cikguparam.weebly.comcikguparam.weebly.com/uploads/6/2/3/1/6231085/panduan... · web viewceritakan...
TRANSCRIPT
SEJARAH TINGKATAN 1:
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS SEJARAH 2012
www.cikguparam.weebly.com
SEJARAH DIRI & KELUARGATarikh Penghantaran: 5 Oktober 2012
1. Muka hadapan (cover page) Sila rujuk CONTOH 1
2. Isi Kandungan Sila rujuk CONTOH 2
3. Penghargaan Sila rujuk CONTOH 3
4. Objektif Kajian Sila rujuk CONTOH 4
5. Kaedah kajian Sila rujuk CONTOH 5
6. Laporan Kajian
A. Salasilah Keluarga Carta keluarga (Family Tree) – Sila rujuk CONTOH 6
B. Perkembangan diri dan Keluarga (sekurangnya 3 orang termasuk diri anda) Ceritakan biodata - Sila rujuk CONTOH 7
C. Tokoh dalam keluarga Ceritakan orang yang kamu paling sanjungi dan hormati dalam keluarga
(kelayakan pendidikan, pencapaian, sumbangan terhadap keluarga dan pengajaran/teladan yang dapat dipelajari)
D. Peristiwa bersejarah keluarga (ceritakan sekurangnya 3 peristiwa) hari perkahwinan/ulang tahun.
© P@R@M
berpindah ke tempat lain melawat/melancong rumah terbakar/ banjir kematian/ jatuh sakit (gambar tidak perlu) anugerah cemerlang/pingat konvensyen/konvokesyen majlis rasmi/kursus /seminar dan lain-lain
7. Rumusan – Sila rujuk CONTOH 8
8. Lampiran Dokumen-dokumen /Gambar yang berkenaan
9. Rujukan (sila rujuk CONTOH 9)
10. PENULISAN ESEI
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotism berdasarkan soalan di bawah:
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimanakan slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotism dalam kalangan rakyat di Negara kita?
*Masukkan sekurang-kurangnya empat (4) unsur-unsur patriotisme yang tersenarai dalam CONTOH 10
© P@R@M
CONTOH 1
© P@R@M
SEJARAH 21/2
KERJA KURSUS
Nama : ______________________________________________
Nombor Kad Pengenalan : ______________________________________________
Nama dan Alamat Sekolah : Sapura Smart School,
No.1, Persiaran A, Off Jalan Lapangan Terbang,
47200 Subang, Selangor Darul Ehsan.
Tajuk Kerja Kursus : Sejarah Diri dan Keluarga
Nama Guru Sejarah : Paramasivam Ramakutir
Skor :
Elemen Markah
Elemen 1 Mengumpul Fakta Sejarah
Elemen 2 Merekod Fakta Sejarah
Elemen 3 Penerapan Unsur Patriotisme
Jumlah Markah
Kod
Tahap Pencapaian
Tandatangan guru,
____________________
CONTOH 2
ISI KANDUNGAN
Bil. Butir-butir Muka surat
1. Tajuk m/s
2. Isi Kandungan m/s
3. Penghargaan m/s
4. Objektif Kajian m/s
5. Kaedah Kajian m/s
6. Laporan Kajian
A) Salasilah keluarga
B) Perkembangan diri dan keluarga
C) Tokoh dalam keluarga
D) Peristiwa bersejarah dalam keluarga
m/s
m/s
m/s
m/s
7. Rumusan m/s
8. Lampiran m/s
9. Rujukan m/s
10. Esei m/s
© P@R@M
CONTOH 3
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya saya dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapat menghantar pada waktu yang ditetapkan.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu
Mr.Param kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian kerja
kursus ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pengetua Sapura Smart School, Mrs.Chee
yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu yyy dan ibu saya xxx yang
sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini.
Kepada rakan-rakan saya, x, y, z, dan banyak lagi.Terima Kasih atas atas segala cadangan, tunjuk
ajar dan bantuan yang telah anda kongsikan bersama.
CONTOH 4
© P@R@M
OBJEKTIF KAJIANKajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa
objektif seperti yang berikut:
a) Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya
b) Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk dan
nenek saya sehinggalah kepada generasi saya
c) Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya
d) Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan yang
dicapai oleh keluarga saya
e) Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai sesuatu
kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan kemajuan dan
kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja
f) Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki sebuah keluarga
yang harmoni dan ceria
g) Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat
tentang keluarga saya
CONTOH 5
© P@R@M
KAEDAH KAJIANKaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:
a) Kaedah temuramah
Saya telah menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya bagi mengetahui
dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung
dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya.
b) Kaedah pemerhatian
Saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti
yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.
c) Kaedah analisis dokumen
Saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan harian ibu bapa saya,
dokumen-dokumen penting yang disimpan oleh ibu bapa dan mengumpul beberapa gambar
dari album keluarga.
CONTOH 6
© P@R@M
Contoh-contoh Carta Keluarga yang boleh anda jadikan sebagai rujukan :-
CONTOH 7
BIODATA DIRI / KELUARGA
© P@R@M GAMBAR
Nama
Umur
Tarikh Lahir
Tempat Lahir
Pekerjaan
Hobi
Makanan kegemaran
Minuman kegemaran
Warna kegemaran
Rancangan kegemaran
Buku kegemaran
Haiwan kegemaran
CONTOH 8
RUMUSAN
© P@R@M
GAMBAR
Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah memperolehi pelbagai info mengenai sejarah
diri dan keluarga saya yang selama ini belum pernah saya ketahuinya. Melalui kajian ini, saya dapat
mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga saya yang seterusnya membantu saya mengetahui
dengan lebih mendalam tentang sejarah-sejarah yang berlaku dalam keluarga saya.
Selepas penyempurnaan kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli keluarga dan
saudara-mara dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan
hubungan silaturahim yang sedia terjalin. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap
ahli keluarga setelah membuat kajian ini. Perasaan ini akan lebih mendekatkan lagi ahli keluarga
antara satu sama lain.
Kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai kemahiran yang berguna. Antara
kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul, dan menganalisis maklumat dan data
mengenai salasilah keluarga saya. Diharapkan rakan-rakan yang lain turut memanfaatkan kebaikan-
kebaikan yang saya alami dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1 ini.
(t/tangan)
………………….
(Nama)
(Tingkatan)
CONTOH 9
RUJUKAN
© P@R@M
1) Contoh Orang SumberBapa/Ibu/Ahli KeluargaNama Penuh:Umur:No.KP:
2) Contoh Rujukan BukuMuhamad Hasan bin Tok Kerani Mohd. Arshad. 1968. Al-tarikh salasilah negeri Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3) Contoh Rujukan Akhbar Berita Harian. 2001. 28 Disember.
4) Contoh Rujukan Majalah
Ismail Hamid. 1990. Salahsilah Keluarga. Dewan Sastera, Mei: 79-83
5) Contoh Rujukan Internethttp://www.cikguparam.weebly.com
CONTOH 10
UNSUR-UNSUR PATRIOTISME
© P@R@M
1 Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia menghormati raja dan pemimpin negara menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, dan
jata negara) menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa berbangga dengan sejarah negara
2 Bersemangat Setia Negara cinta akan bangsa dan negara taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara sedia berkorban untuk bangsa dan negara bertanggungjawab kepada bangsa dan negara berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara bersyukur sebagai warganegara Malaysia
3 Bersemangat Kekitaan bersatu padu dan berharmoni bertolak ansur dan bertoleransi bekerjasama dan tolong-menolong hormat-menghormati bersefahaman dan bermuafakat muhibah atau semangat bermasyarakat
4 Berdisiplin berakhlak dan berbudi pekerti mulia mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara mematuhi peraturan dan undang-undang berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi bertindak wajar bersifat amanah dan jujur berlaku adil dan bertimbang rasa
5 Berusaha dan Produktif rajin dan gigih berdikari tabah menghadapi cabaran menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan berganding bahu membangunkan negara berilmu dan berketrampilan
© P@R@M