buletin ict - treasury.gov.my · blog ini ada pemiliknya (owner) sama ada orang perseorangan, badan...

4
EDISI NOVEMBER 2008 Perbendaharaan Malaysia, No.5 Persiaran Perdana, Presint 2, 62592, Putrajaya. Tel:03-8882 3000 Fax:03-8882 3893 Y.Bhg. Datuk Zalekha binti Hassan Chief Information Officer Kementerian Kewangan C IO Chief Information Officer di Sektor Awam terdiri dari kalangan pengurusan atasan sesebuah agensi. CIO mempunyai peranan penting dalam mewujudkan persekitaran penggunaan dan pembangunan ICT yang tersusun dan terselaras bagi memudahkan pelanggan berurusan dengan agensi Kerajaan. Penamaan CIO adalah berdasarkan Surat Arahan Ketua Setiausaha Negara, bertarikh 22 Mac 2000. CIO Kementerian Kewangan Malaysia adalah Y.Bhg. Datuk Zalekha binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan). Beliau bertanggungjawab ke atas perancangan, pengurusan, penyelarasan dan pemantauan program-program ICT di Perbendaharaan. “Penyebar berita, maklumat semasa dan ilmu ICT Kepada semua warga Perbendaharaan” Blog ialah singkatan bagi ungkapan web logs. Secara ringkasnya, blog juga boleh dikatakan sebagai jurnal atau diari secara atas talian (online). Ia terdiri daripada siri-siri entri yang dibezakan mengikut tarikh dan masa ia ditulis. Tuan punya blog (atau juga dipanggil blogger) boleh mengubah (customize) format blog masing-masing. Blog ini ada pemiliknya (owner) sama ada orang perseorangan, badan korporat atau kumpulan tertentu. Terdapat pemilik blog yang menyediakan kemudahan untuk berinteraksi dengan para pengunjungnya, sama ada untuk mendapatkan maklum balas / komen terhadap penulisan yang diterbitkan dalam blognya atau membenarkan mereka menulis entri dalam blog berkenaan. Tetapi ada juga blog yang terhad, di mana tuan punya blog tersebut meletak kata laluan kepada blog tersebut. Beliau mungkin tidak membenarkan pengunjung atau membenarkan orang-orang tertentu sahaja membaca blognya. Blogging merupakan aktiviti untuk mewujudkan tapak blog dan seterusnya mengemaskinikan blog berkenaan. Seperti juga tapak laman web, terdapat banyak pengendali khidmat (service provider) tapak blog yang memberi perkhidmatan sama ada secara percuma atau berbayar atau kedua- duanya sekali. Ianya bergantung kepada perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Antara pengendali blog yang terkenal adalah blogger.com, typepad.com, wordpress.com, blogdrive.com dan diaryland.com. Di Malaysia, cari.com.my juga telah menyediakan perkhidmatan untuk ahli-ahli yang menyertai forumnya. Terdapat banyak lagi domain yang dimiliki oleh rakyat Malaysia yang boleh dirujuk di ruangan komuniti blogger iaitu di http://www.allblogs.net/ Apa Itu BLOG ? Cara mewujudkan Blog Bersambung ke muka surat 2 CIO PEMANGKIN KEJAYAAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BLOG Perbendaharaan Malaysia - Pemenang Anugerah Kajian Kes Pelaksanaan Open Source Software (OSS) kategori infrastruktur peringkat kebangsaan. ANUGERAH KEBANGSAAN INFO BPTM Kategori Bilangan Pengurusan & Professional 37 Sokongan I 54 Sokongan II 2 Kontrak 6 Jumlah 99 BULETIN ICT 2>>BULETIN ICT Jenis-jenis blog Sambungan dari muka depan Biasanya apakah komponen-komponen yang akan diletakkan di dalam blog? Komponen utama tentulah web log itu sendiri, iaitu entri yang diwujudkan dari masa ke semasa. Jika tiada entri tentulah bukan blog namanya. Biasanya blog ini tidak berdiri dengan sendiri. Terdapat beberapa aksesori tambahan yang diletakkan bersama-sama. Untuk menarik perhatian pengunjung, tuan punya blog mungkin menambah ‘plug-in’:RSS (Really Simple Syndication), info solat, keadaan cuaca, online status (yahoo messenger) atau mood swing. Antara komponen lain yang biasa diletakkan adalah: (i) Comment (ii) Tagboard (iii) Calendar Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) dengan rasminya telah ditubuhkan pada 14 April 2008. BPTM pada asalnya bermula dari Unit Sistem Pengurusan Kewangan (USPK) yang diwujudkan sebagai unit khas di bawah Bahagian Belanjawan pada tahun 1972. Ia kemudiannya dinaiktaraf kepada Seksyen Teknologi Maklumat (STM) di bawah Bahagian Khidmat Nasihat Pengurusan Kewangan (BNPK) dengan kakitangan seramai 55 orang. BPTM sekarang mempunyai 93 perjawatan dengan pecahan berikut : Komponen di dalam sebuah blog Terdapat beberapa jenis blog dan ianya berbeza mengikut cara ianya ditulis dan disampaikan. Antaranya seperti berikut: Blog Politik: Berita politik, aktivis politik, dan semua persoalan berdasarkan fahaman politik, kempen politik dan lain-lain. Blog Peribadi: Disebut juga buku harian online yang mengandungi pengalaman seharian seseorang, keluhan, puisi atau syair, perbincangan rakan dan lain-lain. Blog Bertopik: Blog yang membincangkan tentang sesuatu, dan fokus pada perbincangan tertentu. Blog Kesihatan: Lebih khusus tentang kesihatan dan tips kesihatan. Blog kesihatan kebanyakannya mengandungi pengalaman pesakit, berita kesihatan terbaru, keterangan tentang kesihatan dan lain-lain. Blog Perjalanan: Fokus pada cerita perjalanan yang menceritakan keterangan-keterangan tentang perjalanan / travelling. Blog Perundangan: Persoalan tentang perundangan atau urusan undang-undang. Blog Agama: Membicarakan tentang agama. Blog Pendidikan: Biasanya ditulis oleh pelajar, guru atau pendidik. Blog Perniagaan: Digunakan oleh para usahawan untuk kegiatan promosi perniagaan / produk mereka. Penubuhan bahagian pengurusan teknologi maklumat

Upload: dinhthuan

Post on 15-Aug-2019

243 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

E D I S I N O V E M B E R 2 0 0 8

Perbendaharaan Malaysia, No.5 Persiaran Perdana, Presint 2, 62592, Putrajaya. Tel:03-8882 3000 Fax:03-8882 3893

Y.Bhg. Datuk Zalekha binti Hassan

Chief Information Officer Kementerian Kewangan

C IO – Chief Information Officer di Sektor Awam terdiri dari kalangan pengurusan atasan sesebuah agensi. CIO mempunyai peranan penting dalam mewujudkan persekitaran penggunaan dan pembangunan ICT yang tersusun dan terselaras bagi memudahkan pelanggan berurusan dengan agensi Kerajaan. P e n a m a a n C I O a d a l a h berdasarkan Surat Arahan Ketua Setiausaha Negara, bertarikh 22 Mac 2000. C I O K e m e n t e r i a n Kewangan Malaysia adalah Y.Bhg. Datuk Zalekha binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan). Beliau b e r t a n g g u n g j a w a b k e a t a s p e r a n c a n g a n , p e n g u r u s a n , penyelarasan dan pemantauan p r o g r a m - p r o g r a m I C T d i Perbendaharaan.

“Penyebar berita, maklumat semasa dan ilmu

ICT Kepada semua warga Perbendaharaan”

Blog ialah singkatan bagi ungkapan web logs. Secara ringkasnya, blog juga boleh dikatakan sebagai jurnal atau diari secara atas talian (online). Ia terdiri daripada siri-siri entri yang dibezakan mengikut tarikh dan masa ia ditulis. Tuan punya blog (atau juga dipanggil blogger) boleh mengubah (customize) format blog masing-masing. Blog ini ada pemiliknya (owner) sama ada orang perseorangan, badan korporat atau kumpulan tertentu. Terdapat pemilik blog yang menyediakan kemudahan untuk berinteraksi dengan para pengunjungnya, sama ada untuk mendapatkan maklum balas / komen terhadap penulisan yang diterbitkan dalam blognya atau membenarkan mereka menulis entri dalam blog berkenaan. Tetapi ada juga blog yang terhad, di mana tuan punya blog tersebut meletak kata laluan kepada blog tersebut. Beliau mungkin tidak membenarkan pengunjung atau membenarkan orang-orang tertentu sahaja membaca blognya. Blogging merupakan aktiviti untuk mewujudkan tapak blog dan seterusnya mengemaskinikan blog berkenaan.

Seperti juga tapak laman web, terdapat banyak pengendali khidmat (service provider) tapak blog yang memberi perkhidmatan sama ada secara percuma atau berbayar atau kedua-duanya sekali. Ianya bergantung kepada perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Antara pengendali blog yang terkenal adalah blogger.com, typepad.com, wordpress.com, blogdrive.com dan diaryland.com. Di Malaysia, cari.com.my juga telah menyediakan perkhidmatan untuk ahli-ahli yang menyertai forumnya. Terdapat banyak lagi domain yang dimiliki oleh rakyat Malaysia yang boleh dirujuk di ruangan komuniti blogger iaitu di http://www.allblogs.net/

Apa Itu BLOG?

Cara mewujudkan Blog

Bersambung ke muka surat 2

CIO PEMANGKIN KEJAYAAN

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

BLOG

Perbendaharaan Malaysia - Pemenang Anugerah Kajian Kes Pelaksanaan Open Source Software (OSS) kategori infrastruktur peringkat kebangsaan.

ANUGERAH KEBANGSAAN

INFO BPTM

Kategori Bilangan

Pengurusan & Professional 37

Sokongan I 54

Sokongan II 2

Kontrak 6

Jumlah 99

BULETIN ICT

2 > > B U L E T I N I C T

Jenis-jenis blog

Sambungan dari muka depan

Biasanya apakah komponen-komponen yang akan diletakkan di dalam blog?

Komponen utama tentulah web log itu sendiri, iaitu entri yang diwujudkan dari masa ke semasa. Jika tiada entri tentulah bukan blog namanya. Biasanya blog ini tidak berdiri dengan sendiri. Terdapat beberapa aksesori tambahan yang diletakkan bersama-sama. Untuk menarik perhatian pengunjung, tuan punya blog mungkin menambah ‘plug-in’:RSS (Really Simple Syndication), info solat, keadaan cuaca, online status (yahoo messenger) atau mood swing.

Antara komponen lain yang biasa diletakkan adalah: (i) Comment (ii) Tagboard (iii) Calendar

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) dengan rasminya telah ditubuhkan pada 14 April 2008.

BPTM pada asalnya bermula dari Unit Sistem Pengurusan Kewangan (USPK) yang diwujudkan sebagai unit khas di bawah Bahagian Belanjawan pada tahun 1972. Ia kemudiannya dinaiktaraf kepada Seksyen Teknologi Maklumat (STM) di bawah Bahagian Khidmat Nasihat Pengurusan Kewangan (BNPK) dengan kakitangan seramai 55 orang.

BPTM sekarang mempunyai 93 perjawatan dengan pecahan berikut :

Komponen di dalam sebuah blog

Terdapat beberapa jenis blog dan ianya berbeza mengikut cara ianya ditulis dan disampaikan. Antaranya seperti berikut: • Blog Politik: Berita politik, aktivis politik, dan semua persoalan

berdasarkan fahaman politik, kempen politik dan lain-lain. • Blog Peribadi: Disebut juga buku harian online yang mengandungi

pengalaman seharian seseorang, keluhan, puisi atau syair, perbincangan rakan dan lain-lain. • Blog Bertopik: Blog yang membincangkan tentang sesuatu, dan fokus pada perbincangan tertentu. • Blog Kesihatan: Lebih khusus tentang kesihatan dan tips kesihatan. Blog kesihatan kebanyakannya mengandungi pengalaman pesakit,

berita kesihatan terbaru, keterangan tentang kesihatan dan lain-lain. • Blog Perjalanan: Fokus pada cerita perjalanan yang menceritakan keterangan-keterangan tentang perjalanan / travelling. • Blog Perundangan: Persoalan tentang perundangan atau urusan undang-undang. • Blog Agama: Membicarakan tentang agama. • Blog Pendidikan: Biasanya ditulis oleh pelajar, guru atau pendidik. • Blog Perniagaan: Digunakan oleh para usahawan untuk kegiatan promosi perniagaan / produk mereka.

Penubuhan bahagian pengurusan teknologi maklumat

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah menerima tetamu daripada Kementerian Kewangan Jordan pada 22 hingga 26 September. Seramai sepuluh peserta delegasi telah hadir dengan tujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman tentang pengurusan kewangan di Malaysia merangkumi fungsi-fungsi dan kepimpinan organisasi Kementerian Kewangan, sistem kewangan, sumber manusia dan juga tentang penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Delegasi tersebut telah diketuai oleh Mr. Qassem Bashbsheh selaku Director of General Account Kementerian Kewangan Jordan.s

Pada hari ketiga lawatan (24 September 2008), Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) telah memberikan taklimat bertajuk “ Improving Service Delivery Through The Use Of ICT” kepada delegasi berkenaan.

Taklimat tersebut menyentuh tentang Kerajaan Elektronik, Pembudayaan ICT (ICT Acculturation) di MOF, Infrastruktur ICT, Pelan Strategik ICT (ISP), Tadbir Urus ICT MOF, Polisi ICT Perbendaharaan dan Sistem Aplikasi di MOF. Para peserta delegasi secara keseluruhan amat berpuas hati dengan lawatan tersebut kerana mereka dapat berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan mengenai penggunaan ICT di dalam pengurusan kewangan terutamanya di dalam pelaksanaan Kerajaan Elektronik di Malaysia. Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi sudah tentu akan dijadikan panduan dan pedoman bagi memperbaiki lagi mutu penyampaian perkhidmatan Negara mereka.

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) telah mengadakan Seminar Keselamatan ICT di Peringkat Kementerian Kewangan pada 11 September 2008 (Khamis) di Dewan Teater, Tingkat 1, Perbendaharaan Malaysia.

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zalekha Binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) merangkap Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga telah melancarkan Polisi ICT Perbendaharaan pada hari tersebut.

Seminar Keselamatan ICT tersebut bertajuk “Stay Safe Online” dan ceramah telah disampaikan oleh En. Philip Victor, Head Training & Outreach, Cyber Security Malaysia. Seramai 198 peserta telah mendapat manfaat dari pendedahan Keselamatan ICT ini.

EDISI ICT PERBENDAHARAAN

Pembentang taklimat BPTM bersama-sama dengan wanita tunggal delegasi iaitu Ms Sarah Al-Nijdawi (kedua dari kiri),

Pengarah ICT Kerajaan Jordan

BULETIN ICT

B U L E T I N I C T > > 3

Aktiviti yang telah dilaksanakan

*.bat Fail batch yang melakukan arahan dan perintah DOS secara automatik apabila nama fail tersebut ditaip dan diikuti dengan menekan kekunci Enter

*.txt Fail dokumen teks berbentuk ASCII yang telah dicipta menggunakan NotePad ataupun mengguna Word tetapi disimpan sebagai teks sahaja

*.doc Fail dokumen Word

*.dot Fail jenis templat MSOffice

*.ppt Fail dokumen PowerPoint

*.pps Fail dokumen PowerPoint yang mengandungi tambahan PowerPoint Viewer di dalamnya (pps atau PowerPoint Show adalah fail persembahan yang boleh dilaksanakan terus tanpa membuka dulu perisian PowerPoint)

*.xls Fail dokumen Excel

*.xlt Fail templat Excel

*.mdb Fail dokumen Access

*.mde Fail dokumen Access yang telah dikompil menjadi sistem pelaksana (executable file)

*.tmp Fail temporary (sementara) untuk fail-fail Office *.wmf *.gif *.jpg *.dib

*.bmp *.pcx

Fail jenis grafik

*.avi Fail movie Microsoft

*.mpg Fail movie VCD

*.mov Fail movie QuickTime

*.mid Fail suara jenis MIDI

*.wav Fail suara jenis wave

*.scr Fail jenis Screen-Saver

*.htm Fail jenis homepage(Internet)

*.html

.bat Fail Batch

.sys Fail Sistem

.bin Fail Sistem

.dll Fail Sistem Library

.dat Fail Data Khas

“Extension yang

tidak dibenarkan

untuk digunakan”

Jenis-jenis fail yang terdapat dalam pc

Fail yang tersimpan dalam komputer terdiri daripada nama fail dan extension. Kegunaan nama fail adalah untuk memudahkan anda mengingat dan mencari sesebuah fail. Fungsi extension lebih banyak digunakan untuk mempermudah pengelompokan jenis fail. Anda boleh melihat beberapa jenis fail yang terdapat dalam komputer anda, seperti file ‘.txt’, ‘.exe’, ‘.jpg’ dan sebagainya. Fail ‘.txt’ merupakan jenis fail teks manakala fail ‘.exe’ untuk jenis fail execution, fail ‘.jpg’ adalah jenis fail gambar dan fail ‘.doc’ adalah fail dokumen. Sistem operasi Windows yang anda gunakan akan mengenal semua jenis fail yang ditemuinya berdasarkan extension yang terkandung dalam fail tersebut.

BULETIN ICT

Rahsiakan kata laluan anda dari orang lain walaupun kepada orang yang rapat dengan anda. Perlu diingatkan kata laluan anda adalah rahsia. Gunakan kata laluan yang kukuh melalui gabungan nombor, huruf, tanda dan simbol (contoh: P4s$w0rd untuk password).

Jangan pilih kata laluan yang menggambarkan diri anda contohnya tarikh lahir, nombor IC dan sebagainya. Ia akan memudahkan orang lain meneka kata laluan anda.

Jangan beritahu kata laluan anda secara lisan mahupun secara elektronik. Walaupun anda hanya memberi bayangan kepada katalaluan anda kepada orang lain, perbuatan ini juga akan membenarkan orang lain meneka kata laluan anda.

Jangan terlalu cepat memberikan maklumat yang berkaitan dengan kata laluan jika diminta. Siasat dahulu orang yang meminta maklumat berkenaan. Amalan terbaik ialah menukar kata laluan anda 3 bulan sekali.

BULETIN ICT

4 > > B U L E T I N I C T

Tip keselamatan ict

EDISI ICT PERBENDAHARAAN

BULETIN ICT

B U L E T I N I C T > > 5 B U L E T I N I C T > > 5

Sangat Baik 11%

Baik 66%

Sederhana 22%

Kurang memuaskan

1%

Rajah 1 : Pecahan Tahap Pengetahuan ICT Responden

0 20 40 60 80 100 120

Portal

Emel

Ya

Tidak

Penggunaan Sistem Aplikasi Aplikasi yang kerap digunakan oleh responden adalah sistem e-mel dan portal Perbendaharaan. 90% (106) responden menggunakan sistem e-mel setiap hari dan 54% (60) mengakses portal Perbendaharaan setiap hari.

Rajah 2 : Penggunaan E-mel dan Mengakses Portal Setiap Hari

Jejak Internet Seramai 91% (107) responden menyedari jejak Internet boleh diketahui dan hanya 31% (37) responden yang bersetuju ianya dipaparkan.

Rajah 3 : Kesedaran Mengenai Jejak Internet dan Bersetuju Ia Dipaparkan.

Kualiti Peralatan yang Dibekalkan Lebih daripada 90% responden menyatakan peralatan-peralatan berkenaan mudah digunakan dan memenuhi keperluan.

Cadangan dari Responden Seramai 34 responden telah memberikan beberapa cadangan dan pandangan bagi mempertingkatkan pembudayaan ICT di Perbendaharaan. Kebanyakan cadangan menyentuh mengenai keperluan latihan ICT. Di antara cadangan-cadangan berkenaan adalah : • Mengadakan latihan ICT yang lebih khusus mengikut

pekerjaan atau keperluan mengikut bahagian. • Latihan peningkatan produktiviti melalui e-mel. • Sesi awareness mengenai teknologi semasa.

Rajah 4 : Kualiti Perkhidmatan ICT Yang Ditawarkan

Rajah 5 : Kualiti Perkakasan ICT Yang Dibekalkan.

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Mudah digunakan

Memenuhi keperluan

Sentiasa beroperasi dengan baik

Mencukupi Teknologi terkini

Baik

Sedarhana

Kurang Memuaskan

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Bantuan teknikal

Rangkaian dan infrastruktur

ICT

Laman Web/Portal

Latihan ICT Helpdesk (samb. 4444)

Baik

Sederhana

Kurang Memuaskan

Kajian bagi mengukur tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) telah diadakan bermula pada 2 hingga 25 Julai 2008. Pihak pengguna di Perbendaharaan di Blok 2G2, Putrajaya diminta memberikan pendapat mereka berdasarkan kepada aspek perkhidmatan yang pernah dilaksanakan oleh BPTM. Soal selidik secara online telah disediakan dan di e-mel kepada semua pengguna Perbendaharaan.

KEPUTUSAN KAJIAN

Seramai 118 responden telah memberi respons kepada soal selidik ini.

Pecahan mengikut Tahap Pengetahuan ICT Rajah 1 menunjukkan pecahan responden mengikut tahap pengetahuan ICT. Adalah didapati 11% responden mempunyai tahap pengetahuan ICT yang sangat baik dan 66% adalah baik.

Kualiti Perkhidmatan Daripada lima perkhidmatan ICT yang ditawarkan, lebih daripada 90% responden menyatakan perkhidmatan portal dan web adalah baik, diikuti dengan perkhidmatan rangkaian dan infrastruktur.

Kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan bahagian pengurusan teknologi maklumat

Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab

30 1

2 3 4 5 6 7 8

9 10 11 12 13 14 15

16 17 18 19 20 21 22

November 2008

23 24 25 26 27 28 29

BULETIN ICT

Economic Intelligence Database System (EIDS) adalah sistem aplikasi pangkalan data berpusat untuk penyimpanan dan perkongsian data ekonomi berasaskan web.

Menurut komen daripada salah seorang pengguna sistem EIDS

“ Sistem ini sesuai untuk penyimpanan & capaian maklumat. Ia juga membantu

mendapatkan maklumat dari negara lain tentang isu ekonomi”

•Malaysia : Economic Data •Budget •Training Archives

•Macro •International •Public Finance •Customs Query

6 > > B U L E T I N I C T

Adobe Photoshop CS

Microsoft Excel Lanjutan

Membina Laman Web

Teknik-teknik Penyediaan Slaid Persembahan (Adobe Photoshop & Ms PowerPoint)

Latihan Penggunaan E-mel dan Penyelenggaraan Asas PC

Tujuan EIDS dibangunkan adalah untuk memudahkan pengguna menguruskan data-data ekonomi dengan menyediakan kemudahan kemasukan, kemaskini dan manipulasi data bagi menghasilkan laporan ekonomi yang tepat dan cepat. Selain daripada itu EIDS dapat mempersembahkan laporan dalam pelbagai bentuk dan pilihan seperti laporan bulanan / suku tahunan / pertengahan tahun / tahunan , peratusan, pengiraan petunjuk ekonomi secara automatik serta penghasilan graf dan carta. Dengan adanya EIDS, data-data ekonomi dapat dikongsi bersama di kalangan pegawai-pegawai Perbendaharaan. Pengguna utama kepada sistem ini adalah Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa (BEA).

Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab

1 2 3 4 5 6

7 8 9 10 11 12 13

14 15 16 17 18 19 20

21 22 23 24 25 26 27

Disember 2008

28 29 30 31

Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab

1 2 3 4

5 6 7 8 9 10 11

12 13 14 15 16 17 18

19 20 21 22 23 24 25

Oktober 2008

26 27 28 29 30 31

Microsoft Power Point Lanjutan

Aplikasi sistem di perbendaharaan

Bermula pada Oktober tahun 2008, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) telah memperkenalkan dan menganjurkan Latihan Penyelenggaraan Asas PC. Latihan tersebut telah diadakan bersama-sama dengan Latihan Penggunaan E-mel Perbendaharaan. Latihan Penyelenggaraan Asas PC ini ditawarkan kepada semua warga Perbendaharaan dengan tujuan memberi pendedahan dan pengetahuan asas mengenai penyelenggaraan komputer. Tarikh-tarikh kursus yang ditawarkan boleh dirujuk di dalam kalendar latihan ICT yang dipaparkan. Silibus latihan merangkumi pengenalan komputer dan pengendalian sistem operasi (Windows), penyelenggaraan dan housekeeping perkakasan dan perisian, mengesan kerosakan komputer troubleshooting dan pengetahuan tentang virus komputer. Dengan adanya latihan ini diharap warga Perbendaharaan dapat mengenali dan memelihara komputer masing-masing bagi membantu melancarkan tugas-tugas harian mereka. Pengetahuan mengenai penyelenggaraan asas komputer ini amat berguna dan bukan sahaja terhad untuk komputer di pejabat tetapi juga boleh dimanfaatkan terhadap komputer persendirian di rumah. Daripada maklum balas yang diperolehi pada kursus pertama (14 Oktober 2008), 75 % daripada peserta sangat berpuas hati dengan pengetahuan / kemahiran yang diperolehi selepas kursus berkenaan iaitu memberikan skala 4 daripada 5.

EDISI ICT PERBENDAHARAAN

BULETIN ICT

BIL SISTEM BAHAGIAN TARIKH PESERTA

1. Sistem Ejen Cukai BAC LHDNM

Persatuan Akauntan

8.10.2008 21.10.2008 20.10.2008

5 15 21

2. Sistem ePerunding (Java) Sistem ePerunding

(Oracle Database 10g)

BPK dan BPTM BPK dan BPTM

18.08.2008 hingga 22.08.2008 20.10.2008 hingga 24.10.2008

15 11

3. Sistem e-Surat BSWP 28.10.2008 29.10.2008 30.10.2008 31.10.2008 03.11.2008

24 31 21 11 20

4. Sistem EIDS BEA 27.03.2008 hingga 28.03.2008 11.06.2008 hingga 13.06.2008 18.09.2008 hingga 19.09.2006

13 12 24

5.

Sistem SPA

Kementerian Kewangan Perbendaharaan Malaysia Sabah

Perbendaharaan Malaysia Sarawak Kastam DiRaja Malaysia Kem. Kesihatan Malaysia

Hospital Serdang Pejabat Kesihatan Daerah Kajang

Jabatan Pengairan dan Saliran Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Pendaftaran Malaysia Kem. Sumber Manusia

Jabatan Tenaga Kerja Sem. Malaysia Jabatan Tenaga Manusia

Agensi Dadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri

14.07.2008 hingga 16.07.2008 20.10.2008 hingga 21.10.2008 22.10.2008 hingga 23.10.2008 16.06.2008 hingga 18.06.2008 30.06.2008 hingga 02.07.2008 23.06.2008 hingga 25.06.2008 08.07.2008 hingga 10.07.2008 23.06.2008 hingga 25.06.2008 16.07.2008 hingga 17.07.2008 13.08.2008 hingga 14.08.2008 07.07.2008 hingga 08.07.2008 07.07.2008 hingga 08.07.2008 07.07.2008 hingga 08.07.2008 08.07.2008 hingga 09.07.2008 28.10.2008 hingga 29.10.2008

40 10 10 40 40 20 20 20 41 38 15 10 5

10 30

B U L E T I N I C T > > 7

Selamat datang diucapkan kepada warga baru BPTM. Semoga dengan kehadiran warga baru BPTM ini akan lebih menyemarakkan perancangan dan perlaksanaan semua program di BPTM.

1. Pn. Rohani bt Mohamad TSBTM(A)

2. Cik Tan Siew Mooi TSBTM(O)

3. Pn. Siti Sapura bt Raffee KPSK(T)

4. Pn. Nor Elizah bt Ismail KPSK(A)

5. Pn. Sabriyah bt Mohd Akhir@Khairuddin KPS(O)2

6. Pn. Norliza bt Jumeri KPS(T)2

7. En. Khairul Ridzuan b Che Abd. Rahman PSK(O)1

8. Pn. Nor Haslisa bt Mohd. Nor PSK(E)3

9. En. Ramachandran A/L Kathi Ravan PSK(P)

10. Pn. Nur Atikah Syakinah bt Abdullah PS(P)

11. Pn. Mazira bt Mujail PPTMK(O)

12. Cik Nurhani Rudin bt Abdullah PPTM(A)1

13. En. Nur Arief b Mohd Amin PPTM(A)3

14. Cik Noris bt Mohammad PPTM(A)4

15. Cik Siti Fadilah bt Samsudi PPTM(E)2

16. Cik Hafidah bt Md Arsad PA / TSBTM(A)

18. Pn. Norhasliza bt Zakaria PT(P)6

19. Cik Noraini bt Jaudan PT(P)7

20. Cik Nazatul Aqma bt Yussof JK(O)1

21. Cik Siti Rafeah bt Basir JK(O)2

22. En. Abdul Majid b Hashim JK(O)3

23. Cik Afidah bt Abdullah JK(O)4

24. En. Muslim b Abd Latiff JK(O)5

25. Pn. Nazliaton bt Osman JK(O)6

17. Cik Suraida Akhma bt Mamat PA / TSBTM(O)

EDISI ICT PERBENDAHARAAN

BULETIN ICT

Dear Mr. Bill Gates, We have bought a computer for our home use and we found problems which I want to bring to your attention. 1. After connecting to Internet we opened an e-mail

account. The Problem is when we fill the password, only ****** appears. We checked with hardware vendor and he said that there is no problem with the keyboard. I request you to check this as we ourselves do not know what the password is.

2. There is a ‘Find’ button, but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried using ‘Find’ many times but it cannot find the door key. Is this a bug??

3. My child learnt ‘Microsoft Word’ now he wants to learn ‘Microsoft Sentence’, so when will you provide this?

Source : The Internet

SENYUM ICT

Selamat Datang

Pn. Siti Zabidah bt Zakaria OMPDK1

Pn. Mastura bt Ismail OMPDK2

Pn. Amnah bt Mohammad OMPD1

Pn. Hamidah bt A. Rahman OMPD2

Pn. Kelsom bt Bakar OMPD3

Pn. Ramlah bt Abu Hassan OMPD4

Pn. Sa’diah bt Kason OMPD5

En. Mohd Fakhrul Zaman b Tahar PPTM(P)6

“Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata

tapi hati tidak lupa. Selamat maju jaya diucapkan kepada

semua warga BPTM yang telah bertukar ke pejabat yang lain”

Jasamu Dikenang