· web viewsabda rasulullah saw yang diriwayatkan oleh ibnu majah daripada abu umamah ra: m...

15
“ERTI KEMENANGAN DI IDUL FITRI(25 Jun 2017 / 01 Syawal 1438) MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru hadirin yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Di pagi lebaran yang indah ini khatib akan menyampaikan khutbah bertajuk: Erti Kemenangan di Idul Fitri . 1

Upload: dotruc

Post on 14-Jul-2019

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · Web viewSabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Umamah RA: M afhumnya: “Daripada Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa mengerjakan

“ERTI KEMENANGAN DI IDUL FITRI”(25 Jun 2017 / 01 Syawal 1438)

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru hadirin yang dikasihi sekalian,

marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan

bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan

segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat keberkatan di

dunia dan di akhirat. Di pagi lebaran yang indah ini khatib akan menyampaikan

khutbah bertajuk: “Erti Kemenangan di Idul Fitri”.

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

1

Page 2:  · Web viewSabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Umamah RA: M afhumnya: “Daripada Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa mengerjakan

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT atas limpahan rahmat-Nya

dapat kita berhimpun sekali lagi di rumah-Nya bagi merayakan Idul Fitri. Hari

ini adalah hari kemenangan buat umat Islam kerana berjaya menjalani ibadah

puasa di bulan Ramadhan.

Semoga matlamat puasa Ramadhan yang ditetapkan dahulu benar-benar

menjadikan kita insan yang bertakwa dan terus kekal dalam golongan Muttaqin

seterusnya beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT dalam

Surah Ali Imran ayat 133:

﴾ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ﴿Maksudnya: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Sebulan lalu kita telah melalui suatu proses kerohanian yang cukup mencabar

jasmani dan rohani. Ia tidak lain adalah untuk melatih dan mendidik hawa nafsu

kita dalam pelbagai aspek kehidupan seperti cinta kepada makanan, harta, nafsu

syahwat, hiburan dan seumpamanya.

Hari ini 1 Syawal pula menjelma di mana cabarannya adalah lebih hebat

iaitu bagaimana kita mahu mengekal dan mempertahankan prestasi kejayaan

Ramadhan ini sehingga di takdirkan bertemu semula dengannya pada tahun

akan datang. Oleh itu, amat penting sekali kita mengisi permulaan Syawal ini

dengan amalan soleh menuruti sunnah Rasulullah SAW.

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Ketakwaan seseorang yang beriman setelah melalui proses pembersihan jiwa

sepanjang Ramadhan adalah dinilai melalui keazaman, kesungguhan atau

2

Page 3:  · Web viewSabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Umamah RA: M afhumnya: “Daripada Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa mengerjakan

istiqamahnya dalam melaksanakan segala titah perintah Allah SWT selepas

berakhirnya Ramadhan.

Malang sekali sekiranya umat Islam sendiri yang diseru supaya bertakwa

tidak pernah peduli untuk faham apakah yang dimaksudkan dengan takwa. Para

ulama termasuk beberapa sahabat Nabi SAW telah menerangkan takwa dengan

pelbagai cara dan makna bagi membantu umat Islam untuk merealisasikannya.

Takwa menurut tafsiran Saidina Ali R.A misalnya direalisasikan di

dalam empat perkara iaitu (takut kepada Allah),

(beramal dengan perintah Allah), (redha dengan yang sedikit) dan

(bersedia untuk hari kematian). Yang jelas, pencarian takwa itu tidak ada noktahnya.

Secara praktikalnya, apa yang dimaksudkan oleh Saidina Ali R.A itu

menuntut keyakinan Akidah yang sahih, amalan Syariah yang benar, kebersihan

hati atas Thoriqoh Nabawiyah dan hasil gabungan ke semua tonggak Islam iaitu

Iman, Islam dan Ihsan secara besepadu. Oleh itu, berdustalah seseorang muslim

atas seruan dan dakwaan takwanya jika dia sendiri tidak mahu mempertahankan

Akidah yang sahih yang diwarisi daripada Rasulullah SAW semata-mata

mengambil hati orang kafir dan memenangi sokongan mereka. Firman Allah

SWT di dalam Surah An-Nisa ayat 138-139:

Maksudnya: “Sampaikanlah khabar berita kepada orang munafik bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman dengan meninggalkan orang yang beriman. Tidaklah patut mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan itu semuanya ialah milik Allah.”

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

3

Page 4:  · Web viewSabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Umamah RA: M afhumnya: “Daripada Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa mengerjakan

Selain keteguhan akidah, setiap amalan yang dilakukan juga hendaklah ikhlas

kerana Allah SWT dan berterusan. Sifat ini lebih disukai oleh Allah SWT dan

mereka adalah orang-orang yang berjaya. Firman Allah SWT dalam Surah an

Nur ayat 52:

Maksudnya: “Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.”

Namun, kemenangan kita di Idul Fitri ini tidak bermakna seolah-olah kita

berpesta meraikan pemergian Ramadhan. Perayaan ini adalah simbolik tanda

kesyukuran kita di atas mujahadah yang dilakukan selama sebulan lalu di

samping bermuhasabah dengan melaungkan takbir dan tahmid tanda keinsafan.

Paling penting, kita hendaklah memelihara konsistensi dalam

mengamalkan segala kebaikan dan bersungguh-sungguh meninggalkan

keburukan supaya tiada ruang lagi buat syaitan dan nafsu jahat memisahkan

antara hak dan batil. Sesunggunya, hati yang telah diasuh dengan erti keikhlasan

dan disucikan daripada kekotoran dosa akan dihidupkan oleh Allah SWT

kembali kepada fitrah. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu

Majah daripada Abu Umamah RA:

Mafhumnya: “Daripada Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu.”

Ya, pada hari kiamat nanti golongan yang beriman dan beramal soleh,

dikurniakan oleh Allah SWT dengan hati yang hidup iaitu dalam keadaan

bahagia dan gembira kerana di beri balasan yang baik dan keredhaan di sisi

4

Page 5:  · Web viewSabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Umamah RA: M afhumnya: “Daripada Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa mengerjakan

Allah SWT. Sebaliknya, golongan yang kufur ingkar, hatinya mati iaitu dalam

keadaan hampa dan kecewa kerana mendapat kemurkaan dan ditimpakan

seburuk-buruk balasan oleh Allah SWT.

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Penyucian hati dengan amal soleh yang disirami keimanan dan dibajai

ketakwaan akan membuahkan istiqamah yang berterusan di sisi mereka yang

taat patuh kepada Allah SWT. Tuntasnya, istiqamah membentuk kualiti akhlak

terpuji sebagaimana yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, segala

amal ibadah seperti solat berjemaah, qiamullail, membaca al-quran, sedekah,

puasa-puasa sunat dan memohon keampunan kepada Allah mestilah diteruskan.

Para ulama menegaskan bahawa mereka yang terus berusaha, bersabar

dan istiqamah dalam mengekalkan amal soleh selepas Ramadhan, membuktikan

penerimaan Allah SWT terhadap amalannya. Antara amalan yang menunjukkan

berhasilnya takwa seseorang itu ialah melakukan puasa sunat selama enam hari

sama ada secara berturut-turut atau berselang-seli. Sabda Rasulullah SAW:

Mafhumnya: “Daripada Abi Ayyub al Ansari RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, dan kemudian diikuti pula dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun”. (Hadis Riwayat Muslim)

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Perhimpunan pada hari ini membuktikan kehebatan dan ketinggian syiar Islam

di negara kita. Oleh itu, kehadiran kita ke masjid di pagi yang mulia ini pastinya

membawa seribu makna. Lihatlah, sebentar tadi kita sama-sama melaungkan

5

Page 6:  · Web viewSabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Umamah RA: M afhumnya: “Daripada Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa mengerjakan

kalimah membesarkan Allah SWT, kita sujud bersolat bersama-sama sebagai

tanda syukur dan saat ini kita mendengar nasihat agama sebagai pedoman

hidup. Sejurus selepas ini pula, kita akan bermaaf-maafan dengan sanak saudara

dan sahabat handai. Fenomena ini adalah bukti kekuatan dan kemenangan kita

bersama sebagai umat Islam yang kukuh tali ukhuwwahnya.

Namun, usah dilupa setinggi mana pun kasih sayang dan kegembiraan

yang ditunjukkan pada hari ini, jangan kita terlepas pandang kepada nasib

saudara-mara kita yang masih bersedihan dengan kekurangan dan ujian ke atas

mereka. Hulurkanlah tangan membantu setakat kemampuan kita agar mereka

juga tetap ceria di lebaran ini.

Sewaktu kita berziarahan sepanjang Idul Fitri ini nanti, peliharalah adab-

adab sebagai seorang Muslim dalam konteks batasan pergaulan dengan yang

bukan mahram dan berhibur dengan pelbagai program sehingga terleka serta

mencacatkan kemuliaan Syawal ini.

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang jemaah sekelian untuk

menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita,

antaranya:

Pertama: Idul Fitri disambut sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan atas

kejayaan melawan hawa nafsu sepanjang sebulan menjalani ibadah

puasa.Kedua: Kejayaan atau kemenangan sebenar hamba yang beriman itu adalah

apabila memperolehi ketakwaan dengan meneruskan amal soleh

sepanjang masa.

Ketiga: Idul Fitri medan memperkukuhkan silaturrahim sesama kita.

6

Page 7:  · Web viewSabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Umamah RA: M afhumnya: “Daripada Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa mengerjakan

Maksudnya: “Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: "salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (Mereka pun masuk).” (Surah az Zumar: 73)

7

Page 8:  · Web viewSabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Umamah RA: M afhumnya: “Daripada Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa mengerjakan

KHUTBAH KEDUA

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Marilah pada hari yang penuh bahagia ini, kita melafazkan rasa kesyukuran atas

nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sesungguhnya Idul

Fitri yang disyariatkan oleh Allah SWT adalah untuk dirayakan dengan penuh

kesyukuran dan dengan pelbagai amal bakti yang diredhai Tuhan.

Idul Fitri juga memberi peluang kepada kita untuk membina tautan kasih

sesama kita. Melalui zakat fitrah dan zakat harta yang telah kita bayar pada

bulan Ramadhan, keceriaan dan keriangan terpancar di wajah golongan fakir

miskin untuk sama-sama menyambut hari kemenangan ini. Mimbar turut

merakamkan jutaan terima kasih kepada institusi zakat seluruh negara yang

selama ini mengurus sumber zakat umat Islam dengan cemerlang. Firman Allah

SWT dalam surah at-Taubah ayat 103:

Maksudnya: “Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan

8

Page 9:  · Web viewSabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Umamah RA: M afhumnya: “Daripada Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa mengerjakan

mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Pada hari ini, marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas

baginda Nabi Muhammad SAW, sebagai tanda kecintaan dan kasihnya buat

baginda kerana telah menyampaikan Islam kepada kita melalui pelbagai bentuk

pengorbanan dan jihad. Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 56:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

9

Page 10:  · Web viewSabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Umamah RA: M afhumnya: “Daripada Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa mengerjakan

Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan. Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami. Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat sepanjang zaman.

10

Page 11:  · Web viewSabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Umamah RA: M afhumnya: “Daripada Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa mengerjakan

11