesan sinar-X yang berlebihan

Kesan dadah atau ubatan

Kekerapan ibu yang mengandung

Kecederaan yang berlaku semasa mengandung

Kelahiran yang kompleks

2

Page 3: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4.2 Ciri-ciri Murid Lemah Murid pemulihan menunjukkan ciri-ciri yang berikut:

Ciri-Ciri Murid Lemah

Setiap murid yang yang lemah akan menunjukkan tanda-tanda yang nyata yang dapat

dikesan oleh seseorang guru. Sebagai contoh, murid yang mempunyai kecacatan fizikal,

iaitu cacat pendengaran biasanya mundur dalam aspek sebutan dan pertuturan, lemah

dalam perkembangan bahasa amnya, serta amat lemah dalam aspek tatabahasa, ejaan,

perbendaharaan kata dan dalam pengetahuan am (Kirk, 1972 dipetik daripada Aziz Abd

Talib, 2000).

4.3 Jenis-jenis Kecacatan FizikalJenis-jenis kecacatan fizikal yang lazim adalah seperti yang berikut:

i. Kecacatan pertuturan seperti sengau, pelat, dan bisu.

ii. Kecacatan penglihatan seperti tidak boleh melihat jauh, rabun atau buta.

iii. Kecacatan pengamatan seperti melihat huruf terbalik, iaitu masalah pembalikan

huruf.

iv. Kecacatan pendengaran seperti kurang dengar atau pekak.

v. Kecacatan tangan yang boleh menimbulkan masalah untuk menulis.

3

Koordinasi fizikal kurang baik iaiatu cara menulis, cara berjalan dan cara berlari

Lampau aktifSuka mengggangu rakan lain

Tidak menyiapkan kerja sekolah

Sakit/ atau pening kepala

Aspek mental Aspek fizikal Aspek sosial Aspek emosi

Selalu lupa isi pelajaran yang diajar

Menghala telinga ke arah guru

Kerap meminta guru mengulang soalan

Cepat letih

Rendah diriSensitive dan mudah

tersinggungMalu dan menarik diriSuka berkelahiSuka menggangguSuka berlagak sebagai

ketua

Berasa kurang selamatTidak memberi

penumpuan terhadap pengajaran

Suka menonjol diriEnggan memberikan

kerjasamaPendiam dan pemaluTidak yakinEstem kendiri rendahCepat marah

Page 4: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

Latihan:Anda dikehendaki membuat pembacaan tambahan tentang tanda-tanda masalah

pembelajaran mengikut aspek di atas. Analisis tanda-tanda aspek mental, sosial dan

emosi. Berdasarkan pengalaman di dalam bilik darjah anda, kenal pasti tanda-tanda

masalah pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid-murid anda. Apakah kesan

terhadap pembelajaran mata pelajaran bahasa Malaysia?.

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Antara tanda-tanda khusus yang berpunca daripada aspek fizikal adalah sperti di

bawah:

Tanda-tanda lemah penglihatan Tanda-tanda lemah pendengaran

Selalu mengerutkan muka Memegang buku secara terlalu dekat

dengan mata Menyengetkan kepala Menonjolkan kepala ke hadapan Menggerakkan kepala secara berlebihan

ketika membaca Menegangkan kelopak mata atau

membuka mata sebesar-besarnya semasa melakukan tugasan

Mengecilkan mata untuk melihat atau membaca yang berada agak jauh.

Tidak selesa di tempat duduk Kerap bertanya guru Bahagian tepi mata merah Mata berair Mata bengkak Sentiasa menggosok mata Tahi mata yang berlebihan

Bacaan mendatar Sebutan yang salah Ejaan yang lemah Menghalakan telinga ke arah guru Kerap meminta guru mengulang

sesuatu. Selalu menekap telinga Mengadu sakit kepala Tidak dapat menumpukan perhatian Sukar memahami arahan Lambat bertindak terhadap bunyi Bersuara degan nada yang tidak

semula jadi. Tidak dapat menganalisis

percakapan orang lain Lambat bertindak terhadap bunyi

4.4 Strategi Mengesan Masalah

Guru mata pelajaran Bahasa hendaklah mengesan masalah pembelajaran murid seawal

yang mungkin, iaitu pada semester pertama persekolahan. Terdapat beberapa strategi

yang dapat digunakan oleh guru bagi mengesan murid-murid yang bermasalah di

dalam kelas.

4

Page 5: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Strategi mengesan murid yang bermasalah

Setiap murid yang lemah akan menunjukkan tanda-tanda yang nyata yang dapat

dikesan oleh seseorang guru. Setelah guru mengecam murid yang menunjukkan tanda

murid yang lemah, guru hendaklah mengenal pasti strategi mengesan masalah. Guru

hendaklah membina atau memilih alat yang sesuai untuk mengesan masalah

pembelajaran murid. Contoh cara mengesan murid yang bermasalah melalui

pemerhatian adalah seperti yang di bawah,

4.4.1 Mengesan masalah melalui pemerhatianPengesanan masalah melalui pemerhatian membantu guru memperoleh

pelbagai maklumat tentang seseorang murid. Panduan membina alat mengesan

masalah melalui pemerhatian adalah dengan,

i. Tentukan objektif pemerhatian

ii. Tentukan item-item utama pemerhatian

iii. Sediakan senarai semak

iv. Tentukan masa (belajar, bermain, kokurikulum)

5

Pemerhatian Pentafsiran rekod prestasi

Pentafsiran rekod profil

Ujian kertas dan pensil

Temu bual dengan ibu bapa/guru darjah

Secara tidak langsung gambaran wajah dan aspek fizikal

Pemerhatian tingkah laku

Pemerhatian secara berterusan

Teknik senarai semakPemerhatian di dalam dan di luar kelas

Rekod pencapaian akademik

Rekod prestasi kemahiran

Rekod lengkap tentang pencapaian di dalam kelas

Rekod diberikan kepada ibu bapa

Rekod maklumat pencapaian semua mata pelajaran

Pencapaian mengikut markah dan gred

Rekod berdasarkan ujian sumatif

Rekod diberikan kepada ibu bapa

Ujian objektif dan ujuan subjektif

Murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan

Ibu bapaLatar belakang

keluargaAspek kesihatanAspek pemakananAspek kemudahan

pembelajaranKemudahan asasGuru darjahRekod kedatanganKetepatan masaPencapaian akademikTingkah lakuPerbezaan individu

Page 6: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Senarai semak pemerhatian membaca dan memahami ceritaNama murid :

Darjah : Tahun :

Sekolah :

Umur : Jantina :

Tandakan [ / ] Ya atau [ X ] Tidak

Bil Aspek Ya Tidak

1 Menghubung kait maklumat dengan pengetahuan sedia ada

2 Meramal isi cerita

3 Menyedari ketepatan ramalan

4 Menggunakan klu konteks

5 Membauat gambaran awal sebelum membaca

6 Membuat inferens

7 Mengatasi masalah kegagalam memaham

8 Menjawab soalan bertumpu

9 Menjawab soalan bercapah

Skor 7 - 9 Baik

4 – 6 Sederhana

1 - 3 Lemah

Aspek kelemahan1. ------------------------------------------------

2. -----------------------------------------------

4.4.2 Menganalisis masalah dan membuat perancangan Langkah menganalisis masalah adalah langkah bagi mengesan masalah dengan

tepat. Langkah ini dilaksanakan selepas guru mentadbir alat bagi mengesan

masalah pembelajaran. Setelah menganalisis masalah, guru juga perlu

menganalisis punca masalah.

6

Page 7: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4.4.2.1 Masalah membaca mekanis i. Membatang suku kata sebelum menyebut seluruh perkataan.

ii. Bacaan tersekat-sekat – tidak lancar

iii. Teragak-agak – berhenti sejenak kerana tidak pasti.

iv. Membaca terlalu cepat dan gopoh tanpa menghirau tanda bacaan

v. Membaca terlalu lambat/merangkak-rangkak.

vi. Hilang tempat, melangkau perkataan atau baris ayat

vii. Membaca dalam cahaya kurang terang

viii. Menunjuk perkataan dengan jari

ix. Mengelip-ngelip mata, mengerut dahi, menggeleng kepala

x. Suara yang terlalu perlahan/blurring

xi. Kedudukan mata yang terlalu dekat dengan bahan bacaan

xii. Mengelak daripada membaca

xiii. Tidak mengikut tanda bacaan

xiv. Tidak mengikut unit makna

xv. Tidak mengguna sebutan baku

xvi. Bacaan tersekat-sekat

xvii. Mengeja sebelum menyebut

xviii. Tekanan tidak tepat - sung-ai

xix. Meninggalkan, mengganti, menokok tambah, mengulang,

pembalikan, tidak kenal huruf, membuang, mengganti, sebutan

mengikut pengaruh dialek

xx. Tidak boleh membaca secara mekanis

4.4.2.2 Masalah membaca dan memahami Masalah membaca dan memahami boleh berlaku pada empat peringkat

iaitu:

i. Peringkat perkataan

ii. Peringkat ayat

iii. Peringkat perenggan

iv. Peringkat teks

7

Page 8: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Pada peringkat perkataan, masalah kefahaman adalah kegagalan murid

memahami perkataan baharu atau tidak memahami makna mengikut makna

teks, iaitu memahami makna secara terpencil atau terasing daripada makna

yang dihajati oleh penulis. Kegagalan memahami pada peringkat ayat berlaku

apabila murid tidak dapat mentafsir makna ayat dengan tepat, tafsiran makna

ayat adalah kabur atau tidak spesifik atau murid memberikan beberapa tafsiran

yang berbeza makna. Murid yang gagal memahami hubungan antara ayat atau

memahami kohesi ayat, menunjukkan masalah mengenal pasti hubungan makna

antara ayat-ayat dan membuat beberapa kemungkinan tafsiran tentang

hubungan antara ayat. Murid yang lemah juga akan menghadapi masalah

memahami pada peringkat teks. Pada peringkat ini kelemahan murid berlaku

apabila gagal memahami hubungan antara bahagian-bahagian dalam teks, tidak

memahami motif atau tujuan penulis, serta tidak memahami bahagian-bahagian

teks dan makna keseluruhan teks.

4.4.2.3 Masalah Menulis mekanisi. Tulisan ‘cakar ayam’ – tidak dapat dibaca

ii. Tidak tekal – campur dengan tulisan berangkai, huruf kecil huruf

besar, saiz, sendeng/tegak

iii. Tidak tekal - atas garisan antara garisan, ruang antara perkataan

dan antara ayat.

iv. Kesilapan ejaan (terbalik, tertinggal huruf, silap huruf)

v. Kesilapan tatabahasa/sintaksis

vi. Tulisan terlalu rapat

vii. Bercakap kepada diri sendiri sambil menulis

viii. Menulis terlalu lambat

ix. Alat tulis dipegang terlalu rapat dengan kertas

x. Ibu jari ditindih dengan jari telunjuk dan jari hantu

xi. Cara duduk yang tidak betul

xii. Lambat dan bersusah payah menyalin

xiii. Perbezaan yang besar antara kebolehan menulis dengan bertutur

8

Page 9: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4.4.2.4 Punca masalah (mekanis dan pelahiran)i. Kecacatan fungsi otak

ii. Masalah fizikal – penglihatan dan pendengaran

iii. Masalah pengamatan penglihatan dan pendengaran

iv. Masalah keselarasan motor : mata, telinga dan tangan

v. Pengajaran yang tidak berkesan

vi. Masalah kesihatan dan emosi

vii. Daya intelek

Contoh analisis masalah membaca mekanis, punca masalah, dan cadangan tindakan pemulihan

Pemerhatian Punca Cadangan Tindakan

Membaca terlalu lambat/ merangkak-rangkak.

Hilang tempat, melangkau perkataan atau baris ayat

Kedudukan mata yang terlalu dekat dengan bahan bacaan

Mengelak daripada membaca Tidak mengikut tanda bacaan Tidak mengikut unit makna Tidak mengguna sebutan baku Bacaan tersekat-sekat Mengeja sebelum menyebut Menunjuk perkataan dengan jari

Penglihatan

Pendengaran

Perkembangan kognitif yang lambat

Rujuk kepada ibu bapa

Sesuaikan aktiviti membaca mekanis dengan masalah

Contoh analisis masalah menulis, punca masalah,dan cadangan tindakan pemulihan

Masalah Cadangan Tindakan Pemulihan Tulisan ‘cakar ayam’ - tidak dapat

dibaca Tidak tekal – campur dengan tulisan

berangkai, huruf kecil huruf besar, saiz, sendeng/tegak

Tidak tekal - atas garisan antara garisan, ruang antara perkataan dan antara ayat.

Kesilapan ejaan (terbalik, tertinggal huruf, silap huruf)

Membuat aktiviti pratulisan Latihan memegang pensel / pen yang

betul dan berada dalam posisi tubuh yang betul semasa menulis

Latihan menulis dalam buku latihan yang mempunyai dua garisan

Menulis di udara, latihan menulis di atas pasir dengan jari, permainan teka huruf

4.5 Melaksanakan Pengajaran, Menilai, dan Membuat Tindakan Susulan

9

Page 10: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Langkah-langkah selepas mengesan masalah dan punca masalah ialah merancang

pengajaran berdasarkan aktiviti pemulihan yang dirancang, melaksanakan aktiviti,

menilai keberkesanan pelaksaaan aktiviti, dan mengambil tindakan susulan yang sesuai.

Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran bagi mengatasi masalah

pembelajaran yang khusus. Contonya, pada akhir pelajaran murid dapat menyebut

bunyi ‘r’ dan bunyi ‘d’ dengan betul. Objektif pembelajaran haruslah realistik dan sejajar

dengan dengan kebolehan serta minat murid.

4.6 Merancang pengajaranPengajaran yang dirancang haruslah berdasarkan masalah yang hendak diatasi oleh

guru selepas selesai proses penilaian. Aktiviti yang dirancang juga haruslah memenuhi

keperluan kanak-kanak yang ingin diberikan pemulihan. Tahap kesukaran aktiviti juga

perlulah pada aras yang mudah.

4.7 Merancang objektifObjektif pelajaran hendaklah dibina mengikut prinsip-prinsip seperti yang berikut,

i. Daripada yang mudah kepada yang kompleks

ii. Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui

iii. Daripada yang konkrit kepada yang abstrak

iv. Daripada yang dekat kepada yang jauh

v. Daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman

4.7.1 Bahagian-bahagian objektifObjektif pembelajaran perlu mengandungi tiga bahagian utama iaitu,

i. Hasil / outcomes

ii. Syarat / conditions

iii. Kriteria / criteria

Penyataan objektif tidak jelas jika tidak tidak ada ketiga-tiga bahagian di atas.

10

Page 11: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PERLAKUAN : menghuraikan perkara yang dijangkakan murid boleh BUAT iaitu

sesuatu tingkah laku atau penghasilan sesuatu produk yang dapat diperhati.

HASIL PERLAKUAN KATA KERJA

Spesifik boleh diukur

Contoh perlakuan

i. Membatangkan suku kata kvkk dan kvkvk

ii. Menyebut pasangan minimal

iii. Membaca ayat mudah

SYARAT : penyataan yang menghuraikan syarat/keadaan yang diperlukan untuk

membolehkan perlakuan murid.

SYARAT

Contoh syarat

i. Tanpa merujuk kepada teks ………………ii. Berdasarkan teks yang dibaca………………….....

iii. Dalam tempoh masa 10 minit............

11

Peralatan Bahan Masa Latar Perkara yang

disediakan

Membolehkan perlakuan

Page 12: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

KRITERIA : memberitahu sebaik mana murid perlu laksanakan sesuatu tugasan

supaya dapat dianggap mencapai objektif. Kriteria boleh dikaitkan dengan had

sebenar dan menghuraikan had tertentu kepada perlakuan tersebut.

KRITERIA

Contoh kriteria

Menyalin 10 ayat dengan kemas dalam tempoh

masa 10 minit

TAJUK 5 PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN KEMAHIRAN LISAN,MEMBACA DAN MENULIS

12

Menilai pencapaian murid

Peratus pencapaian Bilangan yang dicapai Bilangan kesilapan yang

dibenarkan Tempoh masa yang

ditentukan Tahap

Page 13: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SinopsisTajuk ini menjelaskan cara menyediakan rancangan pengajaran pendidikan pemulihan

berdasarkan masalah pembelajaran murid yang telah dikenal pasti semasa pengajaran di bilik

darjah. Pelbagai simptom kesulitan murid dalam kemahiran bahasa dijelaskan untuk tindakan

guru memilih strategi yang sesuai untuk pemulihan. Perancangan strategi, aktiviti dan langkah

pengajaran perlu disesuaikan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid

mengikut bidang-bidang kemahiran bahasa.

Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Mengenal pasti masalah pembelajaran murid pemulihan

ii. Merancang objektif dan langkah pengajaran dan pembelajaran pemulihan

iii. Menentukan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan

5.1 Mengenal Pasti Masalah Pembelajaran Murid PemulihanMurid-murid yang memerlukan pemulihan adalah murid-murid yang mengalami

kesulitan dalam pembelajaran kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Pencapaian pembelajaran murid-murid tersebut biasanya berada di bawah tahap

pencapaian murid biasa. Mereka menghadapi kesulitan untuk membaca, menulis,

mengira, mendengar, mengingati kembali dan bertutur dengan lancar, yakin dan

betul. Mereka menghadapi masalah apabila membuat kerja sekolah dan biasanya

memperoleh keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan. Di samping itu,

mereka juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin diri, rendah konsep diri,

pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.

13

Page 14: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Secara khusus, murid-murid pemulihan boleh dikenali berdasarkan pelbagai

kelemahan yang boleh dilihat melalui perlakuan pada aspek tertentu dalam kemahiran

bahasa. Antara simptom kelemahan dan kesulitan murid pemulihan yang boleh dilihat

adalah seperti yang berikut:

a. Kemahiran mendengar dan bertutur

o Kosa kata yang terhad

o Menggunakan dialek dalam pertuturan

o Menggunakan bahasa pasar dalam lisan

o Tidak dapat membina ayat mudah

o Tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan lancar

o Menyebut nama huruf mengikut loghat bahasa ibunda

o Gagal mematuhi arahan

o Tidak boleh menghuraikan gambar yang ditunjukkan

o sukar bertutur dan menyebut perkataan

o tidak lancar dan kurang fasih dalam sebutan

o sukar menerima dan memahami arahan secara lisan dan tidak dapat

bertindak balas

o lemah dalam memberi maklumat secara lisan daripada bahan yang

ditunjukkan

b. Kemahiran membaca

Antara contoh masalah dalam kemahiran membaca:

o Keliru dengan nama, bentuk dan bunyi huruf

o Keliru pada huruf yang hampir sama: b – d; m – w

o Keliru pada bentuk huruf-huruf besar dan kecil yang berubah; a - A; b – B

o Keliru dengan orientasi, kedudukan dan saiz huruf

o Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup

o Keliru menyebut perkataan yang akan seakan-akan sama

o Meninggalkan suku kata dalam perkataan

o Tidak dapat membatangkan perkataan lebih daripada dua suku kata

o Membaca secara berlagu dan intonasi yang membosankan

o Masalah disleksia: [kail] dibaca [ kali ]; [dada] dibaca [baba]

14

Page 15: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

o Mengeja sebelum membaca menyebabkan bacaan terhenti-henti

o Keliru apabila membatang perkataan yang mengandungi vocal

berganding

o Tidak dapat membunyikan perkataan yang mengandungi konsonan

berganding

o Membaca secara menghafal

o Tidak memahami bahan yang dibaca

o Mengulang-ulang dan merangkak-rangkak ketika membaca

o Sukar membuat hubung kait

o Tidak dapat membuat urutan

o Kesukaran mencari maklumat daripada bahan yang dibaca

o Tidak dapat menjawab soalan kefahaman dengan ayat yang lengkap

c. Kemahiran menulis

Antara contoh masalah dalam kemahiran menulis

o Tulisan yang buruk dan tidak boleh dibaca

o Bentuk dan condong huruf yang tidak menentu

o Saiz huruf yang tidak seragam

o Menulis terbalik –bermula dari kanan dan bergerak ke kiri. Contoh: s

ditulis ƨ

o Tulisan tidak selari dengan garisan

o Salah urutan dan arah ketika menulis

o Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk

o Jarak antara huruf atau antara perkataan yang tidak menentu

o Tidak boleh melakukan latihan koordinat mata dengan tangan

menyebabkan murid menyalin dengan lambat dan perkataan yang disalin

salah ejaan

o Masalah menggunakan huruf besar dan huruf kecil di tempat yang tidak

sesuai

o Tidak dapat membina ayat mudah

o Kosa kata yang terhad

o Ayat tidak gramatis

15

Page 16: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

o Lemah dalam penggunaan tanda baca

o Lupa format penulisan

o Lemah dalam penyampaian idea

5.2 Merancang Objektif, Langkah-Langkah Pengajaran, dan Pembelajaran Pemulihana. Perancangan objektif

Objektif pembelajaran pemulihan hendaklah dibuat secara lebih khusus. Objektif

pembelajaran haruslah realistik dan sejajar dengan kebolehan serta minat murid-

murid. Guru perlu membantu murid mengatasi masalah pembelajaran sesuatu

kemahiran tertentu dengan khusus. Selain itu guru juga perlu mengubah sikap

negative dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran. Sikap yakin diri juga

perlu dibina pada murid yang mengikuti pemulihan.

Objektif yang khusus akan membolehkan murid-murid menguasai kemahiran

melalui aktiviti alternative. Murid akan mendapat layanan dan kemudahan belajar

yang sesuai dengan kemampuan mereka dan seterusnya peluang pembelajaran

yang sama dengan murid-murid lain. Dengan itu, mereka dapat meneruskan

pembelajaran dalam sistem persekolahan.

Objektif pembelajaran haruslah dibentuk mengikut prinsip-prinsip yang berikut:

i. Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui

ii. Daripada yang mudah kepada yang kompleks

iii. Daripada yang konkrit kepada yang abstrak

iv. Daripada yang dekat kepada yang jauh

v. Daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman

Objektif yang baik harus memenuhi kriteria yang berikut:

i. Menggunakan kata kerja tindakan khusus yang menerangkan objektif

guru.

ii. Menggunakan bahasa yang menghuraikan tingkah laku yang boleh

dilihat.

iii. Menggunakan bahasa yang boleh menghuraikan tingkah laku yang boleh

dinilai.

16

Page 17: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

b. Langkah-langkah menjalankan Sesi Pemulihan

i. Kenal pasti dan buat analisis:

ii. Murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian

iii. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian saringan

dan Diagnostik

iv. Punca masalah daripada aspek fizikal, intelek, dan emosi yang

mengganggu pembelajaran

v. Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang

dihadapi.

vi. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.

vii. Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang.

viii. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai.

ix. Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid

berkenaan ke dalam kumpulan murid biasa atau merancang semula

aktiviti pemulihan yang baharu sekiranya murid berkenaan belum pulih.

5.3 Langkah-langkah Pelaksanaan Sesi PemulihanLangkah-langkah pelaksanaan sesi pemulihan boleh digambarkan melalui rajah yang

berikut:

5.3 Menentukan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihanSetelah dikenal pasti murid yang perlu diberikan pemulihan, guru perlu merancang

aktiviti pemulihan yang sesuai dengan masalah. Guru perlu menentukan objektif dan

17

Kenal pasti murid 2. Analisis Masalah

3. Membuat perancangan

5. Membuat penilaian

4. Melaksanakan pengajaran

6. Tindakan susulan

Page 18: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

kemahiran khusus yang hendak dipulihkan, membina dan menyediakan bahan

pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai, merangsang pelbagai pancaindera

(multisensory) dan berbentuk konkrit. Guru memilih teknik pengajaran yang mengambil

kira gaya belajar, menggunakan latih tubi, dan berunsurkan permainan. Strategi

pelaksanaan pemulihan boleh dijalankan dalam bentuk kumpulan atau secara individu.

1. Strategi KumpulanStrategi kumpulan digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi

masalah pembelajaran yang sama. Guru boleh merancang dan menjalankan

pengajaran pemulihan untuk murid-murid bermasalah. Murid-murid lain akan

menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru

2. Strategi individuStrategi ini digunakan apabila murid menghadapi masalah pembelajaran yang

berlainan dan khusus. Guru boleh membetulkan kesalahan murid secara individu

sementara murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan. Guru juga boleh

menggalakkan murid cerdas mengajar atau membimbing murid-murid bermasalah

secara individu (rakan sebaya).

5.4 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran PemulihanKaedah dan pengurusan aktiviti pemulihan boleh dijalankan dengan menggunakan

pelbagai cara. Aktiviti boleh dijalankan secara langkah-langkah kecil, berfokus pada

sesuatu kemahiran bahasa atau mengikut sesuatu konsep yang berkaitan dengan

masalah pembelajaran murid berkenaan. Setiap aktiviti pemulihan yang dijalankan

perlulah menepati objektif kemahiran bahasa yang menjadi masalah dan tidak dapat

dikuasai oleh murid yang berkenaan. Aktiviti pemulihan perlulah dijalankan mengikut

keperluan dan bidang kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, bacaan dan

kefahaman termasuk bacaan mekanis, kemahiran menulis termasuk tulisan mekanis.

Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran

pemulihan. Antara pendekatan dan kaedah yang sesuai dijalankan dalam pengajaran

dan pembelajaran adalah seperti yang berikut:

i. Kaedah fonik

ii. Kaedah abjad

18

Page 19: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

iii. Kaedah pandang sebut

iv. Kaedah prabacaan

v. Kaedah suku kata

vi. Kaedah seluruh perkataan

vii. Kaedah pratulisan

viii. Kaedah mekanis

ix. Pendekatan cerakinan

x. Pendekatan binaan

xi. Multisensori

Selain itu, penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai, menarik dan pelbagai

rangsangan perlu disediakan untuk membantu menjayakan penguasaan kemahiran

yang ditetapkan. Sebagai contohnya, guru hendak menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran pemulihan membaca perkataan dua suku kata. Guru boleh menggunakan

kaedah binaan iaitu menggunakan bahan bantu belajar kad suku kata dan meminta

murid membina perkataan daripada suku kata. Murid diminta mengeja dan membaca

perkataan yang dibina. Guru boleh menggunakan teknik permainan untuk meningkatkan

motivasi dan keseronokan dalam pembelajaran. Contoh aktiviti lain bagi membina

kemahiran membaca perkataan adalah suai padan suku kata dan membentuk

perkataan. Murid membaca kuat perkataan yang dihasilkan daripada suai padan suku

kata.

Antara aktiviti pemulihan untuk membina pelbagai kemahiran bahasa adalah seperti

yang berikut:

i. Menekap huruf

ii. Menulis di pasir

iii. Menyalin huruf atau perkataan

iv. Mencari gambar tersembunyi

v. Menulis urutan huruf atau perkataan

vi. Penggunaan warna untuk membuat diskriminasi huruf

vii. Mencari perkataan tersembunyi

viii. Mencari jalan keluar

ix. Latihan membaca nyaring-rakam dan perdengarkan semula

x. Pandang dan sebut

19

Page 20: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

xi. Latihan mengeja-imlak

xii. Kaedah Gabungan Bunyi Kata

xiii. Buku Besar (Bigbook)

xiv. Aktiviti Latih tubi

a. Pemintal lidah

b. Pasangan minimal

c. Bersambut

d. Rajah tukar ganti

e. Padanan

xv. Teka silang kata

xvi. Jigsaw

xvii. Permainan menyampaikan pesanan-uji ingatan dan pendengaran

xviii. Permainan Kim- menguji ingatan dan pendengaran

xix. Membuat diskriminasi bunyi

xx. Karangan berpandu

xxi. Bercerita berdasarkan gambar

xxii. Menyusun ayat atau perenggan atau gambar mengikut urutan

xxiii. Membaca kuat atau membacakan kepada (reading to)

xxiv. Berkongsi membaca (Shared reading)

xxv. Membuat perkaitan

5.5 Pengelolaan Pengajaran Pemulihan di Kelas BiasaPengajaran pemulihan dalam kelas hendaklah dijalankan secara bersistematik agar

murid memperoleh faedah yang maksimum. Pengelolaan pengajaran pemulihan

melibatkan empat langkah:

i. Penentuan objektif

ii. Perancangan

iii. Pengajaran

iv. Penilaian

20

Page 21: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Penentuan objektifSebelum pengajaran pemulihan, objektif pengajaran hendaklah ditentukan. Aras objektif

seharusnya sejajar dengan masalah pembelajaran murid.

Contoh perancangan satu pengajaran dan pembelajaran pemulihan:

Masalah: murid tidak boleh melakukan arahan yang didengar

Objektif: pada akhir pelajaran, murid-murid dapat melakukan sesuatu mengikut arahan

yang diberikan.

Perancangan : i. Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran secara individu atau

kumpulan atau rakan sebaya.

ii. Menentukan bahan bantu belajar yang hendak digunakan mengikut aras

kesukaran, jenis,kegunaan dan daya penarik.

iii. Menentukan aktiviti-aktiviti yang memberikan peluang kepada murid melibatkan

diri dengan aktif dalam pelajaran

iv. Menentukan jenis penilaian yang akan digunakan untuk menilai pencapaian

murid

Pengajarani. Pengajaran normal dijalankan seperti biasa kepada semua murid dalam bilik

darjah. Pengajaran pemulihan dijalankan selepas sesuatu langkah pengajaran

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

ii. Guru akan mengajar seorang atau beberapa orang murid yang lambat yang

menghadapi masalah yang sama.

iii. Murid yang cerdas juga boleh diminta untuk membantu murid yang menjalani

aktiviti pemulihan.

iv. Pada masa yang sama, murid-murid cerdas dan sederhana akan membuat

aktiviti atau lembaran kerja atau aktiviti pengayaan.

21

Page 22: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Penilaiani. Penilaian dijalankan bagi memastikan objektif dicapai atau tidak.

ii. Guru membuat pemerhatian terhadap perlakuan murid.

iii. Selepas penilaian, murid–murid yang telah menguasai kemahiran tersebut akan

mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan normal.

iv. Murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran tersebut akan dirujuk

kepada guru pemulihan.

Contoh aktiviti pemulihan mengikut masalah kemahiran bertutur, membaca dan

menulis.

i. Latih tubi pasangan minimal:

Murid didapati tidak dapat menyebut atau membaca perkataan dengan betul.

Murid tidak dapat membezakan bunyi yang paling minimum dalam perkataan

sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh. Contoh perkataan :

dari – lari; ladang – lalang; lada – lala; dada – lada

ii. Latih tubi pemintal lidah:

Murid didapati tidak boleh menyebut bunyi yang menggunakan huruf ‘p’ dengan

betul. Contoh : Murid menyebut pemintal lidah seperti: pandang pandan tepi

pagar depan padang. Contoh : Murid bermasalah menyebut /ny/. Murid

menyebut pemintal lidah seperti : nyonya nyanyuk nyanyi nyamuk.

iii. Latih tubi gantian:

Murid tidak dapat menulis ayat dengan lengkap dan betul. Sebagai contoh:

Pokok itu tinggi.

Murid menulis dengan menggantikan perkataan tinggi dengan perkataan lain

berdasarkan gambar dan perkataan yang ditunjukkan oleh guru seperti gambar

dan perkataan: rendah; subur; renek. Murid perlu menghasilkan ayat seperti :

Pokok itu rendah.

22

Page 23: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 6 PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR AKTIVITI PEMULIHAN

SinopsisTajuk ini menjelaskan cara menyediakan bahan bantu mengajarn aktiviti pemulihan

berdasarkan masalah pembelajaran murid yang telah dikenal pasti semasa pengajaran di bilik

darjah. Pelbagai simptom kesulitan murid dalam kemahiran bahasa dijelaskan untuk tindakan

guru memilih strategi yang sesuai untuk pemulihan dan menyediakan bahan bantu mengajar

yang sesuai. Perancangan teknik, pelaksanaan aktiviti dan penyediaan bahan bantu mengajar

perlu disesuaikan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid mengikut bidang-

bidang kemahiran bahasa yang diajarkan.

Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda dapat menyediakan Bahan Bantu Mengajar aktiviti Pemulihan:

i. Kemahiran lisan

ii. Kemahiran Membaca

iii. Kemahiran Menulis

6.1 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar untuk Aktiviti Pemulihan Kemahiran LisanContoh aktiviti dan bahan:

mendengar bunyi dan menyatakan nama

melihat rangsangan dan memberi respons yang sesuai

mendengar arahan dan memberi respons yang betul

mendengar bunyi dan mengajuk bunyi

permainan bahasa

bersoal jawab berdasarkan bahan rangsangan

menyanyi dan membuat pergerakan kreatif

latih tubi sebutan atau pengucapan

23

Page 24: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Contoh bahan bantu mengajar:

Rakaman audio-visual Kad gambar Kit Pembelajaran Permainan bahasa

Radio Buku cerita Bigbook lukisan

komputer Gambar bersiri Nyanyian /lirik lagu Seni kraf

Permainan bahasa Boneka Iklan Permainan rekreasi

Kad ucapan Bahan Maujud Carta karton

Kad huruf Plastesin Bahan replika filem

6.2 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Pemulihan Kemahiran MembacaContoh aktiviti dan bahan pemulihan membaca:

Membentuk perkataan dan mengeja

Mengeja perkataan yang disebutkan

Mengeja perkataan yang ditunjukkan

Membaca arahan mudah

Membaca carta alir mudah

Membaca pantun dua kerat

Membaca baris dalam lirik lagu

Membaca dialog kartun atau komik

Membaca cerita mudah

Membaca petikan pendek dan menjawab soalan mudah

Kad Abjad Kad Domino Buku Besar Label objek

Kad Suku Kata Carta Suku Kata Buku Cerita Permainan bahasa

Kad Perkataan Kad Lipat Suku Kata Jadual Carta

Kad FrasaKad Cantum Suku

KataPeta Cogan kata

Kad Ayat Kad Tingkap Gambar Rajah Kartun

Kad Gambar Kad Padanan Lirik lagu Surat khabar

Kad Arahan Gambar Bersiri Iklan pantun

24

Page 25: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewTAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Contoh bahan bantu mengajar:

6.3 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Pemulihan Kemahiran MenulisContoh aktiviti dan bahan pemulihan menulis:

Menulis huruf atau suku kata bagi membentuk perkataaan

Menulis perkataan yang disebut

Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang betul

Melengkapkan ayat berdasarkan perkataan yang disediakan

Menulis cerita berdasarkan gambar bersiri

Menulis ayat berdasarkan kad perkataan

Menulis ayat berdasarkan gambar

Menyambung dialog mudah

Menulis dialog yang sesuai pada gambar

Menulis kad ucapan

Menulis pesanan mudah

Menulis ayat huraian mengikut ayat topik

Menulis perenggan mengikut peta minda

Contoh bahan bantu mengajar:

kad suku kata Komik carta alir Kad arahan

Kad perkataan Katalog Peta lokasi Buku cerita

Kad ayat Gambar bersiri Jadual perjalanan Dialog mudah

Rajah tukar ganti Gambar tunggal Diari harian Silang kata

Permainan bahasa Akhbar Peta minda Lirik lagu/nyanyian

25

AktivitiPengajaran sesuatu kemahiran sangat memerlukan bahan bantu mengajar sebagai

alat untuk memudahkan murid menguasai konsep, maklumat dan kemahiran tersebut.

Bina bahan bantu mengajar yang sesuai dan memudahkan murid untuk menguasai

kemahiran menulis sekurang-kurang lima ayat yang betul dan lengkap tentang suatu

tajuk. Tunjukkan langkah pelaksanaan aktiviti menulis ayat dengan menggunakan

bahan bantu mengajar tersebut.