kekuatan fizikal dan akal · 2020. 9. 28. · akhiratnya serta tidak berpenat lelah kerana...

3
Memiliki KEKUATAN FIZIKAL DAN AKAL termasuk ilmu pengetahuan, kepakaran dan kemampuan dalam bidang tugas yang diamanahkan. Memiliki sifat AMANAH iaitu tidak terlibat dalam salahlaku jenayah rasuah, penipuan, salahguna kuasa dan pelanggaran tatatertib. Membentuk sifat amanah mesti memiliki didikan rohani iaitu bertakwa kepada Tuhan. Seseorang yang memiliki sifat amanah tidak akan mengkhianati amanah yang diberikan majikan kepadanya. Cekap dalam melaksanakan tugasnya dengan sempurna, tekun dan MENEPATI MASA YANG DITETAPKAN. Dalam Al-Quran menyebut bahawa :- “sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai pekerja ialah orang yang kuat dan dapat dipercayai” (Surah Al-Qasas, Ayat 26) Kejayaan atau kecemerlangan seseorang penjawat awam diukur dengan sejauh mana integriti dalam melaksanakan kerja yang diamanahkan serta kesempurnaan hasil kerja yang dilakukannya. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) NEGERI SABAH 088-488381 / 382 (Tel. Pej.) 088-488387 / 488393 (Faks. Pej.) www.sprm.gov.my / Sabah Sprm Penmas (fb) Bil. 01/2020

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Memiliki KEKUATAN FIZIKAL DAN AKAL termasuk ilmu pengetahuan, kepakaran dan

    kemampuan dalam bidang tugas yang diamanahkan.

    Memiliki sifat AMANAH iaitu tidak terlibat dalam salahlaku jenayah rasuah, penipuan, salahguna kuasa dan pelanggaran tatatertib. Membentuk sifat amanah mesti memiliki didikan rohani iaitu bertakwa kepada Tuhan. Seseorang yang memiliki sifat amanah tidak akan mengkhianati amanah yang diberikan

    majikan kepadanya.

    Cekap dalam

    melaksanakan tugasnya dengan sempurna, tekun

    dan MENEPATI MASA YANG DITETAPKAN.

    Dalam Al-Quran

    menyebut bahawa :-

    “sesungguhnya orang

    yang paling baik yang

    engkau ambil sebagai

    pekerja ialah orang yang

    kuat dan dapat

    dipercayai” (Surah Al-Qasas, Ayat 26)

    Kejayaan atau

    kecemerlangan

    seseorang penjawat

    awam diukur dengan

    sejauh mana integriti

    dalam melaksanakan

    kerja yang diamanahkan

    serta kesempurnaan

    hasil kerja yang

    dilakukannya.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) NEGERI SABAH 088-488381 / 382 (Tel. Pej.)

    088-488387 / 488393 (Faks. Pej.) www.sprm.gov.my / Sabah Sprm Penmas (fb) Bil. 01/2020

    http://www.sprm.gov.my/

  • Pengajaran hadis di atas ialah Allah SWT telah menjadikan manusia dengan sebaik-

    baik kejadian. Allah SWT juga memberikan kepada setiap hamba akan kelebihan

    dan kekurangan dalam sesuatu perkara sebagai ujian. Menerusi ujian tersebut Allah

    SWT akan menilai hakikat keimanan seseorang hamba, adakah dia benar-benar

    bersyukur dengan kelebihan atau bersabar di atas kekurangan yang diberikan.

    Seringlah memandang orang yang lebih rendah atau kurang daripada kita agar kita

    sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.

    Sebagai penjawat awam, kita adalah modal insan yang sentiasa perlu dijana dan

    memerlukan setiap kerja dilakukan sentiasa berusaha untuk mendapat keredhaan

    dan keberkatan daripada Allah S.W.T dan bukan semata-mata ganjaran pendapatan

    bulanan sahaja.

    Marilah sama-sama kita mengingati bahawa setiap amalan dan pekerjaan dilakukan

    akan diperhitungkan tentang pahala dan dosa serta balasan syurga dan neraka.

    Perhitungan ini akan tetap datang kepada kita di Akhirat nanti walaupun sewaktu

    hidup tidak mahu dan tidak suka memikirkannya.

    “Orang yang merasa penat pada waktu petang kerana

    bekerja kuat, nescaya Allah mengampunkan dosanya”

    (Hadis Riwayat At-Tabrani)

    Allah SWT memberi ganjaran pahala dan keberkatan hidup kepada setiap penjawat awam

    yang meletakkan integrity dalam melaksanakan amanah. Rasululah SAW bersabda

    bermaksud: “Sesungguhnya Allah Taala mengasihi hamba-Nya berusaha berpenat lelah

    mencari rezeki halal”

    – Hadis Riwayat Ad-Dailami.

    Rasulullah SAW juga bersabda bermaksud; “Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak

    meninggalkan akhiratnya kerana dunianya dan tidak meninggalkan dunianya kerana

    akhiratnya serta tidak berpenat lelah kerana manusia” – Hadis Riwayat Al-Khatib.

    Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bersabda bermaksud; “Apabila

    seseorang daripada kamu melihat kepada seseorang yang diberikan kelebihan pada

    harta dan fizikal, maka hendaklah dia melihat kepada seseorang yang lebih rendah (atau

    kurang) daripadanya.” – Hadis Riwayat Bukhari.

    Disediakan oleh : SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    NEGERI SABAH

    Sumber Rujukan :

    INTEGRITI BERMULA DARIPADA DIRI SAYA Panduan Pengukuhan Integriti, Pengurusan Pegawai Bermasalah Dan Pelaporan Kes Pelanggaran Tatatertib, 2019. Bahagian Kecemerlangan Dan Profesionalisme : Suruhanjaya

    Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya.

    RASUAH DISISIH, NEGARA BERSIH “Reject Corruption for a Cleaner Malaysia”

  • Bil. 01/2020

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sabah

    Aras 3, Blok A,

    Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah

    Peti Surat 6000, Jalan UMS,

    88400 Kota Kinabalu, Sabah.

    Tel : 088 – 488381 / 382 / 383

    Fax : 088 - 488387

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

    Cawangan Sandakan

    Tingkat 7, Bangunan Persekutuan

    KM 11, Jalan Labuk

    Peti Surat 6000,

    90048 Sandakan, Sabah

    Tel : 089 – 668746 / 496

    Fax : 089 - 669691

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

    Cawangan Tawau

    Tingkat 6, Bangunan Persekutuan

    Peti Surat 6000,

    91108 Tawau, Sabah

    Tel : 089 – 772743 / 753005

    Fax : 089 - 772693

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

    Cawangan Keningau

    Tingkat Bawah, Bangunan Gunasama

    Rumah Persekutuan Keningau

    Peti Surat 6000,

    89008 Keningau, Sabah.

    Tel : 087 – 336761 Fax : 087 - 336763

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

    Cawangan Lahad Datu

    Div.1 Kuartes No JKR 10594

    Jalan Hap Heng (Hyundai)

    Peti Surat 6000,

    91100 Lahad Datu, Sabah.

    Tel : 089 – 868769 Fax : 089 - 868768

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sabah

    Sektor Pencegahan

    Lot No.W1-09, Wisma 1 Sulaman

    Jalan Sulaman, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

    (Unit Pemeriksaan & Perundingan) (Unit Pendidikan Masyarakat)

    Tel : 088 – 415601 Tel : 088 - 415603

    Fax : 088 – 415602 Fax : 088 – 415604

    Hubungi kami :