yang memilih bidang ini sebagai mata pencarian? berteman ... · pdf filesentiasa bersedia...

1
KADET kejuruteraan di kapal Kota Hasil di bawah naungan syarikat per- kapalan tempatan, Pacific Internation- al Lines (PIL), Encik Muhammad Haziq Haron, banyak mendengar kisah susah senang belayar di lautan biru daripada abangnya, Encik Muhammad Hisyam. Kisah menarik Encik Muhammad Hisyam selaku Ketua Pegawai yang ditemani samudera saban hari mem- buatkan Encik Muhammad Haziq, 24 tahun, berminat menceburi industri ke- lautan. Tambahan pula, beliau yang mem- punyai tiga anak kecil juga mencari kerjaya dengan pendapatan mantap yang menjamin masa depan. Encik Muhammad Hisyam, lulusan kejuruteraan laut daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Yishun merupakan antara peserta program Anugerah Latihan Kejuruteraan Tiga Pihak. Program ini membolehkan warga Singapura dilatih sebagai jurutera lau- tan Kelas 5 yang bersedia menyum- bang kepada industri kelautan. Program ini dibiaya dan disokong Kesatuan Pegawai Kelautan Singapu- ra (SMOU), Tenaga Kerja Singapura (WSG), Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i), Persatuan Perkapalan Singapura (SSA) dan syarikat perka- palan. Ketika ditemui Gah! baru-baru ini, Encik Muhammad Haziq berkata: “Saya terdorong menceburi bidang kejuruteraan lautan selepas mende- ngar cerita abang tentang keserono- kan bekerja dalam sekitaran menca- bar. “Abang selalu berpesan tentang penyesuaian yang perlu dibuat dan ke- selamatan yang perlu dijaga bagi me- mastikan saya selesa dengan tugas de- ngan pejabat kami dalam kapal.” Menurutnya, ibunya memang te- rus-terusan bimbang, lebih-lebih lagi apabila kededua anak lelakinya memi- lih menceburi bidang kelautan. “Makan masa juga nak pujuk hati mak tapi apabila beliau lihat abang dah lama belayar dan semakin hari ada peningkatan kerjayanya, ibu lebih merestui tugas saya ini,” kongsinya. Encik Muhammad Haziq meng- anggap tugas sebagai jurutera kapal ini menuntut kesediaan berdepan dengan apa jua masalah, baik kerosakan enjin atau kebocoran kapal. “Setiap hari, pengalamannya berbe- za dan tidak rutin sebagaimana yang disangka ramai. “Kita harus terus bersedia berde- pan dengan pelbagai masalah. Yang penting komunikasi dan kerja berpasu- kan,” jelasnya lagi. Walaupun tidak seperti abangnya yang sering belayar ke luar negara, En- cik Muhammad Haziq berkesempatan berada di dalam kapal yang menuju ke Myanmar, Thailand dan Pelabuhan Kelang, Malaysia. APABILA kapal yang dikemudi sekitar dinihari dilambung ombak dek cuaca buruk dan lautan bergelora, timbul kegelisahan yang menghimpit benak Encik Muhammad Hisyam Haron. Kenangan beberapa tahun lalu itu masih terpahat dalam minda pemuda berusia 27 tahun itu yang kini menerajui tugas sebagai Ketua Pegawai kapal kargo umum di syarikat khidmat pengurusan kapal, PACC Ship Managers Pte Ltd. Mengingati peristiwa ngeri itu ibarat satu adegan filem aksi pelayaran, Encik Muham- mad Hisyam yang ditemui di bangunan PSA Singapore baru-baru ini berkata: “Cuaca memang buruk pada waktu itu. Kami dalam perjalanan dari Amerika Syarikat ke Jepun. Kapal yang dinaiki hilang perejangan di tengah-tengah ribut yang me- landa. “Enjin utamanya rosak. Kapal dengan peralatan komputer di dalamnya pun melam- bung tak tentu arah. Almari pula jatuh. Kami dikerahkan agar memakai jaket keselamatan dan bergegas ke pelancar. “Memang ia pengalaman yang amat mengerikan dan tidak pernah dihadapi sebe- lum ini. Kami pula jarang memakai jaket keselamatan kecuali pada tempoh darurat atau dril. Dalam keadaan panik, kami yang terhoyong-hayang terpaksa berpegang pada rel.” Tatkala itu, beliau dan rakan lain sudah bersedia meninggalkan kapal yang diancam bahaya lantas berpindah ke bot penyelamat. Isyarat kecemasan sudah pun dipasang tetapi mujurlah sekitar 8 pagi, pasukan juru- tera di kapal tersebut berjaya memperbaiki enjin bermasalah itu. “Saya sempat kirim e-mel kepada ibu, memberitahunya saya dalam keadaan ba- haya. Tentunya beliau cemas dan risaukan keadaan saya. Alhamdulillah, saya dan ra- kan-rakan terselamat,” kongsi Encik Muham- mad Hisyam lagi. Ibu berat menerima pilihan kerjaya yang didorong pengalaman silam ayah sebagai pelaut Ternyata, laluan kerjaya dalam bidang ke- lautan yang dipilih pemuda yang masih bu- jang ini tidak semudah mana. Anak ketiga dalam empat beradik itu ingin meneruskan legasi ayahnya, Encik Haron Hamzah, 62 tahun, yang pernah men- jadi pelaut seketika sebelum berumah tang- ga. Moyang Encik Muhammad Hisyam juga merupakan jurusemboyan kapal. “Mendengar cerita ayah tentang pengala- man sebagai pelaut membuatkan saya begitu berminat menceburi bidang kelautan. “Kebetulan, saya terlihat iklan tentang biasiswa jurusan pengajian pelayaran di su- rat khabar. “Kerana enggan lalui laluan pendidikan yang lumrahnya diikuti pelajar lain iaitu ke maktab rendah dan universiti, maka saya pi- lih kursus pengajian pelayaran di Politeknik Singapura (SP). “Tentunya ayah menyokong tetapi ibu pula yang keberatan. Tambahan pula, ayah tidak lagi belayar dahulu di atas permintaan ibu yang bimbangkan keselamatannya,” ceri- ta pemuda ramah ini. Biasiswa ringankan beban walau diuji emosi bergelora ketika belayar Biaya kursus diploma di SP itu tinggi kera- na seragam perkapalan dan peralatan menge- mudi kapal yang diperlukan. Mujurlah, Encik Muhammad Hisyam yang layak ke maktab rendah dengan agre- gat 10 mata ditaja Biasiswa Alternatif Pelaut Pelaburan Bagi Kehidupan (SAIL) yang di- tawarkan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA), Kesatuan Pegawai Kelautan Singapu- ra (SMOU) dan majikannya kini, PACC Ship Managers Pte Ltd. Beliau melalui tempoh pengajian tahun pertama dan tahun akhir di SP manakala tahun kedua dihabiskan sebagai kadet dek yang mula belayar di lautan. Anugerah Mendaki turut diterimanya kerana cemer- lang di SP. “Tempoh belayar malah menyambut Lebaran pada 2008 di Mexico, jauh daripada keluarga, memang benar-benar mencabar dan menguji kecekalan. “Saya perlu berdikari. Tiada yang akan bertanya adakah saya sudah makan atau se- galanya baik-baik belaka. Konflik emosi yang bergelora dapat dirasakan hingga tim- bul tanda tanya ‘Inikah kehidupan yang ingin saya jalani seumur hidup?’ “Di atas kapal, banyak kerja yang meme- rah daya fizikal saya perlu dibereskan. Tu- gas sebagai pelaut memerlukan semangat waja. Anda juga perlu cergas bergerak ke sana sini tanpa mengabaikan keselamatan. “Banyak juga undang-undang perkapa- lan yang perlu dihadam. Lain negara, lain caranya,” jelasnya lagi. Terdorong pertingkat kerjaya Pejam celik, sudah lima tahun Encik Muhammad Hisyam melayari kerjaya kelau- tan yang membuka minda dan menambah pengalaman hidup selepas tamat Perkhidma- tan Negara. Banyak peningkatan kerjaya yang dilalui daripada pegawai keempat kepada pegawai ketiga, pegawai kedua dan akhirnya Ketua Pegawai dalam tempoh tersebut. Beliau kini pegawai kedua tertinggi di kapal yang dikemudi dan bertanggungjawab menjaga keselamatan, penyelenggaraan kapal dan kargo, ehwal perubatan, makan minum dan kebajikan anak kapal. “Jika ada rezeki, saya bercita-cita menja- di nakhoda Melayu termuda di Singapura selepas beberapa pelayaran seterusnya. “Industri kelautan di Singapura sudah pe- sat berubah dengan banyak usaha pemerin- tah memajukan sektor ini dan memasarkan- nya sebagai kerjaya yang menjanjikan pendapatan yang baik serta pengalaman yang bermakna. “Lagipun, stereotaip bahawa pelaut itu bekerja dalam sekitaran tidak sihat seperti dikelilingi wanita dan mabuk arak hanyalah tanggapan orang dulu. “Kalau anda naik kapal kini, anda akan kagum dengan sekitarannya yang sarat de- ngan peralatan teknologi canggih yang mene- mani setiap pelayaran. Bidang kelautan juga luas dan peluang pekerjaan tidak terbatas pada kerja pelaut atau nakhoda kapal sa- haja. “Ada jurutera dan karyawan kelautan lain yang memastikan sektor ini terus rele- van. Ada yang tugasnya kerap belayar dan ada pula yang hanya di pelabuhan sahaja,” kongsinya. SESIAPA sahaja, baik pela- jar mahupun orang dewasa, yang ingin meninjau peluang pekerjaan dalam bidang kelau- tan boleh melungsuri laman baru www.maritimesgcon- nect.com. Laman ini menyatukan semua maklumat kelautan, daripada aspek pendidikan, peluang kerjaya hinggalah bia- siswa yang tersedia atau pro- gram latihan pengurusan ken- dalian syarikat perkapalan buat karyawan kelautan. Ia merupakan satu usaha baru Pejabat Maritime Singa- pore Connect. Pejabat ini dibangunkan Penguasa Kelautan dan Pela- buhan (MPA) sejajar dengan usaha yang digerakkan Jawa- tankuasa Tiga Pihak Sektoral bagi Pengangkutan (Lautan) dalam ‘memancing’ lebih ra- mai warga Singapura agar menyertai industri kelautan. Selain klip video dan renca- na yang mendorong orang ra- mai agar lebih memahami ker- jaya dan peluang pekerjaan dalam industri kelautan, or- ang awam boleh memuatnaik- kan ‘resume’ mereka sebagai tanda mereka berminat memo- hon pekerjaan atau program bekerja sambil belajar di dalam sektor kelautan. Walaupun pangkalan data ‘resume’ ini percuma buat syarikat kelautan yang memili- ki akaun berdaftar, butiran rahsia pemohon pekerjaan di- jaga dengan rapi. Sistem ini membolehkan pihak majikan meninjau ‘resume’ pemohon kerja ha- nya selepas individu yang memohon mengizinkannya. Laman ini juga wadah dalam talian baru buat syarikat perkapalan menguar- -uarkan program yang mere- ka kenalkan dalam memban- gun kemahiran karyawan ke- lautan. Pejabat Maritime Singa- pore Connect ditubuhkan MPA tahun lalu dengan komit- men biaya $4 juta. Unit di bawah Yayasan Ke- lautan Singapura (SMF) ini boleh disifatkan sebagai nadi utama yang menghubungkan majikan dalam bidang kelau- tan, persatuan industri, sekolah dan agensi pemerin- tah dengan segala perihal ke- lautan. Bagi mereka yang ingin membina kerjaya sebagai pe- laut, wujud Biasiswa Kelautan Tiga Pihak yang ditaja MPA, syarikat dan kesatuan perka- palan. Biasiswa yang dibuka buat pelajar Diploma Pengajian Pe- layaran dan Diploma Kejuru- teraan Laut membentangkan laluan bagi pelajar menjadi nakhoda kapal atau ketua ju- rutera dalam kapal perdaga- ngan. Mereka juga berpeluang menjadi pemimpin dalam in- dustri kelautan. Terdapat juga Anugerah Latihan Kejuruteraan Tiga Pi- hak yang membolehkan war- ga Singapura dilatih sebagai jurutera lautan Kelas 5. Kadet dalam program ini dilengkapkan dengan kemahi- ran memantau dan mengawa- si bilik enjin, menyelenggara dan membaiki jentera serta bekerjasama dengan anak ka- pal berbilang negara. Kadet jurutera laut raih inspirasi daripada tugas abang Berteman samudera, ketua pegawai kapal tabah harungi kerjaya Usaha tarik minat ramai kerja kapal TERUJA DENGAN ‘PEJABAT’ DI DALAM KAPAL: Kadet kejuruteraan kapal, Encik Muhammad Haziq Haron, menyenangi bidang tugas menyelenggara enjin kapal yang menuntutnya agar sentiasa bersedia dengan sebarang masalah kerosakan enjin dan kebocoran kapal. LAYARI KERJAYA MENCABAR: Ketua Pegawai Kapal, Encik Muhammad Hisyam Haron, tidak memilih laluan maktab rendah dan universiti kerana melihat ‘kampus pengajian’ tentang kehidupan lebih terbentang luas sebagai karyawan kelautan. – Foto-foto M.O. SALLEH “Saya terdorong menceburi bidang kejuruteraan lautan selepas mendengar cerita abang tentang keseronokan bekerja dalam sekitaran mencabar. Abang selalu berpesan tentang penyesuaian yang perlu dibuat dan keselamatan yang perlu dijaga bagi memastikan saya selesa dengan tugas dengan pejabat kami dalam kapal.” – Encik Muhammad Haziq Haron. Industri kelautan memainkan peranan penting dalam pembangunan Singapura. Namun, sebut tentang kerjaya kelautan, ramai bertanggapan ia hanya berlegar di sekitar tugas si kapten kapal dan anak kapalnya sahaja. Sebaliknya, peluang pekerjaan dalam industri ini cukup luas serta menawarkan pendapatan dan pengalaman lumayan buat sesiapa yang berani mencuba. Bagaimana peranan Pejabat Maritime Singapore Connect (MSC), satu daya usaha nasional yang disokong Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA), dalam memupuk kesedaran ramai tentang industri kelautan? Apa pula pengalaman yang dilalui dua beradik yang memilih bidang ini sebagai mata pencarian? HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan. “Jika ada rezeki, saya bercita-cita menjadi nakhoda Melayu termuda di Singapura selepas beberapa pelayaran seterusnya. Industri kelautan di Singapura sudah pesat berubah dengan banyak usaha pemerintah memajukan sektor ini dan memasarkannya sebagai kerjaya yang menjanjikan pendapatan yang baik serta pengalaman yang bermakna. Lagipun, stereotaip bahawa pelaut itu bekerja dalam sekitaran tidak sihat seperti dikelilingi wanita dan mabuk arak hanyalah tanggapan orang dulu.” – Encik Muhammad Hisyam Haron. 12 Berita Minggu | 29 Oktober 2017 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Upload: phungthuan

Post on 01-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: yang memilih bidang ini sebagai mata pencarian? Berteman ... · PDF filesentiasa bersedia dengan sebarang masalah kerosakan enjin dan ... yang memilih bidang ini sebagai mata pencarian?

KADET kejuruteraan di kapal Kota Hasil di bawah naungan syarikat per-kapalan tempatan, Pacific Internation-al Lines (PIL), Encik Muhammad Haziq Haron, banyak mendengar kisah susah senang belayar di lautan biru daripada abangnya, Encik Muhammad Hisyam.

Kisah menarik Encik Muhammad Hisyam selaku Ketua Pegawai yang ditemani samudera saban hari mem-buatkan Encik Muhammad Haziq, 24 tahun, berminat menceburi industri ke-lautan.

Tambahan pula, beliau yang mem-punyai tiga anak kecil juga mencari kerjaya dengan pendapatan mantap yang menjamin masa depan.

Encik Muhammad Hisyam, lulusan kejuruteraan laut daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Yishun merupakan antara peserta program Anugerah Latihan Kejuruteraan Tiga Pihak.

Program ini membolehkan warga Singapura dilatih sebagai jurutera lau-tan Kelas 5 yang bersedia menyum-bang kepada industri kelautan.

Program ini dibiaya dan disokong Kesatuan Pegawai Kelautan Singapu-ra (SMOU), Tenaga Kerja Singapura (WSG), Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i), Persatuan Perkapalan Singapura (SSA) dan syarikat perka-palan.

Ketika ditemui Gah! baru-baru ini, Encik Muhammad Haziq berkata:

“Saya terdorong menceburi bidang kejuruteraan lautan selepas mende-ngar cerita abang tentang keserono-kan bekerja dalam sekitaran menca-bar.

“Abang selalu berpesan tentang penyesuaian yang perlu dibuat dan ke-selamatan yang perlu dijaga bagi me-mastikan saya selesa dengan tugas de-ngan pejabat kami dalam kapal.”

Menurutnya, ibunya memang te-rus-terusan bimbang, lebih-lebih lagi apabila kededua anak lelakinya memi-

lih menceburi bidang kelautan.“Makan masa juga nak pujuk hati

mak tapi apabila beliau lihat abang dah lama belayar dan semakin hari ada peningkatan kerjayanya, ibu lebih merestui tugas saya ini,” kongsinya.

Encik Muhammad Haziq meng-anggap tugas sebagai jurutera kapal ini

menuntut kesediaan berdepan dengan apa jua masalah, baik kerosakan enjin atau kebocoran kapal.

“Setiap hari, pengalamannya berbe-za dan tidak rutin sebagaimana yang disangka ramai.

“Kita harus terus bersedia berde-pan dengan pelbagai masalah. Yang

penting komunikasi dan kerja berpasu-kan,” jelasnya lagi.

Walaupun tidak seperti abangnya yang sering belayar ke luar negara, En-cik Muhammad Haziq berkesempatan berada di dalam kapal yang menuju ke Myanmar, Thailand dan Pelabuhan Kelang, Malaysia.

APABILA kapal yang dikemudi sekitar dinihari dilambung ombak dek cuaca buruk dan lautan bergelora, timbul kegelisahan yang menghimpit benak Encik Muhammad Hisyam Haron.

Kenangan beberapa tahun lalu itu masih terpahat dalam minda pemuda berusia 27 tahun itu yang kini menerajui tugas sebagai Ketua Pegawai kapal kargo umum di syarikat khidmat pengurusan kapal, PACC Ship Managers Pte Ltd.

Mengingati peristiwa ngeri itu ibarat satu adegan filem aksi pelayaran, Encik Muham-mad Hisyam yang ditemui di bangunan PSA Singapore baru-baru ini berkata:

“Cuaca memang buruk pada waktu itu. Kami dalam perjalanan dari Amerika Syarikat ke Jepun. Kapal yang dinaiki hilang perejangan di tengah-tengah ribut yang me-landa.

“Enjin utamanya rosak. Kapal dengan peralatan komputer di dalamnya pun melam-bung tak tentu arah. Almari pula jatuh. Kami dikerahkan agar memakai jaket keselamatan dan bergegas ke pelancar.

“Memang ia pengalaman yang amat mengerikan dan tidak pernah dihadapi sebe-lum ini. Kami pula jarang memakai jaket keselamatan kecuali pada tempoh darurat atau dril. Dalam keadaan panik, kami yang terhoyong-hayang terpaksa berpegang pada rel.”

Tatkala itu, beliau dan rakan lain sudah bersedia meninggalkan kapal yang diancam bahaya lantas berpindah ke bot penyelamat.

Isyarat kecemasan sudah pun dipasang tetapi mujurlah sekitar 8 pagi, pasukan juru-tera di kapal tersebut berjaya memperbaiki enjin bermasalah itu.

“Saya sempat kirim e-mel kepada ibu, memberitahunya saya dalam keadaan ba-haya. Tentunya beliau cemas dan risaukan keadaan saya. Alhamdulillah, saya dan ra-kan-rakan terselamat,” kongsi Encik Muham-mad Hisyam lagi.

Ibu berat menerima pilihan kerjaya yang didorong pengalaman silam

ayah sebagai pelautTernyata, laluan kerjaya dalam bidang ke-

lautan yang dipilih pemuda yang masih bu-jang ini tidak semudah mana.

Anak ketiga dalam empat beradik itu ingin meneruskan legasi ayahnya, Encik Haron Hamzah, 62 tahun, yang pernah men-jadi pelaut seketika sebelum berumah tang-ga.

Moyang Encik Muhammad Hisyam juga merupakan jurusemboyan kapal.

“Mendengar cerita ayah tentang pengala-

man sebagai pelaut membuatkan saya begitu berminat menceburi bidang kelautan.

“Kebetulan, saya terlihat iklan tentang biasiswa jurusan pengajian pelayaran di su-rat khabar.

“Kerana enggan lalui laluan pendidikan yang lumrahnya diikuti pelajar lain iaitu ke maktab rendah dan universiti, maka saya pi-lih kursus pengajian pelayaran di Politeknik Singapura (SP).

“Tentunya ayah menyokong tetapi ibu pula yang keberatan. Tambahan pula, ayah tidak lagi belayar dahulu di atas permintaan ibu yang bimbangkan keselamatannya,” ceri-ta pemuda ramah ini.

Biasiswa ringankan bebanwalau diuji emosi bergelora ketika belayar

Biaya kursus diploma di SP itu tinggi kera-na seragam perkapalan dan peralatan menge-mudi kapal yang diperlukan.

Mujurlah, Encik Muhammad Hisyam yang layak ke maktab rendah dengan agre-

gat 10 mata ditaja Biasiswa Alternatif Pelaut Pelaburan Bagi Kehidupan (SAIL) yang di-tawarkan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA), Kesatuan Pegawai Kelautan Singapu-ra (SMOU) dan majikannya kini, PACC Ship Managers Pte Ltd.

Beliau melalui tempoh pengajian tahun pertama dan tahun akhir di SP manakala tahun kedua dihabiskan sebagai kadet dek yang mula belayar di lautan. Anugerah Mendaki turut diterimanya kerana cemer-lang di SP.

“Tempoh belayar malah menyambut Lebaran pada 2008 di Mexico, jauh daripada keluarga, memang benar-benar mencabar dan menguji kecekalan.

“Saya perlu berdikari. Tiada yang akan bertanya adakah saya sudah makan atau se-galanya baik-baik belaka. Konflik emosi yang bergelora dapat dirasakan hingga tim-bul tanda tanya ‘Inikah kehidupan yang ingin saya jalani seumur hidup?’

“Di atas kapal, banyak kerja yang meme-

rah daya fizikal saya perlu dibereskan. Tu-gas sebagai pelaut memerlukan semangat waja. Anda juga perlu cergas bergerak ke sana sini tanpa mengabaikan keselamatan.

“Banyak juga undang-undang perkapa-lan yang perlu dihadam. Lain negara, lain caranya,” jelasnya lagi.

Terdorong pertingkat kerjayaPejam celik, sudah lima tahun Encik

Muhammad Hisyam melayari kerjaya kelau-tan yang membuka minda dan menambah pengalaman hidup selepas tamat Perkhidma-tan Negara.

Banyak peningkatan kerjaya yang dilalui daripada pegawai keempat kepada pegawai ketiga, pegawai kedua dan akhirnya Ketua Pegawai dalam tempoh tersebut.

Beliau kini pegawai kedua tertinggi di kapal yang dikemudi dan bertanggungjawab menjaga keselamatan, penyelenggaraan kapal dan kargo, ehwal perubatan, makan minum dan kebajikan anak kapal.

“Jika ada rezeki, saya bercita-cita menja-

di nakhoda Melayu termuda di Singapura selepas beberapa pelayaran seterusnya.

“Industri kelautan di Singapura sudah pe-sat berubah dengan banyak usaha pemerin-tah memajukan sektor ini dan memasarkan-nya sebagai kerjaya yang menjanjikan pendapatan yang baik serta pengalaman yang bermakna.

“Lagipun, stereotaip bahawa pelaut itu bekerja dalam sekitaran tidak sihat seperti dikelilingi wanita dan mabuk arak hanyalah tanggapan orang dulu.

“Kalau anda naik kapal kini, anda akan kagum dengan sekitarannya yang sarat de-ngan peralatan teknologi canggih yang mene-mani setiap pelayaran. Bidang kelautan juga luas dan peluang pekerjaan tidak terbatas pada kerja pelaut atau nakhoda kapal sa-haja.

“Ada jurutera dan karyawan kelautan lain yang memastikan sektor ini terus rele-van. Ada yang tugasnya kerap belayar dan ada pula yang hanya di pelabuhan sahaja,” kongsinya.

SESIAPA sahaja, baik pela-jar mahupun orang dewasa, yang ingin meninjau peluang pekerjaan dalam bidang kelau-tan boleh melungsuri laman baru www.maritimesgcon-nect.com.

Laman ini menyatukan semua maklumat kelautan, daripada aspek pendidikan, peluang kerjaya hinggalah bia-siswa yang tersedia atau pro-gram latihan pengurusan ken-dalian syarikat perkapalan buat karyawan kelautan.

Ia merupakan satu usaha baru Pejabat Maritime Singa-pore Connect.

Pejabat ini dibangunkan Penguasa Kelautan dan Pela-buhan (MPA) sejajar dengan usaha yang digerakkan Jawa-tankuasa Tiga Pihak Sektoral bagi Pengangkutan (Lautan) dalam ‘memancing’ lebih ra-mai warga Singapura agar menyertai industri kelautan.

Selain klip video dan renca-na yang mendorong orang ra-mai agar lebih memahami ker-jaya dan peluang pekerjaan dalam industri kelautan, or-ang awam boleh memuatnaik-kan ‘resume’ mereka sebagai tanda mereka berminat memo-hon pekerjaan atau program bekerja sambil belajar di dalam sektor kelautan.

Walaupun pangkalan data ‘resume’ ini percuma buat syarikat kelautan yang memili-ki akaun berdaftar, butiran rahsia pemohon pekerjaan di-jaga dengan rapi.

Sistem ini membolehkan pihak majikan meninjau ‘resume’ pemohon kerja ha-nya selepas individu yang memohon mengizinkannya.

Laman ini juga wadah dalam talian baru buat syarikat perkapalan menguar--uarkan program yang mere-ka kenalkan dalam memban-gun kemahiran karyawan ke-lautan.

Pejabat Maritime Singa-pore Connect ditubuhkan MPA tahun lalu dengan komit-men biaya $4 juta.

Unit di bawah Yayasan Ke-lautan Singapura (SMF) ini boleh disifatkan sebagai nadi utama yang menghubungkan majikan dalam bidang kelau-tan, persatuan industri, sekolah dan agensi pemerin-tah dengan segala perihal ke-lautan.

Bagi mereka yang ingin membina kerjaya sebagai pe-laut, wujud Biasiswa Kelautan Tiga Pihak yang ditaja MPA, syarikat dan kesatuan perka-palan.

Biasiswa yang dibuka buat pelajar Diploma Pengajian Pe-layaran dan Diploma Kejuru-teraan Laut membentangkan laluan bagi pelajar menjadi nakhoda kapal atau ketua ju-rutera dalam kapal perdaga-ngan. Mereka juga berpeluang menjadi pemimpin dalam in-dustri kelautan.

Terdapat juga Anugerah Latihan Kejuruteraan Tiga Pi-hak yang membolehkan war-ga Singapura dilatih sebagai jurutera lautan Kelas 5.

Kadet dalam program ini dilengkapkan dengan kemahi-ran memantau dan mengawa-si bilik enjin, menyelenggara dan membaiki jentera serta bekerjasama dengan anak ka-pal berbilang negara.

Kadet jurutera laut raih inspirasi daripada tugas abang

Berteman samudera, ketua pegawai kapal tabah harungi kerjaya

Usaha tarik minat ramai kerja kapal

TERUJA DENGAN ‘PEJABAT’ DI DALAM KAPAL: Kadet kejuruteraan kapal, Encik Muhammad Haziq Haron, menyenangi bidang tugas menyelenggara enjin kapal yang menuntutnya agar sentiasa bersedia dengan sebarang masalah kerosakan enjin dan kebocoran kapal.

LAYARI KERJAYA MENCABAR: Ketua Pegawai Kapal, Encik Muhammad Hisyam Haron, tidak memilih laluan maktab rendah dan universiti kerana melihat ‘kampus pengajian’ tentang kehidupan lebih terbentang luas sebagai karyawan kelautan. – Foto-foto M.O. SALLEH

“Saya terdorong menceburi bidang kejuruteraan lautan selepas mendengar cerita abang tentang keseronokan bekerja dalam sekitaran mencabar.

Abang selalu berpesan tentang penyesuaian yang perlu dibuat dan keselamatan yang perlu dijaga bagi memastikan saya selesa dengan tugas dengan pejabat kami dalam kapal.”

– Encik Muhammad Haziq Haron.

Industri kelautan memainkan peranan penting dalam pembangunan Singapura. Namun, sebut tentang kerjaya kelautan, ramai bertanggapan ia hanya berlegar di sekitar tugas si kapten kapal dan anak kapalnya sahaja. Sebaliknya, peluang pekerjaan dalam industri ini cukup luas serta menawarkan pendapatan

dan pengalaman lumayan buat sesiapa yang berani mencuba. Bagaimana peranan Pejabat Maritime Singapore Connect (MSC), satu daya usaha nasional yang disokong Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA), dalam memupuk kesedaran ramai tentang industri kelautan? Apa pula pengalaman yang dilalui dua beradik

yang memilih bidang ini sebagai mata pencarian? HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan.

“Jika ada rezeki, saya bercita-cita menjadi nakhoda Melayu termuda di Singapura selepas beberapa pelayaran seterusnya.

Industri kelautan di Singapura sudah pesat berubah dengan banyak usaha pemerintah memajukan sektor ini dan memasarkannya sebagai kerjaya yang menjanjikan pendapatan yang baik serta pengalaman yang bermakna.

Lagipun, stereotaip bahawa pelaut itu bekerja dalam sekitaran tidak sihat seperti dikelilingi wanita dan mabuk arak hanyalah tanggapan orang dulu.”

– Encik Muhammad Hisyam Haron.

12 Berita Minggu | 29 Oktober 2017

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan