( projek ) sains dan teknologi pelengkap hidup manusia sebagai khalifah di atas muka bumi

9
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM NAMA AHLI KUMPULAN 3 Alif Bin Mohammad Razeli Nurul Nadia Binti Ahmad Haiza Syuhadah Binti Ja’afar Nur ‘Alia Sabita Binti Mohd Bahri Nurul Nazihah Binti Sazili

Upload: muhd-shafiq

Post on 08-Feb-2017

1.413 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

NAMA AHLI KUMPULAN 3• Alif Bin Mohammad Razeli• Nurul Nadia Binti Ahmad• Haiza Syuhadah Binti Ja’afar• Nur ‘Alia Sabita Binti Mohd Bahri• Nurul Nazihah Binti Sazili

Page 2: ( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI

SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS

MUKA BUMI

Konsep manusia sebagai hamba dan khalifah allah

Page 3: ( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI

MAKSUD KHALIFAH MENURUT BAHASA• Khalifah yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu khalafa bererti

ganti; iaitu seseorang yang menggantikan seseorang yang lain. Dia melaksanakan sama ada bersama-sama dengan orang yang digantikannya atau melaksanakannya ketika ketiadaannya. Ianya termasuklah :

1. Menggantikan orang yang tiada.2. Menggantikan orang yang telah mati.3. Menggantikan tempat bagi orang yang tidak mampu menguruskannya.4. Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya.

MAKSUD KHALIFAH MENURUT ISTILAH• Maksud khalifah dari segi istilah pula ialah generasi manusia yang

dipilih oleh Allah s.w.t. sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan menjalankan syariah Allah s.w.t. sama ada di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.

Page 4: ( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI

• Manusia ialah sebagai hamba Allah s.w.t. bukanlah satu penghinaan atau satu kehinaan kepada manusia sebaliknya gelaran hamba Allah s.w.t. adalah satu gelaran yang paling tinggi kepada manusia seperti yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. sendiri di dalam al-Quran kerana itulah gelaran yang diberikan kepada nabi dan rasul.

• Salah satu dari keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagai hamba Allah s.w.t. yang sebenarnya ialah manusia telah dianugerahkan tugas/amanah yang tidak dipunyai oleh seluruh makhluk lain iaitu khalifahtullah dimuka bumi.

• konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t. dalam 4 ciri tersebut.

• a) Akidah • b) Akhlak • c) Ibadah• d) Syariat

Page 5: ( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI

TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI HAMBA• Kebijaksanaannya yang mencipta makhluk-makhluk yang ditempatkan di alam

penciptaanNya.• Manusia di antara makhluk Allah dan menjadi hamba Allah SWT.• Tanggungjawab manusia:-• a)amat luas dalam kehidupannya.• b)meliputi semua keadaan.• c)tugas yang ditentukan kepadanya.

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH• Anugerah utama Allah kepada manusia ialah:-• Pemilihan manusia untuk menjadi khalifah atau wakilnya di bumi.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAHNYA.

• Mengabdikan diri kepada Allah.• Melaksanakan amanah Allah.• Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri dan keluarga daripada masuk

ke dalam neraka.

Page 6: ( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI

SURAH YANG MENEKANKAN TENTANG TEKNOLOGI.

• “Buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya, dan kerjakanlah amalan yang soleh.Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.”

Page 7: ( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI

• Diberi peluang menguasai bumi ini bahkan ditugaskan untuk menggunakan kurniaan Allah SWT.

• Manusia ini adalah pemegang amanah kepada harta kekayaan Allah SWT dan bertanggungjawab dalam menggunakannya.

• Khalifah generasi manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t. sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, mengurus dan memakmurkan muka bumi.

• Di dalam al-Quran juga jelas dan menyatakan bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian, yang terdiri dari komponen-komponen yang mulia.

• Manusia dengan tujuan penciptaannya hanya semata-mata bertanggungjawab menerima, melaksana, dan menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Penciptanya.

• Oleh itu manusia dianggap sebagai khalifah yang bertanggungjawab bagi mendatangkan kemakmuran di atas muka bumi dan mewujudkan perseimbangan dan dengan itu terciptalah keadilan.

Page 8: ( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI

• Satu contoh potensi yang dianugerahkan Allah SWT kepada manusia ialah ilmu pengetahuan seperti ilmu dalam bidang sains dan teknologi.

• Selain itu, tanggungjawab manusia sebagai khalifah adalah untuk membangun dan meneroka alam dunia ini dengan pelbagai corak keilmuan agar mereka menjadi umat yang mampu berdiri sendiri tanpa pergantungan kepada orang lain.

Page 9: ( Projek ) SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP HIDUP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI

Firman Allah SWT :

• “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.

Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan

darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya

Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

(Al-Baqarah: 30)