yang di-pertuan agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan misteri menara chimney di...

24
BIL 08 22 - 28 FEBRUARI 2019 PERCUMA darjat laksana tanggungjawab pulihara alam sekitar BICARA EKSKLUSIF LAPORAN PENUH DI MUKA 2 PP19441/12/2018 (035014) Seruan Al-Sultan Abdullah KEPENTINGAN memulihara khazanah alam sekitar menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah apa- bila Seri Paduka baginda meni- tahkan seluruh rakyat jelata berganding bahu melaksanakan tanggungjawab tersebut. Seri Paduka bertitah, sebagai khalifah di muka bumi yang berperanan untuk memulihara persekitaran, setiap individu perlu bertanggungjawab dan membudayakan amalan men- jaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya. 'Maka, saya ingin mengajak setiap lapisan masyarakat tanpa mengira darjat mahupun bangsa dan agama untuk bersatu-padu dalam melestari serta menjaga alam sekitar,'' titah Seri Paduka pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambu- tan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara, Selasa lalu. YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan di Istana Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini. Gambar - WAZARI WAZIR (Jabatan Penerangan) Luahan hati Dinsman Nor Irene ajak wanita jaga penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai

Upload: others

Post on 08-Sep-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

BIL 08 22 - 28 F E B R U A R I 2019P E R C U M A

Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira darjat laksana tanggungjawab pulihara alam sekitar

BICARA EKSKLUSIF

L A P O R A N P E N U HD I M U K A 2

PP19441/12/2018 (035014)

SeruanAl-SultanAbdullah

KEPENTINGAN memulihara khazanah alam sekitar menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah apa-bila Seri Paduka baginda meni-tahkan seluruh rakyat jelata berganding bahu melaksanakan tanggungjawab tersebut. Seri Paduka bertitah, sebagai khalifah di muka bumi yang berperanan untuk memulihara persekitaran, setiap individu perlu bertanggungjawab dan membudayakan amalan men-jaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya. 'Maka, saya ingin mengajak setiap lapisan masyarakat tanpa mengira darjat mahupun bangsa dan agama untuk bersatu-padu dalam melestari serta menjaga alam sekitar,'' titah Seri Paduka pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambu-tan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara, Selasa lalu.

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan di Istana Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.Gambar - WAZARI WAZIR (Jabatan Penerangan)

Luahan hatiDinsman

Nor Ireneajakwanita jagapenampilan

Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai

Page 2: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

2 22 - 28 februari 2019berita

Yang di-Pertuan Agong titahkan rakyat lestari khazanah alam, elak pencemaran

Ganding bahu pulihara alam sekitar

satu-padu dalam melestari serta menjaga alam sekitar,’’ titah Al-Sultan Abdullah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP) kepada 200 penerima sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara, Selasa lalu.

Keberangkatan Seri Paduka baginda ke Balairung Seri diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr.

Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad.

Al-Sultan Abdullah menyifatkan sambu-tan Hari Wilayah Persekutuan ke-15 sebagai membawa pengertian besar malah ia meru-pakan majlis pertama bagi Seri Paduka baginda selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari lalu.

Yang di-Pertuan Agong turut mela-

KUALA LUMPUR - Kemente-rian Wilayah Persekutuan

tekad untuk terus memacu pembangunan dan mengurus-kan ketiga-tiga wilayah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sehingga mampu menjadi con-toh ikutan di negeri-negeri lain.

Menterinya, Khalid Abd. Samad berkata, beliau ber-sama warga kerja kementerian-nya akan berusaha menjaga, membangun dan menguruskan Wilayah Persekutuan dengan penuh amanah, berintegriti dan

bebas rasuah sekali gus men-capai matlamat wawasan yang ditetapkan.

‘’Tahun lalu menyaksikan kelahiran Malaysia dalam era ba-haru yang dibenihkan daripada kehendak dan keinginan rakyat untuk melihat sebuah kerajaan yang mendokong setulusnya nilai-nilai murni berteraskan amanah dan integriti.

‘’Kita juga beriltizam untuk meletakkan diri sebagai pekerja kepada rakyat sekali gus dapat menyemai bakti secara telus

dan mendekati rakyat di samp-ing menjayakan hasrat dan wawasan yang direncanakan sepanjang tahun ini,’’ katanya ketika berucap pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambu-tan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara di sini baru-baru ini.

Khalid berkata, tanggung-jawab tersebut perlu digalas dalam memastikan imej, ke-bersihan dan kualiti ketiga-tiga

Wilayah Persekutuan itu dapat dipertingkat secara holistik dari semasa ke semasa dan seterus-nya menjadi saingan di pering-kat global.

Tambah beliau, pertam-bahan tiga agensi baharu di bawah kementeriannya iaitu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa; Jabatan Landskap Negara dan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dilihat dapat menyumbang ke aras kemajuan wawasan berke-naan.

Bangunkan KL, Putrajaya dan Labuan dengan amanah

hirkan rasa bangga dengan kepesatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang hanya bermula daripada sebuah perkam-pungan bijih timah dan diterokai sekitar kurun ke-19 sehingga menjadi sebuah ibu kota Metropolitan yang pesat mem-bangun manakala Putrajaya menjadi nadi pentadbiran moden negara dan Labuan dikenali sebagai pusat kewangan di luar pesisir antarabangsa.

‘’Semoga Kementerian Wilayah Perseku-tuan dan kerajaan saya di bawah pimpinan memanda Perdana Menteri yang luas pen-galaman akan terus memacu peningkatan taraf sosioekonomi rakyat dan melonjak-kan nama Wilayah Persekutuan di pelosok dunia,’’ titah Al-Sultan Abdullah.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong bertitah, perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama hendaklah menjadi asas kehidupan bermasyarakat di negara ini dalam mendepani hari-hari mendatang yang mana rakyat jelata bersepakat dan mengelak pertelingkahan.

‘’Mana mungkin sebuah kapal boleh dikemudi jika awak-awak tidak bersepakat di bawah pimpinan nakhoda. Jika berteru-san, lambat-laun kapal tersebut akan teng-gelam dipukul ombak. Begitu juga dengan hidup bermasyarakat di dalam sebuah negara. Ini kerana kesepakatan dan per-paduan adalah kunci kepada kejayaan, kemakmuran dan kesejahteraan negara,’’ tegas Seri Paduka baginda.

AL-SULTAN ABDULLAH (kanan) berkenan mengurniakan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) ke-pada Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jalil Marzuki di Istana Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini. Gambar WAZARI WAZIR (Jabatan Penerangan)

Empat atlet negara dikurniakan pingatK UALA LUMPUR - Empat

atlet negara termasuk atlet akuatik terjun negara Nur Dhabitah Sabri yang juga anak jati Kuala Lum-pur merupakan antara 200 dikurniakan pingat daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara di sini baru-baru ini.

Mereka menerima pingat

Ahli Mahkota Wilayah (AMW) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Perse-kutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019.

Nur Dhabitah, 20, mempamerkan pencapaian terbaik dengan mendapat tempat kelima pada Sukan Olimpik sehingga dinobat-kan Olahragawati Wilayah Persekutuan 2017.

Selain Nur Dhabitah, tiga lagi atlet iaitu Jabriella Teo Samuel (angkat berat), Muhammad Erry Hidayat Muhammad Hidayat (angkat berat) dan Nur Ain Nabilah Tarmizi (boling padang) masing-masing dianugerah-kan Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Terdahulu Ketua

Pengarah Bahagian Hal Eh-wal Undang-Undang, Jaba-tan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jalil Marzuki men-

dahului senarai penerima darjah kebesaran tersebut. Beliau merupakan satu-sa-tunya penerima darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Profesor Ginekologi dan Pendidikan Perubatan (Pengajaran Klinikal) Fakulti Perubatan, Universiti Ke-bangsaan Malaysia, Prof. Dr. Harlina Halizah Siraj@Ramli yang juga pendakwah

merupakan antara 27 indi-vidu dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, 36 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 32 individu menerima anugerah Kesatria Mah-kota Wilayah, 36 individu menerima anugerah AMW dan 68 individu menerima PPW.

Oleh NAZWIN [email protected]

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa bang-ga dengan sembah maklum berkenaan kejayaan projek `River of Life’ (ROL) yang diiktiraf sebagai satu daripada ‘World’s Top 10 Waterfront Districts’ dan inisiatif memulihara warisan alam menerusi projek Taman Tugu.

Sehubungan itu, Seri Paduka bag-inda menitahkan rakyat negara ini agar bersama-sama berganding bahu memeli-hara khazanah alam sekitar dan tidak me-lepaskan tanggungjawab tersebut kepada kerajaan semata-mata.

Seri Paduka bertitah, sebagai khalifah di muka bumi yang berperanan untuk memelihara persekitaran, setiap individu perlu bertanggungjawab dan membu-dayakan amalan menjaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya.

‘’Mutakhir ini, wujud pelbagai pence-maran dan kerosakan kepada alam sekitar akibat daripada sikap serta kelemahan ma-nusia sendiri. Kita sering kali terlupa bahawa alam sekitar adalah komponen utama yang diperlukan bagi kehidupan yang selesa.

‘’Maka, saya ingin mengajak setiap lapisan masyarakat tanpa mengira darjat mahupun bangsa dan agama untuk ber-

Page 3: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

322 - 28 februari 2019 berita

penjagaan kulit dan perkara yang melibatkan penampilan diri.

Selain itu, beliau turut gemar menghadiri seminar dan beng-kel bagi meluaskan rangkaian

perniagaan bersama dengan usahawan-usahawan.

Beliau yang berasal dari Taman Tun Abdul

Razak, Ampang menceritakan, sebenarnya ker-jayanya bermula dari bawah iaitu guru praseko-lah di Tadika Adni Taman Sri Ukay, Hulu Klang.

‘’Bermula dari situ saya mula berminat untuk mengajar dan akhirnya menanam cita-cita untuk menjadi pensyarah.

Cita-cita saya mahu bergelar pen-syarah akhirnya tercapai apabila dita-warkan menjadi tenaga pengajar di Kolej Taylor, Petaling Jaya selama lapan tahun sebelum berkhidmat di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam selama dua

kelihatan jelita.Namun beliau tidak menganggap kecan-

tikan semata-mata untuk meningkatkan penampilan kerana seorang wanita turut perlu mementingkan ilmu pengetahuan.

Sebab itu, Nor Irene berusaha mening-katkan tahap ilmu pengetahuannya dengan banyak membaca buku termasuk terbitan luar negara tentang pembinaan imej, warna,

Oleh AZLAN [email protected]

SETIAP wanita memang dianuger-ahkan dengan kecantikan dan jika ingin lebih berkeyakinan tinggi,

mereka harus mempunyai penampilan lebih bergaya.

Bagi perunding imej, Nor Irene Halimi, 34, yang pernah berkhidmat sebagai pen-syarah universiti menyatakan, golongan Hawa akan mempunyai keyakinan lebih tinggi sewaktu berurusan dan bekerja sekiranya imej dibentuk dengan baik.

‘’Golongan wanita harus membuang sikap ambil sambil lewa dengan ber-pakaian dan berpenampilan bersahaja. Sebenarnya tidak salah untuk nampak lebih ‘cantik’ dalam pertuturan, pemaka-ian dan penampilan.

‘’Cara berkomunikasi bersama golongan kenamaan, pemimpin, ketua di tempat kerja dan orang awam juga berbeza kerana terdapat protokol-protokol terten-tu yang harus dipatuhi,’’ katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Meskipun sudah beranak tiga, Nor Irene yang merupakan Ketua Pegawai Operasi di Noir Health & Beauty Sdn. Bhd. kekal

tahun,’’ katanya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Girls International University of Johannes-burg, Afrika Selatan itu kini melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan di Univer-siti Asia-e, Kuala Lumpur.

Kata Nor Irene, minat di dalam bidang perunding imej bermula sewaktu beliau menjadi pensyarah lagi.

‘’Ketika itu, saya lihat ramai dalam kalan-gan pekerja tidak mengenakan pemakaian yang sesuai dan dari situ timbul untuk mempelajari berkenaan dengan bidang perundingan imej.

‘’Kemudian saya mengambil keputusan mengambil kursus pentauliahan sebagai perunding imej profesional,’’ katanya.

Selepas berjaya tamat pentauliahan, Nor Irene mula menerima banyak jemputan daripada agensi kerajaan, swasta, pusat pengajian tinggi dan sekolah-sekolah.

‘’Saya dijemput buat kali pertama di televisyen Al-hijrah pada tahun 2014 dalam slot Imej dan kini menjadi salah seorang daripada panel perunding imej di stesen televisyen tersebut,’’ katanya.

Tidak cukup sekadar ditauliahkan sebagai Certifi ed Professional Image Consultant (CPIC) dan Certifi ed Color Expert, Nor Irene mengikuti beberapa kelas pentauliahan kerana ingin memajukan diri antarnya kelas Certifi ed NLP Practitioner (Psychology Brain), Certifi ed Trainer, Certifi ed Beautician Skin and Spa dan juga Certifi ed Speaker.

Nor Irene ajak wanita jaga penampilanGanding bahu pulihara alam sekitar

diterapkan di setiap sekolah kerana ia dapat membantu menjaga disiplin serta membentuk sahsiah murid.

‘’Dengan kerjasama pihak polis juga, tingkah laku murid akan lebih terkawal selain dapat menarik minat mereka untuk datang ke sekolah.

‘’Polis angkat akan berkunjung ke sekolah sebanyak dua kali sebulan bagi memantau disiplin murid sekali gus mencegah kelakuan yang mendor-ong ke arah jenayah,’’ katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Hadir sama Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkua-saan Trafik Ibu Pejabat Polis Putrajaya, Inspektor Mohamad Khirul Anuwar Ahamad yang merupakan polis angkat sekolah terbabit.

Nor Aizah berkata, tindakan pihak polis menerapkan unsur disiplin dapat diserap oleh murid-murid yang dilantik

menjadi pengawas. ‘’Sebagai pengawas yang

mewakili organisasi kepimpi-nan sekolah, mereka seharus-nya menjadi contoh ikutan dan menunjukkan sahsiah serta jati diri terpuji,’’ katanya.

Sementara itu, guru pe-nyelaras, Mohd. Hafiz Nordin (gambar kecil) pula berkata, program tersebut dapat mela-

456 pengawas SK Putrajaya Presint 9(2) terima watikah pelantikan

NOR AIZAH (empat dari kanan) dan Mohamad Khirul Anuwar (empat dari kiri) bergambar pada Program Permuafakatan Kementerian Pendidikan Bersama PDRM: Jom Ke Sekolah di SK Putrajaya Presint 9(2) baru-baru ini. Gambar: NAZIRUL ROSELAN

NOR IRENE HALIMI

hirkan insan yang berdedikasi dan te-lus serta memenuhi cita rasa kepimpi-nan yang holistik.

‘’Kita mahu mendidik mereka menja-di seorang insan yang mampu mengu-ruskan organisasi, telus dan berdedi-kasi serta memenuhi cita rasa sebagai seorang pemimpin yang holistik,’’ uj

arnya.Mohd. Hafiz memberitahu, pihak

sekolah menyediakan pelbagai program tambahan untuk barisan pengawas tersebut supaya objektif utama tercapai sekali gus memper-siapkan mereka menghadapi caba-ran pada masa hadapan.

Oleh NAZWIN [email protected]

PUTRAJAYA - Seramai 456 pengawas melibatkan enam organisasi di Sekolah Kebang-

saan (SK) Putrajaya Presint 9(2) di sini menerima watikah pelantikan pada Program Permuafakatan Kemente-rian Pendidikan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM): Jom Ke Sekolah dan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas 2019.

Program julung-julung kali itu di-adakan bagi mewujudkan hubungan mesra serta kerjasama lebih mantap antara pihak sekolah dan pegawai perhubungan sekolah (PPS) dalam usaha mencegah salah laku murid termasuk perlakuan yang menyalahi undang-undang.

Difahamkan, enam organ-isasi berkenaan melibatkan pengawas sekolah, penga-was pusat sumber, pengawas kokurikulum, pembantu rakan sebaya, bridget bestari serta badan dakwah dan kerohanian (Badar).

Guru Besar sekolah terse-but, Nor Aizah Ismail berkata, program seperti itu amat baik

Page 4: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

4 22 - 28 februari 2019

Catatan ZIN MAHMUD

PADA sesebuah ibu kota nasional akan

ada mercu-mercu tanda penting untuk sesebuah negara. Bagi negara yang ada agama rasmi, rumah ibadat nasional adalah yang utama. Bagi Kuala Lumpur tentulah Masjid Negara. Kemudian, kediaman ketua negara, bagi Kuala Lumpur tentulah Istana Negara.

Mercu tanda ketiga ialah tempat menyimpan dan mem-pamerkan khazanah warisan negara, bagi Kuala Lumpur tentu-nya ialah Muzium Negara. Mercu tanda keempat ialah tempat di mana diadakan perhimpunan serta perarakan bagi merayakan Hari Kebangsaan, bagi Kuala Lumpur tentunya ialah Dataran Merdeka.

Akhir sekali, mercu tanda pent-ing bagi sesebuah negara merde-ka dan berdaulat ialah tugu peringatan untuk mengenang perwira-perwira yang terkorban mempertahankan negara dalam peperangan-peperangan lalu iaitu bagi Malaysia dahulunya ialah Tugu Negara atau nama penuhnya Tugu Peringatan Negara di Kuala Lumpur.

Tetapi kini upacara memperin-gati pahlawan dilakukan di Dat-aran Pahlawan Negara, Putrajaya.

Tetapi pada tahun 1938, menje-lang Perang Dunia Kedua, Malaysia dan Persekutuan Tanah Melayu be-lum ada, Kuala Lumpur adalah ibu kota Selangor dan juga ibu kota Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Masjid utama Kuala Lumpur ke-tika itu adalah Masjid Jamek. Nama

berita

Diraja turut diadakan di sini. Peranan ketenteraan adalah penting dalam menegakkan kekuasaan penjajahan British yang mentadbir Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Apabila ada tentera, ia bermakna ada pahlawan dan pengorbanan. Maka peringatan untuk pengor-banan ini terletak pada tugu, iaitu batu tinggi yang dipanggil Ceno-taph. Tugu peringatan ini terletak di bulatan berhampiran bangunan Stesen Keretapi.

Jalan di antara Stesen Keretapi dengan Malayan Railway Headquar-ters Building iaitu kini dipanggil Ban-gunan KTM adalah Victory Avenue. Sekarang ia bernama Jalan Sultan Hishamuddin. Victory Avenue atau Jalan Kemenangan ini dinamakan sedemikian bersempena kemenan-gan Britain dan sekutu-sekutunya dalam Perang Dunia Pertama. Tugu peringatan itu juga dibina untuk mengenang tentera-tentera British dan Komanwel yang terdiri daripada pelbagai bangsa asal tanah-tanah jajahan mereka termasuk Malaya.

Pada masa itu Perang Dunia Pertama itu dipanggil Great War atau Perang Besar. Ini kerana pada tahun 1938, tidak ada sesiapa yang menjangkakan akan berlaku perang lebih besar hingga Malaya juga jatuh ke tangan Jepun.

Empayar Tahun 1920-an dan 1930-an

adalah tahun British memantapkan semula empayar mereka ter-masuklah Malaya. Sebagai penge-luar getah dan bijih timah, Malaya mempunyai kedudukan istimewa untuk ekonomi British. Mereka menyangka penjajahan ke atas Malaya akan berlanjutan selama-lamanya. Maka tidak hairanlah British membina struktur dan

rasminya ialah Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. Tetapi masjid utama negeri Selangor tidak terletak di Kuala Lumpur.

Ia terletak di Bandar Diraja Selangor iaitu Klang. Ini kerana Sultan Selangor adalah ketua agama negeri. Maka masjid utama Selangor ketika itu ialah Masjid Sultan Sulaiman. Ketika

mula dibuka pada tahun 1934, ia merupakan masjid terbesar bukan saja di Selangor malah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Istana utama Selangor ketika itu juga terle-tak di Klang iaitu Istana Alam Shah.

Kalau kedua-dua mercu tanda negeri Selangor iaitu Masjid Sultan Sulaiman dan Istana Alam Shah terletak di Klang selaku bandar diraja Selangor, mercu-mercu tanda yang lain terletak di Kuala Lumpur selaku ibu kota politik dan pentadbiran kolonial British yang merupakan pihak berkuasa melalui perjanjian-perjanjian dengan sultan. Maka pada tahun 1938, Muzium Selangor terletak di Kuala Lumpur. Bangunannya terletak di tapak ban-gunan Muzium Negara sekarang. Sebahagian bangunan ini musnah dibom oleh pesawat tentera British semasa Perang Dunia Kedua.

Mercu tanda selanjutnya ialah tempat utama bagi perhimpunan dan perarakan tentera ialah di Padang Selangor Club yang kini adalah Dataran Merdeka. Selangor Club yang memiliki padang itu ada-lah kelab yang ahlinya hanya terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi British dan bangsawan Selangor.

Kekuasaan Di padang inilah, permainan

nasional British iaitu kriket diada-kan. Selain itu, upacara perbarisan tentera British dan Askar Melayu

Lima mercu tanda warisan ibu kotainfrastruktur di Malaya seolah-olah mahu menetap lama di sini. Maka Kuala Lumpur direka bentuk untuk menjadi sebuah bandar kolonial British. Negeri-Negeri Melayu Berse-kutu menghasilkan bijih timah dan getah. Kuala Lumpur dan sekitarnya sendiri mengeluarkan bijih timah yang dieksport melalui keretapi Kuala Lumpur-Klang dan dibawa keluar melalui Port Swettenham, sekarang Pelabuhan Klang.

British membahagi Kuala Lum-pur kepada tiga sektor iaitu sektor British yang terletak di tebing kanan Sungai Gombak dan Sungai Klang, sektor Cina di tebing kiri Sungai Klang manakala sektor Melayu adalah antara Sungai Gombak dan Sungai Klang. Kanan dan kiri tebing itu dikira dengan seseorang meng-hadap ke hilir sungai.

Semua mercu tanda politik dan pentadbiran yang dipegang oleh British terletak di sektor British. Ini termasuklah Muzium Selangor, Padang Selangor Club dan tugu Cenotaph. Selain itu, rumah ibadat utama British iaitu Gereja St Mary juga terletak di sebelah padang. Kediaman Residen Jeneral yang dipanggil Residency kini Memorial Tunku Abdul Rahman juga terletak dalam sektor British.

Begitu juga dengan bangunan-bangunan penting kerajaan, daripa-da Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan Stesen Keretapi, Bangunan Ibu Peja-bat Keretapi dan lain-lain juga ada-lah di sektor ini. Begitu juga dengan bangunan-bangunan perkhidma-tan seperti mahkamah dan hospital. Selain itu, penempatan kakitangan kerajaan Inggeris yang ditempat-kan di Kenny Hills, kini Bukit Tunku adalah juga di sini. Begitu juga

tempat rekreasi mereka iaitu Lake Gardens dan Sydney Lake sekarang dikenali sebagai Taman Botani Kuala Lumpur dan Tasik Perdana juga di kawasan ini.

Sektor Cina tentunya ber-pusat di kawasan komersial iaitu di tebing kiri Sungai Klang. Ia meliputi kawasan yang secara umumnya disebut sebagai Petal-ing. Kawasan Petaling pada za-man British adalah luas. Daripada apa yang disebut sebagai Petaling Street, Petaling Hills hinggalah ke kawasan yang kini terletaknya Petaling Jaya. Ia menyusur Sungai Klang hinggalah ke Puchong dan kawasan ini merupakan tempat paling menguntungkan kerana adanya kegiatan cergas perlom-bongan bijih timah.

Sektor Melayu pada zaman 1900-an ditandai oleh Masjid Jamek dan kemudian meliputi sekitar Batu Road iaitu kini Jalan Tuanku Abdul Rahman hing-galah ke Kampung Baru dan terus sampai ke Kampung Datuk Keramat dan Gombak. Maknanya ia menyusur lembah Sungai Batu, Sungai Gombak dan ke arah hulu Sungai Klang.

Apabila disebut sektor Melayu di sini, ia juga meliputi semua pen-duduk beragama Islam termasuk India Muslim. Maka selain adanya Malay Street atau Jalan Melayu, Malacca Street atau Jalan Melaka kerana ada penempatan orang dari Melaka, Java Street, kini Jalan Tun Perak, Semarang Street terdapat juga Jalan Masjid India dan lain-lain.

Ketiga-tiga sektor ini bercam-pur-baur dan akhirnya menjadi satu warisan kepada apa yang ada kini dikenali sebagai Kuala Lumpur.

LABUAN - Program Kenduri Rakyat yang di-adakan sempena sambutan Hari Wilayah Perse-kutuan 2019 berjaya mengukuhkan perpaduan

dan kestabilan sosial warga Wilayah Persekutuan termasuk di Labuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad berkata, program tradisi tersebut dapat menzahirkan pembangunan modal insan melalui pengisian aktiviti yang melibatkan penyertaan komuniti.

“Saya dapat lihat kerjasama serta perpaduan ko-muniti Labuan berganding bahu, memasak beramai-ramai dan membuat penyediaan aktiviti-aktiviti lain bagi membangkitkan suasana kenduri dalam suasana yang cukup harmoni.

“Penganjuran Kenduri Rakyat ini memberi peluang kepada semua warga khususnya komuniti di Labuan untuk merasai kemeriahan suasana kenduri yang semakin dilupakan pada masa kini,’’ katanya semasa merasmikan Kenduri Rakyat Wilayah Persekutuan Labuan 2019 baru baru ini.

Dalam program tersebut, Khalid turut menyam-paikan sumbangan keperluan persekolahan kepada 100 murid yang disumbangkan oleh Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) Cawangan Labuan.

Sementara itu di Putrajaya, Kenduri Rakyat dan Karnival Sukan Wilayah Persekutuan Putrajaya 2019 yang berlangsung di Kompleks Futsal Presint 18 turut meriah dengan dihadiri kira-kira 1,000 warga Putrajaya.

Pelbagai program yang dianjurkan untuk semua lapisan masyarakat antaranya pertandingan futsal, bola jaring, muay Thai, bola keranjang, Fun Walk, pertandingan mewarna dan cabutan hadiah ber-tuah. Orang ramai turut dijamu hidangan kenduri yang dimasak secara gotong-royong.

Program yang diadakan pada Ahad lalu itu turut dihadiri Khalid, timbalannya, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Saripuddin Kassim dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim.

Kenduri Rakyat kekalkan tradisi gotong-royong

KHALID (kiri) bersama-sama mengacau masakan untuk hidangan Kenduri Rakyat di Labuan baru-baru ini.

Page 5: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

522 - 28 februari 2019

page 5 story dataran merdeka undergroundcaption (kanan) - mug shot sahaja

Page 6: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

6 22 - 28 februari 2019aNaLiSiS

KEMISKINAN walaupun sukar di-takrif dan diukur, ia boleh disimpul-kan sebagai kekurangan daripada

mendapatkan beberapa keperluan hidup iaitu keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian dan keper-luan sosial seperti pendidikan, perubatan, bekalan api dan air serta kenderaan.

Dalam sesetengah keadaan, terdapat golongan yang langsung tidak mampu mendapatkan keper-luan asasi. Dalam kes ini ia sudah termasuk dalam peringkat miskin kronik. Tidak kurang daripada mereka yang menetap di bandar.

Kehidupan itu bukan sahaja bererti cukup makanan dan pakaian tetapi juga keperluan sosial yang lain terutamanya pendidikan kerana ia mampu mengubah kehidupan seseorang, lebih-lebih lagi kepada generasi muda dalam berdepan dengan tuntutan dunia kerjaya yang mencabar.

Pendidikan yang sempurna sangat penting dalam konteks menuju negara maju. Walaupun kerajaan menyediakan pendidikan percuma di peringkat rendah dan menengah kepada semua tetapi kelas tuisyen dan buku-buku tambahan kini sudah menjadi satu keperluan.

Justeru dalam situasi ketidakmampuan keluarga menyediakan keperluan ini, mungkin menyebab-kan keciciran dalam pendidikan yang juga bererti ada kebarangkalian generasi muda mewarisi kemiskinan kedua-dua ibu bapa mereka. Kemiski-nan ini akan berterusan apabila tiada usaha me-mutuskan rantaiannya dari generasi ke generasi seterusnya.

Konflik

Masalah miskin bandar menuntut perhatian dan tindakan segera daripada pihak yang berkaitan bagi mengekang konflik sosial yang akan timbul ekoran daripada masalah ini.

Ini kerana apabila seseorang itu berasa tertekan dengan keadaan hidup, dia mungkin bertindak di luar fikiran waras dan terlibat dalam jenayah.

Kerajaan memang telah banyak melakukan pelan tindakan untuk mengeluarkan sebahagian warga kota yang tergolong dalam B40 yakni yang pendapatan isi rumah RM3,860 ke bawah. Secara teknikalnya golongan B40 terkeluar daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bandar, tetapi hakikatnya mereka adalah golongan miskin ban-dar.

Ini kerana PGK bandar bagi Semenanjung bermula dengan pendapatan isi rumah RM940 dan ke bawah manakala Sabah (RM1,160) dan Sarawak (RM1,040). Namun perlu difahami definisi `penda-patan bulanan’ dalam PGK yang bermaksud jumlah kos untuk mendapatkan makanan asas bagi isi rumah sahaja, bukan kos sara hidup yang lain.

Maka timbul persoalan apakah signifikannya PGK bandar dalam konteks makna kehidupan bukan sahaja memerlukan makanan?

Antara pelan tindakan kerajaan ialah mengada-kan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Inisiatif ini memang sangat membantu warga kota yang terperangkap dalam miskin bandar. Sewa yang dikenakan sangat berpatutan dan kadar ini sangat munasabah da-

Elak perangkap miskin bandar

MUKADDIMAH

Hidupkan seni dan budayalam keadaan nilai hartanah yang melam-

bung di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, tidak semua bernasib

baik mendapat PPR atau PPRT. Golongan ini terpaksa menyewa dengan kadar se-masa yang tinggi. Bagi keluarga yang be-sar misalnya lima orang anak menjadikan tujuh ahli keluarga, keselesaan apartmen kos sederhana tentu tidak terjamin.

Golongan B40 yang mempunyai ahli keluarga ramai terpaksa bersesak dalam ruang kedia-man yang kecil. Banyak kes remaja berpeleseran dikesan kerana ketidakselesaan tempat tinggal, di mana mereka berada di rumah hanya untuk tidur. Hal demikian boleh mencetuskan satu permasalahan sosial dalam kalangan remaja.

Bagaimanapun, kita tidak boleh menyalahkan keluarga sepenuhnya kerana tidak dapat menyedia-kan tempat tinggal yang selesa. Ini kerana kos sara hidup di Kuala Lumpur bukan melibatkan makanan dan tempat tinggal sahaja, tetapi juga pengangku-tan. Bayaran ansuran bulanan kereta dan kos bahan api dan tol mungkin menelan sepertiga gaji bulanan.

Walaupun sistem pengangkutan awam sebenarnya semakin baik, jauh lebih baik berbanding 10 tahun lalu, kereta tetap menjadi keperluan kerana sistem pengangkutan seperti Komuter, LRT dan MRT belum menyeluruh liputannya.

Tentulah tidak mungkin mereka dapat menyewa rumah yang sesuai dengan kadar RM1,000 atau RM1,500 sebulan berdasarkan pendapatan isi rumah sekitar RM4,000 sebulan. Maka mereka terpaksa mengorbankan keperluan sosial seperti menghantar anak-anak ke kelas tuisyen dan buku-buku tambahan untuk menampung perbelanjaan utama keluarga.

CekalJusteru masyarakat seharusnya tidak terlalu teruja

dengan cerita-cerita indah tentang kehidupan di Kuala Lumpur. Padahal kehidupan di luar bandar, di kampung atau pekan kecil lebih menjanjikan kesele-saan kerana kos sara hidup yang jauh lebih rendah. Walaupun upah atau gaji di luar bandar lebih kecil tetapi ia merupakan bertimbal-balik dengan kos sara hidup yang juga rendah.

Sikap keterujaan umum terhadap Kuala Lumpur boleh dilihat pada setiap kali perayaan Tahun Baru Cina atau Hari Raya Aidiladha. Kuala Lumpur yang saban hari sesak dengan kenderaan tiba-tiba men-jadi lengang dan seperti Kuala Lumpur ditinggalkan warganya kerana balik menyambut perayaan di kam-pung halaman - di utara, selatan dan timur.

Keadaan ini menunjukkan sebahagian besar warga kota adalah penghijrah dari luar Kuala Lum-pur. Mereka bermastautin ke Kuala Lumpur untuk mengadu nasib atau mencari kehidupan baharu. Salah satu sebabnya banyak peluang pekerjaan set-araf dengan kedudukannya sebagai ibu negara.

Memang benar, dari bidang pekerjaan serendah buruh kasar hingga profesional semuanya ada di Kuala Lumpur. Tetapi kehidupan di Kuala Lumpur juga sangat menuntut kecekalan untuk berdepan persaingan dan cabaran sengit.

Persaingan ini memungkinkan ada kalah dan menangnya. Maka tidak semua mimpi-mimpi indah tergapai tangan di perut kota raya yang pesat ini. Maka sisi pahitnya perlu difikir juga apabila ter-perangkap dalam miskin bandar. Terlantar miskin di bandar berganda peritnya berbanding hidup miskin di kampung.

Kehidupan itu bukan sahaja bererti cukup makanan dan pakaian tetapi juga keperluan sosial yang lain terutamanya pendidikan kerana ia mampu mengubah kehidupan seseorang, lebih-lebih lagi kepada generasi muda dalam berdepan dengan tuntutan dunia kerjaya yang mencabar.

Pendidikan yang sempurna sangat penting dalam konteks menuju negara maju. Walaupun

sosial dalam kalangan remaja. Bagaimanapun, kita tidak boleh menyalahkan

keluarga sepenuhnya kerana tidak dapat menyedia-kan tempat tinggal yang selesa. Ini kerana kos sara hidup di Kuala Lumpur bukan melibatkan makanan dan tempat tinggal sahaja, tetapi juga pengangku-tan. Bayaran ansuran bulanan kereta dan kos bahan api dan tol mungkin menelan sepertiga gaji bulanan.

Walaupun sistem pengangkutan awam sebenarnya

WILAYAHKU: Bagaimana pandangan saudara mengenai status dan aktiviti seni dan budaya di Malaysia?

DINSMAN: Sekiranya apa yang kita bincang selalunya dib-incang untuk perbanyakkan aktiviti seni dan budaya dan dulu kita buat di Selangor, kami pernah buat jelajah seni dan budaya dalam ada baca puisi teater diskusi buku dan pelbagai aktiviti yang berkait dengan kesusasteraan.

WILAYAHKU: Kalau di luar negara sesuatu ibu kota mem-punyai keistimewaan tersendiri daripada segi budaya atau seni. Bagaimana dengan Kuala Lumpur, adakah aktiviti seni yang menonjol di bandar raya itu.

GOLONGAN seniman pada satu ketika dahulu pernah memperjuangkan seni dan sastera untuk masyarakat. Namun kini golongan seni dan

budayawan sering mengeluh dengan sikap khalayak yang seolah-olah meminggirkan mereka. Apatah lagi bagi kumpulan budayawan yang dahulunya merupakan aktivis pembangkang.

Sekali-sekala ada juga riak rasa kecewa dalam hati mereka ekoran kurangnya publisiti kepada aktiviti seni dan budaya.

Penggiat seni dan budayawan, SHAMSUDDINOTHMAN atau lebih dikenali sebagai Dinsman yang berge-lumang lebih separuh abad di dalam bidang tersebut men-guak persoalan berkenaan dan meluahkan gelojak hatinya kepada wartawan Wilayahku, AZLAN ZAMBRY dalam satu pertemuan di Putrajaya baru-baru ini.

DINSMAN

Oleh ROZAIS AL-ANAMY

Konflik Cekal

Page 7: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

722 - 28 februari 2019

Perbandaran dankeselamatan makanan

biCara eKSKLUSiF

MINDA PENGARANG

oleh JONOS

mempunyai infrastruktur yang baik dan boleh digunakan untuk membuat program yang berkaitan dengan seni dan budaya namun tidak nampak usaha dari pihak menteri sebelum ini dan kami khuatir akh-irnya infrastruktur tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.

WILAYAHKU: Saya difahamkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Sa-mad telah membuat keputusan untuk menghidupkan semula Majlis Kebudayaan Kuala Lumpur. Apa pandangan saudara?

DINSMAN: Saya menyambut baik tentang keprihatinan Menteri Wilayah Perseku-tuan, saudara Khalid untuk menghidupkan kembali majlis kebudayaan tersebut. Namun soal menghidupkannya satu perkara dan soal membuat pengisian merupakan satu perkara yang lain.

Bagi saya dan rakan-rakan dalam Paksi, kami melihatnya sebagai tindakan yang tepat oleh pihak menteri dan pihak Paksi bersama-sama dengan pihak Kemente-rian Wilayah Persekutuan akan berusaha menghidup dan mencorakkan aktiviti seni dan budaya dengan betul di Kuala Lumpur.

WILAYAHKU: Difahamkan saudara telah bertemu dengan Khalid dan mencadang-kan program-program seni dan budaya di Wilayah Persekutuan. Setakat ini apakah bentuk aktiviti yang telah dirangka?

DINSMAN: Saya dan rakan-rakan dalam Paksi mencadangkan beberapa program di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Antara program tersebut adalah adangan acara Puisi dan Lagu dibuat dua bulan sekali di Putrajaya akan menghimpunkan 10 penyair dari seluruh negara, kumpulan muzik iaitu tradisonal, kugiran dan pemuzik jalanan ser-ta monolog, sketsa atau stand up komedi.

Kedua ialah pementasan teater setiap bu-lan di Kuala Lumpur dan ketiganya program puisi dan teater di Labuan secara berkala. Keempatnya pula ialah program bertaraf antarabangsa seperti Temu Penulis Dunia di Putrajaya, temu Seniman ASEAN, Festival Sastera Melayu Antarabangsa, Festival Puisi Dunia, Festival Teater Islam Dunia dan Festi-val Teater Melayu Antarabangsa, pertemuan seniman serta Festival Seni dan Sastera.

Kita akan libatkan golongan seniman tanahair seperti Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said; Yassin Salleh, Ahkarim, Wan Rafar, Siti Zainon Ismail, Masli N.O., Shukri Abdullah, Prof. A. Ghafar Ibrahim dan Is-maily Bongsu.

DINSMAN: Saya merupakan penggiat teater dan saya lihat kebanyakan aktiviti yang dibuat merupakan usaha daripada anak-anak muda, lepasan universiti kerana terdapat kursus di dalam bidang terse-but dan secara asasnya, seni dan budaya ini hanya dihidupkan oleh penggiat seni dan orang perseorangan. Namun pihak kerajaan seolah-olah tidak berminat untuk menjalankan program yang berkaitan den-gan seni dan budaya secara serius.

WILAYAHKU: Mengapa saudara melihat kesusasteraan, seni dan budaya turut tidak mendapat perhatian daripada kerajaan sekarang?

DINSMAN: Perkara ini hanya boleh dijawab melalui orang yang memegang kuasa iaitu golongan menteri yang mem-punyai kuasa dan bertanggung jawab terhadap seni dan budaya ini.

Saya juga berharap agensi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak meminggirkan golongan budayawan sepertinya.

Dalam pada itu, kebanyakan menteri yang dilantik pada hari ini merupakan kawan-kawan saya dan mereka ini pernah berdemonstrasi bersama termasuk melalu pengalaman dikejar polis dan anggota FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan). Sebelum ini saya sering dipanggil untuk membaca puisi melalui pentas-pentas ceramah poli-tik bersama-sama mereka.

Masyarakat kita pula hanya mahu berbincang perihal politik sahaja, kalau kita tengok dan perhatikan, tiada hari yang tidak sebut soal politik. Sebab itulah sastera, seni dan budaya tidak disebut-sebut oleh masyarakat kerana sikap masyarakat itu sendiri yang terlalu melihat politik adalah segala-galanya.

WILAYAHKU: Apakah usaha yang sedang dilakukan oleh saudara untuk menarik perhatian masyarakat agar mereka tidak hanya asyik melihat soal politik semata-mata?

DINSMAN: Sebab itu, saya dan rakan-rakan dalam Seniman Paksi Rakyat (Paksi) sedang mengusahakan sesuatu program supaya kerajaan dapat bertindak. Sebelum kami telah bertemu dengan tiga menteri untuk membincangkan perkara ini. Namun malagnya perkara itu tidak mendapat per-hatian yang sewajarnya.

Saya tidak nampak seni dan budaya ini boleh berkembang dengan baik. Kita

Kebanyakan menteri yang dilantikpada hari ini merupakan kawan-kawan saya dan mereka ini pernah berdemonstrasi bersama termasuk melalu pengalaman dikejar polis dan anggota FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan). Sebelum ini saya sering dipanggil untuk memba-ca puisi melalui pentas-pentas ceramah politik bersama-sama mereka. Masyarakat kita pula hanya mahu berbincang perihal politik sahaja, kalau kita tengok dan perhatikan, tiada hari yang tidak sebut soal politik.

KEWUJUDAN sebuah bandar yang benar-benar memenuhi fungsi kehidupan orang ramai menjadi salah cara untuk mengelakkan lebih banyak kawasan perta-nian dikorbankan bagi tujuan pembangunan.

Ia sekali gus dapat menjamin kawasan bagi pengeluaran makanan terus dipelihara.Sebelum ini berlaku aliran orang ramai keluar ke kawasan pinggir bandar bagi menge-

lak kepadatan di ibu kota sehingga membuatkan banyak kawasan dimajukan dengan perumahan dan bangunan komersial.

Seperti contoh satu ketika dahulu, kita masih boleh melihat keindahan bukit yang menghijau dari Taman Melati, Setapak namun kini telah diliputi pembangunan hutan batu.

Menurut Dr. Nerissa Hannink dari University of Melbourne, Australia, perubahan diet dan pemilihan makanan telah memberikan kesan kepada permintaan dan bekalan maka-nan dunia.

Matlamat memberikan makan kepada pertambahan 2.5 bilion manusia menjelang ta-hun 2050 menyebabkan perlakukan perebutan bagi setiap hektar tanah antara tanaman dan pembangunan bandar.

“Adalah mudah untuk melihat memandangkan kadar pertumbuhan populasi yang disasarkan kepada 9.8 bilion pada 2050, Bumi akan kehilangan dua peratus lagi kawasan tanaman terbaik terutama di Asia dan Afrika di mana bandar-bandar tumbuh dengan pesat,’’ katanya Nerissa.

Namun berdasarkan kajian, sebenarnya menguruskan penggunaan makanan dan mengurangkan sisa adalah cara lebih berkesan untuk menjamin keselamatan makan berbanding hanya melindungi kawasan tanah.

Orang ramai perlu lebih serius untuk mengamal cara hidup sihat dengan mengambil pemakanan yang betul.

Dalam hal ini, Dr. Baojing Gu, ekologis dari Zhejiang University, Hangzhou, China dan Pengajian Pertanian dan Makanan, University of Melbourne dalam jurnal sains, Nature mengemukakan empat strategi mengurangkan impak pembandaran kepada keselamatan makanan.

Antaranya ialah kerajaan perlu fokus kepada proses menggabungkan kawasan tanah di kawasan pedalaman dan membina lebih banyak bandar yang berfungsi untuk golongan penghijrah. Namun, berbanding Eropah dan Amerika Syarikat, sejauh manakah negara ini mampu memajukan sektor pertanian dalam skala besar dan berjaya membuah-kan hasil.

Singapura misalnya membina bangunan berdensiti tinggi untuk pendatang baharu melalui program yang didanai kerajaan. Penduduk dari kawasan pedalaman berpindah ke kawasan bandar kompak lalu meninggalkan kawasan yang boleh dilaksanakan aktiviti perladangan besar.

Namun ini merupakan cabaran bagi negara terbabit untuk menetapkan polisi berkaitan hak penduduk yang datang dari kawasan pedalaman untuk turut menikmati kemudahan seperti pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.

Bagi Malaysia mungkin belum lagi mendesak atau kaedah tersebut tidak sesuai. Na-mun perlu di� kirkan bagaimana pembangunan yang begitu pantas tidak akan menjejas-kan bekalan makanan negara.

Apa yang membimbangkan ialah sektor pertanian termasuk pengeluaran makanan tidak mencapai skala yang boleh meningkatkan tahap ekonomi. Kini keluhan ditimbulkan masyarakat luar bandar ekoran kejatuhan harga komoditi. Keadaan itu menyebabkan segelintir mereka berhijrah kawasan bandar.

Namun sejauh mana jaminan pekerjaan, tempat tinggal dan peluang pendidikan dapat diberikan kepada mereka?

Page 8: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

8 22 - 28 februari 2019UrbaN

Maya Karin tinjau keadaan kualiti air sungai di ibu kotaKUALA LUMPUR - Peka

dengan keadaan alam sekitar mendorong Duta River of Life (ROL), Maya Karin untuk turun padang dan meninjau keadaan sungai di sekitar ibu negara baru-baru ini.

Pelakon popular itu turut bersama-sama mengambil sampel air di beberapa batang sungai bagi menilai tahap kualiti dan pH air.

Langkah itu dilakukan bagi membuat perbandingan kualiti air sungai sebelum dan selepas pelaksanaan program ROL.

Selain itu, beliau turut ditun-jukkan dengan keadaan perseki-taran lembangan Sungai Klang yang dipenuhi sampah-sarap.

Maya yang memerhati keadaan sungai itu dari ba-hagian atas berasa terkejut selepas diberitahu timbunan sampah tersebut dikumpul da-lam tempoh tiga hari sahaja.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya orang ramai bersama-sama menjaga alam sekitar supaya keadaan tersebut terkawal dan tidak menjadi lebih teruk hingga boleh menjejaskan kualiti alam sekitar.

Oleh NAZWIN [email protected]

KUALA LUMPUR - Ketiadaan tetamu menginap mendorong pemi-

lik sebuah hotel di ibu kota menyediakan perkhidmatan spa dengan membekalkan gadis pelayan pelanggan (GRO) bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral bagi menjana keuntungan berlipat-kali ganda.

Bagaimanapun, tindakan tersebut terbongkar selepas beberapa siri serbuan yang bermula pukul 11 malam sehingga 3.30 pagi dilakukan da-lam Ops Bah di sekitar ibu negara baru-baru ini.

Ekoran itu, seramai 16 GRO warga asing ditahan dalam siri keempat serbuan yang dilakukan di Jalan 5/101C, Pusat Perniagaan Cheras dekat sini manakala notis di bawah Seksyen 30(1)(b) Akta Syarikat 2016 dikeluarkan kerana tidak mempamerkan nama pendaftar dan nombor pendaftaran premis.

Difahamkan, premis itu juga membina struktur hadangan secara haram bagi me-nyediakan bilik untuk mengelak kegiatan

Sedia GRO jana pendapatan tambahantidak bermoral dikesan pihak berkuasa.

Operasi kira-kira lima jam itu disertai be-berapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Agensi Antida-dah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan kekuatan seramai 254 anggota.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Azman Mahmood berkata, ketika pemer-iksaan di spa, pihaknya menemui sekum-pulan pekerja asing dipercayai pelacur be-rada di premis berkenaan dan sebahagian daripada mereka ditahan ketika sedang melayani pelanggan.

Ujar beliau, turut ditemui di premis berkenaan adalah beberapa peralatan

Taktik pengusaha hotel terbongkar, pihak berkuasa tahan 16 wanita warga asing

peribadi seperti kondom dan minyak pelincir yang telah digunakan.

‘’Selepas dokumentasi dilakukan, 16 wanita warga asing berusia 20 hingga 31 tahun ditahan, tujuh daripadanya adalah warga Vietnam, Thailand (6) dan Indonesia (3).

‘’Kita turut memecahkan struktur hadan-gan haram yang dibina di premis tersebut yang dipercayai untuk dijadikan bilik kecil bagi melakukan aktiviti tidak bermoral. Tindakan dilakukan di bawah peruntukan Seksyen 76 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,’’ katanya.

Azman memberitahu, pemeriksaan turut di lakukan di dua hotel murah di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan salah satu daripadanya disita di bawah Seksyen 3(3) Akta Hotel 2003 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen manakala satu lagi dikompaun di bawah Seksyen 107(5) Akta Kerajaan Tempatan kerana tidak mempa-merkan lesen.

Tambahnya, pemeriksaan di pusat hiburan di Pusat Perniagaan Cheras juga mendapati premis tersebut menjalankan operasi melebihi masa dan ekoran itu kes-emua peralatan disita manakala minuman keras dirampas pihak kastam.

MAYA KARIN mengambil sampel air sungai bagi menilai pelaksanaan program River Of Life (ROL) dijalankan sejak beberapa tahun lalu. - Gambar ihsan Kementerian Wilayah Persekutuan

PEKERJA pembersihan mengasingkan sampah-sarap yang terkumpul di lembangan Sungai Klang.

SEBAHAGIAN GRO warga asing ditahan dalam Ops Bah yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini. Gambar: Ihsan DBKL

Page 9: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

REALITI KEHIDUPAN Peluang penjaja, peniaga kecil berkembang

MUKA 11

WILAYAHKU • 22 - 28 FEBRUARI 2019

MUKA 12

Kemeriahan Hari Wilayah Persekutuan di Labuan

The Mirza ukir nama di Indonesia

MUKA 16

Evolusi perubahanJalan Tuanku Abdul Rahman

Page 10: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

22 - 28 FEBRUARI 2019 • WILAYAHKU

JALAN Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur yang terkenal sebagai kawasan tradisi membe-

li-belah warga kota terutamanya pem-inat-peminat tekstil dan pakaian bakal bertukar wajah sekiranya keputusan kerajaan menjadikan laluan tersebut kawasan pejalan kaki berjaya direal-isasikan.

Bermula 15 Mac ini, laluan sepanjang hampir satu kilome-ter bermula dari Jalan Esfahan hingga ke Jalan Melayu bakal ditutup kepada kenderaan ke-cuali bas awam (sejam sekali).

Berbeza sekarang, Jalan TAR sentiasa sesak dengan kende-raan. Namun dengan pelaksa-naan laluan bebas kenderaan atau Pedestrian Walk tersebut, pengunjung dilihat boleh ber-jalan kaki untuk membeli-belah dengan lebih santai tanpa seba-rang gangguan kebingitan bunyi kenderaan dan asap hitam.

‘’Sekiranya matlamat tersebut tercapai kawasan Jalan TAR akan diperindahkan dengan pelbagai infrastruktur dan landskap bagi keselesaan pengunjung seper-ti kafe, air pancut dan tempat duduk.

‘’Kita berharap warga kota memahami dengan sebaik-baiknya

cadangan ini. Kita tidak akan tahu sejauh mana keberkesanannya jika tidak mencuba terlebih dahu-lu,’’ ujar Menteri Wilayah Perse-kutuan, Khalid Abd. Samad.

Bagi mengambil kira pan-dangan umum, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalu-alukan orang ramai memberikan pandangan ber-

hubung cadangan penutupan jalan tersebut.

WK2UTAMA10 l

Jalan Tuanku Abdul Rahman bebas kenderaan

Laluan pejalan kaki beri keselesaan untuk pengunjung membeli-belah

Oleh AINI [email protected]: NAZIRUL ROSELAN

JALAN ESFAHAN hingga ke Jalan Melayu bakal ditutup kepada kenderaan kecuali bas awam bermula 15 Mac ini.

Sekiranya matlamat

tersebut tercapai ia akan diperindahkan dengan pelbagai infranstruktur dan landskap bagi keselesaan pengunjung seperti kafe, air pancut dan tempat duduk.”

JALAN Tuanku Abdul Rahman merupakan lokasi tradisi warga kota membeli-belah terutama pada musim perayaan.

KHALID (tengah) ketika mengadakan pertemuan dengan peniaga dan penjaja di sekitar Jalan TAR.

Page 11: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

WILAYAHKU • 22 - 28 FEBRUARI 2019

KEPUTUSAN Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menjadikan sebahagian Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sebagai laluan pejalan kaki sekali gus bebas daripada kenderaan kecuali bas awam dilihat bakal memberikan impak positif kepada perkem-bangan sektor penjaja di ibu kota.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Penjaja-Penjaja Melayu Wilayah Persekutuan (PPPMWP), Mohamad Abdul-lah, beliau dan seluruh ahli persatuannya menyambut baik usaha yang dicadangkan itu laluan pejalan kaki mem-bolehkan golongan peniaga kecil-kecilan seperti mereka dapat peluang untuk terus hidup.

“Ia memberi kesan yang le-bih baik kepada kami teruta-manya peniaga Melayu. Jika ingin berniaga dalam kedai sudah tentu tidak mampu jadi apabila wujudkan laluan pejalan kaki, lebih ramai pe-niaga kecil dan penjaja dapat mencari rezeki,’’ ujarnya.

Dia turut berharap agar pihak lain tidak memandang negatif idea mewujudkan pejalan kaki itu meman-dangkan langkah tersebut dapat mewujudkan budaya sihat apabila orang ramai dapat berjalan kaki sambil menikmati pemandangan bandar raya dengan lebih santai.

Seorang suri rumah, Nur Aishah Mohd. Amin, 34, berkata, sebagai seorang yang suka membeli-belah di lokasi tersebut, dia amat berharap agar cadangan itu dapat dire-alisasikan.

“Saya sangat bersetuju kerana langkah mewujudkan laluan pejalan kaki di Jalan TAR dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di ka-wasan tersebut.

“Kita sendiri sedia maklum bagaimana sesaknya lalu-an tersebut tidak kira masa. Malah kesesakan makin teruk setiap kali musim perayaan,” ujarnya.

Mohd. Zulfaiz Zakaria, 28, berkata, sudah sampai masanya rakyat negara ini mengambil contoh daripada masyarakat di luar negara se-perti di Jepun yang lebih suka

memilih untuk berjalan kaki berbanding menaiki kende-raan.

Namun bagi peniaga yang memiliki gedung dan pre-mis di Jalan TAR, keputusan menutup Jalan TAR kepada kenderaan persendirian yang dicadang bermula 15 Mac de-pan menimbulkan kegusaran golongan tersebut.

Pemilik gedung Gulatis, Paviter Singh berkata, kepu-tusan tersebut dilihat bakal merugikan pemilik premis perniagaan dan secara tidak langsung turut merugikan pi-hak kerajaan memandangkan

mereka merupakan pembayar cukai.

“Kena kaji dan lihat secara lebih terperinci. Kadang-kadang pelanggan yang datang adalah daripada luar negara seperti duta-duta asing.

“Tidak perlu lihat jauh, jika ada acara seperti berbasikal yang memerlukan Jalan TAR ditutup untuk tempoh seten-gah hari, hampir 70 peratus pelanggan tidak masuk kedai, inikan pula tutup untuk sela-ma-lamanya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pihak ke-menterian perlu mengadakan perbincangan bersama peni-aga dan memberi penjelasan berhubung sebab dan perlu memikirkan implikasi ke atas ratusan peniaga di kawasan itu sekiranya ia dilaksanakan nanti

“Jadi banyak kesan yang akan terjadi. Kerana itu, saya mewakili rata-rata peniaga di sini berharap agar pihak kementerian mengambil masa untuk memikirkan tentang perkara ini,” ungkapnya.

WK2UTAMA l 11

MOHAMAD ABDULLAH

NUR AISHAH MOHD AMIN

MOHD ZULFAIZ ZAKARIA

PAVITER SINGH

Pun begitu, keputusan berkenaan mendapat bantahan daripada segelin-tir pihak terutamanya pemilik premis perniagaan yang bimbang tindakan tersebut bakal mendatangkan menje-jaskan bisnes mereka.

Memandang serius terhadap perkara tersebut, Khalid memberitahu, pihakn-ya memutuskan untuk memuktamad-kan keputusan berhubung isu berke-naan sebelum 15 Mac ini.

‘’Kami masih dalam proses perbin-cangan untuk mencapai keputusan yang boleh diterima dan dipersetujui oleh semua pihak,’’ katanya.

Positif

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lum-pur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, DBKL menerima sebanyak 2,400 responden yang telah mengam-

bil bahagian dalam kaji selidik secara dalam talian berhubung penutupan Jalan TAR.

“Mungkin ia akan meningkat lagi (responden). Secara keseluruhan, keputusan sama ada untuk menutup

atau tidak laluan tersebut adalah 50:50 daripada orang awam,’’ katanya.

Jika penutupan laluan itu berjaya dilaksanakan, Bazar Ramadan juga dapat dipindahkan atau dipecahkan sebahagiannya di Jalan Masjid India manakala selebihnya di Jalan TAR.

‘’Ia akan dapat memberi ruang lebih selesa bagi peniaga sedia ada di kawasan

tersebut,’’ katanya. Tambah beliau, persoalan bazar di Jalan Masjid India memang perlu ditangani selain faktor kesesakan trafik dan halangan kepada kedai-kedai yang menyewa di situ.

Dengan cara mengalihkan Bazar Ramadan ke laluan pejalan kaki di Jalan TAR, orang ramai tidak perlu lagi berdepan dengan masalah kesesakan

malah mereka dapat membeli-belah dengan selesa di kawasan gerai dan premis perniagaan di situ.

Melalui langkah tersebut juga, orang ramai akan memberikan tum-puan kepada penggunaan pengangku-tan awam seperti Monorel dan Transit Aliran Ringan (LRT) yang terdapat di kawasan berkenaan.

KEWUJUDAN premis-premis seperti jualan pakaian menjadikan Jalan Tuanku Abdul Rahman begitu popular.

Peluang penjaja, peniaga kecil berkembang

NOR HISHAM

Page 12: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

22 - 28 FEBRUARI 2019 • WILAYAHKU

SAMBUTAN Hari Wilayah Perse-kutuan 2019 yang diadakan di Labuan baru-baru ini ber-

langsung meriah dengan dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad.

Beliau bersama isteri Menteri, Dr. Zaitun Abu Bakar turun padang menyertai beberapa pelbagai program

dan aktiviti bersama-sama masyarakat setempat.

Turut serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Saripuddin Kassim dan Pengerusi Perbadanan La-buan, Datuk Seri Amir Hussein serta Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

Bagi menggalakkan penjagaan alam sekitar, sambutan tersebut dimulakan dengan Kempen Menanam Pokok Bersama Komuniti di Kampung Sungai Miri.

Program dimeriahkan lagi dengan

acara Karnival Sukan Labuan, Ma-jlis Ramah Mesra Menteri Wilayah Persekutuan bersama Penjawat Awam Labuan di Pantai Tanjung Batu. Bagi golongan wanita pula mereka di-dedahkan seni kemahiran menjahit pada Bengkel Seni Jahitan Quilt selain lawatan ke Pusat Pendidikan Autisme Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.

Turut diadakan ialah lawatan ke kawasan perusahaan ikan bilis di Tan-jung Aru dan bubu emas di Kampung Lubuk Temiang.

Acara kemuncaknya ialah program Kenduri Rakyat yang dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung sekali gus meriah-kan lagi sambutan tersebut.

Selain itu, seramai 100 murid di sekitar Labuan menerima sumbangan bantuan persekolahan selain bantuan kerusi roda dan peralatan kesihatan turut disampaikan kepada Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Labuan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.

WK2LENSA12 l

Kemeriahan Hari Wilayah Persekutuan di Labuan

Foto oleh AZLAN ZAMBRY, RAZIMAN MAHMUDIN dan JEFFREY NIAN (Jabatan Penerangan Labuan)

PENDUDUK kampung memilih ikan segar ketika program lawatan di kawasan perusahaan bubu emas di Kampung Lubuk Temiang, Labuan.

MENTERI Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad, mengedarkan beg Anti- Litter kepada orang ramai pada kempen kebersihan di Terminal Feri Antarabangsa Labuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

SUKAN berkayak merupakan antara acara yang dijalankan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Labuan.

Page 13: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

WILAYAHKU • 22 - 28 FEBRUARI 2019 WK2LENSA l 13

KHALID beramah mesra dengan penduduk dan orang ramai ketika melawat Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

DEMONSTRASI mengupas kelapa mengunakan mesin untuk memproses minyak kelapa dara di Kampung Bukit Kuda, Labuan.

SUKARELAWAN menanam pokok di pesisir pantai Kampung Sungai Miri sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019.

HASIL jahitan suri rumah yang menyertai Bengkel Jahitan Seni Quilt di Bangunan Kemas Labuan.

GOLONGAN suri rumah menyertai bengkel jahitan seni Quilt di Bangunan Kemas Labuan.

Page 14: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

22 - 28 FEBRUARI 2019 • WILAYAHKU

PADA pagi Selasa lalu, tiba-tiba masuk mesej melalui aplikasi grup Whatapps memaklumkan

seorang rakan lama, Zaidi Mohd. Yusof atau Dee telah menghembuskan nafas terakhir. Beliau meninggal dunia keti-ka berumur 53 tahun.

Berita itu menyentak perasaan me-mandangkan penulis pernah bekerja sebumbung dengan Allahyarham keti-ka bertugas sebagai wartawan Mastika satu ketika dahulu.

Kami lama sudah tidak berjumpa. Namun setiap hari karya kartunnya, Hello Boss menjadi ‘ubat’ menghilang-kan stress kerana watak Rosli, Bos dan Liza yang dilakarkannya itu sering kali mencuit hati.

Beliau meninggal dunia setelah di-laporkan mengalami sesak nafas. Dee pergi dengan membawa sekali ‘Rosli, Bos dan Liza’.

Penulis segera bergegas ke Hospital Serdang setelah dimaklumkan jenazah Allahyarham Dee perlu menjalani proses bedah siasat di situ.

Di kawasan bilik jenazah itu, selain waris Allahyarham Dee, terdapat juga beberapa lagi ahli keluarga satu lagi jenazah. Khabarnya ingin dibawa ke Terengganu. Si mati berumur lingkun-gan 40-an dan meninggal dunia kerana serangan jantung.

Di saat demikian, masing-ma-sing berkongsi rasa duka apabila mengenangkan pemergiaan saudara seagama. Setiap manusia tidak tahu bilakah ajal mereka. Ia kadang-kadang datang secara tiba-tiba. Tidak kira usia - tua atau muda. Demikian berlaku pada arwah Dee, sudah pasti satu perkara yang mengejutkan. Raut wajah arwah tidak kelihatan beliau sudah berumur sebaliknya masih muda dan sebelum ini tidak pernah pula Zaidi dikatakan menghidap penyakit kronik.

Sebagaimana Firman Allah dalam Surah al-A’raf: 34: “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) men-gawalkannya.’’

Sememangnya sepanjang bertugas sebagai wartawan selama lebih 20 tahun, arahan membuat liputan ber-kaitan kematian boleh dikatakan kerap diterima.

Menanti berjam-jam di bahagian kargo di lapangan terbang untuk menunggu jenazah dari luar nega-

ra dan mengikuti waris mengambil tulang mangsa bunuh merupakan an-tara pengalaman yang tercatat dalam diari penulis.

Semua itu menjadi satu proses pembersihan jiwa dan zikir tentang kematian.

Satu perkara yang perlu diamati, pemergian insan-insan yang kadang-kadang rapat dengan kita banyak memberikan iktibar.

Selain mengharapkan pemergian tersebut dalam keadaan ‘husnul khatimah’, perilaku seseorang ketika hidupnya sering-kali menjadi pe-nilaian manusia yang masih hidup. Ibarat kata pepatah harimau mati tinggalkan belang, manusia mati ting-galkan nama.

Budi pekerti dan akhlak yang mulia menjadi kenangan bagi ahli keluarga dan sahabat-handai. Namun apa yang penting ialah amal soleh seseorang itu sendiri. Seperti arwah Dee, orangnya ceria, lemah-lembut dan disenangi oleh rakan-taulan. Jiwa seni memben-tuk dirinya sebagai seorang rakan yang penuh kesantunan.

Perkara itu sudah tentu dilahirkan hasil ilmu pengetahuan. Kejahilan tidak akan melahirkan manusia yang santun.

Dalam hal ini, Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib pernah ditanya; “Apa makna kebaikan itu?’’

Ali menjawab:“Kebaikan itu bukanlah dengan

memperbanyak harta dan anakmu. Namun kebaikan itu adalah mem-

perbanyak ilmumu, meninggikan kesabaranmu dan berlumba dengan manusia dengan beribadah kepada Tuhanmu.

Jadi sepanjang menjalani ke-hidupan, seharusnya usaha dilakukan dengan meningkatkan ilmu penge-tahuan. Ketika ini ramai yang me-ngambil tindakan atas sesuatu perkara tanpa ilmu. Kadang-kadang kejahilan menyebabkan mereka memusuhi se-suatu perkara.

Selain itu, banyak insiden berlaku akibat ketidaksabaran dan segelint-ir individu enggan berlumba-lumba untuk melaksanakan ibadah. Ibadah bukan sahaja bermaksud ibadah khu-susiah seperti solat dan puasa. Malah berbuat amal kebajikan dan aktiviti sukarela turut dimaksudkan sebagai ibadah.

Kebaikan

Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah dan beristighfar atas kesilapan-kesilapan lalu juga sebagai ibadah.

Apabila bertaubat, ia bukan sekadar menjadi sebutan di bibir sebalikn-ya perlu disusuli dengan perbuatan termasuk bertindak segera membuat kebaikan.

Seseorang itu mesti memberikan fokus kepada persoalan diteriman-ya amal dalam setiap perbuatan dan bukannya soal besar atau kecil sesuatu amal itu. Di sisi Allah tiada istilah kecil jika sesuatu kebaikan itu dilaksanakan dengan penuh takwa.

Allah berfirman: ‘’Jika kamu berbuat kebaikan,

(maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan,

maka (kesannya yang buruk) berba-lik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (de-ngan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (Baitul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.”

( Al-Isra’: Ayat 7).

Al-Fatihah untuk arwah Zaidi, se-moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

WK2BIMBINGAN14 l

Budi baik, kesantunan jadi kenangan

KHALID (kiri) menyertai program Khatam al-Quran yang diadakan di Masjid Jamek Kampung Baru baru-baru ini.

PERSPEKTIFOleh HELMI MOHD. FOAD

[email protected]

Khatam al-Quran jadi pengisian Hari Wilayah PersekutuanASPEK kerohanian turut menja-di pengisian bagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019. Salah satu daripadanya ialah pelak-sanaan program Majlis Khatam Quran dan Ilmiah di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis tersebut dis-ertai kira-kira 200 orang termasuk pelajar dan golongan wanita.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad yang sama sama meleng-kapkan khatam al-Quran dengan bacaan 14 surah terakhir.

Sempena program tersebut, Khalid turut berkesempatan be-ramah-mesra dengan penduduk

tempatan apabila mengagihkan bubur lambuk terkenal Kampung Baru kepada penduduk setempat.

‘’Diharapkan dengan majlis se-umpama ini dapat secara langsung mengajak lebih ramai umat Islam mengimarahkan masjid melalui program-program ilmu yang ber-manfaat khususnya kepada warga Kuala Lumpur,’’ kata Khalid.

Program tersebut turut me-nekankan aspek ilmu apabila menampilkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di pentas forum selain persembahan alunan qasidah oleh kumpulan Nur Ahli Badar dan sesi hadiah cabutan bertuah.

Page 15: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

WILAYAHKU • 22 - 28 FEBRUARI 2019

KEUPAYAAN seorang peni-aga jalanan di Korea Sela-tan bertutur dalam bahasa

Melayu berjaya menarik perhatian warganet apabila rakaman video lelaki tersebut menjadi tular di laman Facebook baru-baru ni. Di-fahamkan video tersebut berjaya dirakam oleh seorang pelancong Malaysia yang berkunjung ke negara tersebut.

Rakaman video berdurasi lebih dua minit tersebut mendapat perkongsian lebih 9,000 dan mendapat 750,000 tontonan.

Rata-rata warganet memu-ji usaha peniaga tersebut yang berusaha bertutur dalam bahasa Melayu kepada pelancong dari Malaysia dan wajar menjadi tauladan kepada orang Malaysia. Walaupun kelihatan lucu, usaha peniaga tersebut wajar dipuji.

SEJUK perut ibu mengandung. Begitulah perasaan rata-rata warganet apabila menonton satu raka-man video yang memaparkan seorang budak lelaki tekun mengerjakan solat. Namun aksi kanak-kanak itu mencuitkan hati apabila beberapa kali terhantuk di pintu ketika bersolat.

Video yang berdurasi 22 saat itu memaparkan kanak-kanak itu terhantuk sehingga membuatkan seorang lelaki terkejut.

Video yang mendapat tontonan sebanyak le-bih 213,000 tontonan itu mendapat komen yang positif kerana ibu bapa kanak-kanak itu berjaya mendidik anak mereka mengerjakan solat.

SEORANG pengurus sebuah rumah penjagaan anak yatim di Taiping, Perak berang apabila seorang kanak-kanak menampal gula-gula getah pada keretanya.

Rakaman video yang berdurasi dua minit 9 saat itu memaparkan lelaki berkenaan memukul be-lakang kanak-kanak itu beberapa kali sambil menengking dan me-megang kolar baju kanak-kanak tersebut.

Tindakan tersebut mendapat kecaman orang ramai. Meskipun mengakui perbuatan kanak-kanak itu adalah salah, terdapat cara lain untuk mendidik mereka dan bukannya dengan cara memukul.

SEBUAH rakaman ‘dash cam’ tular di media so-sial yang memaparkan seorang pemandu kereta gagal mengawal kenderaan yang dipandunya se-hingga merempuh sebuah motosikal polis trafik yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Video berkenaan mencatat 60,000 tontonan selain dikongsi lebih 1,000 pengguna media sosial. Anggota polis bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan.

WK2VIRAL l 15

SEORANG penjual jalanan Korea melayan pelanggannya dari Malaysia dengan berbahasa Melayu.

AKSI lucu seorang kanak-kanak berseolat sehingga kepalanya terhantuk pada pintu.

SEORANG pengurus rumah anak yatim memukul seorang kanak-kanak gara-gara melekatkan gula-gula getah pada kereta lelaki tersebut baru-baru ini.

Terhantuk pintu beberapa kali ketika solat

Langgar motosikal polis trafik

Pukul anak yatim kerana gula-gula getah

Gelagat peniaga jalanan Korea berbahasa Melayu

Rakaman video yang berdurasi dua minit 9 saat itu memaparkan lelaki berkenaan memukul belakang kanak-kanak itu beberapa kali sambil menengking dan memegang kolar baju kanak-kanak tersebut.

RAKAMAN dash cam menunjukkan sebuah kenderaan melanggar motosikal polis trafik daripada belakang.

Page 16: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

22 - 28 FEBRUARI 2019 • WILAYAHKU

NAMA The Mirza mungkin agak asing di bibir peminat seni hiburan tanah air. Namun

hakikatnya penyanyi duo adik-beradik kembar yang dikenali sebagai Zaf dan Syaf ini telah berjaya menjulang pop-ulariti di tanah seberang terutamanya di Jakarta dan Bandung.

Menolak dakwaan yang mengatakan mereka lebih memilih negara luar berbanding negara sendiri, Zaf, 21, mahupun Syaf, 21, mengakui me-reka agak mudah meloloskan diri ke persada hiburan Indonesia berbanding Malaysia.

‘’Tidak ada istilah melebihkan negara luar berbanding negara sendi-ri. Mungkin disebabkan kami adalah satu-satunya pasangan kembar memi-liki wajah seiras, jadi perkara tersebut menjadi hal yang unik dan lantas kami mudah diterima di sana.

‘’Sejujurnya kami tidak pernah menyangka diterima dengan terbuka oleh peminat muzik bergenre pop R&B di negara jiran. Ia satu peng-hargaan apabila mereka mengang-gap kami mempunyai ciri khas tersendiri berbanding penyanyi lain,’’ cerita Zaf.

Tambahnya lagi, semuanya bermula apabila mereka bermi-nat dengan lagu-lagu ciptaan komposer popular Indoensia, Tengku Shafick.

Lantaran itu, mereka berasakan tiada salahnya jika mahu terus berkarya di negara seberang.

‘’Single pertama kami ketika itu berjudul Telah Berubah. Sambutan peminat terhadap lagu tersebut membuatkan kami tekad menerus-kan langkah dengan menghasilkan single kedua, Jatuh-Jatuh Cinta.

‘’Single tersebut merupakan gubahan oleh komposer dan finalis Indonesia Idol 2006, Ilham Irawan Basso. Alhamdulillah, rezeki menyebelahi apabila lagu terse-but meraih kedudukan carta lima terbaik di beberapa buah stesen radio di Jawa Tengah,’’ kata Zaf.

Mula dikenali melalui medium sosial seperti YouTube, Instagram dan Twitter, pasangan ini meraih tumpuan apabila mereka sering memuat-naik video nyanyian merdu saduran termasuk lagu biduanita

negara, Saloma. Kini setelah hampir dua

tahun dalam bidang seni suara, anak kelahiran Kuala Lumpur ini sedang giat mempromosikan single berjudul Lelah Mengalah di pasaran Indonesia dan juga Malaysia.

‘’Kami masih lagi promo lagu Lelah Mengalah di Malaysia dan Indonesia. Setelah dilancarkan lebih empat bulan lalu, ton-tonan di YouTube juga sudah mencecah tiga juta. Kerana itu, kami bakal mengadakan acara beramah mesra dengan peminat di sini dan Indonesia.

“Tiada lain yang diharapkan selain gembira jika pendengar dapat menerima The Mirza de-ngan hati yang terbuka. Bukan

apa, kami ingin memeriahkan

industri seni di tanah kelahiran kami sendi-ri.” jelas Syaf pula.

Sering tertukar

Memandangkan wajah mereka yang seiras, kedua-duanya sering membuat-kan ramai yang tertukar. Bukan sahaja peminat malah menurut Syaf, kedua-dua ibu bapa mereka juga menghadapi masalah sama untuk mengenal pasti mereka.

‘’Ayah dan ibu juga sering tertukar kami berdua. Kadang-kadang nama

pun tersalah panggil. Rasa kelakar juga dengan perkara tersebut,’’ ujarnya yang kini bernaung di bawah syarikat pengurusan bakat kepunyaan penyanyi, Datuk Faz-ley Yaakob.

Katanya lagi, setiap kali muncul secara langsung di Facebook mah-

upun Instagram ‘live’, peminat juga pening kepala untuk mengenal pasti

antara mereka berdua. ‘’Sebenarnya untuk bezakan

kami senang sahaja, suara saya kasar manakala Syaf pula lembut. Selain itu, kalau berdepan dengan kami, saya lebih tinggi dan agak besar berbanding Syaf yang lebih rendah dan kecil,” ujar Zaf.

“Biarpun kadang-kadang kami ‘tak sekepala’, arah tujuan kami tetap sama iaitu ingin pergi jauh dalam dunia muzik. Setiap malam sebelum tidur, kami suka bercakap tentang muzik dan berkongsi idea utuk perkemban-gan karier seni The Mirza,’’ ujarnya.

The Mirza ukir nama di Indonesia

WK2SELEBRITI16 l

Kami masih lagi promo lagu Lelah

Mengalah di Malaysia dan Indonesia. Setelah dilancarkan lebih empat bulan lalu, tontonan di YouTube juga sudah mencecah tiga juta. Kerana itu, kami bakal mengadakan acara beramah mesra dengan peminat di sini dan Indonesia.”

ZAF (kiri) dan Syaf (kanan).

PASANGAN kembar ini mempunyai dua suara yang berbeza iaitu soprano dan alto.

Oleh AINI [email protected]: NAZIRUL ROSELAN

Page 17: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

1722 - 28 FEBRUARI 2019

Oleh AZLAN [email protected]

CEROBONG misteri yang berdiri megah di Tanjung Kubong dikenali sebagai The Chimney atau Punil

dalam kalangan penduduk setempat merupakan mercu tanda yang penting di Labuan.

Menara berketingginan 32.5 meter itu dikatakan dibina pada awal tahun 1890-an ketika Labuan masih berada di bawah pentadbiran British North Borneo Chartered Company.

Menurut Pembantu Muzium Chimney, Zainon Halon mencer-itakan, kawasan sekitar Tanjung Kubong adalah sebahagian daripa-da kawasan perlombongan arang batu di Labuan namun tujuan serta fungsi pembinaan menara ini tetap menjadi misteri sehingga sekarang.

‘’Sebahagian ahli sejarah masih tidak dapat menyepakati tujuan dan fungsinya meskipun pelba-gai cerita diberikan mengenai fungsinya seperti poros penguda-raan untuk lombong arang batu atau sebagai rumah cahaya atau menara loceng.

‘’Kajian mendapati tiada kesan asap dan apa pun yang menun-jukkan bahawa ia berfungsi seperti cerobong biasa dan sehingga kini tiada bukti yang boleh menyokong dakwaan tersebut,’’ katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Kata Zainon lagi, seseten-gah orang mengatakan bahawa menara itu hanyalah rumah yang belum selesai yang dibina pada masa itu.

‘’Tiada siapa tahu tujuan se-benar cerobong itu, sebab itu ia kekal misteri,’’ katanya.

Dek kerana misteri itu, Chim-ney kini menjadi tarikan yang kepada pelancong dari seluruh dunia serta penduduk tempa-tan.

Zainon menjelaskan, Chim-ney dibina menggunakan beribu-ribu batu-bata merah yang dibawa khas dari United Kingdom dengan bahagian dinding luar sahaja menggu-

nakan lebih 23,000 kepingan batu-bata merah semasa

pentadbiran British Borneo Utara.‘’Ia dibina menyerupai menara berben-

tuk segi empat dengan struktur berong-ga pada bahagian dalam berdasarkan senibina British ketika itu. Menara ini dibina di atas dasar batu kapur yang besar dan mampu memberikan asas yang kuat dan stabil serta masih bertahan hingga ke hari ini walaupun penampilan luar telah terjejas akibat perubahan cuaca,’’ jelasnya.

Zainon berkata, Perbadanan Labuan de-ngan kerjasama Jabatan Muzium dan An-tikuiti Labuan telah memulakan kerja-kerja pembaikan dan pemuliharaan pada tahun 1997 untuk menstabilkan dan mengemba-likan struktur asal menara itu.

‘’Terdapat beberapa pemuliharaan yang dilakukan iaitu di bahagian luar menara yang rosak dan penggantian besi yang mengikat menara itu,’’katanya.

Selain, menara atau cerobong misteri berkenaan, pelancong juga boleh me-ngambil kesempatan melawat sebuah muzium yang terletak di sebelah menara berkenaan.

‘’Pusat maklumat ini memberi pelawat mengetahui secara terperinci

aktiviti perlombongan arang batu di

sekitar kawasan Tanjung Kubong semasa era pentadbiran British dari tahun 1847 hingga 1912.

‘’Sejarah mengenai kereta api Labuan, terowong perlombongan selain beberapa besi landasan serta tetulang berkaitan pembinaan Chimney turut dipamerkan di muzium tersebut,’’ katanya.

Selain menelusuri kesan sejarah, pe-ngunjung turut berpeluang untuk melawat Labuan Bird Park yang terletak tidak jauh dari kawasan Muzium Chimney terse-but selain menikmati keinda-han Pantai Batu Manikar, Pantai Pohon Batu dan Pantai Pancur Hitam.

SANTAI

INFO Muzium Chimney

• Alamat: Kampung Lubok Temiang, Jalan Tanjung Purun, Wilayah Persekutuan Labuan.

• Tel. : 087 - 463 603• Fax. : 087 - 414 462• Masuk percuma• Waktu melawat: Setiap hari dari

pukul 8.30 pagi hingga 5 petang kecuali pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

KEADAAN Chimney sebelum proses konservasi pada tahun 1990-an. KEADAAN bahagian dalam cerobong

Chimney.

Keretapi pengangkut arang batu Labuan.

GAMBAR terkini Chimney setelah proses pemuliharaan.

Galeri Pameran Aras Bawah

Misteri Menara Chimney belum terungkai

DIORAMA perlombongan arang batu yang terdapat di Muzium Chimney.

Foto: Arkib Muzium Chimney dan Jabatan Muzium Negara

Page 18: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

18 22 - 28 FEBRUARI 2019

Oleh NAZWIN [email protected] NAZIRUL ROSELAN

BAGI yang pentingkan kesihatan khususnya golongan wanita yang mahu berdiet, menu rojak semesti-

nya pilihan utama berikutan bahan utama yang terkandung di dalamnya terdiri dari-pada campuran sayuran seperti timun dan taugeh.

Masakan sejuk itu kemudiannya disaji bersama cucur udang dan sebiji telur rebus yang dilimpahi kuah kacang sekali gus membangkitkan selera pelanggan yang hadir.

Lebih menyelerakan apabila hidangan tersebut dinikmati bersama semangkuk cendol yang dipenuhi kacang merah dan santan berlemak yang menyumbang ke-pada penghasilan tenaga untuk keperluan badan.

Menariknya apabila warga kota tidak perlu memandu jauh sehingga ke utara tanah air semata-mata mahu menikmati hidangan berkenaan berikutan kedua-dua menu itu boleh diperoleh di pinggiran Putrajaya.

Bertempat di Desa Pinggiran Putra, gerai bergerak, Rojak & Cendol Warx milik pasangan Ismail Ayob dan Nurul Nabila Masrol itu menjadi tumpuan penduduk khususnya di Putrajaya mahu pun warga Kuala Lumpur yang menggemari keunikan rasa cendol serta rojak.

Malah beberapa pelang-gan sanggup menunggu sehingga satu jam demi mendapatkan hidangan rojak pasangan terbabit walaupun tahu perniagaan tersebut bermula pada pukul 11.30 pagi hingga 6.30 petang.

Berkonsepkan santai dan bajet, pasangan

berusia 30 tahun itu hanya fokus kepada menu rojak dan cendol yang diusahakan sepenuhnya di atas sebuah lori kecil.

Jualan kedua-dua menu itu dibuat selepas mereka berhenti menjual sate di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan berhampiran Universiti Sains Islam Malay-sia (USIM) pada penghujung tahun 2017.

Permulaan berniaga

Menceritakan permulaan perniagaannya, Ismail memberitahu, dia sudah berjinak dengan dunia perniagaan beberapa tahun lalu ketika menjadi pembantu penjual sate di pasar malam.

Keputusan untuk berniaga sepenuhnya dibuat selepas tulang lututnya retak akibat kemalangan semasa pulang bekerja dari sebuah kilang.

‘’Pada asalnya saya meniaga sate di USIM dan fokus kepada penuntut di sana tetapi permintaan kurang memuaskan kerana faktor lokasi yang tidak strategik.

‘’Oleh itu, saya dan isteri mengambil keputusan untuk menjual rojak serta cen-dol di pinggiran Putrajaya ini.

‘’Kami bersama-sama belajar memasak kuah rojak dan membuat cucurnya serta menyediakan cendol. Selepas berpuas hati dengan rasa serta melakukan beberapa olahan tersendiri, kami terus memulakan perniagaan,’’ katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Menurut Ismail, sejak memulakan perniagaan pada awal tahun lalu, perniagaannya bertambah maju dan hasil jualan juga bertambah.

Malah katanya, beberapa orang pelang-gan termasuk pemilik restoran pernah me-mintanya membuka cawangan di sekitar Dengkil dan Kajang bagi meningkatkan lagi hasil jualan berikutan keunikan rasa rojaknya.

Buka cawanganSusulan permintaan yang tinggi itu, Ismail merancang untuk membuka sebuah lagi cawangan di Dengkil memandangkan ramai pelanggan tetapnya tinggal di sekitar kawasan tersebut.

‘’Namun perlu pastikan mempunyai

sumber kewangan yang kukuh terlebih dahulu. Mungkin saya akan membeli se-buah lagi lori dan mengupah pekerja untuk menjaga cawangan baharu,’’ jelasnya.

MAKAN DI SINI

Rojak, cendol bangkitkan selera

INFO Gerai Rojak & Cendol Warx

• Lokasi: Desa Pinggiran Putra, pinggir Putrajaya

• Waktu operasi: Pukul 11.30 pagi - 6.30 petang

• Harga:

Rojak biasa RM4.00

Rojak mee RM4.50

Cendol biasa RM2.50

Cendol pulut RM3.00

Cendol Warx

ISMAIL dan Nurul Nabila menunjukkan rojak dan cendol yang dijual di Desa Pinggiran Putra. KESEDAPAN rojak

di gerai Rojak & Cendol Warx terletak pada rasa kuahnya.

ROJAK dan Cendol Warx.Menu makanan di gerai Rojak & Cendol Warx dijual pada harga yang sangat berpatutan.

Page 19: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

1922 - 28 FEBRUARI 2019

pandu lalu malah pengguna juga ber-harap perkhidmatan tersebut lebih pantas dan e� sien.

“Perkhidmatan ini juga merupakan ke-mudahan penting dalam pembangunan di kawasan perumahan dan pembangunan bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memo-randum Persetujuan (MOA) antara QSR Brands dan HCK Capital Group Bhd. (HCK Group) menerusi Aspen Entity Sdn. Bhd. (Aspen Entity) baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif HCK Group, Tan Sri Clement Hii; Pengerusi Eksekutif SMRT Holdings Bhd., Tan Sri Dr. R. Palan dan Pengarah Eksekutif Aspen Entity, Dr. Dennis Ling.

PUTRAJAYA - QSR Brands (M) Hold-ings Bhd. (QSR Brands), pengendali

rantaian restoran makanan segera KFC kini melebarkan kemudahan kaunter pandu lalu di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Cyberjaya bagi memu-dahkan pelajar dan penduduk sekitarnya mendapatkan hidangan istimewa itu.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mo-hamed Azahari Mohamed Kamil berkata, langkah tersebut merupakan salah satu strategi bagi mengembangkan lagi perkhidmatan kaunter pandu lalu sejajar dengan konsep residensi di Edusphere iaitu ‘tempat tinggal, komersial dan tem-pat belajar’.

‘’Kita tidak boleh mengetepikan permintaan tinggi dalam perkhidmatan

BIZ

KFC perluaskan kemudahan kaunter pandu lalu

Pelanggan suka trend lebih kemas, bersih dan sedia aneka makanan

Dalam pada itu, Mohamed Azahari turut menyatakan QSR Brands me-nyasarkan pembukaan 67 restoran dengan kemudahan pandu lalu dalam tempoh tiga tahun sehingga 2021 nanti.

``QSR Brands merancang membuka 24 buah lagi restoran itu di seluruh negara pada tahun ini dengan menum-pukan kira-kira 40 peratus pembi-naannya lebih kepada perkhidmatan kaunter pandu lalu yang kini menjadi pilihan pelanggan.

``Sehingga kini, sebanyak 840 restoran KFC telah beroperasi di selu-ruh negara dengan 110 menawarkan perkhidmatan pandu lalu,’’ ujarnya.

Oleh AZLAN [email protected]

KUALA LUMPUR - Produk pencuci wanita, Fefet menyasar-kan jualan mencecah 50,000

botol pada tahun ini melalui promosi lebih agresif terutamanya ejen-ejennta di seluruh negara.

Pengasas produk tersebut, Jazira Jamil-din berkata, sejak dilancarkan tiga tahun lalu, syarikatnya berjaya menjual produk tersebut sebanyak kira-kira 100,000 botol

‘’Bukan mudah untuk menyakinkan pelanggan terhadap produk pember-sih wanita kerana terdapat banyak lagi produk seumpama itu.

‘’Namun saya yakin sasaran sebanyak 50,000 botol dapat terjual pada tahun ini melalui medium pemasaran kami iaitu sistem ejen yang kini mencecah 1,000 orang di seluruh negara,’’ katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Destinasi pertama ke Jepun melibatkan kekerapan tiga kali seminggu dari KLIA

ran, pihaknya yakin dengan kemam-puan Fefet hasil mendapat maklum balas positif daripada pelanggan yang kini turut menjadi ejen pe-masarannya.

‘’Kami yakin kerana Fefet berjaya membantu menyelesaikan masalah wanita seperti kegatalan, keputi-han dan wanita mengandung yang selalunya mengalami masalah di bahagian intim tersebut,’’ jelasnya.

Katanya, pelanggan-pelanggan turut memberikan keyakinan ter-hadap produk syarikatnya kerana ia memperoleh kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

‘’Kesemua bahan pembuatan yang digunakan seperti ekstrak aloe vera, manjakani, sireh, kacip fatimah, akar serapat, pueraria miri� ca dan Vitamin C dan E telah melalui ujian makmal serta mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa,’’ katanya.

Destinasi pertama ke Jepun melibatkan kekerapan tiga kali seminggu dari KLIAMalindo Air buka laluan baharu ke Hokkaido

MOHAMED AZAHARI (dua dari kanan) bersala-man dengan Dennis Ling (dua dari kiri) pada Majlis Menandatangani MOA antara QSR Brands dan HCK Group menerusi Aspen Entity di Cyber-jaya baru-baru ini.

JAZIRA menunjukkan produk Fefet

Jazira mengakui terdapat persaingan sengit memandang produk seumpama itu banyak di dalam pasaran.

Namun katanya, setelah tiga tahun di pasa-

PUTRAJAYA - Malindo Air akan memulakan penerbangan baha-runya ke Hokkaido, Jepun yang

merupakan destinasi pertamanya di negara Matahari Terbit itu bermula 23 Mac ini den-gan menawarkan tiket promosi RM799 bagi kelas ekonomi dan RM1,999 (kelas bisnes).

Syarikat itu dalam kenyataannya baru-baru ini menyebut, tempahan boleh dibuat laman web www.malindoair.com, pejabat tiket, pusat khidmat pelanggan dan ejen pelancongan terpilih.

Perkhidmatan tersebut melibatkan tiga penerbangan dari Kuala Lumpur seminggu iaitu Selasa, Rabu dan Sabtu.

Penerbangan OD0888 akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.40 pagi dan tiba Lapangan Terbang Taoyuan pada pukul 12:30 tengah hari.

Pada pukul 1.45 petang, penerbangan

akan diteruskan dan tiba Lapangan Ter-bang Chitose pada pukul 6.20 petang.

Penerbangan OD0889 dari Lapangan Terbang Chitose akan berlepas pada pukul 7.20 malam dan tiba di Lapangan Terbang Taoyuan pada pukul 11 malam manakala pada pukul 12.05 pagi keeso-kannya, penerbangan diteruskan dan tiba di KLIA pada pukul 4.55 pagi.

Pesawat Boeing 737-800 itu mengand-ungi 12 tempat duduk kelas bisnes dan 150 (ekonomi) dijadual melakukan penerban-gan harian itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata, pihak kami berbesar hati mengumumkan Hok-kaido menjadi destinasi pertama pener-bangannya di Japan yang mencatatkan sejarah baharu sebagai negara ke-17 rangkaian perkhidmatan syarikat itu.

‘’Kita menjangka mendapat maklum

balas yang baik bagi laluan ini dan sedang merancang untuk meningkatkan kekera-pan penerbangan dalam masa terdekat. Dengan ini kami berharap dapat mem-bawa masuk lebih banyak tra� k antara-bangsa bagi menyokong pelancongan tempatan dan jumlah ketibaan di lapan-

gan terbang,’’ katanya.Hokkaido merupakan pulau kedua

terbesar terletak di kawasan paling utara Jepun. Cuaca yang sejuk dan alam sekitar yang terusik menjadi tarikan utama. Bandar tersebut dikenali dengan kawah gunung berapi, kolam air panas, resort ski.

MALINDO AIR melebarkan laluan penerbangan ke-17 ke Hokkaido mulai 23 Mac ini.

Fefet unjur jualan cecah 50,000 botol

POSTER promosi tiketke Hokkaido.

Page 20: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

20 22 - 28 februari 2019KOMUNITI

Polis, penduduk buat rondaan cegah jenayah

22 - 28

YaPEIM hargai peranan media tingkat ekonomi Islam

Kakitangan SSM rai Tahun Baru Cina beramai-ramai

HARGAI. Bagi berkongsi aspirasi dan menghargai peranan media, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam

Malaysia (YaPEIM) meraikan pengamal media dalam satu majlis Malam Apresiasi Media di Restoran Terapung D’Saji, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 100 pengamal media pelbagai agensi selain kakitangan YaPEIM. Hadir sama Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin dan Pengarah Kanan Pembangunan Sosioekonomi dan Komu-nikasi Korporat YaPEIM, Mohammad Zamri Zakaria.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan sesi cabutan nombor bertuah berbentuk barangan elektrik sumbangan usahawan di bawah yayasan tersebut serta gold bar yang dihasilkan Al-Rahnu YaPEIM.

Terdahulu dalam ucapannya, Abibullah berkata, YaPEIM berhasrat untuk meningkatkan pencapaian perniagaannya terutama melibatkan pelaburan dan simpanan emas bagi membantu masyarakat Islam menjadi lebih maju selain menyumbang kepada pihak memerlukan.

KONGSI GEMBIRA. Kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melibatkan pelbagai kaum bersama-

sama meraikan sambutan Tahun Baru Cina di ibu pejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sambutan tersebut bukan sekadar untuk meraikan war-ga SSM yang berketurunan Tionghua semata-mata namun ia melambangkan perpaduan dan keharmonian seluruh warga suruhanjaya itu.

Walau berbeza kaum dan kepercayaan agama, ia tidak menghalang kakitangan SSM untuk saling hormat-meng-hormati antara satu sama lain. Salah satu resipi kejayaan SSM pada hari ini adalah semangat kekeluargaan yang erat dan saling menghargai di antara satu sama lain.

ABIBULLAH (tengah) bersama Mohammad Zambri (dua dari kanan) beramah mesra bersama wartawan pada Malam Apresiasi Media YaPEIM di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PEMBACA Wilayahku boleh kongsikan foto-fo-to dan aktiviti menarik untuk siaran ruangan

ini. Hantarkan e-emel foto berserta keterangan mengenai aktiviti atau program tersebut ke-pada kami di [email protected]. Lampirkan juga nama pengirim dan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya perlu.

komuniti

KAKITANGAN SSM meraikan sambutan Tahun Baru Cina di ibu pejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KERJASAMA. Penduduk Putra Damai berjaya melaksanakan program cegah jenayah bersama

polis Putrajaya di pekarangan Surau Az-Zakirin di Pres-int 11, Putrajaya baru-baru ini.

Program anjuran bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Blok A & B Surau Az - Zakirin dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Putrajaya itu telah dihadiri Pengarah Perpaduan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Shahrani Yusoff , Pengerusi KRT Blok A & B Putra Damai, Nor Azmi Md. Salleh serta Ahli Jawatankuasa Surau Az-Zakirin.

Hadir sama Ketua Polis Balai Presint 11, Inspektor Norhidayu Aris yang mewakili Ketua Polis Daerah Putra-jaya; Pegawai Perhubungan Surau Al-Zakirin, Inspek-tor Muhammad Izzat Ayub; Pegawai Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah, Inspektor Muhammad Hasbullah Zakaria.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Nor Azmi diikuti penerangan berkaitan pencegahan dan statistik kejadian jenayah oleh Muhammad Izzat.

Shahrani pula menyampaikan ceramah berkaitan peranan dan tanggungjawab KRT sebelum disusuli jamuan makan.

Program diakhiri dengan rondaan bersama antara KRT dan pasukan polis di sekitar kawasan Blok A & B, Putra Damai.

ANGGOTA KRT Blok A&B Putra Damai bersama anggota polis ber-gambar selepas program cegah jenayah di kawasan perumahan tersebut di Presint 11, Putrajaya baru-baru ini.

Page 21: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

2122 - 28 februari 2019 KHABAR LABUAN

LABUAN - Warga Labuan kini menarik nafas lega apabila kini

dapat menikmati perkhid-matan perubatan pakar yang terdapat di Hospital Labuan di sini tanpa perlu pergi ke Sabah atau negeri lain.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, bagi sesetengah kes yang rumit, pesakit masih perlu mendapatkan rawatan di Sabah.

‘’Hospital Labuan kini bergelar Hospital Pakar Minor dan mempunyai 10 kepakaran perubatan utama iaitu Perubatan Am, Peru-batan Kanak-kanak, Pem-

bedahan Am, Obstetrik dan Ginekologi, Radiologi, Anes-tesiologi, Psikiatri dan Kesi-hatan Mental, Kecemasan dan Trauma, Ortopedik serta Patologi,’’ katanya ketika melancarkan Hari Bertemu Pelanggan Hospital Labuan dan Sambutan Tahun Baru Cina Hospital Labuan baru-baru ini.

Selain itu, hospital terse-but juga mempuyai pakar-pakar bidang lain secara lawatan berkala seperti pakar mata, ENT, kardiologi dan lain-lain lagi.

Menurut Rozman, pihaknya berharap agar semua warga Labuan dapat menggunakan

perkhidmatan yang ditawar-kan dengan optimum kerana ia bukan sahaja menjimatkan masa malah dapat mengu-rangkan kos penjagaan kesi-hatan individu dan keluarga.

Beliau turut menggalakkan agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan agar melibatkan diri dalam bidang kesihatan dengan menganjurkan program-pro-gram berasaskan kesihatan melibatkan warga Labuan.

Terdahulu Rozman me-luangkan masa melawat pesakit-pesakit di Hospital tersebut dan menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baru Cina kepada 73 pesakit.

Hospital Labuan kini sedia khidmat pakarPenduduk mampu jimat kos, tidak perlu jalani perubatan di negeri lain

LABUAN - Isu pelantikan ketua kampung yang ter-

tangguh lama akhirnya selesai apabila 26 ketua kampung dan tiga Ketua Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) menerima surat pelantikan di sini, Khamis lalu.

Penyampaikan surat pelan-tikan jawatan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad dengan enam daripada ketua kampung berke-naan adalah muka lama.

Bagaimanapun, seorang calon ketua kampung bagi Kampung Pohon Batu menolak

Ketua kampung perlu bina hubungan baik dengan pendudukpelantikan itu.

Khalid berkata, ketua-ketua kampung yang baharu itu perlu membina kepercayaan dan hubungan dengan penduduk kampung serta mengurangkan penglibatan dalam politik atau mereka mungkin akan diganti.

‘’Sekiranya penduduk kam-pung tidak dapat menerima mereka yang dilantik, walau-pun selepas dua hingga ke tiga bulan, kita boleh mempertim-bangkan (pengganti).

‘’Bagi saya, memandangkan mereka baru saja dilantik, kami menggesa penduduk kampung supaya memberi peluang dan

sokongan kepada mereka bagi membuktikan keupayaan untuk berkhidmat,’’ katanya kepada pemberita selepas Majlis Peny-erahan Watikah Majlis Perwaki-lan Penduduk Wilayah Perse-kutuan (MPPWP) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parlimen Labuan.

Khalid berkata, penduduk kampung yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan ke-pada Anggota Parlimen Labuan atau Perbadanan Labuan su-paya tindakan sewajarnya boleh diambil demi kepentingan penduduk.

“Bagaimanapun, aduan

mestilah berasas dan bukan semata-mata bermotivasikan politik atau perkauman yang tidak akan dilayan,’’ katanya

Hadir sama Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Saripudin Kasim; Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif Per-badanan Labuan, Datuk Azhar Ahmad.

Mengenai pelantikan Ketua MPP, Khalid berkata, peruntu-kan antara RM20,000 hingga RM30,000 akan diberikan kepada mereka untuk program

kemasyarakatan dan proses pengagihan dana tersebut akan dipantau ketat.

Tiga ketua MPP tersebut yang mewakili tiga zon akan dibantu oleh seorang timbalan, setiau-saha, pegawai perhubungan dan 13 anggota jawatankuasa dari setiap zon.

Khalid mengingatkan mereka yang dilantik sebagai angota MPP supaya memiliki hati yang ikhlas untuk membantu rakyat dan tidak menggunakan kedudukan mereka sebagai batu loncatan demi kepenting-an peribadi atau parti politik mereka.

ROZMAN menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada seorang pesakit kanak-kanak di Hospital Labuan baru-baru ini.

L ABUAN - Kemahiran seni jahitan kreatif seperti seni

jahitan quilt mampu mendeka-tkan wanita dengan bidang keusahawanan sekali gus dapat membantu mengubah struktur ekonomi golongan suri rumah

Menurut isteri Kepada Men-teri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaitun Abu Bakar, seni jahitan boleh menjana pendapatan tambahan kepada keluarga walaupun hanya duduk di rumah.

‘’Penghasilan pelbagai produk inovasi jahitan yang unik dan berkualiti berpotensi bukan saja untuk pasaran tempatan malah diyakini mampu dikomersialkan ke pasaran antarabangsa.

‘’Begitu juga dengan jahitan quilting yang merupakan seni menjahit dengan menyambung

Seni jahitan quilt mampu jana pendapatan wanitapotongan-potongan kain perca menjadi satu bentuk seperti cadar, selimut dan lain-lain,’’ katanya ketika melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Hari Wilayah Persekutuan 2019 ñ Seni Jahitan Quilt Bersama Komuniti Wanita B40 di sini baru-baru ini.

Zaitun berkata, aktiviti menjahit boleh dimajukan sebagai salah peluang penja-naan ekonomi di Labuan pada masa ini.

‘’Jika di Labuan menghasilkan produk quilt, di Putrajaya boleh diketengahkan idea jahitan soft toys manakala di Kuala Lumpur pula dibuat beg,’’ katanya.

Menurutnya lagi, hasil seni jahitan quilt itu juga berpotensi untuk dijadikan salah satu dari-pada produk signiture baharu

Labuan yang boleh dikem-bangkan sebagai buah tangan kepada para pelancong yang datang ke Labuan.

‘’Ramai pelancong dari Afrika, United Kingdom, New Zealand serta Asia Barat amat meminati produk yang dihasil-kan daripada seni quilting ini.

‘’Diharapkan melalui kelas jahitan ini, ia dapat memberi suntikan semangat untuk wanita-wanita di Labuan untuk menerokai dan seterusnya membina peluang peniagaan jahitan seni quilt,’’ katanya.

Terdahulu Zaitun me-nyampaikan lima buah mesin jahit sumbangan Perbadanan Labuan yang akan diletakkan di bangunan Jabatan Kema-juan Masyarakat (Kemas) untuk kegunaan komuniti Labuan.

ZAITUN (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan mesin jahit untuk kegunaan komuniti Labuan baru-baru ini.

Page 22: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

22 22 - 28 februari 2019SUKAN

5,000 sertai Karnival Sukan Wilayah Persekutan Labuan

Lapisan masyarakat aktif bersukanLABUAN - Program Karnival Sukan

Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Kompleks Sukan Laut

Antarabangsa Labuan baru-baru ini berlangsung meriah dengan kehadiran 5,000 peserta.

Program yang diadakan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 itu bermula seawal pukul 6 pagi hingga 3 petang itu berjaya menyemai perpaduan dalam kalangan masyarakat tempatan di samping menggalakkan warganya bersukan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad berkata, penganjuran aktiviti sukan tersebut boleh menjadikan ruang kepada ahli keluarga dan penduduk setempat untuk menghabiskan masa berkualiti mereka.

Hadir sama Ketua Setiausaha kemen-terian, Datuk Seri Saripuddin Kasim; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli; Pengerusi Perbadanan Labuan (PL), Datuk Seri Amir Hussein; Ketua Pegawai Eksekutif PL, Datuk Azhar Ahmad; Pen-garah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Dr. Hasnul Faiza Hushin Amri dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mohd. Hazzan Dahari.

Khalid berkata, kementeriannya dan MSWP akan terus merancang pelbagai program lebih kreatif untuk menarik penglibatan komuniti setempat yang membabitkan pelbagai peringkat umur dalam aktiviti bersukan.

Sementara itu, sebanyak tujuh acara diadakan pada karnival tersebut dimulai dengan acara senamrobik pantai bagi sesi pemanas badan.

Sebanyak 11 aktiviti diadakan antaran-ya Fun Ride, Fun Run, Fun Walk, Kayak Marathon, Kayak Sprint, Petanque Pantai, Bola Tampar Pantai, Beach Aerobic, e-

Syarul Mike tekad pertahan gelaran juara AsiaATLET bina badan, Mohd.

Syarul Azman Mahen Abdul-lah atau lebih dikenali sebagai Syarul Mike berusaha keras me-mastikan dapat mempertahank-an kejuaraannya pada Kejohanan Asian Bodybuilding and Physique Sports Federation (ABBF) yang bakal berlangsung di Kemboja pada Ogos depan.

Selepas menjuarai kejohanan tersebut sebanyak empat kali berturut-turut pada tahun 2015 hingga 2018, dia kini bertekad untuk terus mempertahankan gelaran tersebut buat kali kelima.

‘’Buat masa sekarang, latihan sudah pun bermula seperti biasa namun tidaklah terlalu ketat namun mengikut jadual. Pada bulan Jun ini, saya akan mula melakukan diet secara konsisten.

‘’Kali ini sasaran utama ada-lah menurunkan berat badan sebanyak empat hingga lima ki-logram. Untuk itu, saya akan cuba mengawal pengambilan minyak dan gula dalam setiap hidangan,î ujarnya kepada Wilayaku baru-baru ini.

Menurut atlet berusia 45 tahun yang juga merangkul gelaran juara dunia di Kejohanan World Bodybuilding and Phy-sique Sports Federation (WBPF) kategori fi zik sebanyak tiga kali ini, dia akan sentiasa mencuba melakukan yang terbaik untuk terus mengharumkan nama Ma-laysia di mata dunia.

‘’Selepas Kejohanan Asia saya akan bertanding untuk Kejohan-an Dunia pula yang akan berlang-sung di Korea Selatan. Matlamat

Sport, Bouncy Castle serta cabutan tiket bertuah. Sebelum itu turut diada-kan aktiviti dodgeball dan night explorace.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Khalid turut menyempurnakan acara pelepasan Larian Wilayah-ku di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Larian tersebut men-erima sambutan meng-

galakkan daripada warga ibu kota termasuk kanak-kanak, warga emas dan komuniti orang kurang upaya.

‘’Semoga penganjuran Larian Wilayahku dapat melatih diri untuk mem-budayakan amalan gaya sihat sekali gus menyatu-padukan perpaduan dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan,’’ katanya.

PESERTA Larian Wilayahku memulakan larian dari Dataran DBKL, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KHALID menyertai ribuan peserta Fun Walk yang diadakan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan baru-baru ini.

SYARUL MIKE

utama tetap seperti biasa iaitu mempertahankan gelaran buat kali keempat berturut-turut,’’ ujar bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur itu. Foto NAZIRUL ROSELAN

Page 23: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

2322 - 28 februari 2019 SUKAN

Atlet balapan tekad azam mampu layak ke Sukan Olimpik

Zaimah mahu bergelar pelari hebat

pingat dan mengharumkan nama negara pada masa hadapan.

‘’Melihatkan teknik lariannya (Ramachan-dran) seolah-olah menyuntik nafas ke-pada diri saya. Tidak hairanlah kenapa dia mampu merangkul emas berganda dalam acara 5,000m dan 10,000m pada Sukan SEA Singapura 1993,’’ tuturnya.

Sementara itu, anak kedua daripada tiga orang adik-beradik ini mengakui keluarga menjadi tulang belakang yang sentiasa menyokong minatnya selama ini.

‘’Saya merupakan satu-satunya ahli keluarga yang terlibat dalam sukan. Su-dah tentu mereka bangga. Jadi saya tidak mahu menghampakan harapan mereka,’’ ujarnya.

Pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan

Oleh AINI MAWAWI [email protected]

SUNGGUHPUN masih muda, atlet larian 400 meter (m) kebangsaan, Zaimah Atifah

Zainuddin, 20, sentiasa memberikan fokus dan berusaha untuk muncul se-bagai pelari jarak jauh yang berkualiti tinggi.

Pemegang pingat emas bagi acara 400 meter berpagar di Sukan Malay-sia (Sukma) 2018 itu berkata, dia se-dang giat membuat persediaan bagi melayakkan diri ke Sukan SEA Filipina pada November depan.

“Saya sedang bertungkus lumus untuk sesi pemilihan bulan depan. Insya-Allah saya cuba melakukan yang terbaik. Malah latihan ketat su-dah bermula setiap hari Isnin hingga Jumaat.

jauh dan berusaha sebaik mungkin un-tuk merealisasikan perkara itu,’’ ujarnya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman manis sepa-njang terlibat dalam acara balapan, Zaimah berasa puas hati apabila dapat memperbaharui rekod peribadi 55.55 saat berbanding 56 saat pada sebelum-nya.

‘’Sekarang saya berusaha sebaik mungkin untuk mencapai sasaran 53 saat. Dengan latihan, kerja lebih keras serta lebih fokus, Insya-Allah akan ber-jaya,’’ kata atlet Wilayah Persekutuan ini.

Menjadikan legenda pelari jarak jauh negara, M. Ramachandran sebagai idola-nya, anak kelahiran Kuala Lumpur ini ingin menyumbangkan lebih banyak lagi

INFO Pencapaian ZAIMAH ATIFAH ZAINUDDINMemperbaharui catatan peribadi dengan catatan masa 55.55 saat • Asian Junior Jepun 2018 Pingat Gangsa 4x400m • Sukan SEA Singapura 2015 Pingat Gangsa 4x400m • Sukan SEA Singapura 2015 400m Separuh akhir • Commonwealth Youth Samoa 2015 Nombor Empat 400m • Asian Junior Jepun 2018 Pingat Emas 400m berpagar • Sukma Perak 2018 Pingat Emas 400m dan 400m berpagar • Sukan Sea Youth Thailand 2016

“Selain konsisten dengan jadual, saya juga perlu menjaga pemakanan dan melebihkan pengambilan protein, sayur-sayuran dan buah-buahan,î ujar pelajar pra persediaan universiti Seko-lah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

KomitedKomited untuk bergelar pelari jarak

jauh yang hebat, Zaimah menanam impian untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik pada suatu hari nanti. Oleh itu, dia begitu mementingkan pengurusan masa dan disiplin.

“Saya sentiasa tanamkan dalam minda untuk pergi lebih jauh lagi sehingga ke peringkat antarabangsa. Sebagai atlet, kita harus berpandangan

ini mula menunjukkan minat dalam sukan balapan ketika belajar di Tahun Tiga persekolahan.

‘’Ketika itu, saya diminta oleh guru untuk menyertai acara larian. Tidak sangka muncul sebagai juara pula. Sejak itu, nama saya sentiasa akan di-panggil jika ada sebarang acara larian.

‘’Selepas Ujian Pencapaian Seko-lah Rendah (UPSR) ada pemilihan menyambung pelajaran ke Sekolah Sukan Negeri (SSN), Titiwangsa, Kuala Lumpur, saya bernasib baik kerana terpilih.

“Di sana saya mula terlibat dalam kejohanan demi kejohanan sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil,’’ kata Zaimah.

100 peserta meriahkan Sukaneka dan Sukan Tradisional OKUSERAMAI 100 peserta da-

lam kalangan orang kurang upaya (OKU) beraksi dengan

penuh meriah pada program Su-kaneka dan Sukan Tradisional OKU di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Acara anjuran Jabatan Kebu-dayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu diadakan ber-sempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019.

Pengarah Jabatan Kebu-dayaan, Kesenian, Pelancon-gan dan Sukan DBKL, Mohd. Nazam Harun berkata, acara sukaneka tersebut berjaya menerapkan nilai-nilai per-paduan, persefahaman serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga ibu kota tanpa mengira kaum dan lapisan masyarakat.

‘’Aktiviti sukan mampu men-jadi terapi pemulihan serta kaedah yang boleh membantu pengurusan kendiri serta pem-bangunan diri secara berkesan.

‘’Ia juga boleh menjadi medium terbaik bagi golongan OKU meningkatkan keyakinan diri mereka dalam masyarakat

dan pada masa sama mendor-ong perkembangan fi zikal serta mental untuk menjadi lebih baik,’’ katanya.

Hadir sama Timbalan Pen-garah Kanan, Jabatan Kebu-dayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Hasliza Abdul Hamid.

Pada sukaneka tersebut, para peserta berentap dalam permainan congkak, kelereng, batu seremban, boling kelapa, dadu beracun, larian dalam guni, isi air dalam botol, dam ular gergasi, baling tin, sulam/untai getah, tarik kelapa dalam gelung dan dam haji.

ACARA lari dalam guni antara permainan tradis-ional yang menarik perhatian orang ramai.

HASLIZA (depan, empat dari kiri) bergambar bersama sebahagian peserta yang menyertai Sukaneka dan Sukan Tradisonal OKU di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Page 24: Yang di-Pertuan Agong titah seluruh rakyat tanpa kira ......penampilan Misteri Menara Chimney di Labuan belum terungkai. 2 berita 22 - 28 februari 2019 Yang di-Pertuan Agong titahkan

24 22 - 28 februari 2019

Syarul Mike tekadpertahan gelaranjuara Asia >22

5,000 sertai KarnivalSukan Wilayah Persekutuan Labuan >22

Diurus terbit oleh WILAYAH MEDIA SDN. BHD. (1304797-X) bagi pihak Kelab Sukan dan Kebajikan YWP. Aras 9, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100, Putrajaya. Tel: 03-8861 5260Dicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd. (613740-H). Lot 6, Jln. Tukang 16/4, Sek. 16, 40200 Shah Alam, Selangor. Tel: 03-5519 6373

BIL 1 - 1 JANUARI 201924 22 - 28 februari 201924 BIL 1 - 1 JANUARI 2019BIL. 8 • 22 - 28 FEBRUARI 2019

Zaimah sasar catat

rekod53 saat

Atlet larian 400 meter tekad azam mampu layak ke Sukan Olimpik

ZAIMAH ATIFAH ZAINUDDIN

SUNGGUHPUN masih muda, atlet larian 400 meter (m) kebangsaan, Zaimah Atifah Zainuddin, 20, me-

nanam impian untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik pada suatu hari nanti.

Pemegang pingat emas bagi acara 400 meter berpagar di Sukan Malaysia (Sukma) 2018 itu berkata, kini dia se-dang giat membuat persediaan bagi me-layakkan diri ke Sukan SEA Filipina pada November depan.

‘’Saya sedang bertungkus lumus untuk sesi pemilihan bulan depan. Selain kon-sisten dengan jadual, saya juga perlu menjaga pemakanan dan melebihkan pengambilan protein, sayur-sayuran dan buah-buahan” ujar pelajar pra persedia-an universiti Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Zaimah yang mementingkan pengu-rusan masa dan disiplin berkata, pada masa ini dia menyasarkan mencapai catatan masa 53 saat setelah memper-baharui rekod peribadi 55.55 saat pada Asian Junior Jepun 2018 berbanding 56 saat pada sebelumnya.