smksapetang.files.wordpress.com file · web viewpendahuluan

45
DSP Pend. 15 Mac 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

Upload: vobao

Post on 01-Apr-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASIPENDIDIKAN ISLAM

TINGKATAN 1

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

PENDAHULUANDokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina

sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai

perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial.

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

3

TAFSIRAN

o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.

o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai.

o Evidens :

Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor.

Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

4

KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND STANDARD

1 Tahu

2 Tahu dan Faham

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

5

TAFSIRAN BAND

BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

1 TAHU Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas.

2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.

4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

6

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAMPendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAMSetelah mempelajari Pendidikan Islam Bersepadu Sekolah Menengah murid dapat:

1. Membaca ayat-ayat terpilih daripada al-Quran dengan betul, fasih, mahir dan bertajwid untuk memperkukuhkan minat dan amalan membaca al-Quran.

2. Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih untuk menambah bacaan dalam solat dan amalan ibadah harian.

3. Memahami maksud beberapa ayat al-Quran dan Hadis yang dipelajari serta menghayati pengajarannya sebagai sumber hukum dan panduan mukmin.

4. Memantap keyakinan pegangan akidah Islamiah serta menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan dan menjadi benteng keagamaan.

5. Memperkukuh dan mempertingkat amalan ibadat-ibadat Fardu Ain serta memahami sumbangan Fardu Kifayah sebagai kewajipan umat Islam menyumbang kepada kemajuan hidup di dunia dan di akhirat.

6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah nabawiyah, khulafa’ al-Rashidin dan tokoh-tokoh Islam sebagai asas pembentukan dan pembangunan insan yang cinta dan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara.

7. Berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai tonggak budaya bangsa yang bermaruah.

8. Membaca dan menulis jawi melalui penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sebagai warisan amalan budaya bangsa akan terus diperkukuhkan.

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

7

BAND PERNYATAAN STANDARD

1Mengetahui asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

2Memahami asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

3Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menyatakan kefahaman ayat dan hadis pilihan, memahami akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

4Mempamerkan kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menjelaskan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

5Mengaplikasi kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menerangkan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

6Mahir membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menghuraikan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, mengamalkan ibadah, meneladani sirah nabawiyah dan tamadun Islam, mengaplikasikan adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

8

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

1

Tahu

B1Mengetahui asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

TILAWAH AL-QURANAYAT BACAANB1D1 Boleh membaca surah al-Baqarah ayat 1 – 286.

AYAT HAFAZANB1D2Boleh menghafaz ayat-ayat dalam surah al-Baqarah.

AYAT KEFAHAMAN B1D3Boleh menunjukkan kefahaman isi kandungan ayat-ayat tertentu dalam surah al-Baqarah secara ringkas.

B1D1E1Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah al-Baqarah mengikut bacaan guru.

B1D2E1Menghafaz kalimah serta potongan ayat daripada surah al-Baqarah:

ayat 1 – 5 ayat 201 ayat 255 ayat 256 ayat 284 – 286

B1D3E1Mengiakan / menggeleng / diam dengan pergerakan badan (body language) atau memberi isyarat mengenai isi kandungan ayat-ayat surah al-Baqarah iaitu:

ayat 1 – 5 ayat 34 – 37 ayat 83 ayat 155 – 156 ayat 168 ayat 201 ayat 219

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

9

HADISB1D4Mengetahui asas pengenalan hadis.

B1D5Boleh menunjukkan kefahaman isi kandungan hadis pilihan secara ringkas.

’ULUM SYAR’IYAHAKIDAHB1D6Mengetahui asas dan konsep akidah

B1D7Mengetahui akidah berteraskan rukun iman.

ayat 255 ayat 256 ayat 284 – 286

B1D4E1Mengia / menggeleng / diam dengan pergerakan badan (body language) memberi isyarat atau menyatakan:

Pengertian hadis. Hadis sebagai sumber hukum Menyatakan perbezaan hadis dan al-Quran.

B1D5E1Mengiakan / menggeleng / diam dengan pergerakan badan (body language) atau memberi isyarat mengenai isi secara ringkas isi kandungan:

Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin.

B1D6E1Menyatakan pengertian akidah.

B1D6E2Menyatakan sumber utama akidah Islamiah.

B1D7E1Menyatakan rukun iman.

B1D8E1DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

10

B1D8Mengetahui konsep mukmin dan muslim.

B1D9Mengetahui dalil kewujudan Allah SWT

IBADAHB1D10Mengetahui konsep fardu ain dan fardu kifayah.

B1D11Mengetahui konsep bersuci.

Menyatakan maksud islam, iman dan ihsan.

B1D9E1Menyebut bukti kewujudan Allah SWT dan keesaan-Nya melalui alam syahadah (nyata).

B1D10E1Menyebut pengertian:

fardu ain fardu kifayah

B1D11E1Menyebut pengertian bersuci.

B1D11E2Menyebut pengertian najis.

B1D11E3Menyebut pengertian dan hukum istinjak.

B1D11E4Menyebut pengertian dan hukum berwuduk.

B1D11E5Menyebut pengertian mandi dan bahagian mandi.

B1D11E6Menyebut pengertian dan hukum bertayamum.

B1D11E7DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

11

B1D12Mengetahui konsep solat dan kesan khusyuk solat kepada kehidupan mukmin.

B1D13Mengetahui tuntutan solat berjemaah.

B1D14Mengetahui tentang solat Jumaat.

B1D15Mengetahui konsep solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat rawatib.

Menyebut pengertian dan hukum samak.

B1D12E1Menyebut pengertian solat.

B1D12E2Menyebut hukum menunaikan solat.

B2D12E3Menyebut pengertian khusyuk solat.

B1D13E1Menyebut pengertian solat berjemaah dan hukum melaksanakan solat berjemaah.

B1D14E1Menyebut pengertian solat Jumaat, hukum menunaikan solat Jumaat

B1D14E2Menyebut pengertian khutbah Jumaat dan hukum membaca khutbah Jumaat.

B1D15E1Menyebut pengertian solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat rawatib.

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

12

SIRAH NABAWIYAH DAN TAMADUN ISLAM

B1D16Mengetahui masyarakat Arab sebelum dan selepas kelahiran Rasulullah SAW.

B1D17Mengetahui riwayat hidup Rasulullah SAW.

B1D18Mengetahui perjuangan Nabi Muhammad SAW di Makkah dalam mengukuhkan akidah Islamiah

B1D19Mengetahui peristiwa hijrah Rasulullah SAW.

B1D20Mengetahui tokoh-tokoh Islam.

B1D16E1Menyatakan pengertian Jahiliah dan keadaan masyarakat Jahiliah.

B1D17E1Menyatakan riwayat hidup Rasulullah SAW.

B1D18E1Menyatakan peristiwa Rasulullah SAW dilantik menjadi rasul.

B1D19E1Menyatakan pengertian hijrah Rasulullah SAW.

B1D20E1Menyatakan riwayat hidup tokoh-tokoh Islam:

Abu Bakar al-Siddiq Khadijah al-Khuwailid Sumaiyah Bilal bin Rabah

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

13

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAHB1D21Mengetahui adab Islamiah dalam kehidupan seharian, bersosial, menunaikan ibadat,terhadap ibu bapa dan keluarga dan menuntut ilmu.

B1D21E1Mengia / menggeleng / diam dengan pergerakan badan (body language) atau memberi isyarat tentang adab:

menjaga fitrah lelaki dan perempuan berkawan dengan ibu bapa dengan keluarga berguru menuntut ilmu menjaga harta sekolah membaca al-Quran

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

2 B2 TILAWAH AL-QURANDSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

14

Tahu dan fahamMemahami asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

AYAT BACAANB2D1Boleh membaca surah al-Baqarah ayat 1–286 dengan betul.

AYAT HAFAZANB2D2Boleh menghafaz ayat-ayat dalam surah al-Baqarah dengan betul.

AYAT KEFAHAMAN B2D3Boleh menyatakan maksud ayat -ayat tertentu surah al-Baqarah dengan betul.

HADISB2D4Memahami asas pengenalan hadis.

B2D1E1Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah al-Baqarah dengan bimbingan guru.

B2D2E1Menghafaz ayat daripada surah al-Baqarah iaitu:

ayat 1 – 5 ayat 201 ayat 255 ayat 256 ayat 284 – 286

B2D3E1Menyatakan isi kandungan ayat -ayat surah al-Baqarah dengan betul iaitu:

ayat 1 – 5 ayat 34 – 37 ayat 83 ayat 155 – 156 ayat 168 ayat 201 ayat 219 ayat 255 ayat 256 ayat 284 – 286

B2D4E1Menyatakan

maksud hadis al-Aqwal dan al-Af’al Menerangkan syarat-syarat perawi

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

15

B2D5Boleh menyatakan maksud hadis tertentu dengan betul.

’ULUM SYAR’IYAHAKIDAHB2D6Boleh memahami konsep dan asas akidah.

B2D7Mengetahui akidah berteraskan rukun iman.

B2D8Boleh memahami konsep muslim dan mukmin.

B2D9Boleh memahami dalil kewujudan Allah SWT.

hadis

B2D5E1Menyatakan isi kandungan:

Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin.

B2D6E1Menyatakan ciri-ciri akidah yang betul dan akidah yang salah.

B2D6E2Menyatakan tujuan mempelajari ilmu akidah.

B2D6E3Menyatakan empat aspek akidah Islamiah.

B2D7E1Menyatakan maksud rukun iman.

B2D8E1Menyatakan maksud muslim dan mukmin.

B2D9E1Menyatakan dalil akli tentang kewujudan Allah SWT.

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

16

IBADATB2D10Memahami konsep fardu ain dan fardu kifayah.

B2D11Memahami konsep bersuci.

B2D12Memahami konsep solat dan kesan khusyuk solat kepada kehidupan mukmin.

B2D10E1Memberi contoh:

fardu ain fardu kifayah

B2D11E1Boleh mengenal pasti:

benda-benda kotor yang najis bahan-bahan bersuci jenis-jenis najis alat-alat istinjak

B2D11E2 Menyatakan anggota wuduk Menyenaraikan rukun wuduk

B2D11E3Menyebut sebab wajib mandi.

B2D11E4Menyebut anggota bertayamum dan alat tayamum.

B2D11E5Menyebut alat-alat samak.

B2D11E6Menyenaraikan penyakit-penyakit yang berpunca dari amalan yang mengabaikan kebersihan diri dan alam sekitar.B2D12E1Menyatakan waktu-waktu solat fardu.

B2D12E2Menyatakan perkara-perkara yang membawa khusyuk dalam solat.

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

17

B2D13Memahami tuntutan solat berjemaah.

B2D14Memahami solat Jumaat.

B2D15Memahami konsep solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat rawatib.

SIRAH NABAWIYAH DAN TAMADUN ISLAM B2D16

B2D13E1Menyatakan kedudukan imam dan makmum.

B2D13E2Menyatakan syarat-syarat menjadi imam dan makmum.

B2D14E1Menyenaraikan keistimewaan hari Jumaat.

B2D14E2Menjelaskan syarat wajib dan syarat sah solat Jumaat.

B2D14E3Menyenaraikan tiga syarat sah khutbah Jumaat.

B2D14E4Menyenaraikan tiga adab semasa berada di masjid.

B2D15E1Menyatakan bahagian solat sunat rawatib qabliah dan ba’diah.

B2D16E1Menyatakan keadaan masyarakat Arab selepas kelahiran Rasulullah SAW.

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

18

Memahami masyarakat Arab sebelum dan selepas kelahiran Rasulullah SAW.

B2D17Memahami riwayat hidup Rasulullah SAW.

B2D18Memahami perjuangan Nabi Muhammad SAW di Makkah dalam mengukuhkan akidah Islamiah.

B2D19Memahami hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

B2D20Memahami perjuangan tokoh -tokoh Islam.

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAHB2D21Memahami adab Islamiah dalam

B2D17E1Menyatakan keturunan Rasulullah SAW.

B2D18E1Menyatakan perjuangan Nabi Muhammad SAW di Makkah.

B2D19E1Menyatakan sebab berlakunya hijrah Rasulullah SAW.

B2D20E1Menyatakan peribadi tokoh-tokoh Islam:

Abu Bakar al-Siddiq Khadijah al-Khuwailid Sumaiyah Bilal bin Rabah

B2D21E1Menyatakan perkara-perkara berkaitan adab

menjaga fitrah lelaki dan perempuan berkawan

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

19

kehidupan seharian, bersosial, menunaikan ibadat terhadap ibu bapa dan keluarga dan menuntut ilmu.

dengan ibu bapa dengan keluarga berguru menuntut ilmu menjaga harta sekolah membaca al-Quran

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

20

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

3

Tahu, faham dan boleh buat

B3Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menyatakan kefahaman ayat dan hadis pilihan, memahami akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

TILAWAH AL-QURANAYAT BACAANB3D1Boleh membaca surah al-Baqarah ayat 1–286.dengan betul secara sendiri.

AYAT HAFAZANB3D2Boleh menghafaz ayat-ayat surah al-Baqarah dengan betul dan bertajwid.

AYAT KEFAHAMAN B3D3Boleh mengamalkan isi kandungan ayat-ayat tertentu daripada surah al-Baqarah.

B3D1E1Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah al-Baqarah dengan betul tanpa bimbingan.

B3D2E1Menghafaz ayat-ayat surah al-Baqarah dengan betul dan bertajwid iaitu:

ayat 1 – 5 ayat 201 ayat 255 ayat 256 ayat 284 – 286

B3D3E1Mengamalkan isi kandungan ayat-ayat daripada surah al-Baqarah iaitu:

ayat 1 – 5 ayat 34 – 37 ayat 83 ayat 155 – 156 ayat 168 ayat 201 ayat 219 ayat 255 ayat 256 ayat 284 – 286

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

21

HADISB3D4Memahami asas pengenalan hadis.

B3D5Boleh memahami isi kandungan hadis pilihan.

’ULUM SYAR’IYAHAKIDAH B3D6Memahami konsep dan asas akidah.

B3D7Memahami akidah berteraskan rukun iman.

B3D8Memahami konsep muslim dan mukmin.

B3D9Memahami dalil kewujudan Allah SWT.

B3D4E1Menyatakan perbezaan hadis nabawi, hadis qudsi dan al-Quran.

B3D5E1Menjelaskan isi kandungan :

Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin.

B3D6E1Menyenaraikan perkara-perkara yang merosakkan akidah.

B3D6E2Menyenaraikan perkara-perkara yang memantapkan akidah.

B3D7E1Menyenaraikan akibat tidak mempercayai rukun iman.

B3D8E1Menyenaraikan sifat-sifat muslim dan mukmin.

B3D9E1Menyatakan dalil nakli tentang kewujudan Allah SWT.

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

22

IBADATB3D10Melaksanakan fardu ain dan fardu kifayah.

B3D11Melaksanakan konsep bersuci.

B3D12Memahami perlakuan solat dan kesan khusyuk solat kepada kehidupan mukmin.

B3D10E1Menjelaskan perbezaan antara fardu ain dan fardu kifayah.

B3D11E1Menunjukkan kebolehan:

Membandingkan amalan orang yang bersih dengan pengotor.

Membezakan jenis-jenis najis dan cara-cara menyucikannya. Menyenaraikan syarat-syarat istinjak

dengan benda-benda kesat. Melafazkan niat wuduk. Mengamalkan perlakuan wuduk. Melaksanakan mandi wajib dengan

melafaz niat mandi wajib. Menyenaraikan perkara sunat ketika

mandi wajib. Melaksanakan tayamum dengan lafaz

niat tayamum. Menyatakan sebab-sebab tayamum

dan rukun tayamum. Melakukan samak.

B3D12E1Tunjuk cara melakukan solat contoh: sujud.

B3D12E2Menerangkan perkara-perkara yang boleh menghalang khusyuk ketika solat.

B3D13E1DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

23

B3D13Memahami perlakuan solat berjemaah.

B3D14Memahami solat Jumaat.

B3D15Memahami solat sunat rawatib dan tahiyatul masjid.

SIRAH NABAWIYAH DAN TAMADUN ISLAM B3D16Memahami masyarakat Arab sebelum dan selepas kelahiran Rasulullah SAW.

B3D17Memahami riwayat hidup Rasulullah SAW.

Tunjuk cara solat berjemaah: kedudukan imam dan makmum makmum masbuk dan muafik

B3D14E1 Menyatakan cara melakukan solat

Jumaat secara lisan.

B3D14E2Melaksanakan adab makmum solat Jumaat.

B3D14E3Menyatakan rukun khutbah Jumaat.

B3D15E1Menyatakan

lafaz niat solat sunat rawatib dan solat sunat tahiyatul masjid

Tunjuk cara solat

B3D16E1Menyatakan sifat keji masyarakat Jahiliah.

B3D17E1Menyatakan kisah Rasulullah SAW semasa:

kelahiran bersama ibunya bersama datuknya bersama bapa saudaranya remaja

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

24

B3D18Memahami perjuangan Nabi Muhammad SAW di Makkah dalam mengukuhkan akidah Islamiah.

B3D19Memahami hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

B3D20Memahami perjuangan tokoh-tokoh Islam.

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAHB3D21Melakukan adab Islamiah dalamkehidupan seharian, bersosial, menunaikan ibadat terhadap ibu bapa dan keluarga dan melaksanakan ilmu.

B1D18E1Menyatakan strategi dakwah Rasulullah SAW di Makkah.

B3D19E1Menceritakan tentang peristiwa sebelum hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.

B3D20E1Menyatakan sumbangan tokoh-tokoh Islam:

Abu Bakar al-Siddiq Khadijah al-Khuwailid Sumaiyah Bilal bin Rabah

B3D21E1Melakukan adab:

menjaga fitrah lelaki dan perempuan berkawan dengan ibu bapa dengan keluarga berguru menuntut ilmu menjaga harta sekolah membaca al-Quran

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

25

4

Tahu, faham dan boleh buat

dengan beradab.

B4Mempamerkan kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menjelaskan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

TILAWAH AL-QURANAYAT BACAANB4D1Boleh membaca surah al-Baqarah ayat 1 – 286.dengan betul dan bertajwid.

AYAT HAFAZANB4D2Boleh menghafaz ayat-ayat tertentu dalam surah al-Baqarah dengan betul, bertajwid dan lancar.

AYAT KEFAHAMAN B4D3Boleh memahami isi kandungan ayat-ayat tertentu surah al-Baqarah dengan betul.

HADISB4D4Boleh memahami isi kandungan

B4D1E1Membaca ayat-ayat daripada surah al-Baqarah dengan betul, bertajwid dengan pemerhatian yang khusus kepada hukum nun sakinah dan tanwin.

B4D2E1Menghafaz ayat daripada surah al-Baqarah dengan betul, bertajwid dan lancar iaitu:

ayat 1 – 5 ayat 201 ayat 255 ayat 256 ayat 284 – 286

B4D3E1Menyatakan isi kandungan ayat daripada surah al-Baqarah dengan betul iaitu:

ayat 1 – 5 ayat 34 – 37 ayat 83 ayat 155 – 156 ayat 168 ayat 201 ayat 219 ayat 255 ayat 256 ayat 284 – 286

B4D4E1Menyatakan isi kandungan hadis dengan betul.

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

26

hadis pilihan dengan betul.

’ULUM SYAR’IYAHAKIDAHB4D5Boleh memahami konsep dan asas akidah dengan betul.

B4D6Memahami akidah berteraskan rukun iman dengan betul.

B4D7Menghayati konsep muslim dan mukmin dengan betul.

B4D8Menghayati dalil kewujudan Allah SWT dengan betul.

IBADATB4D9

Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin

B4D5E1Menyatakan perkara-perkara yang boleh memantapkan akidah.

B4D5E2Mengawal perlakuan dan pertuturan daripada perkara yang merosakkan akidah.

B4D6E1Mempamerkan perlakuan dan pertuturan yang menunjukkan beriman dengan rukun-rukun iman dengan betul.

B4D7E1Menunjukkan usaha mempertingkatkan diri menjadi muslim yang mukmin.

B4D8E1Menjelaskan bukti kewujudan Allah SWT dan keesaan-Nya melalui alam syahadah.

B4D9E1Melakukan amalan fardu ain dan fardu kifayah

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

27

Melaksanakan fardu ain dan fardu kifayah dengan betul.

B4D10Memahami konsep bersuci dengan betul.

B4D11Memahami perlakuan dalam solat dengan betul.

B4D12Memahami cara solat berjemaah dengan betul.

B4D13Memahami perlakuan dalam solat

dengan betul.

B4D10E1Melakukan konsep bersuci dengan:

sentiasa memakai pakaian yang bersih dan menutup aurat.

melaksanakan cara bersuci daripada najis dengan betul.

melaksanakan cara-cara istinjak menggunakan alat-alat istinjak.

melakukan perlakuan dalam wuduk dengan betul mengikut urutan.

melakukan mandi wajib dengan betul mengikut urutan.

melaksanakan tayamum dengan betul.

melakukan samak dengan betul dan boleh menyatakan perbezaan cara-cara sertu dan samak.

B4D11E1Membaca bacaan–bacaan dalam solat dengan betul.

B4D11E2Melakukan perlakuan dalam solat mengikut urutan.

B4D12E1Mengamalkan solat berjemaah bersama rakan di sekolah.

B4D13E1Membezakan antara solat fardu Jumaat dengan solat fardu zuhur.

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

28

Jumaat dengan betul.

B4D14Memahami cara solat sunat rawatib dan tahiyatul masjid dengan betul.

SIRAH NABAWIYAH DAN TAMADUN ISLAM B4D15Memahami masyarakat Arab sebelum dan selepas kelahiran Rasulullah SAW.

B4D16Memahami riwayat hidup Rasulullah SAW.

B4D17Memahami perjuangan Nabi Muhammad SAW di Makkah dalam mengukuhkan akidah Islamiah.

B4D18Memahami hijrah Rasulullah SAW ke

B4D13E2Menjelaskan adab makmum sebelum, semasa dan selepas solat Jumaat.

B4D14E1Melakukan solat sunat rawatib dan tahiyatul masjid.

B4D15E1Melahirkan kebencian kepada amalan-amalan Jahiliah.

B4D16E1Menyatakan sanjungan kepada Rasulullah SAW.

B4D16E2Mencontohi sifat-sifat keunggulan Rasulullah SAW.

B4D17E1Mencontohi cara pendekatan dakwah Rasulullah SAW di Makkah.

B4D18E1Menyatakan kepentingan peristiwa hijrah Rasulullah SAW.

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

29

Madinah.

B4D19Memahami perjuangan tokoh -tokoh Islam.

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAHB4D20Melakukan adab Islamiah dalamkehidupan seharian, bersosial, menunaikan ibadat terhadap ibu bapa dan keluarga dan memperolehi ilmu dengan betul.

B4D19E1Menyatakan sumbangan perjuangan tokoh-tokoh Islam

Abu Bakar al-Siddiq Khadijah al-Khuwailid Sumaiyah Bilal bin Rabah

B4D20E1Melakukan adab:

menjaga fitrah lelaki dan perempuan berkawan dengan ibu bapa dengan keluarga berguru menuntut ilmu menjaga harta sekolah membaca al-Quran

dengan betul

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENSDSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

30

5

Tahu, faham dan boleh buat

dengan beradab terpuji

B5Mengaplikasi kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menerangkan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

TILAWAH AL-QURANAYAT BACAANB5D1 Boleh membaca surah al-Baqarah ayat 1 – 286 dengan betul, bertajwid dan lancar

AYAT HAFAZANB5D2Boleh menghafaz ayat-ayat tertentu surah al-Baqarah dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih.

AYAT KEFAHAMAN B5D3Boleh mengamalkan isi kandungan ayat surah al-Baqarah dengan betul dan istiqamah.

B5D1E1Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah al-Baqarah dengan betul, bertajwid dan lancar.

B5D2E1Menghafaz ayat daripada surah al-Baqarah dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih iaitu:

ayat 1 – 5 ayat 201 ayat 255 ayat 256 ayat 284 – 286

B5D3E1Menyatakan isi kandungan ayat daripada surah al-Baqarah dengan betul dan istiqamah:

ayat 1 – 5 ayat 34 – 37 ayat 83 ayat 155 – 156 ayat 168 ayat 201 ayat 219 ayat 255 ayat 256 ayat 284 – 286

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

31

HADISB5D4Boleh mengamalkan isi kandungan hadis pilihan dengan betul dan istiqamah.

’ULUM SYAR’IYAHAKIDAHB5D5Boleh menghayati konsep dan asas akidah dengan betul dan istiqamah.

B5D6Boleh menghayati akidah berteraskan rukun iman dengan betul dan istiqamah.

B5D7Menghayati konsep muslim dan mukmin dengan betul dan istiqamah.

B5D4E1Mengamalkan isi kandungan hadis pilihan dengan betul dan istiqamah:

Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin

B5D5E1 Melakukan perkara yang memantapkan akidah secara berterusan.

B5D5E2Mengawal perlakuan dan pertuturan daripada perkara yang merosakkan akidah secara berterusan.

B5D5E3Melakukan amalan-amalan sunat sebagai usaha memantapkan iman.

B5D6E1Mempamerkan perlakuan dan pertuturan yang menunjukkan beriman dengan rukun-rukun iman dengan betul dan istiqamah.

B5D7E1Menunjukkan usaha mempertingkatkan diri menjadi muslim yang mukmin secara istiqamah.

B5D8E1DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

32

B5D8Menghayati dalil kewujudan Allah SWT dengan betul dan istiqamah.

IBADATB5D9Melaksanakan fardu ain dan fardu kifayah dengan betul dan istiqamah.

B5D10Melaksanakan konsep bersuci dengan betul dan istiqamah.

B5D11Melaksanakan perlakuan dalam solat dengan betul dan istiqamah.

B5D12Melaksanakan solat berjemaah dengan betul dan istiqamah.

B5D13

Menunjukkan kesyukuran melalui perkataan , perlakuan dan keyakinan bahawa Allah SWT itu wujud.

B5D9E1 Melakukan amalan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan seharian secara berterusan.

B5D10E1Melaksanakan konsep bersuci dengan:

Menjelaskan akibat buruk mengabaikan kebersihan.

Sentiasa menjaga kesihatan dan mengamalkan cara hidup sihat.

Menjelaskan implikasi orang yang tidak beristinjak dengan betul.

Mengaplikasikan wuduk dalam kehidupan seharian dan mengamalkan adab ketika berwuduk.

B5D11E1Melakukan perlakuan dalam solat dengan betul mengikut urutan dan istiqamah.

B5D12E1Dikenal pasti sebagai seseorang yang layak menjadi imam.

B5D13E1Menjelaskan perkara-perkara yang sunat

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

33

Melaksanakan perlakuan dalam solat Jumaat dengan betul dan istiqamah.

B5D14Melaksanakan solat sunat rawatib dan tahiyatul masjid dengan betul dan istiqamah.

SIRAH NABAWIYAH DAN TAMADUN ISLAM B5D15Memahami masyarakat Arab sebelum dan selepas kelahiran Rasulullah SAW.

B5D16Memahami riwayat hidup Rasulullah SAW.

B5D17Memahami perjuangan Nabi Muhammad SAW di Makkah dalam mengukuhkan akidah islamiah.

B5D18

dilakukan pada hari Jumaat.

B5D13E2Melazimi membaca doa dan zikir pada hari Jumaat

B5D14E1Melakukan solat sunat rawatib dan solat sunat tahiyatul secara berterusan.

B5D15E1Beristiqamah dalam menghindari amalan Jahiliah.

B5D16E1Beristiqamah dalam mencontohi keperibadian Rasulullah SAW.

B5D17E1Beristiqamah dalam mengaplikasi perjuangan Rasulullah SAW.

B5D17E2Mengaplikasi strategi dakwah Rasulullah SAW dengan istiqamah semasa berdakwah.

B5D18E1Beristiqamah dalam menghayati pengajaran

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

34

Memahami hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

B5D19Memahami perjuangan tokoh -tokoh Islam.

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAHB5D20Melakukan adab Islamiah dalamkehidupan seharian, bersosial, menunaikan ibadat terhadap ibu bapa dan keluarga dan memperoleh ilmu dengan betul dan istiqamah.

hijrah dalam kehidupan.

B5D19E1Beristiqamah dalam menghayati pengorbanan tokoh-tokoh Islam:

Abu Bakar al-Siddiq Khadijah al-Khuwailid Sumaiyah Bilal bin Rabah

B5D20E1Melakukan adab:

menjaga fitrah lelaki dan perempuan berkawan dengan ibu bapa dengan keluarga berguru menuntut ilmu menjaga harta sekolah membaca al-Quran

dengan betul dan istiqamah

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

35

6

Tahu, faham dan boleh buat

dengan beradab mithali

B6Mahir membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menghuraikan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, mengamalkan ibadah, meneladani sirah nabawiyah dan tamadun Islam, mengaplikasikan adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

TILAWAH AL-QURANAYAT BACAANB6D1Boleh membaca surah al-Baqarah ayat 1 – 286 dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih.

AYAT HAFAZANB6D2Boleh menghafaz ayat-ayat tertentu dalam surah al-Baqarah dengan bacaan betul, bertajwid, lancar, fasih dan bertadwir.

AYAT KEFAHAMAN B6D3Boleh mengamalkan isi kandungan ayat daripada surah al-Baqarah dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.

HADISB6D4

B6D1E1Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah al-Baqarah dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih.

B6D2E1Menghafaz ayat daripada surah al-Baqarah dengan bacaan betul, bertajwid, lancar, fasih dan bertadwir:

ayat 1 – 5 ayat 201 ayat 255 ayat 256 ayat 284 – 286

B6D3E1Mengamalkan isi kandungan ayat daripada surah al-Baqarah dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi:

ayat 1 – 5 ayat 34 – 37 ayat 83 ayat 155 – 156 ayat 168 ayat 201 ayat 219 ayat 255 ayat 256 ayat 284 – 286

B6D4E1Mengamalkan isi kandungan hadis pilihan

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

36

Boleh mengamalkan isi kandungan hadis pilihan dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.

’ULUM SYAR’IYAHAKIDAHB6D5Boleh menghayati konsep dan asas akidah dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.

B6D6Boleh menghayati akidah berteraskan rukun iman dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.

B6D7Menghayati konsep muslim dan mukmin dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.

B6D8

dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi. Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin.

B6D5E1Melakukan perkara yang memantapkan akidah secara berterusan dan boleh dicontohi.

B6D5E2Mengawal perlakuan dan pertuturan daripada perkara yang merosakkan akidah secara berterusan dan boleh dicontohi.

B6D5E3Melakukan amalan-amalan sunat sebagai usaha memantapkan iman secara berterusan.

B6D6E1Mempamerkan perlakuan dan pertuturan yang menunjukkan beriman dengan rukun-rukun iman dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.

B6D7E1Mempamerkan imej muslim yang mukmin.

B6D8E1Mempamerkan sikap taat kepada perintah

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

37

Menghayati dalil kewujudan Allah SWT dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.

IBADATB6D9Melaksanakan fardu ain dan fardu kifayah dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.

B6D10Melaksanakan konsep bersuci dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.

B6D11Melaksanakan perlakuan dalam solat dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.

B6D12Melaksanakan solat berjemaah dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.

B6D13

Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

B6D9E1Melakukan amalan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan seharian secara berterusan dan boleh dicontohi.

B6D10E1Melaksanakan konsep bersuci dengan:

Sentiasa memakai pakaian yang bersih dan menutup aurat serta boleh dicontohi.

Melakukan perlakuan wuduk dengan sempurna dan boleh dicontohi.

B6D11E1Menjadikan solat sebagai keperluan hidup dengan sempurna istiqamah, dan boleh dicontohi.

B6D12E1Menjadi imam solat berjemaah dengan sempurna istiqamah, dan boleh dicontohi.

B6D13E1Menghuraikan perbezaan kaedah antara

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

38

Melaksanakan perlakuan dalam solat jumaat dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.

B6D14Melaksanakan solat sunat rawatib dan tahiyatul masjid dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.

SIRAH NABAWIYAH DAN TAMADUN ISLAM B6D15Memahami masyarakat Arab sebelum dan selepas kelahiran Rasulullah SAW.

B5D16Memahami riwayat hidup Rasulullah SAW.

B6D17Memahami perjuangan Nabi Muhammad SAW di Makkah dalam mengukuhkan akidah Islamiah.

B6D18Memahami hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

B6D19

golongan mastautin, bermukim dan musafir dalam solat Jumaat.

B6D14E1Melakukan solat sunat rawatib dan solat sunat tahiyatul secara berterusan dan boleh dicontohi.

B6D15E1Menghindari amalan Jahiliah yang ada masa kini secara beristiqamah dan boleh dicontohi.

B6D16E1Beristiqamah dalam mencontohi keperibadian Rasulullah SAW.

B6D17E1Beristiqamah dalam berdakwah dan boleh dicontohi.

B6D18E1Beristiqamah dalam menghayati pengajaran hijrah dan boleh dicontohi.

B6D19E1Beristiqamah dalam menghayati perjuangan

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

39

Memahami perjuangan tokoh -tokoh Islam.

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAHB6D20Melakukan adab Islamiah dalam kehidupan seharian, bersosial, menunaikan ibadat terhadap ibu bapa dan keluarga dan memperolehi ilmu dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.

tokoh-tokoh Islam dan boleh dicontohi Abu Bakar al-Siddiq Khadijah al-Khuwailid Sumaiyah Bilal bin Rabah

B6D20E1Melakukan adab:

menjaga fitrah lelaki dan perempuan

berkawan dengan ibu bapa dengan keluarga berguru menuntut ilmu menjaga harta sekolah membaca al-Quran

dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi

DSP Pend. Islam Ting. 115 Mac 2012

40