3.6 garis panduan khusus pertanian -...

7
GARIS PANDUAN KHUSUS P E R T A N I A N Rancanan Daerah Kuala Muda 2020 2.1 Garis Panduan Umum Sumber Asli, KSAS & Alam Sekitar 2.2 Garis Panduan Umum Pengangkutan dan Lalulintas 2.3 Garis Panduan Umum Infrastruktur Dan Utiliti 2.4 Garis Panduan Umum Perindustrian 2.5 Garis Panduan Umum Perniagaan 2.6 Garis Panduan Umum Pertanian 2.7 Garis Panduan Umum Perumahan 2.8 Garis Panduan Umum Petempatan Desa 2.9 Garis Panduan Umum Kemudahan Masyarakat 2.10 Garis Panduan Umum Landskap & Rekreasi RUJUKAN BERSAMA 3.6.1 GARISPANDUAN ‘HALAL PARK’ 3.6.1 GARISPANDUAN ‘HALAL PARK’ Akta-akta yang berkaitan dengan Prosedur Persijilan Halal adalah seperti berikut: Akta-akta yang berkaitan dengan Prosedur Persijilan Halal adalah seperti berikut: a) Akta Perihal Dagangan 1972 a) Akta Perihal Dagangan 1972 i. Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975. i. Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975. ii. Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975. ii. Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975. b) Akta/Enakmen Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan b) Akta/Enakmen Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559]. Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559]. c) Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 c) Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 d) Animal Rules Ordinant 1962 d) Animal Rules Ordinant 1962 e) Custom Act 1962 e) Custom Act 1962 f) Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan f) Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972 AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972 Terdapat dua Perintah yang diwujudkan di bawah Akta ini iaitu: a) Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975 b) Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975 Kedua-dua Perintah ini dikuatkuasakan bersama-sama dengan Akta induknya, Akta Perihal Dagangan 1972. Seksyen 3 Perintah Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) 1975 : Perbahasaan “Halal”, “Ditanggung Halal”, “Makanan Islam” atau apa-apa perbahasaan yang lain apabila digunakan ke atas makanan dalam apa-apa jua bentuk sekalipun maka perbahasaan itu hendaklah bermaksud bahawa makanan tersebut: Bukanlah dan juga tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau tidak disembelih mengikut Hukum Syarak; i. Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang difikirkan sebagai najis mengikut Hukum Syarak; ii. tidaklah diselia, diproses atau dikilangkan dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari apa-apa benda najis mengikut Hukum Syarak; iii. tidaklah dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak perenggan (i), (ii) atau (iii) atau apa-apa benda yang difikirkan sebagai najis mengikut Hukum Syarak IMPORT SUMBER 1 PUSAT SEMBELIHAN DILULUS KERAJAAN RANTAIAN NILAI INDUSTRI BERASASKAN DAGING SUMBER TEMPATAN DAGINGTEMPATAN IMPORT SUMBER 1 PUSAT SEMBELIHAN DILULUS KERAJAAN IMPORT SUMBER 1 PUSAT SEMBELIHAN DILULUS KERAJAAN PENGELUARAN PEMASARAN PEMPROSESAN PASARAN DOMESTIK 2 PASARAN DOMESTIK 1 PASARAN EKSPORT 3 PASARAN EKSPORT 2 PASARAN EKSPORT 1 HALAL PARK DAGING SEMI PROSES AYAM DIPROSES TURKEY DIPROSES LEMBU & KAMBING DIPROSES REMPAH & RENCAHAN DIPROSES BAHAN PEMBUNGKUS garis panduan khusus PERTANIAN 3.6

Upload: dangtuong

Post on 10-Feb-2018

254 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3.6 garis panduan khusus PERTANIAN - onemapserver.comonemapserver.com/mapserver2014/RTDKualaMuda/taskpane/gp_khus… · 2.1 Garis Panduan Umum Sumber Asli, ... antarabangsa adalah

G A R I S P A N D U A N K H U S U S P E R T A N I A N

3.6-1 Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2020

d r a f

2.1 Garis Panduan Umum Sumber Asli, KSAS & Alam Sekitar

2.2 Garis Panduan Umum Pengangkutan dan Lalulintas

2.3 Garis Panduan Umum Infrastruktur Dan Utiliti

2.4 Garis Panduan Umum Perindustrian

2.5 Garis Panduan Umum Perniagaan

2.6 Garis Panduan Umum Pertanian

2.7 Garis Panduan Umum Perumahan

2.8 Garis Panduan Umum Petempatan Desa

2.9 Garis Panduan Umum Kemudahan Masyarakat

2.10 Garis Panduan Umum Landskap & Rekreasi

R U J U K A N B E R S A M A

3.6.1 GARISPANDUAN ‘HALAL PARK’ 3.6.1 GARISPANDUAN ‘HALAL PARK’ Akta-akta yang berkaitan dengan Prosedur Persijilan Halal adalah seperti berikut: Akta-akta yang berkaitan dengan Prosedur Persijilan Halal adalah seperti berikut: a) Akta Perihal Dagangan 1972 a) Akta Perihal Dagangan 1972

i. Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975. i. Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975. ii. Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975. ii. Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975.

b) Akta/Enakmen Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan b) Akta/Enakmen Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559]. Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559].

c) Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 c) Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 d) Animal Rules Ordinant 1962 d) Animal Rules Ordinant 1962 e) Custom Act 1962 e) Custom Act 1962 f) Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan f) Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972 Terdapat dua Perintah yang diwujudkan di bawah Akta ini iaitu: a) Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975 b) Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975 Kedua-dua Perintah ini dikuatkuasakan bersama-sama dengan Akta induknya, Akta Perihal Dagangan 1972. Seksyen 3 Perintah Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) 1975 : Perbahasaan “Halal”, “Ditanggung Halal”, “Makanan Islam” atau apa-apa perbahasaan yang lain apabila digunakan ke atas makanan dalam apa-apa jua bentuk sekalipun maka perbahasaan itu hendaklah bermaksud bahawa makanan tersebut: Bukanlah dan juga tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau tidak disembelih mengikut Hukum Syarak; i. Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang difikirkan sebagai najis

mengikut Hukum Syarak; ii. tidaklah diselia, diproses atau dikilangkan dengan menggunakan apa-apa

alat yang tidak bebas dari apa-apa benda najis mengikut Hukum Syarak; iii. tidaklah dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpannya itu

bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak perenggan (i), (ii) atau (iii) atau apa-apa benda yang difikirkan sebagai najis mengikut Hukum Syarak

IMPORT SUMBER 1 PUSAT SEMBELIHAN DILULUS KERAJAAN

RANTAIAN NILAI INDUSTRI BERASASKAN DAGING

SUMBER TEMPATAN DAGINGTEMPATAN

IMPORT SUMBER 1 PUSAT SEMBELIHAN DILULUS KERAJAAN

IMPORT SUMBER 1 PUSAT SEMBELIHAN DILULUS KERAJAAN

PENGELUARAN PEMASARAN PEMPROSESAN

PASARAN DOMESTIK 2

PASARAN DOMESTIK 1

PASARAN EKSPORT 3

PASARAN EKSPORT 2

PASARAN EKSPORT 1

HALAL PARK

DAGING SEMI PROSES

AYAM DIPROSES TURKEY

DIPROSES LEMBU & KAMBING DIPROSES REMPAH & RENCAHAN DIPROSES BAHAN

PEMBUNGKUS

garis panduan khusus P E R T A N I A N 3.6

Page 2: 3.6 garis panduan khusus PERTANIAN - onemapserver.comonemapserver.com/mapserver2014/RTDKualaMuda/taskpane/gp_khus… · 2.1 Garis Panduan Umum Sumber Asli, ... antarabangsa adalah

P E R T A N I A N G A R I S P A N D U A N K H U S U S

3.6-2 Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2020

R U J U K A N B E R S A M A

2.1 Garis Panduan Umum Sumber Asli, KSAS & Alam Sekitar

2.2 Garis Panduan Umum Pengangkutan dan Lalulintas

2.3 Garis Panduan Umum Infrastruktur Dan Utiliti

2.4 Garis Panduan Umum Perindustrian

2.5 Garis Panduan Umum Perniagaan

2.6 Garis Panduan Umum Pertanian

2.7 Garis Panduan Umum Perumahan

2.8 Garis Panduan Umum Petempatan Desa

2.9 Garis Panduan Umum Kemudahan Masyarakat

2.10 Garis Panduan Umum Landskap & Rekreasi

3.6.2 GARIS PANDUAN MAKANAN, MINUMAN DAN BARANG GUNAAN ORANG ISLAM

Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam. SUMBER BAHAN MAKANAN DAN MINUMAN Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan. KETERANGAN HAIWAN DARAT

HAIWAN DARAT - Semua haiwan darat halal dimakan KECUALI i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum

syarak. ii. Babi. iii. Anjing. iv. Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang

digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.

v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya.

vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.

vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.

viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.

ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan seumpamanya.

x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.

KETERANGAN HAIWAN AIR Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara

hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

Tumbuh-tumbuhan

Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.

Minuman Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.

Bahan Semulajadi

Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.

Bahan Kimia

Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.

Bahan Tambah

Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.

BAHAN GUNAAN ORANG ISLAM KETERANGAN Kosmetik Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan

yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku dan seumpamanya.

Bahan kosmetik yang diperbuat daripada

tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.

KETERANGAN KETERANGAN Pakaian dan Peralatan

Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan.

Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada

bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu babi dan anjing.

Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada

tulang, tanduk, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan.

Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada

kulit haiwan (kecuali kulit babi dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.

PIAWAIAN MALAYSIA BEKENAAN MAKANAN HALAL (MS 1500:2004) Standard Malaysia bertajuk ‘Makanan Halal:Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (MS 1500:2004) telah dibangunkan di bawah Sistem Pembangunan Standard Malaysia yang di bawah tanggungjawab Jabatan Standard Malaysia (DSM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Standard Malaysia ini merupakan satu daripada lima inisiatif Kerajaan di dalam merealisasikan Malaysia sebagai pusat makanan halal. Standard ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Standard Perindustrian Kebangsaan yang berkaitan dengan Halal (ISCI) yang mana telah diwakili oleh pelbagai organisasi termasuk JAKIM yang merupakan Pengerusi kepada Jawatankuasa Teknikal untuk gambaran menyeluruh sistem pembangunan standard di Malaysia dan kaitan ISCI di dalam sistem ini. Skop standard ini mengandungi garis-garis panduan yang praktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal (termasuk penambah nutrien). Ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan di Malaysia. Ia akan digunakan oleh JAKIM sebagai asas untuk pensijilan tetapi akan ditambahkan dengan banyak keperluan yang lainnya bagi melengkapkan proses pensijilan. Dokumen ini telah melalui proses yang diselaraskan kepada keperluan standard antarabangsa sebagai contoh; Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO), di mana sistem pembangunan standard antarabangsa adalah asas persetujuan semua pihak yang berkepentingan seperti Kerajaan, sektor swasta, NGO, penyelidik dan badan-badan profesional. Malaysia (DSM) menggunakan polisi ISO yang sama. Pada masa hadapan, adalah diharapkan agar Standard Malaysia (dokumen rasmi Kerajaan) akan dipromosikan di luar negara dan diiktiraf oleh negara-negara lain atau blok seperti Amerika, Eropah, China dan negara-negara ASEAN. Sumber: Halal Development Corporation.

Page 3: 3.6 garis panduan khusus PERTANIAN - onemapserver.comonemapserver.com/mapserver2014/RTDKualaMuda/taskpane/gp_khus… · 2.1 Garis Panduan Umum Sumber Asli, ... antarabangsa adalah

3.6-3 Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2020

G A R I S P A N D U A N K H U S U S P E R T A N I A N

3.6.3 GARIS PANDUAN PENGELUARAN FORAJ DAN SILAJ

Makanan tambahan ternakan diperlukan kerana ketiadaan atau kekurangan tanaman

kontan dan foraj yang baik. Kebanyakan penternak memberi makanan foraj hanya untuk

serat. Sebagai contoh, ramai penternak memberi ternakan mereka makan hasilan pelepah

kelapa sawit sahaja atau rumput biasa. Amalan ini perlu ditukar dengan menanam

tanaman foraj untuk menghasilkan makanan ternakan yang lebih berkualiti dan berkhasiat.

Amalan tanaman foraj yang mampu membekal protein, karbohidrat selain serat akan

menjimatkan kos makanan kerana kurang makanan tambahan diperlukan selain dari

vitamin dan unsur galian. Banyak ladang ternakan di Malaysia tiada pelan yang sempurna

untuk pengeluaran tanaman foraj kerana kurang pengetahuan agronomi dan kemahiran

pengeluaran tanaman.

3.6.4 GARIS PANDUAN TERNAKAN BURUNG WALIT

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipatuhi dalam mengusahakan ternakan burung walit.

Sumber : Amalan Baik Penternakan Haiwan Untuk Perladangan Burung Walit Spesis Aerodermus dan Perumahannya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Kawasan penternakan Rekabentuk rumah/ruang/premis burung walit

1. Penternakan bagi mendapatkan hasil sarang burung ini hanya dibenarkan di atas guna tanah pertanian bersebelahan dengan bandar/pekan dan sungai.

1. Bagi penternakan burung walit perlulah mematuhi sepenuhnya “Amalan Baik Penternakan Haiwan Untuk Perladangan Burung Walit Spesis Aerodermus Dan Perumahannya”, yang telah digariskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

2. Usaha penternakan perlu dikawal dan tidak diberikan kelulusan permit, termasuklah penternakan yang sedia ada dijalankan di premis-premis perniagaan di pusat-pusat bandar terutamanya di Bandar Sungai Petani.

2. Antara keperluan premis burung walit yang terbaik ialah :- a) Premis terletak pada jarak minima, iaitu 100 meter daripada bangunan

terdekat dan/atau 500 meter dari mana-mana bangunan tempat tinggal atau kawasan perumahan. Jarak minima bagi pencemaran bau dan bunyi yang digariskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

b) Atau premis dibina di atas tanah bertaraf pertanian/kawasan industri ringan dan sederhana.

c) ‘Ghost Town’/bandar tinggal, kawasan di mana terdapat aktiviti manusia yang minima dan di mana bangunan dibiarkan reput dan kosong boleh diusahakan untuk ternakan burung walit, dengan mendapatkan kelulusan daripada PBT.

d) Ketinggian premis yang bersesuaian iaitu melebihi 15 kaki dengan keluasan minima 20 x 30 kaki.

e) Pintu keluar masuk untuk burung walit yang berukuran 20 x 20 cm harus dibina di bahagian atas/bumbung bangunan premis.

3. Bagi penternakan sedia ada yang telah dijalankan di premis-premis perniagaan di pusat-pusat bandar, notis pemindahan dan penutupan perlu diberikan mengikut budi bicara dan hemah dari PBT.

3. Antara larangan premis burung walit ialah :- a) Pembinaan perumahan burung walit di tengah-tengah bandar; b) Pembinaan dimana-mana kawasan warisan.

4. Pengawalan dan penguatkuasaan perlu dibuat oleh PBT dengan kerjasama Pejabat Perkhidmatan Veterinar dan lain-jabatan yang berkenaan.

2.1 Garis Panduan Umum Sumber Asli, KSAS & Alam Sekitar

2.2 Garis Panduan Umum Pengangkutan dan Lalulintas

2.3 Garis Panduan Umum Infrastruktur Dan Utiliti

2.4 Garis Panduan Umum Perindustrian

2.5 Garis Panduan Umum Perniagaan

2.6 Garis Panduan Umum Pertanian

2.7 Garis Panduan Umum Perumahan

2.8 Garis Panduan Umum Petempatan Desa

2.9 Garis Panduan Umum Kemudahan Masyarakat

2.10 Garis Panduan Umum Landskap & Rekreasi

R U J U K A N B E R S A M A

Page 4: 3.6 garis panduan khusus PERTANIAN - onemapserver.comonemapserver.com/mapserver2014/RTDKualaMuda/taskpane/gp_khus… · 2.1 Garis Panduan Umum Sumber Asli, ... antarabangsa adalah

P E R T A N I A N G A R I S P A N D U A N K H U S U S

Contoh Rumah Burung Walit

Burung Walit

3.6-4 Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2020

R U J U K A N B E R S A M A

2.1 Garis Panduan Umum Sumber Asli, KSAS & Alam Sekitar

2.2 Garis Panduan Umum Pengangkutan dan Lalulintas

2.3 Garis Panduan Umum Infrastruktur Dan Utiliti

2.4 Garis Panduan Umum Perindustrian

2.5 Garis Panduan Umum Perniagaan

2.6 Garis Panduan Umum Pertanian

2.7 Garis Panduan Umum Perumahan

atan Desa

2.9 Garis Panduan Umum Kemudahan Masyarakat

2.10 Garis Panduan Umum Landskap & Rekreasi

- Burung mestilah disediakan dengan ruang iantai yang mencukupi dalam sangkar di dalam kontena atau kenderaan bagi memastikan burung tidak mengalami kesesakkan yang akan mendedahkan mereka kepad kecederaan atau penyeksaan.

- Perkiraan ruang adalah panjang x lebar ruangan yang dihuni oleh setiap ekor burung apabila sayapnya dikembangkan, kemudian dibahagikan dengan angka tersebut bagi mengira bilangan burung yang boleh dimuatkan. Kurangkan bilangan burung sedikit untuk perjalanan yang jauh atau semasa cuaca panas.

- Setiap ekor Burung Walit mesti berupaya bertenggek dalam keadaan semulajadi, mengizinkan pergerakkan kepala dengan selesa tanpa menyentuh geladak atau bumbung sangkar.

2.8 Garis Panduan Umum Petemp

Disamping perkara yang diterangkan di atas, penekanan terhadap kebersihan persekitaran haruslah di ambil kira

dalam mengusahakan ternakan burung walit ini.

Kebersihan dan Persekitaran

i. Rumah/premis burung, persekitarannya dan mana-mana peralatan yang di dalamnya mesti disimpan bersih supaya haiwan selesa dan menghindari ternakan burung dari penyakit.

ii. Semua premis burung walit, mesti dihapus kuman dengan menggunakan ubat pembasmi kuman yang disyorkan, sekurangkurangnya sekali seminggu.

iii. Semua premis burung mesti sentiasa kering dan mesti dibersihkan dan dihapus kuman menggunakan ubat pembasmi kuman disyorkan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

iv. Guano (najis burung) mesti sentiasa dipungut dan tidak dibiarkan menimbun agar tidak menjadi tempat membiaknya parasit yang boleh membawa penyakit. Jika terdapat sebarang parasit ianya perlu dibasmi dan guano di luputkan mengikut garispanduan Jabatan Alam Sekitar.

v. Semua premis mesti hanya ada satu pintu untuk masuk dan keluar. Disyorkan membina ‘double-door’ (pintu dua lapis) untuk keselamatan dan sediakan footbath iaitu takungan berisi air dan diinfektan yang ditempatkan di pintu masuk dan keluar.

vi. kemudahan untuk membasuh bangunan perlu ada bersambungan dengan premis

vii. Pengusaha mesti menyediakan alat pemadam api di setiap tingkat rumah/premis burung.

viii. Pemangsa seperti tikus, burung hantu, burung helang, semut, cicak dan tokek harus dielakkan daripada menghampiri persekitaran premis burung.

ix. Sarang burung walit yang dihasilkan harus dipetik, setelah telurnya menetas dan ditinggalkan oleh anak burung walit “Swallow” bagi menjamin populasi burung walit.

x. Haiwan yang mati mesti diluputkan secepat mungkin, melainkan jika hendak mendapatkan pengesahan berkaitanmengapa sekor burung itu mati. Dimana ada kes yang positif, pengusaha, pengendali atau tuanpunya mesti dengan segera mengikut garis yang tertentu yang telah termaktub Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Malaysia.

Sumber : Amalan Baik Penternakan Haiwan Untuk Perladangan Burung Walit Spesis Aerodermus dan Perumahannya, Jabatan PerkhidmatanVeterinar

LUAS KAWASAN YANG DISYORKAN UNTUK MEMBUAT SARANG WALIT 1. Panjang Burung Walit Membuat sarang Kawasan 130mm (13 sm) burung dewasa Bilangan burung tinggi (sm) X lebar (sm) X panjang (sm) ialah 6 30 (sm) X 10.1 6 (sm) X 1 5.24 (sm)

- Setiap ekor Burung Walit mesti boleh bertengek dengan selesa pada setiap masa.

2. Luas kawasan lantai untuk setiap tambahan seekor burung (sm 1 53 (sm*). Keluasan ini akan menentukan:-

Page 5: 3.6 garis panduan khusus PERTANIAN - onemapserver.comonemapserver.com/mapserver2014/RTDKualaMuda/taskpane/gp_khus… · 2.1 Garis Panduan Umum Sumber Asli, ... antarabangsa adalah

G A R I S P A N D U A N K H U S U S P E R T A N I A N

2.1 Garis Panduan Umum Sumber Asli, KSAS & Alam Sekitar

2.2 Garis Panduan Umum Pengangkutan dan Lalulintas

2.3 Garis Panduan Umum Infrastruktur Dan Utiliti

2.4 Garis Panduan Umum Perindustrian

2.5 Garis Panduan Umum Perniagaan

2.6 Garis Panduan Umum Pertanian

2.7 Garis Panduan Umum Perumahan

2.8 Garis Panduan Umum Petempatan Desa

2.9 Garis Panduan Umum Kemudahan Masyarakat

2.10 Garis Panduan Umum Landskap & Rekreasi

R U J U K A N B E R S A M A

3.6-5 Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2020

Berikut adalah 27 garispanduan tambahan pembinaan dan penjagaan premis:-

1. Premis burung walit mesti berupaya mengadakan keadaan mikroclimat yang sesuai (ini berdasarkan kondensasi air, tahap abuk, amonia dan karbon dioksid) berbanding dengan keadaan cuaca biasa yang selalu bertukar pada sesuatu tempat.

2. Sistem ventilasi mesti berupaya mengekalkan suhu yang sesuai dengan jitu untuk

mengelakkan terlalu panas, bahang (tidak lebih dari 30°C), atau kesejukan (tidak kurang dari 23°C) kepada burung atau anaknya.

3. Rumah burung mesti mempunyai ventilasi yang tidak lembab. Pastikan pembinaan

sarang di tepi tingkap atau pintu dilindungi dari kehangatan matahari. 5. Semua rumah burung walit perlu ada belebas (perch area) untuk burung ini

menengek (terbalik) mengikut keperluan spesis. Sekeping papan atau kayu melintang di siling adalah mencukupi.

6. Aviaries (rumah atau bangunan yang dibina khas untuk burung) mesti cukup luas

untuk burung tersebut terbang dan berupaya membuka kedua-dua sayapnya secara maksimum. Ada spesis burung walit yang memerlukan bumbung yang tinggi.

8. Seperti mana haiwan yang lain, premis burung walit mesti di periksa setiap hari oleh

seorang pekerja yang berpengalaman. 9. Burung yang baru didatangkan pertu dikuarantin dan dibiarkan berasingan dalam

rumah barunya untuk beberapa hari. Pastikan gangguan yang minimum sebelum ianya dibenarkan bergaul dengan populasi burung yang sedia ada.

10. Pemantauan burung walit hendaklah dengan cara yang tidak menggangu

ketenteraman burung. 11. Suhu persekitaran perlu dikekalkan pada tahap yang mengurangkan tegangan,

tetapi hendaklah boleh dikawal jika perlu antara suhu 30°C hingga 37°C. 12. Semasa musim tengkujuh, punca haba mesti disediakan. Mengawal suhu dan

ventilasi perlu dilakukan secara berterusan.

13. Burung tidak boleh didedahkan pada bahang atau pancar matahari contohnya di kawasan berhampiran lubang-lubang melainkan cucur atap teduhan ada disediakan dan keadaan pergerakan udara baik. Jika burung menunjukkan tanda-tanda keresahan, mereka hendaklah dipindahkan dari persekitaran itu.

14. Lampu mesti ada semasa kecemasan. Untuk memantau pada waktu malam,

lampu yang malap atau bercahaya infra-merah (incandesant) yang tidak mengeluarkar haba.

15. Notis amaran kepada penceroboh hendaklah diletakkan di lokasi yang

strategik. 16. Rekaan premis burung walit mesti mengambil kira keselesaan untuk memeriksa

burung, kesenangan mencuci dan mengawalselia makan dan air. Permukaan dalam premis dimana burung ini akan bersentuhan, mesti dibina dengan bahan binaan yang tidak kalis air, tegap dan dari bahan yang boleh dibasuh. Sambungan dan bucu mesti sambung dengan rapi

18. Kesemua permukaan dalam mesti licin dan tiada bucu-bucu tajam yang

boleh mencederakan burung ini. 19. Lantai perlu kalis tikus di mana lapisan galvanised (1 meter panjang setiap

kepingan) diletakkan. Salah satu dari hujung kepingan di tanamkan kedalam lantai.

20. Lantai premis mesti daripada konkrit. 21. Kesemua alatan mesti diperiksa berkala untuk memastikan ianya dalam

keadaan baik sentiasa. 22. Disarankan premis burung dilengkapkan dengan alat pengesan asap (smoke

detector), sprinkler dan alatan pemadam api lain yang sesuai. Perlu disediakan ruang masuk/keluar kecemasan untuk pemindahan segera burung semasa kecemasan.

23. Di atas tanah pertanian, panggilan burung (rakaman kicauan burung walit)

boleh dimainkan antara jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan speaker yang dihalakan ke langit. Kemudian dari itu ia boleh dimainkan semula antara jam 5.00 petang hingga ke 7.30 malam. Di dalam premis rakaman kicauan boleh dimainkan 24 jam. Kekuatan bunyi yang dibenarkan ialah ia tidak melebihi __ desibel dengan getaran frekuensi ___hz iaitu di bawah pendengaran manusia.

24. Ruang masuk di sebelah bumbung untuk burung waiit dipastikan selamat dari

pemangsa-pemangsa. Serbuk seperti belerang boleh ditabur untuk menghindarkan dari ular, biawak dan tikus besar. Ruang buka dibumbung ini perlu dicondongkan dengan disediakan cucur atap supaya ia tidak boleh dimasuki hujan atau angin ribut.

25. Semua pembukaan yang dibina untuk pengudaraan mesti dibersihkan sekali

seminggu untuk mengelakkan dari lubangnya tersumbat. 26. Perparitan di luar dan dalam premis hendaklah sentiasa lancar. 27. Merokok di dalam ruangan premis burung Walit dilarang sama sekali.

Page 6: 3.6 garis panduan khusus PERTANIAN - onemapserver.comonemapserver.com/mapserver2014/RTDKualaMuda/taskpane/gp_khus… · 2.1 Garis Panduan Umum Sumber Asli, ... antarabangsa adalah

3.6-6 Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2020

P E R T A N I A N G A R I S P A N D U A N K H U S U S

R U J U K A N B E R S A M A

2.1 Garis Panduan Umum Sumber Asli, KSAS & Alam Sekitar

2.2 Garis Panduan Umum Pengangkutan dan Lalulintas

2.3 Garis Panduan Umum Infrastruktur Dan Utiliti

2.4 Garis Panduan Umum Perindustrian

2.5 Garis Panduan Umum Perniagaan

2.6 Garis Panduan Umum Pertanian

2.7 Garis Panduan Umum Perumahan

2.8 Garis Panduan Umum Petempatan Desa

2.9 Garis Panduan Umum Kemudahan Masyarakat

2.10 Garis Panduan Umum Landskap & Rekreasi

3.6.3 GARIS PANDUAN ZON INDUSTRI DAN AKUAKULTUR (ZIA)

Di dalam kawasan cadangan ZIA Daerah Kuala Muda dikenalpasti empat jenis sumber kawasan yang relevan iaitu :-

1. Sumber Perairan Laut; 2. Sumber Persisiran Pantai; 3. Sumber Darat Persisiran Pantai; dan 4. Sumber Perairan Air tawar Terbuka.

1. Sumber Perairan Laut

a. Keterangan Sumber – sumber ini bermula dari persisiran laut (yang dipengaruhi oleh air pasang dan surut) sehingga ke laut terbuka.

b. Aktiviti Ternakan – antara aktiviti ternakan yang boleh dijalankan di perairan ialah: Ternakan Ikan dalam Sangkar Ternakan kerang-kerangan/rumpai laut menggunakan rakit, para dan pancang

c. Ciri-ciri kesesuaian Kawasan yang bebas dari pencemaran Kawasan yang mempunyai pertukaran air yang baik iaitu arus air tidak melebihi

1.25m/saat (2.5 knots).

Keperluan kualiti air kawasan perairan Julat pH antara 6.5 -8.5 Julat Suhu antara 25 – 32 dajah Celcius Oksigen terlarut melebihi 3 ppm Ammoniacal Nitrogen kurang daripada 0.5 ppm Jumlah pepejal terapung tidak melebihi 200 ppm Bacaan Secchi Disc sebaik-baiknya melebihi 5 m Kemasinan air yang stabil dan tidak berlaku perbezaan mendadak sebanyak 5 ppt

pada satu-satu masa. Julat kesesuaian kemasinan : 0 ppt hingga 32 ppt (ikan siakap); 5 ppt hingga 32 ppt (ikan

jenahak; 15 ppt hingga 32 ppt (ikan kerapu)

d. Amalan-amalan Ternakan Kawasan ternakan sebaik-baiknya tidak menggangu laluan bot/kenderaan air/struktur

dasar laut seperti apa-apa jenis kabel atau paip dan sebagainya. Sangkar/rakit/para/pancang yang palin baik ialah yang kuat, tahan, tidak hakis (korosif)

dan tidak menghalang pertukaran air. Susun atur sangkar sebaik-baiknya secara berbaris bagi memudahkan pengaliran air

dalam sangkar. Jarak antara baris tidak kurang daripada 10 m. Kedudukannya hendaklah melintang dari arah arus air.

Benih yang digunakan hendaklah benih yang sihat Pengunaan makanan rumusan (pelet) adalah digalakkan Pengunaan makanan daripada punca yang halal adalah sangat digalakkan Penggunaaan bahan kimia dan ubat-ubatan seperti antibiotik hendaklah mengikut

peraturan yang ditetapkan Ikan yang mati akibat penyakit hendaklah ditanam di daratan atau dibakar sementara

ikan yang sakit hendaklah diasingkan dan dirawat. Kawasan ternakan hendaklah melebihi 5 peratus keluasan tapak yang diluluskan.

2. Sumber Persisiran Pantai

a. Keterangan Sumber – sumber ini meliputi kawasan dasar laut yang berhampiran pantai yang dipengaruhi oleh air pasang dan surut.

b. Aktiviti Ternakan – antara aktiviti ternakan yang boleh dijalankan di perairan ialah: Ternakan kerang/siput-siput/rumpai laut

c. Ciri-ciri kesesuaian Sumber yang bebas dari pencemaran Sumber yang terlindung daripada arus dan ombak yang kuat Sumber dasar laut berlumpur halus dan lembut dengan ketebalan lumpur 45 - 75 sm Sumber yang terletak di luar kawasan muara Kemasinan antara 18 – 30 ppt Sumber yang produktif di mana ia mengandungi banyak makanan semulajadi

(plankton) Sumber ternakan hendaklah terletak di luar kawasan pembenihan semulajadi.

Page 7: 3.6 garis panduan khusus PERTANIAN - onemapserver.comonemapserver.com/mapserver2014/RTDKualaMuda/taskpane/gp_khus… · 2.1 Garis Panduan Umum Sumber Asli, ... antarabangsa adalah

G A R I S P A N D U A N K H U S U S P E R T A N I A N

2.1 Garis Panduan Umum Sumber Asli, KSAS & Alam Sekitar

2.2 Garis Panduan Umum Pengangkutan dan Lalulintas

2.3 Garis Panduan Umum Infrastruktur Dan Utiliti

2.4 Garis Panduan Umum Perindustrian

2.5 Garis Panduan Umum Perniagaan

2.6 Garis Panduan Umum Pertanian

2.7 Garis Panduan Umum Perumahan

2.8 Garis Panduan Umum Petempatan Desa

2.9 Garis Panduan Umum Kemudahan Masyarakat

2.10 Garis Panduan Umum Landskap & Rekreasi

R U J U K A N B E R S A M A

3.6-7 Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2020

3. Sumber Darat Persisiran Pantai

a. Keterangan Sumber – sumber ini meliputi sumber darat di tepi pantai di mana bekalan air laut boleh diperolehi untuk ternakan ikan/udang

b. Aktiviti Ternakan – antara aktiviti ternakan yang boleh dijalankan di perairan ini

ialah: Ternakan ikan/udang laut/ketam dalam kolam Hatceri/asuhan ikan/udang laut/kerang-kerangan/ketam

c. Ciri-ciri kesesuaian Sumber yang bebas dari pencemaran Sumber air mudah diperolehi Nilai pH tanah untuk kolam mestilah melebihi 2.5 selepas pengoksidan dan pH

tanah basah melebihi 4.5 Struktur dan tekstur tanah yang boleh menakung air.

Keperluan kualiti air kawasan perairan Julat Suhu antara 28 – 30 darjah Celcius Oksigen terlarut melebihi 3 ppm Ammoniacal Nitrogen kurang daripada 0.5 ppm Kandungan besi tidak melebihi 1 ppm Akliniti (Kekelatan) melebihi 90 ppm CaCO3 Kemasinan air yang stabil dan tidak berlaku perbezaan mendadak sebanyak 5 ppt

pada satu-satu masa. Julat kesesuaian kemasinan : 0 ppt hingga 32 ppt (ikan siakap/tilapia); 10 ppt

hingga 32 ppt (udang harimau); 25 ppt hingga 32 ppt (udang putih); 15 ppt hingga 32 ppt (Kerapu, Jenahak, Bawal Emas)

Pemilihan Tapak Sumber Pertanian yang tidak digunakan atau terbiar kerana tanah yang tidak

sesuai atau pengeluaran yang rendah. Sumber hutan bakau terdahulu di mana ekosistemnya telah berubah dan tidak

sesuai lagi untuk diuruskan untuk tujuan perhutanan, iaitu sebagai hutan produktif ataupun hutan perlindungan; contohnya sumber bekas hutan bakau yang terletak di bahagian belakang ban Jabatan Pengairan dan Saliran yang telah atau sedang dibina.

Hutan darat di mana ia sukar dibanjiri air laut setelah sekian lama melalui proses succession di luar Hutan Simpan Kekal.

Bagi lokasi tapak Sumber tapak yang berhampiran persisiran pantai perlu mempunyai zon

penampan (buffer zon) selebar 400 meter di sepanjang persisiran pantai dari sempadan tumbuhan ke permukaan laut.

Bagi rekabentuk kolam dan aktiviti pengurusan Kolam hendaklah dibina secara tambak atau dengan penggalian yang

minimum bagi mengelakkan masalah yang berkaitan dengan tanah asid sulfat.

Bekalan air diuruskan dengan cara mengepam dan tidak semata-mata bergantung kepada paras air pasang surut.

Penggunaaan makanan daripada punca yang halal adalah sangat digalakkan.

Pengunaan air bawah tanah tidak digalakkan.

4. Sumber Darat Persisiran Pantai a. Keterangan Kawasan - antara perairan-perairan yang termasuk di bawah perairan

ini ialah: Sungai Empangan/Tasik Bekas Lombong Parit/ Taliair

b. Aktiviti Ternakan – antara aktiviti ternakan yang boleh dijalankan di perairan ini

ialah: Ternakan ikan dalam sangkar Ternakan ikan dalam kandang (pen) Asuhan/hatceri ikan/udang

c. Ciri-ciri kesesuaian

Sumber yang bebas dari pencemaran Kedalaman air yang minimum 3 meter (ternakan dalam sangkar)

Keperluan kualiti air kawasan perairan Julat pH antara 6.5 – 8.5 Julat Suhu antara 25 – 32 darjah Celcius Oksigen terlarut melebihi 3 ppm Ammoniacal Nitrogen kurang daripada 0.5 ppm Kandungan besi tidak melebihi 1 ppm Akliniti (Kekelatan) melebihi 50 ppm CaCO3

Amalan ternakan yang dibenarkan: Sumber ternakan sebaik-baiknya tidak menggangu laluan bot/kenderaan air. Susunn atur sangkar sebaik-baiknya tidak lebih dari dua baris bagi

memudahkan pengaliran air dalam sangkar. Jarak antara baris ialah lebih kurang 10 meter. Kedudukannya hendaklah sebaik-baiknya menegak dengan arus air.

Pengunaan makanan rumusan (pelet) adalah digalakkan.