zawin aidah: contoh kertas kerjazawinaida.blogspot.com/2010/11/contoh-kertas-kerja.htmlsekarang,...

Download Zawin Aidah: CONTOH KERTAS KERJAzawinaida.blogspot.com/2010/11/contoh-kertas-kerja.htmlSekarang, disebabkan NKRA dan KPI..setiap program perlu kertas kerja, post mortem dan laporan

If you can't read please download the document

Upload: dangdang

Post on 06-Mar-2018

225 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Zawin Aidah: CONTOH KERTAS KERJA

Zawin Aidah

Ya Allah...Aku berlindung dengan-Mu, dari segala KEDUKAAN dan KEMISKINAN..dari perasaan LEMAH dan MALAS...dari sifat PENGECUT dan BAHKHIL..dari BANYAK HUTANG dan KEZALIMAN manusia.

Sesungguhnya keindahan ini, kecantikan ini, kekuatan ini, kekuasaan ini ADALAH MILIK MU...Terima kasih Ya Allah

Friday, November 5, 2010

CONTOH KERTAS KERJA

Sekarang, disebabkan NKRA dan KPI..setiap program perlu kertas kerja, post mortem dan laporan impak. Moga apa yang saya lampirkan disini dapt digunapakai untuk masa akan datang.

KERTAS CADANGAN

PEROLEHAN PERKAKASAN KOMPUTER RIBA, LCD, SKRIN DAN LAIN-LAIN YANG BERKAITAN BAGI KEGUNAAN KHUTBAH MULTIMEDIA DI SEMUA MASJID KERAJAAN DAN TERPILIH NEGERI TERENGGANU

1 TUJUAN

Kertas cadangan ini disediakan untuk pertimbangan Kerajaan Negeri bagi perolehan perkakasan komputer Riba, LCD, Skrin dan Peralatan yang berkaitan bagi kegunaan khutbah multimedia di semua Masjid Kerajaan dan Terpilih Negeri Terengganu bagi Tahun 2006. Peruntukan yang dipohon adalah sebanyak RM 1,580,280.00 termasuk kursus dan bengkel yang berkaitan pengendalian dan penggunaan Khutbah multimedia.

2. LATARBELAKANG .

2.1. Mendengar khutbah adalah kemestian dan syarat sah serta kemuncak kepada solat Jumaat. Sekiranya jemaah yang membanjiri masjid tidak mendengar khutbah dengan baik, bercakap-cakap atau bergurau, dia tidak dapat menerima apa yang disampaikan oleh khatib. Lebih malang lagi, solat Jumaatnya penuh dengan kecacatan dan tidak sempurna, langsung tidak mendapat pahala.

2.2. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mengorak langkah kedepan dengan menyediakan paparan isi teks khutbah dalam bentuk multimedia yang pertama di Malaysia. Teknik baru ini bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat dan multimedia. Justeru itu gabungan dua elemen media pendengaran ( Teks khutbah dibaca oleh khatib) dan elemen visual ( paparan slide ) menjadikan penyampaian khutbah menjadi lebih efisen dan dapat menarik perhatian jemaah untuk menghayati khutbah.

2.3. Secara tradisional penyampaian khutbah hanya cukup sekadar menerangkannya secara lisan, masyarakat kini perlu didedahkan dengan minda teknologi. Islam sendiri mementingkan pembaharuan atau pemodenan tanpa mengetepikan tuntutan dan landasan agama. Penyampaian khutbah Jumaat melalui evolusi baru ini akan dapat menambah rencah bagi menarik minat jemaah. Pendekatan khutbah multimedia adalah sebahagian usaha pentadbiran Agama Negeri melaksanakan konsep Islam Hadhari, Terengganu Bestari.

3. OBJEKTIF

3.1. Melaksanakan pengurusan pentadbiran masjid yang lebih kemas dan efisien. 3.2. Menambahkan lagi kemahiran dalam bidang penggunaan komputer. 3.3. Meluaskan peranan Masjid melalui penggunaan system yang sistematik.3.4. Meningkatkan mutu perkhidmatan masjid dan ia bakal menaikkan imej masjid menjadi satu institusi yang lebih disegani.3.5 Mendedahkan masyarakat kepada minda teknolgi.

4. JUSTIFIKASI CADANGAN PEROLEHAN PERKAKASAN

4.1. Khutbah multimedia disampaikan oleh khatib bertugas dan seorang petugas mengendalikan komputer Riba.4.2. Paparan Slaid dihasilkan menggunakan program Powerpoint.4.3. Slaid dipancar ke layar menggunakan LCD dan Skrin pada dinding.4.4. TV Plasma digunakan untuk kemudahan ahli Jumaat di Saf hadapan.

5. CADANGAN PEROLEHAN DAN ANGGARAN PERUNTUKAN

5.1. Bagi memperlengkapkan Program Khutbah Multimedia di semua Masjid Kerajaan dan Masjid Terpilih bagi perolehan perkakasan Komputer tahun 2006 adalah seperti berikut :-

BIL PERKAKASAN BILANGAN UNIT ANGGARAN HARGA SEUNIT (RM) ANGGARAN KOS (RM)

1 Komputer riba 52 3,800.00 197.600.00

2 LCD Projektor 104 9,700.00 1,008,800.00

3 Plasma TV 42 3 14,000.00 42,000.00

4 Layar 104 1,600.00 166,400.00

5 Cable 104 600.00 62,400.00

6 Braket 104 800.00 83,200.00

JUMLAH

1,560,400.00

5.2. Peruntukan ini dicadangkan disalurkan melalui peruntukan Kerajaan Negeri.

6. KURSUS DAN BENGKEL

Memandangkan program khutbah multimedia akan melibatkan sebilangan besar pegawai dan kakitangan masjid yang terpilih, maka keperluan kursus penghasilan teks khutbah multimedia dan bengkel pengendalian peralatan perlu dibuat bagi membolehkan mereka mahir dalam mengendalikan peralatan tersebut dengan baik.

Adalah dicadangkan kursus dan bengkel tersebut akan dilaksanakan mengikut daerah masing-masing. Bagi permulaan, tahun 2006 dicadangkan sebanyak 13 siri bengkel akan dilaksanakan bagi tujuh daerah.

6.1 Implikasi Kewangan 6.1.1 Perkakasan = RM 1,560,400.00

6.1.2 Bengkel Penggunaan peralatan

Penceramah :RM120.00 x 6 jam x 13 siri = RM 9,360.00Fasilitator :RM 80.00 x 6 jam x 13 siri = RM 6,240.00 Makan/Minum :RM15.00 x 20 orang x 1hari x 13 siri = RM 3,900.00Urusetia :RM30.00 x 1 orang x 1 hari x13 siri = RM 380.00 Jumlah = RM 19,880.00

Jumlah Besar

KOS PERKAKASAN + KOS BENGKEL = RM 1,580,280.00

7. JAWATANKUASA KURSUS/BENGKEL

1. KPP Pentadbiran dan Kewangan2. KPP Dakwah3. PP Pembangunan4. Pegawai ICT JHEAT5. Pegawai Agama Daerah

8. PENUTUP

Memandangkan kepada perkembangan dan pengetahuan di zaman yang serba maju ini, peralatan yang canggih amat diperlukan bagi melakukan sesuatu kerja/pengurusan sama ada dalam mengurus dan mendapat maklumat secara elektronik. Adalah diharapkan pentadbiran dan perkhidmatan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu akan lebih cekap dan produktif demi memartabatkan agensi-agensi yang berkaitan dengan agama. Di samping menonjolkan kecekapan, ia juga dapat menunjukkan kepada umum bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk mengejar kemajuan dan teknologi tetapi semestinya dengan cara dan pendekatan secara Islam. Oleh itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu memohon peruntukan sebanyak RM 1,580,280.00 ( Satu Juta Lima Ratus Lapan Puluh Ribu Dua Ratus Lapan Puluh ) bagi membeli dan melengkapkan peralatan komputer Riba LCD, Skrin dan peralatan yang berkaitan dengannya bagi Khutbah Multimedia.

LAMPIRAN

Terima kasih pada laman sesawang ini....

Posted by

zawin_hanna

at7:30 AM

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

11 comments:

GharingAugust 3, 2012 at 11:54 PM

Terima kasih kerana berkongsi ilmu

ReplyDelete

AzalinaWan ZulkifliMarch 17, 2015 at 6:50 PM

terima kasih daun keladi.....sangat membantu ...

ReplyDelete

mencari ilmuOctober 9, 2015 at 10:36 PM

maafkan saya. ini kertas kerja atau kertas cadangan?

ReplyDelete

muhammad asyrafApril 27, 2016 at 4:13 AM

terima kasih

ReplyDelete

AbdulzOctober 25, 2016 at 8:42 PM

SAYA MOHON KEBENARAN UNTUK C&P YA. TQ

ReplyDelete

AbdulzOctober 25, 2016 at 8:42 PM

SAYA MOHON KEBENARAN UNTUK C&P YA. TQ

ReplyDelete

ANWAR FAUZI PPMD TAPAHJanuary 12, 2017 at 12:33 AM

SAYA MOHON KEBENARAN UNTUK C&P YA. TQ

ReplyDelete

Ady RamliApril 9, 2017 at 6:37 PM

Terima kasih..Saya mohon izin buat rujukan ya.

ReplyDelete

hamba AllahNovember 19, 2017 at 12:41 AM

Mohon kebenaran untuk buat copy sikit yaa :) terima kasih puan..

ReplyDelete

Hafiz iDecember 24, 2017 at 10:21 PM

terima kasih atas perkongsian ini. mohon C&P ya zawinaida..

ReplyDelete

UnknownMay 2, 2018 at 10:08 PM

terima kasih atas perkongsian dan mohon kebenaran untuk copy.

ReplyDelete

Add comment

Load more...

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

About Me

zawin_hanna

just an ordinary lady who wish to share and care...

View my complete profile

Blog Archive

2010

(12)

November

(7)GRADUASI ANAK-ANAKKU....Model Gaya Pembelajaran Canfield (1997)dan Model D...Sejarah Perkembangan Nilai, Moral Dan Etika Dalam ...Fenomena-fenomena TEORI HANYA TINGGAL TEORI yang w...CONTOH KERTAS KERJAPanduan Solat Aidil AdhaPANDUAN SOLAT AIDIL ADHA 2

December

(5)

2011

(23)

July

(5)

August

(10)

September

(1)

October

(7)

Followers

Total Pageviews

Simple theme. Theme images by luoman. Powered by Blogger.