kaedah pelajar menangani isu … · web viewkaedah menangani isu plagiarisme 1.0 apa itu plagiat?...

24
1 NAMA PELAJAR : SITI AISYAH BINTI MOHD AZIS A145421 KAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja pada zaman moden ini untuk mencari maklumat, berhubung jarak jauh, menyimpan data dan sebagainya dengan pantas. Teknologi maklumat sentiasa bergerak dan berubah setiap masa. Tidak sampai setahun, terlalu banyak jenis teknologi yang diperkenalkan, termasuklah gadget, komputer riba, kad sim berinternet dan banyak lagi. Teknologi yang difokuskan menerusi tajuk utama laporan ini adalah medium internet. Mengapa? Hal ini kerana internet dan pelajar sangat berkait rapat dan tak mungkin mampu dipisahkan. Seperti yang diketahui umum, carian maklumat di internet sangat mudah, tidak sampai 5 saat maklumat yang anda cari akan ditemui. Sememangnya maklumat yang diperolehi perlu disaring untuk membezakan maklumat yang benar atau palsu.

Upload: doankhuong

Post on 01-May-2019

313 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH PELAJAR MENANGANI ISU … · Web viewKAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja

1

NAMA PELAJAR : SITI AISYAH BINTI MOHD AZIS A145421

KAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME

1.0 APA ITU PLAGIAT?

Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa

sahaja pada zaman moden ini untuk mencari maklumat, berhubung jarak jauh,

menyimpan data dan sebagainya dengan pantas. Teknologi maklumat sentiasa bergerak

dan berubah setiap masa. Tidak sampai setahun, terlalu banyak jenis teknologi yang

diperkenalkan, termasuklah gadget, komputer riba, kad sim berinternet dan banyak lagi.

Teknologi yang difokuskan menerusi tajuk utama laporan ini adalah medium internet.

Mengapa? Hal ini kerana internet dan pelajar sangat berkait rapat dan tak mungkin

mampu dipisahkan.

Seperti yang diketahui umum, carian maklumat di internet sangat mudah, tidak

sampai 5 saat maklumat yang anda cari akan ditemui. Sememangnya maklumat yang

diperolehi perlu disaring untuk membezakan maklumat yang benar atau palsu. Namun

begitu, semakin mudah memperoleh maklumat, pelajar lebih berisiko untuk melakukan

plagiarisme.

Menerusi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Kedua, makna kata plagiat ialah

hasil mencedok karya atau tulisan orang lain yang disiarkan kembali sebagai karya

sendiri (biasanya dalam hal karang mengarang, iaitu penulisan). Bagaimanapun,

“penerbitan semula makalah jurnal yang baik sebagai bab dalam buku dengan anggapan

pembaca tidak dapat mencapai bahan asalnya tidaklah dianggap satu kesalahan, asalkan

sumber asalnya dinyatakan” (Walter 1999).

Page 2: KAEDAH PELAJAR MENANGANI ISU … · Web viewKAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja

2

1.2 SEJARAH PLAGIAT

Plagiat merupakan perkataan yang berasal dari bahasa Latin, iaitu plagiari(us) yang

membawa maksud penculik. Perkataan plagium pula bermaksud menculik.

Menerusi jurnal Plagiarisme, Runtuhnya Tembok Kejujuran Akademik oleh

Herqutanto, Universitas Indonesia, perkataan plagiarius dan plagium mula digunakan

oleh penyair Rom, iaitu Marcus Valerius Martialis, pada abad pertama masehi.

Sebenarnya,pada ketika itu beliau mengeluh kerana banyak puisi yang dicipta oleh orang

lain mirip atau hampir sama dengan hasil karyanya. Seterusnya, perkataan plagium dan

plagiarius dijadikan perkataan oleh Ben Johnson dalam bahasa Inggeris, iaitu plagiarism.

Kes plagiat yang pernah berlaku di Barat ialah kes plagiat kerja ilmiah dalam bidang

perubatan, iaitu psikiatri. Misalnya, Culliton (1988) dan Lock & Wells (1996)

melaporkan peletakan jawatan seorang professor psikiatri setelah dikesan melakukan

banyak kes plagiat pada sekitar tahun 1960-an dan 1970-an. Beliau gemar mengambil

sumber ilmiah daripada rakan sejawatnya, tetapi cuai menjelaskan sumber bahan tersebut.

Sejarah plagiat dalam konteks siswazah pula dikesan oleh Mulley (1986) dan

Connoly(1987) iaitu kes seorang siswazah yang memplagiat keseluruhan makalah tentang

diagnosis difrential dementia (kajian ilmiah). Selain itu, kes plagiat yang lain adalah

tentang peningkatan insulin aneroxia nervosa (Wachslicht- Rodbard et al. 1980) telah

disalin (Soman & Felig 1980). Semua kes ini telah dibentangkan dengan jelas oleh Walter

dan Bloch (2001). Kisah sejarah plagiat moden ini didapati dalam jurnal Penerbitan

Berulangan, Plagiat dan Isu Keperangan Dan Pelanggaran Etika Lain Dalam

Penerbitan Di Malaysia oleh Roosfa Hashim (2006).

Page 3: KAEDAH PELAJAR MENANGANI ISU … · Web viewKAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja

3

2.0 JENIS TINDAKAN PLAGIAT

Tindakan plagiat ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu tindakan yang disengajakan dan

tidak disengajakan (Utusan Malaysia, 1999). Tindakan plagiat yang disengajakan ialah

seseorang itu sedar akan tindakannya mencedok hasil karya orang lain, dan tindakan tidak

disengajakan merupakan seseorang tidak tahu akan istilah mengambil hasil karya orang

lain sebagai plagiat. “Kewibawaan pengarang tergugat dan boleh dipersoalkan apabila

karyanya yang sama (atau yang berbeza) tidak dinyatakan dengan jelas apabila

diserahkan untuk penerbitan” (Walter & Bloch 2001).

Walau bagaimanapun, sememangnya mustahil bagi seorang pelajar tidak terlibat

dengan plagiarisme. Hal ini kerana pelbagai penulisan rencana, kupasan perdebatan isu

dalam media massa yang telah menggariskan tentang perihal plagiarisme. Malah,

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah menjalankan kajian Wibawa,

Integriti dan Profesionalisme (WIP) pada tahun 2010 yang lalu.

Kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui tahap kewibawaan, integriti dan

profesionalisme yang diamalkan di instutusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara ini.

Hasil kajian WIP 2010, KPT telah menyediakan Garis Panduan Integriti Akademik

Institusi Pengajian Tinggi untuk hal penerbitan.

3.0 PLAGIAT DALAM SITUASI PELAJAR

Cepat dan mudah. Itulah situasi yang diinginkan bagi setiap insan. Hal ini kerana,

masa tidak akan menunggu kita, sebaliknya kita perlu mengejar masa untuk

melaksanakan tugasan dan amanah yang digalas. Namun, apalah daya sekiranya hasil

Page 4: KAEDAH PELAJAR MENANGANI ISU … · Web viewKAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja

4

kerja yang berjaya disempurnakan itu tidak berkualiti dan tidak asli. Sudah tentu ianya

tidak memberikan sebarang makna. Hal ini sangat berpatutan dengan konteks plagiat bagi

pelajar.

Tindakan mengambil hasil karya milik insan lain sangat meluas, terutama dengan

adanya teknologi maklumat yang canggih seperti kemudahan internet. Sebagai seorang

pelajar di ipt, saya sedia maklum mengenai hal ini. Mana tidaknya, kebanyakan pelajar

sering menyiapkan tugasan mereka pada saat akhir walaupun tugasan itu telah diberikan

oleh pensyarah dalam tempoh yang lama. Sikap suka bertangguh dan tidak gemar

mencari sumber rujukan menyebabkan pelajar acapkali terlibat dengan situasi

plagiarisme. Selain itu, plagiat yang sangat berbahaya dan sering terjadi dalam kehidupan

kampus pelajar adalah meniru hasil kerja rakan. Ada segelintir pelajar yang menyalin

hasil kerja rakan sekelas dan hanya menukar beberapa kriteria dalam penulisan itu seperti

gaya tulisan, penambahan idea supaya tindakannya tidak disedari. Perkara ini sangat

mengecewakan kerana tiada nilai atau kualiti hasil kerja tersebut, kerana ianya hasil

ciplak atau tiruan penulisan dan idea secara keseluruhan.

Situasi kedua yang menyebabkan berlakunya plagiat adalah disebabkan oleh sumber

ilmiah yang sangat kurang bilangannya. Apabila kekurangan sumber rujukan bagi sesuatu

subjek, mereka lebih cenderung untuk mengambil maklumat daripada internet.

Kebanyakan sumber di internet pula tiada sumber rujukan secara lengkap. Secara tidak

langsung, pelajar terlibat dengan kegiatan plagiat tanpa sengaja.

Namun begitu, tidak semua pelajar yang terlibat dengan kegiatan plagiat dan situasi

yang tidak sihat ini memerlukan kesedaran dalam diri individu itu sendiri untuk

mengelakkan diri daripada plagiarisme.

Page 5: KAEDAH PELAJAR MENANGANI ISU … · Web viewKAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja

5

4.0 ELEMEN KESELAMATAN HASIL KARYA

4.1 KERAHSIAAN

Rahsia membawa maksud sesuatu yang tersembunyi dari ketahui umum dan hanya

diketahui oleh beberapa orang sahaja (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat,

2013).

Pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memulakan langkah usaha

untuk mengatasi permasalahan plagiat ini untuk menjaga kerahsiaan data UKM sendiri

dengan mencipta Dasar Harta Intelek 2010. “Semua pihak yang melawat UKM untuk

cadangan usahasama dengan pekerja atau pelajar hendaklah menandatangani Perjanjian

Kerahsiaan. Apa-apa maklumat yang didedahkan atau diperoleh dalam perbincangan

merupakan rahsia dan tidak boleh didedahkan kepada pihak lain yang tidak terlibat secara

langsung dalam perbincangan itu, melainkan jika dinyatakan sebaliknya.

Bagi mengelakkan apa-apa pelanggaran perjanjian, setiap individu yang terlibat

dalam perbincangan itu bertanggungjawab mengambil langkah yang sesuai untuk

menjaga dan menjamin kerahsiaan apa-apa maklumat yang diterima atau yang diberikan.

Semua Pekerja dan Pelajar hendaklah dimaklumkan tentang

Perjanjian Kerahsiaan dan kepentingannya. Jika terdapat percanggahan tentang apa-apa

maklumat, sama ada boleh diterbitkan atau tidak, maka rujukan boleh dibuat

kepada Pusat Inovasi Kolaboratif.”(Dasar Harta Intelek UKM, 2010).

4.2 AKAUNTABILITI MAKLUMAT

Takrifan rangkai kata akauntabiliti ialah sifat tanggungjawab seseorang terhadap

sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberi penjelasan jika

Page 6: KAEDAH PELAJAR MENANGANI ISU … · Web viewKAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja

6

diperlukan ( Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi kedua dan keempat, 2011, 2013).

Dalam erti kata lain, akauntabiliti merupakan kewajipan seseorang dalam

melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut undang- undang dan

peraturan yang telah ditetapkan. Apabila seseorang itu bersikap tanggungjawab dalam

sesuatu tugas, sudah tentu ia mengetahui tentang kelemahan dan kelebihan hasil kerjanya.

Jika adanya timbul isu berbangkit, pemilik asal karya mampu memberi penerangan yang

menyeluruh mengenai hasil karyanya.

Akauntabiliti sangat berkait rapat dengan cara merekod data atau maklumat yang

diperolehi. Data atau maklumat yang telus dan asli perlulah diperolehi melalui sumber

primer atau sekunder yang sahih serta mempunyai kebolehkepercayaan yang baik.

Maklumat primer bermaksud maklumat yang diperolehi sendiri oleh pengkaji melalui

sumber pertama, iaitu menerusi temu bual dan soal selidik. Walau bagaimanapun, kaedah

perolehan maklumat primer ini memakan masa yang sangat lama, dan hanya sesuai untuk

pengkajian yang terperinci, seperti pembikinan kajian dalam tesis.

Kebiasaannya, para pencari maklumat terutamanya dalam kalangan pelajar

memperolehi maklumat sekunder melalui bahan-bahan penerbitan bersiri seperti buku

dan jurnal, dan bahan rujukan umum seperti pangkalan data atas talian (online) iaitu

kamus atas talian. Situasi ini menyebabkan kebanyakan pelajar tidak mengamalkan

akauntabiliti maklumat dan lebih terdorong untuk melakukan plagiarisme. Contohnya,

pelajar tidak menggariskan perihal mengenai sumber penulis jika maklumat diperoleh

daripada buku atau jurnal. Dan, apabila mencari maklumat atas talian, ianya lebih mudah

untuk salin dan tampal (copy and paste).

Pelajar yang tidak mementingkan akauntabiliti tidak akan mampu untuk

Page 7: KAEDAH PELAJAR MENANGANI ISU … · Web viewKAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja

7

menerangkan secara terperinci dan mendalam mengenai sesuatu maklumat yang

diperolehi.

4.2.2 KEPENTINGAN AKAUNTABILITI MAKLUMAT

Sebenarnya, akauntabiliti maklumat sangat penting bagi menjamin keaslian

maklumat dan data yang diperolehi. Setiap individu yang mencari maklumat perlulah

menjelaskan perihal sumber maklumat yang diperolehi dengan jujur dalam rujukan hasil

kerja mereka.

Dengan ini, hasil kerja individu yang baik, berkualiti dan asli mampu dihasilkan dan

kepelbagaian sumber mampu menambah baik hasil kerja seseorang, dengan syarat

mereka menerangkan secara terperinci tentang maklumat penulis asal, tahun pencetakan

yang mereka peroleh tersebut bagi menjamin akauntabiliti maklumat.

4.3 INTEGRITI

Makna rangkai perkataan integriti boleh disimpulkan sebagai tulus, jujur dan utuh dari

sebarang bentuk penyelewengan (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat,

2013). Kejujuran merupakan suatu nilai yang perlu ada dalam setiap diri individu.

4.3.1 JENIS INTEGRITI

Selain itu, Institut Integriti Nasional telah mencirikan maksud integriti kepada dua

pecahan, iaitu integriti individu dan kelompok (organisasi).

Integriti bagi setiap individu ialah nilai amanah dan kejujuran yang ada dalam diri

seseorang. Situasi ini bermaksud, seseorang itu tetap melaksanakan tugasnya dengan

penuh amanah tidak kira apa yang berlaku.

Page 8: KAEDAH PELAJAR MENANGANI ISU … · Web viewKAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja

8

Di samping itu, integriti dalam kelompok atau organisasi ialah “pelaksanaan kod

etika, piagam pelanggan, sistem dan proses kerja serta pematuhan amalan terbaik. Kod

etika organisasi ditegaskan, dihayati, dan diulangi oleh ahli anggota organisasi sehingga

menjadi kebiasaan dan budaya” (Pelan Integriti Nasional, muka surat 18).

4.3.2 KEPENTINGAN INTEGRITI

Sebenarnya, pengetahuan dan penghayatan nilai integriti perlu dicakna oleh setiap

komponen ahli dalam masyarakat, tidak kira kaum, budaya dan agama. Malah, setiap

agama menyeru penganutnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Perkaitan nilai integriti dan plagiat dalam kalangan individu yang difokuskan dalam

konteks pelajar sangat berkait rapat. Selari dengan salah satu objektif Pelan Integriti

Nasional iaitu meningkatkan kesedaran , komitmen, dan kerjasama pelbagai sektor

dalam usaha peningkatan integriti menjadi budaya masyarakat serta diamalkan

dalam semua bidang. Seharusnya sebagai ahli masyarakat, kita perlu usaha untuk

mengamalkan perkara yang baik untuk memperoleh hasil yang baik.

Sekiranya seseorang pelajar itu berintegriti, beliau pasti akan melaksanakan

tugasannya dengan penuh sabar dan jujur. Selain itu, pelajar yang jujur tidak akan meniru

dan mengambil hasil karya rakan serta menjadikan hasil itu sebagai karyanya. Data yang

ralat dan kebocoran maklumat akan berlaku jika integriti tidak dijaga.

Sikap integriti ini sudah tentu akan menjaga kerahsiaan, dan juga akauntabiliti

sesebuah data dan maklumat penting. Jika seseorang itu tidak menyemai integriti dalam

diri, hanya bayangkan jika dia bakal bekerja dalam sesebuah organisasi kelak. Pastinya

ketirisan maklumat mudah berlaku dan ianya akan menimbulkan permasalahan yang

Page 9: KAEDAH PELAJAR MENANGANI ISU … · Web viewKAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja

9

serius jika ianya berkaitan dengan kerahsiaan maklumat klien atau organisasi itu sendiri.

4.4 PROFESIONALISME

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi Keempat, profesional ialah

kemahiran dan kemampuan yang khusus untuk melaksanakan sesuatu dengan cekap dan

teratur. Sementara itu, profesionalisme bermaksud sifat sifat (kemampuan, kemahiran,

cara pelaksanaan sesuatu, dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau

dilakukan oleh seorang profesional (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat,

2013).

Pada pandangan saya, maksud profesionalisme yang diterangkan di atas adalah

sesuatu perbuatan yang dilakukan secara mahir, cekap dan teratur. Kemampuan seseorang

yang menjalankan tugas dengan profesionalisme adalah lebih baik bagi memastikan

tindakan serta hasil kerja yang telus dan teliti terhasil.

4.4.1 KEPENTINGAN PROFESIONALISME

Setiap kerja yang dilakukan dengan profesional menghasilkan karya yang hebat dan

tulus. Tahap profesional perlu dimulai dengan pengurusan maklumat yang baik, proses

yang terperinci dan hasil yang terbaik. Seperti yang dinyatakan oleh sarjana barat,

“pengurusan maklumat juga dapat membantu organisasi dalam memperbaiki

keberkesanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki

komunikasi antara pekerja, meningkatkan sinergi antara pekerja dan membolehkan

pembelajaran menjadi lebih berkesan dan cekap”(Beijerse 1999).

Sebagai seorang pelajar, kita perlu belajar mengenai pencarian dan penyusunan

maklumat dengan cara yang profesional bagi menghasilkan kertas kerja yang bermutu

Page 10: KAEDAH PELAJAR MENANGANI ISU … · Web viewKAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja

10

serta unik.

5.0 TINDAKAN UNTUK MENGURANGKAN PLAGIAT

5.1 DASAR HARTA INTELEK

Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah menerusi Kementerian Pedagangan

Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menjaga keaslian karya,

mengawal serta mengurangkan kegiatan plagiat. Dasar Harta Intelek merupakan salah

satu bukti usaha kerajaan bagi menjaga keaslian atau ketulenan sesuatu hasil karya.

Secara umumnya, harta intelek terbahagi kepada tujuh jenis, iaitu paten, pembaharuan

utiliti, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi, rekabentuk

susunatur litar bersepadu dan hak cipta.

Jenis harta intelek yang berkaitan dengan fokus plagiarisme ini ialah hak cipta. Hak

cipta merupakan hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa

tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Pelindungan

hak cipta di Malaysia adalah berdasarkan kepada Akta Hakcipta 1987.

Sebenarnya, sesuatu karya akan dilindungi secara automatik dengan syarat karya itu

asli, ianya direkodkan menjadi bentuk bahan, pencipta karya berkelayakan, dan karya

tersebut perlulah diterbitkan pertama kali di Malaysia. Hasil karya adalah dilindungi

tanpa mengira kualiti dan tujuan karya itu dihasilkan.

Antara karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah karya sastera,

muzik, seni, filem, rakaman bunyi, sinaran dan karya terbitan. Karya penulisan buku,

risalah, cerita dan lain-lain penulisan tergolong dalam karya sastera yang dilindungi.

(Perbadanan Harta Intelek Malaysia, MyIPO).

Seharusnya kita perlu bertanggungjawab atas harta intelek yang telah dipatenkan.

Dalam konteks plagiarisme penulisan, jika kita mengambil isi yang terlapat dalam

Page 11: KAEDAH PELAJAR MENANGANI ISU … · Web viewKAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja

11

kandungan buku itu, perlulah disertakan dengan nama pengarang, tahun penerbitan dan

lokasi penerbitan bagi mengelakan plagiat berlaku. Generasi muda perlu berintegriti dan

berakauntabiliti bagi menjaga utuhnya ketulenan sesuatu penulisan.

5.2 USAHA PIHAK UNIVERSITI

Selain itu, pihak institusi pengajian tinggi tempatan juga berusaha bagi menjaga hasil

karya yang mereka hasilkan dan terbitkan. Contohnya, pihak Universiti Kebangsaaan

Malaysia (UKM) juga telah merangka dan melaksanakan Dasar Harta Intelek UKM

mulai tahun 2010 bagi menjaga kualiti dan keaslian sesuatu bahan yang mereka cipta dan

cetak, terutamanya bagi pelajar dan pekerja dalam UKM.

Selanjutnya, pihak Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) juga telah

mengambil inisiatif yang tersendiri bagi mengurangkan isu plagiarisme dalam kalangan

penuntut di institusi tersebut. Dasar yang diwujudkan oleh pihak UTHM ialah Dasar

Pencegahan Plagiarisme untuk Pelajar Pasca Siswazah. Dasar ini sebagai satu

langkah bagi mengukuhkan integriti akademik yang sememangnya penting dalam

penulisan kajian ilmiah seperti tesis. Antara salah satu objektif dasar pencegahan

plagiarisme ini adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar mengenai pentingnya

mengelakkan diri daripada plagiat dan kesannya jika mereka terlibat dengan tindakan

menciplak hasil kerja orang lain.

Pihak UTHM juga telah menggariskan panduan bagi mengesan aktiviti plagiat

penulisan dalam kalangan pelajarnya. Antaranya ialah menggunakan perisian pengesanan

persamaan teks, membuat carian semula di internet, merujuk kepada sumber asli dan

mendapatkan penjelasan daripada pelajar tentang hasil kerja yang mereka hasilkan.

Page 12: KAEDAH PELAJAR MENANGANI ISU … · Web viewKAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja

12

Plagiat merupakan salah laku akademik di Universiti Malaya (UM). Ianya telah

dinyatakan dalam Buku Panduan Pelajar Ijazah Dasar (Azirah Hashim et al.). Pelajar

yang didapati melakukan plagiat, akan dikenakan tindakan tatatertib seperti tiada markah

diberikan untuk tugasan tersebut, amaran, denda tidak melebihi RM 200.00, digantung

belajar atau dipecat daripada pembelajaran rasmi di UM. (Universiti Malaya, Tatatertib

Pelajar, Peraturan 1999, Kaedah 6).

Dengan langkah berjaga-jaga yang telah digariskan ini, pelajar akan berusaha

untuk menghasilkan kerja yang berkualiti di samping berusaha untuk mengelakkan diri

daripada terjebak dengan plagiarisme.

5.2 WIBAWA, INTEGRITI DAN PROFESIONALISME (WIP 2010)

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, (KPT) telah menjalankan kajian mengenai

isu plagiat dalam konteks akademik, iaitu Wibawa, Integriti dan Profesionalisme (WIP)

pada tahun 2010 yang lalu. Langkah ini merupakan langkah permulaan untuk

menganalisis situasi semasa mengenai kewibawaan, integriti dan profesionalisme yang

diamalkan dalam institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara ini.

Satu garis panduan yang telah dibentuk oleh KPT hasil daripada kajian WIP

2010 sebagai panduan ahli akademik semua ipt di Malaysia dalam konteks penerbitan

karya. Elemen yang diketengahkan dalam garis panduan ini adalah kedudukan

pengarang, plagiarisme, integriti data, penyebaran penerbitan dan perwasitan

manuskrip.

Elemen plagiarisme dan integriti data berkait rapat dengan isu ini. Perincian panduan

bagi elemen plagiarisme ialah bagi mengelakkan plagiat, langkah proaktif diambil

Page 13: KAEDAH PELAJAR MENANGANI ISU … · Web viewKAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja

13

supaya penulisan bebas daripada unsur plagiat. Dan, pelajar juga perlu mengelakkan diri

daripada swa-plagiat (self plagiarism).

Bagi panduan elemen integriti data pula, data perlulah diperoleh dan ditafsir

berdasarkan kepada sumber yang sahih melalui kaedah yang saintifik, terutamanya bagi

pembikinan tesis dan karya sarjana. Selain itu, data tersebut mestilah boleh diberikan hak

kebolehcapaian data kepada rakan akademik bagi tujuan verifikasi.

Oleh itu, pelajar IPT atau siswa perlu mencakna usaha yang telah diambil oleh KPT

bagi mengurangkan kadar plagiat dalam kalangan pelajar.

6.0 CARA PELAJAR TANGANI PLAGIAT

Pihak Universiti Malaya telah memberi panduan cara kepada pelajar untuk

mengelakkan diri dari perbuatan plagiat. Secara keseluruhannya, adalah merupakan

tanggungjawab seoarang pelajar itu untuk mencakna pengertian plagiat, tahu ciri-ciri

plagiat dan berusaha untuk mengelakkan diri daripada plagiat.

Pada pandangan saya sendiri, tidak salah untuk membuat rujukan, kerana kita

sememangnya pelajar yang masih belajar tentang sesuatu ilmu. Cuma, kita perlu

menghormati pemilik karya tersebut dan maklumat tentang sumber perlu disertakan.

7.0 CADANGAN DAN SARANAN -UNTUK KEKALKAN KEASLIAN DATA

Roosfa Hashim (2006) telah menggariskan saranan untuk mengekalkan keaslian

maklumat atau penerbitan karya ilmiah. Akbiat terlalu banyak kes plagiat, sepatutnya

strategi untuk mengurangkan plagiat ini perlu dijalankan,Walter & Bloch (2001)

mencadangkan beberapa strategi bagi menggalakan penerbitan etika dan mengurangkan

Page 14: KAEDAH PELAJAR MENANGANI ISU … · Web viewKAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja

14

plagiarisme iaitu mewujudkan dan mengukuhkan panduan penerbitan, mengajar etika dan

kejujuran ilmiah dan mengesan serta melaporkan salah laku.

8.0 KESIMPULAN

Sebenarnya, tiada hasil kerja yang akan terjadi jika tiada panduan dari sumber yang

ampuh dan tulen. Sebagai seorang pencari ilmu, kita perlu mencari fakta dari sumber

yang sahih agar hasil kerja yang kita persembahkan itu hasil yang terbaik dan bermanfaat.

Oleh hal yang demikian, kita perlu meletakkan lampiran mengenai fakta dan sumber yang

kita perolehi, perkara ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan plagiat.

Nilai dan etika merupakan perkara yang sangat penting dalam rencah kehidupan.

Sebagai seorang generasi yang menjadi pewaris negara untuk masa yang akan datang,

penyemaian dan pengukuhan nilai murni dalam diri individu amat penting bagi

mewujudkan rakyat yang positif dan sejahtera. Nilai yang baik seperti akauntabiliti,

integriti, profesionalisme dan menjaga kerahsiaan penting dalam kehidupan. Saya akan

cuba berusaha untuk lebih mencakna dan mengaplikasikan ilmu ini dalam konteks

pengajian ilmu di UKM agar plagiat atau ciplak harta karya orang lain mampu dielakkan.

Insya-Allah. :)

Page 15: KAEDAH PELAJAR MENANGANI ISU … · Web viewKAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja

15

9.0 RUJUKAN

9.1 Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM),(2010),Dasar Harta Intelek,(UKM).

http://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/dasar_harta_intelek.pdf

9.2 Panduan WIP 2010 : http://www.upnm.edu.my/upfiles/dm898_panduan_integriti.pdf

9.3 Dewan Bahasa dan Pustaka, (2013) Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala

Lumpur : Penerbitan Dawama.

9.4 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), (2013), Dasar Pencegahan

Plagiarisme untuk Pelajar Pasca Siswazah ,(UTHM).

9.5 Universiti Malaya (UM), Pengelakan Dari Plagiarism, Buku Panduan Pelajar Ijazah

Dasar,UM.

:http://umisisweb.um.edu.my/doc/berita/plagiarism/Pengelakan_Dari_Plagiarisme_Buku_

Panduan_Pelajar_Ijazah_Dasar.pdf

9.6 Roosfa Hashim (2006) Penerbitan Berulangan, Plagiat dan Isu Kepengkarangan dan

Pelanggaran Etika Lain dalam Penerbitan di Malaysia, Jurnal Penerbitan Media Malaysia.

: http://e-journal.um.edu.my/public/article-view.php?id=611

9.7 Herqutanto (2013) Plagiarisme, Runtuhnya tembok Kejujuran Akademik,

Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia, Jakarta:

http://journal.ui.ac.id/index.php/eJKI/article/viewFile/1589/1335

Page 16: KAEDAH PELAJAR MENANGANI ISU … · Web viewKAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME 1.0 APA ITU PLAGIAT? Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja

16