yang di-pertuan agong - bahan pengajian 900 stpm

16
8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 1/16 Kedudukan Dan Kuasa Yang di-Pertuan Agong Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al- Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengangkat keris kerajaan sempena Majlis Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong XIII pada 26 April 2007 di Istana Negara. Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia  Perkara 32(1) dan 32(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan: "32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya. (1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenadakwa dalam apa-apa  jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15. (2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong." Perkara 182 dan 183 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: "182. Mahkamah Khas. (1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja. (2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1). (3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri walau di mana pun kuasa tindakan berbangkit. (4) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama seperti yang terletakhak pada mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan melalui Perlembagaan ini atau mana- mana undang-undang persekutuan dan hendaklah mempunyai pejabat pendaftarannya di Kuala Lumpur.

Upload: cikgunikmie

Post on 30-May-2018

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 1/16

Kedudukan Dan Kuasa Yang di-Pertuan Agong

Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengangkat keris kerajaan

sempena Majlis Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong XIII pada 26 April2007 di Istana Negara.

Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

 

Perkara 32(1) dan 32(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya.

(1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yangmengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenadakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian15.

(2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasisegala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong."

Perkara 182 dan 183 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:

"182. Mahkamah Khas. 

(1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiridaripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-Hakim BesarMahkamah Tinggi dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim MahkamahPersekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

(2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinyahendaklah dibawa dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1).

(3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan segala kesalahan yangdilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadapYang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri walau di mana pun kuasa tindakan berbangkit.

(4) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama seperti yang terletakhak padamahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan melalui Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang persekutuan dan hendaklah mempunyai pejabat pendaftarannya di Kuala Lumpur.

Page 2: Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 2/16

(5) Sehingga Parlimen, melalui undang-undang, membuat peruntukan khas yang berlawanan berkenaan denganprosedur (termasuk pendengaran prosiding secara tertutup) dalam kes-kes sivil atau jenayah dan undang-undangyang mengawalselia keterangan dan pembuktian dalam prosiding sivil dan jenayah, maka amalan dan prosedur yangterpakai dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah bawahan, mana-mana Mahkamah Tinggi danMahkamah Persekutuan hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding dalam Mahkamah Khas.

(6) Prosiding dalam Mahkamah Khas hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannyaadalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apaalasan.

(7) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Negara, membuat apa-apa kaedah yang difikirkannyaperlu atau suaimanfaat untuk membuat peruntukan bagi penghapusan apa-apa kesulitan atau anomali jua pun dalammana-mana undang-undang bertulis atau dalam pelaksanaan apa-apa fungsi, perjalanan apa-apa kuasa, penunaianapa-apa kewajipan, atau pembuatan apa-apa perbuatan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang mungkindisebabkan oleh Perkara ini, dan bagi maksud itu kaedah-kaedah itu boleh membuat apa-apa pengubahsuaian,adaptasi, penggubahan, pertukaran atau pindaan jua pun kepada mana-mana undang-undang bertulis.

"183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinanPeguam Negara sendiri.

Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeriberkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya

kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri."

Kedudukan Seri Paduka Baginda Dalam Senarai Keutamaan Persekutuan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku MizanZainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan RajaPermaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah bersemayam di atas Singgahsana pada

hari pertabalan.Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

 

Page 3: Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 3/16

 

Susunan Keutamaan yang digunakan sekarang ialah Susunan Keutamaan Persekutuan yang kedua puluh. SusunanKeutamaan ini telah digazet dan mula berkuatkuasa pada 22 Januari 1998 melalui Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 No.2 P.U. (B) 29 bertarikh 22 Januari 1998. Susunan Keutamaan ini menyenaraikan 70 kategori seperti berikut:

1. Yang di-Pertuan Agong.2. Raja Permaisuri Agong.3. Raja-Raja dan Pemangku-Pemangku Raja.4. Yang Dipertua Negeri-Negeri.5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja daripada Kerajaan Persekutuan.6. Perdana Menteri.

7. Timbalan Perdana Menteri.

Kehormat - 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota/Raja Muda)8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara, (S.M.N.)

10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.)

Kehormat - 10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin, NegeriSembilan.

11. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.12. Yang Dipertua Negeri Dewan Negara.13. Yang Dipertua Dewan Rakyat.

14. Bekas-bekas Perdana Menteri.15. Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri.16. Ahli-ahli Jemaah Menteri.

17. Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara.

Kehormat - 17A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.18. Peguam Negara.19. Panglima Angkatan Tentera.20. Ketua Polis Negara.21. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.22. Timbalan-Timbalan Menteri.23. Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.24. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang Mutlak, Pemangku-Pemangku

Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha.25. Presiden Mahkamah Rayuan.26. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya.27. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.28. Ketua Pembangkang di Parlimen.29. Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan.30. Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan.31. Setiausaha-Setiausaha Parlimen.32. Bekas Ketua Setiausaha Negara.33. Pegawai-pegawai Gred Utama Turus 1, 11 dan III.34. Bekas Peguarn Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera dan Bekas Ketua Polis Negara.35. Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.36. Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.37. Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam.38. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman.39. Ketua Audit Negara.40. Gebenor Bank Negara.41. Datuk Bandar Kuala Lumpur.42. Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan.43. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

44. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.45. Datuk Paduka Maharaja Lela.46. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.)47. Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)48. Profesor-Profesor Diraja.49. Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.)

50. Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.)

Kehormat - 50A. Timbalan-Timbalan Menteri Besar/Timbalan Ketua Menteri.Kehormat - 50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri.

51. Ahli-ahli Dewan Negara.52. Ahli-ahli Dewan Rakyat.53. Pegawai-pegawai Gred Utama 'A' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.54. Panglima Tentera Darat.55. Panglima Tentera Laut.56. Panglima Tentera Udara.57. Timbalan Ketua Polis Negara.58. Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.

Page 4: Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 4/16

59. Naib-Naib Canselor Universiti.

Kehormat - 59A. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Menteri Negeri di Sabah/Sarawak.60. Pegawai-pegawai Gred Utama 'B' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.

61. Pengerusi-Pengerusi Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan

yang setaraf dengan Gred Utama 'B' dan ke atas.Kehormat - 61A Penerima Anugerah 'Fellow' Negara.

62. Wakil-wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu

63. Pegawai-pegawai Gred Utama'C', Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun

Persekutuan yang setaraf dengannya.Kehormat - 63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

64. Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.)65. Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.)66. Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.)67. Pegawai-pegawai Gred 1, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan

yang setaraf dengannya.68. Setiausaha-Setiausaha Politik.69. Pegawai-pegawai Gred 11 dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.70. Konsul-konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia.

 Fungsi Eksekutif (Perkara 39)

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidinmenandatangani Surat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia pada Istiadat

Mengangkat Sumpah memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong XIII pada 13Disember 2006.

Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

 

Walaupun Perlembagaan (Fasal 39) memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong, namun menurut undang-undang Persekutuan dan Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh memberikan fungsi eksekutif itukepada orang lain.

Sungguhpun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan tentang kuasa dan kedudukan Yang di-PertuanAgong namun lazimnya baginda menerima nasihat dari Kabinet, lebih tepat lagi, Perdana Menteri.Walaubagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong berhak dan atas kemahuannya meminta segala maklumat mengenaikerajaan Persekutuan yang diberikan kepada Kabinet.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas

cadangan seseorang ataupun sesuatu pertubuhan (yang lain dari Kabinet) tetapi dalam pelaksanaan tiga fungsiPerlembagaan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara baginda. Ketiga-tiga fungsi itu ialah:

Page 5: Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 5/16

• Melantik seorang Perdana Menteri;

• Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen;

• Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan,

kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakandalam mesyuarat itu.

Pelantikan Perdana Menteri adalah berdasarkan kemampuan calon tersebut mendapat suara terbanyak dalamParlimen. Pemilihan ahli-ahli Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri adalah atas nasihat Perdana Menteri.

Perlembagaan Persekutuan Perkara 39 dan 40 menyatakan:

"39. Kuasa pemerintah Persekutuan. 

Kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukanmana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau olehJemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh denganundang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain".

"40. Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat. 

(1) Pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini atau di bawah undang-undang persekutuan, Yangdi-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yangbertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh Perlembagan ini;tetapi Yang di-Pertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat apa-apa maklumat mengenaipemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

(1A) Pada menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan tugas-tugas yang berikut iaitu:

(a)melantik seorang Perdana Menteri; (b)tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen; (c)meminta supaya di adakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang

semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dankebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apatindakan dalam mesyuarat itu,

 dan dalam apa-apa hal lain yang tersebut dalam Perlembagaan ini.

(3) Undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mengkehendaki Yang di-Pertuan Agong bertindakpada menjalankan tugas-tugas yang lain daripada yang berikut, selepas berunding dengan atau atas syor mana-manaorang atau kumpulan orang yang lain daripada Jemaah Menteri:

(a) tugas-tugas yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya; (b) tugas-tugas lain jika untuk menjalankannya peruntukan ada dibuat

dalam mana-mana Perkara lain."

Fungsi Perundangan (Perkara 44)

Page 6: Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 6/16

 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII semasa merasmikan Sesi

Parlimen pada April 1999Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia

 

Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan duamajlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Oleh kerana Yang di-Pertuan Agong adalah sebahagiandaripada komponen Parlimen, maka baginda mempunyai kuasa-kuasa berikut:

• Memanggil Parlimen bermesyuarat dari masa ke semasa;

• Memberhentikan dan membubarkan Parlimen;

• Boleh memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen dalam kedua-dua Majlis Parlimen bersama; dan

• Memperkenankan Rang Undang-Undang.

Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan KualaLumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan. Di samping itu baginda juga mempunyai kuasa untukmelantik empat puluh orang senator lagi.

Para senator yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ini adalah, pada hemat baginda, terdiri daripada orang-orangyang terkemuka dalam masyarakat dan banyak memberi sumbangan kepada masyarakat. Selain dari tokoh-tokohyang terkemuka dalam bidang ikhtisas seperti perdagangan dan industri, pertanian, kegiatan kebudayaan dan sosial,tokoh-tokoh yang mewakili kaum minoriti seperti orang asli juga dipilih.

"44. Keanggotaan Parlimen. 

Kuasa Perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan duaMajlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat".

"45. Keanggotaan Dewan Negara.

(1) Tertakluk kepada Fasal (4), Dewan Negara hendaklah mengandungi ahli-ahli yang dipilih dan dilantik sepertiberikut:

(a) dua orang ahli bagi tiap-tiap satu Negeri hendaklah dipilih mengikut Jadual Ketujuh; dan

(aa) dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan danseorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; dan

(b) empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2) Ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ialah orang-orang yang pada pendapatnya telah berbuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah mencapai kepujian dalam lapangan profesyen, perdagangan,

Page 7: Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 7/16

perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat atau yang mewakili kaum-kaum yangkecil bilangannya atau yang mempunyai kebolehan mewakili kepentingan orang asli.

(3) Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan tempoh itu tidaklah tercatat oleh pembubaranParlimen.

(3a) Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua tempoh sama ada terus-menerus atau selainnya:

Dengan syarat bahawa jika seseorang yang telah pun tamat dua tempoh jawatan atau lebih sebagai ahli DewanNegara adalah sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Fasal ini seorang ahli Dewan Negara maka ia bolehlah terusberkhidmat sebagai ahli sedemikian itu selama baki tempohnya.

(4) Parlimen boleh dengan undang-undang:

(a) menambah bilangan ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri hingga tiga orang;

(b) membuat peruntukan supaya ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri dipilih dengan undi terus olehpemilih-pemilih Negeri itu:

(c) mengurangkan bilangan ahli-ahli yang dilantik atau menghapuskan ahli-ahli yang dilantik".

Fungsi Kehakiman

Ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI disambut olehpegawai-pegawai kanan Mahkamah Tinggi di bangunan Sultan Abdul Samad

sempena Majlis Perasmian Mahkamah Rayuan pada 17 September 1994Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

 

Yang di-Pertuan Agong juga memainkan peranan penting dalam bidang kehakiman. Adalah juga menjaditanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, PresidenMahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak,Hakim-hakim Mahkamah Agung, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menterisetelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja. Di samping itu juga baginda boleh melantik mana-mana orang yang

layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasasebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim NegaraMahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).

Page 8: Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 8/16

Selain dari itu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65tahun. Bagaimana pun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun.Seorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan cara menulis suratperletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengenai penyingkiran hakim pula, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau KetuaHakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agongbahawa seorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah disingkirkan atas alasan berkelakuan tidak senonoh, atauketidakupayaannya menjalankan tugas kerana kesihatan ataupun fikiran terganggu atau lain-lain alasan. Selepasmenerima representasi itu Yang di-Pertuan Agong akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan, dan mungkinatas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya.

Perlu diingatkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seseorang hakim ataskemahuannya. Hanya melalui representasi yang dibuat oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara dan selepasmenerima laporan tribunal maka Yang di-Pertuan Agong boleh menyingkirkan seseorang hakim itu dari jawatannya.

Sungguhpun begitu Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima ataupun menolakcadangan–cadangan tribunal dalam menyingkirkan atau mengekalkan hakim itu pada jawatannya.

KEDUDUKAN PERJAWATAN HAKIM-HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN, MAHKAMAH RAYUAN DANMAHKAMAH TINGGI

Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan

Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan - 1Presiden Mahkamah Rayuan - 1Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Sabah danSarawak

- 2

Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan - 7

Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan

Presiden Mahkamah Rayuan - 1Hakim-hakim Mahkamah Rayuan - 10

Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi

Hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Malaya - 47

Hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak - 10

KUASA BAGI MENGISYTIHARKAN DARURAT 

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah berpuas hati mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuanbahawa suatu darurat besar yang sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awamdalam Persekutuan atau negeri-negeri dalam keadaan terancam, maka baginda boleh mengeluarkan suatuPerisytiharan Darurat.

Perkara 150 Perlembagaan menyatakan:

"150. Perisytiharan darurat. 

(1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar yang sedang berlaku dan keselamatan, atau

kehidupan ekonomi, atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah terancam olehkerananya, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat dengan membuat dalamnyapengumuman yang bermaksud sedemikian.

(2) Perisytiharan Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yangmengancamkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraaan awam dalam Persekutuan atau mana-manabahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada kemungkinan yang hampir akan berlakunyakejadian yang mengancamkan itu.

(2a) Kuasa yang diberi kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara ini hendaklah termasuk kuasa mengeluarkanPerisytiharan-perisytiharan yang berlainan atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yangberlainan, sama ada suatu Perisytiharan atau Perisytiharan-perisytiharan telah pun dikeluarkan atau tidak oleh Yangdi-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Perisytiharan atau Perisytiharan-perisytiharan itu ada berkuatkuasa.

(2b) Jika pada bila-bila masa semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimenbersidang serentak Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkanperlu baginya mengambil tindakan segera, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan apa-apa ordinansebagaimana Yang di-Pertuan Agong berpendapat adalah dikehendaki oleh hal-hal keadaan.

Page 9: Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 9/16

(2c) Sesuatu ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b) hendaklah berkuatkuasa sama seperti Akta Parlimen danhendaklah terus berkuatkuasa sepenuhnya seolah-olah ianya Akta Parlimen sehingga ianya dibatalkan ataudimansuhkan di bawah Fasal (3) atau sehingga ianya luput di bawah Fasal (7); dan kuasa Yang di-Pertuan Agonguntuk mengisytiharkan ordinan-ordinan di bawah Fasal (2b) boleh dijalankan berhubungan dengan apa-apa perkarayang Parlimen berkuasa membuat undang-undang mengenainya, tidak kira acara perundingan atau lain-lain acarayang dikehendaki diikuti, atau bahagian dari jumlah undi yang dikehendaki diperolehi, dalam mana-mana satu MajlisParlimen.

(3) Perisytiharan Darurat dan apa-apa ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b) hendaklah dibentangkan dalamkedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuatkuasa jika ketetapandiluluskan oleh kedua-dua Majlis itu membatalkan Perisytiharan atau ordinan itu, tetapi dengan tidak menyentuh apa-apa yang dilakukan dahulunya menurut Perisytiharan atau ordinan itu atau dengan tidak menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan suatu Perisytiharan baharu di bawah Fasal (1) atau mengisytiharkan apa-apa ordinan dibawah Fasal (2b).

(4) Semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa kuasa pemerintah Persekutuan adalah, walau apapun peruntukandalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara di dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan adalah termasukmemberi arahan-arahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihakberkuasa Negeriitu.

(5) Tertakluk kepada Fasal (6a), semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa, Parlimen boleh, walau apapunperuntukan dalam Perlembagaan ini, membuat undang-undang berkenaan dengan apa-apa perkara, jika Parlimenberpendapat bahawa undang-undang itu adalah dikehendaki oleh sebab darurat itu; dan Perkara 79 tidaklah dipakai

bagi suatu Rang Undang-undang untuk suatu undang-undang itu atau bagi sesuatu pindaan kepada sesuatu RangUndang-undang itu, dan juga tidaklah dipakai bagi apa-apa peruntukan Perlembagaan ini atau apa-apa peruntukanmana-mana undang-undang bertulis yang menghendaki apa-apa kebenaran atau persetujuan bagi meluluskan sesuatuundang-undang atau apa-apa rundingan mengenai undang-undang itu, atau yang menyekat perjalanan ataukuatkuasa sesuatu undang-undang selepas undang-undang itu diluluskan atau yang menyekat sesuatu Rang Undang-undang daripada diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk persetujuannya.

(6) Tertakluk kepada Fasal (6a), tiada apa-apa peruntukan sesuatu ordinan yang diisytiharkan di bawah Perkara ini,dan tiada apa-apa peruntukkan sesuatu Akta Parlimen yang diluluskan semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa danyang menyatakan bahawa undang-undang itu adalah, pada pendapat Parlimen, dikehendaki oleh sebab darurat, bolehterbatal atas alasan bahawa ia adalah berlawanan dengan mana-mana peruntukkan Perlembagaan ini.

(6a) Fasal (5) tidak boleh memperluaskan kuasa Parlimen berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai hukumSyarak atau adat istiadat Melayu atau berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai undang-undang atau adat istiadatbumiputera di sesuatu Negeri Borneo; dan juga Fasal (6) tidak boleh mengesahkan mana-mana peruntukan yang

berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan ini berhubung dengan apa-apa perkara itu atau berhubung denganagama, kewarganegaraan, atau bahasa.

(7) Apabila habis tempoh enam bulan dari tarikh Perisytiharan Darurat itu terhenti berkuatkuasa, apa-apa ordinanyang diisytiharkan menurut Perisytiharan itu dan apa-apa undang-undang yang dibuat semasa Perisytiharan ituberkuatkuasa, iaitu setakat mana ianya tidak mungkin dapat dibuat dengan sah jika tidak kerana Perkara ini,hendaklah terhenti berkuatkuasa, kecuali mengenai perkara-perkara yang telah dilakukan atau tidak dilakukansebelum habis tempoh enam bulan yang tersebut itu.

(8) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini:

(a) puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2b) adalah terakhir dan muktamad dantidak boleh dicabar atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah atau apa-apa alasan; dan

(b) tiada sesuatu mahkamah pun boleh mempunyai bidangkuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa

permohonan, persoalan atau pembicaraan, dalam apa jua bentuk, atas apa-apa permohonan, persoalan ataupembicaraan, dalam apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai sahnya(i) Perisytiharan di bawah Fasal (1) atau pengumuman yang dibuat dalam Pengisytiharan itu yang bermaksudsebagaimana dinyatakan dalam Fasal (1);

(ii) kuatkuasa berterusan Perisytiharan itu;

(iii) apa-apa ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b); atau

(iv) penerusan kuatkuasa mana-mana ordinan itu.

(9) Bagi maksud Perkara ini Majlis-majlis Parlimen hendaklah dianggap sebagai bersidang hanya jika ahli tiap-tiap satuMajlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis itu."

KETUA AGAMA ISLAM 

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menghendaki Perlembagaan Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan

Page 10: Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 10/16

Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di Negeri-negeritersebut. Baginda juga merupakan Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuanserta di negeri asalnya. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan WilayahPersekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri-negeri berkenaan. Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak kuasapelantikan ini telah diturunkan kepada Yang di-Pertua Negeri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 3 dalam Perlembagaan memperuntukan:

"3. Ugama bagi Persekutuan. 

(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan.

(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai KetuaUgama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu,dan juga, tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yangdinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan,amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifat-sifatnya sebagai Ketua Ugama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agongmewakilinya."

Lain-Lain Tugas Penting Yang di-Pertuan Agong

Upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai

Kadet Tentera Udara diRaja Malaysia oleh Seri Paduka Baginda Yang di-PertuanAgong XI di Kolej Tentera Udara, TUDM Alor Setar, Kedah pada 29 Jun 1999

Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

 

Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi bagi Angkatan Bersenjata Persekutuan,seperti yang diperuntukan dalam Perkara 41 yang berikut:

"41. Perintah tertinggi angkatan tentera.

Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan."

Kuasa Pengampunan

Yang di-Pertuan Agong juga merupakan sumber pengampunan dan mempunyai kuasa untuk mengurniakan

Page 11: Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 11/16

pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera dan juga bagi semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Hal ini diperuntukkandalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

"42. Kuasa bagi mengampun, dsb.

(1) Yang di-Pertuan Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala

kesalahan yang telah dibicarakan oleh Mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah-WilayahPersekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Gabenor sesuatu Negeri adalah berkuasamengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan lain yang dilakukan di Negerinya."

(2) Tertakluk kepada Fasal (10), dan tanpa menyentuh mana-mana peruntukan undang-undang persekutuanberhubung dengan remitan hukuman kerana berkelakuan baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberi olehundang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri bagi meremit, menggantung atau mengurangkan hukumanbagi sesuatu kesalahan boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan olehmahkamah tentera atau oleh sesuatu mahkamah sivil yang menjalankan bidang kuasa dalam Wilayah-WilayahPersekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan, dalam apa-apa hal lain, kuasa itu boleh dijalankan oleh Rajaatau Gabenor bagi Negeri di mana kesalahan itu telah dilakukan.

(3) Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan kesemuanya atau sebahagiannya di luar Persekutuan atau di beberapabuah Negeri atau dalam hal keadaan yang boleh menimbulkan waham di mana kesalahan itu telah dilakukan, makabagi maksud-maksud Perkara ini kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan di Negeri di mana

kesalahan itu telah dibicarakan. Bagi maksud Fasal ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah PersekutuanLabuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, hendaklah masing-masing dianggap sebagai suatu Negeri.

(4) Kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini:

(a) iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong, ialah antara tugas-tugas yangperuntukan mengenainya boleh dibuat oleh undang-undang persekutuan di bawah Perkara 40(3);

(b) iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor sesuatu Negeri, hendaklah dijalankanmengikut nasihat Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu mengikut Fasal (5).

(5) Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap Negeri hendaklah mengandungi Peguam Negara Persekutuan,Ketua Menteri Negeri itu dan tidak lebih daipada tiga orang ahli lain yang dilantik oleh Raja atau Gabenor; tetapiPeguam Negara boleh dari semasa ke semasa dengan suratcara mewakilkan tugas-tugasnya sebagai seorang ahliJemaah itu kepada seseorang lain, dan Raja atau Gabenor boleh melantik seseorang untuk menjalankan bagi

sementara tugas-tugas seseorang ahli Jemaah yang dilantik olehnya yang tidak hadir atau tidak berupaya menjalankantugasnya.

(6) Ahli-ahli Jemaah Pengampunan yang dilantik oleh Raja atau Gabenor hendaklah dilantik bagi tempoh selama tigatahun dan boleh dilantik semula, tetapi pada bila-bila masa boleh meletakkan jawatan sebagai ahli jemaah.

(7) Seseorang ahli Dewan Negeri atau ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik oleh Raja atau Gabenor untuk menjadiahli Jemaah Pengampunan atau untuk menjalankan bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli Jemaah.

(8) Jemaah Pengampunan hendaklah bermesyuarat di hadapan Raja atau Gabenor dan Raja atau Gabenor ituhendaklah mengetuai mesyuarat itu.

(9) Sebelum Jemaah Pengampunan memberi nasihatnya mengenai apa-apa perkara ia hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu.

(10) Walau apa pun yang tersebut dalam Perkara ini, kuasa bagi mengampun dan menangguhkan hukuman-hukumanatau meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamahyang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal hal ehwal ugama Islam di Negeri atauWilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agongsebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu.

(11) Bagi maksud Perkara ini, maka hendaklah ditubuhkan hanya satu Jemaah Pengampunan bagi Wilayah-WilayahPersekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan peruntukkan-peruntukkan Fasal (5), (6), (7), (8) dan (9)hendaklah dipakai mutates mutandis bagi Jemaah Pengampunan di bawah Fasal ini kecuali bahawa sebutan mengenai  “Raja atau Yang di-Pertua Negeri” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong dansebutan mengenai “Ketua Menteri negeri itu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yangbertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam

Perkara ini:

Page 12: Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 12/16

(a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinyaatau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Yang di-PertuanAgong yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini danyang hendaklah dipengerusikan olehnya;

(b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikutmana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukanyang berikut hendaklah terpakai:

(i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai olehPerdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka;

(ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklahmenimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu;(c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinyaatau anak perempuannya mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Rajasesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat LembagaPengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.

(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan,mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota MajlisRaja-Raja.

  Hak Keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera Di Sabah dan Sarawak 

Salah satu tanggungjawab yang penting oleh Yang di-Pertuan Agong ialah menjaga hak istimewa orang-orang Melayudan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hal ini dijelaskan dalam Fasal 153 (1) dalam Perlembagaan Persekutuanseperti berikut:

"153. Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dsb., untuk orang Melayu.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu danbumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikutperuntukkan Perkara ini."

  Sumber Penghormatan dan Kebesaran

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan sumber penghormatan dan kebesaran. Baginda mengurniakananugerah dan penghormatan kepada warganegara dan bukan warganegara serta mengurniakan darjah kebesarankepada ketua-ketua negara asing dalam istiadat pengurniaan bintang-bintang bersempena dengan Hari KeputeraanBaginda.

Fungsi diplomatik 

Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong melantik diplomat-diplomat Malaysia di luar negara dan juga menerimamengadap diplomat-diplomat asing yang ditugaskan di Malaysia sebelum diplomat-diplomat asing itu mulamenjalankan tugas mereka.

Selain daripada tugas-tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong, baginda juga  bercemar duli menghadiri pelbagai majlis dan acara.

Perlantikan Jawatan-Jawatan Penting

Page 13: Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 13/16

 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII di upacara mengangkat

sumpah bagi Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara pada 8 Mei 1995Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

 

Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk melantikorang-orang tertentu untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan seperti berikut:

Bil Jawatan Atas Nasihat Selepas dirundingkanRujukan

Perlembagaan

1 Yang di-Pertua Negeri Perdana Menteri Majlis MesyuaratKerajaan/Kabinet Negeri

Perlembagaan Negeri

2 Peguam Negara Perdana Menteri - 145(1)

3 Ketua Audit Negara Perdana Menteri Majlis Raja-Raja 105(1)

4 Ketua Turus Angkatan Bersenjata Majlis AngkatanTentera

- 137(3)(C)

5 Ketua Hakim Negara, PresidenMahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Besar Mahkamah TinggiMalaya/Sabah dan Sarawak

Perdana Menteri Majlis Raja-Raja 122(B)(1)

6 Ketua Polis Negara dan TimbalanKetua Polis Negara Perdana Menteri Suruhanjaya PerkhidmatanPolis 140(4) dan (5)

7 Hakim-hakim MahkamahPersekutuan, Hakim-hakimMahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi

Perdana Menteri Majlis Raja-Raja 122B(1)

8 Pengerusi dan Ahli-ahliSuruhanjaya Perkhidmatan Awam

Perdana Menteri Majlis Raja-Raja 139(4)

9 Pengerusi dan Ahli-ahliSuruhanjaya PerkhidmatanPendidikan

Perdana Menteri Majlis Raja-Raja 141A(2)

10 Pengerusi dan Ahli–ahli Perdana Menteri Majlis Raja-Raja 114(1)

Page 14: Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 14/16

Suruhanjaya Pilihanraya

11 Ketua Setiausaha Kementerian,Timbalan Ketua SetiausahaKementerian, Ketua Jabatan danTimbalan Ketua Jabatan

Perdana Menteri Suruhanjaya Perkhidmatanyang berkenaan

144(3) dan (5)

Di samping itu juga baginda mempunyai kuasa melantik jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dan Badan-badanBerkanun yang ditubuhkan di bawah beberapa Akta antaranya:

•  Anti-Corruption Agency Act 1982 (Act 271) – Pelantikan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah.

• Births and Deaths Registration Act 1957 (Revised 1983) (Act 299) – Pelantikan Ketua Pendaftar Beranak dan

Mati dan lain-lain pegawai.

• Employement Act 1955 (Revised 1981) (Act 165) – Pelantikan Ketua Pengarah Buruh dan lain-lain pegawai.

• Federal Lands Commissioner Act 1957 (Revised 1988) (Act 349) – Pelantikan Ketua Pengarah Tanah dan

Galian Persekutuan.

• Fisheries Act 1985 (Act 317) – Pelantikan Ketua Pengarah Perikanan.

• Immigration Act 1959/63 (Revised 1975) (Act 155) – Pelantikan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah

dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Imigresen.

• Lembaga Urusan dan Tabung Haji Act 1969 (Act 8) – Pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga

• Tabung Haji.

Perkara-Perkara Yang Tidak Boleh Dibuat Oleh Yang di-Pertuan Agong

Page 15: Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 15/16

Page 16: Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

8/14/2019 Yang di-Pertuan Agong - Bahan Pengajian 900 STPM

http://slidepdf.com/reader/full/yang-di-pertuan-agong-bahan-pengajian-900-stpm 16/16

 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII di Istiadat Pertabalan Baginda

Yang di-Pertuan Agong ke XIII pada 26 April 2007 di Istana NegaraSumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

  Perkara 34 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukan:

"34. Perkara-perkara yang tidak boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. 

• (1) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja Negerinya kecuali tugas-

tugasnya sebagai Ketua Agama Islam.

• (2) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya apa-apa saraan.

• (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa enterprais

perniagaan.

• (4) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua jenis pendapatan yang kena dibayar atau

terakru kepadanya sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negerinya itu atauperuntukan mana-mana Undang-Undang Negeri.

• (5) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh, dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan

Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari, kecuali atas lawatan Negara ke suatu negera lain.• (6) Fasal-fasal (2) dan (3) hendaklah juga dipakai bagi Raja Permaisuri Agong.

• (7) Jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan atau mana-mana orang lain yang dibenarkan oleh

undang-undang menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong selama tempoh lebih daripada lima belas harimaka Fasal (1) hingga (5) hendaklah dipakai baginya selama tempoh itu sebagaimana Fasal-fasal itu dipakaibagi Yang di-Pertuan Agong.

• (8) Tiada apa-apa jua dalam fasal (1) boleh menahan Yang di-Pertuan Agong daripada menjalankan, sebagai

raja bagi negerinya, apa-apa kuasa yang terletak padanya sama ada seorang diri atau bersama-sama denganpihak berkuasa lain:

• (a) bagi meminda Perlembagaan Negerinya; atau

• (b) bagi melantik seorang Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja sebagai ganti

seseorang Pemangku Raja atau ahli, mengikut mana yang berkenaan, yang telah mati atau yangtidak berupaya oleh kerana apa-apa sebab menjalankan kewajipan-kewajipan jawatan PemangkuRaja atau ahli Jemaah Pemangku Raja." 

• http://www.malaysianmonarchy.org.my/main.htm