- our historycikguparam.weebly.com/uploads/6/2/3/1/6231085/nota_sej-ting2-bab6.… · ... tanah...
TRANSCRIPT
-
7
Langkah-Langkah Bagi Menstabilkan Harga Getah
Rancangan Stevenson
(1922-1928)
Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa
(1934)
Tujuan : Mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan
harga getah.
Anggota : Tanah Melayu dan Sri Lanka.
Kesan : Gagal kerana Belanda di Indonesia tidak menyertai dan
teruskan pengeluaran.
Tujuan : Mengurangkan pengeluaran dan menstabilkan harga getah.
Anggota : Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia dan
Thailand.
Strategi : Mengurangkan pengeluaran mengikut kuota yang telah disediakan.
Kesan : Berjaya meningkatkan harga getah
Galian Huraian
Emas Emas dilombong secara komersil di Raub, Pahang. Raub merupakan kawasan perlombongan emas yang
terbesar di Tanah Melayu.
Arang batu Arang batu dilombong di Batu Arang, Selangor.
Bauksit
Bauksit merupakan sejenis logam yang digunakan untuk membuat aluminium.
Galian ini dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor serta Teluk Emas, Melaka.
Bijih besi Bijih besi dilombong di Bukit Besi, Terengganu, dan
Rompin, Pahang.
Lombong bijih besi dibuka di Kedah, Perak dan Johor.
Ilmanit Merupakan galian yang dikeluarkan sebagai hasil
sampingan perlombongan bijih timah.
Ilmanit dihasilkan di Batang Padang, Perak.
Kemelesetan ekonomi dunia menjejaskan perusaan getah
Pada tahun 1920-an dan 1930-an, telah berlaku kemelesetan ekonomi dunia. Harga getah telah jatuh. Kerajaan British mengambil langkah untuk menyelamatkan perusahaan
getah.
Selepas Perang Dunia Kedua, pengeluaran getah asli negara mendapat cabaran apabila Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan.
Namun begitu, mutu getah asli negara kita yang tinggi dapat menandingi mutu getah tiruan.
6.4 Perkembangan Perusahaan Perlombongan
8
Perkembangan perlombongan bijih timah di
Tanah Melayu
ORANG MELAYU
Orang Melayu usahakan secara tradisional. Mereka menggunakan cara mendulang dan melampan.
MENDULANG MELAMPAN
Biasanya dilakukan oleh orang perempuan. Mereka berdiri di dalam
anak sungai dengan memegang
sejuenis dulang yang diperbuat
daripada kayu jelutung.
Mereka mencedok pasir yang mengandungi bijih timah dan
membasuhnya dengan air yang
mengalir sehingga bijih timah sahaja
tertinggal dalam dulang.
Pekerja akan meamasukkan longgokan tanah yang mengandungi
bijih timah ke dalam air semual jadi
atau palung yang diperbuat daripada
kayu.
Penyodok kayu digunakan untuk menolak dan mengacau longgokan
tanah mengikut aliran air.
Tanah akan hanyut dan meninggalkan bijih timah yang lebih berat.
ORANG CINA
Orang Cina mula dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah yang dimiliki oleh pembesar Melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang.
Orang Cina kemudiannya dibenarkan membuka lobong bijih timah dengan memajak daripada pembesar Melayu.
Penglibatan orang Cina menyebabkan kegiatan perlombongan menjadi rancak. Lombong-lombong bijih timah yang baru telah dibuka di Ampang, Kuala Lumpur
dan Lembah Kinta, Perak.
Orang Cina memperkenalkan kaedah pam kelikir dan palung. Sehingga akhir kurun ke 19, orang Cina menguasai kegiatan perlombongan ini.
PAM KELIKIR PALUNG
Pam digunakan untuk memancutkan air yang kuat bagi memecah tanah
yang mengandungi bijih timah.
Lumpur dipam naik ke palung untuk mendapatkan bijih timah.
Palung yang dibina mempunyai sekatan-sekatan kayu.
Apabila lumpur dialirkan, bijih timah akan tersangkut pada sekatan-sekatan
tersebut.
ORANG INGGERIS
Syarikat-syarikat Eropah mula menguasai perlombongan biijh dengan memperkenalkan kaedah kapal korek.
www.cikguparam.weebly.com
-
9
Kapal Korek Pada awal abad ke-20, syarikat-syarikat Eropah
memperkenalkan kaedah kapal korek.
Melalui kaedah ini, orang Eropah telah menguasai perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an.
Kapal korek yang pertama digunakan oleh Syarikat Malayan Dredging di Batu Gajah, Perak (1912)
Faktor Perkembangan
Perlombongan Bijih
Timah
Revolusi Perindustrian Revolusi Perindustrian yang
berlaku di Eropah menyebabkan
permintaan terhadap bijih timah
meningkat.
Bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan.
Pada akhir kurun ke-19, Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia.
Tenaga buruh Tenaga buruh untuk
mengusahakan bijih timah
dibawa dari negara Cina
Sistem Perhubungan Landasan kereta api dan jalan raya
dibina untuk memudahkan bijih timah
dieksport.
Modal Syarikat-syarikat Eropah melabur dala
perlombongan bijih timah.
Contohnya Syarikat Malayan Dredging.
Kemelesetan Ekonomi Dunia (1930-an)
Harga bijih timah jatuh ketika kemelesetan ekonomi ini. Bagi memulihkan semuala harga bijih timah, Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ditandatangani.
Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa (1931)
Negara Anggota : Tanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan Indonesia. Semua negera bersetuju mengurangkan pengeluaran bijih timah. Hasilnya Majlis Bijh Timah Antarabangsa ditubuhkan pada tahun1934 untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah. Perjanjian ini dapat menstabilkan semula harga bijh timah.
10
6.5 Pengeluaran Hasil Hutan
Hasil hutan dikeluarkan secara tradisional melalui kegiatan meramu (kegiatan mencari hasil hutan untuk pelbagai kegunaan)
Semasa British kegiatan ini diusahakan secara komersial.
British mengeksport hasil hutan ke China, Amerika Syarikat dan Eropah.
Damar
Damar diperolehi daripada getah pelbagai pokok hutan Damar digunakan untuk menutup rengganggan pada papan
perahu.
Damar banyak dieksport untuk menjadikannya varnish. (mengilap rotan dan papan)
Getah perca
Getah perca diperolehi daripada pokok perca. Batang pokok ditetak dan susunya dijadikan bebola atau jongkong. Gatah digunakan untuk membuat;
i. alatan bedah ii. bahan penebat kabel telegraf dasar laut iii. bola golf
Getah jelutung
Getah jelutung duikumpul dengan menggunakan tabung buluh.
Kegunaan getah jelutung adalah; ii. ramuan getah pengunyah. iii. pelekat dalam industri gigi
palsu.
Rotan
Rotan dikeluarkan untuk kegunaan negeri dan dieksport ke China.
Kegunaannya adalah; i. bakul ii. tangkai payung iii. tikar iv. perabot v. tongkat
Pembalakan
Gajah digunakan untk menarik keluar kayu balak dari hutan.
Hasil balak dieksport ke China dan Britain. Jenis kayu balak yang diusahakan adalah; i. cengal ii. meranti iii. keruing
Kayu balak digunakan untuk membuat perabot, perahu dan sebagainya.
British memperkenalkan pelesenan kilang papan untuk mengawal kegiatan
pembalakan.
www.cikguparam.weebly.com
-
11
Dasar Ekonomi British
British memberi tumpuan kepada kegiatan ekonomi dagangan. Kegiatan perlombongan, perladangan dan perdagangan telah dimajukan. British memberi tumpuan kepada pantai Barat Semenanjung. British telah mengabaikan kegiatan ekonomi tradisional seperti penanaman padi,
menangkap ikan yang diusahakn oleh orang Melayu.
Dasar ini melahirkan dwiekonomi.
Dwiekonomi
Ekonomi Tradisional
1. _____________________________ _____________________________.
2. __________________________________________________________
_____________________________.
3. __________________________________________________________.
4. __________________________________________________________.
5. __________________________________________________________.
6. __________________________________________________________.
Ekonomi Dagangan
1. ______________________________________________________________.
2. ______________________________________________________________
_______________________________.
3. _____________________________________________________________.
4. ______________________________________________________________.
5. ______________________________________________________________.
6. ______________________________________________________________.
12
Pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi dan tempat tinggal
Kaum Tempat tinggal Kegiatan ekonomi
Melayu
Cina
India
6.6 Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan
6.6.1 Penggunaan Buruh Luar
Sistem Kangani
Kangani merupakan penyelia di ladang getah.
Mereka dihantar ke India untuk mencari tenaga buruh.
Kangani akan menguruskan tambang dan perjalanan buruh-buruh.
Kangani akan dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dibawa masuk.
Buruh-buruh ini diletakkan di bawah jagaan Kangani yang membawa mereka masuk dan
dibayar gaji tetap.
Mereka dikehendaki bekerja sehingga hutang tambang mereka ini selesai.
Sistem Kontrak
Orang Cina dibawa masuk oleh pihak majikan.
Tambang perjalanan mereka dibayar oleh majikan.
Makanan, pakaian dan tempat tinggal disediakan.
Mereka dikehendaki bekerja dengan majikan sehingga hutang
tambang mereka selesai.
Setelah tamat kontrak, mereka bebas untuk bekerja dengan
majikan lain.
British membawa masuk imigran Cina dan India untuk memastikan bekalan buruh cukup.
Buruh Cina dibawa untuk mengusahakan lombong bijih timah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Mereka dibawa masuk melalui sistem
Kontrak dan ada yang masuk secara persendirian.
Orang India dibawa untuk mengusahakan ladang-ladang getah, membina jalan kereta api, jalan raya dan menjadi buruh di bandar dan
pelabuhan. Mereka dibawa masuk melalui Sistem Kangani.
Kesan kemasukan buruh
Kemasukan buruh asing membentuk masyarakat berbilang kaum. Mereka terdiri daripada pelbagai keturunan mengamalkan cara hidup, bahasa dan
agama yang berbeza.
Mengamalkan sikap toleransi, hormat menghormati bagi memupuk perpaduan.
www.cikguparam.weebly.com
-
14
6.6.2 Perkembangan sistem pengangkutan
i. Perkembangan landasan kereta api
Fasa Pertama (1885-1896)
Landasan kereta api dibina bagi memenuhi keperluan perlombongan bijih timah.
Beberapa landasan kereta api pendek dibina bagi menghubungkan kawasan
lombong dengan pelabuhan.
Contohnya; Taiping ke Port Weld (Kuala
Sepetang).
Kuala Lumpur ke Port Swettenham (Pelabuhan Klang).
Seremban ke Port Dickson. Ipoh dan Batu Gajah ke Teluk Anson
(Teluk Intan).
Tiga fasa perkembangan landasan kereta api
Fasa Kedua (1897-1909)
Landasan kereta api dibina bagi menghubungkan kawasan utara dengan
selatan apabila Negeri Negeri Melayu
Bersekutu (NNMB) ditubuhkan.
Landasan memenuhi keperluan ekonomi kerana perusahaan bijih timah
dan getah berkembang pesat.
Perkhidmatan ini juga memudahkan pentadbiran British.
Landasan ini menghubungkan Seberang Perai dan Johor Bahru.
Fasa Ketiga (1910-1931)
Landasan kereta api dibina selepas British berjaya meluaskan pengaruh di Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NNMTB).
Landasan ini menghubungkan semua negeri di Tanah Melayu kecuali
Terengganu.
Landasan ini mememenuhi keperluan ekonomi, pentadbiran British dan
pengangkutan awam.
Pada tahun 1903, Kereta api Negeri-Negeri Tanah Melayu telah ditubuhkan. Pada tahun 1948 namanya telah ditukar kepada Kereta api Tanah Melayu
(KTM) dan kini dikenali sebagai Kereta api Tanah melayu Berhad (KTMB).
Landasan kereta api Kuala Lumpur Klang dirasmikan oleh Sultan Abdul Samad dan
Frederick Weld (Gabenor NNS).
www.cikguparam.weebly.com
-
15
6.6.2 Perkembangan sistem pengangkutan (sambungan)
ii. Perkembangan jalan raya
PERINGKAT AWAL
Jalan raya menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api. Contoh: Jalan raya antara Kuala Lumpur dengan Ipoh dan
Seremban.
KEMUDIAN
Kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas mula meningkat. Langkah-langkah yang diambil:
i. Pembinaan rangkaian jalan raya menjadi semakin pesat. ii. Jalan-jalan sedia ada berturap. iii. Jalan raya menghubungkan kawasan ekonomi dengan pelabuhan.
KESANNYA
Menjelang tahun 1939, terdapat satu jaringan jalan raya yang menghubungkan seluruh Tanah Melayu
Pembinaan jalan raya memenuhi dua keperluan British, iaitu; i. kepentingan ekonomi ii. memudahkan pentadbiran
iii. Kemajuan pengangkutan laut dan udara
Pengangkutan laut
Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura untuk
memberi perkhidmatan kapal wap.
Kapal susur pantai membawa keperluan untuk perlombongan
bijih timah seperti;
i. bekalan makanan ii. jentera iii. buruh
Pengangkutan udara
Penerbangan awam diperkenalkan oleh Syarikat Wearne Air Service.
Syarikat ini beribu pejabat di Singapura. Penerbangan ini antara Singapura, Kuala
Lumpur dan Pulau Pinang.
Selepas Perang Dunia Kedua, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat
Penerbangan Tanah Melayu.
16
iv. Perkembangan perhubungan
Sistem perhubungan diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan dan seterusnya berkembang ke kawasan petempatan.
Contohnya; i. sistem pos dan telegraf (Memperkenalkan setem) ii. telefon iii. radio
6.6.3 Kemajuan perkhidmatan kesihatan dan kemudahan asas lain
Kesihatan
Faktor-faktor yang menyebabkan
kemudahan kesihatan merosot
Pertambahan
penduduk
Pembukaan kawasan hutan
untuk kegiatan ekonomi
Petempatan
baru
Jenis-jenis penyakit
Taun Malaria
Beri-beri
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah kesihatan
Hospital kerajaan didirikan di Kuala Lumpur, Taiping dan Pulau Pinang. Pusat-pusat kesihatan kecil didirikan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Lembaga kesihatan ditubuhkan pada tahun 1890 untuk memastikan kebersihan bandar.
Institut Penyelidikan Perubatan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1901.
Tenaga lektrik
Tenaga elektrik disalurkan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Pada tahun 1930, Empangan Hidroletrik Chenderoh dibuka dan dikendalikan oleh
The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited.
Tujuan empangan ini untuk menampung keperluan tenaga elektrik.
www.cikguparam.weebly.com
-
17
Jabatan Parit dan Tali Air
Ditubuhkan untuk memajukan tanaman padi.
Ini membantu membuka kawasan padi yang luas di Sg. Manik, Perak
dan Tanjong Karang, Selangor.
Selepas British
Terusan Wan Saman
Wan Mat Saman B Wan Ismail telah membina terusan ini.
Terusan ini sepanjang 32 km dari Alor Setar ke Gurun.
Terusan ini dibina dengan mengunakan tenaga manusia dan
cangkul.
Unggun api dinyalakan untuk memastikan terusan digali dengan
lurus.
Sebelum British
6.6.4 Kemunculan dan perkembangan bandar
IPOH
Pokok ipuh dikaitkan dengan asal usul nama Bandar Ipoh.
Bandar Ipoh terletak di Lembah Kinta. Bandar ini didiami oleh orang Melayu. Lembah Kinta menjadi tumpuan
pelombong Cina apabila pengeluaran
bijih timah mulai merosot di Larut.
Pada tahun 1935, Ipoh menjadi ibu negeri Perak yang menggantikan
Taiping.
TAIPIN G
Taiping terletak dalam daerah Larut. Nama asalnya Kepian Pauh. Ramai orang Cina ke Larut untuk
mengusahakan bijih timah.
Selepas Perang Larut, British menyusun pentadbiran di Larut.
Nama Kelian Pauh ditukar kepada Taiping yang bermakna
Kedamaian yang abadi.
Taipng berkembang dan menjadi ibu negeri Perak.
KUALA LUMPUR
Raja Abdullah , pembesar Klang telah meneroka kawasan berhampiran Sg. Gombak dan Sg. Klang untuk membuka lombong bijih timah.
Kawasan yang Lumpur ini dikenali sebagai Kuala Lumpur. Padan tahun 1960-an, ramai orang Cina dibawa masuk dan menjadi perkampungan
perlombongan dan pusat perdagangan.
Yap Ah Loy orang bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur. Pada tahun 1880, Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor menggantikan Klang. Pada tahun 1896, Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu.
Pada hari ini, Kuala Lumpur menjadi ibu negara.
18
Jumlah Pelajar di Sekolah Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1920-1932
Tahun Jumlah
Pelajar
Peratus Pelajar
Melayu
Peratus Pelajar
Cina
Peratus
Pelajar India
Peratus
lain-lain
1920 9208 10 48 30 12
1924 12 806 18 48 24 10
1928 16 185 17 49 26 8
1932 17 477 15 50 27 8
6.6.5 Kepelbagaian pendidikan dalam masyarakat berbilang kaum
British mewujudkan sistem pendidikan Vernakular (menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar) kerana terdapat pelbagai kaum di negara kita.
Sekolah Melayu
Sekolah Melayu didirikan untuk memberi pendidikan sekular (pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan).
Diajar menulis, membaca dan mengira serta geografi, seni pertukangan dan perkebunanan.
Sekolah Melayu hanya memberi pendidikan rendah sehingga darjah enam. Sekolah Melayu awal dibina di Negeri-Negeri Selat, iaitu;
i. Sekolah Melayu Gelugor Pulau Pinang ii. Sekolah Melayu Bayan Lepas Pulau Pinang
Pihak British tidak berhasrat memajukan orang Melayu dalam pendidikan. Mereka mahukan anak orang Melayu menjadi petani dan nelayan lebih pandai
berbanding dengan ibu bapa mereka.
Lulusan sekolah Melayu layak menjadi; i. guru ii. polis iii. menjawat jawatan rendah di jabatan kerajaan.
Lulusan sekolah Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran di makatab, seperti; i. Maktab Perguruan Melaka (1900) ii. Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak (1922) iii. Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (1935)
Kata-kata Arthur Kenion (Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan)
Awak boleh mengajar orang-orang Melayu awak itu supaya mereka tinggal terus di
sawah-sawah padi dan supaya mereka tidak hilang kemahiran dan kesenian dalam
kerja-kerja menangkap ikan dan kerja-kerja hutan. Ajarkan mereka supaya tidak semua
mereka menjadi kerani, dan saya yakin awak tidak akan menghadapi kekacauan seperti
yang terjadi di India akibat pendidikan yang berlebihan.
www.cikguparam.weebly.com
-
19
Sekolah Cina
Sekolah Cina diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina. Sekolah Cina bertumpu di bandar. Pada peringkat awak sekolah Cina menggunakan pelbagai loghat bahasa Cina,
seperti;
i. Teochew iii. Kantonis ii. Hokkien iv. Hakka
Pendidikan di peringakt rendah diajar sehingga darjah enam. Ada juga sekolah menyediakan pendidikan sehingga sekolah menengah. Sekolah Cina menggunakan buku, sukatan pelajaran dan guru dibawa dari negara
China.
Pada tahun 1920, British memperkenalkan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk mengawal sekolah Cina.
Sekolah Tamil
Sekolah Tamil diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India.
Kebanyakan sekolah dibina di ladang-ladang getah. Sukatan pelajaran, guru dan buku dibawa dari negara India. Ada kalanya penyelia ladang ataupun Kangani mengajar di sekolah tersebut. Pada tahun 1912, British memperkenalkan Undang-undang Buruh yang mewajibkan
pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru.
Ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil mula bertambah. Sekolah Tamil yang didikan di Bandar adalah seperti;
i. Sekolah Thamboosamy Pillai di Kuala Lumpur ii. Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur
Sekolah Inggeris
Sekolah Inggeris mula didirikan di Negeri-Negeri Selat, seperti; i. Penang Free School (1866) ii. Malacca Free School (1826)
Sekolah-sekolah Inggeris bertumpu di bandar. Sekolah Inggeris dituhkan oleh Mubaligh Kristian. Sekolah Inggeris menyediakan pendidikan sehingga peringkat menengah. Sukatan pelajaran dibawa dari England. Lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang,
seperti;
i. Perubatan iii. guaman ii. Kejuruteraan iv. pentadbiran
Pada tahun 1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar memeberi pendidikan Inggeris kepada anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu untuk berkhidmat dengan
kerajaan British.
20
SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS (2005-2008)
2005
27
Negara Cara Kemasukan Buruh ke Tanah Melayu
China Sistem Kontrak
India Sistem Kangani
Apakah persamaan antara kedua-dua sistem di atas?
I Tambang dibayar
II Majikan ditetapkan
III Latihan kemahiran diberi
IV Tempoh bekerja ditentukan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
28
Tahun Pelombong Cina Pelombong Eropah
1910 78% 22%
1937 32% 68%
Berdasarkan jadual di atas, mengapakah penguasaan orang Eropah dalam perusahaan
bijih timah meningkat pada tahun 1937?
A Penggunaan tenaga mahir
B Penggunaan teknologi moden
C Pembinaan landasan kerata api
D Perhubungan baik dengan pembesar
29
34.48
19.31
9.967.01
0
5
10
15
20
25
30
35
40
1929 1930 1931 1932
Graf di atas menunjukkan kedudukan harga getah antaa tahun 1929-1932.
Mengapakah harga getah menurun sekitar tahun 1930-an?
A Persaingan getah tiruan
B Pengenalan tanaman baru
C Kekurangan tenaga buruh
D Kemelesetan ekonomi dunia
Harga
getah
dalam
sen
sepaun
www.cikguparam.weebly.com