-panduan umum

4
7 | Page PANDUAN UMUM PENULISAN CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1.0 PENDAHULUAN Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan penyelidikan tindakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan. 2.0 KERTAS 2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm) 2.2 Warna : Putih 3.0 PENAIPAN 3.1 Jenis Huruf: Times New Roman’ bersaiz 12 yang ditaip ‘ justify3.2 Selang Baris : DUA (2) langkau ‘ double spacing’ bagi teks am. Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan Terjemahan Abstrak dan Rujukan 3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut: Atas : 2.5 cm daripada jidai atas Bawa : 2.5 cm daripada jidai bawah Kanan : 2.5 cm daripada jidai kanan Kiri : 4.0 cm daripada jidai kiri Peringatan: i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 2.5 cm daripada birai atas kecuali tajuk laporan penyelidikan. ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru. iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda sempang. iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya DUA baris teks. 3.4 Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk. Lampiran 1

Upload: susuh-hitam

Post on 10-Jul-2015

86 views

Category:

Business


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: -panduan umum

7 | P a g e

PANDUAN UMUM PENULISAN CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

1.0 PENDAHULUAN Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru, Kementerian

Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan penyelidikan tindakan sebagai

memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

2.0 KERTAS

2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)

2.2 Warna: Putih

3.0 PENAIPAN

3.1 Jenis Huruf: ‘Times New Roman’ bersaiz 12 yang ditaip ‘justify’

3.2 Selang Baris: DUA (2) langkau ‘double spacing’ bagi teks am.

Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan Terjemahan Abstrak

dan Rujukan

3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:

Atas : 2.5 cm daripada jidai atas

Bawa : 2.5 cm daripada jidai bawah

Kanan : 2.5 cm daripada jidai kanan

Kiri : 4.0 cm daripada jidai kiri

Peringatan:

i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 2.5 cm daripada birai atas kecuali

tajuk laporan penyelidikan.

ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi

sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan

teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.

iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda

sempang.

iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya

DUA baris teks.

3.4 Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk.

Lampiran 1

Page 2: -panduan umum

8 | P a g e

3.5 Nombor Halaman :

i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada birai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa hiasan.

ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman judul)

hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara

berturut-turut sepertimana berikut: i, ii, iii, iv …….

Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai halaman

(i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama.

iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah menggunakan

angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 …….

3.6 Teks

a. Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah mengandungi

tajuk/judul yang membayangkan kandungannya berdasarkan format

penulisan Penyelidikan Tindakan. Setiap tajuk/judul boleh dipecahkan

kepada sub tajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu.

b. Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan. Elakkan menulis

perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya dapat

menerangkan satu isu atau perkara yang ada kesinambungan dengan

perenggan berikutnya.

3.7 Sistem Rujukan

3.7.1 Menulis Rujukan Dalam Teks

Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber, penulis

hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks. Rujukan dalam teks dan

dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis mengikut sistem American

Psychological Association (APA) yang terkini. Contoh rujukan dalam teks adalah

seperti yang berikut:

(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:

Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan…

Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan individu yang menyeluruh (Choy, 2006).

(b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang: Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan…

Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee & Boon, 2005).

Page 3: -panduan umum

9 | P a g e

(c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:

Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006) menyatakan …

Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon, 1998; Goon &

Koh, 2003) telah menunjukkan…

(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:

Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan (Man,

1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990).

Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990), sistem

pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan.

3.7.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan

Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:

(a) Buku

Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney: Hodder Headline.

(b) Jurnal

Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher education: The efficiency dimension. Review of Educational Research, 2, 175-199.

(c) Surat khabar

Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan Malaysia, hlm. 15.

(d) Tesis tidak diterbitkan Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru Wilayah

Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

(e) Media elektronik

Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan 15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/survey-1997-10/

(f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang) GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004 dari

http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/ survey-1997-10/

Page 4: -panduan umum

10 | P a g e

7.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia

Dalam Teks

Pengarang Melayu Pengarang Cina

Pengarang India

Dalam Senarai Rujukan

Dalam senarai rujukan, tulis nama penuh pengarang yang tidak mempunyai nama

keluarga.

Mohd. Ali (2005) menyatakan … Lim (2006) menyokong …

Krishnan (2003) menerangkan…

Mohd. Ali b. Mohd. Bakar. (2005).

Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit

Taufik Intelek Sdn. Bhd. Lim, C. B. (2006). Politik dan saya.

Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd. Krishnan a/l Thambipillay. (2003).

Dunia politik . Kuala Lumpur: Tasha Publications.

4.0 Had Maksimum

Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidak melebihi 10 000 patah

perkataan.