garis panduan pengendalian pesakit kekurangan …

31
Kementerian Kesihatan Malaysia GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN TIAMIN DI INSTITUSI TAHANAN DI MALAYSIA Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

22 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Kementerian Kesihatan Malaysia

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN TIAMINDI INSTITUSI TAHANAN

DI MALAYSIA

Bahagian Kawalan Penyakit

Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 2: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 1

Prakata

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan Iimpah kurnianya maka Garispanduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Rehabilitasi di Malaysia ini telah dapat disiapkan dalam tempoh masa

yang telah ditetapkan. Semoga dengan penghasilan garispanduan ini, ia dapat digunakan dalam pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Rehabilitasi.

Sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada semua ahli penyedia Garispanduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi rehabilitasi di Malaysia ini yang terdiri daripada pelbagai kepakaran baik dalam bidang klinikal, kesihatan awam, pemakanan dan farmasi. Ternyata kerjasama daripada semua pihak penting bagi memastikan Pesakit Kekurangan Tiamin Di Institusi rehabilitasi di Malaysia mendapat rawatan yang sewajarnya.

Dengan terhasilnya garispanduan ini diharap dapat membantu semua pihak dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam memastikan rawatan yang sewajarnya dapat diberikan, di mana ia membincangkan peranan setiap ahli dalam pengendalian pesakit kekurangan tiamin. Terima kasih juga atas komitmen yang ditunjukkan Sektor Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar (KPAS) Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia selaku urusetia penghasilan garispanduan ini dan kerjasama erat yang diberikan oleh semua pihak terutama pakar-pakar perubatan dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK), Hospital Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur, Bahagian Perkembangan Perubatan, Pakar Pemakanan Bahagian Pemakanan, Pegawai Farmasi serta mereka yang terlibat baik secara langsung ataupun tidak. Diharap dengan terhasilnya garispanduan ini, morbiditi dan mortaliti akibat dari masalah kekurangan tiamin dapat dielakkan.

Terima Kasih.

…………………………………………………………………….YBhg. Datuk Dr Lokman Hakim Bin SulaimanTimbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)

Page 3: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 2

© Kementerian Kesihatan Malaysia 2016

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa jua bentuk atau alat mekanikal atau elektronik kecuali setelah mendapat kebenaran daripada penerbit.

Edisi Pertama 2016

Diterbit, dicetak dan diedarkan oleh:

Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 2, Blok E3, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya Tel: 603-8892 4409 Faks: 603-8892 4526 Laman web: http://www.moh.gov.my

Page 4: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 3

PENGHARGAAN

Dr Wan Mansor bin HamzahPengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan AwamKementerian Kesihatan Malaysia

Dr Haji Sirajudin bin HashimPakar Perubatan Kesihatan Awam danKetua Sektor Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar (KPAS) Kementerian Kesihatan Malaysia

Dr Noridah binti Mohd SallehKetua Penolong Pengarah KananCawangan Kesihatan PrimerKementerian Kesihatan Malaysia

Dr Anis Salwa binti Kamarudin Pakar Perubatan Kesihatan Awam Sektor Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar (KPAS) Kementerian Kesihatan Malaysia

Datin Shantini ThevendranPegawai Farmasi Kesihatan AwamPejabat TKPK (KA)Kementerian Kesihatan Malaysia

Nik Iryani binti Nik Ahmad DamianPegawai Farmasi Kesihatan AwamPejabat TKPK (KA)Kementerian Kesihatan Malaysia

Dr Thilaka a/p ChinnayahPakar Perubatan Kesihatan AwamPejabat TKPK (KA)Kementerian Kesihatan Malaysia

Dr Tengku Putri Zaharah binti Tengku BahanuddinBahagian Pembangunan Kesihatan KeluargaKementerian Kesihatan Malaysia Encik Mohamad Khairi bin Abdul RaofPenolong Pegawai PerubatanBahagian Pembangunan Kesihatan KeluargaKementerian Kesihatan Malaysia

Dr Tang Min MoonPakar Perunding DermatologiJabatan Dermatologi, HKL

Dr Nazatul Shima binti Abdul RahimKetua Jabatan DermatologiHospital Putrajaya

Page 5: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 4

Dr Hazfadzila binti Mohd Unit Pakar Perubatan Jabatan Perubatan, HKL

Dr Siti Zulfa binti ZulkifliPakar Perubatan Jabatan Perubatan, HKL

Dr Nazrila Hairizan binti NasirPakar Perubatan KeluargaKlinik Kesihatan Presint 9Putrajaya

Dr Radziah binti Jabir Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Ampang, Hulu Langat

Dr Zuzana binti AmanPakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Meru, Klang

Dr Zienna Zufida binti Zainol RashidPakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Rawang, Selangor

Dr Sham Su Lia Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Bandar Tun RazakRompin, Pahang

Dr Sofiah binti Zainal AbidinPakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Lenggong, Perak

Encik Nazli Suhardi bin IbrahimTimbalan PengarahBahagian Pemakanan

Puan Noriza binti ZakariaBahagian PemakananKetua Penolong Pengarah KananBahagian Pemakanan

Puan Fatimah Zurina binti MohamadKetua Penolong PengarahBahagian Pemakanan

Encik Mohamad Soffian bin Mohamad RasidPenolong Pengarah KananBahagian Pemakanan

Intan Hartini binti Ahmad BidinPenolong Pengarah KananBahagian Pemakanan

Page 6: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 5

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Prakata 12. Penghargaan 3 - 4

3. Kandungan 5

4. Pengenalan 6

5. Definisi Kekurangan Tiamin 6

6. Keperluan dan Sumber Tiamin 7 - 8

7. Etiologi Kekurangan Tiamin4.1 Kekurangan pengambilan tiamin4.2 Peningkatan penggunaan tiamin4.3 Kehilangan tiamin4.4 Kekurangan penyerapan tiamin

9 -10

8. Diagnosa Kekurangan Tiamin5.1 Gejala-gejala kekurangan tiamin5.2 Tanda-tanda klinikal bagi kes disyaki kekurangan tiamin di kalangan orang dewasa5.3 Lain-lain Manifestasi Klinikal5.3.1 Wernicke-Korsakoff Syndrome5.3.2 Infantile beriberi

10 - 12

9. Kategori kes Kekurangan Tiamin6.2 Kes Ringan6.2 Kes Teruk

12

10. Ujian Makmal 12

11. Rawatan Kekurangan Tiamin8.1 Matlamat rawatan8.2 Pendekatan umum bagi rawatan kekurangan tiamin untuk pesakit dewasa8.3 Rawatan Farmakoterapi

13 - 14

12. Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan9.1 Polisi operasi9.2 Proses kerja9.3 Carta alir pengendalian Penghuni di Institusi Tahanan9.4 Pencegahan Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan Melalui Pemakanan9.5 Pencegahan Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan Melalui Suplemen

15 - 19

13. Kesimpulan 19

14. Rujukan 20 - 21

15. Lampiran 1 22 - 29

16. Lampiran 2 30 - 31

Page 7: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 6

1. Pengenalan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kejadian kekurangan tiamin di dunia telah berkurangan selari dengan peningkatan teknologi makanan dan dengan kemajuan dalam pembekalan nutrisi. Walau bagaimanapun, masih terdapat laporan kejadian penyakit tersebut di mana kebanyakannya tertumpu kepada kem-kem tahanan seperti yang dilaporkan di Thailand, Somalia, Taiwan, dan Gambia. Masalah kekurangan tiamin di kalangan penghuni di kem-kem tahanan dan penjara serta pelatih di pusat pemulihan dadah atau lebih dikenali sebagai Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) juga kerap dilaporkan di Malaysia, dengan kadar prevalan dari 3.2% kepada 74.0%.

Kejadian wabak kekurangan tiamin dilaporkan sejak tahun 1992. Pada tahun 2004, Pusat Serenti Bukit Cabang Perlis, telah melaporkan 74% daripada penghuninya mempunyai masalah kekurangan tiamin dan sejumlah besar daripada mereka dilaporkan mempunyai tanda-tanda dan gejala seperti edema di pergelangan kaki dan sesak nafas. Manakala di Kem Tahanan Juru, Pulau Pinang pada tahun 2009, 1500 penghuni dilaporkan mempunyai masalah kekurangan tiamin dengan 52 kemasukkan ke hospital dan 2 kematian. Kem tahanan Lenggeng, Negeri Sembilan pula melaporkan dua kematian melibatkan pendatang asing pada tahun 2014 di mana masalah Kekurangan Tiamin di sini dikaitkan dengan pengambilan alkohol. Kejadian yang terbaru adalah di CCRC Pahang pada tahun 2015 yang melibatkan lebih daripada 90 kes dengan enam kematian di mana faktor diet harian yang rendah tiamin dan jangkamasa tahanan yang panjang di institusi tersebut. Kelewatan mengesan tanda-tanda kekurangan tiamin turut menyumbang kepada kes kematian.

Kekurangan tiamin biasanya dirawat dengan pemberian suplemen tiamin dan melalui modifikasi diet dan gaya hidup yang boleh mencegah kejadian daripada berulang. Jika keadaan itu ditemui di peringkat awal dan dirawat dengan segera, kebarangkalian pesakit boleh sembuh sepenuhnya adalah tinggi. Walau bagaimanapun, dalam kes-kes apabila kekurangan tiamin tidak dirawat atau lewat dikesan, komplikasi serius mungkin berlaku dan boleh mengakibatkan kematian.

Oleh yang demikian, garis panduan ini diwujudkan sebagai rujukan kepada staf kesihatan di institusi tahanan bagi pengesanan awal dan pengendalian kes yang disyaki kekurangan tiamin.

2. Definisi kekurangan tiamin

Kekurangan tiamin adalah suatu sindrom di mana paras vitamin B1 yang rendah dalam badan untuk jangka masa panjang dan menyebabkan manifestasi klinikal seperti anoreksia, letih lesu, lemah dan kebas anggota badan, bengkak kaki dan jantung berdebar.

Ekoran kekurangan tiamin dalam tempoh 2-3 bulan, seseorang individu terdedah kepada penyakit beriberi dan komplikasi lain seperti Wernicke’s encephalopathy.

Page 8: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 7

3. Keperluan dan Sumber tiamin

Tiamin adalah vitamin yang larut air dan merupakan vitamin penting yang sangat diperlukan untuk metabolisma karbohidrat, fungsi otak dan “myelination” saraf periferi. Tiamin tidak dapat dihasilkan oleh badan secara semula jadi. Ia perlu diperoleh dari diet dan pengambilan 0.5 mg tiamin bagi setiap 1,000 kcal sehari diperlukan untuk mengekalkan paras tiamin di dalam badan orang dewasa.

3.1 Keperluan Tiamin

Jadual 1: Cadangan keperluan Tiamin mengikut umur di Malaysia

Umur (Tahun) Tiamin (mg)Kanak-kanak (lelaki) 1 - 3 0.5

4 - 6 0.67 - 9 0.9

Kanak-kanak (perempuan) 1 - 3 0.54 - 6 0.67 - 9 0.9

Remaja (lelaki) 10 - 12 1.213 - 14 1.2

15 1.216 - 18 1.2

Remaja (perempuan) 10 - 12 1.113 - 14 1.1

15 1.116 - 18 1.1

Dewasa (lelaki) 19 - 29 1.230 - 50 1.251 - 59 1.260 - 65 1.2

> 65 1.2Dewasa (perempuan) 19 - 29 1.1

30 - 50 1.151 - 59 1.160 - 65 1.1

> 65 1.1Mengandung Trimester pertama 1.4

Trimester kedua 1.4Trimester ketiga 1.4

Laktasi 6 bulan pertama 1.56 bulan kedua 1.5

Sumber : Recommended Nutrient Intakes for Malaysia (RNI,2017)

Page 9: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 8

3.1 Sumber

Jadual 2 : Sumber makanan

Sumber Makanan Kandungan Tiamin (mg/100g)

Bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubianGandum 1.86Bijirin (jenama komersial) 1.33Bijirin beras (jenama komersial) 1.25Tepung gandum 0.75Oat 0.46Roti putih 0.42Roti bijirin penuh 0.40Jagung 0.22Ikan, ayam dan dagingEkstrak daging lembu 1.6Daging khinzir 0.85Bacon 0.84Ikan bilis 0.17Daging ayam 0.15Daging lembu 0.10Legum, kekacangBiji bunga matahari 1.48Dhal 1.40Kacang tanah 1.00Kacang soya 0.87Kacang hijau 0.72Biji teratai 0.72Kacang gajus 0.67Kacang kuda 0.45Susu dan produk tenusuSusu isian 0.72Susu tepung formula bayi 0.74Susu tepung penuh krim 0.70Yis 0.75

Sumber : Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2017

Page 10: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 9

4. Etiologi Kekurangan Tiamin

Kekurangan tiamin dalam badan boleh disebabkan oleh;

1. Kekurangan pengambilan dan penyerapan tiamin dari makanan2. Peningkatan penggunaan metabolik tiamin dalam badan3. Kehilangan tiamin4. Kekurangan penyerapan tiamin

4.1 Kekurangan pengambilan

i. Pengambilan diet yang tinggi dengan bijirin diproses (tepung, beras putih, ubi kayu dan sagu) yang mengandungi tiamin yang rendah.

ii. Pengambilan makanan yang tinggi tahap thiaminase (ikan ditapai, sos ikan, ikan air tawar mentah, kerang mentah, paku pakis) dan tinggi anti tiamin (teh, kopi, kobis merah, bit merah, buah pinang) akan menyebabkan tiamin tidak dapat diserap oleh badan.

iii. Pengambilan makanan diproses dan mengandungi bahan pengawet yang tinggi.iv. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang layu (dehidrasi berpanjangan akan

menyebabkan kehilangan tiamin sebanyak 30-50%).v. Pengambilan kalori yang terhad semasa pemulihan selepas rawatan.

4.2. Peningkatan penggunaan metabolik tiamin dalam badan

i. Diet yang tinggi karbohidrat atau pengambilan lemak tepu yang tinggiii. Kehamilan dan penyusuan3

iii. Hipertiroidisme 4,5

iv. Demam - jangkitan yang teruk/sepsis6,7

v. Peningkatan aktiviti fizikalvi. “Refeeding syndrome” (metabolisme karbohidrat bertambah)6,8

4.3. Kehilangan tiamin

i. Cirit-biritii. Pengambilan ubat-ubat diuretik seperti frusemide, Mannitol, acetazolamine,

chlorothiazide, amiloride iii. Dialisis peritonealiv. Hemodialisis 12,13

v. Hyperemesis gravidarum14,15

v. Sisa klorin dan kenaikan suhu dalam air terawat

Page 11: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 10

4.4. Kekurangan penyerapan tiamin

i. Penyakit usus yang kronikii. Alkoholismeiii. Pemakanan tidak seimbangiv. Pembedahan “Bariatric weight-loss”16

v Malabsorption syndrome - Celiac and tropical spruevi. Kekurangan folat - Sebagai contoh, pada pesakit yang menjalani kemoterapi dan

mengambil methotrexate dengan dos yang tinggi. Tiamin berfungsi sebagai koenzim (dalam bentuk tiamin pyrophosphate) dalam pelbagai proses metabolik. Kekurangan folat menyebabkan kekurangan tiamin secara tidak langsung, kerana tiamin tidak boleh diaktifkan.

5. Diagnosa Kekurangan Tiamin

Diagnosa dibuat secara klinikal berdasarkan sejarah pemakanan pesakit yang rendah pengambilan tiamin berserta manifestasi klinikal.

5.1 Gejala-gejala kekurangan tiamin Manifestasi klinikal kekurangan tiamin melibatkan sistem saraf, kardiovaskular dan sistem

penghadaman.

5.1.1 Kesan kekurangan tiamin kepada sistem saraf menyebabkan pesakit mengalami “dry beriberi” dengan gejala seperti :

• Kebas dan lemah anggota badan• Sakit otot betis• Kesukaran untuk berdiri/ berjalan sehingga menyebabkan lumpuh• Memerlukan bantuan untuk berdiri daripada posisi mencangkung

5.1.2 Kesan kekurangan tiamin kepada sistem kardiovaskular pesakit, jika ekstrem adalah seperti gejala lemah jantung “wet beri-beri” seperti :• Bengkak kedua-dua belah kaki• Kesukaran bernafas semasa rehat atau melakukan aktiviti harian• Berdebar-debar• Sakit dada • Mudah penat sewaktu melakukan aktiviti fizikal

5.1.3 Pesakit juga boleh mengalami gejala lain seperti:

• Sembelit• Sakit perut (colicky pains)• Kembung perut• Anoreksia• Loya dan muntah

Page 12: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 11

5.2 Tanda-tanda klinikal bagi kes disyaki kekurangan tiamin di kalangan orang dewasa

Jadual 3 : Sistem organ yang terlibat dalam kekurangan tiamin bagi dewasa

Sistem Tanda Kekurangan Tiamin

Kardiovaskular Tanda-tanda kegagalan jantung (ankle edema, tachycardia, tachypnea, cardiomegaly, lungs -crepitations)

Saraf Polyneuritis (autonomic, sensory & motor)Paraesthesia & hyperaesthesiaLoss of ankle & knee jerk with muscle wastingParalysis (typically wrist and/or foot drop)

Mata Mata juling (amblyopia)Sistem penghadaman Perut kembung & sakit

5.3 Lain-lain Manifestasi Klinikal Manifestasi klinikal kekurangan tiamin melibatkan sistem saraf, kardiovaskular dan sistem

penghadaman.

5.3.1 Wernicke-Korsakoff Syndrome

Ia berlaku terutamanya pada penagih alkohol, di mana separuh daripada mereka mengidap ‘liver cirrhosis’. Ia sering berlaku secara mendadak apabila pesakit kekurangan tiamin mengambil glukosa (karbohidrat) yang tinggi. Jika tidak dirawat, kadar kematian adalah tinggi. Penagih alkohol kronik juga boleh mengalami gejala ini, jika mereka mempunyai masalah kekurangan enzim transketolase.

5.3.2 Beriberi di kalangan bayi (infantile beriberi)

Beriberi bayi berlaku pada bayi yang berumur 2-4 bulan yang hanya minum susu ibu di mana ibunya mengalami kekurangan tiamin1,17,18.

5.3.2.1 Tanda-tanda klinikal bayi (kurang dari 1 tahun) kekurangan tiamin

a. Pure cardiologic or pernicious form Bayi menunjukkan tanda-tanda kekurangan oksigen (cyanosis) dan

serangan jantung akut (Acute heart failure). Bayi biasanya mati dalam masa 2 hingga 4 jam jika tidak dirawat. Gejala ini selalunya melibatkan bayi dalam usia 1 hingga 3 bulan. Ia telah dilaporkan bahawa bayi yang menunjukkan gejala sebegini pulih dengan segera apabila diberi rawatan tiamin.

b. Aphonic form Gejala ini adalah lebih ringan dan menyebabkan kehilangan suara

disebabkan oleh lumpuh pita suara kerana neuritis. Ini lebih kerap berlaku kepada bayi berusia 4 hingga 6 bulan.

Page 13: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 12

c. Pseudo meningitic form Bayi yang berusia 7-9 bulan, khususnya, boleh menunjukkan gejala

seakan-akan bacterial meningitis, contohnya ketegangan leher dan tanda-tanda lain yang menunjukkan iritasi (kerengsaan) meningeal disertai dengan muntah, sawan dan berpeluh.

Infantile beriberi harus disyaki di kalangan populasi sekiranya terdapat insiden kematian bayi yang tinggi dalam lingkungan umur 2 hingga 5 bulan.

6. Kategori kes Kekurangan Tiamin

6.1 Kes Ringan Neuropati periferi sahaja (numbness, tingling, burning)

6.2 Kes Teruk Tanda-tanda kegagalan fungsi jantung : edema, kesukaran bernafas Lemah anggota badan bersama neuropati periferi Ataksia, lumpuh ± demam, tidak sedar, muntah, ketidakupayaan sensori (mata, pendengaran)

7. Ujian makmal

Ujian makmal bukanlah satu tindakan yang praktikal untuk dilakukan, kerana jika pesakit bertindak balas dengan rawatan tiamin, selamat untuk mengatakan beliau kekurangan tiamin. Ia menjimatkan masa dan kos rawatan.

Ujian makmal yang dibuat untuk mengetahui status tiamin adalah dengan mengukur aktiviti

erythrocyte transketolase (ETKA) dan kesan tiamin pyrophosphate (TPPE). Pengukuran paras tiamin dalam plasma darah tidak selari dengan paras dalam tisu badan.

Kriteria diagnostik biokimia untuk kekurangan tiamin :erythrocyte transketolase activity (ETKA) kurang (normal 42.1-86.1 mF/litre/min)kandungan tiamin pyrophosphate (TPP) rendah (1).

Keputusan ujian tiamin

ETKA TPP Level Rembesan tiamin air kencing 24 jam

Normal 42.1-86.1 mF/litre/min

40-60 Fg / hari

Kekurangan tiamin <116 nmol/L(1) < 25 Fg / hari

Jadual 4 : Keputusan ujian tiamin

Page 14: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 13

8. Rawatan Kekurangan Tiamin 8.1 Matlamat Rawatan Kekurangan Tiamin Matlamat rawatan kekurangan tiamin adalah bagi meningkatkan paras tiamin, mengurangkan

morbiditi dan mencegah komplikasi termasuk kematian.

8.2 Pendekatan umum bagi rawatan kekurangan tiamin untuk pesakit dewasa

(i) Rawatan pemberian tiamin merupakan langkah awal yang praktikal. Sekiranya pesakit bertindak balas kepada rawatan, ia adalah selamat untuk menganggap bahawa pesakit mengalami kekurangan tiamin. Ini dapat menjimatkan masa rawatan dan mengurangkan kos dalam ujian diagnostik.

(ii) Tiamin semula jadi atau tiamin hidroklorid (‘injectable’) yang larut air tidak memberikan

kesan toksik kepada seseorang dengan fungsi buah pinggang yang normal walaupun diberikan dalam paras yang tinggi. Walau bagaimanapun pemberian tiamin sintetik dalam bentuk tiamin mononitrat boleh menyebabkan alahan, masalah buah pinggang dan ketidaksuburan.

(iii) Pemberian tiamin secara parenteral adalah perlu dalam kes-kes yang disyaki kekurangan tiamin yang serius. Tempoh rawatan bergantung kepada gejala kekurangan tiamin dan diteruskan sehingga semua tanda-tanda telah hilang.

(iv) Rawatan yang komprehensif bagi pesakit kekurangan tiamin termasuk rujukan kepada klinik ketagihan alkohol atau klinik psikiatri dan kumpulan sokongan berhenti alkohol. Penguatkuasaan juga sangat penting bagi memastikan penjualan alkohol secara haram tidak berlaku.

(v) Ujian makmal bagi paras aktiviti tiamin diphosphate adalah diperlukan bagi pesakit yang relaps atau tidak patuh kepada rawatan semasa rawatan susulan.

(vi) Pesakit kekurangan tiamin dengan komplikasi kardiovaskular memerlukan pemantauan dan rawatan sokongan fungsi jantung bagi mengelakkan kegagalan jantung semasa rawatan.

(vii) Pesakit kekurangan tiamin memerlukan penjagaan yang rapi terutamanya ibu hamil, ‘advance cardiomyopathy’, ‘hipertiroidisme’ dan ‘malabsorpsi’ usus.

(viii) Pendidikan kesihatan yang berterusan mesti diberikan kepada mereka yang berisiko.

Page 15: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 14

8.3 Rawatan Farmakoterapi Kekurangan Tiamin

Jadual 5 : Rawatan farmakoterapi, merujuk kepada formulari ubat KKM 2016 dan ‘WHO Guideline on Thiamine deficiency’, 1999.

Indikasi Nama ubat Dos

Kekurangan Tiamin Ringan dan kronik

Tiamin Mononitrate 3mg dan 10mg Tablet

Tiamin Mononitrate 3mg dan 10mg Tablet

Rawatan pesakit dengan Sindrom kekurangan tiamin teruk termasuk beri-beri dan pellagra dengan peripheral neuritis

• Suntikan Tiamin HCl 100 mg/ml

• Tiamin Mononitrate 3mg dan 10mg Tablet

IV/IM 200- 300 mg setiap hari selama 7 hari, diikuti oleh oral 3 - 5mg sekurang-kurangnya enam minggu.

Sindrom Wernicke-Korsakoff

• Suntikan Tiamin HCl 100 mg/ml

• Tiamin Mononitrate 3/10 mg Tablet

IV 500 mg setiap 8 jam selama 2 hari, diikuti 100 mg 2 kali sehari sehingga pesakit boleh mengambil secara oral, 3-5mg sekurang-kurangnya enam minggu.

Kanak-kanak dengan kekurangan tiamin

Tiamin Mononitrate 3/10 mg Tablet

Oral 10-50mg sehari dalam beberapa dos

Infantile Beriberi Suntikan Tiamin HCl 100 mg/ml

10-25 mg IV/IM sehari (jika kritikal) atau Oral 10-50mg sehari dalam beberapa dos selama 2 minggu, kemudian oral 5-10mg/sehari selama 1 bulan

Di kalangan bayi yang kekurangan tiamin dan orang dewasa dengan gejala kardiovaskular, bertindak balas kepada rawatan dalam masa beberapa jam sahaja. Manakala bagi mereka yang mengalami masalah neuropati, tindak balas agak lambat. Bagi gejala okular dalam Sindrom Wernicke, dengan pemberian dos tiamin yang tinggi juga menunjukkan respon yang segera, dalam masa beberapa jam sahaja. Bagi majoriti pesakit dengan gejala psikosis dalam Sindrom Korsakoff pula, respon adalah lebih perlahan dan tidak sepenuhnya. (Feldman, 1988).

Page 16: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 15

9. Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan

9.1 Polisi operasi

a) Setiap penghuni yang masuk ke institusi tahanan akan disaring jika mempunyai masalah kekurangan tiamin.

b) Penghuni yang mempunyai gejala akan diberi rawatan.

c) Program pencegahan kekurangan tiamin dijalankan serentak dengan memastikan penyediaan diet yang cukup tiamin dan pemberian suplemen jika perlu.

9.2 Proses kerja

Jadual 6 : Proses kerja pesakit kekurangan tiamin di institusi tahanan

Proses Aktiviti Pegawai bertanggungjawabSaringan Sejarah sesak nafas, bengkak kaki dan

gejala neuropati seperti kebas , tingling, panas

Jika tiada gejala seperti di atas – pemberian vitamin BCo sebagai pencegahan

Staf institusi tahanan

Penilaian lanjut Tanda dan gejala kegagalan jantung- sesak nafas- bengkak kaki- batuk- cepat penat- nadi – laju atau ‘irregular’

Tanda dan gejala kerosakan saraf- lemah anggota badan - neuropati periferi- ataksia, lumpuh- ketidakupayaan sensori

(penglihatan, pendengaran)

PPP

Membuat diagnosa

Ringan – peripheral neuropatiTeruk – kegagalan jantung neuropati teruk

PPP

Rawatan Ringan – rujuk Jadual 4Teruk – rujuk hospital

PPP

Penilaian semula

Sembuh – pemberian BCo sebiji sehari

Tidak sembuh :Ringan – rujuk KK untuk penilaian lanjutTeruk – rujuk hospital

PPP

Page 17: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 16

9.3 Carta alir pengendalian penghuni di Institusi Tahanan

Page 18: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 17

9.4 Pencegahan Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan Melalui Pemakanan

Cara yang paling berkesan untuk mencegah kekurangan mikronutrien, termasuk kekurangan tiamin, ialah dengan mengambil diet yang mengandungi pelbagai jenis makanan terutamanya makanan segar. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan cadangan menu untuk digunapakai di depoh tahanan dan penjara.

9.4.1 Menu di Depoh Tahanan

Cadangan menu di depoh tahanan telah disediakan pada tahun 2011 seperti di Lampiran 1. Walau bagaimanapun, penggunaan menu ini adalah tertakluk kepada pelaksanaan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

9.4.2 Menu di Penjara

Menu di penjara mengguna pakai cadangan skala diet berdasarkan Jadual Pertama, Peraturan Penjara 2000 di bawah Akta Penjara 1995 (Lampiran 2).

9.4.3 Menu di Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC)

Pemilihan menu di CCRC ditetapkan oleh pihak CCRC sendiri.

9.4.4 Panduan Pemakanan di Institusi Tahanan

Bagi mengurangkan kehilangan tiamin di dalam masakan, penyedia makanan disarankan mengikut panduan penyediaan makanan seperti di bawah :

a) Pilih bahan mentah yang segar.

b) Sediakan pelbagai sumber makanan termasuk kekacang dan sayur.

c) Cuci beras hanya sebanyak 1 - 2 kali bagi tujuan membuang habuk dan bahan asing dalam beras.

d) Basuh sayur-sayuran dengan bersih sebelum dipotong.

e) Pendekkan masa untuk memasak sayur, gunakan cara memasak goreng ringkas (stir-fried). Memasak pada suhu yang tinggi untuk masa yang singkat adalah lebih baik.

f) Tutup periuk dengan penutup untuk memendekkan masa memasak.

g) Gunakan sedikit (minimum) air untuk memasak sayur.

h) Hidangkan makanan sebaik sahaja siap dimasak.

Page 19: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 18

9.5 Pencegahan Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan Melalui Suplemen

9.5.1 Pemberian Suplemen Tiamin

Tiamin boleh didapati dalam pelbagai suplemen atau makanan tambahan. Suplemen tiamin di pusat tahanan perlu diberi sebagai rawatan terapeutik bagi mengatasi masalah kekurangan tiamin.

Pemberian suplemen tiamin diberi kepada OKT yang dikenal pasti mengalami kekurangan tiamin. Dos tiamin yang disarankan dan pengendalian pesakit adalah seperti di perenggan 8.2 dan 8.3.

Untuk memastikan penyerapan tiamin yang lebih baik dalam badan, elakkan menghidang minuman kopi atau teh bersama suplemen. Tannin yang terdapat dalam minuman kopi dan teh boleh menghalang penyerapan tiamin dalam badan.

9.5.2 Pemberian Suplemen Vitamin BCo

Pemberian suplemen BCo perlu diberi kepada OKT yang tidak mengalami gejala kekurangan tiamin sebagai rawatan profilaksis bagi mencegah berlakunya gejala kekurangan tiamin di institusi tahanan.

Suplemen vitamin BCo diberikan setiap hari semasa sarapan pagi atau makan tengahari. Untuk memastikan penyerapan tiamin yang lebih baik dalam badan, elakkan menghidang minuman kopi atau teh bersama suplemen. Tannin yang terdapat dalam minuman kopi dan teh boleh menghalang penyerapan tiamin dalam badan.

Pemberian vitamin BCo perlu diteruskan setiap hari, walau bagaimanapun ia bergantung kepada situasi semasa di institusi berkenaan.

Page 20: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 19

Jadual 7 : Pegawai yang bertanggungjawab dalam memberi suplemen

Bil Institusi Pegawai Bertanggungjawab

1 Depoh tahanan sementara

• Penolong Pegawai Perubatan (pos kader)

• Pegawai Imigresen yang sudah dilatih

2. CCRC• Penolong Pegawai Perubatan (pos kader)

• Petugas CCRC yang dilatih

3. Penjara

Anggota kader sedia ada (Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Farmasi)Pegawai Penjara yang dilatih

10. Kesimpulan Masalah kekurangan tiamin yang berlaku berulang kali di institusi tahanan di Malaysia boleh

dicegah dengan diet dan suplemen. Sekiranya berlaku juga, rawatan pemberian tiamin merupakan langkah awal yang praktikal. Ia selamat dan menjimatkan masa rawatan serta mengurangkan kos dalam ujian diagnostik. Rawatan awal juga boleh mencegah komplikasi termasuk kematian. Pendidikan kesihatan yang berterusan perlu diberikan kepada mereka yang berisiko.

Page 21: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 20

Rujukan :

1. Sae-lew IN. Outbreak, Surveillance and Investigation Reports. 2013. http://apps.who.int/iris/bitstream/10665/66139/1/WHO_NHD_99.13.pdf

2. Vimokesant SL, Hilker DM, Nakornchai S, Rungruangsak K, Dhanamitta S et al. Effects of betel nut and fermented fish on the thiamin status of northeastern Thais. Am J Clin Nutr 1975;28:1458-1463

3. McGready R, Simpson JA, Cho T, et al. Postpartum tiamin deficiency in a Karen displaced population. Am J Clin Nutr 2001;74:808–13.

4. Braverman LE, Utiger RD. Werner and Ingbar’s The Thyroid: A Fundamental and Clinical Text. 7th ed. Baltimore, Md: Lippincott Williams & Wilkins; 1996. 694, 864

5. Jindahra P, Deithevaporn C, Komindr S, Songchitsomboon S, Witoonpanich R. Polyneuropathy from thiamin deficiency associated with thyrotoxicosis. J Med Assoc Thai 2005;88:1438-41

6. Sriram K, Manzanares W, Joseph K. Tiamin in nutrition therapy. Nutr Clin Pract 2012; 27:41-50

7. Krishna S, Taylor AM, Supanaranond W, Pukrittayakamee S, Kuile F, Tawfiq JM, Holloway PAH, White NJ. Tiamin deficiency and malaria in adults from south east Asia. Lancet 1999;353:546-9

8. Maiorana A, Vergine G, Coletti V, Luciani M, Rizzo C, Emma F, Dionisi-Vici C. Acute tiamin deficiency and refeeding syndrome: Similar findings but different pathogenesis. Nutrition 2014;30:948-952

9. Sica DA. Loop diuretic therapy, tiamin balance, and heart failure. Congest Heart Fail 2007; 13:244-7

10. Hanninen SA, Darling PB, Sole MJ, et al. The prevalence of thiamin deficiency in hospitalized patients with congestive heart failure. J Am Coll Cardiol 2006; 47:354-61

11. Wooley, JA. Characteristics of thiamin and its relevance to the management of heart failure. Nutr Clin Pract 2008; 23:487-93

12. Wiesen P, Van Overmeire L, Delanaye P, Dubois B, Preiser JC. Nutrition disorders during acute renal failure and renal replacement therapy. J Parenter Enteral Nutr 2011; 35:217-22

13. Ueda K, Takada D, Mii A, Tsuzuku Y, Saito SK, Kaneko T, Utsumi K, Lino Y, Katayama T. Severe tiamin deficiency resulted in Wernicke’s encephalopathy in a chronic dialysis patient. Clin Exp Nephrol 2006;10:290-3

14. Indraccolo U, Gentile G, Pomili G, et al. Tiamin deficiency and beriberi features in a patient with hyperemesis gravidarum. Nutrition 2005; 21:967-8.

15. Anaforoglu I, Yildiz B, Incecayir O, Algun E. A woman with thyrotoxicosis – hyperemesis gravidarum-associated Wernicke’s encephalopathy. Neuro Endocrinol Lett 2012;33:285-9

16. Aasheim ET, Bjorkman S, Sovik TT, et al. Vitamin status after bariatric surgery: a randomized study of gastric bypass and duodenal switch. Am J Clin Nutr 2009;90:15-22

17. Rao SN, Mani S, Madap K, et al. High prevalence of infantile encephalitic beriberi with overlapping features of Leigh’s disease. J Trop Pediatr 2008;54:328-32

18. Fattal-Valevski A, Azouri-Fattal I, Greenstein YJ, et al. Delayed language development due to infantile tiamin deficiency. Dev Med Child Neurol. 2009;51:629-34.

Page 22: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 21

19. Fattal-Valevski A, Kesler A, Sela B, Nitzan-Kaluski D, Rotstein M et al. Outbreak of Life-Threatening Tiamin Deficiency in Infants in Israel caused by a Defective Soy-Based Formula. Pediatrics 2005;115:e233-8

20. MOH. 2005. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. Malaysia: National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia.

21. WHO. 1999. Tiamin Deficiency And Its Prevention And Control In Major Emergencies. Geneva: World Health Organization.

22. Said HM. Tiamin. In: Coates PM, Betz JM, Blackman MR, et al., eds. Encyclopedia of Dietary Supplements. 2nd ed. London and New York: Informa Healthcare; 2010:748-53

23. Aguilar F, Charrondiere UR, Dusemund B, Galtier P, Gilbert J, Gott DM, et al. BenfoTiamin, Tiamin monophosphate chloride and Tiamin pyrophosphate chloride, as sources of vitamin B1 added for nutritional purposes to food supplements: Scientific Opinion of the Panel on Food Additives and Nutrient Sources added to Food (ANS). EFSA J 2008;864:1-31.

24. National Institutes of Health. Dietary Supplement Label Database. 2014.

25. Dieu-Thu Nguyen-Khoa et a. Beri-Beri (Thiamine Deficiency). July 2016 [Medscape]. 26. Elizabeth Thatcher. The Side Effects of Thiamine Mononitrate. August 16, 2013. [LIVESTRONG.

COM]

27. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2005*

Page 23: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 22

HIDANGAN MAKANAN KUANTITI/ BERAT TENAGA (kcal)

Sarapan

Pagi

Roti Putih

Marjerin

Susu

Air Kosong

4 keping (120g)

1 sudu teh (5g)

1 cawan (200ml)

1 gelas (250ml)

288

37

141

0

Makan

Tengahari

Nasi Putih

Tauhu Goreng Bersambal

Kacang Panjang Masak Lemak Cili Padi

Tembikai

Air Kosong

6 senduk (300g)

2 ketul (200g)

2 senduk (100g)

1 potong (150g)

1 gelas (250ml)

390

300

83

42

0

Minum

Petang

Biskut Marie

Marjerin

Teh ‘O’

Air Kosong

6 keping (30g)

1 sudu teh (5g)

1 cawan (200g)

1 gelas (250ml)

186

37

20

0

Makan Malam Nasi Putih

Masak Asam Pedas Ikan Selar dan

Bendi

Tembikai

Air Kosong

6 senduk (300g)

1 ekor (120g)

2 senduk (100g)

1 potong (150g)

1 gelas (250ml)

390

79

31

42

0

LAMPIRAN 1

MENU DEPOH TAHANAN SEMENTARAISNIN

Tenaga Karbohidrat Protein Kalsium Serat Tiamin (B1) Vit. C Vit. A Lemak

2083 kcal 340.6 g 64.7 g 699.0 mg 10.7 g 1.53 mg 69.7 mg 2067.0 µg 46.1 g

KANDUNGAN NUTRIEN HARIAN

Page 24: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 23

HIDANGAN MAKANAN KUANTITI/ BERAT TENAGA (kcal)

Sarapan

Pagi

Roti Putih

Marjerin

Susu

Air Kosong

4 keping (120g)

1 sudu teh (5g)

1 cawan (200ml)

1 gelas (250ml)

288

37

140

0

Makan

Tengahari

Nasi Putih

Ikan Cencaru Goreng Sambal

Sup Bayam

Betik

Air Kosong

6 senduk (300g)

1 ekor (120g)

2 senduk (100g)

1 potong (150g)

1 gelas (250ml)

390

256

43

52

0

Minum

Petang

Biskut Krim Kraker

Kopi ‘O’

Air Kosong

2 paket (3 keping/

paket)

1 cawan (200ml)

1 gelas (250ml)

204

40

0

Makan Malam Nasi Putih

Ayam dan Ubi Kentang Masak Kurma

Kubis Cina Goreng

Pisang Berangan

Air Kosong

6 senduk (300g)

1 ketul (120g)

2 senduk (100g)

2 biji (150g)

1 gelas (250ml)

390

210

100

156

0

MENU DEPOH TAHANAN SEMENTARASELASA

Tenaga Karbohidrat Protein Kalsium Serat Tiamin (B1) Vit. C Vit. A Lemak

2313 kcal 357.1 g 84.3 g 628.2 mg 7.3 g 1.10 mg 136.1 mg 1960.2 µg 60.3 g

KANDUNGAN NUTRIEN HARIAN

Page 25: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 24

MENU DEPOH TAHANAN SEMENTARARABU

HIDANGAN MAKANAN KUANTITI/ BERAT TENAGA (kcal)

Sarapan Pagi Roti Putih

Marjerin

Susu

Air Kosong

4 keping (120g)

1 sudu teh (5g)

1 cawan (200ml)

1 gelas (250ml)

288

37

140

0

Makan Tengahari

Nasi Putih

Daging Goreng Berlada

Sawi Putih Tumis Air

Pisang Berangan

Air Kosong

6 senduk (300g)

5 ketul (120g)

2 senduk (100g)

2 biji (150g)

1 gelas (250ml)

390

127

30

156

0

Minum Petang Biskut Marie

Kopi ‘O’

Air Kosong

2 paket (6 keping)

1 cawan (200ml)

1 gelas (250ml)

186

20

0

Makan Malam Nasi Putih

Ikan Kembung Goreng

Kubis Bulat Masak Lemak

Pisang Berangan

Air Kosong

6 senduk (300g)

1 ekor (120g)

2 senduk (100g)

2 biji (150g)

1 gelas (250ml)

390

329

76

156

0

Tenaga Karbohidrat Protein Kalsium Serat Tiamin (B1) Vit. C Vit. A Lemak

2327 kcal 388.0 g 87.7 g 505.1 mg 4.1 g 1.14 mg 141.3 mg 2032.2 µg 46.9 g

KANDUNGAN NUTRIEN HARIAN

Page 26: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 25

MENU DEPOH TAHANAN SEMENTARAKHAMIS

HIDANGAN MAKANAN KUANTITI/ BERAT TENAGA (kcal)

Sarapan

Pagi

Roti Putih

Marjerin

Susu

Air Kosong

4 keping (120g)

1 sudu teh (5g)

1 cawan (200ml)

1 gelas (250ml)

288

37

140

0

Makan

Tengahari

Nasi Putih

Ikan Selar Goreng Kicap

Kangkong Goreng

Tembikai Susu

Air Kosong

6 senduk (300g)

1 ekor (120g)

2 senduk (100g)

1 potong (150g)

1 gelas (250ml)

390

188

132

53

0

Minum

Petang

Biskut Krim Kraker

Kopi ‘O’

Air Kosong

2 paket (3 keping/

paket)

1 cawan (200ml)

1 gelas (250ml)

204

40

0

Makan Malam Nasi Putih

Sup Ayam Berkentang

Taugeh dan Tauhu Goreng

Betik

Air Kosong

6 senduk (300g)

1 ketul (120g)

2 senduk (100g)

1 potong (150g)

1 gelas (250ml)

390

148

77

52

0

Tenaga Karbohidrat Protein Kalsium Serat Tiamin (B1) Vit. C Vit. A Lemak

2196 kcal 339.6 g 78.4 g 827.2 mg 7.5 g 1.13 mg 160.6 mg 726.4 µg 58.7 g

KANDUNGAN NUTRIEN HARIAN

Page 27: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 26

MENU DEPOH TAHANAN SEMENTARAJUMAAT

HIDANGAN MAKANAN KUANTITI/ BERAT TENAGA (kcal)

Sarapan

Pagi

Roti Putih

Marjerin

Susu

Air Kosong

4 keping (120g)

1 sudu teh (5g)

1 cawan (200ml)

1 gelas (250ml)

288

37

140

0

Makan

Tengahari

Nasi Putih

Masak Tom Yam Ayam

Lobak Merah

Nenas

Air Kosong

6 senduk (300g)

1 mangkuk (120g)

2 senduk (100g)

1 potong (150g)

1 gelas (250ml)

390

74

35

68

0

Minum

Petang

Biskut Marie

Teh ‘O’

Air Kosong

6 keping (30g)

1 cawan (200ml)

1 gelas (250ml)

186

20

0

Makan Malam Nasi Putih

Telur Masak Lemak

Kangkung Goreng

Tembikai Susu

Air Kosong

6 senduk (300g)

2 biji (150g)

2 senduk (100g)

1 potong (150g)

1 gelas (250ml)

390

233

132

53

0

Tenaga Karbohidrat Protein Kalsium Serat Tiamin (B1) Vit. C Vit. A Lemak

2047 kcal 340.8 g 63.5 g 704.3 mg 6.5 g 1.42 mg 87.3 mg 1753.1 µg 48.6 g

KANDUNGAN NUTRIEN HARIAN

Page 28: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 27

MENU DEPOH TAHANAN SEMENTARASABTU

HIDANGAN MAKANAN KUANTITI/ BERAT TENAGA (kcal)

Sarapan Pagi Roti Putih

Marjerin

Susu

Air Kosong

4 keping (120g)

1 sudu teh (5g)

1 cawan (200ml)

1 gelas (250ml)

288

37

140

0

Makan Tengahari

Nasi Putih

Daging Masak Kurma

Bayam Goreng

Tembikai

Air Kosong

6 senduk (300g)

5 ketul (120g)

2 senduk (100g)

1 potong (150g)

1 gelas (250ml

390

183

138

42

0

Minum Petang Biskut Krim Kraker

Kopi ‘O’

Air Kosong

2 paket (3 keping/paket)

cawan (200ml)

1 gelas (250ml)

204

40

0

Makan Malam Nasi Putih

Ikan Pelata Goreng Bersambal

Bayam Tumis Air

Pisang Berangan

Air Kosong

6 senduk (300g)

1 ekor (120g)

2 senduk (100g)

2 biji (150g)

1 gelas (250ml)

390

239

43

156

0

Tenaga Karbohidrat Protein Kalsium Serat Tiamin (B1) Vit. C Vit. A Lemak

2344 kcal 365.1 g 76.4 g 748.5 mg 12.8 g 1.10 mg 41.5 mg 2444.4 µg 63.7 g

KANDUNGAN NUTRIEN HARIAN

Page 29: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 28

MENU DEPOH TAHANAN SEMENTARAAHAD

HIDANGAN MAKANAN KUANTITI/ BERAT TENAGA (kcal)

Sarapan Pagi Roti Putih

Marjerin

Susu

Air Kosong

4 keping (120g)

1 sudu teh (5g)

1 cawan (200ml)

1 gelas (250ml)

288

37

140

0

Makan Tengahari

Nasi Putih

Masak Kari Ayam dan

Ubi Kentang

Pisang Berangan

Air Kosong

6 senduk (300g)

5 ketul (120g)

2 senduk (100g)

2 biji (150g)

1 gelas (250ml)

390

183

138

156

0

Minum Petang Biskut Marie

Marjerin

Kopi ‘O’

Air Kosong

6 keping (30g)

1 sudu teh (5g)

1 cawan (200ml)

1 gelas (250ml

186

37

40

0

Makan Malam Nasi Putih

Tempe dan Ikan Bilis Goreng

Kacang Panjang Masak Lemak

Betik

Air Kosong

6 senduk (300g)

2 senduk (120g)

2 senduk (100g)

1 potong (150g)

1 gelas (250ml)

390

281

83

52

0

Tenaga Karbohidrat Protein Kalsium Serat Tiamin (B1) Vit. C Vit. A Lemak

2428 kcal 379.4 g 88.3 g 717.2 mg 8.0 g 1.12 mg 153.7 mg 1151.1 µg 61.8 g

KANDUNGAN NUTRIEN HARIAN

Page 30: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 29

LAMPIRAN 2JADUAL PERTAMA(Peraturan 60 dan 66)

Beras (kurang ceruh) 300 g bagi setiap hari

Garam 6 g bagi setiap hari

Minyak sawit 25 g bagi setiap hari

Daging lembu atau kambing atau ikan kering atau ikan hidup

130 g bagi setiap hari

ATAU Ayam 170 g bagi setiap hari

ATAU Telur 2 biji dua kali seminggu

Sayur berdaun 160 g bagi setiap hari

Sayur buah 200 g bagi setiap hari

Roti 200 g bagi setiap hari

Teh 50 g untuk 8 orang (bagi setiap hari)

Kopi atau coklat 80 g untuk 10 orang (bagi setiap hari)

Gula 30 g bagi satu hari

Marjerin 20 g bagi setiap hari

Jem/Kaya 30 g bagi setiap hari

Susu tepung penuh krim 20 g bagi setiap hari

Pisang 2 biji bagi setiap hari

ATAU Betik/Nenas 150 g bagi setiap hari

ATAU Limau 150 g bagi setiap hari

1. DIET HARIAN BAGI SETIAP BANDUAN

Cacatan : Sayur buah tidak termasuk labu air dan petola.

Page 31: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PESAKIT KEKURANGAN …

Garis Panduan Pengendalian Pesakit Kekurangan Tiamin di Institusi Tahanan 30

Kacang dal 10 g bagi setiap orang (2 kali seminggu)

Tow Choo 2 g setiap orang

Bawang 5 g setiap orang

Bawang (merah) 1 g bagi setiap orang

Halia 1 g bagi setiap orang

Bawang putih 1 g bagi setiap orang

Serbuk lada 1 g bagi setiap orang

Asam jawa 4 g setiap orang

Cuka 2 g setiap orang

Belacan 1 g setiap orang

Cili kering 1 g setiap orang

Serbuk cili 1 g setiap orang

Serbuk kunyit 2 g setiap orang

Rempah kari 2 g setiap orang

Kicap cair 2 g setiap orang

Kicap pekat 2 g setiap orang

2. RANSUM KHAS MENGIKUT MENU SAHAJA