ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · web...

68
PENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai bahasa terbanyak penuturnya di dunia, iaitu berjumlah hampir 300 juta orang. Daerah penyebarannya meliputi negara-negara yang terletak di rantau yang dikenal sebagai Kepulauan Melayu dan juga di beberapa kawasan lain di luar Kepulauan Melayu. Di Kepulauan Melayu atau alam Melayu, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di tiga buah negara yang berdaulat, iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam meskipun Indonesia menggunakan istilah bahasa Indonesia. Singapura yang sekalipun penduduk Melayunya hanya kira-kira 14% mengisyhtiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasminya, atas sebab-sebab sejarah dan lokasinya yang terletak dalam lingkungan negara- negara berbahasa Melayu. Hasil kajian ahli linguistik sejarah dan perbandingan, ahli arkeologi dan ahli antropologi dan penyelidik-penyelidik dari barat menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah wujud pada awal abad Masihi. Walaupun tidak banyak interaksi antara 1

Upload: lamnhi

Post on 09-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

PENDAHULUAN

Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai bahasa

terbanyak penuturnya di dunia, iaitu berjumlah hampir 300 juta orang. Daerah penyebarannya

meliputi negara-negara yang terletak di rantau yang dikenal sebagai Kepulauan Melayu dan

juga di beberapa kawasan lain di luar Kepulauan Melayu. Di Kepulauan Melayu atau alam

Melayu, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di tiga buah negara

yang berdaulat, iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam meskipun Indonesia

menggunakan istilah bahasa Indonesia. Singapura yang sekalipun penduduk Melayunya

hanya kira-kira 14% mengisyhtiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan salah

satu bahasa rasminya, atas sebab-sebab sejarah dan lokasinya yang terletak dalam lingkungan

negara-negara berbahasa Melayu.

Hasil kajian ahli linguistik sejarah dan perbandingan, ahli arkeologi dan ahli

antropologi dan penyelidik-penyelidik dari barat menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah

wujud pada awal abad Masihi. Walaupun tidak banyak interaksi antara pengajian Melayu di

tangan orang Inggeris dengan orang Belanda, banyak penyelidikan dilakukan dan banyak

buku diterbitkan di Britain dan Belanda. Antara tokoh-tokoh penyelidik barat yang

menyelidik bahasa dan bangsa Melayu ialah Andreas Teeuw, Augustus Henry Keane, Frank

Swettenham, Sir Henry Yule, R.O. Winsted, Hugh Clifford, C.A Mees, George Coedes,

Lorenzo Hervasy Panduro, dan Thomas Bowrey. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengupas

dengan lebih lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh dari Barat dan segala sumbangan

yang telah mereka curahkan terhadap kemajuan bahasa dan bangsa Melayu sehingga kini.

1

Page 2: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Andreas Teeuw

Latar Belakang

Nama sebenar A.Teeuw ialah Andreas Teeuw. Beliau lebih sinonim dengan panggilan

A. Teeuw, lahir pada 12 Ogos 1921 di Kota Gorinchem, Belanda. Beliau pernah dilantik

sebagai guru besar pengunjung Yogyakarta selama tiga tahun. Selaku pengajar utama, beliau

memberikan kuliah teori sastera kepada Penataran Tenaga Kesusasteraan Jawa dan Nusantara

di Falkultas Sastra dan Kebudayaan UGM (1979-1981).

Sumbangan A. Teeuw (Dalam Perkembangan Kesusasteraan Melayu Tradisional)

Beliau merupakan salah seorang tokoh dari barat yang penting dalam perkembangan

kesusasteraan Melayu tradisional. Pandangan dan kajian beliau dalam lapangan tersebut

secara langsung dapat memperkembang kesusasteraan Melayu tradisional umumnya dan

perkembangan bahasa Melayu khususnya. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, beliau

berpendapat bahawa daripada kata “sastera” terdapat juga susastera. Awalan su- itu adalah

daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud baik atau indah kerana itu susastera dapat

dibandingkan dengan belles-lettres dalam bahasa Inggeris dan Perancis dan dichtung dalam

bahasa Jerman untuk memberi makna karya-karya sastera yang bernilai estetik.

Bagaimanapun, bentuk kata susastera itu tidak terdapat dalam bahasa Sanskrit atau Jawa

Kuno, hal ini menunjukkan istilah itu dicipta atau diperkembang dalam bahasa Nusantara

dalam masa yang kemudian.

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa kata “kesusasteraan” dalam bahasa

Melayu/Indonesia berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu sastera yang diperkembang menjadi

susastera. Imbuhan ke dan an ditambah untuk memperlengkap bentuk kata terbitan yang

2

Page 3: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

memberikan makna yang padu dan menyeluruh, iaitu segala yang tertulis mempunyai nilai

seni dan estetik serta dengan maksud yang memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran.

Selain “kesusasteraan” dalam bahasa Melayu terdapat pula kata “persuratan” , iaitu daripada

kata “surat” yang sejajar maknanya dengan letters dalam bahasa Inggeris. Letters juga

bermaksud literature, misalnya ungkapan man of letters sebagai orang yang mahir dan

terdidik dalam bidang sastera.

Para pengkaji bahasa dan sastera Melayu pernah menemukan dan membicarakan

penggunaan kata-kata lain yang membawa maksud yang sama, iaitu “pustaka”, “karangan”

dan “ikat-ikatan”. Kata “pustaka” juga berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa

maksud “buku” dalam erti yang luas, tetapi dalam bahasa Melayu Klasik, terdapat juga kata

‘pestaka’ yang membawa maksud magis, sihir dan mantera. Ungkapan “membuka pustaka”

seperti yang terdapat dalam beberapa hikayat lama boleh bererti membacakan sesuatu mantera

atau sihir atau membuka buku tentang sihir, nasib atau penujuman tetapi bagi makna umum

‘pustaka’ masih bererti buku sebagai bidang (kepustakaan) atau himpunan berbagai-bagai

buku (perpustakaan).

Menurut A.Teeuw (1966:v):, yang dimaksudkan dengan sastera panji atau cerita-cerita

panji ialah golongan cerita Jawa-Melayu yang semua berpusatkan Sang Panji, putera kuripan,

yang ada sifat sejarahnya tetapi tidak kurang sifat mitologinya. Pokok utama cerita panji ialah

Panji yang berkelana mencari kekasihnya, pasangannya seringkali bernama Cendera Kirana,

Puteri Daha tetapi hilang atau menyamarkan diri dan menjelma sebagai orang lain. Selama dia

berkelana, Panji mengalami bermacam-macam peristiwa hingga akhirnya dia bertemu semula

dengan kekasihnya. Ternyata motif-motif tersebut telah digabungkan oleh pengarangnya

sehingga menjadi sebuah kerangka cerita yang unik dan dapat dianggap sebagai cerita pola

dan cerita panji yang autentik.

3

Page 4: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Setelah cerita panji sudah lama berkembang di Melaka, pengaruh cerita ini masuk pula

ke Thailand kira-kira akhir abad ke-5 (Kromomamun Phittiyakan, 1975:73-74; Rattiya 1988).

Daerah Pattani di Selatan Thailand memang mempunyai hubungan dengan Semenanjung

Tanah Melayu dan Jawa. Tambahan pula, Pattani pada masa pemerintahan Raja Ijau dan Raja

Biru (1584 M- 1624 M) disebut sebagai pusat kesusasteraan Melayu Tradisional.

Ia pun jikalau berlaku pada hukum syarak.”...

“hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada

anak cucu kita jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.” “Baiklah, tuanku. Tetapi jika

anak buah tuanku dahulu yang mengubahkan dia, maka anak buah patik pun mengubahlah.”

(Situmorang dan Teeuw, 1958:26)

Inilah perjanjian yang menjadi dasar konsep daulat dan derhaka yang melatari

perhubungan antara raja dan rakyat. Dalam Sejarah Melayu, konsep ini jelas memperlihatkan

dengan peristiwa pembunuhan Bendahara Seri Maharaja oleh Sultan Mahmud Syah sebagai

peristiwa kemuncaknya.

Dalam Hikayat Merong Mahawangsa berlaku satu pemberontakan yang direstui oleh

permaisuri sendiri. Raja yang akhirnya bergelar Raja bersiong tidak lagi dapat dibendung

kekejamannya hingga menteri keempat terpaksa mencari jalan mengatasinya. Mereka

mendapat persetujuan dan sokongan daripada permaisuri kerana negeri itu sudah menjadi

sunyi sepi ditinggalkan oleh rakyat yang mengelakkan diri daripada dibunuh oleh raja yang

bertambah zalim itu. Apa yang berlaku dalam Hikayat Merong Mahawangsa boleh dianggap

merujuk secara langsung kepada apa yang diucapkan oleh Demang Lebar Daun:

“.....Tetapi jika anak buah tuanku mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun

mengubahlah.”

4

Page 5: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

(Situmorang dan Teeuw, 1958:26)

Dapat disimpulkan di sini mengapa pengarang Hikayat Merong Mahawangsa tidak

menggunakan istilah derhaka kerana jelas yang memecahkan atau melanggari perjanjian ialah

anak cucu Sang Sapurba iaitu daripada pihak raja. Perkara yang lebih penting yang hendak

dikemukakan oleh pengarang ialah ketaatan dan kesetiaan kepada raja hendaklah kena pada

tempatnya dan bukanlah mengikut secara membuta tuli semata-mata.

Kepopularan Epik Mahabrata di Jawa semakin bertambah, lalu pada abad ke-11 iaitu

ketika Jawa diperintah oleh Raja Erlangga, banyak sekali Parwa tersebut disadur atau

diterjemahkan ke dalam bentuk puisi dengan menggunakan bahasa Jawa Kuno. Kemudian

pada tahun 1157 Masihi, iaitu ketika pemerintahan Raja Jayabhaya dari Kediri, dua orang

pengarang istana (kraton) yang terkenal, iaitu Empu Sedah dan Empu Penuluh telah mengolah

cerita Bharatayudha yang diambil daripada sebahagian cerita Epik Mahabrata. Kemudian

cerita Bharatayudha ini telah disadur pula ke dalam bahasa Jawa Baru oleh Yasadipura 1 dan

Pakubuana ke 3. Ternyata, pujangga-pujangga Jawa amat pintar dan memiliki daya cipta

yang cukup tinggi ketika mengubah semua hasil sastera Hindu tersebut ke dalam bahasa

mereka sehingga terasa sekali keasliannya. Bahkan mengikut pandangan A. Teeuw,

disebabkan kepandaian pengarang Jawa yang amat sangat, tidak terasa adanya hubungan

antara kesusasteraan Sanskrit dengan kesusasteraan Jawa Kuno.

Dalam perbendaharaan kesusasteraan Melayu, Mahabrata muncul dalam bentuk cerita-

cerita Pendawa yang terdiri daripada beberapa hikayat yang berasingan seperti Hikayat

pandawa, Hikayat pandawa Lima, Hikayat pandawa Jaya dan Hikayat pandawa Panca

Kelima.

Sesungguhnya hikayat-hikayat ini asalnya daripada Mahabrata, ia masuk ke dalam

sastera Melayu melalui penyaduran daripada beberapa Kakawin Bhomakawya dan Kakawin

5

Page 6: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Bharatayuddha dan sebagainya. Para sarjana termasuk A. Teeuw berpendapat bahawa cerita-

cerita Pandawa dalam bahasa Melayu sebenarnya tercipta sebagai cerita wayang.

Hampir semua pengkaji sependapat bahawa hikayat-hikayat yang ada kaitan dengan

epik Mahabrata masuk ke Alam Melayu melalui karya-karya Jawa dan tidak dikarang terus

oleh pengarang-pengarang Melayu. Misalnya Hikayat Sang Boma dalam bahasa Melayu

dengan Bhomakawya dalam bahasa Jawa Kuno. Ternyata judul kedua-dua hikayat ini hampir

sama. Hal ini mungkin disebabkan oleh bentuk kedua-keduanya berbeza. Bhomakawya ditulis

dalam bentuk puisi (kakawin), sedangkan Hikayat Sang Boma ditulis dalam bentuk hikayat

(prosa). Dalam kaitan ini, Teeuw menyatakan bahawa penghikayatan Hikayat Sang Boma

bersifat analitis dan terpisah-pisah serta bertele-tele, sedangkan Bhomakawya lebih bersifat

sintesis dan padat. Memang terdapat kata-kata yang sama, tetapi secara keseluruhan terutama

sekali jalan cerita, sudah banyak yang berbeza. Di sini Teeuw menyimpulkan bahawa

Mahabrata masuk ke dalam kesusasteraan Melayu melalui dalang sehingga Hikayat Sang

Boma dianggapnya sebagai suatu penghikayatan wayang Jawa.

A.Teeuw juga berpendapat bahawa batu-batu bersurat atau prasasti merupakan

permulaan tradisi menulis sejarah bagi masyarakat Melayu tradisonal. Tulisan Pallava yang

datang dari India Selatan dipahat di batu bertulis untuk mencatat peristiwa-peristiwa sejarah

yang berlaku pada abad ketujuh itu. Batu-batu bertulis itu termasuklah Batu Bertulis Kedukan

Bukit (683 M), Talang Tuwo (684 M), Batu Kapur (686 M), dan Karang Berahi (686 M).

Yang diabadikan pada batu-batu bertulis itu ialah berita tentang keberangkatan raja

dan pengiring-pengiringnya, sama ada ke negeri baharu atau untuk memerangi musuh. Ada

juga batu bersurat yang mencatatkan perihal kejayaan seseorang raja mengalahkan sesuatu

kerajaan lain. Contohnya, pada Batu Bertulis Kedukan Bukit yang bertarikh 683 M

mencatatkan perihal Raja Jayanasya yang berangkat dari Muara Tamvam dengan ramai

6

Page 7: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

pengiringnya dan kemudian membuka negeri yang diberi nama Sriwijaya iaitu kota yang jaya

atau yang berbahagia dan makmur.

Menurut Teeuw dan Wyatt, (1970 :71-74) Hikayat Patani pula menceritakan bahawa

Raja Patani, Phya Tu Naqpa menghidap sejenis penyakit kulit yang tidak dapat diubati.

Baginda memerintahkan dipalu canang ke seluruh negeri memberitahu sesiapa yang berjaya

menyembuhkan baginda akan dijadikan menantunya. Syeikh Said dari Pasai bersedia

mengubatinya seandainya baginda bersetuju untuk memeluk Islam setelah sembuh. Dua kali

baginda tidak menunaikan janjinya setelah sembuh dan penyakit itu berulang dengan lebih

teruk. Kali ketiga penyakit itu berulang baharulah Raja Pattani itu memenuhi janjinya dan

memeluk agama Islam.

Sumbangan A. Teeuw Dalam Sastera Indonesia

Sumbangannya terhadap kemajuan sastera Indonesia sangat besar dan bererti. Setiap

perkataannya atau pernyataannya yang berhubungan dengan sastera Indonesia baik dalam segi

teori, tentang seseorang ataupun dalam segala hal dapat dipastikan dikutip atau dijadikan

rujukan dalam setiap tulisan siapapun, ilmuwan sastera, pengkritik sastera, ataupun hanya

seorang mahasiswa yang sedang menulis makalah atau tugas kuliahnya. Seperti yang penulis

lakukan, iaitu mengutip kutipan, “Karya sastera tidak lahir dalam kekosongan budaya” (A

Teeuw, 1980: 11) yang diambil dari bukunya Prof. Dr. Rachmat Djoko Pradopo (1995:36).

Senada juga dengan pernyataaan A Teeuw di atas, bahawasanya A Teeuw sendiri tidak

lahir dalam kekosongan budaya. Banyak sebutan bagi sesosok A Teeuw oleh beberapa orang

yang mengetahui penglibatannya di dalam dunia sastera Indonesia. Ada yang menyebut beliau

seorang ilmuan kerana beliau selalu mengkaji dan meneliti sastera dan kemudian

menghasilkan buku-buku yang berhubungan dengan ilmu sastera seperti Sastera dan Ilmu

Sastera (1984) buku yang cukup terkenal dan dipakai di mana-mana. Ada pula yang menyebut

7

Page 8: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

beliau sebagai pengajar kerana beliau aktif mengajar di mana-mana, UI dan UGM salah

satunya yang pernah disinggahi A Teeuw untuk mengajar sastera mahupun mengisi seminar-

seminar atau kuliah umum.

Tercatat sebagaimana pengakuan beliau sendiri dalam kata pengantarnya dalam buku

Sastera dan Ilmu Sastera (1984) beliau seorang guru besar pengunjung di Yogyakarta. Lalu

selama tiga tahun selaku pengajar utama beliau memberikan kuliah teori sastera pada

Penataran Tenaga Ahli Kesusasteraan Jawa dan Nusantara di Fakultas Sastera dan

Kebudayaan UGM (1979-1981). Pada tahun 1981 diberikan pula rangkaian seminar di

Fakultas Sastra UI di Jakarta mengenai pokok yang sama. Dan juga sejak mulai dilaksanakan

program S-2 untuk Sastera di Fakulti Sastera UGM (tahun 1981) setiap tahun beliau diminta

menyelenggarakan kuliah teori sastera. Tidak ketinggalan, beliau juga sejak 1955 sebagai

Guru besar Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dan Indonesia di Universitas Leiden, Belanda.

Di beberapa universiti beliau mendapat beberapa gelaran, antaranya meraih Doktor dari

Universitas Utrecht (1946), menerima gelaran Dr. Honoris Causa dari Universitas Indonesia

(1975). Di luar itu, beliau juga pernah aktif di berbagai-bagai lembaga, seperti Ketua

Departmen Bahasa dan Kebudayaan Universitas Leidien (1968-1986), anggota Ilmu

Pengetahuan Belanda (1971-) dan ketua Komite Belanda untuk Kerja Sama Indonesia-

Belanda (1970-). Kemudian juga pernah mengadakan penelitian tentang sastera Indonesia di

Jakarta (1945-1947) dan Yogyakarta (1977-1978). Serta pernah pula menjadi Lektor Sastera

Melayu di Fakulti Sastera UI (1950-1951) dan guru besar tamu di Universitas Michigan. AS

(1962-1963).

Selain itu, beliau juga dikenali sebagai pengkritik sastera. Beliau dikenali sebagai

pengkritik sastera Indonesia yang berasal dari luar negeri. Maklumlah beliau lahir di negeri

kincir angin, tetapi kemudian menjadi Indonesianis (orang Indonesia) dan kemudian sekarang

menetap di negeri asalnya, Belanda. Seperti yang diungkapkan oleh Nurhadi BW (2005), A

8

Page 9: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Teeuw (Belanda) dan beberapa deret nama seperti Claudine Salmon dari Perancis yang

banyak mengkaji sastra Indonesia Tionghoa atau Harry Aveling dan Keith Foulcher dari

Australia. Selain itu, dapat disebut tokoh-tokoh lain seperti Henri Chambert-Loir, VI

Braginsky, E Ulrich Kratz, Doris Jedamsky dan Pamela Allen (diambil dari KCM.Com).

Mereka semua adalah para kritikus sastra Indonesia yang berasal dari negara asing. Walaupun

demikian, mereka semua sangat faham dengan sastra Indonesia. Begitu juga dengan A.Teeuw,

salah seorang Indonesianis yang sudah puluhan tahun bergelut dengan dunia sastra Indonesia.

Dengan kerja keras dan jasanya serta beberapa karyanya itulah sastera Indonesia dikenali di

kancah antarabangsa.

Tidak banyak ilmuwan sastera Indonesia dari negara Indonesia sendiri yang mampu

memperkenalkan sastera Indonesia di dunia antarabangsa. Dan tidak lupa pula nama-nama

seperti Harry Aveling dan Ian Campbell (Australia), Berhold Damshduser (Jerman) serta

beberapa Indonesianis lainnya, entah itu dari Rusia, Cina mahupun Amerika dan A.Teeuw

sendiri, sastera Indonesia banyak dikenali dikancah antarabangsa. Tanpa jasa mereka

mungkin sastera Indonesia tidak banyak dikenali di dunia. Banyak pula komentar-komentar

A.Teeuw tentang beberapa tokoh sastera Indonesia, baik tentang orangnya atau karya-

karyanya. Seperti komentarnya yang ditujukan kepada sosok HB Jassin (Kritikus sastra

Indonesia dan lebih dikenali pula sebagai “Paus Sastra Indonesia”) dalam hubungannya

dengan kritik sastera Indonesia.

Komentar A. Teeuw dalam Modern Indonesian Literature (jilid 3) tentang kritik

sastera dalam hubungannya dengan HB Jassin, tentu tidak lepas dari hakikat Jassin sebagai

kritikus dengan letupan-letupan intuisi. Kata A. Teeuw, “literary criticism...is indeed rather

underdeveloped”, iaitu kritik sastera benar-benar dalam keadaan terbelakang. Lalu kata A.

Teeuw pula, sepanjang pengetahuan A. Teeuw, HB Jassin tidak pernah “published any

fundamental ideas,” dan juga tidak pernah melakukan “declaration of principles of criticism.”

9

Page 10: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

HB Jassin, kata A. Teeuw tidak pernah menerbitkan gagasan-gagasan pokok dan juga tidak

pernah mendeklarasikan prinsip-prinsip kritik sastera.

Sangatlah pantas beliau menyandang gelar Profesor Doktor Andreas Teeuw kerana

segala tindak tanduknya di dunia sastera tidak diragukan lagi. Ditambah pula dengan karya-

karyanya yang berjumlah cukup banyak, baik berbahasa Indonesia, Inggeris ataupun

berbahasa Belanda, seperti Vooltooid voorspiel: Indonesische Literatur tussen twee

wereldoorlogen (1950), Hariwansa (1950), Pokok dan Tokoh dalam Kesusasteraan Indonesia

Baru 1 (1952), Dialectatlas van Lombok (1954), Pokok dan Tokoh dalam Kesusasteraan

Indonesia Baru II (1955), A critical survey of studies on Malay and Bahasa Indonesia (1961),

Modern Indonesian Literature I & II (Den Haag, 1967, 1979), Sastra Baru Indonesia I

(1978), Tergantung pada Kata (1980), Kesusastraan Baru Indonesia (1980), Khazanah

Sastra Indonesia (1982), Membaca dan Menilai Sastra (1983), Sastra dan Ilmu Sastra (1984

dan 1988) bersama Toeti Heraty, Sastera Indonesia Modern II (1989), Tergantung pada Kata

(1990), Indonesia antara Kelisanan dan Keberaksaraan (1994), Citra Manusia Indonesia

dalam Karya Sastera Pramoedya Ananta Toer (1997), Teori Sastera dan Penelitian Sastera

dan “ Sastera Indonesia, Pribumisasi dan Novel Sastera” dalam Among Kurnia Ebo (Ed.

Sastera di Titik Nadir, Bunga Rampai Teori Sastera Kontemporer (2003) serta beberapa

karya-karyanya yang lain.

Dengan melihat karya-karyanya yang sangat berlimpah dan semuanya itu perihal

sastera Indonesia, sangatlah pantas kita menyebut beliau sebagai Guru Besar, pengajar,

ilmuwan, kritikus dan boleh pula kita melekatkan predikat-predikat lain kepada sosok A.

Teeuw.

10

Page 11: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

R. O. Winstedt

Latar Belakang

Richard Olaf Winstedt dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di Kota Oxford, England.

Ayahnya berasal dari Sweden dan telah menjadi rakyat Britain. Beliau mendapat pendidikan

di Magdalen College School dan di New College, Oxford dari mana dia telah menerima satu

MA. Beliau juga telah berkahwin dengan Sarah Castell, daripada sebuah keluarga yang telah

lama menetap di kota Oxford. Mengikut Bastin (1964:1) Winstedt cepat dan rajin membaca

tetapi sering mengalami penyakit beguk dan tidak dapat menyertai sukan. Oleh itu, beliau

memilih hidup yang alternatif yang wujud dalam buku dan dunia intelektual.

Mengikut Sheppard (Winstedt, 1969) anak muda ini telah memilih kursus metafizika

di Oxford dan pernah mengikuti kursus undang-undang selama setahun di universiti yang

sama. Tetapi beliau ternyata tertawan dengan karya-karya Robert Luois Stevenson pada akhir

tahun ketiga di New College. Oleh hal demikian, jika dilihat dari satu sudut beliau tidak

mempunyai pengkhususan dalam bidang antropologi, sastera ataupun bahasa yang merupakan

bidang yang diceburinya ketika di Tanah Melayu.

Winstedt juga telah menduduki peperiksaan Gabungan Perkhidmatan dalam Negeri

India dan Tanah Jajahan adalah untuk menjadi pegawai kolonial di India, tetapi kerana

kecuaiannya telah tersalah membaca soalan peperiksaan (Bastin, 1964:2) menyebabkan

markahnya agak rendah dan beliau telah di hantar untuk berkhidmat di Tanah Melayu iaitu di

negeri Perak pada tahun 1902 sebagai pegawai pelatih. Melalui pengaruh R.J Wilkinson,

Winstedt akhirnya telah dipindahkan ke Kuala Pilah, ini memberinya peluang untuk

mempelajari sistem matrilenial. Dalam 1913 dia telah dilantik Pegawai Daerah dalam Kuala

Pilah, dan dalam 1916 telah dilantik berkhidmat di jabatan pendidikan. Pada tahun 1920-an

Winstedt menerima Dlittnya daripada Oxford. Dia juga berkhidmat sebagai Presiden pertama,

11

Page 12: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

di Raffles College Singapura, pada tahun 1921 hingga 1931. Sepanjang jawatan sebagai

presiden, dia juga berkhidmat sebagai setiausaha bagi pesuruhjaya tinggi, pada tahun 1923;

bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS), dan anggota Majlis Perundangan, Negeri-negeri

Selat, 1924 hingga 1931; dan sebagai anggota FMS Federal Council, 1927 hingga 1931.

Setelah pencen daripada Perkhidmatan Awam Melayu beliau telah dilantik sebagai

pensyarah, pembaca dan kemudian sebagai Honorary Fellow dalam kajian bahasa Melayu di

School Oriental Studies, di mana beliau juga berkhidmat sebagai ahli Badan Pentadbiran pada

1939 hingga1959. Pada tahun 1938 beliau juga telah dilantik sebagai presiden di Association

of British Malaya sehingga tahun 1939. Di samping itu beliau juga dilantik sebagai ahli

Jawatankuasa Penasihat Pejabat Tanah Jajahan mengenai Pendidikan, 1936 hingga 1939.

Kemudian beliau juga telah dilantik sebagai presidan di Royal Asiatic Society pada tahun

1947. Beliau juga turut berkhidmat di British Academy dan menjadi ahli kehormat bagi

Southeast Asia Institute, Royal Batavian Society, dan di Kon Instituut voor TaalLanden

Volkenkunde. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2 Jun 1966.

Sumbangan R.O. Winstedt

Sewaktu bekerja di Kuala Pilah beliau telah menghasilkan dua buah buku yang

berjudul colloquial (Malay: A Simple Grammar with Consorvations) dan sebuah kamus yang

dianggap sangat penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu A Dictionary of colloquial

Malay-English and English Malay pada tahun 1920. Kamus Winstedt ini dianggap baik

kerana mengandungi banyak maklumat tentang geografi tempatan. Di samping itu, beliau juga

banyak memasukkan kata-kata bahasa Indonesia. Menurut Jurnal Australian Journal of

Politics and History, “Winstedt adalah cendikiawan British pertama untuk membuat satu

12

Page 13: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

kajian yang sistematik mengenai bahasa Melayu untuk tujuan-tujuan bersejarah, malah

mengaplikasikan pendekatan saintifik dalam tulisannya mengenai Sejarah Melayu.”

Dengan kata lain kamus Winstedt ini banayak menunjukkan persamaan antara bahasa

Melayu dan bahasa Indonesia. Menjelang abad ke-20 Winstedt juga telah menghasilkan buku

tatabahasa Melayu yamg berjudul Malay Grammar iaitu pada tahun 1913. Namun begitu pada

tahun 1958 Winstedt telah menghasilkan An Unabridget English-Malay Dictionary diikuti

dengan Kamus Bahasa Melayu pada tahun 1960..

R.O Winstedt juga turut memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan orang

Melayu khususnya, dia sangat berminat untuk mendidik orang Melayu. Atas cadagannya

Sultan Idris Training College (S. I. T. C) telah ditubuhkan pada 1922. Pada tahun 1997,

kerajaan Malaysia telah menaik tarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti

Perguruan Sultan Idris (UPSI). Manakala Winstedt pula telah dianugerahkan Order of British

Empire, Order of St Micheal and St. George oleh kerajaan British. Dari segi kerjaya R.O

Winstedt juga telah berkhidmat di Pejabat Karang Mengarang yang telah ditubuhkan di

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1924. R.O Winstedt dan O.T Dussek telah

dilantik menjadi penasihat. Antara tahun 1924-1957 Pejabat Karang Mengarang di bawah

nasihat R.O Winstedt telah berjaya menerbitkan 85 buah buku bacaan sekolah dibawah Malay

School Series.

Di samping itu, R.O Winstedt juga banyak menghasilkan buku-buku mengenai

kesusasteraan Melayu sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai British di Tanah Melayu.

Pada tahap awal penulisannya dalam bidang sastera bermula pada tahun 1907 iaitu lima tahun

sejak beliau menetap di Perak. Atas galakan R.J Wilkinson Winstedt telah menghasilkan esei

yang berjudul “The Literature of Malay Folklore. Beginning: Fables, Farcical Tales,

Romance” Wan Abdullah Sabary misalnya telah menggolongkan esei ini dalam siri Papers of

13

Page 14: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Malay Subject yang agak khusus ditujukan pada pegawai kolonial Inggeris untuk mengenali

Tanah Melayu. Selanjutnya pada tahap kedua beliau telah menerbitkan A History of Classical

Malay Literature diikuti dengan “Father Civet” pada tahun 1908 dan diikuti dengan “Musang

Berjanggut” setahun selepas itu. Inti ceritanya yang didengar berpuluh-puluh zaman telah

dihidupkan kembali oleh R.O Winstedt. Dalam bahasa yang sesuai dengan zaman itu.

Sebagai perkembangan pada tahun 1910 Winstedt sendiri telah merumikan “Hikayat

Seri Rama” dan setahun selepas itu beliau menghasilkan esei yang berjudul “Awang Sulung

Merah Muda”, iaitu sebuah sastera rakyat yang dituturkan oleh Pawang Ana, seorang

penglipur lara keturunan Temusai. Diikuti dengan esei berjudul “Hikayat Anggun Che

Tunggal” yang dihasilkan pada 1914. Beliau juga turut menghasilkan esei yang berjudul

“Misa Melayu” pada tahun 1919 dan diikuti dengan “Shaman, Saiva and Sufi. A study of the

evolution of Malay magic” pada tahun 1925. Selain itu dalam bidang kesusasteraan Melayu

R.O Winstedt juga menghasilkan karyanya yang berjudul “A Malay History of Riau and

Johore”, etc. (Malay text of the tuhfat al-naf+s) pada tahun 1932. Pada tahun yang sama juga

beliau telah menerbitkan karyanya yang berjudul “A History of Johore”. Iaitu mengenai

tentang silsilah kerajaan Johor. Sumbangannya dalam bidang sastera tidak terbatas malah

pada tahun 1934 beliau sekali lagi menghasilkan sebuah tulisan yang berjudul “A History of

Perak” dan diikuti dengan “A History of Malaya”. Pada tahun 1938 beliau telah menghasilkan

karya yang berjudul “The Date, Autorship, Content and Some New MSS. Of the Malay

Romance of Alexander the Great” diikuti dengan “The Malay Annals or Sejarah Melayu;,

(with ‘ An Outline of the Malay Annals...). Manakala pada tahun 1940 beliau menghasilkan

karya yang berjudul “Valentjin Copy of The Sejarah Melayu”.

Pada tahun 1941 pula beliau menghasilkan karya yang berjudul “The Panji Tales” dan

“A Literary Device Common to Homer and the East”. Diikuti pula pada tahun 1943 dengan

karya yang berjudul “Nature in Malay Literature and Folk Verse”. Manakala pada tahun 1944

14

Page 15: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

pula beliau menghasilkan “An Undescribed Malay Version of the Ramayana” Sumbangannya

dalam bidang bahasa dan sastera amat besar dengan kemunculan “The Malays: a cultural

history” pada tahun 1947. Pada tahun yang sama juga Winstedt juga telah menghasilkan

karyanya yang berjudul “Notes On Malay Subjects.

Sumbangannya dalam bahasa Melayu tidak berhenti di sini sahaja, pada tahun 1949

beliau telah menghasilkan “A Panji Tale From Kelantan” dan “Malay Annals Again, Goa and

the King Of Singapore”. Pada tahun 1961 beliau telah menghasilkan 1 lagi tulisannya yang

berjudul “Modern Malay Poetry”.

15

Page 16: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

C.A Mees

Latar Belakang

C.A Mess merupakan seorang warga Belanda yang mula dikenali pada tahun 1935

apabila beliau terlibat dalam kajian tentang bahasa-bahasa di Asia Tenggara. Beliau

merupakan seorang tokoh pengkaji bahasa Melayu. Beliau pernah mengembara dan menetap

di British, Belanda, Jerman dan ke nusantara seterusnya. Beliau juga banyak menghasilkan

buku-buku tentang bahasa Melayu, yang kemudiannya diguna pakai oleh kerajaan tertentu. Ini

jelas apabila buku Salasilah Kutai terbitan Bahagian Humas Pemerintah Daerah Tingkat 2

Kutai (1979) yang naskahnya berasal dari buku De Kroniek van Koetei karangan C.A.Mess

(1935) manakala buku yang membincangkan tentang bahasa melayu ialah buku “Tatabahasa

Indonesia”.

Sumbangan C.A.Mess

Dr. C. A. Mess, dalam “Tatabahasa Indonesia” (G. Kolff & Co., Bandung, 1953)

menolak pemakaian “dimana”. Ia juga menolak pemakaian “pada siapa”, dengan siapa,

untuk diganti dengan susunan kalimat Indonesia yang “tidak meniru jalan bahasa Belanda”,

dengan mempergunakan kata tempat, kawan atau teman.

Misalnya: “orang tempat dia berhutang” (bukan: pada siapa ia berhutang);” orang

kawannya berjanji tadi” (bukan: orang dengan siapa ia berjanji tadi). Bagaimana

kemungkinannya untuk bahasa jurnalistik? Misalnya: Rumah dimana saya diami”, yang

berasal dari “The house where I live in”, dalam bahasa Indonesia semula sebenarnya cukup

berbunyi: “Rumah yang saya diami”. Misal lain: “Negeri dimana ia dibesarkan”, dalam

16

Page 17: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

bahasa Indonesia semula berbunyi: “Negeri tempat ia dibesarkan”. Dari kedua misal itu terasa

bahasa Indonesia semula lebih luwes, kurang kaku. Meski begitu tak bererti kita harus

mencampakkan kata dimana sama sekali dari pembentukan ayat bahasa Indonesia.

Buku-buku karangan C. A. Mees juga digunapakai dalam sistem pentadbiran oleh

kerajaan-kerajaan dahulu. Ini jelas apabila buku Salasilah Kutai terbitan Bahagian Humas

Pemerintah Daerah Tingkat 2 Kutai (1979) yang naskahnya berasal dari buku De Kroniek van

Koetei karangan C.A. Mees (1935). Sementara itu juga, buku C. A. Mees sendiri bersumber

dari naskah kuno dalam tulisan huruf Arab karya Tuan Chatib Muhammad Tahir pada 21

Dzulhijjah 1285 Hijriah.

Selain itu, nama ahli tatabahasa Melayu yang besar sumbangannya dalam meletakkan

dasar tatabahasa Melayu, misalnya Ch. Van 588 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 4

Ophuysen, C. A. Mees, Madong Lubis, Raja Ali Haji, Sasrasie-ganda, Sutan Mohd. Zain,

Sultan Takdir Alisyahbana, Slametmuljana, Za’aba dan lain-lain. Hasil usaha mereka dengan

jelas memperlihatkan persamaan dalam hal-hal dasar tentang tatabahasa Melayu, sehingga

buku tatabahasa di Indonesia, misalnya, dapat juga diterima di Malaysia. Hal ini dengan

mudah dapat difahami kerana semua ahli tatabahasa itu mendasarkan tatabahasa yang disusun

itu pada karya-karya besar dalam bahasa Melayu seperti Sejarah Melayu dan sebagainya.

Menurut C. A. Mees (1969), bahasa Melayu di Indonesia mula memperlihatkan tahap

yang lebih mantap di sekitar tahun 1950-an, sesudah mengalami kekacauan bentuk bahasa

dalam zaman pendudukan Jepun, di samping kekacauan bahasa yang berpunca daripada

percubaan orang Jawa menjadikan bahasa Melayu ‘lebih bersifat Indonesia’ (tetapi pada

hakikatnya mereka berusaha menjadikan bahasa tersebut lebih bersifat Jawa). Kian

berkurangnya kekacauan bahasa itu rupa-rupanya ada hubungannya dengan usaha

memberikan perhatian kepada pengajaran bahasa yang baik. Dalam hubungannya dengan hal

17

Page 18: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

ini, besar sekali sumbangan majalah Pembina bahasa Indonesia yang dipimpin oleh Sutan

Takdir Alisjahbana. Majalah ini memuatkan tulisan-tulisan tentang selok-belok bahasa

Indonesia dan perbahasan di sekitarnya sehingga tepat benarlah nama majalah itu dengan

peranan yang dimainkannya, iaitu pembina bahasa. Tidak diragui lagi akan usaha pembinaan

bahasa yang digerakkan oleh ahli-ahli bahasa Indonesia pada tempoh itu didasarkan pada

sifat-sifat Melayu yang menurut C. A. Mees (1969) ‘kembalilah pula kepada alurnya sendiri’.

Edisi pertama majalah tersebut dengan tegas mengingatkan bahawa kaum pengarang tidak

seharusnya mengambil kata-kata daripada bahasa daerah. Kalau tidak perlu, atau sesuka hati

sendiri saja kerana kesatuan bahasa itu akan hilang dengan tindakan yang demikian.

Bahawa bahasa yang dijadikan bahasa kebangsaan Indonesia itu adalah bahasa Melayu

diperteguh dalam Kongres Bahasa Indonesia Kedua (28 Oktober – 2 November 1954) di

Medan. Kongres tersebut memutuskan bahawa ‘Asal bahasa Indonesia ialah bahasa Melayu

yang disesuaikan pertumbuhannya dalam masyarakat Indonesia sekarang,” dan disarankan

menjadi alat pembinaan kebudayaan moden di Indonesia. Ini ditegaskan dalam Kongres

Bahasa Indonesia Ketiga (28 Oktober hingga 3 November 1978). Dalam Kongres Bahasa

Indonesia Keempat (21-26 November 1983) pula, peranan bahasa Melayu di Indonesia

ditekankan dalam hubungannya dengan seluruh bidang kehidupan.

Pendapat C. A Mees yang menyatakan bahawa Melayu yang termasuk rumpun bahasa

Nusantara yang serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia

dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya

kekerabatan dan perkaitan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah.

Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan

Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia

tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

18

Page 19: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang

dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa

Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur

berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Bahasa di Asia Tengah berasal dari

keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu dan Burma.

Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil,

Malayalam dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian

Timur, Tenggara dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat

kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia dan Polinesia.

C. A. Mees juga menunjukkan bahawa bahasa Austronesia ini banyak persamaan.

Kata-kata seperti mata, lima dan telinga sering timbul dalam bahasa-bahasa tersebut. Sistem

imbuhan dan susunan tatabahasa juga banyak persamaan. Perbezaan yang besar seperti dalam

bahasa Indo-Eropah, misalnya antara bahasa Perancis dan Jerman, Sanskrit dan Inggeris, tidak

ada pada bahasa-bahasa Austronesia.

Dalam pengkajian tentang Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H. N. Van der Tuuk

dan diperluas oleh J.L. A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L

dikatakan oleh C.A. Mees bahawa “Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana

pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak

sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, telinga dan sebagainya, mahupun

pada sistem imbuhan dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa

Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak

ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak

berubah dalam morfologi” juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan

dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.

19

Page 20: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Seterusnya, menurut pandangan C.A Mees (1954), beliau mengatakan kerajaan

Sriwijaya telah mendirikan satu Perguruan Tinggi Buddha. Banyak mahasiswanya yang

datang belajar adalah berasal daripada seluruh pelusuk kawasan jajahan kekuasaannya.

Terdapat juga mahasiswa yang menunutut di Perguruan Tinggi ini berasal daripada kerajaan

jiran tetangganya seperti kerajaan Champa dan kerajaan Kambodia. Dalam institusi Perguruan

Buddha ini, bahasa pengantar bagi pengajarannya ialah Bahasa Melayu Kuno atau lingua

franca Kw’en Lun.

Dalam pengajiannya tentang makhluk seperti manusia yang terdapat di Asia Tenggara

pada zaman Purba mengikut sumbernya C.A Mees, Homo erectus ialah jenis makhluk yang

dibangsakan kepada manusia yang telah lama wujud di wilayah Asia Tenggara. Makhluk ini

jauh lebih tua daripada makhluk yang ditemukan di Negara China yang dikenali dengan

panggilan China Man. Homo erectus ini juga dikenali sebagai Manusia Jawa atau Java Man

yang ditemui dan berumur 1,400,000 tahun.

Bahkan ada juga tulang-tulang rangkanya yang ditemui telah berumur kira-kira 1,900,000

tahun, sebagaimana yang telah ditemui di Pulau Jawa. Manusia ini juga terdiri daripada

pelbagai jenis seperti Meganthropus Palaeojavanicus, Pithencanthropus Robustus,

Pithecanthropus Erectus, Homo Soloensis, Homo Wajakensis dan banyak lagi gelaran yang

diberikan pada makhluk ini. Tinggalan-tinggalan daripada mereka ini banyak ditemukan di

pelbagai tempat di daerah jawa tengah terutamanya dan jawa timur seperti di kawasan

Kedungbrubus, Trinil, Tarigi, Gombang, dan Sangiran. (C.A. Mees, 1967; Widjiono Wasis,

1991) .

20

Page 21: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Thomas Bowrey

Latar Belakang

Thomas Bowrey adalah seorang tokoh yang menghasilkan buku perkamusan Melayu

dan buku tatabahasa Melayu. Beliau dilahirkan pada tahun 1669 di Bristol, St Phillips,

Gloucestershire London England dan telah menyertai syarikat Hindia Timur Inggeris ke Asia

Tenggara. Thomas Bowrey hidup selama 44 tahun sahaja kerana meninggal dunia pada tahun

1713. Beliau telah mengembara ke Asia Tenggara selama 19 tahun dan menghasilkan

beberapa buah karya. Selama beliau tinggal di Teluk Benggal dan kepulauan-kepulauan di

Asia Tenggara beliau telah menghasilkan kamus dwibahasa yang pertama pada lewat kurun

ke 17. Kamus itu ditulis ketika dalam perjalanan pulang ke England pada tahun 1688 dan

kemudiannya diterbitkan oleh “The Sam London” pada tahun 1701. Kamus ini bertajuk A

Dictionary of English and Malayo-Malayo and English (1701). Beliau juga mengkaji

tatabahasa Melayu semasa berada di Kepulauan melayu dan walaupun amat ringkas dalam

Bahasa Inggeris yang terkandung dalam kamus tersebut. Kamus ini dicetak oleh The Sam

London ketika beliau berumur 32 tahun iaitu daripada 13 tahun barulah kamus beliau

dikeluarkan dan merupakan kamus pertama dwibahasa Inggeris Melayu dihasilkan.

Sumbangan Thomas Bowrey

Sumbangan Thomas Bowrey dalam bahasa Melayu adalah amat besar terutamanya di

dalam bidang perkamusan. Beliau adalah tokoh pertama yang menghasilkan perkamusan

Melayu Inggeris dan telah berkembang dengan pesat penggunaannya sehingga kini. Kamus

21

Page 22: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

beliau telah diterbitkan pada tahun 1701 oleh The Sam London yang bertajuk A Dictionary of

English and Malayo-Malayo and English (1701).

Selepas 19 tahun berdagang di Teluk Benggal dan kepulauan-kepulauan di Asia

Tenggara, seorang tokoh Inggeris iaitu Thomas Bowrey boleh dilihat telah mencapai

profesion di Tanah Melayu pada lewat kurun ke 17. Dalam perjalanan pulang ke tempat tanah

airnya iaitu England yang amat jauh pada tahun 1688, Thomas Bowrey telah menulis sebuah

kamus dwibahasa yang mana kemudiannya karya beliau ini telah diterbitkan oleh The Sam

London pada abad ke 18 iaitu pada tahun 1701. Pada bahagian pendahuluan kamus ini,

Thomas Bowrey telah menulis bahawa, “... di mana-mana sahaja di kepulauan-kepulauan

ini..., Bahasa Melayu telah diterima dan secara umumnya digunakan di semua pelabuhan di

kepulauan-kepulauan itu,” dan beliau juga menulis bahawa “...hanya untuk perdagangan di

kebanyakan tempat di mana Bahasa Melayu digunakan .” Kamus beliau ini mengandungi

senarai-senarai perkataan yang wujud dalam bahasa Inggeris-Melayu dan juga dalam Melayu-

Inggeris. Sebagai tambahan beliau juga ada memasukkan seperti berikut:

(a) Penerangan dan peraturan tatabahasa pendek

(b) Beberapa perkara

(c) Dialog-dialog

(d) Surat-surat dalam bahasa Inggeris dan Melayu

Kamus ini menerangkan dua bahagian iaitu:

(a) Sebahagian aspek-aspek semulajadi dalam morfologi kata kerja Melayu

terutamanya yang berkaitan dengan imbuhan pasif dan transitif me- dan ber- dan

bandingkan dengan fungsi-fungsi ayat moden kini yang boleh dijumpai di dalam

buku Tatabahasa Dewan (1994).

22

Page 23: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

(b) Penerapan semulajadi ke atas sebentuk asas sintetik bahasa Melayu dan

perbandingannya dengan yang ada pada masa kini.

Pada bahagian morfologi, adalah difahamkan bahawa beberapa fungsi kepada

imbuhan ber- adalah amat hampir dengan imbuhan aktif meng-. Ini adalah bertentangan

dengan tatabahasa moden pada buku Tatabahasa Dewan (1994). Sebagai penanda pasif, ia

kelihatan seperti mempunyai versi bahasa Melayu yang lebih karya berbanding dengan

imbuhan pasif pada bahasa Melayu lewat kurun ke 17. Sebagai bentuk asas di dalam

sintaksis (syntax), ia akan melaporkan tentang penerapan ke atas ayat –ayat kompliment,

persaudaraan dan bentuk-bentuk struktur interrogatif. Teori morphologikal tradisional akan

digunakan untuk menerangkan morfologi itu. Sementara itu, teori X’daripada “Principles

and Parameters of Culicover” (1997) akan digunakan untuk pembentukan tentang sintatik.

Sejarah perkembangan Bahasa Melayu amatlah membanggakan kita. Perubahan ejaan

kerap berlaku sejak dari tahun 1701, iaitu Ejaan Rumi Thomas Bowrey Sistem ini menjadi

begitu popular di kalangan guru dan murid sekolah sehingga ia terkenal juga sebagai ejaaan

sekolah. Sistem ini digunakan sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu bahasa

Melayu. Sistem ejaaan baru telah dirasmikan pada 16 Ogos 1972. Ini bermakna sudah

hampir 25 tahun ejaan baru dilaksana dan digunakan. Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan

pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia, bagi pihak

kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia.

23

Page 24: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

George Coedes

Latar Belakang

George Coedes merupakan salah seorang sarjana barat yang telah banyak mengkaji

sejarah dan perkembangan di Asia Tenggara. Beliau dilahirkan di Paris dan berketurunan

Hungary. Beliau telah mempelajari indologi di Sorbonne dan seterusnya mempelajari bahasa

dan budaya Sanskrit di Berlin bersama R. Pischel. Beliau telah banyak menumpukan

perhatian pada epigrafi Khmer dan telah menulis banyak tentangnya. Beliau juga telah

menerbitkan artikel bertajuk “Le Royoume De Crivijaya” pada tahun 1918 di Hanoi dan ini

telah meningkatkan lagi reputasinya di kalangan orientalis barat.

Coedes dilantik sebagai kurator di Perpustakaan Kebangsaan Thailand dalam tahun

1918 dan menjadi pengarah L’Ecole francaise d’Extreme-Orient sekitar tahun 1929 hingga

1946. Dalam tempoh masa ini, beliau telah menerbitkan bukunya yang bertajuk “ Recueil Des

Inscriptions Du Siam” (Bangkok, 1924-29, 2 vols). Kemudian, beliau telah menerbitkan buku

yang mempunyai siri yang panjang di antara tahun 1937 dan 1942. Tajuk buku tersebut ialah

“Inscription Du Cambodge”. Beliau menerbitkan buku edisi pertama yang bertajuk “Etats

Hindouises d’ Indochine et d’Indonesia” di Hanoi pada tahun 1944 dan edisi kedua pula

diterbitkan pada tahun 1964 di Paris.

Coedes menjalinkan hubungan kerjasama yang baik di antara L’Ecole francaise

d’Extreme-Orient dan orang-orang Belanda yang merupakan kawan-kawannya dari

Koninklijk Bataviaasch Genootschap van Kunsten en Wetenschappen di Batavia. Pada tahun

1928, Coedes telah mengadakan lawatan ke ibu negeri Belanda Timur dan pada tahun 1930,

pengarahnya pula telah datang ke L’Ecole francaise d’Extreme-Orient di Indochina. Ini

menunjukkan bahawa Coedes mempunyai hubungan yang cukup baik dengan orang-orang

Belanda.

24

Page 25: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Coedes kembali ke Perancis selepas peperangan dunia kedua dan berkhidmat di Ecole

pratique des Hautes Etudes sebagai tenaga pengajar sehingga bersara. Selepas itu beliau

tinggal di Paris sehinggalah beliau mati pada tahun 1969. Coedes telah menulis banyak teks di

dalam kajiannya antaranya ialah, “The Indianized States of Southest Asia (1968,1975)” dan

“The Making of South East Asia (1966)” di mana beliau telah membina satu konsep

“Indianized Kingdom”. Beliau juga telah menulis buku bertajuk “Angkor An Introduction”

yang telah diterbitkan di Paris pada tahun 1947.

Sumbangan George Coedes

George Coedes merupakan penyumbang terbesar dalam kajian berkenaan kerajaan

terdahulu Sriwijaya iaitu kerajaan yang berpusat di Palembang Indonesia dan telah meluaskan

kawasan jajahannya hingga ke Semenanjung Malaysia dan Tanah Jawa. Coedes telah

membentangkan hasil penemuan dan tafsirannya berkenaan Sriwijaya dalam akhbar

berbahasa Belanda dan juga bahasa Indonesia sekitar tahun 1920.

Coedes juga adalah salah seorang daripada pengkaji yang menyatakan bahawa daerah

Asia Tenggara telah lama bertamadun. Ini adalah berdasarkan kajiannya ke atas tinggalan-

tinggalan zaman terdahulu. Antaranya beliau telah berjaya mentranselitkan prasasti bahasa

Melayu tertua yang ketiga iaitu prasasti Kedukan Bukit. Prasasti ini ditemukan di sebuah

kampung bernama Kedukan Bukit di tepi sebuah sungai yang bernama Sungai Tatung dan di

kaki sebuah bukit yang bernama Bukit Seguntang. Nama bukit Seguntang ini ada tercacat

dalam buku Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin). Prasasti ditemukan pada tahun 683 masihi

tidak jauh dari Kota Palembang, ibu kota propinsi Sumatera Selatan.

Selain daripada itu, Coedes juga telah berjaya mentranselitkan prasasti yang

ditemukan di Talang Tuwo iaitu di Palembang, Sumatera Selatan. Prasasti ini bertarikh pada

25

Page 26: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

684 Masihi. Prasasti ini seterusnya yang telah diterjemahkan oleh Coedes ialah prasasti yang

ditemui di Kota Kapur, di Pulau Bangka. Prasasti ini bertarikh pada 686 Masihi. Satu lagi

prasasti yang telah diterjemahkan oleh Coedes ialah prasasti yang ditemukan di Karang

Berahi. Prasasti ini bertarikh pada 686 Masihi.

Daripada penemuan-penemuan prasasti ini, dapatlah kita mengetahui ciri-ciri bahasa

yang digunakan, adat resam serta kepercayaan sesuatu bangsa dan masyarakat pada masa itu

di Nusantara ini. Dengan adanya terjemahan pada prasasti tersebut maka pengkajian bidang

Sejarah Bahasa Melayu menjadi semakin luas. Daripada teks yang terdapat pada prasasti-

prasasti tersebut, kita dapat mengumpulkan kata-kata yang boleh diberi padanannnya dengan

kata-kata bahasa Melayu Moden. Selain itu juga, kita boleh melihat persamaan dan perbezaan

kosa kata, morfem, fonem, morfologi, fonologi dan sebagainya antara bahasa Melayu Kuno

dengan bahasa Melayu Moden.

26

Page 27: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Lorenzo Hervasy Panduro

Latar Belakang

Lorenzo Hervas y Panduro adalah seorang Bahasa Sepanyol Jesuit dan ahli filologi

terkenal. Beliau dilahirkan di Horcajo pada 1 Mei 1735 dan telah meninggal dunia di Rom

pada 24 Ogos 1809. Filologi berasal dari bahasa Yunani, Filologi merupakan ilmu yang

mempelajari naskah-naskah manuskrip, biasanya dari zaman kuno. Tugas seorang Filologi,

nama untuk ahli Filologi, ialah meneliti naskah-naskah ini, membuat laporan tentang keadaan

naskah-naskah ini dan menyunting teks yang ada didalamnya. Lorenzo Hervas merupakan

Ilmuan filologi biasanya berdampingan dengan paleografi atau ilmu tentang penulisan pada

masa lampau.

L. Hervas memasuki Jesuit yang diarahkan di Madrid iaitu Madrid adalah ibu kota dan

kota terbesar di Sepanyol. Kota ini terletak di Sungai Manzanares di bahagian tengah negara

Sepanyol. Beliau belajar di Alcala de Henares. Alcala’ de Henares adalah sebuah kota di

Sepanyol.

Beliau menumpukan dirinya dengan semangat khas untuk seni bina iaitu Arsitektur

dan linguistik. Arsitektur adalah seni dan ilmu dalam merancang bangunan. Dalam ertinya

yang lebih luas, arsitektur mencakup merancang dan membangun keseluruhan lingkungan

binaan, mulai daripada level makro iaitu perencanaan kota, perancangan perkotaan, arsitektur

landskap, hingga ke level mikro iaitu pereka bangunan, pereka perabot dan pereka produk.

Arsitektur juga merujuk kepada hasil-hasil proses perancangan tersebut dan linguistik.

Linguistik adalah ilmu bahasa. Bergantung kepada sudut pandangan, pendekatan seorang

peneliti, maka ilmu linguistika seringkali digolongkan pada ilmu kognitif, psikologi dan

antropologi.

27

Page 28: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Pada suatu masa, belaiu mengajar seminar diraja di Madrid dan Kolej Jesuit Murcia.

Kemudian, beliau pergi ke Amerika sebagai mubaligh dan tetap berada di situ sehingga 1767.

L. Hervas kembali ke Eropah, dan mempunyai kediaman pertama di Cesena, Itali kemudian

ke Rom pada 1784.

Sumbangan Lorenzo Hervasy Panduro

Pada tahun 1799, beliau kembali ke tanah air namun empat tahun berikutnya

menghabiskan sisa-sisa hidup beliau di Sepanyol dan hidup di Rom.

Beliau tekun dan diberi peluang secara luar biasa. Dengan itu memberikan beliau

ruang mengkaji maklumat tentang simpulan bahasa secara terperinci yang tidak diketahui dan

dikaji dalam khazanah sastera. Keputusan daripada pembelajaran beliau simpan dalam satu

siri nombor kerja-kerja yang pertama dicipta oleh orang Itali dan kemudian diterjemahkan ke

dalam bahasa Sepanyol.

Kerja terbesar beliau adalah wacana kosmografi, “Idea dell’ Universo” (Cesena, 1178-

87, in 21 vols. In 4to). Ia mengandungi beberapa bahagian, hampir semua dapat

diterjemahkan ke dalam Sepanyol dan muncul seperti memisahkan kerja-kerja. Ini amat

penting di mana wujudnya secara berasingan di Itali pada tahun 1784, hasil beliau bertajuk

“Catalogo de las lenguas de las naciones conocidas, y numeracion division y clase de estas

segun la diversitad de sus idiomas y dialectos” (Madrid, 1800-5 6 vols).

Percubaan L. Hervas di sini adalah untuk menyiasat asal usul dan hubungan etnologi

bangsa yang berbeza ke atas dasar bahasa. Objektif utama buku bukan sebenarnya

filologi.Vol I adalah ‘merawat saya bangsa Amerika dan simpulan bahasa’; Vol II’ bagi

pulau-pulau mereka dalam Orang India dan Pacific Oceans’; (Jilid-jilid baki, amat

menyayangi Orang Eropah bahasa-bahasa, adalah kerendahan mutu dalam nilai yang pertama

dua. Dialek-dialek Amerika adalah sudah tentu lebih baik menggambarkan rahsia daripada

28

Page 29: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

mereka yang sebelum ini; (kewujudan seorang Melayu dan Polinesia ucapan keluarga telah

ditubuhkan).

Untuk penentu afiniti dalam persamaan bahasa ke dalam tatabahasa yang ditekankan

sebagai menentang kesamaan yang kecil dalam perbendaharaan kata. Semasa di sana beliau

melihat kesilapan-kesilapan dan kecacatan-kecacatan dalam kerja (ia dikalahkan yang ia

menyampaikannya bahan dengan akademik ketepatan dan oleh itu terbukti berguna untuk

penyiasat terlambat).

Bahagian kerja yang lain muncul berasingan di Itali dan kemudian di Sepanyol adalah

(“Virilita dell’Uomo”(4 vols.,1779-80); “Vecchiaja e morte dell’ Uomo” (1780); Viaggio

estatico al Mondo planetario” (1780); “Storia della Terra” (1781-83, 6 vols.); “Origine,

formazione, mecanismo ed armonia degl’ Idiomi” (1785); “Vocabolario, Poliglotto, con

prolegomeni sopra piu de CL lingue” (1787); “Saggio practicco delle Lingue con prolegomeni

e una raccolta di orazioni dominicali in piu di trecento lingue e dialetti” (1787).

Selain itu, beliau juga menulis satu nombor kerja pendidikan untuk pekak mutes,

(yang terbanyak kewujudan penting), kerja-kerja yang aksara pelbagai dan juga meninggalkan

satu nombor kerja-kerja yang belum disunting.

29

Page 30: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Hugh Clifford

Latar Belakang

Hugh Clifford atau lebih dikenali di Tanah Melayu sebagai Sir Hugh Clifford. Beliau

telah mengembara ke tanah melayu pada tahun 1887 iaitu berumur 17 tahun. Setelah berada

lama dan bergaul dengan masyarakat melayu, beliau telah mula faham dan fasih berbahsa

melayu. Oleh itu, beliau telah berminat untuk mengkaji asal usul bahasa Melayu. Pada

18.12.1941, Sir Hugh Clifford, satu nama yang tidak asing dalam sejarah Pentadbiran British

di Pahang telah meninggal dunia. Hugh Clifford yang dilahirkan pada 5 Mac 1866 di

Ugbrooke Park Devon, London. Beliau ketika itu yang baru sahaja lulus peperiksaan asas

memasuki tentera telah dipilih oleh sepupunya Sir Frederick Weld yang menjadi Gabenor

Negeri-negeri Selat untuk menjadi kadet bagi perkhidmatan di Perak, Selangor dan Sungai

Ujong bersama 11 orang kadet-kadet yang lain.

Tugasnya yang pertama di British Malaya ialah sebagai Setiausaha kepada Resident

Perak Sir Hugh Low. Walaubagaimanapun, setelah lancar dalam bahasa Melayu Clifford telah

dilantik menjadi pemungut hasil tanah di Kuala Kangsar pada bulan Mac 1855. Apabila

British mencampuri urusan di Pahang Clifford telah dihantar sebagai wakil British di Pekan

tanpa mempunyai kuasa yang luas. Clifford dipertanggungjawabkan untuk mendesak Sultan

mewujudkan sistam residen di Pahang.

Pada tahun 1895, Clifford yang tidak berapa sihat telah ditugaskan sebagai

Superitendent di Ulu Pahang di bawah pengawasan residen Inggeris pertama di Pahang iaitu

J. P. Rodger. Clifford telah menamatkan tugasnya pada tahun 1929 sebagai Gabenor dan

Pesuruhjaya Tinggi Malaya kerana kesihatan tidak mengizinkan beliau memanjangkan

khidmatnya. Beliau telah meninggal dunia pada 18 Disember 1941 di saat-saat Tanah Melayu

diserang oleh Tentera Jepun.

30

Page 31: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Sumbangan Hugh Clifford

Hugh Clifford merupakan salah seorang pengkaji barat yang mengkaji bahasa Melayu

di pelusuk Nusantara. Antara hasil kajian beliau ialah dalam bidang penyelidikan asal usul

Bahasa Melayu. Beliau juga telah membandingkan bahasa melayu kuno dengan bahasa

melayu klasik dan membuat kesimpulan bahawa kedua-dua bahasa tersebut mempunyai

persamaan dari segi cara sebutan dan bentuk ejaan hampir sama. Dengan beberapa penemuan

yang dikaji oleh beliau telah banyak membantu Bahasa Melayu berkembang pesat di seluruh

Tanah Melayu.

Selain itu, Sir Hugh Clifford juga turut memberi takrifan terhadap perkataan-perkataan

yang terdapat dalam bahasa melayu. Beliau berpendapat bahawa pawang dirujukkan kepada

mereka yang melakukan kerja-kerja magis atau ghaib, khusus untuk mencari bahan galian,

mengenali tumbuh-tumbuhan, memperoleh ikan atau perkara yang berkaitan dengan alam.

Manakala tugas bomoh pula adalah semata-mata untuk penyembuhan penyakit yang

menyerang manusia. Walaupun demikian fungsi kedua-duanya itu boleh ditukar ganti

penggunaannya.

Sumbangan yang paling besar Hugh Clifford terhadap bahasa Melayu ialah beliau dan

F. Swettenham (1894) telah menyusun kamus Inggeris-Melayu yang berjudul A Dictionary of

the Malay Language. Kamus tersebut telah disusun dari abjad A hingga G setebal 509

halaman.

Selain itu, High Clifford juga telah banyak mempelajari budaya dan adat-adat Melayu

dan mempraktikkannya dalam kehidupannya. Hal ini boleh dilihat apabila beliau banyak

bergaul dengan masyarakat Melayu di samping menjalankan tugas sebagai Residen British di

Pahang.

31

Page 32: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Seterusnya, High Clifford melibatkan diri dalam bidang penulisan novel dan cerita-

cerita mengenai masyarakat Melayu. Novel-novel dan cerita-cerita tersebut ditulis

berdasarkan pemerhatiannya semasa menjalankan tugas di tanah Melayu.

Sumbangan lain yang disumbangkan oleh Hugh Clifford ialah lebih ke arah sejarah

tanah Melayu. Selain melibatkan diri dalam bidang kajian Bahasa Melayu Hugh Clifford juga

berperanan dalam mentadbir tanah melayu semasa penjajahan British. Beliau ditugaskan

sebagai Residen British di Pahang. Sebagai Residen British beliau berperanan untuk

mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu untuk mengikut cara pemikiran British. Tujuan

British berbuat demikian ialah membawa dua maksud. Yang pertama ialah mmbolot ekonomi

dan kekayaan di Nusantara manakala maksud yang kedua ialah menyebarkan fahaman

liberalisme di Nusantara. Ini kerana para kolonial beranggapan menjadi tanggungjawab

mereka untuk mentamadunkan masyarakat Nusantara mengikut piawaian mereka. Perkara ini

jelas dibuktikan melalui slogan “White man burden”. Kedatangan generasi pertama kolonialis

ialah terdiri daripada para orientalis dan ilmuan mengenai peradaban timur (Syed Hussein:

1974). Ini dapat dibuktikan melalui nama-nama sarjana besar seperti Frank Swettenham Hugh

Clifford, R.O Windstead dan J.G Davidson. Kesemua mereka adalah ilmuan yang pakar

tentang ilmu timur dan bertindak sebagai pentadbir kolonial di Nusantara. Sebagai contoh,

Sweetenham yang merupakan Residen British di Selamgor juga merupakan ahli orientalis dari

London. Maka jelaslah tujuan kolonial menjajah.

Nusantara bukan sekadar berorientasikan aspek ekonomi tetapi juga menyebarkan

fahaman Barat ke dalam minda masyarakat Melayu. Peranan ideologi liberal yang didukung

oleh para kolonial juga menyebabkan terdapat kontadiksi diantara orientalis dan Islam. Ini

kerana ideologi liberal yang disebarkan oleh para orientalis di Nusantara menyarankan betapa

perlunya dikurangkan kuasa institusi agama di dalam kehidupan rakyat. Pemikiran liberal

juga menyarankan masyarakat bebas tanpa kongkongan agama kerana para kolonialis

32

Page 33: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

berpendapat mereka mengalami modenisasi setelah meninggalkan agama. Ini jelas dibuktikan

melalui peranan Hugh Clifford sebagai Residen British di Pahang di mana beliau menolak

permintaan Sultan Ahmad I untuk mewujudkan jawatan Penasihat syariah kepada kerajaaan

kerana pada anggapan beliau sudah memadai dengan seorang penasihat undang-undang

sivil(Qassim:1994).

33

Page 34: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Augustus Henry Keane

Latar belakang

Augustus Henry Keane (1833-1912), ahli antropologi Ireland, telah dilahirkan di Cork

June 1833. Beliau telah dididik di Dublin dan di Rom untuk kepaderian Katolik Roman; tetapi

dia menolak untuk masuk Church, dan setia dirinya untuk penyelidikan geografi dan etnologi.

Beliau mendaftar dan mengklasifikasikan hampir semua bahasa diketahui, dan daripada data

ini dapat diselesaikan satu sistem etnologi. Dia menyunting Stamford Compendium

Geography dan, selain banyak akhbar dalam majalah-majalah mempelajari persatuan-

persatuan dan dalam ensiklopedia, bercetak Man, Past and Present (1899); Etnology (1896

dan edisi terkemudian); The Gold of Ophir (1901), dan sebagainya. Beliau merupakan

Profesor Hindustan pada Kolej Universiti, London, sehingga 1885. Dia telah meninggal dunia

Feb. 3 1912. Seperkara lagi, beliau juga telah menerbitkan banyak buku.

Selain itu, “The World’s People” ditulis oleh Dr. A H Keane, mengklasifikasikan,

tanpa soal atau kelayakan dalam apa-apa cara, Syrians adalah satu bahagian Caucasian atau

bangsa kulit putih. Dr Keane membahagikan rakyat dunia kepada empat kelas, “Negro atau

hitam di Sudan, Afrika Selatan, dan Oceania (Australasia): Mongol atau kuning, di Central,

Utara dan Asia Timur; Amerinds (merah atau perang), Dalam Dunia Baru; dan Caucasians

(putih dan juga gelap), di Afrika Utara, Eropah, Irania, India, Kebaratan Asia, dan Polinesia.

Dalam tajuk perubatan, Krao telah digambarkan oleh ahli antropologi Dr A H Keane,

orang yang pencarian Darwinists banyak untuk pelengkap yang dicari antara manusia dan

beruk. Dalam kes ini, Afrika dan Asia telah diberikan perhatian tentang evolusionis yang

bersemangat, siapa telah dicari atavistic tanda, bagi mereka kurang baik bangsa dan manusia.

Oleh itu, Dr Keane telah menulis sebuah kertas tentang kaum Ainu di Yesso dan Sakhalin,

dan mempostulasi kewujudan satu perlumbaan berbulu primitive di Further India.

34

Page 35: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Tangggapan-tanggapan yang difikirkan terlebih dahulu ini dibuat satu sudian bersedia untuk

showman’s spiel. Dengan asyik memikirkan, Dr Keane memeriksa sedikit Krao, sesiapa telah

berada di London sepuluh minggu. Dr Keane telah menyelesaikan yang inteleknya adalah

yang satu kanak-kanak manusia normal. Keseluruhan badannya mempunyai satu kot agak

tebal, rambut hitam, tetapi pertumbuhannya tidak cukup tempat untuk menyembunyikan kulit.

Dia nampak luar biasa lembut dan tangkas; Dr Keane adalah berminat tentang kecacatan

kakinya bahawa jari kaki sangat panjang, dan menggenggam benda-benda, serta tangan-

tangannya adalah sangat fleksibel bahawa mereka boleh membengkokkan. Beliau juga tidak

mengesan ciri-ciri simia dalam bentuk mukanya. Selain itu, ‘the showman’sudah biasa

menyumbat makanan kepada pipinya sama seperti seekor monyet, dan bahawa bibir-bibirnya

boleh tonjol setakat ini untuk sebagai untuk berikan dia “agak pandangan cimpanzi”. Dengan

pemerhatian-pemerhatian ini dalam fikiran, Dr Keane menyimpulkan yang Krao adalah bukti

hidup satu perlumbaan berbulu di Laos, dan oleh itu satu fenomena kepentingan saintifik luar

biasa.

Sumbangan A H Keane

Buku-buku yang ditulis oleh A H Keane: 1.Etnology, 2.Asia,3.The Boer State : Land and

People, 4.Handbook of the History of the English Language, for the use of teacher and

student, 5.Man, Past and Present, 6.The World’s People; a popular account of their bodily &

mental characters, beliefs, traditions, political and social institution, dan 7.Central and South

America

35

Page 36: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Reclus, Elisee. “Formosa”

The Earth and its inhabitans. Asia. Vol. II,

East Asia: Chinese Empire, Corea, and Japan.

Edited by A. H. Keane. New York: D. Appleton, 1884

Seperti Hainan, di mana mempunyai populasi penduduk yang agak besar, Formosa

merupakan kajibumi bagi tanah besar. Hampir dengan pantai timur di mana terdapat cerun

yang kedalamannya 7000 kaki, manakala Fokien Strait, pada sebelah barat, mempunyai

kedalamannya yang baru sahaja 140 kaki, dan keluasan 80 batu pada bahagiannya yang paling

sempit. Pada pintu masuk selat laut selatan terduduk dengan Pulau Pescadores (Panghu), di

mana terdapat kedalamanyang berbahaya yang berpanjangan ke arah barat dan selatan. Tidak

kira dari segi politik atau etnik, Formosa adalah semata-mata anggota kejiranan wilayah

Fokien.

Diberi nama Great Luchew oleh ahli—ahli geografi lama, dan kini secara rasmi

dipanggil sebagai Taiwan, pulau ini menggambarkan bentuk satu jorong panjang, lebih

kurang 240 batu jauhnya utara dan selatan, dan telah melalui sepanjang pantai, yang

mengunjur ke arah timur ketika beralir ke tanah besar. Ta-shan, atau ‘Great Range’, seperti

panggilan namanya, melebihi 8000 kakipada selatan, dalam pusat Mount Marrison mencapai

satu ketinggian lebih daripada 11,000 kaki, dan puncak lain telah mencapai ketinggian 12,000

kaki dan ke atas. Ta-shan mengandungi batu kapur jenis karbon, dengan batu-batu igneus

menyingkap sana dan sini. Sebuah gunung berapi aktif, Kiai-shan, dan gempa bumi yang

kerap berlaku pada kebanyakan tempat. Apabila orang Belanda itu menyerang Taiwan, pada

sebelah barat daya, satu selat boleh dilalui, mengalir di antara dua kubu kota. Tetapi kini

saluran ini adalah darat, dipenuhi oleh terusan dan jalan, yang sebahagiannya adalah ditutup

semasa musim bunga, di mana tempat perkapalan kini 2 batu jauh dari kubu lama.

36

Page 37: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Pelayar Eropah pertama yang melihat Taiwan awal dalam abad keenam belas telah

dikejut oleh rupanya yang indah, menamakannya dengan Formosa, atau “The Beautiful”.

Mungkin sudah tiada pulau lautan yang akan dapat gelaran ini. Kecerunan yang tinggi serta

tajam, puncak-puncak, tanjung tinggi sepanjang pantai; manakala ledakan-ledakan gunung di

mana-mana memecah masuk ke dalam air terjun, atau tumbuhan-tumbuhan hutan subtropika

yang tebal mengelilinginya.

Kekayaan flora Formosa sebahagiannya adalah dari kawasan benua, sebahagiannya

kerana zon-zon iklim yang berbeza bertindih sepanjang lereng-lereng gunung. Tanah pantai

kepunyaan kawasan tropika, manakala perbukitan dan kenaikan gunung-ganang berhadap ke

arah kawasan-kawasan atmosferik yang lebih sejuk. Di mana ia biasanya berada lebih jauh

daripada musim monsun, tiupan angin musim panas daripada Malay Archipelago, dan juga

musim sejuk dari Jepun. Dengan pelbagai arus lautan, yang pada sebelah timur Jepun Kuro-

siwo, atau “Sungai Hitam”, perairan yang cetek sepanjang pantai barat sebagai gentian utara

dan selatan di bawah tindakan angin-angin perdagangan pemindahan. Pulau ini oleh itu adalah

terdedah kepada pelbagai pengaruh iklim utara dan selatan, dan juga taburan hujan yang

tinggi. Kelembapan yang tinggi pada musim panas, kebanyakannya bagi tempat bahagian

timur, bagi musim sejuk, semasa kedatangan monsun timur laut, hujan lebat mencapai 120

inci telah dicatatkan pada stesen Kelung pada pantai utara. Pada sebelah timur arus

atmopsferik itu adalah sekali-sekala diterbalikkan oleh taufan, yang jarang sekali menembusi

ke arah barat ke Fokien Strait.

Walaupun Formosa tidak memiliki tumbuhan atau spesies haiwan yang berbeza

daripada benua yang lain, beberapa bentuk telah berlaku di mana belum lagi wujud di tempat

lain. Spesies, seperti dalam South Jepun dan Fokien, adalah sering dibezakan dari segi

pertumbuhan yang simetri dan cepat. Tidak ada tempat lain dalam Cina Empire terdapat

pertumbuhan buluh yang mampu mencapai satu ketinggian besar, kadangkala 100 kaki tinggi,

37

Page 38: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

dengan satu lilitan 24 inci. Hutan besar pada kawasan pedalaman itu mengandungi barus

pokok sebelum penerbangan dilakukan oleh peniaga-peniaga moden. Tanah Aralia papyrifera,

sebuah belukar dengan mendedahkan batang serta daun luas, digunakan dalam pengeluaran

“kertas jerami”.

Terdapat tiga puluh lima spesies mamalia dan seratus dua puluh lapan burung-burung

tanah, empat belas atu empat puluh tiga masing-masing didapati mahupun pada tanah besar

atau pada pulau-pulau berhampiran. Haiwan tempatan ini menunjukkan pulau ini telah lama

berpisah daripada benua, tetapi belum cukup lama untuk mengubah suai spesies tersebut.

Lebih separuh daripada Formosan avifauna adalah lebih berkaitan dengan Banjaran Himalaya.

India Selatan , Eastern Archipelago, dan Jepun berbanding dengan China mereka sendiri.

Dalam kalangan benda baru ditemui oleh Swinhoe yang paling luar biasa ialah beberapa

gallinaceae dan burung merpati, seekor burung kuang bayas indah, beberapa tomtits, burung

pipit dan burung hitam; tetapi tidak terdapatnya burung nuri kerana berada pada pusat dan

wilayah-wilayah selatan China.

Formosa telah melalui satu jangka masa yang agak lama di mana telah terasing

kewujudannya oleh orang Cina. Walaupun kumpulan Panghu telah lama diduduki oleh

beberapa orang nelayan, pulau itu tidak pernah dilawati sehingga tahun 605 bagi era kasar,

ataupun sehingga abad kelima belas, apabila pantai utara telah diduduki. Satu sistem

terancang imigresen adalah berjaya ditubuhkan pada abad ketujuh belas, selepas penyingkiran

peniaga-peniaga Belanda dan kemusnahan lanun. Tidak sampai dua ratus tahun, para

peneroka, kebanyakannya dari Fokien, telah sudah menduduki semua bahagian barat, selain

hujung utara dan tepi pantai timur laut. Perjuangan-perjuangan dengan kaum asli kerana

kekayaan perhutanan telah berlaku. Swinhoe juga memberitahu kami bahawa mereka telah

mengimport harimau-harimau dari Fokien, dan membiarkan dan melepaskan mereka bagi

menyusahkan jiran-jiran. Dalam kalangan Cina diri mereka, Hakka dan puak-puak lain

38

Page 39: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

daripada tanah besar meneruskan pertelingkahan mereka dalam kediaman baru mereka.

Banyak mereka telah menjalankan perikatan dengan kaum asli, mengangkat adat-adat mereka,

dan tinggal hanya amalan memakai tocang dan memakai baju Cina sahaja.

39

Page 40: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Frank Swettenham

Latar belakang

Latar belakang beliau iaitu Frank Swettenham atau nama sebenarnya Frank

Athelstane Swettenham adalah salah seorang pegawai kolonial British yang terkenal pada

zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Beliau dilahirkan pada 28 Mac 1850 di Belper,

Derbyshire, England. Menjelang usia 20 tahun, beliau dihantar ke Singapura bagi mengikuti

latihan sebagai pelatih pegawai kolonial. Semasa inilah beliau menyedari tugasnya sentiasa

berhubung dengan masyarakat sekeliling yang majoritinya berbangsa Melayu. Hal ini

menyebabkan beliau mula mempelajari Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perhubungan

masyarakat ketika itu. Kenyataan ini dapat dibuktikan berdasarkan penjelasan yang diberikan

oleh William R. Roff (1967) :

“…..his first task were to familiarize himself with the work of various

government department and learn Malay, he applied himself with particular diligence to the

Latter, passing his Interpreter’s examination….”

Ketika itu Munshi Mohd Said b. Dada Mohyiddin, editor surat khabar Melayu pertama

iaitu “Jawi Peranakan” merupakan orang yang bertanggungjawab mengajar Frank

Swettenham tentang bahasa Melayu, akhirnya Frank Swettenham telah berjaya dalam

peperiksaan akhir Jurubahasa yang didudukinya ketika itu.

Seterusnya, beliau mula bertugas di Province Wellesley dan Pulau Pinang sebagai

pegawai tanah, Jaksa Pendamai, Majistret dan Pesuruhjaya Mahkamah dari tahun 1872-1874.

Pada bulan Januari, Jun dan Julai 1874, beliau telah mengetuai satu misi khas ke Perak atas

permintaan Sir Andrew Clarke. Berikutnya pada bulan Ogos 1874, beliau telah dihantar oleh

Sir Andrew Clarke sekali lagi ke Langat, Selangor pula bagi membantu sultan mendapatkan

40

Page 41: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

sokongan moral membanteras kegiatan anasir ketika itu. Setelah dua bulan, kehadiran beliau

telah memberi kesan yang baik. Keadaan ini telah dijelaskan oleh William R. Roff (1967) :

“….. Sultan had written to Clarke saying of the young man ‘He is very clever; he is

also very clever in the customs of Malay government and he is also very clever at gaining the

Hearts of Rajas with soft words, delicate and sweet….”

Ekoran kejayaan itu, beliau telah dilantik sebagai Pembantu Residen Selangor, pada

Disember 1874. Dengan kedudukannya sebagai pembantu residen, beliau teleh menjelajah

Selangor. Peluang ini telah membuka ruang kepada beliau untuk mengenali dan mendampingi

orang-orang Melayu. Seterusnya pada November, 1875 beliau tellah ditugaskan di Perak

sebagai Timbalan Pesuruhjaya.

Pada tahun 1876-1881, beliau telah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Pembantu

Kolonial. Beliau mula memegang jawatan sebagai Residen British di Selangor pada tahun

1886. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Residen negeri-negeri Melayu Bersekutu

mulai tahun 1901-1904. Justeru, dilihat dari penjajahan hidup beliau sebagai colonial Britis

yang berkhidmat lebih kurang 33 tahun di Tanah Melayu dan bergaul dengan masyarakat

Melayu ketika itu, sememangnya beliau banyak memahami dan mempelajari tentang orang-

orang Melayu.

Sumbangan Frank Swettenham

Pelbagai penulisan beliau yang berkaitan dengan orang-orang Melayu dan juga bahasa

Melayu. Antaranya ialah The Real Malay, A Silver-Point, Malay Superstitions, ber-hantu, The

Joget, Malay Sport, Meng-Gelunchur, Local in Colour, Vocabulary Malay-English and

English-Malay, Perak Journal, Latah, A Story of Mat Aris, Manuskrip Hang Tuah, A Malay

Romance, The Malay at Home dan banyak lagi artikel lain.

41

Page 42: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892

kepada Gabenor negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar

laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri

daripada Perak,Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan

penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik,

ekonomi dan sosial. Frank swettenham mengambil inisiatif dengan mengambil persetujuan

Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap

penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1896, negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan

semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat.

Kebolehan dan kemampuan Frank Swettenham menguasai bahasa Melayu

sememangnya tidak dinafikan. Keupayaan menguasai bahasa Melayu setelah belajar dengan

bimbingan Munshi Mohd Said dalam masa 15 bulan mampu membantunya mencapai

kelulusan dalam peperiksaan jurubahasa ketika itu. Kebolehan terus terserlah apabila beliau

mula mengetuai misi ke Pamgkor, pada Januari, Jun dan Julai 1874.

Sumbangan pertamanya dalam penulisan bahasa Melayu adalah menterjemah

perjanjian Pangkor 1874 dengan bantuan Munshi Mohd. Said. Beliau juga telah dikatakan

telah menulis manuskrip tentang Hikayat Hang Tuah. Namun begitu, penulisannya tentang

bahasa Melayu yang paling besar ialah menghasilkan Daftar Kata Bahasa Melayu-Inggeris

dan Bahasa Inggeris-Melayu.

Hasil kajiannya tentang bahasa Melayu telah membantu perkembangan bahasa Melayu

yang lebih tersusun dan mempunyai sistem tang lebih mantap. Sistem-sistem yang dikenalkan

oleh Swettenham itu akhirnya dikenali sebagai Sistem Ejaan Swettenham (1881). Penghasilan

daftar kata tersebut banyak membantu perkembangan bahasa Melayu ketika itu kerana ianya

42

Page 43: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

menggunakan bahasa Melayu (Tanah Melayu) berbanding Kamus Marsden’s yang popular

ketika itu yang menggunakan bahasa Melayu Sumatera.

43

Page 44: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Sir Henry Yule

Latar Belakang

Sir Henry Yule merupakan anak kelahiran dari Inveresk, Scotland iaitu sebuah negara

yang berhampiran dengan Edinburgh. Anak lelaki kepada seorang penterjemah Apothegms

Ali yang terletaknya di sebelah barat dan tidak mustahil pernah mencipta nama pada suatu

masa dahulu iaitu Major William Yule. Bapa kepada Sir Henry Yule ini, pastinya seorang

yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan beliau merupakan seorang yang bergiat

aktif dengan cemerlangnya sebagai seorang tokoh penterjemah yang hebat lagi disegani. Bak

kata pepatah Melayu, “Manakan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Begitulah yang

ditujukan kepada Sir Henry Yule ini yang turut dapat digambarkan sebagai seorang tokoh

terkemuka yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai

kejayaan beliau sehingga mencapai ke tahap yang tinggi.

Terdapat pelbagai tempat pengajian yang telah mendewasakan beliau sehingga

menjadi seorang tokoh sarjana yang berjaya. Bermulanya beliau dengan mendapatkan

pendidikannya di Edinburgh. Setelah beliau berjaya menamatkan pengajiannya di sana, beliau

telah menyambung semula pengajiannya di Addiscombe, Chatham dan seterusnya di Bengal

Engineers iaitu pada tahun 1840. Segalanya hanya untuk tujuan yang satu iaitu ingin menjadi

sebagai seorang yang berjaya dan berguna suatu hari kelak. Namun usaha beliau yang begitu

kental itu, tidaklah sia-sia dan tidak menghampakan dirinya untuk terus melangkah lebih jauh

lagi dengan penuh yakin demi mencapai cita-cita yang diidamkan.

Kekuatan semangat dan minat beliau yang jitu telah mendorong beliau pada suatu

masa dahulu untuk menyertai dalam kedua-dua peperangan Sikh. Dalam usahanya itu, beliau

telah diberi satu kepercayaan yang penuh terhadap kebolehan beliau dengan dilantik sebagai

setiausaha kepada seorang yang penting seperti Kolonel (anak jagaan) Arthur Phayre untuk

mencapai misi terhadap Ava iaitu pada tahun 1855. Namun, pada tahun 1862 pula, beliau

44

Page 45: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

telah bersara dengan gelaran sebagai seorang pesara yang berpangkat Kolonel. Tidak terhenti

sekadar di situ, kerana berkat kerajinannya, beliau telah mengisi masa senggangnya dengan

pelbagai aktiviti yang berfaedah iaitu setelah beliau bergelar pesara. Beliau yang ketika itu

telah mula menumpukan sepenuh masa dan perhatiannya dengan mengkaji tentang

perkembangan sejarah kuno dan geografi bagi Asia Tengah. Oleh kerana watak dan

ketokohan yang dimiliki oleh beliau, Sir Henry Yule juga pernah menyandang jawatan

sebagai seorang president di Haklyut Society. Hal ini lebih membuktikan bahawa beliau

merupakan seorang yang berdisiplin dalam melaksanakan tugasnya sehingga beliau diberi

satu tugasan yang berat dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang president.

Sir Henry Yule tidak pernah terlepas untuk mendapat sanjungan dan pujian daripada

pelbagai pihak. Hal ini dapat dibuktikan apabila beliau sendiri pernah menerima sebuah

pingat emas daripada Royal Geografical Society kerana kebolehan dan kepintaran beliau

dalam menghasilkan banyak sumbangan terhadap masyarakat dan negara. Oleh itu, ianya

begitu jelas dapat dilihat bahawa beliau merupakan seorang yang tidak pernah mensia-siakan

masa senggangnya walaupun hanya sesaat untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Begitulah salah satu contoh terbaik yang harus dijadikan sebagai ikutan dan teladan

masyarakat masa kini agar lebih menghargai masa.

Sumbangan Sir Henry Yule

Terdapat pelbagai sumbangan yang telah beliau curahkan sepanjang penglibatannya

dari pelbagai sudut. Antara sumbangannya yang berjaya ditonjolkan adalah seperti dalam

penghasilan karyanya menerusi hasil penulisan beliau yang sangat diminati. Oleh itu, hasil

karyanya telah diambil sebagai salah satu contoh hasil penulisan yang terbaik suatu masa

dahulu. Hasil penulisannya tersebut dalam sebuah buku yang bertajuk “Narrative Mission”

dan telah digunakan sebagai salah satu rujukan khas oleh Mahkamah Ana pada tahun 1858.

45

Page 46: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Selain itu, beliau juga telah berjaya menerbitkan pula buku lain yang berjudul Cathay

dan Way Thither, pada tahun 1866. Selain itu, sebuah lagi buku yang berjudul Book of Marco

Polo juga telah berjaya dihasilkan tetapi ia diterbitkan setelah beliau bergelar sebagai pesara

dengan berpangkat kolonel. Sepanjang kerjayanya sebagai seorang penulis, beliau juga pernah

dibawa keluar oleh sebuah agensi yang bertujuan untuk kerjasama antara beliau dengan Dr

Arthur C Burnell dalam menghasilkan Hobson-Jobson iaitu pada tahun 1886. Dalam hal ini,

misinya utama yang menjadi tunjang kekuatannya adalah untuk menerbitkan sebuah kamus

yang berkenaan tentang ungkapan-ungkapan yang berbentuk kolokial Anglo-Indian Inggeris.

Hal yang demikian, keterlibatan beliau dalam penerbitan kamus ini pastinya telah menaikkan

lagi semangat perjuangan beliau dalam memperjuangkan hasilan karyaannya.

Seterusnya, Sir Henry Yule juga pernah menyunting Mirabilia pada tahun 1863

sebagai penghurai kepada Jordanus dan The Diary William Hedges dari tahun 1887 hingga

1889, dan beliau yang ketika itu merupakan seorang bekas president bagi Hakluyt Society.

Suntingannya tadi bukan hanya untuk sekadar huraian terhadap dua perkara tadi bahkan turut

mengandungi sebuah biografi pertama terhadap seorang yang berpengaruh iaitu Gabenor Pitt

yang merupakan datuk kepada William Pitt yang berjudul Earl of Chatam. Bukan sekadar itu

sahaja, Sir Henry Yule juga merupakan penyumbang kepada penciptaan sebuah kamus

Oxford Inggeris dan merupakan penasihat dalam pelbagai perkara yang berkaitan dengan

Oriental.

Tidak ketinggalan juga dengan hasil karya beliau yang telah banyak memberi manfaat

kepada masyarakat seperti hasil buku-bukunya yang berjudul ‘The Book of Ser Marco

Polo’:The Venetian Concerning the Kingdom and Marvels of the East, ‘The Travels of Marco

Polo’: The Complete Yule-Cordier Edition, Vol.1 by Marco Polo’ ‘The Travels of Marco

Polo’: The Complete Yule-Cordier Edition, Vol.2 by Marco Polo, Book Of Ser Marco Polo

V1: The Venetian Concerning the Kingdoms and Marvels of the East, ‘Book of Ser Marco

46

Page 47: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Polo V2’: The Venetian Concerning the Kingdoms and Marvels of the East, Book of Ser

Marco Polo V2: The Venetian Concerning the Kingdoms and Marvels of the East, Habson-

Jobson dan banyak lagi.

KESIMPULAN

47

Page 48: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web viewPENDAHULUAN Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai

Daripada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan bahasa Melayu

sudah sejak lama memiliki tradisi nahunya. Oleh kerana kajian awal bahasa Melayu dilakukan

oleh bukan penutur ibunda bahasa Melayu dan bahasa Melayu itu sendiri telah dipengaruhi

oleh susuk bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka penyusunan nahunya juga tidak terlepas

daripada pengaruh kedua-dua bahasa ini. Walau bagaimanapun, beberapa orang penulis

tempatan telah berusaha menulis nahu yang lebih bersifat Melayu, namun kerana rujukan

awal dan pengetahuan nahu yang diterima berasal daripada bahasa asing, maka pengaruh

tersebut masih tidak dapat dilepaskan. Sementelahan pula, hampir semua buku nahu bertitik

tolak daripada falsafah Yunani dan dikembangkan oleh penulis nahu bahasa Inggeris.

Selain itu, kedatangan barat juga telah merintis kepada kewujudan pelbagai teori-teori

tentang asal usul bahasa Melayu yang menjadi polemik besar di kalangan tokoh-tokoh barat

seperti Andreas Teeuw, George Coedes, R.O Winstedt, Thomas Bowrey dan sebagainya yang

mempunyai alasan tersendiri tentang kewujudan bahasa Melayu. Oleh itu dapatlah ditegaskan

bahawa penjajahan Barat ke Tanah Melayu jika dilihat pada suatu sudut sebenarnya

membawa banyak manfaat khususnya dalam pengembangan bahasa Melayu. Pelbagai hasil

kajian yang dibuat oleh mereka sebenarnya dapat digunakan untuk mengukur setakat mana

kemajuan bangsa Melayu pada ketika itu. Sumbangan yang mereka berikan pada detik itu,

dapat memberi pelbagai manfaat pada generasi kita pada hari ini selain member impak yang

mendalam kepada bahasa serta bangsa Melayu.

48